Tuesday, 4 February 2014

NOVEL THE WEDDING BREAKER


Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah kau akan mendekatiku...

Novel The Wedding Breaker keluaran November terbitan dari Karyaseni. Lebih selesa dikenali dengan nama pena , Eva. Hasil pertamanya beliau berjaya menulis 642 muka surat ini boleh dibanggakan . Saya suka novel ini kerana ini salah satu novel yang mempunyai hadith dan terjemahan Al-quran dan diselitkan hukum- hukum agama. Ia juga sedikit sebanyak mengingatkan kita yang terleka. Banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini. Ada sikit kelainan dari cerita - cerita yang pernah saya baca. Memang best cerita ni , ada juga part - part yang kita akan tersenyum - senyum malu ..... Saya rasa cerita ni sampai ke hati peminat sebab rata- rata saya tengok rakan - rakan di facebook suka dengan cerita ini ... Ada yang cakap tidur sampai temimpi - mimpi TAK laaa ... teringat ayat - ayat maut dia laaa... jom kita review sikit novel ni... maaf jika ada kekurangan...

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. 


Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. 
Sinopsis dari kulit novel
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Petikan - petikan yang menarik dalam novel 
Hadirnya mengejutkan
"Tunggu!!!" Ariana bangun lalu mendekati mereka. Tetamu mula riuh, berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana, gadis bertubuh sederhana tinggi berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat itu tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya. Dia juga terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram dihadapannya itu.
"Saya pohon ... majlis ini tidak diteruskan.." tutur adis itu sayu.
"Kenapa?" soal Imam Razlan agak kaget. Tidak pernah di berhadapan dengan situasi sebegini.
" Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." Suara-suara tetamu mula membingitkan kadaan sekali lagi. Tengku Sidin bagaikan terkaku disitu manakala keluarga Adam berwajah cemas melihat sketsa tersebut. Hanya Tengku Juwita yang masih tenang.
"Adam... adalah bapa kepada kandungan saya." Suara Ariana ditinggikan sambil tangannyamengusap perut yang sudah memboyot. Titisan air mata mula berguguran. Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah berdiri terpacak kerana terkejut.
"Bohong! Saya langsung tak kenal siapa perempuan ni , imam," laung Adam. Dia sudah berdiri. Matanya mencerlung memerhatikan gadis itu.
"Adam.. sya tak minta apa=apa dari awak. Tapi Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya. Kalau awak tak nak bertanggungjawab pun tak apa... saya reda.." Gadis itu teresak-esak menangis. Semua hadirin yang berada disitu, diam tak terkutik.
"Kalau imam dan Tengku tidk percaya, ini buktinya!" sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi sebelum dihulurkan kepada imam. Mereka sama-sama melihat isi kandungan sampul yang diberikan oleh Ariana. Berpuluh-puluh kepingan gambar aksi panas Adam dan beberapa orang gadis berlainan terkandung didalamnya. Merah padam wajah Adam Kamil apabila diperlakukan sedemikian. dia sendiri tidak mengenali siapa geranga ngadis itu. Otaknya masih bingung memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Dia cuba mencari Ariana, tapi gadis itu sudah menghilangkan diri.
"Perkahwinan ini dibatalkan!" laung Tengku Sidin. Marahnya tidak terkata. 


Sudah terlambat untuk menyesal kerana ini balasan atas perbuatannya. 
"You still a virgin... right?"
Ariana tergelak sinis. TTubuh Adam ditolaknya sekali lagi, menjarakkan kedudukan mereka.
"Virgin? After what you have done to me last nightyou said I'm still a virgin?"
"I mean before we did it!"
"Adakah jawapan ya dan tidak aku akan merubah keadaan, Adam? Will it?" Adam terdiam. Kata-kata  Ariana tajam menusuk hatinya.
"It's your fault. You yang mulakan this games, Ariana. If you didn't lie, thing would not turn out this ay. Apabila kau kata kau pregnant kan anak aku, untuk akal yang waras, tu macam mengatakan yang kau dan aku pernah..." Adam terhenti, cuba mencari perkataan yang lbih sopan. "Well.... pernah buat apa yang kita dah buat semalam." Dia menghabiskan juga ayatnya. Kerana mulut badn binasa.
Bisikan itu datang lagi.Ariana memejamkan matanya. Dia tetunduk dan bersandar pada dinding dengan tangisan yang berkubur dalam hatinya. Tidak lagi esak tangis,yang ada hanya penyasalan yang semakin menyesakan jiwa. Orang yang melakukan dosa adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dosa berbohong mungkin nampak kecil, tapi kezaliman yang dia timpakan ke atas dirinya sendiri begitu besar. ariana akur. Ini semua berpunca dari dosanya sendiri.Dosanya kerana berbohong! Betul kata orang... ada benda yang boleh dibuat gurauan dan ada benda yang dari gurauan boleh menjadi mimpi ngeri. Tiada istilah bohong sunat. Tiada juga perbuatan haram yang boleh dihalalkan dengan niat.
"Now let me go, Adam! Kau dah dapat apa yang kau cari,kan? Malah lebih dari itu." Lemah suara Ariana. Matanya merenung jauh, menembusi dinding kaca di milik Adam. Serba salah Adam dibuatnya, api Adam tetap Adam. Apa sahaja yang berlaku pada Ariana, dia turut berasa simpati, tapi urusannya masih belum selesai. Dia masih memerlukan jawapan dari Ariana.
"Dah dapat apa yang aku cari? Belum lagi, sayang.... Itu hanya bonus... Sekarang cakap betul-betul, kenapa kau malukan aku masa majlis kahwin aku tempoh hari ?" Giliran Adam pula yang membuatkan suasana jadi panas. Adam sengaja menggertak Ariana. Dia mahu jawapan yang tepat.


