Monday 23 July 2012

NOVEL AKU UNTUKMU


Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu,
andai aku tercipta untukmu, izinkan lah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu.

 Karya pertama Nordaliyana Abdullah lebih dikenali nama pena Tulip Ungu. Tulip bunga kegemaran dan ungu warna kegemaran. Minat menulis dari sekolah menengah lagi dan kini lahirlah sebuah Novel bertajuk 'Aku untukmu' . Percubaan pertama mampu menyiapkan novel setebal 488 muka surat terbitan kakinovel .
Ceritanya cukup menarik saya kira , Perjalanan hidup Ardini penuh dengan dugaan dunia. Hidup Ardini tidak selancar orang lain kerana dirinya pernah dinodai oleh Arif lelaki yang diupah oleh ibu tirinya. Diatas kelelembutannya dia telah dilamar oleh Datuk Hassan untuk anak lelaki tunggal Izhar. Datuk Hassan juga banyak menolong dirinya membiayai dirinya di universiti. Sebelum Ardini menerima lamaran itu Ardini membuat keputusan untuk menceritakan peristiwa hitam yang berlaku sepuluh tahun yang lalu kepada Keluarga Datuk Hassan. Dia tidak menyangka dengan menceritakan hal berkenaan Datuk Hassan akan membatalkan niat untuk melamar dirinya tapi sangkaannya meleset. Datuk Hassan memuji keikhlasan Ardini dan Datuk Hassan yakin Ardini mampu mengubah keadaan anak lelakinya.  Izhar seorang bergaya dan hidupnya bergelumang dengan noda-noda dosa. Untuk menamatkan dunianya , Datuk Hassan memaksa Izhar berkahwin dengan pilihan Datuk Hassan. Perkahwinan tanpa kenal dan cinta amat menyakitkan. Keegoan Izhar membuatkan hidup Ardini memerima kehendak takdir. Perasaan Izhar merubah sedikit demi sedikit tetapi perasaan itu ditolak jauh-jauh. Kehadiran Maya kawan universiti Izhar merubah keharmonian rumah tangganya. Maya yang dari dulu meminati Izhar tidak pernah putus asa. sekali pun Izhar menolak cintanya.Kehilangan Ardini membuatkan hidup Izhar menjadi kosong. Segala yang dilakukan serba tak menjadi. Kini Izhar akui Ardini adalah cintanya.

### Syabas buat penulis novel AKU UNTUKMU 
Sinopsis:
Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

Petikan - petikan menarik dalam novel.
Kehadiran Ardini disambut mesra oleh pembantu rumah Datuk Hassan, Mak tom. Mak Tom menghulurkan tangan, salam tanda pekenalan. Ardini menyambut seraya mencium tangan Mak Tom. Walaupun Mak Tom hanya merupakan orang gaji kepada keluarga Datuk Hassan, Ardini tetap menghormati Mak Tom yang lebih tua. Itu merupakan didikan ayah dan ibunya sejak dia kecil lagi.
“ Sila masuk Cik Ardini,” pelawa Mak Tom mesra. Dia sedia maklum dengan kehadiran Ardini. Ardini hanya mengangguk tanpa suara, dia mengukir senyuman manis kepada Mak Tom . Ruang tamu dilihat kosong, masih tiada kelibat penghuni banglo.
“Sila duduk CIk Ardini, sekejap lagi family Datuk turun,” terang Mak Tom yang menyedari riak muka Ardini.
“Terima kasih.” Ardini menjawab ringkas. Selang sepuluh minit, kelihatan Datuk Hassan menuruni anak tangga bersama-sama Datin Rohana.
“Dini, dah lama sampai?” sapa Datuk Hassan.
“Baru Lagi,” jawab Ardini ringkas seraya bangun menghulurkan tangan menyalami tangan Datin Rohana. Tangan Datin Rohana dikucup lembut. Datin Rohana mengambil tempat di sisi suaminya. Sejurus itu, Mak Tom datang dengan menatang dulang berisi air dan cempedak goring. Air dihidangkan di atas meja kaca ditengah-tengah barisan sofa.
“Mak Tom, tolong panggilkan Izhar. Tetamu dah sampai.” Arah Datuk Hassan usai Mak Tom meletakkan minuman.
“Baik Datuk.” Mak Tom mengangguk dan segera naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Izhar. Tak lama kemudian Mak Tom turun diikiti oleh Izhar selang beberapa tapak dibelakang.vWajah Izhar keruh. Dia mengambil tempat di bahagian tepi sofa Datuk Hassan dan Datin Rohana Berhadapan dengan Ardini, namun wajahnya ditunduk ke lantai. Tidak mahu bertentang mata dengan Datuk Hassan, Datin Rohana mahupun Ardini. Mak Tom meneruskan tugasnya menuang air yang tertangguh oleh arahan Datuk Hassan tadi.
“So, Dini dah pertimbangkan permintaan uncle?” Datuk Hassan memulakan bicara sambil matanya memerhatikankan Mak Tom menuang air teh ke dalam cawan.
Usai menuang teh, Mak Tom kembali ke dapur semula. Dia tidak mahu menampuri urusan keluarga Datuk Hassan, lebih-lebih lagi urusan yang bersifat peribadi. Datin Rohana hanya menjadi pendengar, menunggu suaminya membuka perbualan. Dia pun baru berjumpa Ardini untuk kali pertama, namun nalurinya kuat mengatakan Ardini adalah calon yang terbaik untuk Izhar. Datin Rohana mengalihkan pandangan kepada Izhar yang hanya membatukan diri memandang lantai, tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Ardini yang sedari berdiam diri , membuka bicara bagi menjawab pertanyaan Datuk Hassan.
“Sebenarnya ada hal penting Dini datang berjumpa uncle sekeluarga,” luah Ardini. Dia nekad memberitahu keluarga Datuk Hassan.
“Dini tak dapat nak pehuni permintaan uncle, bukan Dini tak sudi tapi ada perkara tentang Dini yang uncle tak tahu…. Dan Dini rasa penting untuk uncle sekeluarga tahu sebelum mengambil sebarang keputusan tentang perkahwinan ni.  Dini tak nak uncle buat keputusan tergesa-gesa. Kahwin adalah perkara yang serius,” luah Ardini.
Datuk Hassan dan datin Rohana hanya mendengar, tidak menyampuk, bimbang menggangu bicara Ardini sementara Izhar masih membatukan diri.
“Sebebarnya Dini bukanlah seperti yang uncle dan keluarga sangkakan. Dini tak dapat terima perkahwinan ni sebab Dini dah tak suci. Dini pernah jadi mangsa kekejaman lelaki. Perkara yang berlaku lama dulu. Yang dipaksa ke atas Dini.”Ardini bersuara sebak. Wajahnya tunduk ke lantai, terasa ada air mata bergenang. Walaupun pahit, kebenaran itu harus diberitahu kepada Datuk Hassan. Dian tidak mahu menipu keluarga Datuk Hassan biarpun tepaksa membuka aib sendiri. Izhar dan Datin Rohana terperanjat bukan kepalang dengan pengakuan Ardini, sedangkan Datuk Hassan masih beriak tenang. Izhar yang sedari tadi menunduk, membutangkan mata, tidak mempercayai kata-kata yang diluahkan oleh Ardini.
Dalam tagis yang ditahan Ardini menyambung dicara. “Dini bukan calon sesuai untuk Izhar. Dini tahu harapan uncle supaya Dini terima permintaan uncle tapi Dini ak berdaya. Dini tak mahu menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan di atas kebaikan uncle.”
“Kalau macam tu, kita percepatkan majlis kahwin, tak payah bertunang, terus nikah.” Datuk Hassan memberikan kata putus.
“Anggaplah Dini membalas jasa – jasa uncle dengan perkahwinan ini,” sambung Datuk Hassan lagi.



“Terlanjur you dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak you tahu dan I nak you buat.” Izhar memberitahu. Dia duduk menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang kearah Ardini walaupun jelas dimatanya Ardini melarikan wajah dan masih  takut-takut. Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syaratnya.
"Pertama, kalau dulu baju I hantar dobi, since you dah ada…. You akan ambik alih tugas membasuh dan mengosok baju-bajuI. Baju-baju kotor I akan letak bakul tepi bilik. Setiap pagi you ambik dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron gantung aje kat depan bilik I. kedua, dulu I breakfast dan dinner kat luar. Starting from tomorrow you’ll cook for me. Make sure you wake up before seven o’clock sebab I akan sarapan tepat jam tijuh pagi. For this week, masaklah apa pun tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week kita akan balik ke rumah perent I. I nak you belajar memasak dengan mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suak makan. Ketiga, setiap bulan atas arahan papa, I akan bagi you gaji sebanyak RM2,ooo. Suka hati you macam mana you nak belanja duit tu. Keempat, my room is a restricted area. So jangan pandai-pandai masuk unless I give you pemision to do so atau ada emergency case sahaja. Lastly, semua tugas maid I yang dulu, you buat. Do I make myself clear?” Izhar menerang panjang lebar.
Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham. Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi kemahuan Izhar. But masa ini, itu sahaja yang boleh dilakukannya. Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar.
“One more thing.. for your information, papa bayar ibu tiri you RM20,000 untuk you jadi isteri I. So , jangan sia-siakan duit yang papa I keluar tu.”Izhar bersuara sinis. Dia ingin Ardini tahu tentang itu. Biar Ardini sedar akan statuna disitu.
Mendengar kata-kata Izhar, Ardini bangkit dari sofa. Sebak hatinya mendengar pengakuan Izhar. Benarkah datuk Hassan ‘membeli’nya untuk dijadikn isteri Izhar?Dia tidak mahu terlalu memikirkan perkar itu, maka dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang tertangguh tadi. Kebetulan da masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izahar bersuara.
"Kalau nak tidur, jangan lupa kunci pintu… I ni jenis yang berjalan dalam tidur.” Izhar meleret senyum puas. Gembira dapat mengenakan Adini. Ardini mempercepatkan langkah menuju ke anak angga. Langkahnya diatur laju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pint uterus ditekan. Dia cuak dengan ugutan Izhar. Sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah brjaga-jaga. Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk kemudiannya bersembahyang.


