Friday 25 May 2012

1 DEKAD AKU BERSAMA DIA


Tanggal 25hb Mei 2002 , terngiang - ngiang lafaz nikah yang di ucapkan oleh suami aku dulu . Rasa bagai semalam peristiwa itu berlalu. Pelbagai rintangan dan cobaan hidup berumahtangga ni. Mensyukuri kebesaranNya kerana memanjangkan jodoh aku dan hidup bersama dia yang bergelar suami. Hidup didunia ini penuh cabaran yang kadang kala sukar untuk diduga. Dalam satu dekad ini beberapa cerita sedih berlaku, tiga kehilangan insan tersayang. Kehilangan kakak telah pergi untuk selamanya akibat kemalangan dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pemergian Arwah bapa metua disebabkan sakit jantung. Yang terbesar sekali bagi aku ialah pemergian mak. Walaupun kehilangan itu dah bertahun berlaku ia masih segar dalam ingatan. Setiap duka yang Allah beri pasti ada gembira yang Allah berikan pada hambanya. Aku dikurniakan tiga orang cahaya mata sepanjang perjalanan 10 tahun ini. Dua orang perempuan dan Seorang lelaki. Anak pertama Nur Eizzara Hani sembilan tahun sudah bersekolah di darjah tiga. Anak kedua Muhammad Eizham Najmi berusia tujuh tahun dan kini bersekolah didarjah satu. Anak ketiga Nur Eizzati kini lima tahun baru tadika. Merekalah permata hati aku.
Mereka juga menggantikan semangat aku yaang telah hilang. Anugerah dan amanah yang tak ternilai yang Allah telah berikan pada aku dan suami. Insyaallah istana yang dibina 1 dekad ini akan lebih bahagia dan di redhai hingga keakhir hayat. Bersama insan tersayang dan tercinta. Kerana tanpa mereka disisi aku aku tak akan berada disini sekarang. Sayang terima kasih kerana masih disisi dan menemani aku di kala aku susah , sedih , sepi , suka , senang , gembira dan entah apa - apa perasaan yang aku alami selama satu dekad ini. Untuk anak - anak umie Eizzara , eizham dan Eizzati kalian hadir satu anugerah yang tak terhingga.

No comments:

Post a Comment