Tuesday, 25 September 2012

NOVEL BIAR CINTA BERTABURAN


"Cinta dan kebahagiaan, dapatkah ia berjalan seiringan? 

Atau sekadar hanya mampu terbiar bertaburan?"


Baby pertama Yusnida Tajudin BIAR CINTA BERTABURAN cerita yang menarik pada pendapat saya. Dengan garapan yang mantap ia menjadi sebuah Novel setebal 458 muka surat. Walau pun nampak nipis susunan cerita yang mudah difahami dan selesa untuk dibaca. Jika dulu saya selalu membaca dari blog- blog penulis baru saya beli tapi untuk novel ini saya beli berdasarkan komen - komen peminat yang telah membeli terlebih dahulu novel ini. Ternyata novel ini memang best. Sedikit review dari saya .. Novel ini mengisahkan Ayesha Sorfina menyandang jawatan sebagai setiausaha di syarikat Emeer Zafran. Emeer Zafran seorang lelaki tegas dalam kerjanya membuatkan semua pekerja gerun pada dirinya. Ayesha Sofina tidak terkecuali di hari pertama dia menyandang tugasan itu. Perasaan gerun pada awalnya berubah berlagu riang bila keserasian terjalin selepas tiga tahun berkerja sama. Sikap Emeer lebih berterus terang membuatkan Ayesha tak tentu arah. Hubungan mereka lebih serasi bila Emmer membawa Ayesha ke majlis makan malam dirumah Dato Ilham . Suatu hari Ayesha terjumpa contoh kad perkahwinan Emeer dan Lyana Arissa di bilik Emmer dan nekad untuk menjauhkan diri dari Emeer. Ayesha mempunyai prinsip hidupnya tidak akan merampas hak orang lain. Walaupun lari jauh mana pun Ayesha , Emeer pasti mengejarnya hinggalah satu peristiwa luar kawalan dek akal terjadi antara mereka. Hubungan mereka dipanjangkan ke ahli keluarga . Ayesha tidak menyangka hubungan mereka disambut baik oleh mama dan papa Emeer. Walaupun hatinya selalu diselubungi rasa bersalah pada tunang Emeer. Ayesha disahkan mengandung dan Ayesha juga cuba menyembunyikan kandungannya dari Emeer. Tanpa disangka Emeer mengetahui perkara yang cuba disembuyikan oleh Ayesha. Tapi malang kandungannya tidak bertahan dan Emeer memujuk Ayesha berkahwin dengannya secepat mungkin. Lyana Arissa tunang Emeer akur dengan pilihan Emeer, sebenarnya Lyana juga mempunyai pilihan sendiri. Dan dia juga berterima kasih pada Ayesha sudi membahagiakan Emeer. Perjalanan hidup Eyesha tak semudah yang disangkakan . Emeer terpaksa berdepan dengan Rashdan yang menggilai Ayesha dari bangku sekolah lagi. Rashdan merasuk gila kerana pinangannya ditolak oleh Ayesha. Emeer tertikam dalam satu pergelutan demi menyelamatkan Ayesha dari gengaman Rashdan. Ayesha juga meminta kebenaran untuk mempercepatkan perkahwinannya kerana ingin menjaga Emeer di hospital. Dalam mereka mengecapi bahagia berumahtangga mereka tak lari dari pergolakan hidup, Emeer terkena sihir dan dia juga hampir kehilangan Ayesha didepan mata. Untuk mengecapi sesuatu bahagia itu perlukan pengorbanan dan kesabaran. 
sedikit coretan dari penulis

Sinopsis dari kulit novel

Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas.  Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau.  Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.

Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri.  Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu.  Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha.  Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam.
Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan?  Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja?  Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan.


Petikan-petikan menarik dari novel

Diawal pertemuan 
"Yang awak terjenguk-jenuk tu kenapa? Nk suruh saya sediakan red carpet ke baru nak masuk?!" Wah, belum apa-apa lagi aku dah kena jerkah. Jariku laju sahaja menggaru kepala yang tak gatal.
"Ada kutu ke?" soal mamat budgat hensem tu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala. Masih lagi membisu.Otak aku berperang dengan hati. Nak bertanya atau biarkan sahaja mamat ni yang bercakap.
"Hah... first day,kan? Saya nak tau, awak ni ada perancngan ke nak kahwin dalam masa terdekat i?" Soalan yang membuntangkan mataku yang dah sedia bulat ni. Soalan jenis apa ni? Ada ke soalan spesies ni yang ditanya dalam interview? Aku ni bukanlah pandai sangat pun, tapi rasa-rasanya masa aku sediakan kertas kerja khusus tentang How To Manage an Interview dalam subject English Communication di universiti dudlu tak ada la pula keluar soalan-soalan macam ni.
"Hmmm.. kenapa Encik Emeer tanya saya macam tu? Encik Emeer nak masuk meminang saya ke ? Atau Encik Emeer tak nak PA yang dah nak kahwin?" Wah, rasa macam nak sepak - epak aje mulut aku sendiri dengan soalan sepumas yang tiba-tiba aje keluar daripada mulut aku yang boleh tahan jugak lasernya ni. Jawapan daripada soalan yang ajukan tadi, tak lain dan tak bukan hanyalah mata merah menyala yangmembulat si mpuny diri. Kelat wajah mamat budget hensem tu mrenung kearahku.
""Puan Munirah dah brief awak tadi, kan tentang tugasan aak? saya tak suka staff yang buat kerja sambil lwa. dah tu tak ikhlas pula. Awak mesti awal sepuluh minit daripada saya. Kalau saya belum balaik, awak ou tak boleh balik lagi.. Saya nak iap-tiap gaji dan selepas lunch mesti ada Nescafe O, satu sudu gula aje atas meja saya, Faham?" Panjang lebar arahan bos aku ni. Satu perstu aku menctat untuk memudahkan aku mengingatinya pada masa depan. Itu pun kalau aku lama laa berkerja dengan mamat cerewet ni.
"Dah tu, apa tercegat lagi? Pergilah butkan Nescafe O saya tu. Satu sudu gula aje.... tak mahu manis!" jerkahnya.