Maya memandang ke arah banglo besar dihadapannya. Pantas tangannya mengeluarkan handphone dalam tas tangan. Mesej daripada Ardini dibuka semula. Dia memerhatikan alamat dihadapan pintu pagar banglo tersebut dan membandingkan dengan alamat yang dikirim oleh Ardini. Setelah pasti itu rumah yang dicarinya, Maya turun dari kereta. Dia mengatur langkah ke hadapan pintu pagar lalu menekan loceng. Selang beberapa minit, muncul seorang perempuan menyambut kedatangannya.
“I datang nak jumpa Ardini.” Maya memberitahu.
“Saya Aridni.” Ardini memperkenalkan diri seraya membuka pintu pagar.
“Masuklah.” Ardini mempelawa sejurus pintu pagar dibuka. Maya memandang Ardini dari atas ke bawah, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Penampilan Ardini begitu jauh daripada jangkaannya. Ardini hanya berbaju kurung dengan tudung dikepala. Dia membanyangkan Ardini sebagai seorang yang seksi sepertinya, pandai bergaya dan lebih modn dalam berfesyen.  Ternyata sangkaannya meleset.  Maya hairan bagaimana Izhar boleh terpikat dengan Ardini kerana dia tahu Izhar seorang lelaki yang suka mendampingi gadis-gadis seksi sepertinya. Malahan, semasa di university di luar Negara, ramai diantara kenalan perempuan Izhar terdiri daripada gadis-gadis bergaya moden yang cenderung dengn fesyen yang ala kebaratan. Dia tau kerana dia punyai rakan yang sama-ama belajar di satu university dengan Izhar.
“Duduklah.” Ardini mempelawa Maya duduk di kerusi kayu dihalaman.Minuman dan kuih juga telah sedia terhudang di atas meja. Maya melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi. Skirt pendek separas pahaditarik-tarik sambil membetulakn duduk. Ardini turut mengambil tempat dikerusi yang bertentangan dengan tempat Maya duduk.
“ So , ada apa nak jumpa saya?” Ardini memulakan bicara dengan nada yang lembut.
“I just want you to knowthe relationship between Izhar and I.” Maya mula mengadakan cerita.
“What do you mean?” Ardini bersoal pelik, cuba memahami bait-bait kata yang keluar aripada mulut Maya. Hatinya berdebar. Bimbang kerisauannya mnjadi kenyataan.
“I tak tahu apa yang Izhar bagitau you, but we are seeing each other right now.” Maya cuba mencanang api cemburu Ardini. Walaupun apa yang diceritakan kepada Ardini merupakan rekaan semata-mata tapi dia puas. Sekiranya Izhar tidak dapat ditawan dengan cara biasa maka gelang gantinya ialah keharmonian rumah angga Izhar. Hanya dengan cara halus begitu sahaja yang membolehkan Izhar beralih arah kepadanya. Daripada keruntuhan rumah tangga itu dia akan cuba masuk jarum. Semenjak dia ditinggalkan oleh Izhar, harinya panas. Jelas di pandangannya sinar mata Izhar yang berlainan selepas menerima pesanan ringkas Ardini. Dari situ dia menyedari Izhar menyayangi Ardini dan pasti sukar menakluki cinta lelaki itu sekiranya rumah tangga mereka kekal bahagia.Dengan itu, dia nekad akan meruntuhkan rumah tangga Izhar tak kira dengan caa apa sekali pun. Ardini meneluh berat, terasa pedih hati seiring dengan rasa kecewa mendengarkan pengakuan Maya. Sungguh dia tidak mengenali Izhar dengan rapat, hatta dengan siapa Izhar berkawan dengan siapa pun dia tak pernah tahu. Lelaki itu telah menjarakkan dirinya sejak awal perkahwinan mereka lagi. Namun, kenyataan Maya terasa sanagt mengguris hati. Kalau Izhar tak pernah rela mengahwininya mengapa Izhar tidak membantah permintaan Datuk Hassan dulu? Mengapa Izhar sengaja menerimanya?  Sekadar ingin menyiksa hatinya? Izhar juga tidak pernah mengotakan janji mengakhiri hubungan mereka. Sehingga kini Ardini masih lagi tertanya-tanya dengan status dirinya. Dicintai pun dia tidak, dibuang jauh pun dia tidak. Izhar hanya menggantungnya tidak bertali.
“Mungkin dia tak bagitau sebab nak jaga hati you,” sambung Mayatak dalam nada lembut, sengaja mengapi-apikan kemarahan Ardini. Darpada riak wajah Ardini dia tahu Ardini kecewa dengan berita palsu yang dia sampaikan.
“Dia berhak untuk memiliki daripada seorang isteri, dia bukan hak mutlak saya. Kalau betul cinta dia tertumpah buat awak, siapa saya untuk menghalang? Agama membenarkan dia berkahwin sampai empat,terpulanglah pada dia.” Ardini bersuara mengendur. Dalam kecewa dia masih berfikiran waras. Ternyta dia bukan saingan Maya yang putih gebu dan bergaya seksi itu. Dia tidak akan melatah dengan berita yang baru didengar. Sekiranya benar apa yang dikatakan oleh maya itu, maka dia tiada hak untuk cemburu dan marah. Dia buakan sesiapa kepada Izhar. Lelaki itu berhak menentukan hidupnya sendiri. Memilih sesiapa sahaja yang menjadi pilihan hatinya sendiri. Cuma Ardini kecewa kerana Izhar masih mengikatnya dengan ikatan perkahwinan.Bila masa dia akan dilepaskan, dia sendiri masih tertanya-tanya.
“Well, I Cuma tak nak you terus ditipu. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. I pun tak nak terus berkeadaan macam ni. Kalau boleh I nak kami disatukan.” Maya bangun sejurus berkata-kata. Satu lagi pembohongan yang direka untuk memusnahkan rumah tangga Izhar. Namun, melihat reaki Ardini yang tenang membuatkan hatinya bertambah panas. Harapannya Ardini akan melenting dan marah denganberita disampaikan tapi Ardini hanya beriak tenang. Menerima kata-katanya sebagai satu takdir.

Rayyan menutup rapat pintu sejurus masuk. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Izhar. Berbanding sebulan yang lalu Izhar nampak lebih terurus kini. Sejurus melabuhkan punggung. Rayyan memualkan bicara. “Ada hal apa you nak jumpa I?”
Wajah Izhar ditenung sekilas.
“I rasa you tahu Ardini dimana sekarang.” Izhr cuba menelah. Daripada riak wajah Rayyan, dia tahu lelaki itu ada menyimpan rahsia daripada pengetahuannya.
“I tak faham maksud you.” Rayyan berpura-pura tidak faham dengan apa yang Izhar perkatakan.
Please Rayyan, don’t pretend like you know nothing about Ardini’s missing.” Izhar separuh merayu. Dia pasti Rayyan tahu sesuatu dan merahsiakan daripadanya.
“Why don’t you ask your girlfriend, Maya? Aku rasa dia mesti tau.” Rayyan bersuara sinis apabila teringatkan cerita yang disampaikan oleh Ardini.
“Maya ? Apa kaitan Maya dengan semua ni? Macam mana you tahu pasal Maya?” Izhar menyoal pelik. Apa kaitan Maya dengan kehilangan Ardini? Dan yang paling pelik macam man Rayyan boelh kenaldengan Maya?
“Ardini tak nak jadi penghalang cinta you all. Maya jumpa Ardini dan beritahu pasal hubungan you dengan dia.” Rayyan mula membuka cerita.
“Apa maksud you?” Izhar masih belum dapat mencerana kata-kata Rayyan.
“Dia datang jumpa Ardini . Maya mengaku dia ada hubungan dengan you.” Rayyan menerang lagi. Izhar melurut – lurut rambutnya. Terasa kesal kerana melayan Maya sedari awal. Sedikit sebanayak Maya menyumbang kepada peristiwa yang berlaku diantara dia dan Ardini.
“So, sekarang you tahulah Ardini kat mana?” Izhar menyoal lagi. Bagaimana Rayyan boleh memperoleh cerita itu kalau Ardini sendiri tidak menceritakan kepada rayyan. Sudah tentu Rayyan tahu dimana Ardini berada.
“Dia tak mahu jumap you.” Rayyan bersuara mengendur. Menyampaikan amanat Ardini yang selama ini dirahsiakan.
“You kena bagitau I kat mana Adini sekarang.” Izhar bersuara mendesak.
“I can’t.” Rayyan bersuara lemah, teringatakan manat Ardini.  Dia bangun daripada duduk, berkira-kira untuk meninggalkan Izhar. Berlama disitu bermakna dia akan membocorkan rahsia lagi.
“You tak nak bagitau sebab you nak rebut dia daripada I,kan? memang dari dulu lagi you ada hati pada Ardini, kan?” Izhar melemparkan tuduhan. Tindakan Rayyan merahsiakan di mana Ardini membuatkan dia hilang pertimbangan.
“You jangan tuduh I yang bukan-bukan!” Rayyan besuara meninggi saraya melangkah ke pintu. Tidak mahu terus berlawan terus berlawan kata dengan Izhar.
“Entah-entah sekarang ni you ada affair dengan dia. Sebab tu you tak bagi I cari dia.” Izhar membuat tuduhan melulu. Fikirannya sudah dibius dengan rasa marah sehingga membuatkan dia menuduh Rayyan yang bukan-bukan walhal dia sendiri tidak berniat untuk mengeluarkan kata-kata itu. Rayyan hampir menuju ke pintu menghentikan langkah. Dia tidak hairan jika Izhar mahu menuduhnya melulu tapi apa bila nama Ardini yang suci itu dipalit sekali, Rayyan turut hilang sabar.
“I tak kisah kalau you nak tuduh I macam-macam tapi I tak boleh biarkan you tuduh Ardini yang bukan bukan. Memang dulu I suka pada Ardini tapi masa tu I tak tahu dia cintakan you dan I tak tahu you pun cintakan dia. I sedar you ada perasaan pada Ardini tapi you nafikan perasaan you.You buat macam macam untuk benci dia tapi you tak mampu benci dia because she is irresistible. Tapi you selalu buat keputusan yang salah hingga dia lari tinggalkan you. Dan sekarang you masih nak ulang kesalahan yang sama dengan menuduh dia macam-macam. I Cuma nak you tahu Ardini perempuan yang paling suci yang pernah I jumapa. Think twice before you say bad things about her. And one more thing before I leave, Ardini mengandung sekarang dan I pasti anak itu anak you.” Rayyan bersuara seraya berlalu meninggalkan Izhar yang terpingar-pingar. Mendengar kata-katanya. Dalam marah, dia masih boleh berhemah dalam berkata-kata.

