Saturday, 29 December 2012

NOVEL CINTA UNTUK SEDETIK LAGI


Ketika cintamu menjadi lukaku, tidakku peduli akan keperitannya... Walaupun cinta datang sedetik cuma, Namun bahagaia pati milik kita selamanya

Novel Cinta Untuk Sedetik Lagi keluaran bulan Ogos yang lalu terbitan karyaseni. Nama Ezza Mysara terlalu asing buat saya tetapi nama itu sudah menjadi sebutan dikalangan penulis novel dan rakan Facebook. Menulis kerana minat dan tdak menyangka novel setebal 815 muka surat telah terhasil. Kisah kekeluargaan dan limpahan kasih sayang diketengahkan. Ceritanya ada tarikan dan keistiewaan tersendiri.  Saya suka cerita ini dan mampu membuat saya menangis bila membacanya. Mungkin terlalu mengikut perasaan dan mengingatkan saya pada perhubungan yang tidak pernah putus antara saya dan arwah kakak saya.  Sedikit sorotan cerita saya untuk novel ini.

Mengisahkan Naila Faraneesha dan Naila Farafeesa membesar sebagai adik beradik kembar seiras. Mereka berdua mempunyai perwatakan yang berbeza. Naila Faraneesha lebih lembut dan manja . Naila Farafeesa pula lebih kasar dan suka melawan. Kerana perwatakan itu Farafeesa dijaga oleh neneknya di kampung. Sikap yang degil Farafeesa membuatkan dia terbuang dari keluarganya sendiri. kini Farafeesa yang berkerja dibawah arahan Ezrakil . Ezrakil seorang lelaki yang memiliki segalanya membuka hatinya untuk Farafeesa. Sikap yang suka menjawab dan bersahaja menjadi tarikannya. Saat Ezrakil meluahkan dan ingin memperisterikannya, Farafeesa dikejutkan dengan satu penyakit Systemic Lupus Erythematosus atau nama singkatannya SLE . Farafeesa mengambil keputusan untuk menolak lamaran Ezrakil walaupun Ezrakil lelaki yang berjaya menambat hatinya. Tetapi Farafeesa merancana untuk menganti tempatnya kepada Faraneesha dan ketika itu Faraneesha baru sahaja kematian tunangnya. Farafeesa tak nak Ezrakil kecewa dan meratapi kesedihan bila dia tak ada nanti. Penyakitnya itu hanya diketahui oleh rakan sekerja atiq setelah didesak. Tanpa Farafeesa menyedari , Ezrakil terjumpa ubat - ubat Farafeesa di laci amatlah terkejut dan mengerti kenapa Farafeesa menolak lamarannya. Ezrakil telah merancang sesuatu tanpa pengetahuan Farafeesa. Mereka ditangkap Khalwat, tapi tidak menyangka tindakan Ezrakil membuatkan Farafeesa dibuang keluarga. Menerima Ezrakil sebagai suami adalah impiannya tetapi umpama mimpi ngeri bila maut terus menghampiri. Kerana takut kehilangan, Ezrakil menafaatkan ketika bersama sebagai kenangan.

Naila Faraneesa bercinta dengan luqman dan bertunang. Ajal maut ditangan Tuhan, Suatu hari Faraneesa terlanggar seorang lelaki yang sedang menahan sakit. Tanpa berlengah dia membantu menghantar lelaki itu ke hospital . Malang tidak berbau Luqman terlibat dalam satu kemalangan. Dia disahkan meninggal. Menerima kehilangan orang tersayang bukan mudah. Dalam kekalutan itu Farafeesa cuba membahagiakan kakak kembarnya dengan merapatkan Ezrakil. Perancangan Faraneesa dapat dihidu oleh Faraneesa. Cinta tak boleh ditukar ganti atau pun dibeli. Suatu hati Faraneesa pergi pasar dan bertemu dengan lelaki yang pernah dihantar ke Hospital dulu tetapi perasaannya dibayangi Luqman. Saat dia cuba melupakan Luqman Lelaki bernama Nazreen datang memburu cintanya. Entah kenapa bila dia bertemu dengan Nazreen hatinya seakan bertemu dengan Luqman. Dan akhirnya dia mendapat semua persoalan dan tanda tanya. Luqman telah menderma hatinya insan yang memerlukan. Oleh kerana itu kehadiran Nazreen dibayangi Luqman.

@@@ info untuk semua :
penyakit Systemic Lupus Erythematosus atau nama singkatannya SLE ialah penyakit autoimun dimana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia. penyakit ini juga boleh mengakibatkan kematian.


