Thursday, 25 October 2012

NOVEL PILIHAN MAMA

" Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Mungkin kita terlupa novel pertama Umie Nadzimah kerana kita leka dengan karyanya yang terbaru. Sentuhan pertama penulis dengan versi lelaki membuat saya terpanggil untuk memiliki baru- baru ini. Ini adalah novel kedua Versi lelaki yang pernah saya miliki. Novel yang agak simple hanya setebal 412 muka surat percubaan yang baik. Terbitan kakinovel keluaran April 2011 menjadi pilihan review saya kali ini. Ia mengisahkan Muhammad Aiman menjangkau usia hampir 30 tahun masih belum berumahtangga. Dia pening melayan kerenah mamanya yang sering kali menanyakan soal jodoh. Malah sabah hari mamanya cuba mencari calon untuknya. Bukan Aiman tidak berusaha untuk mencari calon isteri tetapi masih mencari calon yang sesuai. Membuat keputusan untuk menerima calon pilihan mama satu keputusan yang berat. Demi Mama Aiman akur dengan keputusannya menerima wanita yang tidak dikenali sebagai calon isteri. Dalam kesibukan kerja memaksa Aiman membataskan dirinya untuk berkenalan dengan bakal isterinya Aishah. walaupun telah didesak oleh mamanya. Setelah bergelar tunangan orang tiba-tiba hatinya terdetik apabila terlihat gadis bernama Adila. Hatinya berlagu riang hubungan mereka kian mesra. Aiman seolah telah berjumpa dengan cintanya disaat dia diambang perkahwinannya. Aiman memasang niat untuk memutuskan tali pertunangan bagi mementingkan cintanya tetapi dia tidak sanggup melihat mamanya bersedih atas tindakannya. Dihari bahagianya terjawab kerana gadis yang dicintai itu adalah gadis idamannya selama ini. Mereka mengharungi bahtera rumahtangga dengan penuh bahagia. mereka dikurniakan anak kembar Alif dan Alifah.Allah menduga rumahtangga mereka , Isterinya pergi untuk selamanya. Pemergian isteri yang tak dapat diterima hingga Aiman seperti hilang nyawa. Hidupnya kosong. Dalam melengkapi hidup Aiman sekali lagi mama mencari pengganti untuk Aiman. Walaupun diri Aiman tidak terlintas untuk mencari penganti Aishah. Kehadiran Doktor Mia Khatijah diri Aiman smengisi kehidupan Aiman dan anak-anak.

Sinopsis dari kakinovel  
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji  yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?

Petikan-petikan yang menarik dari novel
Pencarian demi pencarian
"Hei .. Man , mcam mana blind date kau last week? Menjadi...?"
"Sama jugalah Li, macam yang dulu-dulu... bukan teste ku. Buang masa dan tenaga aje. Aku rehat kat rumah, mengadap mama aku lagi bagus. Itu pun kalau dia tak berbunyi pasal bab menantu la..."
"Ha ha.. ini masuk yang ke berapa dah? Tak salah aku yang kesebelas atau kedua belas? Itu yang melalui chatting ... yan kita orang introduce tu tak salah aku dah berpuluh - puluh .. sejak dua tiga tahun ni. Sudah-sudahlah tu man, buat apa engkau mencari jauh-jauh.. didepan matakan ramai yang tergila-gilakan engkau. Di pejabat engkau tu aku dengar ... engaku sebut saja nama... berlari-lari dia orang datang . Memilih sangat!"
"Memilih ke ? Habis engkau nak ke aku kahwin dengan SSI Mimi yang sebatu bau minyak bau minyak wangi tu? Atau Ziela yang asyik minta orang belanja dia? Dah la bibir merah menyala... merengek-rengek bila waktu makan. Atau pun kau nak aku ambil siti yang dua puluh empat jam bergayut tu, mahu nanti aku kena makan tongkol telefon. Atau Dora yag tergedik-gedik tu? Heee.. tak mahu la aku. Bukan mama aku je yang tak berkenan, aku sendiri pun reject awal-awal."
"Ha ha ha... memang engkau mimilh! Nak perempuan sempurna macam mana pun aku tak tahu, la. Aku sendiri pun dah serik nak kenalkan saudara-mara aku. Kita tak jadi bersaudara pun tak apa. Aku tak terkilan pun.... Takut aku. Nanti, kalau ada hal dibelakang hari... aku jugak yang susah.. Engkau ni harap muka je handsome, poket penuh, tapi bab memikat perempuan hampeh! Tengok aku... sebaya engkau, tapi anak dah dua beb!"

Keadaan sekeliling terus mendesak
"Mama, kenapa ni? Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba nak bermenantu sangat? Man ni tengah runsing. Banyak sanagt masalah sekarang ni!"
"Mama tidak kira, Man kena ikut cakap mama juga. Siapa kata tak ada ribut dan taufan? Mama dah dengar semua yang berlaku di pejabat man. Dan apa yang berlaku pada Fazli. Knapa Man sendiri tidak cerita pada mama apa yang berlaku? Sebab Man takut mama runsing , kan? Sekarang ni mama kena buat keputusan. Jika nak harapkan Man, Makin buruk keadaan. Itulah... mama bagi peluang, tapi Man yang tak hargainya."
"Apa maksud mama?"
"Mama dah buat pilihan sendiri untuk Man. Mama dah lama berkenan engan gadis ni... tapi sebab ingin Man gembira degan pilihan sendir, jadi mama pendamkan hasrat nak bermenantukan dia. Dengan apa yang terjadi pada Man akhir-akhir ni, mama rasa biarlah mama yang menentukan bakal isteri Man. Tak payah Man mencari -cari lagi. Mama dah puas menunggu. Dah puas bimbang. Dah puas risau. Kata orang jaga anak perempuan susah, tapi mama rasa sama saja dengan anak lelaki."
"Mama? Serius?"
"Ya, serius! Muktamad ! Masa yang mama bagi dah cukup!"
"Yang nak berumah tangganya Man, mama. Mama tahu ke kehendak Man? Man tak dapat terimalah cara begini. Tak dapat mama. Lagipun, zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi, kekarang kita mesti kenal-kenal dahulu, baru fikir pasal kahwin!"
"Habis, sampai bila? Mama tunggu pilihan Man... tapi mana?"
Aku termangu-mangu seketika.
"Kenapa terdiam? Tak ada jawapan? Sebab tu la Man ikut saja cakap mama. Mama dah tak mahu runsing-runsing lagi degan cerita yang bukan-bukan. Nasib baik Chong yang kena hari tu.. kalau Man yang kena, macam mana? Man tak fikir apa perasaan mama jika yang berlaku pada Chong tu berlaku pada Man? Man tak fikirkah jika Man yang berada du tempat Rahman? MMama ni macam mana? Tinggal mama sorang-sorang macam tu saja? Perasaan mama ni macam mana? Kalau Mak cik Zai buat perkara yang bukan-bukan nanti... paksa Man kahwin juga dengan anaknya macam mana? Mama tak nak berbesan dengan dia. Banyak dosa mama nanti asyik mendengar orang mengumpat. Man segala-galanya bagi mama. Jika apa-apa berlaku pada Man, apa nassi mama? Pada siapa mama nak pergi? Man fikirlah! Mama dah jumpa orang yang sesuai untuk jadi menantu mama."