Selepas kejadian itu Ariana lebih bijak dengan permainan Adam

"sorry , Datuk. Apa Datuk buat dalam kereta saya ni? I think it not appropriate if people see you sneaking into my car." Adam membuat muka pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke?
"Come on, Ariana. Janagn buat-buat tak kenallah."
"memang kita tak pernah kenal." Ariana melemparkan senyuman manisnya, berpura- pura formal.
"Ariana.."
"Datuk , saya hormati Datuk sebagai penaja utama program kementrian saya. Tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Boleh, kan Datuk?"
"Apa jawatan you kat sini?"
"Kerani." Ariana sengaja nak memulangakn paku buah keras kepada Adam. Dia juga yang mengelarkannya sebagai kerani suatu ketika dulu.
"Kerani, duduk di meja VIP? Hebat," Adam turut membalasnya sinis.
"Ya, saya memang hebat." Selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijeling sekilas. 
"Can you stop this, ariana. Tak payahlah berpura-pura. Does it hurt so much to remember me?" Berpuaka betul mulut Adam. Bukan puaka, tapi celaka! It hurt a lot to remember you! bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia takkan kalah dengan permainan Adam.
"Maaf , Datuk. Saya memang tak kenal Datuk. So please, leave."
Adam ketawa sinis. Patutlah Ariana langsung tak mencarinya, rupa-rupanya ada lelaki lain. Hatinya kembali dicengkam resah. Dia dipagut rasa cemburu.
"Maybe this will cure your memory." Leher Ariana dipaut oleh Adam . Dia mendekatkan wajah perempuan itu dengannya. Bibir mereka hampir bertaut tapi pantas Ariana menolak Adam dengan sekuat tenaganya. Hon kereta dibunyikan dengan kuat. Adam terus melepaskan. dia terkejut dengan tindakan Ariana yang lebih agresif dari dulu.
"I will not let anyone touch you but me." Pintu penumpang dibuka. Adam berjalan laju meninggalkan kawasan parkir kereta.

Hati Adam digamit rasa cemburu bila Harith datang meraih perhatian Ariana

"Ariana." Kedengaran suara seorang lelaki memandang empunya suara. Adam siap bersandar pas dinding desebelah pintu utama bilik air itu.
"Wash-room lelaki ket depan, Datuk," ujer Ariana yang masih beriak tenang walhal dalam hati bergoncang hebat. Langkahnya terhanti apabila Adam mengahlangnya. Ariana berhenti. Tangannya disilangkan ke dada. Wajah Adam Kamil diperhatikan sepenuh hati.
"What?"
"Harith bukan boy-friend you, kan?"
"Datuk tak ada hak nak tahu..." Ariana cuba melewati tubuh Adam yang masih menghalangnya tetapi Adam lebih cepat mengubah kedudukan.
"I want to know anf I need the answer."
"If yes, so what? And if no, then what?" Ariana bertanya, seperti mencabar. Adam mendekati Ariana. Ariana mengundur ke belakang sehingga badannya tersentuh dinding lorong memasuki bilik air wanita. Tangan Adam mengepung tubuh gadis dihadapannya itu.
"Answer me." Adam memaksa. Memaksa dan mengugat. Mukanya serius.
"Not yet."
Adam tersenyum sinis. Maksudnya, mereka akan menjadi pasangan, tapi sekarang tidak lagi. Nampaknya mereka dalam proses mengenali.
"Never Ariana, or you will regret it..." Serius suara Adam. Ariana menelan liur. Bergetar jiwanya. Menyelinap perasaan takut, tapi ...ah, malas dia mahu ambil pusing.
"Datuk Wira Tengku Adam kamil, I don't want to create a show here, okey. You know how drama queen I can be, right? and saya lapar ni! It's almost two pm! saya nak masuk pejabat lagi. Datuk tak pelah. Bos. So can you please appreciate our time?" Adam ketawa lebut. "Kalau kena pecat , awak kerjalah dengan saya. It is not a big deal." Ariana membuat muka. Adam pula masih ketawa.

Ariana redha, Mungkin takdir jodoh sudah tiba. Dia menerima pinangan keluarga lelaki walaupun tidak mengenali siapa bakal suaminya.

"Mummy harap Rose akan bahagiakan Adam.." Tersentap Ariana apabila nama Adam disebut. Mungkinkah ini keluarga Adam?
"I can't marry you, Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke... But... we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta ? Duit ? Rumah? just say it. I tahu gaji you as a keranai tak cukup, kan?" Kata- kata Adam kembali bergema ditelinganya. Tak mungkin. Adam begitu bongkak dengan statusnya, tidal mungkin kedua-dua lelaki dan perempuan yang sungguh merendah diri ini adalah ibu bapa Adam. Tidak mungkin Adam mahu menjadikan dia isterinya yang sah. Pilihan Adam adalah Sophie, anak Tan Sri Roslan yan sama taraf dengannya. Perempuan seperti Ariana hanyalah mainan buat Adam. Adam yang ini adalah Adam yang lain. Adam yang menilainya sebagai seorang perempuan. bukan mainan. Tangan Ariana ditolak oleh uminya agar ke depan. Ariana kembali menumpukan sepenuh perhatiannya. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya, menandakan Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan, Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi.
"Insya-Allah.." ucapnya perlahan.

Bila Ariana sudah menjadi tunangan orang , Adam datang merayu dan melamar Ariana.

"Ariana Rose.. please marry me.. be my wife. Grow old with me.." Romantik. Sangat romantik bagi Ariana. Tapi sudah terlambat....
"Too late .. I'm engaged. Hope you find a better girl. Stop all this and stand up. I will not accept your proposal." Ariana bersuara tegas. Bahu Adam dipegangnya, memaksa Adam bangun. Adam menurut. Wajah Ariana yang ayu apabila bertudung itu dipandangnya. Kalu dia masih Tengku Adam Kamil yang hisdupnya tiada panduan, sudah lama Ariana dipeluknya. Hasratnya ditahan kerana dia tahu batas-batas yang sewajarnya diantara dan perempuan. Ariana tidak halal baginya sehinggalah akad nikah dilafazkan. Adam menjarakkan dirinya dari Ariana. Lebih baik dia segera pergi sebelum akalnya sudah tidak dapat berfungsi mengikut suruhan Allah kerana syaitan sudah bersumpah, setiap lelaki dan perempuan yang berdua - duaan yang ketiga adalah mereka dan setiap kali anak adam dalam keadan marah, pertimbangannya adalah pertimbangan syaitan. Dia tidak mahu menjadi manusia terkutuk sekali lagi. Dia berjalan perlahan ke arah pintu bilik yang tertutup. Sebelah tangan memegang tombol pintu, badannya memandang Ariana.
"Awak percaya pada takdir?" perlahan Adam bertanya.
"Of couse," jawab Ariana tanpa ragu.
"Seandainya 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah telah mencatat nama awak disisi saya, will you accept that?" Ariana diam. Adakah dia akan menerimanya? Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, sama ada dia terima ataupun tidak apa yang telah tertulis untuk berlaku tetap akan berlaku....
"What was written to happen will happen." Adam menjawab penuh keyakinan apabila Ariana diam membisu.