Sinopsis dari kulit Novel

NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.
“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa
“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil


NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen
Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta Untuk Sedetik Lagi…


Petikan-petikan menarik dalam Novel
Dulu Kerana kedegilan Naila Farafeesa dia dipisahkan dan tinggal bersama neneknya
"Ibu dah penat, Feesa. Kamu ni kenapalah nakal sangat? Anak jantan pun tak nakal macam kamu, Sampai pecah pasu bunga Ma Cik Sal kau buat! Mana nak cari duit, nak ganti ? Kita bukannya orang senang." Bengang sungguh dia dengan Farafeesa. Kalau ikutkan rasa hatinya , ingin sahaja di membelasah anaknya itu cukup-culup! Biar lepas segala kemarahannya. Tapi dia tahu, membelasah Farafeesa bukanlah satu penyudah yang elok. Malu rasanya bila Puan Salmah yang duduk di hujung perumahan mereka mula menjaja cerita tentang perangai buruk anaknya! Ini bukan kali pertama Farafeesa bertindak nakal. Dahulu dia pernah bergaduh dengan budak lelaki. Kononnya hendak membela Iqbal dari dibuli. Heboh satu taman apabila anak perempuannya membelasah budak lelaki sebayanya. Belum cukup dengan itu, bertambah pula cerita yang Farafeesa melanggar anak Puan Amunah dengan basikalnya.Bukan main kecoh Ouan Aminah memarahinya. Dan Sekarnag isu memecahkan pasu pula! lepas ini entah apa pula. Karana itu dia memutuskan untuk menghantar anak keduanya itu ke rumah emaknya.
"Bukan Feesa yang buat. Anak dia yang buat." Suara Farafeesa lantang kedengaran, Membangkitkan lagi kemarahan Puan Azah. Dia paling pantang kalau orang yang suka menipu!
"Jangan nak menipu, Feesa. Ibu paling benci kalau orang suka menipu ni!" Mencerlung matanya memandang Farafeesa. Faraneesa yang berada dihujung sofa hanya diam tidak berkutik. Langsung tidak berani mencalah apa-apa. Bimbang nanti dia pula yang terkena.
"Fesa tak tipu, Dah memang betul bukan Feesa yang buat. Takkan Feesa nak mengaku kesalahan yang bukan Feesa buat!" jawab Farafeesa lagi. Rasaneesa menggigit bibir. Sudah diberi isyarat pada adiknya agar tidak terus bersuara tapi seperi biasa, Farafeesa tetap tidak mahu kalah.
"Diam! Aku tampar karang!" Tahap kesabaran Puan Azah tidak bersisa lagi. Tanganya sudah pun diangkat ke atas. Tunggu masa sahaja. Barulah Farafeesa diam ketakutan.
"Zah, cuba bawa bersabar sikit." teguran itu ditujukan buat isterinya. Farafeesa masih kecil untuk dihukum sedemikian rupa. Biasalah kalau budak-budak nakal!

Kini Naila Farafeesa , masih tidak mampu memenangi hati Si ibu.
"Dah memang ibu tak sayang aku, jadi setaip apa yang aku baut memanglah tak kena di mata ibu tu. Kau tahu . Kadang- kadang aku rasa macam anak angkat puan ada. Tapi sah- sahlah aku ni anak dia, sebab muka kau tu sebiji macam aku. Tak pun kita berdua ni memang anak angkat, tapi ibu sayang kau lebih sebab kau ni tak banyak songeh sangat macam aku kut." Farafeesa membuat kesimpulan sendiri. Faraneesha diam tidak berkutik. Bukan kali pertama dia mendengar ayat itu keluar dari mulut Farafeesa. Nak kata dia aneh, kenapa ibunya seriang memarahi Farafeesa. Nak kata dia punya kelebihan lebih dari adiknya, itu memang salah seratus peratus. Di anatara dia dan Farafeesa , Farafeesa sering mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, malah sering mendapat anugerah dekan ketika di universiti.
Tapi tidak dinafikan yang Farafeesa ini nakal sedikit orangnya. Mulutnya mudah benar untuk menjawab kembali. Adiknya itu memang akan membela sesiapa sahaja yang memang nyata tidak bersalah. Dan memang diakui, Farafeesa malas sedikit tapi kerana dia naik bosan bila setiap perkara yang dilakukan akan ditilik dengan amat teliti sekali. Jika sedang menyediakan bahan untuk memasak, pasti dia akan dikomen kerana tidak memenuhi cita rasa ibunya. setiap yang dilakukan akan mendapat respons yang agak negatif. Mungkin kerana itu , Farafeesa memang liat untuk menolong didapur.

