Tuesday, 26 June 2012

NOVEL CALON JODOH UNTUK ADIK


Abang rekomen calon A , Kak ina suruh pilih calon B . Disebabkan dua calon ini, Arissa pening. Yang mana satu dia patut undi?

Novel Calon Jodoh Untuk Adik ini Novel ke empat Areila Sahimi. Cerita yang simple tapi menarik. Novel terbitan KakiNovel, ni bukan aku yang beli. Aku meminjam dari diorang sahabat Nurul Haiza yang sememangnya dia pengumpul hasil karya Areila Sahimi. Beliau memiliki keempat-empat hasil karya Areila Sahimi ini. Aku baru sempat membaca tiga dari empat hasil sentuhan Areila Sahimi ni. Baju pengantin Mak Andam , 2 X 5 dan Calon Jodoh Untuk Adik. Iman Suraya tak berkesempatan lagi mungkin sikit hari lagi. Kita lupakan hasil karya yang lain dulu dan tumpukan pada Novel yang baru aku baca Calon Jodoh Untuk adik ni. Novel ni menarik santai dan bersahaja. Novel setebal 454 muka surat ini tak akan mengecewakan pembacanya.
Sinopsis dari kulit novel
Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.
Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.
Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.
Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaik baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

Petikan - petikan yang menarik dari novel.

Arissa menggeleng.
"Tak apa. Saya dah terlebih makan pun semasa menuggu Encik Fariz datang tadi," jawabnya terus terang.
"Okey. jadi nak mula dari mana?" Fariz bertanya.
Arissa wajah Fariz yang beriak bersahaja.
"Mula apa?" Dia bertanya kembali kerana kurang faham soalan Fariz.
" Kita nak bekenalan, jadi saya nak tau kita nak mula dari mana," terang Fariz.
"Owh.. " Mulut Arissa membulat. Dia tersengih. Nampaknya dia jenis lelaki yang straight forward. Menyoal pun tidak ada kias-kias dan bunga-bunga. "Encik Farizlah cerita pasal Encik Fariz dulu." Arissa menyuruh Fariz memulakan dulu.
"Biasa ladies first"
"Tak apa. Tu semua dah basi. Kita buatlah cara kita," ujar Arissa.
"Nama saya Syed Mohd Fariz bin Syed Mohd Omar. Umur tiga puluh lima tahun. Anak kedua daripada empat beradik. Saya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Berkerja sebagai kakitangan awam. Masih bujang." Arissa menelan air liur faris bercerita tentang dirinya. Tang umur ada masalah sikit. Tiga puluh lima tahun? Tu lebih daripada abang tau! kupakah kak Inanya pada kriteria laki - laki idamannya yang pernah dia nyatakan kepada kakaknya dahulu? Lelaki idamannya perlulah mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya setahun dengan dia atau paling tidak tua lima atau enam tahun sahaja. Kak ina ada ke patut mengadjust pak cik tua untuk dirinya. Dia hampir mencecah dua puluh tiga tahun. Beza dua belas tahun tu!
"Saya Arissa. Umur nak dekat dua puluh tiga tahun. Anak bungsu. Saya kerja di Courts Mammoth. Sales person," kata Arissa sebada sengaja mencipta suasana hambar kepada dia tidak berkenan mahu berkenalan dengan lelaki yang tua dua belas tahun daripada dirinya.
" Owhh.. dua puluh tiga tahun" kata Fariz bersahaja.
Arissa lihat Fariz mengangguk - anggukkan kepalanya. Dia fikir Fariz mengagak seorang perempuan yang berpakaian sepertinya pasti berada dalam lingkungan umur yang sebegitu.
" Sales person?" Dia bertanya. Mengagak itulah jawapan paling sesuia untuk Arissa di Courts Mammonth. Arissa menggangguk lantas berkata dengan bangga.
" Kalau nak beli TV LCD besar ke , plasma besar ke, home theather besar ke boleh datang jumpa saya."
Fariz tertawa besar mendengar kata-kata Arissa itu.
"Ina cakap awak berminat mencaburi bidang perniagaan."
Arissa menelan air liur. Sehingga ke situ pun Kak Ina ceritakan kepada Fariz? "Sekarang mungkin tidak. Tapi mungkin nanti - nanti saya bakal bergelar businesswoman yang berjaya." Fariz ketawa lagi setelah mendengar jawapan Arissa yang mungkin agak kreatif.


