Monday 1 October 2012

SEHARI DI CAMERON HIGHLAND

Sebut sahaja Cameron Highland semua orang tahu. Cameron Highland salah satu tempat yang sejuk dan nyaman. Dengan udara yang segar memang mempersonakan . Ramai penulis dan pengarah filem suka menempatkan plot - plot cerita mereka di Cameron Highland. Contohnya Ombak Rindu mereka menghiasi cerita mereka di ladang Tea Bharat dengan pemandangan yang cukup indah. Dalam Novel Maaf jika aku tak sempurna karya kedua Acik Lana. Menceritakan Heronya Lukman lahir dan dibesarkan dari Cameron Highland. Banyak lagi cerita -  cerita novel dikaitkan dengan Cameron Highland. Kali ini saya bukan untuk bercerita tentang novel tapi percutian ditaja baru- baru ini. 

Sehari di Cameron Highland ini satu percutian ditaja dan jemputan dari Butik Dlia Jane sempena pencarian Model Dlia Jane sesi 2011/2012 musim pertama. Ribuan terima kasih kepada kak nor sekeluarga ( pemilik Butik Dlia Jane ) memberi peluang pada kami menyertai percutian sehari bersama Model Dlia Jane sesi 2011/2012.

Photo: Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Model  Dlia jane sesi 2011/2012

Seronok dan bergembira dapat bersama di keluarga besar Dlia Jane walaupun sehari. Disana kami ditempatkan dan menginap di Parkland Apartment Brinchang. Apartment diatas bukit membolehkan kita melihat pemandangan yang indah disekitar pekan Brinchang. 


Cameron Highland terkenal dengan ladang Tea yang terbentang luas , tanaman bunga pelbagai warna dan sayur-sayuran yang menghijau. membuatkan kami teruja keadaan disana. Kami tidak melepaskan peluang berbelanja untuk dijadikan buah tangan untuk teman-teman. Sedikit detik - detik keseronokan sebagai kenangan .







Pernahkah anda tahu???
Pokok tea akan dicantas hingga ke pangkal dahan setiap 3 tahun untuk mendapatkan tunas-tunas baru. dan pokok tea di Cameron Highland telah berusia lebih 50 tahun. 

Ladang tea yang menghijau luas. Sungguh mempersonakan keindahan yang tercipta.

Keadaan ladang tea yang telah dicantas untuk mendapatkan tunas - tunas baru.


Kak ziela juru mekap model dan kak nor pemilik Butik Dlia jane




masa untuk makan 



Hari terakhir sebelum pulang

Kami mendoakan semoga Butik Dlia Jane lebih berjaya untuk masa-masa akan datang. Sekali lagi saya berterima kasih atas tajaan percutian tersebut dan jumpa lagi tahun depan. Insyaallah....... 

No comments:

Post a Comment