Ariana nekad untuk berterus terang dengan bakal suami siapa dirinya sebenar, Menerima dirinya seadanya sebelum majlis akad nikah.

"Jadi awak memang tak kisah kalau isteri awak pernah disentuh oleh lelaki lain dulu?"
"Like what I said earlier , Ariana Rose. Dan... perkahwinan bukn hanya pada kepuasan seksual. There is no such thing as bekas orang what ever. If sex is your top priority in accepting marriage, then maybe.... Once you are my wife, there is no more you... and no more me... yang ada hanya kita. Dua jiwa yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi satu.... Hidup baru, lembaran baru." Ya, air mata Arriana sudah tidak dapat diseka lagi. Dia rasa terharu kerana Allah menciptakan seorang Adam yang hebat pada pandangan mata dan jiwanya untuk menjadi imamnya, insya-Allah di dunia dan diakhirat hendaknya. Dia sudah boleh bernafas lega kini apabila megetahui pendirian tunangnya itu.
"Thanks Adam... For spending your time answering my nonsense." Adam tersenyum lagi
"That is not a nonsense, Rose... You should know my stand before you accept me as your imam,kan?" Ariana turut tertawa perlahan.
"Yes... that's right..."
"Rose..."
"Hmmmm?"
"Awak tahu siapa saya?"
Pelik soalan Adam itu. "Adam Mukhriz, my fiance. Anak mummy dan daddy... Aunty Lis dan Ayah Ku..."
"Awak tak nak tahu apa kerja saya?"
"Hmmmm... umi cakap, awak pangkat besar kat company conglomerate. But... sorry... saya macam tak peduli sangat pasal awak... And awak pun tak pernah contact saya dulu..."
"Awak tak nak kenal saya dulu? Jumpa saya dulu?" soal Adam bersungguh-sungguh.
"Saya tau pendirian awak dah meyakinkan saya tentang diri awak... Yang lain tak penting buat saya..." jujur pengakuan dari Ariana.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Edisi Drama

                            
Antara yang akan melakonkan drama ini.

                             

Promo Drama ini 


OST Ariana Rose - Di pintu Syurga Dayang Nur Faizah


Episod 1
Pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil terbatal kerana hadir seorang wanita mengandung mengaku dia mengandungkan anak Tengku Adam. Semua ini rancangan Tengku Juwita yang berpakat dengan Ariana untuk menggagalkan perkahwinan itu. Ariana bersetuju menjadi pelakon wanita mengandung kerana ingin membalas jasa Tengku Juwita kerana pernah membantunya disamun dulu. Tengku Juwita gembira kerana rancangannya berjaya.Tengku Adam yang menganggap semua ini berlaku kerana musuhnya Ramzul. Tengku Adam dipersalahkan dalam hal itu . Lebih memburukkan keadaan, Perkahwinan yang terbatal telah tersebar di muka akhbar. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 1

Episod 2
Dipejabat Ariana dikejutkan dengan berita akhbar tentang berita Tengku Adam Kamil. Sehingga Boss tempat kerja Ariana turut menyiasat kebenaran berita itu.Sejak berita itu tersebar Umie Ariana juga turut menanyakan kebenaran berita akhbar.Ramsul gembira bila berita Tengku Adam tersebar. Kerana adiknya Liyana juga pernah melalui benda yang sama dulu bersama Adam. Tengku Mukhriz memberi amaran pada anaknya Tengku Adam akan menarik semua share dan pangkat jika Adam tidak membersihkan namanya dari fitnah itu. Tengku Adam mengarahkan Helmi (orang suruhan) untuk mencari perempuan yang merosakkan majlis pernikahannya. Tengku Saidin ayahanda Tengku Juwita menfailkan saman malu kepada keluarga Tengku Adam. Tanpa berlengah Tengku Adam pergi tempat Ariana berada. Ariana terkejut bila Tengku Adam didepan mata.
Jom tonton link ini :Ariana Rose episod 2

Episod 3
Tengku Adam membawa Adiana ke cameroon Highland , Adam mula bertindak ganas bila Ariana meronta untuk dilepaskan. Ariana dipaksa untuk menceritakan apa yang berlaku. keenganan dan kedegilan Ariana menceritakan perkara sebanar membuatkan Tengku Adam naik berang. Ariana yang sudah berjanji dengan Tengku Juwita tidak akan memboorkan cerita tentang lakonan mereka kepada sesiapa.Ariana dipaksa membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan betulkan Ariana mengandung. Tengku adam pergi ke klinik kawan Daddynya ditanah rata. Dalam masa yang sama Dr. rosli menghubungi Tengku Mukhriz tentang kehadiran Adam. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose Episod 3

Episod 4
Doktor memaklumkan Ariana mengandung 3 bulan , ini membuatkan Tengku Adam dan Ariana terkejut seolah tidak percaya akan kata-kata Dr, Rosli. Sejurus itu Dr. Rosli menghubungi Tengku Mukhriz , dia menyarankan agar Tengku Adam dan Ariana di satukan . Dia memberitahu yang ariana tidak mengandung. Dalam pemerhatian Doktor Rosli Tengku Adam lebih memaksa Ariana. Kemarahan Tengku Adam bila Ariana terus berbohong tentang kandungannya. Hingga dia sanggup merogol Ariana tanpa perasaan belas. Ariana merasa jijik pada dirinya dengan apa yang telah berlaku. Kerana segalanya telah berlaku Ariana menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Tengku Mukhriz mengupah penyiasat persendirian untuk mencari maklumat tentang Ariana. Tengku Adam menawarkan kemewahan pada Ariana sebagai balasan. tetapi ditolak oleh Ariana. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 4