 Hatinya Gembira dia mengenali gadis bernama Adila namun dia terlupa tunangnya Aishah.
"Man Masuk bilik dululah ,ma. Mama jangan kerja keras sangat untuk majlis Man tu. Takut nanti stress sangat, jadi macam dulu tu.."
"ish .. mana ada mama stress dah sekarang ni. Janji Man tak mungkir janji dengan mama. Mama suka betul degan Aishah itu. Selalu dia call mama, tanya khabar. Boleh kata setiap dua hari sekali. Kerja dia sibuk juga... Man, tapi masih ada masa untuk mama. Terhibur juga ada bakal menantu macam tu. Man janagn tak jadi pula... ya?"
Ah.. mam seperti perasan pula apa yang da di dalam hati aku sekarang ini. Hati yang rela diserahkan kepada orang lain, bukan kepada tunang sendiri. Sebetulnya, jika tnpa keharidan Adila sekalipun, aku masih belum merelakan diri untuk majlis yang semakin hari semakin dekat ini. Apatah lagi degan kemunculannya yang semakin hari semakin akrab .
Hmmmm... daripada pening kepala ffikirkan semua hal ni lebih baik aku chatting dengan Adila.

Adila, you ada disana tak?
Mestilah ada.. baru saja balik rumah. Nampak you dengan budak lelaki petang tadi, anak you ke?
You ni, pandai mengusik. Bukankah you dah baca biodata I? I masih bujang lagi, mana datang anak, jika belum kahwin? Anak Fazli tadi.. ingat tak, yang kita jumpa di lobi hotel tempoh hari?
Oooo.. manalah I tahu. Takut juga I dah keluar degan bapa orang selama ni...
Kalau bapa orang dan suami orang .. you tak nak keluar ke ?
Minta dijauhkan... tidak terdetik dihati pun.
Jika tunang orang , macam mana?
Terpulang pada dialah... Bertunang, bukankah sudah berjanji? 

Saat debar dan gembira buat dirinya
Atur cara membatalkan air sembahyang diadakan di rumah Aishah yang tidak jauh dari masjid. Inikan rumah Adila? Aku cam sangat! Aku pernah menghantarnya suatu masa dulu. Hati aku bergetar semula. Penuh resah! Mama menemani aku ke bilik Aishah yang dipandu arah oleh abangnya yang majadi wali sebentar tadi. Aishah telah brsimpuh, sopan menanti kedatangan aku. Di sebelahnya, aku tahu itu adalah Mak cik Ros, ibunya.
 Mama munghulurkan cincin untuk disarungkan ke jari manis Aishah. Aku mengambil dan degan berhati- hati, aku mula memegang jarinya, menyarung cincin bertatahkan sebiji berlian. Sangat padan, cantik dan indah di jari putih dan runcing ini. Aishah lalu mencium kedua-dua tanganku, tanda bermulanya taat setia sebagai seorang isteri. Sungguh indah aku rasa pada ketika ini. Memilki eorang gadis dengan sebuah ikatan yang sungguh suci. Kedua-dua hati diikat kejapdegan ikata tanpa tali. Sungguh unik! Dan saat aku mencium dahi Aishah, baru aku sedar, di adalah gadis yang aku dambakan selama ini. Adil... Aishah .. Adila Aishah, adalah orang yang sama!
Sungguh aku terkesima. Ya Tuhan! sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala-galanya. engkau kurniakan apa yang aku dambakan! Walaupun hati selalu memberontak dengan pilihan ini. Namun petunjuk yang Engkau berikan dahulu adalah sesuatu yang benar-benar brmakna. Aku, insan yang lemahini sahaja yang tidak pandai menilai. Lalu alpa menyeka diri dan perasaan sendiri. Aku berdosa kerana meragui keputusan itu... berapa lemahnya aku sisimu..

Bila kebahagiaan mereka ditarik, perpisahan tanpa rela... mampukan Aiman hidup tanpa Aishah.
Tidak mampu untuk aku berpisah degannya. Sungguh. Jangan minta kebenaran ini dari aku. Aku sekali - kali tidak mengizinkan dia pergi jauh dari aku dan anak-anak. Tidak, tidak! aku menggelengkan kepala berkali-ali, supaya abang long faham, aku tidak sekali-kali ingin berpisah degan Aishah.
"Man, umi mohon sangat- sangat. Lepaskanlha Aishah pergi. Itulah yang berbaik untuk dia buat masa ini. Kita telah berusaha, tetpi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya. Umi minta sangat Aiman sama- sama merelakan.... Birkan dia pergi degan tenang."
"Betul kata umi tu, Man. Mam pun mohon pada Man. Biarkanlah Aishah pergi dahulu. Dia akan lebih terseksa dalam keadaan begini. Kita tak boleh pentingkan diri... nak. Reda...ya?"
Tiada jawapan untuk permintaan dua wanita berjiwa tabah ini. Lidah aku kelu. Leher tegang. Tidak mampu membawa kepalasama ada untuk menggeleng atau  pun mengangguk. Cuma air mata sahaja yang teramt murah untuk mencurah keluar. Abang long memeluk aku erat sambil tangannya menepuk - nepuk belakang aku lembut. Kemudian tubuh aku beralih pul ke dalam pelukan Dato' Seri Khalid. dia juga memperlakukan perkara yang sama seperti abang long. Kedengaran suara abang long masih memujuk, meminta kebenaran lagi... 
"Man, boleh... kita relakan Aishah pergi? Itu yang terbaik untuk dia. Percayalah...."
Dia dalam dakapan seorang lelaki yang sepatutnya aku panggil abah... aku mengangguk lemah, mempersetujui permintaan semua orang walau terlalu pahit untuk aku berbuat demikian. Dan selepas itu, aku tidak sedar apa-apa lagi.... 

