Friday 1 June 2012

HATI BERBUNGA - BUNGA


Gembira , suka , tak dapat nak gambarkan bila Novel yang aku aku beli secara online dengan Kaki novel di depan mata. nak jerit sikit ( macam jumpa artis pujaan )  Aaaagggghhhhtttttt


Esok cuti anak - anak dah pos kat kampung. Aktiviti esok mestilah mengadap novel yang baru aku terima ni. jom kita ikuti sinopsis cerita KEA ni..... nanti dah habis baca boleh buat review sama - sama berkongsi cerita.

Sinopsis:-

“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”
“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”
“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”
“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”
“Terima kasih untuk malam tadi….”
Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!
“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.
Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.
Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.
Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!
“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.
“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.
Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.
“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.
Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?
“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.
Novel dari karyaseni aku order 2 buah novel TEDUHAN KASIH untuk aku SUAMI AKU USTAZ untuk sahabat aku Nurul Haiza ( hadiah dari kak Nor ) tapi aku boleh pinjam atau erti kata lain tukar - tukar baca novel ( eehhh ehhh panjangnya penjelasan aku ni ) hmmmm
ini novel untuk aku
Kita layan sinopsis dulu....

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.
ini untuk haiza
Kita layan sinopsis dulu ...

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

No comments:

Post a Comment