Episod 5
Tengku Adam memohon maaf dengan Ariana dengan apa yang berlaku. Tengku Adam menawarkan kemewahan pada Ariana tetapi Ariana menolaknya dengan cara baik. Dalam fikirannya hanya satu untuk pulang kerumah. Tengku Adam bertemu Tengku Sidin agar Tengku Sidin membatalkan saman yang di failkan. Tengku Sidin terkejut bila Tengku Juwita menceritakan hal sebenar. Tengku Sidin tidak menyangka Tengku Juwita sanggup membuat perkara yang memalukan kerana menolak pernikahan dengan Tengku Adam. Tengku Sidin menyuruh Tengku Juwita lari @ pergi jauh dari saudara mara. Ariana berkerja seperti biasa tetapi semangatnya telah hilang. Inilah yang dia terima kerana kesilapan yang lalu. Liyana yang tak pernah berputus asa walaupun dia pernah ditolak oleh Tengku Adam. Liyana mengambil peluang untuk bersama dimana Tengku Adam berada. Tengku Mukriz baru tersedar apa yang berlaku semuanya adalah salah dirinya kerana tak pernah mengajar Tengku Adam medekatkan diri pada yang Esa. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 5

Episod 6
Tengku Adam terkejut bila Daddy dan Mummy memohon maaf pada dirinya. Mereka menyesali kerana tak berjaya membimbing anaknya. Mummy mengajak agar anaknya berhijrah agar tidak terus sesat. Tetapi malangnya Tengku Adam tak dapat menerima nasihat mummynya. Tengku Sidin menarik balik saman yang dikeluarkan dan menyuruh Tengku Juwita meninggalkan Malaysia secepat mungkin. Dalam kekalutan Tengku Adam menyelesaikan masalahnya , Ramzul mengambil peluang untuk merebut tender yang bakal jadi milik syarikat Tengku Adam. Ramzul berpuas hati apa yang dihajati berjaya. Ariana semakin resah karana dia sudah terlewat datang bulan . Ariana risau kalau dia mengandung. jika benar Ariana  mengandung , Dia berhasrat untuk pergi ke London untuk menyembungikan kandungannya hingga melahirkan. Ariana menghubungi kawannya dan bertanyakan tentang dokumen yang perlu dibuat untuk berkerja disana.  Tengku Sidin memohon maaf pada keluarga Tengku Mukhriz dengan apa yang berlaku, Tengku Sidin mengharapkan agar perhubungan kekeluargaan terjalin semula dengan baik. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 6

Episod 7
Kerana terlalu memikirkan tentang kandungannya, Ariana membuat pemeriksaan doktor untuk memestikan dia mengandung atau tidak. Dengan rasa syukur Ariana disahkan tidak mengandung. Razif penyiasat upahan Tengku Mukriz membawa makluamat seperti yang dikehendaki. Tengku Mukriz berpuas hati bila maklumat yang diperlukan. Tengku Mukriz dan isteri tertandang kerumah Datuk Wan Jusoh dan puan Asra  ( keluarga Ariana Rose ) berhasrat untuk melamar Ariana Rose. Tengku Adam terkejut bila melihat Ariana Rose ada di majlis amal anak-anak yatim. Tengku Adam juga hairan bila Ariana Rose ada di meja VIP. Ini menjadi persoalan Tengku Adam siapa Ariana Rose sebenarnya. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 7

Episod 8
Tengku Mukriz memberitahu yang Tengku Adam yang dia akan ditunangkan dengan kawan perniagaannya. Tengku Adam kecewa dengan tindakkan Tengku Mukriz yang masih mahukan dia dikahwinkan dengan pilihannya. Ekoran Itu Tengku Adam pergi bergembira di klub bersama perempuan-perempuan yang hanya menginginkan wang ringgitnya. Tetapi perempuan yang dibawa pulang kecewa dengan layanan Tengku Adam bila Tengku Adam menyebut nama Ariana Rose ketika bersama. Ariana sibuk dengan project amalnya. Puan Asra risau, dia tak tahu bagaimana mahu memberi tahu tentang majlis pertunangan yang dirancang  tanpa persetujuan Ariana . 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 8



Episod 9
Ariana pergi ke pejabat Tengku Adam bagi membincangkan dana yang diperlukan untuk projek anak-anak cacat. Ariana sudah mula jatuh cinta pada Tengku Adam bila Ariana teringat Tengku Adam mengimamkan sembahyangnya. Perbincangan dilanjutkan bila Tengku Adam mahu pergi melihat sendiri anak-anak di pusat asuhan. Ariana menerima panggilan dari Puan Asra, Puan Asra menyuruh Ariana Rose pulang ke kampung. Ariana menepati janji untuk keluar makan bersama Tengku Adam. Disana Ariana sungguh terharu bila Tengku Adam bermain piano sebuah lagu yang ditujukan khas untuknya. Tengku Mukriz menyuruh Tengku Adam pergi ke German untuk urusan kerja yang penting. Ramzul dan Liyana sentiasa memastikan Tengku Adam tidak akan mendapat project baru. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 9


Episod 10
Linda adik angkat Ariana lari dari rumah pelacuran. Ariana bertemu  Linda dalam program Ariana tahun lepas. Sejak itu mereka menjadi kawan baik. KiniLinda sekali lagi meminta tolong kerana bapanya ingin menjual Linda di pusat palacuran. Ariana meminta pertolongan Tengku Adam untuk mnyelamatkan Linda dari cengkaman bapa yang durjana. Adam membawa Linda dipusat pemulihan disabah. Ariana mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu linda. Selepas kejadian itu Tengku Adam sering menalifon Ariana tetapi tidak dijawab oleh Ariana. Pada Ariana Tengku Adam adalah lelaki yang pernah merogolnya dulu. Tak mungkin Ariana terus rapat dengannya. Tengku Adam hairan mengapa tiba-tiba menjauhkan diri dengannya.
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 10


Episod 11
Ariana tiada alasan untuk menolak panggilan dari Tengku Adam. Ariana menerima pelawaan Harith untuk lunch tak disangka mereka bertembung juga akhirnya. Tengku Adam cemburu bila Ariana nampak mesra dengan Harith. Tengku Adam yang sengaja membuat keadaan menjadi kecoh untuk mencari perhatian Ariana. Harith yang dari tadinya hanya menjadi pemerhati drama sebabak Ariana dan tengku Adam. Harith menjemput Ariana di rumah untuk Majlis amal untuk menambahkan dana tabung kebajikan. Ariana mengenakan dress labuh membuatkan Harith terpesona dengan kecantikan Ariana. Di Majlis itu Ramsul cuba memikat Ariana . Tengku Adam datang bersama Sophia dia sengaja menunjuk-nunjuk dan ingin melihat Ariana cemburu. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 11