Friday, 19 October 2012

NOVEL RINDU DALAM SEPI


Menjauh bukan keputusan terbaik untuk hubungan kita. api apabila kau merinduku dalam sepi, Kau akan megerti peraaanku terhadapmu selama ini

Rindu Dalam Sepi satu suntikan penulis muda Siti Khadijah dilahirkan pada 25 Jun 1991. Novel yang baru dimiliki ini sudah dalam cetakan kedua walaupun baru diterbitkan pada bulan September 2012. Komen saya tentang novel ini memang best. Ada keunitkan tersendiri pada ceritanya. Itu pendapat saya , mungkin juga pada pencinta novel ada pendapat yang lain . Novel yang setebal 553 muka surat memang terhibur. Menggunakan ayat-ayat mudah cerita lebih menarik dan mudah difahami. 

cerita mengisahkan Ainur Mardiyah bertugas sebagai setiausaha kepada Datuk Zainal. kerana kecekapannya berkerja dia ditukar menjadi setiausaha anaknya Ammar Mukhriz. Ammar seorang lelaki yang mempunyai segala kemewahan kecuali cinta. Walau pun menjalinkan hubungan bersama Lydia tetapi Ammar sukar untuk melafazkan kata cinta pada pasangannya. Diya yang dianggap perempuan kampung menjadi isteri pada Ammar dalam satu kejadian yang tidak disangka. Ammar menjadi lebih benci pada Diya. Dan Ammar mengganggap Diya juga puncanya dia terpaksa menikahi Diya. Kerana selalu disakiti Diya nekad memberi satu tempuh untuk bersama Ammar dan selepas tu mereka akan bercerai dan membuat haluan masing-masing. Ammar mensyaratkan pernikahan mereka juga di sembunyikan dari pengetahuan  umum.  Tanpa diduga kesuciannya hampir diragut oleh lelaki yang bernafsukan binatang seperti Datuk Hisyam rakan kongsi Datuk Zainal. Ini kerana Diya tidak melayan kerenah Datuk Hisyam. Dalam keegoan Ammar membenci Diya, terdetik satu perasaan yang sukar difahami. Kehadiran Raqeem seperti satu saingan pada Ammar. Perasaan cemburu meluap - luap membuatkan Ammar menyakiti perasaan Diya tanpa sedar. Perasan cinta mula bersemai antara Ammar dan Diya , Lydia menagih kasih pada Ammar. Kerana terlalu kecewa Diya menghilangkan diri dan membuatkan Ammar sakit kerinduan. Kerinduan memakan diri membuatkan Ammar tidak putus asa mencari dan mengesan dimana isterinya bersembunyi. 

Sinopsis Dari Kulit Novel
Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”  
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.” 
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
“Kalimah apa?”
“I love you, my love.”
Petikan - petikan menarik dalam Novel 
Diawal pertemuan
"Saya nk tahu apa keisimewaan awak sampai Datuk Zainal memilih awak untuk menjadi setiausaha saya," Soal Ammar, sengaja menguji. Mata hazlnya difokuskan pada laman wajah Marduyah.
"Bagi pihak Datuk Zainal saya tidak tahu apa keistimewaan saya. CCuma yang saya rasa, saya seorang yang komited degan kerja saya. IInsya-allah saya akan setia bila berkerja," ujar Mardiyah sambiltersenyum menampakkan lesung pipit disebalah kanan pipinya. Ammar hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar daripada bibir mungil itu. Ternyata gadis yang tampak lembut itu rupa-rupanya pintar juga dalam berkata-kata.
"Okey, saya harap awak akan kotakan apa yang awak cakap. Jangan setakat cakap kosong. Saya nak awak tahu yang saya tak suka pekerja yang malas, lambat dan saya paling tak suka perkerja yang datang lewat ke pejabat. Menadangkan awak dah ada pengalaman, saya tak nak awak cuai bila jadi setiausaha saya kerana saya bukan seperti bos awak yang dulu. Saya hrap awak faham." ujar Ammar panjang lebar.


kehadirannya tidak disenangi

"Sayang, you tengoklah apa yang perempuan ini dah buat kat I. Dia dah tumpahkan aiskrim pada baju I," rengek Lydia pada Ammar yang turut memandang pada kotoran yang melekat pada baju Lydia.

"Miss, I think you should..." Ayat Ammar tidak bersambung apabila dia terpandangkan wajah gadis yang dikatakan oleh Lydia sebentar tadi dan ternyata gadis itu juga terkejut memandang kearahnya.
"Diya, what are you doing here ?" tanya Ammar separuh terkejut.
"Honey, you kenal perempuan ni?" pintas Lydia sebelum sempat Mardiah menjawab.
"Yes, She's my secertary."
"Encik Ammar, saya minta maaf, Saya betul-betul tak sengaja tertumpahkan aiskrim atas baju cik ni. Tadi saya nak elakkakn dari terlanggar budak tu, jadi secara tak sengaja aiskri itu tumpah," Jelas Mardiayah dengan riak muka yang serba salah. Dia meman tidak sengaja, tetapi perempuan dikena sebagai Lydia itu sengaja ingin memperbesarkan masalah.
"Awak tak buat salah pada saya tapi pada girlfriend saya.And I think you should apologize on her not me," jawab Ammar sedikit angkuh. Kalau diikutkn hati dia memang tidak mahu masuk campurdalam urusan remeh - temeh seperti itu. Tetapi memandangkan perkkara itu telah mengundang kemarahan kekasih hatinya. Maka dia secara tidak langsung terpaksa masuk campur.
"Tapi encik, saya dah..."
"Diya , I'm your boss and I said now!" Ammar menekankan perkataan now itu agar Mardiyah faham akan maksudnya. Mardiyah memandang ke kiri dan kanan. Ramai mata sedang memandang ke arah mereka bertiga. Hati Mardiyah mendongkol marah pada dua makhluk yang mahu memalukannya. Tak guan punya boss, ikut sangat cakap girlfriend dia yang demand lebih ni. Aku dah minta maaf tadi tak cukup lagi ke? rungut Mardiyah dalam hati.

Tetapi sesuatu tak diduga berlaku

"Assalamualaikum.." kedengaran suara lelaki memberi salam diluar bilik Ammar. Dengan jantung yang berdegup kencang. Ammar lantas membuka pintu dan saat pintu itu terkuak, kelihatan lima orang lelaki berkopiah putih berdiri dihadapan Ammar yang sedang berdiri kaku. Mindanya tidak dapat mentafsir apa yang sedang berlaku.
"Walaikumussalam. Ada apa encik?" tanya Ammar gugup. Berpeluh dahinya menahan rasa gementar. Sedangkan Mardiyah hanya diam kaku dibelakang Ammar.