" Abang Ee nak bawak Ris ke mana?" Arissa bertanya pada suatu hari minggu ketika dia dan Khairil Izlan keluar berdua.
"Apa dia... cuba cakap lagi sekali," usik Khairil Izlan.
Arissa mengtap bibir. saje mencari sebab,kan? "Abang Ee nak bawak Ris ke mana?"
"Sejak bila pandai pakai abang-abang ni?" lelaki itu tak habis mengigiat.
Arissa tahu Khairil Izlan sekadar bergurau. Tapi... kenapa mukanya tersa hangat?
"Dah suruh Panggil Abang Ee, orang panggil ar Abang Ee." Arissa menggumam dengan gaya cuba berlagak brutal. Padahal dia sudah malu habis diusik sebegitu. Senyum nakal yang terukir dari bibir Khairil Izlan membuatkan jemari Arissa automatik menjadi 'kepit ketam'. Lengan lelaki itu dicubitnya.
"Sakit RIs!" Khairil Izlan mengaduh.
"Cakaplah cepat.Kita nak ke mana?" Arissa bertanya lagi. Manja.
"Rahsia" Khairil Izlan mengenyitkan matanya.
Arissa menjuihkan bibirnya. Malas dia mahu bertanya lagi kerana dia yakin lelaki itu bukan nak bawak dia sampai ke Golok pun.
"Kenapa kita dekat sini?" Arissa bertanya sebaik sahaja keluar dari perut kereta. keadaan persekitaran tempat ini diperhatikan.
"Shopping jualan mega sale pertengahan tahun." Khairil Izlan buat muka comel. Dia mengeluarkan batang pancing dan kotak coleman dari dalam bonet.
Arissa mendegus geram. Bersandar di tepi pintu belakang Vios lelaki itu.
"Lagi boringlah pancing - memancing ni." Arissa protes . Buat muka ketat.
"Syok. Jom!" Khairil Izlan terus mengajak, dan Arissa bagai terpukau terus menurut.
"Okey. Nak lauh masalah,kan? Sekarang serita dekat Abang Ee. Apa sebenarnya masalah ris?" Khairil Izlan bertanya sebelum batang pancing dilontarkan kehadapan.
Sengaja dia membawa Arissa ke sini kerana disinilah tempat dia pernah berjanji dengan arwah Azmer satu masa dahulu, andai Azmer tiada lagi dialah yang akan menjaga Arissa. dahulu dia main-main.Bercanda di kala bosan mata kail tak mengena.Siapa sangka, hari ini dia betul-betul berusaha mengotakan janji main-mainnya itu.
"Sebenarnya Ris.."
"Ops ... semua masalah tu tak termasuk maslah kewangan ikey," potong Khairil Izlan sambil matanya dikenyitkan.
Arissa mengetap bibir.
"Kemutlah Abang Ee ni! Nama aje keje dekat bank," rungutnya.
Okey. Dia terpaksa mengugurkan salah satu masalahnya yang menimbun-nimbun ru kerana masalah kewangan juga termasuk dalam senarai masalah yang ingin dia ceritakan kepada lelaki itu.
"Orang kerja bank pun ada kalanya sesak jugak," Arissa ingin ketawa apabila Khairil Izlan membuat suara seperti S.Shamsudin dalam filem Ali Baba Bujang Lapok itu.
"Pasal kerja. kat tempat Abang Ee ada kerja kosong tak? jadi kerani pun okey," kata Arissa tentang masalahnya yang masih lagi menjadi penganggur terhormat.
"Kata nak jadi budsinesswoman yang berjaya. Kanapa nak jadi kerani pulak?" tutur Khairil Izlan.
Matanya melilau memarhatikan gelagat pengunjung- pengunjung yang mengunjungi kolam berbayar ini. Macam - macam ragam.
"Mcam mana Abang Ee tahu orang ada impian nak bukak business sendiri?" tanya Arissa.
Khairil Izlan menelan air liur. Uuhh! terlapsa cakap. Dia berpaling. Telunjuknya menghala ke muka Arissa yang ssedikit berkerut sementara menanti dia berkata-kata.
"Muak ... muka Ris ada aura bakal menjadi businesswoman yang berjaya." Khairil Izlan cuba berselindung.
Arissa meraba mukanya "Ya ke?"
Dia bertanya, kurang percaya kalau mukanay ini memang ditakdirkan akan menjadi seorang ahli perniagaan wanita berjaya di Malaysia suatu hari nanti.