Disaat Naila Faraneesha melakarkan kebahagiaan , Naila Farafeesa dikejutkan dengan penyakit yang dihidapnya. Dikala itu Nafasnya umpama terhenti .
"Kalau saya mengidap SLE yang serius, saya akan sembuh?" Entah kenapa, soalan itu lahir dri mulutnya. Farafeesa dapat merasakan yang jiwanya lemah dalam menanggung ujian Allah kali ini. Farafeesa sangat mengakui yang dia terlalu lemah...' Aku tak pernah berdaya dalam apa juga perkara sekalipun!' Rasa sedih mula menimpa-nimpa jiwanya.
"Teru terang. Kajian menunjukkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan. Tapi masih boleh dikawal dengan pengambilan ubat secara berterusan. Dalam hal ini, awak perlu kuat, Feesa... sebab kalau awak lemh, penyakit ini akan mudah menyerang antibodi awak sendiri." Farafeesa mula menutup ulutnya dengan telapak tangan. dapat dirasakan yang kelopak matanya sedikit panas. Air mata mula bergenang ditubir mata. Menunggu masa untuk jatuh menyapa pipi. 'Ya Allah, adakah ini adalah dugaan-Mu atau ini adalah bala dari-Mu?' Tiba-tiba, Farafeesa rasa berdosa. Dia tidak berhak mempersoalkan apa - apa sekalipun. dia hanyalah hamba. Dia perlu terima segala ketentuan yang telah ditetapkan.
"Awak tak apa - apa ?"
Dr. Hidayah tahu, fikiran pesakitnya kini dalam keadaan bercelaru. Ini bukan pertama kali dia melihat kondisi seperti ini. Tapi bagi pendapatnya, Farafeesa lebih tenng mendengar kenyataannya tadi. Selalunya pesakit pasti akan terus menangis dan meraung sekuat hati. Tapi gadis ini hanya terdiam saja. Farafeesa tunduk merenung jauh. Entah apa yan difikirannya, dia sendiri tidak tahu. Semuannya seakan- akan berterbangan ditiup angin."Ya Allah, tolong tiupkan semangat kepadaku... untuk aku melangkah dengan diiring kekuatan .... Pinjamkan aku kekuatan, Ya Allah...' Farafeesa amat mengharapkan belas ehsan dari Yang maha Pencipta. Badan Farafeesa mula dibawa ke depan sedikit. Sekali lagi bibirnya melontarkan soalan.
"Ada kebarangkalian untuk membawa maut?" sungguh, dirinya sendiri tidak dapat mengelak dari bertanya soalan yang tidak - tidak. Mat mereka beradu pandang. Mencari kepastian yang pasti akan terjadi. kepastian yang memberikan kekuatan kepadanya untuk terus melangkah.Dr. Hidayah menarik nafas, mencari ruang untuk cuba memberikan peluang kepada penyakitnya sendiri bernafas dibumi Alllah ini.
"Sejujurnya, penyakit ini memang boleh membawa maut kena SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLe itu sendiri terlalu kuat dan dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel - sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah. Ia boleh menyerang kulit dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, pura-pura, saraf dan otak."

Ketentuan Illahi telah ditentukan. kebahagiaan Faraneesha diragut bila tunangnya Luqman pergi untuk selamanya.
"Luqman... jangan buat buat saya takut." Teresak esak Faraneesha menangis. adakah waktu sudah bersedia menjemput Luqman. Tapi dirinya masih belum bersedia... Masih belum bersedia untuk menghadapi perpisahan ini.
"Tolong.. jaga.. umi.. dan Hanis.." Air matanya menitis perlahan.Tidak boleh langsungdikawal. 'maafkan aku Luqmankerana au sentiasa tidak berdaya menempuh ujian ini. Aku adalah insan yang paling lemah...
"Saya tak boleh gantikan tempat awak, Luqman.. Sya perlukan awk. Umi dan Hanis pun perlukan awak... Tolong... tolong jangan tiggalkan saya.." sungguh, Faraneeshalangsung tidak boleh mengawal perasaannya. Makin dia ingin mempertahankan kekuatan diri, makin dia lemah dimamah rasa. Rasa sedih yang tidak langsung berpenghujung. 'Ya Allah... tolonglah hamba-Mu ini..'
"Saya tak akan tinggalkan awak... sayasentiasa ada disamping awak, Neesha. cinta ini akan kekal bernyawa dalam hati awak. Tapi... waktu pasti akan meninggalkan kita..." Luqman tidak berdaya melihat air mat wanita kesayangannyaitu. Faraneesha melihat nafas Luqman sudah turun dan naik.
"Mengucap Luqman..." Faraneesha berdiri. Mula merapatkan bibirnya di teling Luqman.
"Lailahaillallah... Lailahailallah... lailahailallah..." bisil Faraneesha ditellinga Luqman. Deraian air mata menemani ucapan yang keluar itu. Bibir Luqman kelihatan bergerak sedikit. Faraneesha terkejut melihat pergerakan tubuh badan Luqman. Pantas ditekan punat merah yang berada di belakang katil Luqman. Tidk sampai seminit, Doktor dan para jururawat bergegas menghampiri Luqman. Franeesha diarahkab untuk mennunggu diluar bilik. Cepat- cepatdia mendail nombor telefon Farafeesa. dia memerlukan adiknya tika ini. 'Ya Allah, aku tidakbersedia utuk mennati saat ini tetiba.."
Wajah doktor yang tersembul di muka pintu mendebarkan hati Faraneesha. Gelengan perlahan itu sudah mampu menjerut tangkai hati dan perasaannya. Telah dijajikan untuk setip manusia, waktu dan ajal pasti akan menjemput. akhirnya Faraneesha terjelepuk jauth ke lantai. Air matanya merembes keluar. Bagaimana dia ingin mendidik hati ini ... bahawasanya Luqman telah tiada lagi....
"Inalillahiwainnailahirrojiun..." Ucapan itu terkeluar dari mulut Ezrakil. Hatinya jatuh kesiahan melihat kedua-dua orang gadis yang sedang berpelukan itu. 'Ya Allah, aku terasa sungguh bertuah... kerana kau menjatuhkan hatiku di tempat yang benar. jika cinta ini memang bukan milikku. Sekurang- kurangnya aku pernah menikmati erti cina itu. Itu sudah memadai bagiku..' doa hati Ezrakill lemah.