Episod 12
Tengku Adam takdapat mnahan rasa cemburu bila Ramzul mendekati Ariana. Lalu Tengku Adam pergi kerumah Ariana. Ariana sekali lagi hampir dirogol oleh Tengku Adam. Tengku Adam tidak dapat menerima Ariana di miliki oleh lelaki lain terutama Ramzul musuh perniagaannya. Dalam satu pergelutan Ariana Dan Tengku Adam , Kepala Ariana terhantuk hingga mengakibatkan Ariana Pengsan. Dengan keadaan panik Tengku Adam memnaggil Doktor untuk merawat Ariana. Tengku Adam meluahkan perasaannya bahawa dia cemburu dan sudah jatuh cinta pada Ariana. Tengku Adam juga berjanji akan berusaha untuk menjaga Ariana. Sepanjang malam Tengku Adam menjaga Ariana hingga dia mengigau ketakutan. Bila menjelang pagi Ariana tersedar Tengku Adam ada disebelahnya. Dengan perasaan terkejut Terus keluar dan bersiap untuk balik kekampung. Ramzul yang berniat untuk berjumpa Ariana kecewa bila Ariana tidak muncul dihadapannya. 
Jom tonton link ini: Ariana rose episod 12


Episod 13
Ariana bertemu abahnya (Hussien) dan mengamanahkan keretanya untuk dijaga semasa Ariana dikampung. Bila Tengku Adam sedar Ariana sudah hilang. Tengku Adam kecewa bila Ariana terus menghilang begitu sahaja. Tengku Adam giat mencari Ariana tetapi masih gagal ditemui. Ini merunsingkan Tengku Adam kemana Ariana menghilang. Sepanjang perjalanan Ariana ke kampung , Ariana banyak mengingati dari pertemuan pertama hinggalah kini. Ariana mula jatuh cinta bila Tengku Adam mengimamkan solatnya. Bila sampai dikampung Ariana terkejut dengan persiapan majlis perkahwinan. Umie rasa serba salah untuk memberitahu Ariana sebenarnya persiapan itu untuk majlis pertunangan Ariana. Harith risau Ariana masih tak dapat dihubungi selepas Majlis lelongan. Liyana terus mendesak Tengku Adam untuk bersamanya. Liyana juga mengugut jika Tengku Adam tidak bersamanya dia akan merampas semua project yang dimiliki oleh Tengku Adam. 
Jom tonton link ini :Ariana rose episod 13

Episod 14
Daddy dan mummy sudah berada diKelantan untuk urusan majlis pertunangan. Ayah dan Umie berterus terang tentang Ariana akan ditunangkan esok. Dengan rasa sebak Ariana bersetuju untuk memerima takdirnya. Tengku Adam menghubungi Daddynya , Tengku Mukriz supaya membatalkan pertunangan pilihan daddy kerana dia sudah ada pilihan lain. Tengku Mukriz membiarkan apa saja alasan yang Tengku Adam berikan namun majlis itu tetap diteruskan. Tenggu Adam semakin buntu dngan kehilanan Ariana.  Sofie gembira setelah membaca SMS dari talifon Tengku Adam kerana satu ucapan tahniah dari Liyana. Sofie menyangka Tengku Adam akan melamar dirinya. Tengku Adam terus berang bila Sofie berbuat demikian. Harith gembira bila Ariana membalas SMS yang sudah lama ditunggunya. Namun Harith tersentap bila Harith menerima bagi pihak Ariana jambangan bunga dari Ramzul.
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 14

Episod 15
Sofie berjumpa Liyana mencari kepastian tentang SMS. Liyana sengaja menyakitkan hati Sofie mengatakan Tengku Adam bertunang dengan perempuan pilihan keluarga ( pilihan Tengku Mukriz ). Ariana sah menjadi tunangan Tengku Adam. Tengku Adam terus mencari Ariana tetapi masih tak jumpa. Liyana mengupah penyiasat untuk mengetahui siapa tunangan Tengku Adam . Ariana membuat keputusan untuk berhanti kerja. Ariana nekad untuk membuka buku baru setelah apa yang terjadi. Kebelakangan ini Ariana sering mimpikan Tengku Adam. Semakin Ariana ingin melupakan Tengku Adam , Bayangan Tengku Adam terus datang tanpa diundang. Tengku Adam sedar selama ini dia salah. Dia sepatutnya memohon petunjuk dari Allah, agar doa yang dipinta dapat  berjumpa dengan Ariana.
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 15

Episod 16
Selepas majlis pertunangan Ariana berhijrah, Umi besyukur Ariana kini sudah memakai tudung dan nampak lebih ayu. Liayana gembira bila dia mendapat maklumat tentang tunang Tengku Adam . Liyana juga memberitahu berita gembira itu pada abangnya Ramzul. Ramzul mencari Ariana di pusat jagaan kanak-kanak tetapi Ariana tidak muncul. Malah Ramzul turut terkejut bila ketua penghuni pusat jagaan mengatakan Ariana sering datang bersama Tengku Adam. Ramzul marah , dia merasakan Ariana menipu dirinya. Harith terkejut dan kecewa bila mengetahui Ariana sudah bertunang . Lebih mengejutkan lagi Harith menerima berita perletakan jawatan Ariana 24 jam.
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 16



Episod 17
Harith menghubungi Ariana dikampung, memberitahu ucapan tahniah dan kerja-kerja tertunggak. Ramzul menyuruh liyana mencari maklumat tentang Ariana. Tengku Adam menerima panggilan dari Dolman telah menemui kereta Ariana tetapi kecewa bukan Ariana yang bawa kereta itu. Tengku Adam berdoa agar dia akan diberi petunjuk agar dia akan bertemu Ariana secepat mungkin. Ariana pergi ke pejabat dan berjumpa dengan abah " En. Husain" ada orang mencarinya. Ariana yakin itu adalah orang-orang Tengku Adam. Ariana meminta pertolongan laila , kawannya menemami Ariana pergi ke Kondo. Ariana sekadar mengambil barang keperluan dan tinggal dirumah Laila atas faktor keselamatan. 
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 17