"Maaf encik karana mengganggu. Kami dari JAIP ingn membuat pemeriksaan dalam bilik ini. Boleh kami masuk?" tanya pengawai agama yang bernama Ustaz khairi itu selepas menunjukan kad kuasa yang berada ditangannya. Ammar raa serba salah. Didalam biliknya sekarnag memang ada seorang gadis yang bukan muhrimnya. itu boleh menimbulkan syak kepada pegawai agama itu. Ammar buntu.
"Saya raa encik tak perlulah buat pemeriksaan sebab tiada apa yang mencurigakan pu disini." jelas Ammar, cuba membuat alasan. Sebenarnya dia risau jika tertangkap. Habslah, hancur hidupnya. Ustaz Jhairi tersenyum. Dia mula mengesyaki sesuatu kerana daripada  butir bicara anak muda ini jelas sangat dia cuba melindungi sesuatu.
"Dah nama pun pemeriksaan dah jadi tugas kami untuk membuat pemeriksaan . Smua bilik kami dah check dan sekarang giliran bilk encik pula. Sila beri kerjasama dengan kami atau encik ada sembunyikan sesuatu?" Ustaz Khairi menduga. Ammar tetap berkeras dengan tidak membenarkan mereka masuk ke dalam biliknya. Tidak dapat tidak, Ustaz Khairi terpaksa merempuh Ammar yang menghalang di muka pintul Dia terpaksa melakukan semua itu bagi menyelamatkan keadaan, tapi ternyata keaddan menjadi lebih buruk bila Ustaz Khairi melihat Mardiyah sedang berdiri dibelakan Ammar.
"Siapa perempuan ini? Isteri kamukah?" tanya ustaz Khairi sinis.
Ammar terperangkap . Dia menjatuhkan muka akibat malu.
"Saya tanya, perempuan ini isteri kamu atau bukan?" Ustaz Khairi mengulangi pertanyaan buat kali kedua, tapi kali ini kedengaran lebih serius.
Lambat - lambat Ammar mengelengkan kepalanya. Dia tidak tahu dimana lagi hendak diletakkan mukanya. Malu hanya Allah yang tahu.
"Bukan encik. Dia setiausaha saya." jawab Ammar lemah.

 Selepas kejadian itu hidupnya selalu disakiti
"Tak , saya takkan paksa untuk encik terima saya. Sebab saya bukannya pengemis cinta orang. Saya pernah rasa sakit disebabkan cinta, jadi saya takkan paksa encik untuk terima pernikahan ini. Sya reda dengan apa yang terjadi dan saya dah tahu apa penghujung pernikahan kita ini. Cuma saya nak tahu, kenapa encik begitu membenci saya?"
Ammar tersenyum sinis. Dia berpaling pad Mardiyah yang hanya berdiri ditepinya. Gadis itu kelihatan ayu degan baju kurung berwarna coklat tersarung ditubuh genitnya.
"Aku rasa kau ada jawapan untuk itu. Tak payah tanya aku, kau tany diri kau," jawab Ammar cukup sinis.
"Tapi saya betul - betul tak tahu, encik. Kalau saya salah , saya minta maaf. Tak boleh ke encik terima saya sebagai seorang kawan?"
"Kawan? Kau layak ke nak kawan dengan aku ? Apa taraf kau , perempuan kampung!" tengking Ammar.Terkedu Mardiyah dibuatnya. Lelaki itu tidak berubah malah tidak akan pernah berubah. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kali ini, dia sudah nekad. Kalau Ammar tidak mahu berbaik dengannya. dia takkan memaksa, malah dia tidak akan merayu. Dia datang dekat degan Ammar ini pun semata - mata ingin memenuhi permintaan Datin Zarina. supaya memujuk Ammar. Tetapi jika itu keputusan Ammar dia tidak akan merayu lagi.
" Baikla. Saya dah dapat jawapan daripada encik. So , lega hati saya . Sekurang-kurangnya saya tak terkilan bila kita berpisah nanti. Sya cuba nak buat baik tapi encik menolak , apa daya saya untuk memujuk," ucap Mardiyah tanpa rasa bersalah.
Ammar tercengang. Dia fikir Mardiyah akan merayu kepadanya, tetpi ternyata tersilap. Gadis itu nampaknya gembira. Ammar jadi bengang.

Jauh disudut Hatinya mula terusik bila hubungan mereka diduga
"Semuanya akan pulih, Diya . Aku akan jaga kau , tak perlu kau takut lagi. Aku ada untuk kau," bisik Ammar ditelinga  Mardiyah yng ditutupi dengan kain tudung.
"Takkan selamanya awak mahu menjaga saya. Saya bukan perempaun yang baik untuk awak. Apa yang sering awak cakap pada saya sudah pun terjadi. Saya perempuan kotor, tak ada siapa yang mahukan saya lagi. Lebih baik saya mati saja," ucap Mardiyah bersama tangisan yang panjang.
"Astaghfirullah-al-azim, Istighfar, Diya, kau masih suci. Tak ada apa - apa yang berlaku pada kau. Kau selamat," tutur Ammar lagi. Dia mengeratkan lagi pelikan terhadap isterinya. 
Mardiyah menggeleng.
"Awak tipu. Awak cuma nak mbil hati saya ,kan? saya tahu awak jijik tengok saya, kan?" ujar Mardiyah sambil menolak tubuh Ammar. Ammar mengeleng laju. dia tidak pernah merasa begitu terhadap Mardiyah sebaliknya dia berasa kesal kerana pernah menghina maruah gadis itu. Ammar kembali meraih Mardiyah dalam pelukan. Dia mahu gadis itu berasa selamat dan ternyata Mardiyah tidak menolak bila Ammar kembali memeluknya. Mardiyah dapat merasakan ketenangan menyapa hatinya.