"Arissa suka tak warna ni?" Fariz meminta pendapat Arissa tentang warna yang menjadi pilihannya.
"Suka. Tapi nanti-nantilah ek kita dicide nak pakai warna apa. Kan lama lagi," katanya. Sengaja butang baju songket itu dibetul-betulakn.
"Handsome!" tekannya sedikit kuat. Mahumencarik-carik hati Khairil Izlan. Dia rasa dia telah berjaya. Muka Khairil semakin tegang.
"Ya. Mana tahu lagi lima tahun tu ada warna-warna yang lebih trendy untuk orang pakai masa bersanding," bals Fariz pula.
"Izlan, awak tak nak komen apa-apa ke pasal baju ni? Okey ke?
 sola Maizarah apabila lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.
"Okey." Khairil Izlan menjawab tidak bernada.
"Okey aje?" Maisarah seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Khairil Izlan yang pasif itu.
"Cantik." Sepatah lagi Khairil Izlan menjawab.
Maisarah menjadi bosan. Dia tahu, Khairil Izlan bukan mahu datang ke sini pun. Dia sahaja yang beria-is mengajak lelaki itu ke sini selepas bosan asyik duduk di kedai mamak. "Tak apalah. I salain baju sekejap."
"Emmm..." Khairil Izlan sekadar mengggangguk.
"Ris tunggu ya. Saya pergi salin baju dulu," tutur Fariz.
"Okey." balas Arissa mesra.
"Kalau rasa tak mahu hidup bersama lelaki tu tak payah nak main-mainkan perasaan dia. Berapa kali Abang Ee nak bagitau perkara yang sama?" Sedas Khairil Izlan bagi sebaik sahaja kedua-duanya hilang di balik bilik persalinan. "Awak cakap dengan saya ke?" Arissa menuding dirinya sendiri. Sambil -sambil itu matanya melihat ke belakang. Manalah tahu jika ad orang lain pula di situ. Khairil Izaln menjegilkan mata.
"Tak . Cakap dengan patung yang tak bernyawa kat belakang tu," sindirnya sambil bibir menjuih ke arah patung yang terletak dibelakang Arissa.
Arissa memandang patung yang memakai gaun kembang putih. "Okey."
"Arisssa!" suara Khairil Izlan naik sedikit. Membara nelihat kelaluan Arissa.
"Encik Izlan, suka hati sayalah saya nak bercinta dengan lelaki mana pun. Nak kahwin dengan lelaki mana pun," bicaranya tenang.
"Dari cara Ris Abang Ee tahu, Ris bukannya serius oun dengan Fariz tu. Buat Abang Ee geli aje." Khairil Izlan bagi lagi 'sedas'.
Darah Arissa naik sedikt, namun cuba ditahan." Hei, Encik Izlam ni sape? Bukan siapa-siapa pun dengan saya, jadi jangan berlagak macam tahu segala-galanya."
"Kenapa sekarang makin kurang ajar dengan Abang Ee? sebelum ni tak pernah pun cakap dengan Abang Eemacam ni." Khairil Izlan mula mengawal suasana apabila bibit-bibit pertengkaran mula terbit antara mereka.
"Siapa Encik Izlan yang perlu saya hormat? Yang perlu saya cakap elok-elok? kata Arissa dengan tenang. Dia terus keluar dari butik pengantin ini. Dia perlukan udara diluar. Penyaman udara yang dipasang tidak langsung menyejukkan hati yang panas.
" Arissa, Abang Ee tahu Arissa berdendam dengan Abang Ee. Abang Ee rasa Arissa tak patut buat macam tu pada Fariz. Kalau Arissa tak suka dengan dia. berterus terang. Kenapa bagi harapan pada dia? Konon- konon nak sangat berkahwin dengan dia. Hakikatnya itu sekadar trick nak bagi Abang Ee jeles, kan? supaya Abang Ee terima Arissa dan tinggalkan Maizarah.Tektik tu dah basi tau tak," ujar Khairil Izlan.
"Sipa kata taktik? Dia ikhlas dengan saya. Bukan macam awak. Dekat dengan saya semata-mata nak tunaikan tanggungjawab konon," selar Arissa.
"Ya , Abang Ee tahu dia ikhlas denagn Ris. Tapi Ris tu yang tak pernah ikhlas dengan dia."
"Ikhlas tak ikhlas saya dengan dia, siapa peduli? Yanag pasti saya terima dia seadanya."
"Tapi.."
"Kenapa tiba-tiba nak halang hubungan kami? lupa ke ? Encik Izlan sendiri kata yang saya dan dia tu sepadan. Owh.. ataupun sebenarnya Encik Izlan cemburu kut. Saya pernah cakap pada Encik Izlan dulu, Sorang pergi sepuluh beratur," kata Arissa sedikit angkuh.

NOVEL BULAN JULAI KAKI NOVEL


Menghabiskan sisa - sisa gaji , aku telah mengorder 2 buah novel dari Kakinovel keluaran bulan Julai. Tengok tajuk Gempak bukan main ..... Harap tak menghampakan .... ( ini adalah Novel pilihan untuk bulan Julai di kakinovel )
 
“Kalau Alya cintakan abang, tak semestinya abang cintakan Alya... ”
“Abang cintakan Alya!”
“Huh, abang jangan nak main-main la!”
“Abang tak main-main… abang serius ni!”

Sinopsis:
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
-->



                                       
Kedinginanmu umpama salju yang memadam hangatnya api cintaku,
keegoanmu umpama angin yang meniup pergi segala rasa cintamu,
andai aku tercipta untukmu, izinkan lah cinta ini bertamu,
andai aku bukan untukmu, biarlah kubawa rasa cinta ini pergi darimu.
Sinopsis:
Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.
Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.
Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.



Saturday, 23 June 2012

NOVEL DOKTOR CINTA

Kerana aku Doktor Cinta, Membuat dia tergoda. Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata....

Novel Doktor Cinta aku pinjam dari seorang sahabat Bernama Nurul Haiza dia juga sorang pembaca novel tegar. Dia yang banyak mengajak aku mencari novel di alam maya ni. Kerana aku terlalu daif dalam teknologi serba canggih ini. Pertama kali aku dapat novel ini, sebagai empunya novel pun belum membukanya dan terus memberi aku pinjam sebagai galakkan untuk aku memulakan. Ini adalah diantara novel pertama aku pinjam sebelum aku memiliki novel - novel yang lain. Novel ini juga buat pertama kalinya aku menitiskan airmata...... kerana dalam novel ni menggamit pelbagai rasa ada rasa lucu , suka , sedih , tersentuh , kehilangan dan macam - macam lagi. Disini aku nak review edisi aku sendiri .. jom kita layan ...
Mengisahkan Mazliana anak bungsu Haji Nordin mengimpikan menjadi seorang puteri dan dilamar oleh sang putera raja. Mazliana suka melukis dan dia cukup menghiburkan kepada sesiapa yang mendampinginya. Kehadiran Tengku Iskandar menghuru harakan hidupnya untuk menjadi kekasih satu malam. Ini adalah rancangan Zikri , Abang angkatnya dengan bayaran lima puluh ribu. Disangka satu malam keadaan bertambah rumit apabila Tengku mariam , mama kepada Tengku Iskandar menyukai dan terus melamar Mazliana. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Bila mulut kata tidak tapi hati kata ya. Zikrilah teman setia untuk mecurahkan isi hati. Tetapi isi hati pada Tengku Iskandar bukan pada Zikri. Bagi Mazliana Zikri adalah Superman yang menyelamatkan dirinya diwaktu ia memerlukan disaat Masliana diabaikan oleh Tengku Iskandar. Kekecewaan demi kekecewaan Mazlina melarikan diri jauh dari Tengku Iskandar dan perasaan rindu hadir tetapi dinafikan. Hadir Doktor cinta  membuatkan Mazliana pulih dari luka lamanya .