Degup jantung umpama terhenti bila dia meluahkan 
"Kita khawin."
Terasa ingin menampar kuat pipiku mendengarnya kata-katanya itu. Benarkah Encik Emeer yang berada di hadapanku ini? Benarkah apa yang aku dengar ini? Genggamannya dikejapkan solah-olah meminta jawapan dariku.
"Ayesha, kita kahwin..." ujarnya sekali lagi apabila melihat aku yang terdiam membisu.
"No, we can't.You are getting married, Encik Emeer. Don't you forget that." balasku. Ada nada sendu dalam penolakan itu. Air muka Encik Emeer berubah keruh. Namun genggamannya masih dikejapkan.
"If I wasn't getting married to anyone,then will you marry me?" ujrnya lagi.
Aku cuba memalingkan wajah daripadanya. Pantas tangannya menarik mukaku ke arahnya kembali. Ada cahaya mengharap terpancar daripada matan itu. Semacam ada harapan yang menjalar daripada renungan itu. Aku hilang arah Aku tenggelam dalam kecelaruan diriku sendiri.
"Saya tak tahu...." Hanya itu yang mampu aku katakan. Akhirnya tanganku dilepaskan. Terus aku meninggalkannya. Sesaat kemudian, kereta hitamitu berlalu membelah kesibukan jalan. Ya Allah, apa sebenarnya rencana yang talah Engkau tuliskan ini? Pandulah aku ke laluan yang benar. Aku tidak mahu kecewa. Aku tak mahu menanggung parahnya hati. Tapi, aku tak mampu menipu diri sendiri. Benar, aku telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bakal bergelar suami orang. Kejamkah aku ?

saya suka cerita ini sebab diselitkan lagu-lagu cinta

Tiba-tiba satu pertemuan dan tindakan yang tidak disangka oleh Ayesha
"Dah nak balik?" sapanya
Aku hanya mengangguk.
"Tak boleh tinggal lagi di sini semalaman? Dah lama tak jumpa Ayesha," katanya lagi.
Aku hanya tersenyum lalu menggelengkan kepala.
"Tinggallah sehari dua lagi disini, boleh Ash temankan Sha. Kan ke kita dah lama tak jumpa. Rindulah Ash nak brbual-bual degan Sha macam dulu-dulu," sambung Rashdan berungguh-seungguh.
"Taklah, Sha memang tak boleh tinggal. Kerja berlambak-lambak di pejabat tu." Tindakanku yang acuh tak acuh melayannya mengundang rasa kurang senang. Bahuku ditariknya. Aku meronta minta dilepaskan.
"Kenapa Sha buat Ash macam ni? Kenapa Sha asyik nak elak daripada Ash..? soalnya kasar.
" Eh, kenapa Ash ni? tak bolehlah. Siapa Ash nak paksa-paksa Sha?!" bentakku.
"Kenap Sha benci sangat kat Ash? Sha tak sayang Ash lagi?"
"Sha tak sukalah Ash buat Sha macam ni. Kan ke Sha dah kata dari dulu lagi. Kita hanya boleh berkawan sahaja. Tak lebih daripada itu," balasku.
Aku bosan degan sikap Rashdan yang tidak mahu menerima kenyataan. Bukan sekali dua aku telah terangkan antara kami tak mungkin akan ada apa-apa hubunga serius melainkan persahabata. Susah sangat ke nak memahami apa yang aku katakan? Aku bercakap dengan bahasa Melayu. Lainlah kalau aku guna bahasa Jerman ke, bahasa Itali ke , bolehlah kata tak faham. Rashdan masih berdegil, cuba menarik tanganku. Aku mengundur kebelakang dan langkahku terhenti apabila terasa ada tangan sasa memaut kedua-dua belah lenganku. Tubuhku ditarik lembut ke belakang dan tersandar di tubuhnya. Aku terpaku.
"Ada masalah apa ya?" soal empunya tangan itu.
Aku kenal benar degan suara itu. Haruman wangian Encik Emeer menusuk deria bauku. Aku amat bersykur En Emeer berada disitu ketika itu.
Wajah Rashdan bertukar menjadi kelat. Dia merenungku dengan tajam. Ada rasa tak puas hati dalam renungan matanya itu. Kemudian, dia merengus dan terus berlalu pergi. Aku tahu, dia tentu tidak akan berhenti disitu sahaja. Pasti, dia akan mencuba lagi membuatkan aku menjadi amat takut. Namun, hangat tubuh sasa yang berada dibelakangku seakan menenangkan. 