 Saat mereka ingin melakarkan cinta, tempoh perjanjian mereka tamat dan kekasih Ammar managih janji
"Look Lydia. Memang dulu I nak sangat kahwin dengan you tapi you bagi beribu alasan. Kanapa sekarang you oulak excited nak kahwin degan I ni? I tak faham dengan you. You tahu tak kesan atas semua benda yang you buat ni? Orang akan ingat yang I betul-betul nak kahwin degan you. Semalam repoter tak habis-habis kacau I kat pejabat. Kejar I sampai ke apartmen. You ingat I suka ke semua itu? I rimas you tahu tak. Rimas! " marah Ammar lagi.
Dia mengdegus marah lantas Ammar munuju ke balkoni untuk mengambil angin. Mudah-mudahan dengan cara itu api kemarahannya akan reda sedikit.
"Baguslah kalau orang ramai tahu yang kita nak bertunang. Sekurang-kurangnya tak ada perempuan yang boleh rampas you daripada I termasuk secretary kampung you tu," jawab Lydia.
"Lydia! Perkara ini tak ada kena-mengena dengan Diya. You jangan nak masukkan nama dia dalam hal ini," marah Ammar lagi. Dia tidak suka Lydia mengata Mardiyah. Walaupun hatinya masih sakit dengan Mardiyah, namun itu tidak bermakna dia suka apabila ada orang mengutuk isterinya itu.
"Okey, okey. I minta maaf. I tahu you benci dia. Tapi percayalah, I buat semua ini hanya untuk selamatkan hubungan kita. I love you so much honey. I hanya mahukan you dalam hidup I," ucap Lydia memujuk. Dia memeluk pinggang Ammar daripada belakang. Ammar lantas berpaling untuk menolak tangan wanita itu tapi pada masa yang sama dia terpandang satu susuk tubuh sedang berdiri tegak dihadapannya. Ammar terkesima.
"Diya!" Bibirnya menyebut nama itu.
Lydia berpaling dan tersenyum sinis.
Mardiyah terunduk. Dia cuba mengawal rasa sakit hatinya yang menyerang secara tiba-tiba. Sudah puas dia memujuk hatinya supaya melupakan lelaki itu, tetapi hati kecilnya enggan untuk berbuat demikian. Akhirnya dengan langkah yang berat, dia datang ke apartmen Ammar semata - mata untuk menyerahkan surat perletakan jawatannya selepas berfikir semasak-masaknya. Tempoh tiga bulan akan tamat tepat pukul 12 malam ini dan dia akan pergi meninggalkan Ammar buat selama - lamanya.

Monday, 15 October 2012

SEPETANG BERSAMA DLIA JANE COLLECTION


Pencarian Model Dlia Jane telah masuk tahun kedua . Saya telah menerima undangan dari pemilik Dlia Jane Colection bagi memeriahkan majlis itu . Tanggal 14hb Oktober 2012 di Flora Kafe Ampwork , Ampang telah berlakunya secara rasmi Pemilihan Model Dlia Jane Collection 2012/13 peringkat akhir. Suasana meriah dengan bunga-bunga membuatkan seperti dalam taman. Tetamu yang hadir dikalangan teman - teman dan kenalan Dlia Jane collection. Di sini juga saya nak berterima kasih pada Sha sudi "make over" kan muka ni , cantik ... akak suka . heheheh macam tak percaya je ... 




ATURCARA MAJLIS :-
2.00pm - 2.30 pm - Kedatangan Tetamu 
2.30pm - Majlis bermula - ucapan alu aluan dari MC dan bacaan doa .
2.40pm - Ucapan Dari Owner Dlia Jane Collection - Puan Norbadanita
2.45pm - Ucapan Dari Ketua Juri Pn.Naza Dari owner Sentuhan Derina
2.50pm - ucapan dari perunding Certified Image Consultant,CIC (Fashion Style Expert) & 
Director at GetGorgeous™
2.55pm - Majlis Perkenalkan barisan Peserta "Finalist Pencarian Model DJC" - semasa ini
 para peserta akan membuat CAT WALK seorang demi seorang .
3.30pm - Tetamu dijemput unt menjamu selera dengan hidangan makanan yang disediakan .
4.00pm - Seisi temuduga peserta - soalan isu semasa akan ditanya 
5.00pm - Persembahan CAT WALK dari Pemenang Pencarian Model seisi 2011/2012 - 5 orang.
5.30pm - Pemenag Pencarian Model diumunkan 
5.45pm - seisi Mengambil Gambar Bersama peserta .

Sedikit sorotan keadaan dan kenangan di Pencarian Model Dlia Jane Collection 2012/13.  

Gambaran di luar legar
Cendera hati untuk tetamu yang hadir
Juri  dan dan Kak Nor ( Pemilik Dlia Jane Collection )
Orang kuat - Sha
Kak nor & Anie 
Saya Dan Kak Nor
Saya dan Pemilik Butik Dlia Jane Junior
Inilah Saya setelah di "Make Over" oleh Sha
 
Kenangan bersama pemenang Model 2011/12 Dyna

Tiga sekawan memeriahkan majlis ....
Bab makan memang tak boleh dipisahkan 

Menumpang tuah orang 

Inilah rupa jika diberi peluang bergaya
Pemenang pencarian Model 2012/13
Pemenang , juri dan pemilik Butik
Pemenang 2011/12 dan pemenang 2012/13 bersama Bonda kesayangan  Pemilik Butik
Juri dan pemenang utama
Kenangan bersama juru make-up , juri , pemenang dan pemilik butik 
Tahniah untuk  DLIA JANE COLLECTION telah bertambahan 3 orang lagi ahli keluarga baru iaitu Zaete Zainuddin , Shireen Glow dan Esm Aimi Syahirah. Semoga DLIA JANE COLLECTION akan lebih barjaya di masa - masa akan datang . Jumpa lagi tahun depan dengan Pencarian Model 2013/14 untuk tahun ke tiga. Insyaallah....

Saturday, 6 October 2012

NOVEL KALAU MEMANG HARUS BEGITU


Tak mungkin musim cinta ini berlalu, seandainya hatimu seperti hatiku....