Monday 16 July 2012

NOVEL KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.

Novel Kau Ditakdirkan Untukku adalah koleksi peribadi milik aku. Karya Gee Muszisya setebal 528 muka surat ini terbitan Karya seni. Baby pertama sudah cukup buat si penulis tersenyum dengan jalan cerita cukup menarik. Cerita mengisahkan Akmal Ikram dan Nuranis Fatihah mengecapi hidup berumahtangga dan dihantui kenangan silam. Akmal Ikram ada sejarahnya bertunang dan ditinggalkan.Tidak kurang juga Nuranis Fatihah dengan kehidupannya dan dibesarkan dirumah anak - anak yatim. Kehadiran Nuranis merubah segalanya. Perasaan suka pada mulanya disangkal dan Ikmal sengaja mendera dengan pelbagai bebanan kerja untuk melihat Nuranis sentiasa bertemu dengannya. Memang sweet sangat hubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal tak pernah putus asa untuk menawan hati Nuranis hingga mamanya suka pada Nuranis dan ingin dijadikan menantu. Ikmal mengambil peluang yang ada bagi mempermudahkan usahanya memikat hati Nuranis. Kehadiran bekas tunang Ikmal mengoyangkan perhubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal nekad walau apa pun terjadi hanya Nuranis yang bertahta dihatinya sekarang.

Sinopsis dari kulit novel
Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. 
Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. 
"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal. 
"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram. 
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?
"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis
"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal
"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.

lagu pilihan Akmal untuk anis diawal pertemuan

Petikan - petikan yang menarik dalam Novel

“Bos” panggil Nuranis Fatihah.
Tersedar Akmal Ikram dari lamunan. Dia menggangkat muka melemparkan pandangan kosong pada Nuranis Fatihah yang memerhatinya.
“Bos tak nak makan ke?”
“Saya tak ada selera.”
Pulak! Tadi beria ajak makan kat sini. Dah duduk sini tak ada selera pulak.
“Jangan macam tu bos… makan sikit , dah sejuk tak sedap.Nanti membazir aje nasi goreng tu kalau bos tak makan,” pujuk Nuranis Fatihah.
“ Saya betul-betul tak ada selera Anis.”
“Tak baik membazir bos. Cuba tengok orang susah. Mereka nak dapat sesuap nasi pun kena berkerja keras. Kita yang mudah nak dapat makanan, senang-senang pulak nak buang. Amalan membazir dilarang oleh Allah. Itu tandanya kita tidak bersyukur kepada-nya. Bos pernah tak tonton iklan beras jasmine? Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Haaaa.. bos kena hargai setiap titik peluh petani tu.” Dengan penuh semangat Nuranis Fatihah memberi nasihat kepada bosnya. Tersenyum Akmal mendengarnya. Tercuit dengan tingkah Nuranis Fatihah yang bersahaja. Mamang ada kebenaran dari kata-kata Nuranis Ftihah itu. Bukan niatnya untuk menbazir tetapi seleranya sudah putus dek tamparan kejadian tadi. Dia mengeluh panjang. Bungkusan diatas meja dibuka. Aroma nasi goring mula membangkitkan selera. Perlahan dia membaca doa. Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Lega hatinya melihat Akmal menerima kata-katanya tadi. Mereka menkmati makan malam dengan suasana yang nyaman diiringi alunan muzik piano yang sayup-sayup kedengaran dihalwa telinga.
“Awak memang selalu aktif dalam kerja-kerja amal ke?” tiba-tiba Akmal Ikram menyoal memecahkan keheningan antara mereka. Sekadar mengajak Nuranis Fatihah berbual untuk menghilangkan kerunsingan dihati. Tu saja yang terlintas difikirannya kala ini.
“Haah, memang saya selalu libatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh rumah Ar Raudhah. Itu saja yang saya boleh buat,walaupun saya tahu tak terbalas budi rumah Ar Raudhah kepada saya,” jawab Nuranis Fatihah.
“Maksud Anis?” Tanya Akmal Ikram tidak mengerti dengan kata-kata Nuranis Fatihah tadi.
“Sebenarnya saya dibesarkan disitu.” Sayu nada Nuranis Fatihah menjawab pertanyaan Nuranis Fatihah. Akmal Ikram terkedu. Terhenti suapannya.Tidak menyangka gadis dihadapannya dibesarkan dirumah anak yatim. Seorang gadis ceria, berani bersuara melontarkan pendapat dan pandai menjaga pergaulan diri walaupun dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Papanya sering memuji Nuranis Fatihah. Kata papa, Nuranis Fatihah seorang yang tekun berkerja. Setiap tugasan yang diberikan pesti akan dilaksanakan dengan penuh dedikasi.Sebab itu dia sering memberi kerja yang banyak kepada Nuranis Fatihah untuk melihat sejauh mana kebenaran kata papanya terhadap gadis ini. Setakat ini, Nuranis Fatihah memenuhi kriteria untuk dinaikkan pangkat tetapi belum diusulkan kepada papanya lagi.
“Kenapa? tak percaya?” soal Nuranis Fatihah beriak ceria.uba megusir rasa kedukaan yang mula melingkar dijiwa.
“Tak percaya dan tak sangka. Papa hanya cakap awak orang kuat Ar Raudhah.Patut papa tak berkira nak hulur sponsor pada awak…. Orang kuat kat situ rupanya.” Mencerlung mata Nuranis Fatihah memandng Akmal Ikram. Wajah selamba Akmal Ikram seolah-olah menyindirnya. ‘ini aku nak hangin satu badan! ingat aku kaki bodek ke!’
“Bos perli saya ke apa ni?” Tanya Nuranis Fatihah mula geram.
“Mana ada saya perli, Cuma hairan sebab sponsor yang papa bagi diluar jangkaan saya dan Syaikat Puncak Holding juga menjadi pengajur tetap program di rumah anak yatim Ar Rudhah. Sekarang baru saya tahu sebabnya,” terang Akmal Ikrm menjawab segala kemusyikilan di benaknya selama ini.