Bila rancangan Farafeesa dapat dihidu oleh kakak kembarnya Faraneesha. Niatnya satu ingin melihat orang tersayang bahagia.
"Kau ingat kau siapa, Feesa? kau nak, kau ambil! kalau tak nak , kau pass dekat orang lain! Kau ingat kau Tuhan ke ?" Berdesing telinga Farafeesa menyambut amarah daripada kembarnya itu. Faraneesha menghempaskan beg tnagannya ke atas katil. Marahnya makin menjadi - jadi apabila melihat Farafeesa anak berkejar-kejaran dengan Iman. Tadi bukan main sakit lagi! Memang adiknya itu sengaja . Sengaja membolak balikkan perasaannya! Apa dia ingat perasaan ini umpama apam balik?!
"Aku bukan nak ambil kuasa Allah tapi aku nak gerakkan hati kau untuk memandang lelaki lain. Aku tak nak kau kosongkan hati kau tu," jelas Farafeesa takut- takut. Kakaknya itu jarang marah.Tapi kalau sekali dah marah semua pun kecut perut. Tapi sekarang , bukan takat kecut perut dah ni... Entah- entah perut pn boleh hilang bila disepak oleh Faraneesha nanti. Serius menggerunkan.
"Kalau kau sendiri tak mampu nak gerakkan hati kau untuk sukakan Ezrakil, jangan kau berani nak gerakkan hati orang lain! Kalau kau sendiri tak pernah kenal erti cint , kau pun jangan gatal-gatal nak ajar orangbercinta!" Terus Faraneesha menyembabkan mukanya ke bantal. Sungguh dia tidak sangka adiknya ada motif sendiri untuk mendekatkan dirinya dengan Ezrakil. memang dia sangat akui ezrakil tidak kurang di mana-mana. tapi yang kurangnya ialah, lelaki itu bukan mencintai dirinya. Lelaki itu mencintai Farafeesa! Lagipun , dia tidak mampu untuk menerima Ezrakil.


Selepas kematian Luqman, Faraneesha tak pernah ada niat untuk mencari pengganti entah kenapa kehadiran Nazreen Faraneesha sentiasa dibayangi Luqman .
""Saja, nak lepaskan rindu." Spontan ayat itu keluar dari mulut Nazreen. Terlepas telefon yang sedari tadi berada digenggaman Faraneesha. Cepat- cepat dia mengutip kembali telefon yang terjatuh diatas karpet itu. Mujur sahaja telefon tidak hancur atau rosak! kalau tidak , terpaksa melayang lagi dutnya pada bulan ini.
'Aduh, awt boleh jadi lagu ni?' Panik punyapasal, Ini semua kerana ayat Nazreen yang manis bagai gula itu. tapi sungguh. dadanya merasakan debaran yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
""Hello .. Neesha. Awak ada lagi ke?' Suara Nazreen sedikit cemas.
"Ada..." Sayup dia menjawab. Getaran yang mengundang dalam hati terus menyebabkan tangannya sedikit terketar-ketar.
" Saya dengar macam bunyi meletup. Awak tak apa-apa ke? " air matanya bergenang di tubir mata Faraneesha. Suara Ayien ini mengingatkan dirinya kepada Luqman. Suara mereka berdua berbeza, tapi kedua-duanya mampu membuatkan bulu roma Faraneesha berdiri. Bagai ada aura yang tersendiri. Sewaktu dipasar dahulu. ayien berkeras untuk membayar barang yang dibelinya. Luqman juga sebegitu rupa ketika awal perkenalan mereka. Lelaki itu gemar memaks dengan ayatnya yang manis. Kenapa sikapnya persis Luqman? Ada ke manuisa yang sama tingkahnya didunia ini? Ini bukan kali pertama dia mengandaikan begitu. Sudah acap kali dia memerhatikan perangai nazreen yang sanagt menyerupai arwah! Ataupun semua ini hanyalah mainan emosi semata-mata. Sengaja ingin melarutkan didalam kesedihan. Tanpa sedar dia sudah tersedu sendiri.

Kerana terlalu cinta Ezrakil telah merencana sesuatu untuk memilik Farafeesa. Kerana peristiwa itu Farafeesa dibuang oleh ibu kandungnya. 
Habis tu kau ingat, ada orang ke nak kahwin dengan perempuan yang dah kena tangkap basah? kau jangan nak naikkan lagi darah aku! Aku tak kira. Kua kena kahwin juga dengan dia. sama ada kau suka atau tak, aku nak kau orang kahwin juga! Kalau kau berkeras juga, aku haramkan walau setitik pun susu yang kau minum dulu!" Semua yang mendengar mula melopong. idak sangka ayat seperti itu akan keluar dari mulut Puan Azah. Farafeesa kembali menangis. Tangannya ditekup ke muka. tidak digambarkan betapa walang hatinya.
'Ya Allah, aku tidak akan sesekali mempersoalkan takdir ketentuan-Mu. Tapi aku mohon Kau titipkan akau ketabahan. Aku sedar yang semua ujian ini adalah cara untuk mengharapkan keredaan-mu. Tapi sungguh, aku sudah hilang daya..' Farafeesa hampa sendiri. keputusan ibunya itu memang muktamad. Tidak ada seorang pun yang boleh mengubahnya. Jadi, sama  ada rela ataupun tidak, perkahwinan ini harus diteruskan. Tapi mampukah diauntuk hidup disamping ezrakil? Ibu terus menarik tangan abah dan terus berlalu meninggalkan balai polis. Dilaung nama Faraneesha sekali agar mengikutinya. Akhirnya mereka menginggalkan dirinya keseorangan sendiri berteman sepi. Kasih siapa lagi yang mampu diharap?