Episod 18
Tengku Adam masih mencari dimana perginya Ariana yang dicintai. Tengku Adam mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke pejabat Ariana dan ingin melihat sendiri. Tengku Adam terkejut bila Hidayu ( pembantu ariana ) Ariana sudah berhenti kerja dan sudah bertunang. Tengku Adam menjadi stress bila Ariana sudah bertunang. Peluang untuk Tengku Adam sudah tiada lagi. Ramzul membatalkan 30 peratus sponsernya untuk project amal. Ini berikutan berita pertunangan Ariana yang diwar-warkan. Harith menghubungi Ariana tentang kerja-kerja tertangguh dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Daddy dan Mummy Tengku Adam ingin menjemput Ariana makan malam bersama dengan Tengku Adam tetapi Tengku Adam menolaknya. Mummy Tengku Adam berhasrat untuk berterus terang siapa tunang anaknya tetapi dilarang oleh Tengku Mukriz. 
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 18 

Episod 19
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 19

Episod 20
Ariana pergi kebutik pengantin bersama mummy Tengku Adam seperti yang dirancangkan. Liyana menerima MMS ( Gambar Ariana dan Mummy Adam ) dari Jeffry orang yang diupah untuk menyimbah asid dimuka Ariana. Ramzul rasa tertipu dengan apa yang berlaku. Ariana balik ke rumah tiba-tiba Ariana ternampak lelaki yang mencurigakan. Ariana lari menyelamatkan diri. Harith yang ada ketika itu memastikan Ariana selamat. Dalam kekalutan itu tangan Harih terkena asid yang dibaling. Ariana rasa bersalah dan menjadi Harith dihospital. Dalam masa yang sama Ariana teringat dngan curahan hati Harith. Ariana menceritakan pada sahabatnya tentang Harith tetapi dilarang oleh sahabatnya. Ramzul sengaja mengajak Ariana pergi perasmian kerja amal tu. Liyana telah menghubungi Jeffry agar kerjanya tidak gagal lagi. Syarikat Adam baru sahaja mendapat project baru . Ini juga menambahkan lagi kemarahan Ramzul. Kemarahan bertukar benci bila mendapat tahu Ariana tunang Tengku Adam. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 20



Episod 21
Sampai di London Tengku Adam berjumpa dengan sahabat karibnya Samuel . Tengku Adam berbual dengan Samuel tentang Gadis yang dicintainya dan Tengku Adam mengharap satu keajaiban akan berlaku agar Ariana akan menjadi miliknya. Tetapi Samuel menasihatkan Tengku Adam jangan terlalu berserah dan perlu berusaha untuk mendapatkan cintanya. Semasa Ariana dan Harith berjalan - jalan, Jeffry ( orang upahan Liyana ) mengejar mereka. Nasib baik bodygard Tengku Adam ada disitu datang menolong. Tengku Adam tak sangka Liyana sanggup bertindak sedemikian. Ariana pulang ke kelantan demi keselamatannya. Liyana gembira bila dia mendapat SMS dari Jeffry walahal SMS tu dari bodugard Tengku Adam. Liyana tak sedar itu adalah satu perangkap . 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 21

Episod 22
Jeffry memberitahu Tengku Adam sudah tentang niat Liyana. Liyana merancang membunuh bodyguard Tengku Adam. Samuel terserampak dengan Ramzul. Ramzul tidak menyangka permusuhan Tengku Adam adalah muslihat Liyana. Ramzul kecewa dengan adiknya Liyana sanggup mengundang permusuhan semata-mata untuk mencapai impiannya. Ramzul malu dengan Tengku Adam. Ramzul menghubungi Ariana dan berjumpa . Ramzul memberitahu Ariana dalam bahaya. Perbualan itu direkodkan oleh Jeffry. Liyana marah bila mendapat tahu abangnya membocorkan rahsia niat buruknya. 
Jom tonton link ini : Ariana Rose episod 22

Episod 23
Ariana menghantar kad jemputan yang sudah siap pada abah ( En Husein ). Ariana gembira bila bertemu dengan abahnya. Jeffry memberitahu Liyana dia tak mahu besubahat lagi. Liyana tetap meneruskan impiannya untuk memusnahkan apa sahaja yang menjadi kesayangan Tengku Adam. Balik dari Umrah Tengku Adam berubah dan dia redha dengan yang telah ditentukan. Tengku Adam terkejut bila melihat gambar Ariana Rose dirumahnya. Dengan rasa syukur Tengku Adam berterima kasih kerana Daddy dan Mummynya faham kehendak anaknya. Tengku Adam bertanya pada Daddynya adakah Ariana tahu yang Tengku Adam adalah tunangnya. 
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 23

Episod 24
Tengku Adam terharu dengan apa yang berlaku. Allah telah makbulkan segala doanya. Ariana mencari maksud menagapa Tengku Adam salalu hadir dalam mimpinya. Ariana nekad untuk menghubungi tunangnya dan berterus terang tentang dirinya. dalam perasaan gementar Ariana menghubungi Tengku Adam. Tengku Adam memberitahu apa punn yang sudah berlaku biarkan berlaku dan buka buku baru. Keadaan Ramzul semakin teruk , Ramzul tidak meyangka Liyana semuanya rancangan Liyana. Ramzul ditikam oleh Jeffy dan Liyana menyimbah Asid pada Ramzul . Keadaan Ramzul parah. Hari yang ditunggu sudah tiba. Ariana terkejut bila abah menyebut nama Tengku Adam. Bila Tengku adam didepan mata Ariana tidak menyangka selama ini Tengku adam adalah tunangnya dan kini sudah menjadi suaminya. Dalam keadaan shadu Ariana menerima Tengku Adam dalam hidupnya. 
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 24




Episod 25
Jom tonton link ini : Ariana Rose Episod 25


Episod 26
Jom tonton link ini :Ariana rose episod 26



Episod 27
Jom tonton link ini : Ariana rose episod 27


Episod 28

Di majlis yang penuh meriah Tengku Adam bermain piano, lagu khas untuk isterinya. sibuk Tengku Adam dan Ariana bermesra dengan tetamu, Ariana terkejut bila mereka terpaksa bergegas ke KLIA untuk pergi ke London untuk berhoneymoon. Di London mereka menikmati dunia honeymoon. Samuel datang untuk memberi khabar yang Liyana meninggal dunia. Ariana mendapat email dari Harith mengatakan Tengku Adam mempunyai anak bersama Liyana. Ariana Tak boleh terima kenyataan itu tetapi Samuel telah memberitahu perkara sebenar semuanya adalah palsu. Ariana memohon maaf pada suaminya kerana lebih percaya pada orang lain daripada suaminya sendiri. Tengku Adam dan Ariana mengharapkan hubungan mereka akan kekal hingga ke syurga.
Jom tonton link ini : Ariana Rose Episod 28