Kami ada hal nak beritahu papa dengan mama,” ujar Akmal Ikram. Wajah orang tuanya ditatap tenang. Akmal Ikram kemudian memandang Nuranis Fahihah yang hanya kaku disebelah mamanya. Berat terasa untuk meluahkan kata-kata. Dato Mansor dan Datin Kamariah masih menanti butir bicara Akmal Ikram. Datin Kamirah mula rasa tidak senang hati bila Akmal Ikram hanya diam membisu. Nuranis Fatihah yang juga menanti semakin gelisah jadinya. Berdegupkuat jantungnya. Tidak pernah dia merasa takut seperti ini. Boelh pengsan aku kalau macam ni. Sesak nafas dah aku rasa. Ynag bos aku ni kenapa tiba-tiba seyap aje.Tadi bukan baik mukadimahnya. Tiba-tiba pulka diam. Hishh..! macam mana ni.
“Ada apa sebenarnya. Kenapa senyap aje ni?” soal Datin Kamariah tidak sabar. Lembut tangan Datin Kamariah menyentuh tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan Datin Kamariah mengeutkan Nuranis Fatihah . Seakan meresap satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Kelembutan sentuhan darpada seorang ibu menusuk ke kalbunya.
“Hmmm..Anis, ada apa?” soal Datin Kamariah lagi.
‘erk! Apa aku nak jawab ni?’ Nuranis Fatihah menoleh kearah Akmal Ikram. Namun Akmal Ikram hanya memandang kosong kepadanya. Datuk Mansor juaga senyap dari tadi tidak berani mencelah.
“Anis tak setuju rancangan kami nak masuk meminang Anis ke?” duga Datin Kamariah. Sayu nadanya menusuk ke hati Nuranis Fatihah. Raut wajah kehampaan Datin Kamariah meresahkan Nuranis Fatihah. Tidak sampai hati untuk mengecewakan harapan orang yang begitu baik terhadapnya selama ini.’Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Bagaimana sanggup aku menghampakan perasaan wanita ini yang begitu ikhlas menerimaku walaupun aku serba kekurangan. Kau tunjukkanlah jalannya Ya Allah.'
“Anis.” Lembut sapaan Datin Kamariah menyentakkan Nuranis Fatihah.
“Bukan begitu Datin,” ucap Nuranis Fatihah spontan.’Glup! Aku ke yang cakap tadi.’ Nuranis Fatihah perasan semua mata terarah kepadanya. Tersedar ia kini sudah terlajak kata. Tercengang Akmal Ikram.Tidak berkedip matanya memandang Nurnis Fatihah. ‘Silap dngar ke aku tadi? Boleh review balik tak?’ Senyuman dibibir Datin Kamariah menyakinkan Akmal Ikram bahawa dia tidak tersilap dengar. Kemudian perlahan senyuman turut terukir dibibirnya. Berbunga rasa dihati sukar digambarkan.
“Jadi Anis menerima risikan tu. Leganya hati aunty. Hari tu ibu Anis cakap, Anis nak fikir dulu. Bila Anis sendiri yang beritahu aunty memang lega sangat aunty rasa,” luah Datin Kamariah ceria.
“Tapi Datin , saya tak layak untuk Encik Akmal. Sepatutnya encik Akmal dapat yang lebih bak. Saya ni banyak kekurangannya Datin.” Nuranis Faihah masih berdolak dalik.
“Anis adakah yang terbaik untuk anak aunty. Dan mulai hari ini jangan panggil aunty Datin lagi. Dari dulu lagi aunty ckap janagn panggil datin. Sekarang panggil aje mama. Tak lama lagi pun Anis dah nak jadi ahli keluarga kami. Bukan begitu papa,” ujar Datin kamariah teruja dengan berita gembira itu.
“Mama rasa tak payahlah tunggu lama-lama. Kita buat majlis sekali. Tk payah nak tunang lama-lama. Buat serentak bertunang dengan nikah. Along macam mana setuju tak dengan cadangan mama?” sambung Datin Kamariah memberi cadangan.
“Along ikut aje mama.”
“Dah tak sabar mama along ni nak dapat menantu,” sampuk Datuk Mansor tersengih mengusik.
“Lagi cepat lagi bagus mama.” Celah Akmal Ikram bersama sengihan tidak sudahnya. Tergelak Datuk mansor dan Datin Kamariah dengan seloroh Akmal Ikram. Nuranis Fatihah pantas menoleh ke arah Akmal Ikram melemparkan pandangan yan tidak senang dengan usikan itu. Tetpi Akmal Ikram hanyat tersenyum bersama kenyitan nakal. Membutang mata Nuranis Ftihah dengan tingkah Akmal Ikram. Gatal!... Aduh.. lain yang dirancang lain pula yang jadinya.


“saya tahu perkahwinan kita bukan seperti yang awak impikan. Saya bukanlah pilihan hati awak yang sebenarnya.Apatah lagi bila awak dengar cerita buruk mengenai diri saya. Mesti awak bertambah benci pada saya kan.” Akmal Ikram menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicara. Nuranis Fatihah hanya tunduk membisu.
"Awak pernah nasihat pada saya dulu. Kita mesti reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Saya sentisa inga kata-kata awak Anis. Dan saya pegang ia sebagai azimat dalam diri saya.” Terkaku Nuranis Fatihah. Memang senang untuk mengungkapkan kata –kata tapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan jika diasuh hati untuk menerimanya.
“Saya tak akan memaksa awak untuk menerima saya. Saya tahu hati awak terluka .Tapi saya harap jangan ada perasaan ragu dalam diri awak pada saya.”
“Tapi awak tak pernah menafikan perkara tu.” Pintas Nuranis Fatihah tiba-tiba. Sejak kejadian itu perasaan curiga sentiasa mengahantui dirinya. Setiap saat dia memnantikan Akmal Ikram menerangkan kedudukan sebenar. Namun penantiannya bagai tiada penghujung bila Akmal Ikram lebih suka bersikap berdiam diri. Bercakap bila perlu sahaja.
“Awak rasa, awak akan percaya kata saya dalam keadaan awak macam tu," soal Akmal Ikram melawan pandangan Nuranis Fatihah. Terdiam Nuranis Fatihah. Tidak dinafikan , jika mereka berterusan membincangkan masalah itu tempoh hari pasti akan berlaku pertelingkahan di antara mereka.
“Saya tak paksa awak untuk mempercayai saya Anis. Tapi percayalah, Walau tidak setebal mana iman dalam diri saya tetapi saya masih mampu mengawal diri saya dengan godaan nafsu. Tapi saya tahu, saya tak boleh terlalu singkat untuk mengenal hati budi antara kita. Sebab itu saya mahu hubungan kita diberi ruang dan masa. Saya mahu awak menerima saya seikhlas hati tanpa ada paksaan dalam diri awak,” ujar Akmal Ikram meluahkan perasaan yang terbuku didada. Nurnis Fatihah membisu seribu bahasa. Terharu bila akmal Ikram bagai dapat menyelami gelodak hatinya.
“Anis….” Panggil Akmal Ikram . Namun Nurinis Fatihah hanya tunduk membisu sedari tadi.
“Anis pandang saya.” Lembut nada Akmal Ikram berkata. Perlahan Nurnis Fatihah mengangkt muka.
Tenang air muka Akmal Ikram memandangnya.
“Kalau satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman . Saya reda. Dan saya tak memaksa awak menerima untuk saya," Kata akmal Ikram sambil merenung kedalam mata Nuanis Fatihah. Walaupun tenang kata-kata dilontarkan namun pedih terasa menyerap ke lubuk hatinya. Tersentuh Nuranis Fatihah dengan kata-kata Akmal Ikram. Entah mengapa ada kepedihan yang menyelinap diruang hatinya bila Akmal IIkram berkata begitu. Dia tak mahukan perpisahan walaupun perkahwinan ini bukan pilihannya. Keliru dengan perasaannya tika ini. Apa yang aku mahukan sebenarnya? Nuranis Fatihah melepaskan keluhan berat sebelum menyuarakan pendapat yang dia sendiri tidak pasti.
“Seperti kata awak, kita beri peluang untuk diri kita dulu. Tak salah kalau kita mencuba ,kan. Saya akan belajar memahami diri awak dn awak juga akan belajar memahami saya,” ucap Nuranis Fatihah tenang.
“Cuma .. “ Teragak-agak Nuranis Fatihah ingin bersuara.
“Cuma apa?” pintas Akmal Ikram tidak sabar.
“Saya harap awak boleh beri masa pada saya. Bukan mudah untuk meyakinkan diri saya sendiri selepas apa yang telah berlaku. Saya harap awak faham,” kata Nuranis Faihah perlahan. Akmal Ikram menarik senyum. Faham akan maksud kata-kata Nuranis Fatihah.
“Ambillah berapa banyak masa yang awak nak. Saya akan tunggu.” Balas Akmal Ikram dengan segaris senyuman dibibir. Nuranis hanya tersenyum nipi membalas.