Rahsia yang disimpan tak sanggup lagi disimpan. Ezrakil nekad untuk berterus terang .
"Abang minta maaf..."
"Kenapa nak minta maaf? Abang tak buat salah apa- apa pun dengan Feesa."
"Abang... yang .. rancang.. semua ni..." Suaranya sedikit tersekat. Dia tahu, Farafeesa akan memarahinya, malah dia tahu yang isterinya itu akan membenci dirinya. dia sudah bersedia untuk semua ini. Dia tidak sanggup lagi untuk berahsia. Muka Farafeesa sudah mula berubah. "Rancang apa? Feesa tak faham! Boleh tak terangkan dalam bahasa yang Feesa faham?" pohon Farafeesa dengan hati yang berdebar-debar.
"Abang yang rancang tangkap khalwat tu.."
"Abang..." Perlahan-lahan air matanya merembes di pipi. Nafas Farafeesa sudah naik dan turun . Sedunya sudah mula kedengaran.
"Feesa... abang minta maaf. Abanglah penyebab semua ini. Abang buat semua ni sebab abang terlalu cintakan Feesa..." Rayu Ezrakil. Hujung matanya terasa suam. Hatinya terlalu sebak dan dia pasti perasaan Farafeesa pada saat ini lebih teruk dari yang dia rasakan. Farafeesa menekup kedua-dua belah telinganya. Kepalanya digeleng laju. Apabila dia masih mendengar suara rayuab ezrakil, dia mula meramas rambutnya sedikit. Kalau air matanya menitis dupipinya, percayalah, tagisan dalam hatinya ini lebih rawan lgi menanggung derita ini.
" Abang pentingkan diri sendiri!" jerit Farafeesa lanrang. Dia sudah mula bangun dan mundar mandir. Tangannya terketar-ketar menahan rasa sakit.
"Abang tahu, abang salah... Abang minta maaf. Tapi janag tuduh abang seorang. Saya pun pentingkan diri juga!" Biar Farafeesa tahu yang dia sudah lama tahu tentang penyakit isterinya itu. Biar semua rahsia terbongkar pada malam ini juga. Dia tidak mahu lagi hidup dalam pembohongan lantas menerbitkan dinding yang penuh dengan rasa serba salah!
"Janagn letakakn kesalahan kat saya kalau awak sendiri tak mamapu nak menanggungnya!" jerit Farafeesa geram. Panggilan manja mreka sudah mula berubah, Nmapaknya Farafeesa benar-benar marah.
"Feesa ingat abang tak tahu ke yang Feesa sakit?" Klai ini sekali lag Farafeesa tergamam. Mereka sudah sama-sama berdiri. Bertenang mata sambil beradu pandangan.
"Feesa percayalah. Abang buat semua ni sebab abang terlalu cintakan Feesa. Kalau benar Feesa hanya dapat hidup untuk sedetik pun, abang tetap nak bersama dangan Feesa. Abang nak jaga Feesa hingga hujung hayat Feesa. Sebab tu abang rancang senua ni. Abang rancang bukan sebab abang pentingkan diri sendiri. Kalau ada alasan sekalipun , ia hanyalah tentan rasa cinta abang pada sayang yang tak pernah menemui noktah."

Tuesday, 18 December 2012

NOVEL KAU YANG KUSAYANG


Moga jodoh kita hingga ke syurga

Novel ini saya beli secara on-line. Ini adalah novel kedua beliau selepas Kalau Sudah Sayang. Novel setebal 559 muka surat menjadi pilihan saya minggu ini. terbitan Fajar  Paker.

Penantian 14 tahun mencari orang yang di cintai terlerai bila ia berada didepan mata. Itu lah kisah Syafiza dan Syazril. Dizaman sekolah dulu Syafiza meminati lelaki yang lebih dikenali Naim. Tetapi pertemuan mereka tak lama kerana papa dan mama Naim berpindah ke Kuala Lumpur. Kini Syafiza membuka sebuah butik kerana minatnya. Suatu hari Syafiza dikejutkan bila abahnya menyuarakan bahawa adiknya Syu dirisik orang. Abah mahukan Syafiza kahwin dahulu kerana tidak mahu tradisi langkah bendul berlaku. Abah beri tempoh dua bulan sebelum majlis pertunangan Syu.

Kehadiran Datin Sharida meminang Syafiza umpama orang mengantuk disorang bantal. Bagi melihat adiknya Syu bertunang dengan orang disayang dia menerima lamaran itu. Syazril Seorang anak yang baik dan akan mengikut kata mama walau hati memberontak dengan segala kuputusan mama. Keputusan untuk menikah dengan Syafiza disambut baik kerana sebaris nama yang diberikan oleh mamanya membuatkan Syazril tersenyum lebar. Syafiza Akhira Binti Abdul Rahim nama yang di cari selama 14 tahun. Syafiza cuba menyesuaikan diri menjadi isteri bidang terjun. Syafiza dikejutkan dengan kematian abah akibat serangan jantung. Disitulah Syazril mengambil peluang untuk merapatkan lagi hubungan mereka.