Bila rindu menguasai diri dan nafsu menguasai akal 
"Sayang, saya boleh gila begini. Jangan tinggalkan saya.. awak," bisiknya.
Suara garaunya terdengar merdu ditelingaku. Degup kencang jantungnya seakan berlagu. Terasa ubun-ubunku dikucup tertalu-talu. Air mataku laju tumpah membasahi kemeja En. Emeer. Akal warasku hilang entah kemana. Aku ingin menangis sepuas-puasnya. Aku merenggangkan pelukan Encik Emeer. Namun tangan jejaka tu lebih tangkas menangkap tanganku. Wajahku didongakkan. Air mata diseka. Rambutku yang bertebangan dimuka selak lembut. Tangan itu mengelus-elus pipiku.Terasa hembusan hangat nafasnya diwajahku. Bibir Encik Emeer mula mendekati wajahku. Aku terpempan. Perasaanku bercampur baur. Bibir kami bertaut, lama. Hangat terasa ke seluruh tubuhku. Perasaan hati mula bergelora. Saat ini, akal dan minda sudah tidak berfungsi. Hanya rasa hati yang mengepalai bahtera.
"I want you Aysha. I want you."
""Encik Emeer, Please don't do this."
"No, Don't push me away again, Ayesha. I want you, no one else. Only you."
"Salah ni awak." Aku cuba menolaknya namun lebih kuat pegangannya. Bibirku ditaut lagi. Lebih dalam dan lama. Aku hanyut dan hanya merelakan perbuatannya.
Kami tengelam dalam dunia kami. Tenggelam dalam rasa rindu yang mengunung. Tenggelam dalam godaan makhluk Tuhan yang telah berjanji akan menyesatkan anak Adam. Tewas pada perasaan cinta kami. Hilang pertimbangan dosa dan pahala. Dihadapan kami cuma ada cinta yang mengunung. Cuma ada rasa ingin memiliki dan dimiliki.

Kerana kesilapan semalam Ayesha akur menerima dan teman menjadi penguat diri.
"Habis tu, ko tak nak beritahu Encik Emeer pasal baby ni, Pina?"
"Entahlah, mulanya aku ingat aku nak bagitahu dia. Tapi bila aku lihat depan mataku tadi betapa mesranya mereka, aku hilang harapan. Aku rasalah aku tanggung semua ni seorang.""
Tapi Pina, dia ada hak untuk tahu. Ini baby dia juga. Ko fikir baik-baik Pina. banyak masalahnya nanti."
"Aku akan fikirkan jalan terbaik Pipah. Aku yakin aku boleh jaga baby i sendiri. Mungkin aku boleh contact Sarah , minta tolong dia carikan aku kerja d UK."
"Ko nak tinggalkan aku pina? sampai hati ko, ko tak fikir mak dan abah, mak su ... semua dikampungm.Pina?"
Kata-kata Hafifah itu enusuk tngkai hatiku. 
"Itulah yang buat aku lebih tertekan,Pipah. Aku berdosa pada mak dan abah. Aku tahu mereka mesti kecewa dengan aku." Esak tangisan ku semakin menjadi-jadi. Tak dapat membayangkan wajah kecewa abah dan mak.
"Apa ko nak cakap kat mak dan abah? Ko kan tau mak dan abah ko tak akan lepaskan ko pergi jauh daripada dia orang? Apa alasan ko, pina?"
Aku diasak persoalan demi persoalan. "Entahlah Pipah, aku akan fikirkan apa yang patut buat nani. Tapi yang nyata, aku tak boleh beritahu Emeer tetang baby ni." Hafifah memelukku erat. pelukan seorang sahabat yang sentiasa menenangkan sahabatnya. Persahabatan kami adalah suatu ikatan yang akan menjadi kukuhdunia akhirat.
"Apa pun mom to be, aku akan sentiasa sokong ko. ko akan ada aku sampai bila-bila." ujarnya sambil menarik hidungku. Hafifah meletakkan tangannya ke perut ku.
"Baby, ni Mak Pipah tau, Mak Pipah pun akan sayang kat baby macam mummy baby. Apa pun yang akan jadi, baby , mummy dan Mak pipah akan sentiasa hidup bersama-sama ya."