Nurnis Fatihah menampar perlahan beberapa kali pipinya. Tanpa disangka tingkah-lakunyaitu desedari oleh Akmal Ikram.
“Kenapa?” Tanya Akmal Ikram memandang sekilas kea rah Nuranis Fatihh dengan riak kehiranan.
“Huh!” Terpinga-pinga Nuranis Fatihah. Benaknya ligat berfikir jawapan apa yang sesuai diberikan.
“Nyamuk,” jawab Nuranis Fatihah sepatah. Akmal Ikram sudah mengerutkan dahi. “Hah! Nyamuk? Ada nyamuk ke ?”
“Nyamuk sesat kut.” Serba slah Nuranis Fatihah dibuatnya. Dia tersenyum sumbing.’Apa kena dengan aku ni? Tenanglah wahai hati.’ Sebaik tiba dihadapan rumah , mereka masih membisu seribu bahasa. Nuranis Fatihah terus naik ke bilik, Begitu juga Akmal Ikram. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan yang bergelora dihati mereka dikala ini.
“Abang nak minum apa-apa?” Tanya Nuranis Fatihah sebaik tiba dihadapan pintu bilik.
“Tak apalah, Anis pun dah letih.” Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Sempat mereka berbalas pandangan sebelum Nuranis Fatihah melarikan beboa matanya ke arah lain. Pintu terkuak luas. Akmal Ikram memberi laluan kepada Nuranis Fatihah. Sebelum melangkah masuk Nuranis Fatihah menghdiahkan sebuah senyuman kepada Akma Ikram. Dia terus menepak ke arah almari hias lalu meletakkan tas tangan di atas almari itu. Dadanya semakin berdebar tatkala melihat Akmal Ikram melangkah ke arahnya menerusi cermin hias itu. Dia cuba berlagak selamba, tangan mua menanggalkan kerongsang ditudung. Ketika dia menanggalkan selendang di kepala, tiba-tiba tangannya disentuh lembut.Serta merta pandangan tertancap pada cermin hias dihadapan. Akmal Ikram sedang berdiri begitu hampir dibelakangnya. Gementar dan resah semakin menghimpit diri. Dibiarkan saja selendangnya melurut jatuh ke lantai. Rambutnya beralun lembut tatkala Akmal Ikram melepaskan ikatannya.
Pandangan Nuranis Fatihah terus melekap pada setiap tingkah dan sentuhan Akmal Ikram diatasnya.
“Abang suka tengok rambut sayang lepas macam ni,” bisik Akamal Ikram ditelinganya ambil mengeus rambutnya lembut. Nuranis Fatihah mematungkan diri. Tidak berkedip matanya memandang Akaml Ikram itu.
“Abang ada sesuatu untuk sayang,” beritahu Akmal Ikram sambl menarik seutas rantai dari kocek tuxedonya. Kemudian dia memakaikan rantai itu ke leher Nuranis Fatihah.Nuranis Fatihah mengamati rantai emas putih yang tersarung dilehernya. Di menyentuh loket kecil berbentuk hati dan bentuk ‘a’ yang berkembar dua tergantung di tengah-tengah bentuk hati itu. Tampak lebih menarik dengan kilauan permata-permata keci ditasnya. Cantik dan unik sekali rekaannya.
“Double ‘a’?” sebut Nuranis Fatihahperlahan. Matanya tidak lepas dari loket yang tersarung dilehernya itu."Akaml Ikmal dn Nuranis Fatihah. Pautan dua jiwa satu hati dalam ikatan cinta suci abadi.” Senyuman mekar terukir dibibir Nuranis Fatihah merdengar ungkapan indah itu.
“terima kasih abang,” ucap Nuranis Fatihah perlahan.  
“Sayang..” seru Akmal Ikram lembut. Kedua bahu Nuranis Fatihah dipegang lembut dan dipaling menghadapnya. Nuranis Fatihah tunduk memandang lantai.Malu untuk bertentangan mata dengan Akmal Ikram. Rona merah dipipinya mula kelihatan. Dagu Nuranis Fatihah disenuh lembut. “Pandang abang..”
Pandangan mereka bertaut. Senyuman nipis terukir dibibir Akmal Ikram. Sepasang matanya meneroka segenap rau wajah Nuranis Fatihah.
“Sayang cantik sangat malam ni,” bisik Akmal Ikram perlahan.  Akmal IIkram meraih kedua tanga Nuranis Faihah dan digenggam erat. “ Sejuknya tangan sayang.” Nuranis Fatihah terkedu. Bibir diketap menahan rasa malu yang semakin menebal.
“Abang tahu sayag gementar.”
“Mana ada,” nafi Nuranis Fatihah menyembunyikan gelodak hati yang tidak keruan.
“Habis tu, kenapa sejuk sangat tangan ni?” Nuranis Fatihah terdiam . Tidak tahu alasan apa yang patut diberi. Sudahnya da hanya tertunduk malu. Memang tubuhnya seram sejuk tika ini. Tingkah Akmal Ikram mengubah suhu badannya jadi tidak menentu. Akmal Ikram menarik sedalam – dalamnya. Genggaman semakin dieratkan.
“Sayang.. menyusun kata pujangga indah bukan kepakaran abang. Untuk meluahkan kata hati bukan perkara mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tiada lagi kata data menggambarkan perasaan yang terpendam dihati abang. Sudah lama abang menunggu saat ini, melamar bidadari untuk terus bersemadi selamanya dihati abang.”
Nuranis Fatihah terpanar.lentok bahasa Akmal Ikram seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu. Akmal Ikram membawa kedua tangannya ke dada. Pegangan dieratkan. Tidak berkedip mata Nuranis Fatihah memandang Akmal Ikram. Bermimpikah aku? Benarkah aku berpijak dibumi yang nyata sekarang? Nuranis Fatihah Menatap wajah Akmal Ikram.

Wednesday 11 July 2012

BILA KREW ERA RADIO DATANG LAGI


Krew ERA Radio bersama Nesvita

Kehadiran krew Era Radio sudah tidak asing lagi ke Item Industrial Enginering ( tempat kerja aku laaaa ). Kali ini Ira and the gengs datang serbu bersama Nesvita. Ada sedikit kenangan yang dapat di selitkan untuk tatapan kawan-kawan dan kenalan yang lain. Peraduan Era dipejabat bersama Nesvita dimeriahkan lebih 20 orang kakitangan Item Industrial Engineering. Peraduan ini dimenangi oleh Anisshafini ( yang berbaju oren tu ). Kemenangan ini tutut dirasai oleh kawan dan teman- teman yang lain.
( kenangan beramai-ramai )

( saat Hafis mendendangkan lagu awan nano )

Gengs Krew ERA



( Bersuka ria )

 
 ( Haiza , Ira dan aku )

( Yani dan aku bersama Nesvita )

( Turut bersama Nesvita )

 ( Bersama peminat Ira )

Mereka memang spoting gila , terima kasih kepada Radio ERA dan krew product Nesvita datang ke pejabat memeriahkan suasana. Kita jumpa lagi di lain waktu dengan peraduan yang akan datang . hehehehehhe ( muka peraduan budak- budak office ni ) yang penting happyyyyy .....

Tuesday 10 July 2012

NOVEL ISTERI SEPARUH MASA


Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi, aku terus rela menjadi isterinya…. Walaupun hanya isteri separuh masa.


Sharifah Nurilyana Syed Fesal mengunakan nama pena Suri Ryana dalam bidang penulisan. Isteri Separuh Masa hasil tangan yang kedua selepas MAID. Novel setebal 551 muka surat cukup menghiburkan kepada sesiapa yang mengikuti novel ini. Dari membaca dilaman Blog suri hinggalah terpanggil untuk memilikinya. Pada awal mei 2012 yang lalu bertempat di PWTC sempena pesta buku antarabangsa aku sempat berjumpa dan mendapat sentuhan tangan suri di novel ini. Puas rasa dapat jumpa penulis itu sendiri.

Novel ini mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana tidak mahu kehilangan dan terlalu sayangkan Medina Izwani Nenek menjodohkan Nazrin Shah anak Dato’ Abdullah sebagai pasangan hidup. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tidak mengenang budi Medina Izwani menurut sahaja cadangan nenek. Tetapi tidak pada Nazrin Shah. Nazrin menganggap Medina Izwani sebagai musuh kerana Medina Izwani pernah memberitahu keluarga angkatnya kecurangan kekasihnya Zita hingga keluarga Nazrin melarang perhubungan itu. Sejak itu perang dingin berlaku diantara Medina dan Nazrin tak pernah surut. Nazrin akur untuk berkahwin dengan Medina Izwani kerana kesihatan nenek. 

Hidup Medina menjadi huru hara bila Nazrin menjadi tutorial dalam salah satu subjek yang diambil. Watak Megat Shasril , Alif , Zafril adalah memangkin dalam kesinambungan cerita antara Medina dan Nazrin.

Sinopsis Dari Kulit Novel 
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.
Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