Penantian 14 tahun terjawab bila Syafiza datang ke re-union sekolah. Sebenarnya insan yang dikenali sebagai Naim adalah Syazril . Syazril adalah lelaki yang dirindui dan dicintai selama ni kini. Hubungan yang baru bermula dilanda badai bila Cellicia datang mengharapkan kasih dari Syazril. Perasaan cemburu Syafiza membuatkan Syafiza mengambil keputusan untuk meninggalkan Syazril. Kerana iri hari dan cemburu Cellicia nekad untuk membunuh Syafiza dan merampas Syazril kembali.

Sinopsis dari kulit novel
Syazril dan Syafiza, pertemuan pertama mereka sungguh haru-biru. Boleh pula mereka buat kecoh di tengah-tengah orang ramai di sebuah pasar raya.

“Oi! Buta ke?”

“Err… maaf, encik. Saya tak perasan encik ada kat depan tadi.” 

“Tak perasan? Mata awak letak kat mana? Kat lutut?”

“Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!”

“Apa?Apa kau cakap?”

“Eh, saya cakap apa? Saya tak ada cakap apa-apa pun.”


Namun, kalau sudah dikatakan jodoh, maka lari ke mana pun, memang akan bertemu jua. Mereka bersatu kerana;

- Cellicia, si bakal pengantin tanpa rela Syazril melarikan diri di saat-saat akhir.

- Syafiza pula terpaksa menerima pinangan ekspres Datin Sharida, mama Syazril. jika mahu abahnya menerima pinangan daripada kekasih adiknya selepas tempoh sebulan yang diberi kepada Syafiza dalam mencari calon suami berakhir.

Maka bermulalah hidup mereka yang tak berapa nak elok. Sekejap OK, sekejap KO. Tak sampai sebulan diijabkabul, Syafiza dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta. Dunia dirasakan gelap seketika. Nasib baik dia punya Syazril sebagai penyokong kuat di belakangnya. Lalu bermulalah yang OK-OK tanpa KO-KO.

Kebahagiaan yang dikecapi rupanya bukan untuk selamanya. Benar seperti yang selalu dikatakan, orang akan iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Hubungan yang masih lagi baru dan dalam proses mengenali hati masing-masing, diganggu insan yang punya hati yang sangat busuk! Kemunculan Cellicia dengan azam mahu memporak-perandakan hidup Syazril dan Syafiza benar-benar mengacau-bilaukan keadaan. Sayang yang baru bermula, akan patahkah sebelum tumbuh suburnya ia?


Petikan - petikan yang menarik dalam novel 
Berita yang diumumkan abah memuatkan Syafiza menjadi runsing.
"Fiza jangan terkejut bila dengar apa abah nak beritahu bi dan abah nak Fiza banyak-banyakkan bersabar. Fiza dah bersedia nak dengar?" Mukadimah ababh begitu lembut sekali. Aku jadi berdebar-debar mendengarsetiap bait kata yang sebagai jawapan pada soalan abah itu. Aku liat ababh memandang emak seketika sebelum membuka mulut.
"Lewat petang tadi, ketika Fiz dirumah, Fiza ada bertanyakan abah, siapa yang datang tadi. Sebenarnya tadi abah dan emak ada menerima kunjungan sebuah keluarga. Mereka datang dengan hajat besar, mahu mengeratkan hubungan sesama umat Islam." Kata-kata abah mati disitu.
"Meneratkkan hubungan sesama umat Islam? Boleh abah terangkan dengan lebih jelas? Fiza tak berapa faham dengan ayat tu." Aku ni memang. Bab-bab kiasan ni lembap sikit.
"Begini , mereka tu datang bertanyakan Syu. Mereka dah bawa sebentuk cincin sebagai cincin tanda."
"Bertanyakan Syu? Jadi, mereka tu datang mahu merisik Syu. Begitu, bah?" Saat abah menuturkan mereka datang bertanyakan Syu, aku sudah tidak sedap hati. Dan apabila abah mengatakanyang mereka ada bawa sebentuk cincin tanda, aku merasakan bagai ada petir yang sedang memanah! beraninya Syu ada hubungan dengan lelaki. Dia sedar tak emak tu jenis yang bagaimana? Dan lagi satu, jika emak dan abah bersetuju, maka Syu sudah langkah bendul! Dalam keluarga kami tiada yang langkah! Aku lihat abah menganggukkan kepala perlahan.
"Tapi emak dan abah tak beri jawapan lagi dan kalau jadi, pihak lelaki nak adakan majlis pertunangan dahulu. Lepas Syu habis belajar nanti baru dinikahkan." Abah menyambung lagi.
"Jadi, untuk apa abah beritahu Fiza semua ni?" Aku jadi tawar hati untuk mengetahui cerita selanjutnya.
"Abah bagi tahu Fiza sebab abah tak nak Syu langkah bendul. Abah bukan mahu memaksa Fiza berkahwin, tapi kalau boleh abah nak Fiza dulu yang kahwin, lepas tu baru giliran Syu. Kelaurga kita tak ada tradisi langkah bendul dan abah tak nak memecahkan tradisi dengan ada langkah bendul dalam kelaurga kiat." Akhirnya abah berterus terang dengan niatnya. Aku pandang abah tak berkelip. Ayat abah buat aku pening kepala. Dimana aku nak cari teman lelaki yang boleh dijadikan suami sedangjan aku langsung tiada kekasih! Sebab Syu yang gatal nak khawin, aku pulak yang jadi mangsa?
"Abah, dengan siapa Fiza nak kahwin? kekasih pun Fiza tak ada," ujarku tegas sambil memandang wajah abah.