 Kerana dendam Rashdan hilang pedoman
Melihatkan kehadiran Emeer, Rashdan yang duduk terus bangun dan menuju ke arahku. Terasa bahuku dipaut dari belakang. Leherku terasa perit seperti dicucuk dengan benda tajam. Emeer berhenti disitu. Hafifah sudah mula menjerit. Abang Nordin dan kak Kamariah segera menghampiri lama rumahku. Masing-masing kelihatan kaget.
Terasa seperti ada cecair meleleh dileherku. Sakit.
"Rashdan.. jangan apa-apakan Ayesha. Kalau kau nak, Kau boleh bunuh aku. Tapi jangan cederakan dia." pujuk Emeer. Air mataku mengalir deras. Menahan sakit.
"Ini semua kau punya pasal. Kerana kau rampas Ayesha daripada aku, hah?" laungannya.
"Ash... sakit," rengekku agar dia sedar yang dia sedang menyakitiku. Ketika itu aku hanya berdoa kepada Allah agar aku tidak diapa-apakan.
"Rashdan, kau lepaskan Ayesha.Kalau kau lepaskan Ayesha, aku janji aku akan tolong kau."
Terdengar suara Emeer memujuk lagi. Emeer semakin mendekat. Aku tahu , emeer dan abang Nrdin sedang mencari peluang untuk melepaskanku. Jiran-jiran semakin ramai mengurumuni rumahku. Keliharan dua tiga orang jiran lelaki juga merapati pagar.
"Jangan harap kau akan dapat dia. Kalau aku tak dapat dia, kau pun tak dapat!" laungannya lalu ketawa mengilai. Rashdan sudah hilang kewarasanya.
Badanku mula menggigil
Keadaan yang tegang menjadi semakin tegang. Rashdan mgetatkan pautan tangannya dibahuku. Pisau yang diacukan dileher dihalakan pula kehadapan. Mangacu ke arah Emeer yang semakin mara ke arahnya. Melihatkan perlakuan Rashdan itu, Emeer pantas menerpa ke arah kami. Aku ditolaknya ke tepi lalu jatuh di atas rumput. Emeer dan Rashdan salaing bergelut, Hafifah berlari meluru k arahku lalu memelukku erat. DDarah dileher mengalir pertahan. 
AKu menjerit meminta tolong melihatkan pergelutan kedua-dua lelaki yang aku sayangi. Abang Nordin dan dua tiga orang yang lain maju ingin membantu. Seketika, pandanganku terpanar apabila melihat pisau ditangan Rashdan tersusuk di perut Emeer.
Sekali. Dua kali. Emeer jatuh terjelepok diatas simen. Rashdan sudah menggila namun sempat ditangkap oleh kumpulan lelaki yang menerpa tadi.
Aku meluru ke arah Emeer yang mengerang ksakitan. Darah membuak-buak keluar daripada perut Emeer. Kesakitan dan darah yang mengalir dileherku sudah tidak kupedulikan.

Friday, 21 September 2012

NOVEL CINTA KAU DAN AKU


Hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ,
tanpa dirimu kuhanya manusia tanpa cinta.




Novel Cinta Kau Dan Aku review novel kedua sentuhan Siti Rosmizah.Novel terbitan Buku Prima keluaran tahun 2009 menjadi pilihan saya. Cerita cukup menarik dan sentuhan yang luar biasa. Membaca novel ini rasa seakan kita yang berada dalam karektor novel tersebut. Novel setebal 679 muka surat. Novel yang santai dan penuh dengan jenaka ringan. Membaca dari helaian pertama hingga helaiaan terakhir menggAmit pelbagai perasaan suka duka kehidupan . Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia 20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah membuat Faish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya. 


Sinopsis dari kulit novel
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.


"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?



Petikan-petikan menarik dari novel 



Satu pertemuan

"Saya, Farish Hakimi, sorry pasal tadi. Saya nak cepat, sampai tak perasan awak depan pintu lif." Lembut suara Farish Hakimi berkata sambil menghulurkan tangannya pada gadis itu. Farisya hanya mengangguk. Tidak disambutnya salam yang dihulur. Farish Hakimi menarik kembali tangannya bila huluran salamnya tidak berbalas. Berubah sedikit wajahnya.
"Sorrylah, saya tak dapat nak sambut salam tu. Mak saya pesan, lelaki dengan perempuan bukan muhrim tak boleh bersentuhan. Sebelum saya datang KL, berkali-kali mak saya pesan begitu. Saya, Farisya." 
Farisya memperkenalkan dirinya pula dengan wajah selamba. Tiba-tiba dia mengerutkan keningnya sambil meletakkan jari telunjuk di tepi bibir.
"Eh, Encik Farish perasan tak?? Nama kita sama, Farish , Farisya," ujar Farisya lalu ketawa, entah apalah yang lucunya. Farish Hakimi hanya tersenyum melihat gelagat keanak-anakkan Farisya itu. Mesteri sungguh gadis ii. siapalah sebenarnya gerangan dia. Mukanya yang bersahaja tidak nampak langsung riak wajah takut atau risau bila duduk di dalam pejabat yang cukup mewah ini. apatah lagi berdua - duaan sahaja dengannya.