Petikn - petikan menarik dari Novel
“ maksud nenek?” soal Abang Nazrin penuh minat.
“ Nazin Shah dan Medina Iwani, nenek sayang sangat dengan kamu berdua. Boleh kamu turuti permintaan nenek?”
Jantungku semakin berdebar-debar saat in. Isy, Wani! Relaks la.. Kau bukannya nak dijatuhi hukuman penjara ke, apa ke.. tenang Wani, tenang! Aku hanya menganggukkan kepala. Walaupun berat permintaan nenek nanti, aku tahu aku terpaksa juga menunaikannya. Tidak mungkin aku akan membantah setelah keluarga ini sanggup memberikan aku kasih ayang yang tak berbelah bahagi.
“Permintaan apa nek?” Abang Nazrin yang semakin tidak sabar terus mendekati nenek. Punggungnya dilabuhkan di sebelah wanita itu.
“Nazrin,nenek mahu kamu berkahwin dengan Medina Izwani sebelum kamu sambung belajar ke UK.” Kata-kata yang keluar daripada mulut nenek menyebabkan aku tergamam. Terasa seperti aku baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup! Dunia ku terasa berpusing-pusing. Aku cuba sekali lagi memahami ayat nenek yang mudah itu. Kenapa terlalu sukar rasanya untuk mengahadamkan perkataan- perkataan yang kudengari tadi?
“What! That is not a good idea, nek!”
Tempikan suara Abag Nazrin yang bergema didalam rumah ini membawa aku kembali ke alam nyata. Ya Allah, betulkah apa yang aku dengar tadi? Aku terpaksa berkahwin dengan ‘Si bapak singa’? Kenapa Abang Nazrin Kenapa tidak orang lain? Apa akan jadi dengan masa depanku?
“Nenek…. Kenapa Wani pula yang kena kahwin dengan Abang Nazrin?” soalku bersama air mata yang sudah pun bergenang dimata.
“Sebab Wani adalah calon yang paling sesuai” jawab nenek dengan tenang. Aku pula cuba mencari alasan supaya tidak kedengaran seperti membantah seratus-peratus permintaan nenek itu.
“Wa.. Wani tak boleh nenek sebab Wani masih belajar, baru nak ambil SPM.” Alasan yang paling relevan saat ini kuluahkan kepada nenek. Sebelum sempat wanita itu bersuara, suara Abang Nzrin bergema lagi.
“Nenek, sebab kesilapan yang dah Uncle Aidil lakukan, Nazin pulak yang kena kahwin dengan Wani? Mengarut! Tak masuk akal! Nonsense! Nenek ni dah tak betul ke?” Dia meraup wajahnya berulang kali sehingga kulihat wajahnya itu menjadi merah. Ah, memang tidak logik! Aku adalah perempuan yang paling dibencinya. Mana mungkin dia akan menerima perminaan nenek.
“Nazrin! Watch your mouth!” tengking papa kepada Abang Nazrin pula. Keadaan didalam rumah ini kurasakan semakin berserabut. Aku menjadi semakin takut. Takut dengan apa yang bakal terjadi. Ada air mata mengalir dipipi saat ini. Mama yang memandangku dengan penuh simpati juga kulihat sama menangis. Tanganku digenggamnya kuat, seakan-akan cuba memberikan aku kekuatan.
“Why nenek? Why? Apa kaitan kisah Uncle Aidil tu dengan Nazrin?” soal Abang Nazrin yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan nenek. Dia terus bangun dari sofa. Sebelah tangan bercekak pinggang manakala sebelah tangan memicit dahi.
“Nenek tak mahu kamu jadi seperti Aidil,” ujar nenek yang mendongak ke arah cucunya itu.
“Nenek , Nazrin boleh fikir apa yang baik dan apa yang buruk.Takkanlah Nazrin nak kahwin senyap-senyap di luar Negara? Nazrin ke sana untuk belajar nek, bukan untuk berkahwin.” Bersungguh-sungguh Abang Nazrin cuba meyakinkan nenek. Aku pula hanya mampu berdoa supaya nenek berubah hati dan membatalkan hasratnya itu.
“Sebelum ke luar Negara, Uncle Aidil juga berjanji macam-macam dengan nenek. Godaan hidup di sana lebih dasyat daripada di Malaysia. Nazrin. Nenek tak mahu kamu silap membuat pilihan.” Nyata nenek memang nekad dengan keputusannya untuk mengahwinkan kami. Aku mengesat air mta yang mengalir dengan hujung pijama.
“Nazrin tak nak kahwin dengan dia ni, nek! Nzrin anggap dia tak lebih daripada seorang adik angkat aje,” ujar Abang Nazrin dengan tegas. Nnek ula terus berdiri apabila mendengar kata-katanya itu.
“Jadi, kamu tak mahu tunaikan permintaan nenek?” Nenek yang sentiasa lemah lembut ketika berkata-kata, sentiasa mengeluarkan ayat-ayat yang mendamaikan jiwa kni mnengking Abang Nazrin. Abang Nazrin juaga nyata terkejut dengan reaksi nenek. Kemudian, dia teus memeluk wanita itu. Papa dan mama kulihat hanya memerhati sahaja dalam keresahan yang pastinya semakin menggunung.
“Maaf, nek.Bukan Nazrin tak mahu tetapi Nazrin betul-betul tak mampu,,,, “ ujar Abang Nazrin perlahan. Kemudian, dia terus berlari naik ke atas.
Lega juga hatiku apabila Abang Nazrin beria-ria menolak permintaan nenek kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk berbuat demikian. Aku hanya mampu mengikut sahaja kerana takut dikatakan seorang cucu yang tidk mengenang budi.
“Nazrin.. dengar dulu. Nenek belum habis cakap lagi ni… Nazrin….” Tanpa kusangka-sangka nenek terus meluru ke arah tangga.Papa dan mama turut bangun dan kemudian terdengar jeritan nenek.
“Ya Allah!!!” Aku terus meluru ke arah tangga.
Terdengar hentakan kaki Abang Nazrin yang brlari turun untuk melihat apa yang telah terjadi kepada nenek. “Mak!!!” jerit mama dan papa serentak. Mataku terpandang kearah tubuh nenek yang terbaring diatas lantai.”Nenek!!!”
"Mak Timah , tolong ambilkan kunci kereta!!!” Mama terus menjerit dengan cemas kea rah Mak Timah yang kemudianya berlari naik keata. Aku terus menangis dan menangis. Kepalaku semakin bercelaru dengan apa yang sedang berlaku. Papa pula kelihat mencempung nenek dan sebelum membawanya keluar untuk dimasukkan kedalam kenderaan, sempat lagi papa bertanya dengan begis kepada Abang Nazrin.
“Puas hati kamu sekarang.” Puas hati kamu sekarang?? Soalan itu juga kurasakan seperti ditujukan kepadaku.

“Suami kau cakap? Hey,kau dengar sini baik-baik! Sedarlah diri sikit. Ada hati nak panggil aku suami konon. Kalau tak kerana nenek, tak mungkin aku berkahwin dengan anak pungut macam kau. Entah dari mana asal keturunan kau pun aku tak tahu.”
Pedih kata-katanya menikam hatiku. Air mata yang semakin laju mengalir tidak dapat kutahan lagi. Tidak sangka aku sehina dan sekeji itu di mata Abang Nazrin.
“Abang Nazrin ! Kalau bencikan Wani sekalipun tak perlu hina keturunan Wani. Wani tahu Wani memang tak layak untuk seorang lelaki seperti abang. Wani juga tahu Wani Cuma anak angkat aje tetapi abang dah lupa ke yang kita semua sama aje disisi Allah? Yang membezakan kita nanti hanyalah iman dan takwa. Abang dah lupa semua tu?” soalku bertalu-talu.
“Hey, tak perlulah nak berceramah pulak kat aku. Kau dah lupa kata-kata aku malam pertama kita bernikah dulu? Sooner or later, aku tetap akan ceraikan kau," jawabnya kasar.
“Sampai hati abang buat Wani macam ni….” Rintihku bersama air mata yang mengalir.
“Aku nak kau berjanji dengan aku yang kau tidak akan jadi batu penghalang dalam hubungan aku dengan Zita. Janji dengan aku sekarang!” gesa Abang Nazrin. Takut benar kehilangan Kak Zita. Aku yang sudah tidak mampu menjawab kata-katanya ketika itu hanya menangis sahaja. Pada waktu itu bau aku tahu betapa bodohnya aku keana mengharapkan seorang lelaki seperti Abang Nazrin untuk mencintaiku. Air mata yang tadinya laju mengalir telah pun semakin berkurangan.
“ Aku tahu ini tidak adil untuk kau tetapi aku tak sanggup kehilangan Zita kerana kau,” kata lelaki itu lagi. “ BIla tiba masanya nanti , aku akan ceraikan kau!”
Ayat itu diucapkannya sekali lagi menyedarkan aku yang dimata Abang Nazrin, Aku tak ubah seperti kain buruk. Tak berharga sama sekali dan akan dicampakkan ke dalam tong sampah pada bila-bila masa sahaja.
“Baiklah… kalau itu yang abang mahukan. Anggap aje yang Wani ni bukan lagi isteri abang. Anggap aje Wani dah tak ada didalam hidup abang. Buatlah apa yang abang suka, asalkan abang bahagia. Wani janji Wani tak akan jadi panghalang.” Petah mulutku mengucapkan ayat-ayat itu. Perasaan aku terhadapnya akan ku buang jauh dan aku tidak akan mengharapkan apa-apa lagi daripadanya.
“Good. You better keep your words!” ujarnya yang puas hati dengan janjiku ketika itu. Kalau aku bermati-matian menghalang mereka bersama pun, tidak ada jaminannya lelaki itu akan mencintaiku. Sesungguhnya aku pasrah dengan takdir hidupku.
Semasa aku menceritakan tentang perbuatan sumbang kak Zita dahulu. Abang Nazrin dan kak Zita sudah hampir-hampar hendak bertunang waktu itu. Tetapi, kerana sayangnya aku terhadap Abang Nazrin dan tidak mahu dia tertipu, aku cepat-cepat beritahu perkara itu kepadanya dan seluruh ahli keluargaku. Memang aku tidak pernah menyangka yag perkara itu akan menjadi punca rosaknya hubungan kekeluargaan di antara kami.