Sinopsis Dari Kulit novel.
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Petikan - petikan yang menarik dalam novel :-

" Saya Masliana Haji Nordin." sekali lagi Mazliana memperkenalkan namanya.
"Zikri."
"Bos aku ni ada sesuatu nak menta tolong dari kau."
"Aik? Kesian betul bos. Saya ni bukannya kaya sangat sampai bos nak minta tolong.Duit pun ada sepuluh hengget aje dalam poket," terang Mazliana walaupun tidak diminta untuk diterangkan.
Hesy... yang Si Mimi ni pun satu, ingat aku ni pusat Kebajikan masyarakat ke nak mintak tolong segala ni? Nak kena budak ni!!!
"Saya nak tawarkan awak jadi pelakon."
"Hah?? Pelakon watak apa?" tanya Mazliana tak basar, dia membetulkan gaya duduknya.Terus menunjukkan minat.
"Heroin."
"Hah?? Biar betul bos? Saya memang minta berlakon tapi tak pernah bermimpi pun nak terjun ke dunia glamor tu. Lagi pun, saya ni menalah ada rupa nak harapkan bakat yang tak seberapa, setakat tipu Si Syamin ni bolehlah."
"Tapi saya rasa awak berbakat."
"Itu bos rasa, saya tak rasa apa - apa pun." Ketawanya lagi.
Memang banayak berita kelakar dalam skrip hidup Mazliana hari ini. Lama Mazliana memandang wajah maco di hadapannya.Tiba - tiba dapat tawaran berlakon ni kenapa? Angin tak ada ribut jauh sekali tiba - tiba hujan. Sepanjang sejarah keturunan aku tak ada lagi yang jadi pelakon.Buatnya Haji Nordin tahu ? Hesy.. aku boleh kena kurung dekat setahun dalam bilik.
"Tak bolehlah bos. Lagi pun kalau Haji Nordin tahi saya jadi pelakon boleh putus kepala. Dia bukan suka dunia artis ni. Terdedah sana terbuka sini," jelas Mazliana panjang lebar. Gerun apabila terbayang wajah ayahnya.
Walaupun Jaji Nordin seorang ayah yang terbaik daripada ayah-ayah terbaik dekat dunia ni. Tapi kalau kena mengamuk sekali terkantoi juga nanti. Tak boleh nak bela diri walaupun buat rayuan dekat mahkamah tinggi.
"Tapi dunia lakonan awak ni tak glamor pun, kita takkan filemkan lakonan awak."
Mazliana menggaru kepalasekali lagi,persis terasa kebodohan. Dipandang wajah Syamin yang tersenyum sedangkan dari tadi asyik membisu.
"Kau berlakon dalam realiti sayang."
"Maksudnya apa sebenarnya ni? Dunia realiti ala-ala Pilih kasih dengan Akademi Fantasia?"
"Ala- ala versi kita sendiri."
"Ya Allah Mimi, Mana kau dapat bos kau ni?  Cakap berbelit- belit aku dah pening ni. Sikit lagi kalau aku pengsan, aku tahu kau yang jadipenyebabnya." Mazliana menyalahkan Syamin.