Impiannya  

"Bukan kerani tapi driver"
Farish Hakimi terus mengangkat kening. Bulat matanya memandang Farisya.
"Driver? Awak mintak driver. kenapa tak mintak kerani?" usul Farish Hakimi, pelik mendengar jawatan yang dipohon. Farisya sudah mula bosan.
"Dahlah saya tahu, saya tak dapat kerja tu, apa yang nak dipanjangkan lagi. Tak habis - habis semua orang suruh sya jadi kerani. Suka hati sayalah, saya nak jadi driver ke Bawak lori ke? Bawak traktor ke  suka hati sayalah. Yang penting saya tak kacau orang. Dahlah, sya nak balik," ujar Farisya terus berdiri. Farish Hakimi tersenyum melihat gelagat farisya itu yang namoak kasar tapi sensitif juga orangnya.
"Jadi, sebab tulah awak berpakaian macam ni?" tanya Farish Hakimi pula. Farisya yang sudah berdiri, duduk semula di kerusinya.
"Eh, saya memang pakai macam ni. Apa , ingat saya menyamar ke minta kerja? Tak mainlah menyamar-nyamar ini tapikan dulu..." Farisya berhenti seketika. Dia memandang ke arah pintu. Khuatir kalau ada sesipa yang masuk waktu itu.
Farish Hakimi yang mula menyandar pda kerusi sudah pun mendekatkan badanya pada meja untuk mendengar cerita Farisya bersngguh-sungguh tu. 
"Sebanarnya, maa kat kampung dulu, daya pernah mintak kerja driver tapi saya menyamar. Pakai misau, pakai jambang, dah dapat kerja tu tapi saya terbersin, habis misai tercabut. kantoilah!" Farish Hakimi sudah terbahak-bahak ketawa sebaik sahaja Farisya menghabiskan ceritanya. Farisya dengan muka seposen, pelik melihat Farish Hakimi ketawa macma orang dirasuk hantu zombie itu.
"Apa yang lucu sangat ni? Sayacerita jugak kat mak saya. Dia kata itulah balasan orang yang suka menipu. Sejak tu , saya taubat. Saya tak nak tipu lagi tapi bila saya jujur, orang tak nak pulak ambil saya kerja. Biasalakan, itulah namanya lumrah kehidupan."
Farish Hakimi dalam sisa ketawanya terus menekan punat interkom di atas mejanya.
"Lyn , masuk sekejap."
Tak sampai satu minit, setiausahanya yang seksi tu muncul dimuka pintu.
"Lyn, awak prepare surat tawaran untuk Cik Farisya sebagai driver saya." 



Sesuatu yang tidak terduga
"Mak, Risya minta maaf pasal rancangan tu."
"Rancangan apa? Mak tak faham," sampuk Mak Timah pantas. Dia sempat mengangkat keningnya pada menantunya memberi isyarat yang dia hanya hendak mengenakan anaknya saja.
"Pasal nak kahwin dengan Zack tulah tapi mak pun salah. Mak dah tahu yang pelan tu tak jadi, kenapa mak tak beritahu Risya perkara yang sebenar? Nasib baik Risya tak diserang sakit jantung petang tadi. Mana taknya, tiba-tiba pengatin lelakinya bertukar. Terkejut beruk dibuatnya!" Farish Hakimi sudah tersenyum mendengar kata-kata isterinya. Farisya yang perasan pada senyuman Farish Hakimi terus memandang suaminya dengan wajah yang masam.
"Pasal apa pulak senyum? selamba aje kenakan orang, lepas tu baut muka tak bersalah. Sama aje dengan mak. Susah sangat ke nak beritahu perkara yang sebenar sebelum majlis tadi?"
"Amboi, sedapnya mulut tu marahkan suami dia? Mak dengan Farish tak salah dalam hal ni. Sebelum nikah, Ustaz Mat dengan pak long kan masuk dalam bilik dapatkan tandatangan pengantin perempuan, kalau tak setuju kenapa Risya tandatangan?" Farisya bagaikan kehilangan kata-kata dia akui tiada siapa yang memaksa dia untuk menurunkan tandatangan itu. Dia begitu yakin dengan rancangannya hingga tidak langsung terfikir untuk meneliti terlebih dahulu borang nikah itu sebelum ditandatangani. Farisya sudah malas hendak memikirkan lagi perkara itu. semuanya sudah berlalu. Realitinya, dia kini menjadi isteri bosnya sendiri Farish Hakimi. Cerita bagaimana perkahwinan mereka boleh berlaku bukan lagi topik yang menarik hendak diperpanjangkan tetapi sekarang kisah hati dan perasaannya ini.

Saat - saat bahagia bersama
"Apa ni bang? kibas-kibas kat muka pulak. Abang ni nak bergurau tak kena tempatlah. Risya tak ada moodlah bang. Jomlah balik." Farish Hakimi terus meletakkan tiga keping kertas itu diatas paha Farisya sebaik sahaja dia melihat isterinya itu sudah memalingkan muka ke arah luar di bahagian tempat duduknya. Farisya yang merasakan ada sesuat yang diletakakn diatas pahanya terus berpusing untuk melihat. Farisya nampak tiga keping kertas diatas pehanya dengan wajah bosan dia mengambilnya juga. Namun wajahnya berubah. Tiba-tiba Farisya bagaikan tidak percaya yang suaminya sudah membeli tiket penerbangan ke United Kingdom.
"Biar betul bang? Abang saja nak kenakakn Risya kan?"
Farisya masih sukar untuk mempercayai apa yang dilihatnya. Senyuman sudah mekar dibibir suaminya, Farish Hakimi hanya mengangguk apabila Farisya  memandang wajahnya bagaikan mencari kepastian. Wajah Farisya sudah berubah ceria jika tidak memikirkan yang mereka berada di tempat letak kereta, mahu saja tubuh suaminya itu dipeluk seeratnya. Farisya tiba-tiba bagai teringatkan sesuatu.
"Tapi kenapa ada tiga keping tiket? Ni mesti abang nak bawa Farah atau Suraya kan?"
Farisya bagaikan hilang mood kerana menyangka suaminya akan membawa salah seorang dari mereka untuk menemani ke United Kingdom. Farish Hakimi menggeleng.
"Siap kata abang nak bawa diaorang? Nanti Risya call mak suruh dia kemas barang. Baju-baju sejuk nanti kita belikan untuk mak kat sini." Bulat mata Farisya memandang Farish Hakimi. Senyuman sudah mekar dibibirnya.
"Maksud abang, abang nak bawa mak sekali?"
Farish Hakimi mencuit dagu isterinya. Farisya sudah tidak perlu jawapan dari suaminya. Dia berasa sungguh gembira sekali. Tidak sabar rasanya hendak memberitahu emaknya mengenai berita gembira ini. Lengan suaminya suadah dipaut erat.
"Sayanglah tu," usik Farish Hakimi.
FArisya hanya tersengih mendengarnya.
"Alah, kalau abang tak bawa pergi UK pun Risya sayang jugak." Pantas menjawabnya sambil mengeratkan lagi pelukan di lengan suaminya. Minggu depan Farisya, Mak Timah serta suaminya akan bercuti di rumah keluarga suaminya di United Kingdom. Seronok Farisya sudah tidak terkata.