Wow... hebat itulah yang mampu saya katakan . Dalam masa 2 tahun dah lahir 3 buah novel hasil sentuhannya. Aku bukan Mistres novel pertama pada 2011 diiukuti Maaf jika aku tak sempurna April 2012 dan kini Kalau memang harus begitu. Sejak itu nama Acik Lana mula disebut-sebut oleh penggemar novel. Saya mula mengikuti perkembangan Acik lana pada awal tahun 2012. Membaca dilaman blogs pada awalnya membuat saya terpanggil untuk memiliki novel ketiga Acik Lana. Kali ini novel setebal 1031 muka surat novel cukup mencabar dan menghiburkan. Bermula dihelaian pertama mata saya tak lepas dari satu ayat pun tertinggal dari pembacaan saya. Ayat - ayat mudah untuk difahami hingga kita leka untuk ingin tahu cerita seterusnya. Kita memang sedia tahu karyanya yang belum pernah mengecewakan peminatnya. Bercerita tentang novel ini kita lihat pada cover cawan dan teko memang unik. Ini kerana ia menceritakan kisahnya. Adara seorang gadis kehilangan  ibu dan ayah menumpang kasih bersama atuk dan neneknya. Sebagai anak sulung Adara ingin meringankan beban atuk dan neneknya berkerja untuk menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah. Ingin mengubah kehidupan yang lebih baik mencari kerja di Kuala lumpur satu impian. Dengan kelulusan SPM Adara menerima tawaran kerja sebagai tea lady di syarikat sahabatnya berkerja ,Husna . Disinilah bermula kisah pertemuan Adara dan Zidan Adiputra.  Tuan Putra di usia yang muda anak tunggal Dato Hamdi seorang yang tegas dan cerewet dalam kerjanya. Kehadiran Adara memang tidak disenangi oleh Tuan Putra. Herdikan dan cacian dari mulut Tuan Putra tak menjadi kudis buat Adara. tapi semua itu cuma seketika, keadaan berubah bila Riyad sepupu Tuan Putra "Make over" Adara menjadi gadis moden. Perasaan mengusik jiwa berlaku bila melihat Adara yang baru. Sikap yang tegas dengan prinsip hidupnya bertukar menjadi seorang yang romantik dan penyayang. Tuan Putra sanggup meninggalkan Eifa yang seksi dan lebih bergaya semata-mata kerana Adara. Walaupun Tuan Putra banyak melabur untuk memikat Eifa dulu. Jawatan yang disandang sebagai Tea lady bertukar menjadi setiausaha peribadi Tuan Putra bagi membolehkan Adara sentiasa disisinya. Riyad yang rapat dengan Adara mengundang rasa cemburu pada Tuan Putra. Dengan tindakan luar kawalannya dia bertindak untuk memiliki Adara. Dia nekad untuk melamar Adara menjadi Isterinya. Sikap Tuan Putra yang pandai mengambil hati atuk , nenek dan adik-adik Adara Tuan putra menjadi serasi dan cepat mesra. Riyad tidak berpuas hati pada Tuan Putra kerana sanggup merampas Adara darinya. Sedangkan dulu Tuan Putra menganggap Adara perempuan kampung yang kolot. Riyad yang sememangnya ada hati pada Adara sentiasa mengambil berat pada Adara tetapi tidak disenangi oleh Tuan Putra. Dalam meniti kebahagiaan Adara diuji. Atuknya sakit memerlukan penderma buah pinggang yang baru untuk pulih. Jika tiada penderma Adara sanggup mendermakan buah pinggangnya tetapi Tuan putra tidak bersetuju kerana Adara terpaksa menggugurkan kandungannya jika mahu mendermakan buah pinggang pada atuknya. Malang tidak berbau Adara keguguran . Tuan putra tak dapat terima kenyataan dan menganggap Adara sengaja membuang anak dalam kandungan itu. Adara tersisih seakan telah dibuang dari hidup Tuan Putra. Yang pasti cinta Adara hanya untuk Zidan Adiputra.    


Sedikit coretan dari Acik Lana pada peminatnya.

Sinopsis dari kulit Novel
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?




Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....


Sedikit petikan-petikan menarik dari Novel 

Di satu kejadian
"What in the world are you doing???"
Tempikan yang kuat itu membuta Adara rasa macam nyawanya sudah terbang melayang. Muka dan seluruh badannya tersa kebas dek yang bingit menelan pekikan lantang itu. Dalam terketar-ketar, Adara mengangkat muka. Nafas yang tersekat-sekat menambahkab pakej tidak selesanya pada saat ini. Dia nampak jelas lelaki muda itu sedang mencerlung tajam ke arahnya. Macam hendak makan dia hidup - hidup pun ada, sangat kanibal rupa lelaki itu!
Adara telan liur apatah lagi melihat lelaki itu sudah bangun berdiri dihadapannya. Dan ketika itulah pandangan matanya dapat menangkap kesan teh tarik yang tersimbah di kot dan kemeja lelaki itu. Alamak, patutlah dia marah sangat. Rupa-rupanya dah termandi teh tarik! Alahai... 
"Sorry  encik.. sorry.." Terketar-ketar Adara meminta maaf. Tanpa isyarat, spontan tangannya mengelap baju lelaki itu dengan kain ditangannya. Dia benar- benar takut, rasa hendak berlari keluar dan berhenti kerja terus. Apalah malang sangat nasib aku ni!
"Staop it! Bodoh ! Kian kotor macam ni kau lap baju aku? kau ingat baju aku ni harga dua puluh ringgit ke apa?" tengking lelaki itu kuat sambil menepis tangan Adara. Tuala di tangan Adara jatuh melayang ke lantai. Adara hanya tunduk, tidak berani langsung mahu mengangkat mukanya.
"Wati , ini permpuan bodoh mana you bawak suruh assist you ni?" Lelaki itu mengalih pandang ke arah Wati yang kelihatan serba salah. Adara mengetap bibir. Sedaya upaya menahan air matanya daripada gugur kerana ketakutan. Tidak pernah dia diherdik macam ini sekali, di hadapan orang ramai pula tu! Sempat juga dia menjeling mata-mata yang memandangnya. Ada yang tunjuk muka simpati dan ada juga yang tersenyum mengejek. Ah, makin tidak tenteram jiwanya. Eh, jap-jap! Dia kata aku perempuan bodoh? Kenapa berlagak sangat mangkuk ni? Berlagak mengalahkan Tuan Putra, macam bagus aje! Kutuk hati Adara sesedap rasa.
"Errr.. dia baru masuk kerja hari ni, tuan..." balas Wati dengan nada sedikit gementar.

Tapi ada mata yang simpati 

"Ermmmm Adara, awak tahu tak kenapa Putra selalu marah-marah awak?" Riyad mengalih topik perbualan sebab dia tidak mahu Adara bersedih dengan perbincangan isu keluarganya. Adara terkebil-kebil denan soalan itu. " Entah, saya pun tak tahu. Kanapa?"

" Sebab sepupu saya tu sangat cerewet orangnya. Dia tak suka tengok benda-benda yang ketinggalan zaman ni." ujar Riyad degan ayat berlapik.

"Maksudnya saya ni barang yang ketinggalan zaman, macam tu?" Adara menjeling Riyad. Mesti dia orang berdua ni selalu mengumpat aku kat belakang ni! selamba aje kata orang ketinggalan zaman.

"Bukan macam tu... cuma gaya awak tu tak sesuai di mata dia. Dia tak suka tengok staff dia berpakaian tak kemas atau tak sesuai ke pejabat," balas Riyad sambil memandang wajah Adara yang masam mencuka disisinya. Bibir mengukir senyuman nipis. Comel gadis itu bila manayang muka tidak paus hati.

"Tak sesuai? Saya pakai baju kurung tu tak sesuai ke?"" Adara mencebik. Mula rasa panas hati  ni kena kompelin mcam tu. Suka hati dia la nak pakai apa, Kerja bancuh air aje kut!