Tiba-tiba kisahnya bermula .
"Aduh!"
Tolakan troli terhenti secara mendadak. Aku jadi penik. Mata tercari-cari sipalah gerangan yang telah aku langgar itu. Yalah, mana nak nampak kalau barang troli bertimbun.
"Oi! Buta ke ?" Sergah satu suara. Amboi bahasa! Beroi segala. tak ada adab betul!
"Err.. maaf, encik. Sya tak perasan encik ada kat depan tadi."
"Tak perasan? Mata awak letak kat mana? kat lutut?" keras tutur kata lelaki itu. Elah, macamlah handsome sangat! Arwah atuk aku lagi handsomelah!
"Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!" Rungut perlahan.
"Apa? Apa kau cakap?"
"Eh, Saya cakap apa? saya tak ada cakap apa-apa pun," bidasku pantas. Alamak! Dia dengar ke? Matilah aku kalau dia dengar.
"Eh, kenapa bergaduh depan orang ramai ni?" Tiba-tiba ada satu suara perempuan mencelah antara kami. Serentak kami mencari arah datangnya suara itu.
"Ma."
"Aunty Ida." Serentak kami bersuara.
Apa lelaki itu sebut? Ma? Oh , no! Janag pula dia mengaku yang Aunty Ida ini nak dia!
"Kenapa ni ?" Soal Aunty Ida kepada kami.
"Akak, kenapa ni?" Tiba-tiba juga Syu muncul dan menyoalku.
"Dia ni, ma. Entah dari mana munculnya pun tak tahu. Tiba-tiba aje langgar Aril! Macamlah Aril ni tembok kat tepi jalan, sesuka hati aje nak langgar." Anak maklah wei! Mengadu dengan emak dia pulak!
"Ada cedera ke, Aril? Mama nampak tak ada apa cedera pun," bidas Aunty Ida. Jelas-jelas memperli. Yes! nasib memihak kepada aku nampaknya. heheheh.

Kehadiran Datin Sharida kerumah Syafiza mengejutkan.
"Sya, apa yang aunty nak cakapkan ni mungkin akan mengejutkan Sya. Sebenarnya aunty datang ni nak merisik dan meninang Sya untuk anak aunty, Aril" ujar Aunty Ida tenang sambil tangan kanan menghulurkan sebuah kotak kecil yang biasa orang letak cincin.
"Ha?" Reaksi spontanku terkeluar. Pantas tangan kananku menekup mulut apabila terpandangkan pandangan tajam emak.
"Err... aunty silap cakap ke? Atau saya salah dengar?" sambungku selepas dapat bertenang sedikit. Aku pura - pura mengorek lubang telingaku, tanda yang mungkin telingaku tersumbat sampaikan tersilap mendengar pa yang Aunty Ida cakap. Padhal aku tahu telingaku memang tidak ada apa-apa masalah pendengaran. Aku benar-benar terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Aunty Ida. Dengan bahasa mudahnya, aku kena kahwin dengan anak lelakinya yang sombong, angkuh dan ego itu untuk menyelamatkan maruah keluarga Aunty Ida? Ya Allah! kenapa aku? Kan ramai lagi anak-anak kenalan Aunty Ida yang berpangka tinggi? Aunty cuma perlu pilih saja. Aunty Ida menggeleng.
"Tak, Sya. Sya tak silap dengar dan aunty tak silap cakap. Apa yang Sya dengar, itulah yang keluar dari mulut aunty," ujar Aunty Ida tenang. Aku terlopong. Tergamam. Terkedu. Aku tak tahu nak cakap apa. Diam lebih baik.
"Okey, macam ni. Sya fikir dulu, tapi jangan lama sangat. Klaau boleh lusa aunty nak jawapannya dan aunty harap sangat jawapannya positif ya." Besar harapan Aunty Ida. ku masih diam. Langsung tak membalas apa yang Aunty Ida cakap. AKu hanya tahu kepalaku semakin memberat. Aku dah tak boleh fikir apa-apa sekarang ini. Macam orang bingung saja aku jadi tengah hari itu. Kenapa aku? Itu soalan yang berlegar-legar dibenakku. Tanpa memandang wajah emak atau Aunty Ida , aku bangun daripada duduk di atas sofa. Lemah aku mengatur langkah ke arah tangga.