"Tema kita malam ini, kad yang dipilih oleh Tengku Iskandar adalah."
seluruh majlis senyap.
Mazliana dapat mendengar denyutan nadinya semakin pantas.
"C.I.N.T.A, cinta!!!" sambung pengacara majlis itu lagi.
Bergema majlis dengan sorakan pekerja MM Holding. Ada yang bersorak memanggil namanya ada juga yang menjerit nama Julia Hana.
Mazliana menggaru kepalanya. Macam pertandingan akhir Akademi Fantasia. Senyuman manis Julai Hana saat ini bagai ancaman besar. Apa punya temalah. Bagailah tema yang seronok sikit.Tema yang boleh dijawab oleh budak kampung macam dia.
"Okey... soalan dalam tema berbunyi, andaikan anda dilamun cinta, maksud cinta bagi anda adalah?"
Terasa nak terkeluar biji mata. Hah? Ya Allah bantulah hambaMu ini. Melihat bos besar dan Julia Hana saling tersenyum antara satu sama lain membuatkan tiba-tiba jantungnya berdegup perlahan hilang rentak. Tidak selaju tadi. Tidak sederas tadi. Matanya melilau diseluruhoelosok tetamu ingin mencari kekuatan.
Syamin terdiam di tempat duduknya. Dia berdiri, matanya memandang tepat kearah Mazliana. Wajah Masliana menghantar isyarat kepada temannya itu. mamberitahu yang dia tak mampu melakukan. Syamin serba salah. Kesian melihat situasi temannya itu.
"Kita mulakan dengan Cik Juali Hana. Andaikan you bercinta, cinta bagi you untuk orang yang tersayang adalah?"
" i tak bolehlah kalau tak ada seseorang bersama, boleh tak kalau saya dengan Tengku Iskandar?" pinta Julia Hana, disambut dengan sorakan dan tepukan seisi majlis.
" Saya rasa Tengku Iskandar tak keberatan dengan permintaan Cik Julia Hana?"
Senyum bos besar seakan merelakan.
Mazliana menggigit bibir. Rasa macam nak saja dia lari, Kalau dia ada magis saat ini juga dia akan hilangkan diri. kedengaran ada juga bebarapa perkerja perempuan yang seakan meluat mendengar permintaan Julia Hana. Mungkin merasakan permintaan itu melampau atau mereka cemburu atau mereka kesiankan dia terpacak dekat sini sebagai insan bergelar tunang.
" Sabar ek... semua ini hanya lakonan semata-mata. Kita tahu yang bos kita ni dah berpunya." Pengacara majlis cuba menenangkan keadaan.
"Hah tahu tak apa. Sedar-sedarlah diri tu!" jerit Wanis dan kawan-kawanya. Jelas mereka berada di pihak Mazliana.
" Okey, kita memulakan sekarang."
Julia Hana Tersenyum malu. Dia bertentang mata dengan Tengku Iskandar dekat dan rapat. Mengundang sorakan kuat daripda pekerja MM Holding.
Mazliana di situ hanya mampu memandang. Berundur sedikit ke belakang.
"Cinta I hidup I semua untuk dia. I syangka dia lebih segala- galanya. Klau cinta itu untuk I biarlah hanya kita berdua didunia ini. I akan sentiasa sayangkan dia cintakan dia, dan disetiap nafas I hanya di pelukan cintanya," ucapan Julia Hana dengan penuh menggoda.
Beberapa perkerja lelaki bersorak kuat. Julia Hana tersenyum puas. Tengku Iskandar tersenyum lagi.
"Ya itu dia luahan hati Cik Julia Hana kita. Fuh panas, seluruh dewan terasa panas. Berikan tepukan genuruh untuk model terkenal kita! Sekarang kita beralih emmmm... siapa dulu Cik Mazliana atau Tengku Iskandar!!"
"Cik Mazliana ! Tengku Iskandar!!"
Suara mereka serentak.
" Eh... sama pulak. Emmm ... siapa nak dulu ni?" tanya pengacara majlis sekali lagi.
"Dia!!"
Mazliana dan Tengku Iskandar merajuk antara satu sama lain. Mengundang ketawa seisi majlis. satu tepukan gemuruh kedengaran melihat aksi mereka.
Mazliana tersedar. kemnali memandang ke arah penonton. Sempat melihat labaian Zikri di meja depan pentas. 
"Okey, apa kata kita melakan dengan Tengku Iskandar dulu ... setuju?"
"Setuju!!" sambut semua tetamu.
"Saya seorang lelaki yang percaya dengan cinta.. bagi saya cinta pertama adalah segala - galanya. Mencintai seseorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya dan saya mahu orang yang saya cintai memahami dan for love, I just can say I love you."
Ringkas tapi cukup mengundang senyuman dibibir Julia hana. Tepukan gemuruh terdengar lagi.
" Bagi saya cinta pertama adalah segala - galanya...."
Ungkapan itu bermain-main di mindanya. Pandangan Julia Hana membuatkan dia tunduk ke bumi. Kenapa hati ini tiba- tiba sakit? Kanapa rasa macam ada yang tersekat di hujung hatinya. Terasa lemas.
"Insan yang kita tunggu- tunggu.. sekarang giliran Cik Mazliana. Apa katanya tentang cinta?Adakah cinta baginya hanya Tengku Iskandar?" usik si pengacara majlis. Lelaki itu masih memandangnya . Emmmm... mungkin takut dia berkata sesuatu yang memalukannya.
"Cik Mazliana... Kami semua masih menunggu." Suara Jalil si pengacara kedengaran lagi. Mata dia menikam mata Tengku Iskandar. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk seakan memberi semangat pada Mazliana.
" Cinta bagi saya gurauan dalam kehidupan. Kadang kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam - macam emosi. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikan kehidupan adalah cinta... tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan jumpa." Mazliana melepaskan nafasnya perlahan. "Kalau saya cintakan dia ... biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri," sambung Mazliana kemudian tersenyum. 