Tiba-tiba Tuan Putra berubah menimbulkan rasa sangsi pada Riyad
"Kau ke mana tadi?" balas Riyad dengan soalan juga. Nadanya jelas kedengaran kurang senang. Putra tersenyum nipis. Dia sudah menjankakan semua ini. Riyad tentu pelik kerana selama ini dia tak pernah keluar dengan staf sendiri. Dan di yakin Riyad risaukan Adara kerana hubungan mereka berdua boleh diktakan rapat.
"Takde pergi mana. Aku belanja staff aku makan, macam kau buat dulu.." jawab Putra sambil membelek fail di hadapannya. Dia bukan bodoh, dia tahu ada nada cemburu dalam kata-kata Riyad tadi. Dia yakin benar yang kini Riyad kembali memandangnya sebagai seorang pesaing.
"Seorang aje ke staff kau kat sini?" tanya Riyad degan senyuman sinis.
"Yang lain kena tunggu turn la kut," balas Putra selamba. langsung tidak memandang Riyad. 
"Apasal kau tanya ni?"
""Saja nak tahu. Aku cuma pelik tengok tiba-tiba kau nak makan dengan Adara. Selalunya kau asyik nak memekik aje dekat dia, apa hal hari ni baik sangat?"
"Entah, aku rasa aku dah baik sikit kut."
Riyad mengeluh perlahan. Lama matanya merenung wajah Putra yang tenang. Sungguh, hatinya pula tidak senang dengan apa yang sudah berlaku.
"Come on man, dia budak baik. Aku tak nak kau buat yang bukan-bukan dengan dia. She's not that type okey?"  Riyad mula berterus terang rasa gelisah di dalam hatinya. Putra mengalihkan pandangan kearah Riyad, tajam matanya merenung. Reaksi gelisah Riyad menjelaskan segalanya, Riyad mamang sudah sukakan Adara.
"Kau akap apa ni? Kau nampak aku ada niat tak baik ke kat dia?" soalnya serius.
"I don't know but knowing you..." Riyad mengetap bibir, tidak jadi meneruskan kata.
Forget it. Tapi apa-apa pun aku tak nak Adara kewera sebab kau. Jangan mainkan hati dan perasaan dia. Putra..." pinta Riyad serba salah. ukan dia tidak tahu sifat palyboy Putra, dia pun bersifat yang sama. Cuma dia tidak boleh membayangkan kalau Adara yang menjadi mangsa. Gadis itu terlalu naif, terlalu lurus dan suci, memang tidak sanggup dia hendak melihat Adara kecewa.

Hatinya terpaut pada Riyad tiba-tiba Kyra datang menagih kasih 
"Surprise ! Gues who, handsome?"
Bulat mata Adara apabila pandangannya singgah kepada seorng gadis cantik yang berdiri di belakang Riyad. Siapa permpuan ni? Hati mula disapa rasa tidak enak, melayang pergi rasa indah yang singgah sebentar tadi. Riyad segera menarik tangan yang menutup matanya sebelum berpaling ke belakang. Kyra? Bulat matanya memandang wajah yang muncul tidak terduga ini. "You? What are you doing here?"
"Suprise baby! I miss you so so so much!" Gadis itu mendakap erat tubuh Riyad yang segak mengenakan tuksedo hitam. Adara membuang pandang ke sisi. Dadanya terasa sebak secara tiba-tiba.
"How you... I mean macam mana you boleh sampai sini? You cakap you balik sini next week?" Riyatd sedikit gugup dan serba salah. Wajah keruh Adara dijelingnya sekilas. cukup yakin hati Adara tergures degan apa yang berlaku. Semuanya berlaku selepas dia membuat pengakuan berani mati tadi.
"I gues it's just the perfect time to spend with you. Come , dance with me. I'll tell everything to you later." Kyra memeluk mesra leher Riyad, menggambarkan rasa rindu yang tidak tertanggung. Riyad semakin serba tidak kena mahu bereaksi. Terlukakah Adara jika memang ada perasaan antara mereka berdua? Namun dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Adara, Kyra lebih pantas menarik tangannya ke ruang tari.

 Tuan Putra datang buat kejutan
""Kenapa tengok saya macam tu? Tuan buat apa kat sini?" Soal Adara lagi. Tangan manarik selimut menutup dada. Memang over reaksi dia ni, macamlah lelaki tu nak mengapa-apakan dia.
"Saya datang meminang awaklah. awak ingat saya buat apa?"
" Hah?" Bualat mata Adara memandang Tuan Putra. Pi ...Pinag saya untuk siapa?"
Dia masih keliru. Banyak benda macam tidak logik berlaku sekarang. Sekarang ini pun dia tidak pasti mimpi ke atau memang betul dia tengah bersembang dengan Tuan Putra atas katil ni. Tak ke glla kalau nenek nampak! Tetapi pintu bilik memang sudah terlapang luas, dan dia boleh nampak nenek duduk minum kopi diruang tamu bersama atuk.
"Eh-eh, takkan untuk Abang Dol pulak, untuk sayalah...." Putra buat maku sentap.
"Tuan jangan nak main-main degan saya..." Adara mula menayang muka kurang senang. Dia tidak dapat kaitkan macam mana semua ini boleh berlaku. Takkanlah Tuan Putra selamba redah rumah nenek hendak meminang dia? Kalau tidak, mestilah nenek macam terkejut. Ini bukan main mesra lagi nenek degan Datuk Hamdi tadi, macam sudah biasa berjumpa.
"Saya tak main-mainlah. Awak ingat saya ada masa ke nak buang masa saja-saja datang sini?" balas Putra dengan nada sedikit menyindir. Adara jeling wajah Tuan Putra , bibir mencebik.
""Kenapa pulak nak meminang saya ? Cik Iefa mana?"
"Manalah saya tahu, saya tak kisah pun dia nak pergi mana."
"Bukan malam tadi tuan kata nak pergi tempat istimewa ke ?" sengaja Adara menekankan ayat itu. Jangan ingat lelaki itu senang-senang hendak menipu dia. Dia bukan pekak malam tadi.
"Memanglah. Sinilah tempat istimewa tu, awak ingat saya nak kemana?" jawab Putra bersahaja.