Sedikit review dari drama 






Ariana Rose melabuhkan tirai dengan jayanya.... Gandingan pelakon-pelakon yang hebat Drama Ariana Rose menjadi satu Fenomena masa kini. Walaupun ada beberapa perkara mengundang kontroversi. Kepada peminat drama dan novel The Wedding Breaker saya mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah ke blogs ini. Berkongsi tentang cerita ini , bagai kita semua satu keluarga. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruknya itu datangnya dari saya sendiri. Dan saya juga memohon maaf dengan apa yang terkurang. 

68 comments:

  1. Evelynrose (evelynrose19@gmail.com)
    Thanks babe ! :) gigih u typee...thankss a lot ya ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok rasanya .....tak dapat novel dari setuhan penulis tak apa ... dah memadai sedikit coretan penulis di blog ini ... tahniah untuk Evelynrose hasil sulungnya ....

      Delete
    2. Best Sgt your blog... Well done!!

      Delete
    3. Terima kasih Fatin ... sudi singgah dan komen di blog akak ni...

      Delete
  2. Replies
    1. Farah ... terima kasih singgah kat blog akak..... akak pun suka cerita ni ... hmmmm

      Delete
    2. sama2...ini blog kak Evelyn Rose- http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2012/12/13-jam-a380-part-15.html

      cerita di blog dia bertajuk- A380, mmg bestt..sama best dgn The wedding Breaker...terjah la ye...;)

      Delete
    3. terima kasih Farah .... kerana memberi info pada akak... kalau dulu akak memang akan baca e-novel sebelum beli ... takut nanti cerita tak best ... tetapi sejak akhir - akhir ni tak sempat nak ber enovel terus beli ...... novel ni antara salah satunya dan memang terbaik .....

      Delete
  3. suka sgt citer nie ... menusuk masuk dlm hati .. suka sgt ... tak sabar nak tunggu buku barudr penulis nie .. tahniah kepada penulis

    ReplyDelete
  4. Betul kata miera.... menusuk masuk dalam hati ... penceritaannya sampai ke hati pembaca ..... akak pun suka gak cerita ni..... samalah kita ....

    ReplyDelete
  5. superb! akak mmg x bnyk bc novel melayu tetapi rasanya lps ni akak akan jd pengikut setia evelyn rose....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yamhasni.... pada saya novel The wedding breaker antara novel yang paling best ..... terima kasih sudi singgah kat blog review saya yang tak seberapa ni ..... hmmmm

      Delete
  6. SUKA SANGAT BACA BUKU N...CETANYA LAIN DARI YANG LAIN. WATAK YANG HIDUP UNTUK DIHAYATI MEMBUATKAN KITA KENAL ERTI KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA DAN KEKHILAFAN KITA DIATAS DUNIA .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak sokong sangat pendapat awak tentang cerita ni... tapi ada yg tk suka juga ..... itu pendapat masing2 untuk menilai cerita ini macam mana.....

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih sudi singgah ke blogs review novel ini... novel ni memang best ...

      Delete
  8. Replies
    1. Betul tu ... ramai org suka novel ni ..

      Delete
  9. best baca novel nie...
    something out of box...bravo eva
    and thanks to this blogger...
    disebabkan reveiw akak sye brminat nak bli novel nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ziera .... sudi singgah blogs akak .... berkongsi keseronokan dengan semua ...

      Delete
  10. tip top luar dalam novel ni....thumbs up!!!!

    ReplyDelete
  11. Maaf ye nk tanya hero nama die adam kamil or adam mukhriz? Err, saya tk baca lagi baru nk baca review dulu before beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama hero Tengku Adam Kamil ....... cerita ni best ... tak rugi kalau beli .... hujung bulan April ni pesta buku kat PWTC ada potongan RM 5.00 setiap pembelian novel karya seni ...

      Delete
  12. best sgt cter ni..ske bclah...sye nk bg cdgan kalu bleh novel d drama kan kat tv n pelakon nye sbgai tengku adam kamil kte bg kat fahrin ahmad n ariana pulak kte sruh neelofa yg lakon kan..best lah hiiii..sye bg cdgn jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan yang baik ... kita nantikan sama - sama. sebab sekarang ni dah banyak novel dari karyaseni kini diadaptasikan ....

      Delete
  13. Replies
    1. kita tunggu novel ini akan diadaptasikan .... siapa hero pilihan ..

      Delete
  14. da bce novel ni.... best sngt
    first novel yg ow bli

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah ..... tak rugikan beli novel ni.... hmmmm

      Delete
  15. Replies
    1. memang best ... dan terima kasih sudi singgah..

      Delete
  16. Love this Novel. Masih lagi ter ngiau2 di benak fikiran. Penggunaan bahasa inggeris yg Awesome!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama-sama tunggu novel terbaru dari penulis ni.....

      Delete
  17. ada kat popular ke novel nhe..? still searching ok, pless help me..

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel dah ada kat popular atau mana2 books store kalau susah sangat beli kat online karyaseni.

      Delete
    2. nanti pi popular. tapi kadang stok tak dtng lagi.. boleh tlng informkn kalau ternmpk dah ad stok kat pasaran di noorkhuzieenperli.blogspot.com

      Delete
    3. Kak finally cik adik dah dpt this awesome novel.. hari isnin tue dpt then baru jak khatam early in this morning... honest this novel for me superb n best, respect la kat penulis kak eve..

      Delete
    4. akhirnya .... bestkan .... kita tunggu novel kedua yg tak lama lagi akan dibukukan ...

      Delete
  18. banyak tak penggunaan bahasa inggeris dalam novel ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam novel melayu yg akak pernah baca ini antara yg paling byk penggunaan bahasa inggerisnya ... mungkin moden dan cara hidup watak dalam cerita ini yg memerlukan penggunaan bahasa inggeris yg banyak ...