Bila fitnah ditabur, akal tak mampu berfikir secara waras
Zamilah terus melangkah keluar dari kereta. Mak yam juga sudah memaut tubuh Farisya yang menjadi lembik tiba-tiba itu. Pantas Zamilah mengambil kertas di tangan Farisya. Terlopong mulutnya membaca ayat yang terkandung di surat itu.

Dengan nama Allah, aku Farish Hakimi Bin Farid dengan
ini menceraikan Nur Farisya Iman Binti Rashid dengan 
talak satu. Besaksikan Farah Haleeda Binti Farid dan 
Suraya Binti Adnan.

Merembes-rembes air mata Zamilah membacanya terus tubuh sahabatnya itu dipeluk dengan eratnya.
"Sabar, Risy, sabar." Zamilah dapat merasakan tubuh Farisya yang separuh menggigil itu. Pasti terperanjat dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Perlahan - lahan Zamilah mendongak ke arah Zack Kapcai yang sudah berdiri disebelahnya.
"Zack, FArish dah ceraikan Risya. Kita dah terlewat Zack."
Zack Kapcai mengeleng-geleng beberapa kali. Mak Yam yang mendengarnya sudah terduduk sama disebelah Farisya. Tiba-tiba Zack Kapcai terus menarik tangan Farisya.
"Tidak! kau jangan mengalah Risya. Apa pun berlaku rumah tangga kau masih boleh diselamatkan. Yang penting, kita mesti sampai di KLIA sebelum mereka bertolak. Cepat Risya, cepat. Milah jom." Pantas Zamilah menarik tangan Farisya masuk ke dalam kereta kancil. Amran yang duduk dibahagian hadapan hanya menundukkan kepala. Inilah natijah di atas segala perbuatan khianatnya. Kesal sungguh dia tapi apalah jika nasi sudah menjadi bubur.


Mampukah kehadiran Cikgu Zul mengubati luka hatinya
Woi...sudah-sudahlah tu berangan. Tak lari gunung dikejar. Macam mana keadaan Cikgu Zul?" tanya Zamilah yang sudah duduk berhadapan dengan Farisya.
"Alhamdulillah. Milah aku akan berkahwin dengan Cikgu Zul bulan depan." Zamilah tidak begitu terperanjat mendengar berita itu. Lagipun selepas Farisya pergi bersama mama Cikgu Zulhelmi tadi dia sudah dapat menduga berita seperti ini. Zamilah tidak mahu memberi komen mengenai soal itu. Padanya hanya akan menyokong sahaja. Apa yang penting saat ini adalah kebahagiaan sahabatnya. Zamilah menepuk lembut tangan sahabatnya.
"Mak kau dah tahu?" Farisya mengangguk.
"Dah, Cikgu Zul sendiri yang telefon mak aku. Sekali gus dai minta izin untuk buat majlis pernikahan kami kat rumahnyanya. Yalah dalam keadaan dirinya yang tak sihat, susah sikit dengan nak jalan jauh. Mak aku okey aje. ku sempat ckap jugak dengan dia tadi. DIa kata , asalkan aku bahagia, dia ikot saja." Perlahan kedengaran suara Farisya. Zamilah memandang lama wajah sahabatnya.
"Kau macam tak happy aje? Kau jangan paksa diri sebab kesiankan Cikgu Zul. Aku tak nak kau korbankan kebahagiaaan kau demi untuk membahagiakan orang lain," tegas suara Zamilah menasihatkan sahabatnya. Farisya melepaskan nafasnya lega. Kemudian dia membetulakn ikatan rambutnya yang hampir terlerai.
"Bukan sebab tu aku tak happy. Milah tapi aku agak ralat kenapa tidak dari dulu lagi aku menerima Cikgu Zul dalam hidup aku. Sekurang-kurangnya, jika aku ditinggalkan suatu hari nanti, tidaklah sepedih yang terpaka aku lalui bila diceraikan oleh suami sabegini rupa. Aku terlewat untuk menyedari keikhlasan cinta Cikgu Zul pada aku milah. Kalau masa boleh....."
zamilah terus menyampuk tiba-tiba.