"Dahlah Mimi aku nak tidur, aku penat. Kau keluar dulu." Mazliana seakan tidak dengar apa yang baru lahir dari mulut Mimi. Dia memanjat katil sambil menarik selimut lalu memejamkan matanya sekuat mungkin.
"Maz ... kau dengar tak apa aku cakap ni?"
Mazliana masih memejamkan mata, Syamin diam. Rasa ada yang tak kena. Ya Allah ... apa yang terjadi pada temannya ini betul - betul membuat hatinya pedih. Tak pernah terlintas di fikirannya dia akan menjadi orang yang menyampaikan berita sedih ini kepada sahabat baiknya itu.
" Macam nan Syamin?" suara Zikri sebaik sahaja melihat keliabt Syamin.
"Tak tahulah bos, saya dah sampaikan berita tu tapi dia macam tak dengar, macam tak ada apa- apa berlaku." Zikri menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia buntu, bagaimana Mazliana nak hadapi semua ni? Apa yang harus dia lakukan.
"Hai sayang.... " Suara Haji Nordin bergema.
"Mak.. ayah.. rinduuuu! Amboi... jauhnya berjalan sampai hati tinggalkan Maz tau!" ujar Mazliana manja.  "Ala-ala naka mak ni... bagilah can mak dengan ayah nak haneymoon," usik Haji Nordin. Ketawa mereka bersatu. "Amboi... bukan kalau dekat rumah pun asyik fantasi bulan madu ke?" " Mestilah... kan cinta sejati... hidup mati bersama. Sayang rindu mak tak?" Giliran suara Hajah Masnah pula kedengaran. Rambut anaknya diusap lembut. "Ala... ni soalan jenis apa ni? Nak buat Maz nangislah tu . Sepanjang mak dengan ayah tak ada , Maz sunyi tahu tak. Maz tak boleh kalau tak ada mak dengan ayah. Kak Lin tu sibuk dengan lakidia, Kak Ida lagilah jauh berbatu-batu." 
"Tahu tak apa. Anak mak yang sorang inilah yang buat hati mak ni tak tentu arah, tahu tak ?" usik Hajah Maznah dlam tawa.
"Apa mak ni cakap macam tu..." ngomel Mazliana sambil mulutnya dimuncungkan. 
"Maz, mak sayang Maz," bisiknya perlahan. Mazliana terdiam. Entah kenapa air matanya terasa nak menitis.
"Maz...jaga diri, jaga solat, ingat semua yang ayah dah ajar. Jangan ikutkan perasaan, ingat setiapapa yang kita lakukan keran Allah." Suara ayah kedengaran sayup.
"Mak .. ayah...!!!" jeritnya kuat.

"Lama tak jumpa , tak sangka masa menjadikan awak semakin cantik," puji Zikri tenang.
"Pujian ke sindiran tu?" usik Mazliana. Mereka tersenyum.
"Tak sangka Mazliana Haji Nordin akan tinggalkan Superman dia macam tu je. Tak sempat nak say goodbye pun." Mazliana ketawa kecil tenang menyedut air tembikai di depannya. Wajah yang tak pernah mengundang marah di hatinya. Dari dulu hingga sekarang dia akan berasa selamat bila berada disamping lelaki ini.
"Selepas semua peristiwa itu terjadi, saya ada juga rasa nak call saja Superman saya suruh dia bawa saya jauh-jauh dari bumi. Kalau boleh ke planet Marikh pun tak apa. Tapi bila fikir balik tak mungkin superman saya akan dapat mengubah takdir," bisik Mazliana perlahan.
"Sihat?" suara Zikri perlahan. Dari dulu hingga saat ini rasa kagumnya pada gadis ini tak pernah berubah. Mazliana mengangguk lagi.

Thursday, 21 June 2012

NOVEL KAMPUNG GIRL

Dalam banyak - banyak perempuan dalam Malaysia ini, kanapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!

Kampun Girl karya Umi Kalsum atau nama sebenar Kalsom Binti Rahmathulah. Seusia 22 tahun dah boleh menghasilkan novel yang baik. Novel ini aku beli secara online tanpa membaca di penulisan2u . Bila dah dapat Novel setebal 547 muka surat ini tak mengecewakan. Bagi pendapat aku cerita yang menarik dari percubaan pertama penulis. Erti kata lain tak rugi beli. Jom review sikit novel yang agak lama dalam pelukan aku.

Mengisahkan Ashraf Khairi dipaksa berkahwin dengan Ainnur sepupunya yang tinggal dikampung. Ashraf yang dibesarkan di bandar dan mempunyai pekerjaan yang bagus dan boleh dibanggakan terlalu taksub dengan dunia bandar. Ashraf juga anak yang akur dengan keluarga menerima cadangan keluarganya walaupun hati memberontak enggan dikahwinkan oleh pilihan keluarganya. Ainnur anak adik pada mummy Ashraf sentiasa rela dikahwinkan dengan Ashraf kerana Ashraf adalah insan pertama yang dicintai sejak kecil dibangku sekolah lagi. Kerana keangkuhan ashraf membuat Ainnur nekad belajar bersungguh- sungguh sampai ke luar Negara tanpa pengetahuan Ashraf. Ashraf memandang rendah pada Ainnur kerana Ainnur seorang budak kampung dan tidak berpelajaran. Selepas majlis perkahwinan mereka segala rahsia terbongkar dalam sekelip mata. Ashraf malu dan rasa dirinya tertipu selama ini Ainnur bukan perempuan yang disangkakan. Ashraf rasa dirinya tergugat dengan kehadiran Faisal. Ashraf menjadi buntu . Dengan bantuan rakan Ashraf, Ashraf cuba memikat hati Ainnur .

Sinopsis dari kulit Novel
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan ...
abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?



Photo: Gandingan Akim dan Nad Zainal dalam Kampung Girl, Apa pendapat  anda?
akan diadaptasi dalam slot Lestary 
Petikan - petikan yang menarik dari Novel ini.