“Medina Izwani!”
Isy .. dia ni memang suka benar panggil nama penuhku. Agaknya, sedap sangat nama aku sampai perlu menyebutnya hari-hari.
“Medina , dia panggil kau tu.” Mai bersuara sambil memegang lenganku. Ikutkan hati , ingin sahaja aku terus melangkah pergi tetapi takut pula kalau ada perkara penting yang ingin diberitahunya. Lebih-lebih lagi kalau perkara itu berkaitan dengan nenek.
“Isk.. aku malas betullah dengan dia ni.” Dengan geram aku terus kea rah ‘si bapak singa’ itu. Kawan-kawanku juga turut sama mengekoriku.
“Sorry tapi, rasanya saya hanya panggil Median Izwani tadi." dengan sinis ‘si bapak singa’ itu berkata.
Aku pula terus berbisik kepada mereka. “korang baliklah dulu. Aku akan call korang nanti.” Mereka mengangguk dan kemudian beredar meninggalkan aku dan Abang Nazrin.
“Awak buat apa kat sini?” Acuh tak acuh aku menyoalnya. Mata pula kuhalakan ke arah bangunan putih yang teretak diseberang jalan. ”Nak jemput kau baliklah . Apa lagi?!” bentaknya. Mimpi apa agaknya lelaki ini tk pun salah makan ubat kut. Aku terus menjawab kata-katanya. “Tak payah. Saya boleh balik dengan teksi nanti.”
“Hey, kau jangan nak mengada-ada ye. Balik aje dengan aku.” Semakin panas hatiku jadinya apabila terdengar ayat lelaki itu. Mata kukecilkan sedikit dan aku terus memandang tepat ke dalam matanya.
“Doktor Nazrin! Tolong beritahu saya, kenapa saya perlu balik dengan awak?” soalku dengan geram. Hatiku ini masih lagi mendidih apabila teringatkan tentang pembentangan yang perlu dibuat minggu hadapan. “ Sebab aku malas nak jawab soalan nenek nanti kalau aku balik sorang. Kau sendiri yang cakap nenek dah mula mengesyaki sesuatu,kan? Aku tak nak nenek risau!” ikutkan hati, mahu sahaja aku menyuruhnya memberikan alasan kepada nenek. Tetapi aku pasti, mesti ada sahaja jawapan pedas yang akan ku terima daripada lelaki ini. Wajahku masam sahaja sepanjang perjalanan. Begitu juga dengan wajah lelaki itu. Kami hanya diam sahaja dan melayan lagu cinta yang sedang ke udara. Bluek! Tak sesuai langsung!
“Dah lama kau buat kerja macam tu? Sedap aje kutuk aku kat dalam kelas!” Akhirnya, lelaki itu bersuara dengan sinis. Kenapa agaknya ayat yang keluar daripada mulutnya selalu sahaja membuatkan darahku naik mencanak? Nak cari pasal dengan akulah tu! Aku mengerling ke arah wajahnya yang tak berperasaan itu.
“Medina Izwani.” Tersentak aku apabila nama penuhku keluar daripada mulut lelaki itu sekali lagi.
“Ya, ada apa, doctor Nazrin?” balasku. Seperti didalam kelas pulak.
“AKu tahu aku lebih kacak daripada brad Pitt. Tapi, tak perulah kau tenung aku sampai macam tu sekali. Lagipun, aku ni memang taka da ciri-ciri lelaki idaman kau pun,kan!” sindirannya membuatkan aku terus memejamkan mata seketika. “Perasan! Bila masa saya tengok awak? Saya tengah pandang bangunan-bangunan yang baru dibina kat sebarang jalan tu la!” Dengan lancer aku menepis kata-katanya.
“So , dah lama kau buat kerja tu?” sekali lagi dia menulangi soalan tadi.
“Kerja apa?”
“Kutuk aku dalam kelas” jawabnya dengan nada tidak pua hati sambil mengerling kearahku sekilas.
“Eh, terasa ke ? rasa-rasanya saya tak mention nama awak dalam kertas tu pun.” Sengja hendak menyakitkan hatinya.
“Kau ingat aku bodoh?! Macamlah kau ada abang lain kat dalam dunia ni,” bentak ‘si bapak singa’ bersama wajah yang makin tegang.
“Siapa makan cili dialah rasa pedasnya,kan?” soalku dengan nada yang sinis bersama ketawa yang  dibuat-buat di hujung ayat. Sebiji yang selalu dia lakukan kepadaku.

“Niza, Mia, Jue dan Husna … aku ada sesuatu nak beritahu korang.” Sesungguhnya aku sudah tak sanggup untuk berahsia lagi.
“Cakaplah Medina .. kenapa muka kau pucat sangat ni?” aku menarik nafas dalam-dalam sebaik sahaja mendengar soalan Niza.
“Hang ni buat suspenselah. Risau pulak aku tengok hang n,” kata jue. Dia memandang ke arahku dengan pandangan yang serius. Aku terdiam seketika. Cuba mengumpul kekuatan memberitahu perkara yang sebenarnya. Abang Nazrin terus mencapai tanganku. Nampaknya semua mata kini tertumpu kearah tanganku yang digenggam lembut oleh tangan Abang Nazrin.
“Aku sebenarnya dah berkahwin,” lafazku dengan tenang.
“Hah?” Nyata Niza kelihatan sangat terkejut ketika ini. Aku menganggukkan kepala kearahnya.
“Hang buat lawak ka ni?” Jue pula bersuara. Aa ketawa kecil dihujung ayat. Tapi , apabila dilihatnya riak wajahku tetap serius ketawa itu hilang dibibir.
“Biar betul… “ Husna pula bersuara.
Betul… aku dah berkahwin,” ulangku sekali lagi. Mai kulihat mencapai gelasku sekali lagi. Disedutnya degan perlahan air yang masih berbaki.
“Hang kahwin dengan siapa?” soal jue. Jelas dia kelihatan terkejut saat ini.
“Nazrin Shah Abdullah”





Episod 1
Medina Izwani anak angkat kepada Dato Abdulah . Hidupnya ceria bila dikelilingi oleh orang yang tersayang. Walaupun anak angkat Medina tak rasa dirinya anak angkat. Medina menyimpan hati pada Megat Shasril ( seorang pengawas di sekolahnya ). Pada Melina Megat ada lah sumber inspirasinya untuk ke sekolah. Kerana Megat juga Medina selalu cemerlang dalam mata pelajaran disekolah. Kehadiran Nazrin ( anak tunggal Dato Abdullah ) membuat dirinya selalu disakiti. Nazrin sangat membencinya tanbahan pula mama dan papa selalu memanjakan Melina. Megat selalu membantunya bila Melina dalam kesusahan. Nazrin sering memberi amaran pada Melina agar tidak menggangu hidupnya. Mama dan neneknya selalu  cuba menyatukan Nazrin dan Medina tetapi disambut dingin. Bagi menyatukan Nazrin dan Medina , nenek mencadangkan Nazrin dan Melina disatukan. Dato Abdullah dan Datin Aliyah cuba menolak cadangan itu tetapi dibantah. 

Episod 2
Nenek menceritakan kisah Aidil adik Dato Abdullah yang pergi ke luar negara untuk belajar tetapi bila dia masih belajar di luar negara dia berkahwin dengan perempuan bukan pilihan neneknya. Nazrin masih tak faham dengan kiasan nenek. Bila didesak , nenek berterus terang agar Nazrin dan Medina berkahwin sebelum Nazrin pergi ke luar negara. Nazrin membantah cadangan nenek yang terberkahwin dengan Medina tiba-tiba nenek jatuh sakit. Semua keluarga panik melihat keadaan nenek. Dato Abdullah mencadangkan menangguhkan cadangan untuk bertunang tetapi nenek tetap berkeras. Nazrin terkpaksa bersetuju dengan cadangan nenek bila melihat keadaan nenek. Selepas kejadian itu Medina terus menjarakkan diri dari Megat. Megat tertanya-tanya mengapa Medina bersikap dingin dengannya. Medina terpaksa berterus terang dengan Megat yang dia terpaksa berkahwin dengan abang angkatnya Nazrin . 

Episod 3
Beberapa tahun kemudian , Medina terkejut bila Nazin menjadi pensyarah di universitinya. Paling menghuru-harakan keadaan Nazrin mengajar dalam salah satu subjek pembelajaranya. Kawan - kawan Medina heran bagaimana Nazrin ( pensyarahnya ) boleh kenal Medina. Medina teringat semasa malam pernikahan mereka dulu Nazrin memberi amaran pada Medina agar Medina berpura-pura bahagia depan keluarga. Nazrin akannya suatu hari nanti. Nazrin juga sengaja menyakitkan hati Medina . Zita sengaja menunjuk pada Medina yang dia sedang bahagia bersama Nazrin. Suatu hari Nazrin memberitahu papa , mama dan nenek ingin datang kerumah . Nazrin memaksa Medina pindah kerumah Nazrin. Kawan-kawan Medina semakin pelik melihat Medina dengan pensyarahnya. Medina hanya memberitahu Nazrin hanyalah abang angkatnya kerana mama dan papa Nazrin menjaganya dari kecil. Medina bersiap-siap kerumah Nazrin . Sampai dirumah Nazrin , Medina lewat sampai. Nazrin marah pada Medina kerana lambat. Nazrin terpaksa berbohong pada keluarganya. setelah sampai lakonan mereka pun bermula. 

Episod 4
Kedatangan nenek ke rumah Nazrin memaksa Melina berpura-pura bahagia agar tidak dapat dihidu oleh nenek yang mereka sebenarnya seperti anjing dan kucing. Datin Aliyah dan nenek cuba mencungkil hubungan Melina dan Nazrin dalam keadaan baik. Pelbagai alasan dan pembohongan diantara mereka demi menjaga hati orang tuanya. Kerana Melina lambat sampai dirumah Nazrin , Melina memakai baju yang berada di bilik Nazrin yang dibeli untuk kekasih hatinya. Nazrin bengang dan tanpa perasaan dia menyakitkan hati Melina. Melina sedih kerana terus disindir dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Melina cuba pulang lambat dan memberi alasan ada kelas tetapi dimarahi oleh Nazrin kerana sengaja membiarkan Nazrin dimarahi oleh keluarganya. Zita berjumpa Melina dan memberi amaran pada Melina. Zita juga memberitahu yang Nazrin akan menceraikan Melina tak lama lagi. 

Episod 5
Datin Aliyah merancang untuk membuat kenduru doa selamat dirumah Nazrin. Ini yang membuatkan Nazrin dan Melina tak senang duduk. Mereka takut hubungan mereka akan terbongkar satu Universiti kelak tentang perkahwinan mereka. Keputusan nenek mutamad dan terpaksalah mereka harungi juga. Tifa sepupu Nazrin datang kerumah. Ini menambahkan kerumitan bila Tifa mendapat tahu Nazrin dan Melina berasing tempat tidur. Pelbagai cara Melina menafikan tanggapan itu. Semasa kenduri mereka terpaksa melayan kerenah nenek agar tidak membongkar rahsia mereka di depan rakan -rakan Melina. Tetapi pada pihak Nazrin ada yang rakan-rakannya tahu juga kerana nenek memperkenalkan Melina sebagai isteri Nazrin. 