Kesal bila rahsia kini terbongkar. 
“Pandang aku Farah! Pandang aku!!!” Bergema jeritan Farish Hakimi. Tubuh Farah sudh menggigil akibat takut yang teramat sangat bila abangnya sudah naik angina.
“Apa dosa aku kat kau? Cakap! Apa dosa aku kat kau? Aku abang kau Farah, abang kau. Darah daging kau. Kita dikandung dari Rahim yang sama Farah.Kita beribu dan berayah dari orang yang sama Farah tapi kau lupa tu. Mana pergi kepala otak kau? Mana?” Terus kepala Farah ditunjal berkali – kali. Makin kuat esakan Farah.
“Hidup aku menderita Farah. Hidup aku musnah. Hidup aku hancur! Sebab manusia yang berperangai binatang macam kau. Setan kau Farah!!!!” Terus sebiji penampar singgah tepat dipipi kanan Farah. Terpusing Farah dibuanya. Dia Terus tersungkur ke lantai. Bibirnya pecah, darah mula keluar dicelah bibirnya. Tan Sri Farid sudah berlari mendapatkanFarish Hakimi yang ingin menarik tangan adiknya untuk bangun semula.
“Dah tu rish. Kalau kau pukul dia sampai mati sekalipun tetap takkan dapat merubah apa-apa Rish. Segalanya dah terjadi. Papa pun kesal dengan apa yang dah terjadi Rish. Kesal sungguh papa dengan perbuatan Farah dan Suraya yang tidak berperikemanusiaan tu,” ujar Tan Sri Farid cuba menenangkan anaknya lalu terus dipeluk anak lelaki tunggalnya yang sudah menangis terak-esak itu.
“Sabar nak, sabar. Ingat Allah banyak-banyak.” Lembut Tan Sri Farid memujuk anaknya sambil menepuk – nepuk bahunya.
“Farish..”
Farish Hakimi terus merenggangkan pelukan Tan Si Farid sebaik sahaja mendengar suara Mak Yam memanggilnya. Wajah Mak Yam juga kelihatan murung.
“Mak Yam tak berniat hendak masuk campur daam urusan keluarga Rish. Mak Yam minta maaf kalau kata-kata Mak Yam ni mungkin akan menggores hati sesiapa tapi Mak Yam tak sanggup nak simpan lagi. Mak Yam tak sanggup melihat penderitaan yang terpaksa dilalui oleh Risya gara-gara perbuatan jahat orang lain. Farah kau tahu tak perbuatan kau bukan saja menghancurkan rumah tangga abang kau tapi jugak telah membunuh satu nyawa yang sepatutnya menjadi penyeri dalam rumah ini. Penyabung zuriat abang kau.” Teresak-esak Mak Yam menjelaskan dengan suara yang tertahan-tahan. Farih Hakimi sudah meluru kearah Mak Yam.
“Apa yang Mak Yam cakap ni?”
Tubuh tua itu digoncang. Makin kuat esakan Mak Yam, lencun wajahnya oleh air mata.
“Rish, sebenarnya Risya mengandung. Dalam perjalanan balik da KLIA, dia tumpah darah. Tak sedarkan diri. Zack dan Milah yang bawak dia ke hospital dan doktor sahkan dia keguguran.” Farish Hakimi sudah melorot jatuh ke lantai. Kakinya menjadi lembik tiba-tiba.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Edisi Drama ( 13 Episod )
Cerita ini akan bermual disiarkan pada 15 /2/2013 jam 10.05 malam di RTM 1 setiap khamis dan jumaat.

Gandingan pelakon baru dan lama.


Episod 1
Farisya Amani memohon kerja sebagai Driver disebuah syarikat kawannya berkerja. Kerana kecewa tidak dipilih tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang lelaki yang bernama Farish Hakimi. Farish yang tidak perasan mengundang kemarahan pada Farisya.Disebabkan itu juga Farisya mendapat kerja yang diidamkan sebagai Driver. Hari pertama memulakan kerja farisya telah didenda kerana leka. Dia dihukum untuk membuat filing di bilik Farish. kerana keletihan Farisya tertidor di sofa. Alangkah terkejutnya dia kerana dimarahi oleh Farish lalu Farisya mengambil tindakan untuk berhenti kerja 24 jam.   
Jom tonton link ini :- Episod 1 CINTA KAU DAN AKU

Episod  2
Farisya nekad untuk pulang kekampung untuk membantu emaknya dikampung menjaga warung tapi Farisya dipujuk oleh Farish untuk berkerja kembali sebagai driver dan juga Farisya dikehendaki tinggal di banglo mewah milik Farish bagi memudahkan Farisya menjalankan kerjanya yang tidak tentu sama. Farisya diarahkan oleh mengambil Miciko kawan baik Farish dari Jepun. Miciko memberitahu Farish jika dia suka pada Farisya, Farish perlu berusaha keras untuk memenangi hati Farisya. Farisya mengikut Kemana saja Farish pergi hingga lah suatu hari Farish mengajak Farisya pergi ke luar daerah. Farisya terpaksa menunggu Farish bermesyuarat hingga Farisya terpaksa melewatkan makan tengaharinya. Oleh kerana itu Farisya diserang gastriknya yang melampau. Farish risau keadaan Farisya yang menahan kesakitan akibat terlewat makan. Ini semua kerana Farish leka dengan Mesyuaratnya tadi hingga terlupa pada Farisya.
Jom tonton link ini :- Episod 2 CINTA KAU DAN AKU