"ADAM!!! Seriously this is not funny. Stop laughing!!" marah Ashraf apabila ketawa tidak henti-henti dari tadi apabila dia mengkhabarkan tentang perancangan mummy untuk menyatukan dirinya denagn budak kampung itu. Ini soal hidup mati aku, boleh pula abang aku gelak macam orang gila!
"Why?" Adam masih tidak henti dengan ketawanya. Jelas kelihatan wajah Ashraf yang sudah memerah macam cili api. Marah sangat nampaknya.
"I don't like it! I'd rather be a bachelor than be married to that kampung girl," balas Ashraf angkuh.
"Watch your words! Berlagak sangat ni, kenapa? Kampung girl kalau, tak boleh kahwin dengan budak bandar? Kau tu.... tak reti- reti nak cari calon sendiri, mummy risau tau? Bukan nak cakap terima kasih kepada mummy sebab carikan perempuan macam Ainnur tu, tapi berlagak lebih pulak dia!" selamba saja Adam menghadiahkan libasan dibelakang badan Ashraf. Memang dasar tak reti bersyukur. Mulut pula, langsung tak berinsurans.
"Abang cakap senanglah!" Ashraf tidak mahu mengalah.
"Bukan abang yang kena paksa!" sambungnya lagi.
"Abang tak nak tolong Ash, kan? Tak apa. Siapa cakap pun, Ash tak nak kahwin dengan budak kampung tu!" bentak Asraf. Bosan rasanya bila tiada sesiapa yang sudi menyokong dirinya. Semuanya asyik berpihak pada parti si budak kampung tu. Nampaknya Ainnur  sudah mendapat majoriti suara. Ashraf sudah semakin tak senang.
"Sikit punya untung mummy pilih Ainnur untuk kau. Apa yang tak kenanya dengan dia?" soal Adam yang langsung tidak senang dengan kata-kata Ashraf. Selamba biadab! Ini betul adik aku, kan? Kenapa tak macam manusia normal yang lain?
"Tak nak budak kampung tu. Tak sekufu!" Muka Ashraf angkuh sekali memberi jawapan.
Adam mengerutkan dahi tanda dia todak memahami kenapa Si Ashraf begitu kuat membangkang calon pilihan mummy. Ainnur! okay what! Bukan setakat okey tetapi okey sangat. Budak kampung pun, bukannya dia tidak berpelajaran. Kalau ini sering Ashraf pertikaikan, berkenaan taraf pendidikan. Ainnur student TESL product oversea. siap dah jadi cikgu pun di sekolah menengah. Apa lagi yang pak cik pelik ini hendak? Tak cukup sekufu ke?

"Puas tidur?"
Buka saja mata, sudah terpampang wajah si budak kampung tu.
" Macam dah tak ada bilik, kan? Datang tidur dekat beranda ni kenapa? Nak suruh orang, Ain halau suami suruh tidur diluar?"
Aiseh! banyak pula soalan si budak kampung ini.
"Suka hatilah!" Namun itu saja jawapan yang meniti bibirnya.
"Patutnya semalam...." Ainnur baru hendak meneruskan kata, laju lagi Ashraf sudah bangkit dari pembaringannya.
"Semalam punya hal, janagna cakap!" Marahnya. Ainnur mencebik.
" Ain pun tak ada masa nak ungkit-ungkit serita yang tak berapa nak romantik tu," balas Ainnur senada. Huh! Gaya macam best saja dikenang semula detik malam semalam yang tidak berapa nak melekat dijiwa.Ingat balik pun, buat sakit hati saja.
"Kalau kau kejutkan aku semata-mata nak cakap menyakitkan hati aku macam ni, baik kau masuk dalam saja!"
Ainnur mengecilkan biji mata mendengarnya ayat Ashraf. Kiranya, selama ini akulah yang menyakitkan hati dia? Habis... dia tu? Berlagak baik sepanjang zaman. Huh! Sungguhlah annoying suami kau ini , Ainnur.
"Ain nak balik Penang petang ni," maklum Ainnur. Mlas sudah hendak memanjangkan cerita. Jadi ringkaskan saja. Membulat biji mata Asraf seperti tidak percaya.
"Balik Penang nak buat apa?" Nada suara lelaki itu sudah nak sedikit.
Ainnur mengerutkan dahi. Sudah amnesia ke apa pakcik ini? Bukankah pagi tadi, sesudah subuh Ainnur dah menceritakan segala cerita yang dia nak dengar sangat itu. Sekarang ini, buat-buat macam tak tahu apa-apa. Ini yang aku nak marah! Dia dengar tidak ceria aku? Tak pun dia tengah sedap membuta?
AArgh!! Ainnur rasa macam nak menjerit sekuat hatinya. Patutlah pak cik ini tidak bagi respons langsung sepanjang kisahnya dikhabarkan pagi tadi. Disangkanya khusyuk mendengar sebab dia pun tidak berani sanagt nak mencari nahas bertentang mata dengan Ashraf. Rupanya-rupanya cis! dia tidur dan aku membuang air liur.
"Malas betullah Ain bercakap dengan Abang Ash ni," rungut Ainnur perlahan.
"Kalau malas, tak payah cakap. Aku pun malas nak bercakap dengan kau." Ainnur mwngetap bibir, sakit hati. ada saja benda yang Ashraf hendak jawab. Nasib dia inisuami aku... kalau tak , dah lama aku lekatkan sellotape pada mulut itu. Biar tak boleh menjawab.
"Ain nak balik Penang petang ni. Wahai Encik Suami yang disayangi, Ain minta izin tinggal di Penang sampailah Ain dapat transfer ke Kuala Lumpur. Boleh abang sayang?" Dengan nada yang geram Ainnurmengucapkan ayat itu.
Ashraf membuat mimik meluat. Dijeling sekilas wajah Ainnur yang menahan geram. "Duduk sajalah dekat penang tu terus. Tak Payah datang Kuala Lumpur pun lagi bagus!"
Cis! Ainnur sudah menggenggam penumbuk ditangan. Kalau tidak difikirkan status suami, sudah lama orang disebalahnya ini akan diterbangkan masuk kedlam sawah! Macam yang dia pernah dilakukan pada Amir, sepupu merangkapkawan baiksemasa kecil.Sabar Ain, sabar!
"Baguslah! Dekat sikit dengan Abang Faisal," bals Ainnur geram. Sedangkan Faisal itu bukan tinggal di Pulau Pinangpun. sengaja Ainnur hendak menghangatkan hati Ashraf dengan kenyataan itu. Pantas wajah Ashraf tertoleh ke arahnya. Berubah sudah riak di wajah lelaki itu.
"Kau tu, isteri aku! Jangan nak ikut suka hati sendiri nak kuar dengan mana-mana lelaki. Mulai saat ni, aku tak nak dengar kau keluar dengan Faisal tu. Tidak dibolehkan sama sekali!" marah Ashraf. Nafas dihenbuskan dengan rasa marah. Wajahnya diraup berkali-kali. Api cemburu sudah mula marak sehingga membutkan dia terlupa akan perkara lain.
Melihatkan aksi Asraf yang serba tidak kena itu membuatkan Ainnur tersenyum sinis. Pelik! Ashraf Khairi merupakan manusia paling pelik yang pernah dia kenal? sepi kembali antar mereka. Penangan nama Faisal saja sudah mampu mengelukan lidah Ashraf.
"Kau buat apa di Penang?" soal Ashraf tiba-tiba.
"Kerja."
"Kerja apa?" mendatar nada suara Ashraf. Seingatnya pagi tadi, Ainnur ada menjalankan 'kuliah subuh' untuk menceritakan riwayat pengakiannya. Namun disebabkan terlalu mengantuk, dia sempat catch up pengenalan saja. Itupun tetang zaman persekolahan Ainur di SMK Dulang. Lepas itu terus kelam.