      Delete
  19. Saya buat group The Wedding Breaker ni....Sampai ada orang cakap bila nak tulis bab lain..? bila bila? mna? mna?? Sebab cerita ni best sangat... memang UMPHH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fina buat gruop The wedding Breaker??? kat mana ? bagilah link .... mungkin kita boleh berkongsi cerita ...

      Delete
  20. sis eizzara, boleh saya tahu novel ni jalan cerita dia bersih x maksud saya tidak ada adegan2 yang x sepatutnya yg x sesuai untuk bacaan budak2. saya takut kalau ada part2 sebegitu. saya jenis memilih dalam beli novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Madina...Rasanya novel ni tak sesuai dijadikan bahan bacaan kanak2..Yang lebih jelas ini novel dewasa.

      Delete
  21. Salam semua...selepas menonton drama A.R 3 episod...saya sgt sgt mengagumi lakonan Fathia yg sangat bagus...terutama penghayatan dia semasa kes dia diculik di C.Highland...insyaallah dia akn pergi jauh dn harap rating drama ni mengatasi drama lain..TAK pula lakonan Keith Foo masih ada lompang di sana sini..maksudnya pengahayatannya kurang mungkin kerana slang Indon yg masih ketara...jgn Arja Lee pula mengatasi lakonan K.F...apapun harap ada improvement....
    tahniah juga Evelyn Rose...kerana karya yg sgt superb!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Jue.. jumpa lagi untuk drama Ariana Rose...
      lepas tengok episod baru ni... rasa Keith Foo berlakon ok . macam Jue cakap slang Indon tu memang ketara..tak boleh nak buat apa sebab munkin dia dah terbiasa... bagi peluang untuk pelakon pelapis malaysia ni ...akak pun harap drama ni akan menjadi satu fenomena ...

      Delete
  22. untuk novel nya bab 32 gak ada ya ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ken tanya penulis .. novel lah ... akak bukan penulis la dik ....

      Delete
  23. Satu lagi drama yang mmg tak sampai hati tak tgk...ssh sikit nk tgk drama adaptasi ni...biasanya mmg tak sempat...memandang drama TWB ni dan BKATC ni di terbit oleh penerbit yang sama dan diterajui oleh pelakon2 hebat dan yang baru....mmg tk sbr nak tgu episod seterusnya...dan yes saya baru perasan hensem juga lah Keith Foo aka Tengku Adam Kamil dan Hisyam Hamid aka Harith ...OMG baru tahu biodata Hisyam Hamid...dia dah kahwin dn dri Singapore..mungkin bakal jadi hero hebat macam Aaron Aziz dan Adi Putra....tertanya2 kenapa Hero2 dri Temasik ni semua nya hensem2 belaka dan semuanya dh kahwin...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah..... baru perasan yeeee... hero ariana rose tu hansem
      .. akak pun perasan yg mereka tu memang hensem...

      Delete
  24. Penangan Ariana Rose, budak2 UMMI tak mahu kerja lebih masa. Jam 6 sharp semua nak balik..Congrats to penulis skrip. Jalan cerita yang mantap. Mula2 dah climax...buat penonton yang tak pernah baca buku ini tertanya-tanya. Penat nak jawab..tapi best kan. Alahai...comelnya Harith...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah itulah penangan Ariana Rose... Cerita ini kini menjadi siulan dimana2 Gandingan pelakon-pelakon yang hot .....

      Delete
  25. Replies
    1. Terima kasih singgah .... Nur....akak bukan tulis novel ni ....

      Delete
  26. Ariana Rose ni mgandung ke x yea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak .... dia terlalu stress dgn kisah hitamnya ... tu yg lewat periot ...dia sangka mengandung

      Delete
    2. iye22.. episode semalam dh terbongkar.. sebenarnya sy dah baca novel tp dh lupa hehehe...

      Delete
    3. hehehhe tak peee.... ada drama ni boleh recall balik apa yang dah terlupa .... kan kita ramai kawan2 suka cerita ni ... insyaallah kita berkongsi minat yang sama...

      Delete
  27. tahniah pada penerbit filem yang memberi watak baru, walaupun watak bapa korporat asyik orang yang sama w/pun mantab lakonannya(mustafa kamal) .Saya juga suka watak yang dimainkan oleh Fatia, if can, muka dia je banyak dlm spanjang episod, comel dah macam watak snow white, best giler, kak dah cari novelnya di sekitar klang, habisslak, hu..tak sabar nak faham flow ceter dia.. baravvoo Evelyn Rose.dulu saya minat shahnon Ahmad n now u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti mustafa kamal sesuai sebagai bapa koporat. Lakonan pon real dan bersahaja je..

      Delete
    2. saya dengar nak buat drama ni kosnya tinggi... Tapi kalau mcm nilah peminatnya memang berbaloi ..... mana2 orang memuji cerita ni sebab kehebatan pelakonnya ..

      Delete
  28. Memula tengok drama ni...mmg best, pastu sangka adaptasi novel b.ingeris. waahh tak pernah baca novel b.i...rase Cam besar hati sket...pegi mph cari novel ni kat bhg novel inggeris berdasarkn nama author evelyn rose....he he he. Takjumpe...tanye budak yg Jaga tu...Malu aku Rupenya novel Malaysia ....anyway mmg superb...novel ni mmg best...lain Dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar laaa mas ni ...
      kalau tajuk memang ingat novel inggeris... selain itu byk ilmu yang kita dapat dari novel ni ... ambil iktibar dan pengajaran dari jalan cerita ni ....

      Delete
  29. hahaha novel ni novel paling best pernah saya baca. sumpah best! padat dengan ilmu and else. drama pun best jugak :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah dan komen ...
      kalau dah ramai orang cakap "sumpah best" . Memang best laaa kan ... tiada ungkapan lain boleh diberi .... saya pun suka novel dan dramanya ... saya ada masukkkan link drama ni pada yang berminat untuk menontonnya...

      Delete
  30. i'm like your blog too. saya bella umur saya 11 tahun tapi say suka sangat baca novel.kalau sudi jenguklah blog saya dan .

    ReplyDelete
  31. The best n most romantic drama in Malaysian history...really love Tengku Adam Kamil's character

    ReplyDelete