Episod 3
Farisya mendapat panggilan mengatakan mak masuk ke hospital. Mak Farisya terkena serangan jantung dan perlu dibedah. Kos pembedahan telah ditanggung oleh Farish. Kerana terasa terbutang budi mak Farisya menguruh Farisya berkahwin dengan Farish. Kerana ke engganan untuk berkahwin dengan Farish, Farisya mencari sahabat baiknya Zack untuk menggantikan tempat Farish. Farish tidak mahu mendesak malah membiarkan apa yang Farisya ingin lalukan. Tiba dihari pernikahan Farisya terkejut bila Farish yang datang bukan Zack untuk acara pembatalan air sembahyang.
Jom tonton link ini : Episod 3 CINTA KAU DAN AKU

Episod 4
Selepas majlis akad nikah Farisya mencari Zack untuk mendapatkan penjelasan kenapa Zack tak hadir diwaktu pernikahannya petang tadi. Dalam diam Milah mengikut Farisya menjejaki Zack. Zack menceritakan hal sebenar Farish yang bayang membantu dan membersihkan nama mak Farisya dikampung. Kononnya mak Farisya teringin nak kahwinkan Farisya dengan orang kaya. Farisya terkejut bila penjelasan dari Zack keluhuran hati Farish. Selepas beberapa hari majlis perkahwinan mereka ,Farisya mengikut Farish pergi mesyuarat di kedah. Farisya terasa Farish mementingkan dirinya sendiri dan membiarkan Farisya sendiri. 
Jom tonton link ini Episod 4 CINTA KAU DAN AKU

Episod 5
Setelah berkahwin Farisya tidak dibenarkan keluar oelah Farish. Farisya merasa bosan dan dia mengambil peluang untuk keluar berjumpa Milah kawan baiknya. Bila balik saja Farish sudah pulang dan memarahi Farisya kerana keluar tanpa kebenarannya. Farisya meluahkan yang terbuku hingga mencetuskan perang dingin. Farisya juga meminta kebenaran untuk sambung belajar. Farish dan Farisya terkejut bila keluarga Farish dari UK datang dan paling mengejutkan bila bekas tunang Farish , Suraya turut serta bersama keluarga Farish.  
Jom tonton link ini : -Episod 5 CINTA KAU DAN AKU

Episod 6
Jom tonton link ini : Episod 6 CINTA KAU DAN AKU 

Episod 7
Jom tonton link ini :- Episod 7 CINTA KAU DAN AKU 

Episod 8
Jom tonton link ini :- Episod 8 CINTA KAU DAN AKU

Episod 9
Jom tonton link ini :- Episod 9 CINTA KAU DAN AKU

Episod 10 
Jom tonton link ini - Episod 10 CINTA KAU DAN AKU

Episod 11 
Jom tonton link ini :- Episod 11 CINTA KAU DAN AKU

Episod 12
Jom tonton link ini :- Episod 12 CINTA KAU DAN AKU

Episod 13
Jom tonton link ini :- Episod 13 CINTA KAU DAN AKU

Kini drama dah melabuhkan tirainya. 13 episod sudah pun selesai.

Tuesday, 18 September 2012

SETAHUN AKU BERSAMA NOVEL

Assalamualaikum kepada semua yang pernah singgah ke blogs eizzara-eizzaty. 

Eizzara-eizzaty adalah nama anak-anak perempuan saya. Anak lelaki saya pernah tanya kenapa guna nama anak perempuan untuk blog saya? Saya menjawab kerana ini cerita novel  , luahan hati dan bercerita tentang perempuan . Adakalanya saya tertanya sendiri adakah itu jawapan yang releven..... sepanjang berjinak-jinak mengumpul dan membaca novel pilihan, kini saya mempunyai lebih empat puluh (40) naskah novel dalam pelukan. Tak sedar himpunan novel ini membolehkan saya membuat sebuah mini perpustakaan. Setiap Novel dijaga dengan baik. Dikesempatan itu juga saya ada membuat sedikit review untuk novel-novel terpilih. Setiap minggu sekurang-kurang satu novel bakal muncul sebagai review novel pilihan. Terima kasih yang sudi mengunjugi blogs saya ini.. Selain memiliki ada juga saya meminjam dari sahabat. Saya juga ingin berkongsi diantara novel - novel dalam simpanan saya dan buat masa ini saya belum terniat untuk menjualnya.

Koleksi dari Kaki Novel 




                                           


Koleksi dari Karya Seni
Terbitan karya seni antara terbitan kegemaran. Hampir kesemua terbitan setiap bulan saya ada, ada yang yang masih berbalut plastik pun ada kerana waktu tak mengizinkan untuk membacanya atau pun mood novel belum sampai.

                           

                           




Keluaran baru dari penulisan2u

Koleksi Alaf 21


               

Koleksi dari penulis Rehan Maktar
( Dicetak sendiri bukan dari mana-mana terbitan )



Koleksi dari penulis Siti Rosmizah

                




       
Koleksi Fajar 

          

Inilah koleksi kesayangan saya hingga hari ini berada dalam pelukan. Itu tak termasuk novel yang belum sampai ditangan. kesemua novel ini saya beli secara online.