"See! kan aku dah cakap? Dia takkan balas." Terus Ashraf mengucapkan kata sebaik saja Wan Shafie menapak semula ke dalam biliknya. Wan Shafie tersenyum lagi.
"Dia tu, cikgu. Mestilah tengah mengajar ke, ada discussion dengan student ke, ada meeting ke. vuab fikir positif. Ini tak .... terus-terus nak melompat pada kesimpulan," sindir Wan Shafie.
Ashraf mencebik. "Yalah sangat ada discussion. Entah-entah, lepas baca saja mesej tadi, dia terus delete masuk dalam tong sampah."
Dengusan Ashraf menampar cuping telinga Wan Shafie. Pantas saja Wan Shafie sudah melepaskan tawanya. " Kau nak tahu tak? Sekarang ni, yang merajuknya Ain tapi kau yang over sangat pula!"
Teguran itu membuatkan darah meneyerbu laju ke wajah Asraf. Dia tidak sedar pun semua itu, Betulkah dia over sangat? " Mengaku tak, kau sayangkan dia?" duga Wan Shafie.
Tapi harus lihat juga, yang diduga itu pada siap. Lelaki si keras kepala.Laju kepala Ashraf mengeleng menafikan fakta itu.
"Ego!"
"Ini buakn ego. Ini hakikat."
"Dan hakiktanya, kau dah jatuh cinta dengan dia. Aku nampak semua tu. Masih kau nak nafikan?"
"Aku tak rasa macam pun!" dalh Ashraf lagi. Sahabis daya dia hendak menolak juga andaian dan fakta berkenaan dengan teori dia sudah jatuh cinta.
"Tak apa , tak nak mengaku. Aku tak kisah. Aku tak rugi. Yang akan melepas kau juga. Isteri kau tu, bukannya tak laku. Ada Abang Faisal lagi.... " ucap Wan Shafie meleret.
" kenapa nak kena sebut-sebut nama Faisal tu?" marah Ashraf.
Namun Wan Shafie tersenyum." Kan aku dah cakap? kau jatuh cinta dengan Ainnur. Mengaku sajalah. Tak payah nak buang masa nak nafikan perasaan tu. Tak ada siapa pun nak saman kau sebab jatuh cinta dengan isteri sendiri."

Ashraf terdiam kembali.Sukarnya dia hendak mengakui akan perasaannya sendiri walaupun terasa benarnya setiap patah kata dituturkan oleh Wan Shafie.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Edisi Drama 





Dalam Slot Zehra jam 9.00 bermula 12 Julai 2013 



Episod 1
Jom tonton link ini :- Kampung girl episod - 1

Episod 2 
Jom tonton link ini :- Kampung girl episod - 2


Episod 3
Jom tonton link ini :- Kampung girl episod - 3

Episod 4
Jom tonton link ini : 

Episod 5

Jom tonton link ini :

Episod 6

Jom tonton link ini : 

Episod 7

Jom tonton link ini :- Kampung girls episod - 7

Episod 8

Jom tonton link ini :  

Episod 9

Jom tonton link ini :- Kampung girl episod - 9

Episod 10

Jom tonton link ini : Kampung girl episod - 10

Episod 11

Jom tonton link ini : Kampung girl episod - 11

Episod 12

Jom tonton link ini :Kampung girl episod - 12

Episod 13

jom tonton link ini : Kmapung girl episod - 13


13 episod sudah berakhir , kini kampung girl telah menutup tirainya.