Episod 6
Tifa mengajak Melina keluar makan. Tiba-tiba perjalan pulang ada sekumpulan budak muda mengganggu dan mengusik mereka. Meldna dan Tifa panik bila sekumpulan budak muda itu bertindak ganas. Mujur Nazrin berada disitu dan menyelamatkan mereka.  Nazrin marah bila Melina keluar senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Melina memohon maaf dan berterima kasih pada Nazrin kerana menyelamatkan dirinya. Tifa pulang ke Austalia , Tifa berpesan pada Nazrin agar menjaga Melina dengan baik. Zita datang kerumah Nazrin , Zita memaksa Nazrin menceraikan Melina secepat mungkin. Perbualan mereka didengari oleh Melina. Melina berdepan dengan Zita . Zita tak perlu takut kerana bile tiba masanya Melina sendiri akan menuntut cerai. Tidak perlu mendesak Nazrin untuk menceraikannya. Dato Abdullah dan isterinya pulang ke Kuala Lumpur. Mana kala nenek dan mak timah pula tinggal bersama Nazrin dan Medina lagi. Nenek ingin memantau pergerakan dan hubungan Nazrin dan Melina. Nazrin mendapat panggilan dari Zita. Bila tiba dirumah Zita , Nazrin melihat Zita sudah terbaring bersama pill tidur yang bertaburan. Nazrin panik melihat Zita tidak sedarkan diri.

Episod 7
Nazrin membawa Zita ke hospital. Keadaan Zita tidak membimbangkan. Zita dirawat di Hospital beberapa hari.



Episod 8
Nazrin dan Medina terus berpura-pura bahagia didepan Nenek dan mak timah. Mak timah ternampak Nazrin keluar dengan Zita . Nenek terus mengaharapkan Nazrin dapat membahagiakan Melina hingga hayatnya. Melina ternampak kesan Lipstik di baju Nazrin. Medina sedih .. Melian tidak mahu mak timah mengesyaki apa-apa. Medina mencari lipstik warna yang sama dengan kesan di baju Nazrin. Suatu pagi Medina memakai lipstik dan ditegur oleh nenek tentang perubahan tersebut. Nazrin yang perasan dan rasa bersalah. Nazrin memberitahu tidak ada apa-apa yang berlaku pada mereka. Melina merasai perubahan pada dirinya. Kini dia lebih menyintai Nazrin. Melina sering berkata dia tidak boleh mencintai Nazrin. Kerana Nazrin mencintai Zita. Mak timah terkejut bila Medina memberitahu dia tahu yang Nazrin masih berhubung dengan Zita. Medina dah letih dengan lakonan mereka. Medina nak Nazrin berterus terang pada nenek tentang hubungan mereka sebenar. Tetapi Nazrin tidak mahu. Nazrin memberi amaran agar Zita tidak datang ke kolej lagi demi menjaga nama baik sebanagi tenaga pengajar di kolej itu. Zita terus mendesak tetapi Nazrin tiada jawapan. 

Episod 9



Episod 10
Nazrin , nenek , mak timah dan Medina pergi bercuti walaupun Nazrin tukar plan secara mengejut. Mereka bercuti ke sebuah pulau. Medina rasa boring bila ditinggalkan sorang didalam bilik hotel. Keran terlalu boring Medina keluar berjalan - jalan sekitar pantai. Tiba - tiba Median ternampak Nazrin menuju ke arah 1 pasangan. Nazrin rasa tertipu bila ternampak Zita dan kekasihnya sedang bermadu asmara. Nazrin tak sangka Zita berlaku curang. Selama ini dia tidak mempercayai kata-kata Medina dan rakannya Alif mengatakan Zita tidak setia. Nazrin memohon maaf pada Medina kekasaran yang dilakukan selama ini. Nazrin mohon agar Medina akan menjadi isteri sepenuh masa. Nazrin tidak memaksa Medina untuk menerima dirinya hingga Medina bersedia. Mereka bercuti dengan penuh bahagia yang nenek menganggap mereka berbulan madu. Medina diserang oleh Zita . Medina juga dituduh oleh Zita kerana meracuni fikiran Nazrin untuk meninggalkan dirinya. Nenek dan mak timah gembira bila melihat perubahan pada hubungan Nazrin dan Medina selepas balik bercuti. 

Episod 11
Selepas balik dari bercuti , Nazrin menjauhkan diri dari Medina. Ini membuatkan Medina tertanya-tanya apa salahnya. Nazrin menyuruh Medina mencari apa salahnya tetapi tiada jawapan. Nazrin menyatakan pada Medina sudikah Medina menjadi Isteri sepenuh masanya. Baru Medina tahu yang Medina tidak memberi kata putus lagi. Medina terus bersetuju menjadi isteri sepenuh masa Nazrin. Semasa di kolej Medina terkejut bila Niza sahabatnya rapat dengan Syafril. Sejak Niza rapat dengan Syafril , Niza tidak mengindahkan kuliahnya seperti dulu. Selalu ponting kelas dan sebagainya. Ini merisaukan Medina dan kawan-kawan yang lain. Syafril cemburu melihat kebahagiaan Medina. Dia akan membalas dendam atas penderitaan abangnya. Nenek mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur bila melihat Nazrin dan Medina kini sudah bahagia. Sebanarnya nenek tahu apa yang berlaku pada rumahtangga cucunya. Tetapi selepas balik dari bercuti nenek bersyukur Nazrin sudah boleh menerima Medina. Kerana kegagalan Niza ke kolej , Medina pergi ke asrama dan didapati Niza tidak sedarkan diri. Keadaan ini membuatkan Medina menjadi panik.  

Episod 12
Sejak Niza bercinta dengan Zafril , Dunianya hanya dengan Zafril. Semua kertas kerja dan kolejnya sudah hilang fokus. Medina cuba menasihatkan Niza tetapi tidak pernah ambil pusing. Dr. Nazrin dimaklumkan oleh pihak pengurusan tiada pelajar bernama Zafril. Ini menambahkan kemuskilan pada Dr. Nazrin. Kehadiran bunga orkid oleh rumah membuatkan tanda tanya oleh mak Timah. Medina mendapat satu panggilan dari Megat Zafril. Selepas itu hatinya tak senang. Semakin difikirkan hatinya semakin risau. Medina berkongsi cerita dengan suaminya. Dr. Nazrin terkejut dengan pengakuan Medina . Dr. Nazrin berjanji dia akan menanggani masalah ini bersama. Dr. nazrin menghubungi Megat Zhafril agar tidak mengganggu Medina lagi kerana Medina sudah menjadi isterinya. Niza dikenakan tindakan dari Dekan. Niza menyalahkan kawan-kawannya kerana tidak membantunya. Medina sedih kerana terpaksa ditinggalkan kerana Dr. Nazrin terpaksa ko Korea. Selepas Dr. Nazrin menghubungi Megat Zhafril tiada lagi penghantaran bunga ke rumah . Tetapi selepas Dr. Nazrin pergi ke Korea kunjungan bunga Orkid datang lagi. Medina marah dan berharap Megat tidak mengganggunya lagi. Medina mendapat panggilan dari Niza mengatakan Niza sakit . Medina disuruh membawa Zafril untuk ketempat dimana Niza berada. Bila Sampai Medina terkejut bila melihat rumah tinggal yang dikatakan . Bila terdengar suara Niza , Median terua berlari untuk mendapatkan Niza. Belum sempat Niza berkata hal sebenarnya . Medina pengsan bila Zafril memukul kepala medina dengan benda keras. Datin Aliya kemas bila dia mimpi buruk tentang Media. Nenek berharap tiada apa yang berlaku tentang Medina. 

Episod 13
Mak Timah mula risau bila Medina tidak dapat dihubungi. Keadaan Medina kian lemah bila di ikat dan menjadi mangsa tahanan. Niza mohon maaf atas apa yang berlaku dan ini bukan kemahuannya. Zafril bertindak lebih ganas bila Medina enggan berkerjasama. Zafril menceritakan semua berpunca dari Medina keluarganya hancur. Megat meninggal kerana Medina menolak cintanya dan ibu bapa Zafril meninggal akibat kemalangan. Zafril meletakkan semua keluarganya berpunca dari Medina. Saat Medina dibawa keluar dengan Zafril, Polis datang dan Zafril ditangkap oleh pihak polis. Medina terkejut bila Dr. Nazrin berada ditempat kejadian. Tiba-tiba Medina tidak sedarkan diri. Medina disahkan mengandung, Medina juga bernasib baik kerana kandungannya dalam keadaan baik selepas apa yang terjadi. Polis menyiasat bahawa Zafril mempunyai rekod dia mengalami sakit mental. Medina dan Dr. Nazrin bersyukur kerana semuanya selamat. Medina menghabiskan ujian penggal terakhir sebelum bersalin. Nenek , mak timah gembira bila melihatnya rumahtangga cucunya bahagia ditambah seri dengan kehadiran cicitnya yang bakal lahir. Niza dan kawan-kawannya turut serta merasai kebahagiaan Medina dan suaminya. Status isteri separuh masa tidak lagi dikamus hidup Dr. Nazrin malah kini Medina dianggat sebagai isteri sepenuh masa .