Saat bahagia mereka 
"Malam esoklah buru abang boleh tidur sini, kan?"
"Siapa kata? Mana ada...!" Adara berdalih dan menggelengkan kepala. Dia tidur dengan Tuan Putra? Ya Allah , ngerinya! Dahlah tangan lelaki itu suka benar merayap tidak tentu fasal.
"Eh, eh... nenek yang kata tau. Nenek kata malam esok abang boleh tidur sini." Adara terdiam. Tidak tahu hendak membalas apa kerana dunianya terasa mengecil secara tiba-tiba, lemas! Memang pngantin perempun akan rasa macam ni ke? ke dia yang terlebih-lebih gemuruhnya?
"Apa sajalah budak berdua tu bersembang. Hei Adara, masuk cepat! tak elok bakal pengantin duduk bercanda macam tu, kamu kan darah manis lagi." Launan nenek dari beranda rumah membuatkan mereka tersentak. Adara dan putra terkulat-kulat sendiri apatah lagi menyedari banayak mata memandang ke arah mereka. Masing-masing ikut sama tersenyum mengusik.
"Abang punya pasallah ni..." rungut Adara perlahan.
Putra tergelak kecil dengan tangan melurut rambutnya. Dia tersengih-sengih memandangnenek di beranda yang membebel entah apa. Semua perangai macam Adar, suka membebel.Tapi dia tak kisah, dia rasa best aje dengar.
"okey, sayang masuklah. Pakai cantik-cantik, wangi-wangi , malam karang abang nak cium." Usiknya nakal. Pipi Adara yang putih gebu seta merta berona kemerahan. Alahai... pemalu sangat.

Dalam mengecapi bahagia Allah menguji mereka
Setelah puas menangis, tangan mencapai telefon untuk menghubungi Tuan Putra. Suaminya selepas tengah hari tadi sudah keluar bermesyuarat di Damansara. Rasa reah dihatinya ini terlalu sarat. Dia mahu meluahkannya kepada lelaki itu. Biar terpujuk, biar lega dan kembali kuat dengan kata - kata semangat daripada uaminya.

Abang, tengah meeting ke ? Dara pelukan abang :(

Satu pesanan ringkas dikirimkan. Bimbang juga kalau-kalau suaminya masih sibuk di dalam bilik Mesyuarat. Tetapi dia perlukan suaminya... Hendak mengadu kepas Husna, Husna pula berkursus di johor Bharu sampai minggu depan.

Abang dalam meeting lagi. Why sayang? kenapa sedih ?

Semakin sebak hati Adara. Perasaan diterpa rasa serba salah. Nanti kalau diberitahu perkara sebenar, pasti suaminya mengelupur balik ke sini. Lelaki itu akan meninggalkan semua benda disana, dia yakin begitu. Tidak keterlaluankah sikapnya ini?

Atuk masuk ICU... Dara nak balik kampung.


Akhirnya dia berterus terang. Lagipun dia memang mahu balik ke kampung dan dia perlu meminta keizinan suaminya. Kalau Tuan Putra sibuk,dia tidak kisah balik sendiri dengan bas. Dia faham keadaan suaminya yang tidak menang tangan mahu menyudahkan kerja. Lamunanya tersentak tatkala telepon bimbitnya berbunyi. dikerling sekilas dengan rasa berdebar-debar. Terlihatkan panggilan daripada suaminya, dia mengeluh lega.
"Abang..." suaranya sedikit srak kerana masih menagis.
"Sayang, macam mana atuk? Atuk sakit apa?" cemas suara Tuan Putra melontarkan soalan. Nada suara lelaki itu juga tercungap seolah-olah dia sedang bercakap sambil berlari. 
"Dara tak tahu. Angah cakap atuk pengsan dekat kebun tadi. Dara takut, abang."
"Janagn risau , sayang. Sayang siap-siap ya, sekejap lagi abang sampai... kita terus balik kampung."

Keadaan semakin genting.....keizinan terhalang 
Putra mendengus kasar. "abang tahu kita bercakap soal atuk, tapi apa hak sayang buat keputusan macam ni? Abang ni suami sayang. sayang kena mintak izin abang dulu!" kencang nafas Adara melawan pelbagai perasaan yang menghentam dada. Air mata yang mengalir diseka degan belakang tangannya. 
"Sebab tu Dara cakap dengan abang, Dara cuma nak abang setuju degan keputusan Dara."
"This is ridiculous, You're pregnant, macam mana sayang nak lalui semua tu?" Suara Putra mengendur namun nadanya masih seperti tadi, marah dan geram.
"Dara nak..." Adara mengetap rapat bibirnya melawan rasa sebak di dada. "Dara nak gugurkan kandungan ni." Bulat mata Putra memandang wajah Adara yang menunduk bersama tangisan kecil. Gugurkan kandungan? Tersentap kuat jantungnya degan kata-kata itu. tergamak isterinya mahu mengugurkan cahaya kasih di antara mereka berdua!
"What?" Wajah Putra berkerut-kerut tanda keliru. Semua ini bagaikan mimpi, mustahil Adara benar-benar memaksudkannya!
"Abang..." Adara menerpa ke arah suaminya, tubuhnya melorot dan terus terduduk dihujung kaki Tuan Putra. Esakan tangisannya mula rancak. Berlagu sayu memecahkan ksunyian ruang kamar mereka. "Maafkan Dara abang, Dara tak boleh kehilangan atuk. Dara nak atuk sihat smula, dara takboleh kehilangan atuk. Kasihanilah Dara abang, kasihanilah adik - adik dara..." Putra membeku, masih terkejut degan permintaan isterinya. Sekilas pandangannya hinggap ke arah Adara yang masih terjelepok dihujung kakinya. Ya Allah.. mengapa sehebat ini ujian Kau berikan kepada kami? Sudah hilangkah rasa kasih dan sayang Adara terhadap zuriat mereka?
"Babay tu anak abang, sampai hati sayang nak buang dia .." tutur Putra sebak. Dadanya kian membengkak. Dia faham , dia mengerti , malah cukup mengerti betapa sayangnya Adara kepada atuk, tetapi mustahil ini jalan yang terbaik untuk mereka ambil. Mengorbankan zuriat sendiri, tidak kejamkah itu? kejam dan zalim!
Adara mendongakkan kepala, tangannya memegang lutut Tuan Putra seerat mungkin. Basah wajahnya dengan air mata kesedihan. "Abang, anak kita belum bernyawa lagi, abang.... Dara janji lepas ni kita akan ada zuriat lagi. cuma kali ini Dara mnta abang tolong Dara. Tolonglah izinkan Dara, abang..."
"No! Abang belum gila lagi nak biarkan sayang buang anak abang!" templak Putra geram. Ton suara sekan lama dia buang kini kembali bergema. jerit pekiknya memang memekakkan telinga. Adara tersedu-sedu menangis. "Sampai hati abang, abang tak tahu betapa bermaknanya atuk dalam hidup Dara...."
"Then abang ni tak penting?Anak kita tu tak penting? What is wrong with you Adara? Putra mengeluh saraya menggeleng kepala. Kecewa? Dia memang sangat-sanagt kecewa. Terasa ada awan berat dan hitam menghempap kepalanya. terbeban sungguh.
"Abang...."
"No! berjuta kali pun sayang merayu, jawapan abang tetap sama. Abang tak izinkan sayang buang anak kita. Abang tak izinkan!" ucapnya tegas.