Membolehkan Syu bertunang dengan pilihan hatinya, Syafiza akur menerima lamaran Datin Sharida. Kini Syazril menjadi suami yang asing pada Syafiza.
"Acik Na, perkahwinan ini bukan kehendak saya dan bukan juga kehendak Aril. Kami bukannya pasangan bercinta yang berjanji ingin sehidup semati ketika bercinta. Kami saling tak kenal sebelum berkahwin. Kalau Acik Na nak tahu, Aril sepatutnya berkahwin dengan pilihan mamanya dua hari lepas. Tapi disaat-saat akhir, perempuan tersebut melarikan diri . Sya pulak terpaksa menerima Aril kerana saya perlu mencari seorang suami supaya adik saya dapat bertunang dengan kekasih hatinya. Itulah syarat yang abah saya tetapkan jika ingin melihat adik saya bahagia dengan pilihannya. Jadi, Acik Na jangan terkejut kalau saya tak menjalankan tugas seorag isteri selayaknya." Panjang jawapanku kepada Acik Na berseta dengan penerangan sekali. 
"Tapi , Sya, masih berdosa jika terus-terusan menidakkan tanggungjawab yang satu itu. Sampai bila Sya nak abaikan semua tu?" Acik Na menyoal lagi. 
"Acik Na, saya tahu saya berdosa dan saya tak nafikan tu tapi saya nak ruang untuk diri saya dahulusebelum kami ni terlalu mendadak dan saya masih tak dapat terima ini semua. Dalam masa tak sampai seminggu semuanya berubah. Daripada seorang diri, saya terpaksa menerima seorang lelaki asing dalam hidup saya. Mesti Acik Na terkejut saya dan Aril tinggal bilik asing-asing walaupun kami dah sah jadi suami isteri. Saya tak ada pilihan. Acik Na, sebab dari semalam lagi Aril sendiri yang melakan ketika dia suruh saya pilih bilik sendiri. Jadi, saya tak boleh nak buat apa, Acik Na. Semua keputusan terletak di tangan dia." Acik Na terdiam dan aku juga ikut diam. Aku dan Acik Na baru saja kenal tapi kami boleh rapat seperti anak dengan emak.

Tiba-tiba pemergian abah tercinta merubah segalanya. Tetapi Sokongan dari Syazril memberi kekuatan pada Syafiza.
"Kenapa ni?" Lembut sekali dia bertanya. Aku diam, tidak menjawab soalannya itu. Hnaya esakan yang terdengar dari bibirku, berserta dengan hinggutan bahu, menhan tangis. Dia memaut bahuku dan memelukku sambil mengusap belakangku. Dia juga diam. Hnaya mendengar aku menangis terrasak-esak. Lama juga kami berkeadaan begitu.
"Shh..." Dia memujukku.
"Saya rindukan abah." Akhirnya keluar juga suaraku bersama sendu. yang masih berlagu.
"Fiza, setiap yang hidup pasti akan mati. Kalau awak rindukan abah, bukan begini caranya awak melepaskan rasa rindu itu. Menangis tak boleh mengurangkan rasa rindu awak pada arwah abah. Sepatutnya awak perlu perbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al=Quran untuk disedekahkan kepada arwah abah. Menagis tu boleh, tapi jangan sampai meratap. Berdosa. Allah murka pada mereka yang merarap kerana itu menandakan yang kita tidak menerima fitrah yang telah Dia tetapkan. Panjang lebar dia menasihatiku. Dalam air mata masih lagi belum kering mengalir, aku mencernakan setiap apa yang aril ujar. Pelukannya yang tadi kemas melilit tubuhku terasa semkin longgar.
"Alah, dahlah menganis tu. buruk tau muka macam tu. Senyumlah sikit. Awak pergi ambil wuduk. Kita solat berjemaah, berterawih dan mengaji sama-sama lepas tu." Dia memberi cadangan seraya melepaskan pelukan dan mengusap belakangku selepas itu. Aku hanya mengangguk dan menurut cadangannya. Malam itu kami menunaikan solat magrib dan solat Isyak secara berjemaah. Masa senggang semasa menunggu masuk solat isyak terisi dengan bacaan surah Yasin untuk arwah abah. Pada malam itu juga aku seakan-akan sudah jatuh cinta kepada suami sendiri.

Segalanya terjawab 14 tahun penantiannya.
"Siapa awak sebenarnya?" Soalku perlahan secaratiba-tiba. Wajahnya pun aku tak pandang. Kenapa dengan dia ni? Dah biul ke? Dari tadi duk senyum saja. Tak lenguh ke muka tu?
"Siapa saya? Saya ni kan suami awak, takkan awak dah lupa kut." Sambil lewa dia menjawab. Mungkin masuh mahu main-main. Aku mengeluh. Oran tanya betul-betul, dia main-main pula.
"Selain daripada pangkat awak sebagai suami saya, siapa awak seenarnya?" keras aku menyoal. Dia diam. Lama juga dia begitu sebelum aku mendengar keluhan keluar dari celah bibirnya.
"Hai, nama saya Mohd Syazril Naim Biin Datuk Nawawi. Takkan awak tak tahu nama penuh saya?Sebelum kahwin dulu pasti tok kadi ada tanay masa nak tangdatangan borang nikah tu. Saya bekas pelajar pelajar SMK Panji Alam. Dulu saya duduk kelas 1A3 dan 2A3. Cuma dua tahun saya dapat bersekolah di situ sebelum saya terpaksa berpindah mengikut papa ke kuala Lumpur. H,,,... ada apa - apa lagi yang tertinggal?" Dia memandang wajahku sebaliknya aku masih setia memandang ke arah laut. Dia senyum lagi. Sumpah! Aku tak pernah ambil kisah tentan nama penuh dia. Semasa tok kadi bertanyakan persetujuanku untuk bernikah, aku hanya mengangguk kepala. Ya Allah! Apa lagi rahsia yang dia simpan? Tali pinggang kelendar aku tanggalkan dan pintu kereta aku tolak perlahan. Aku mahu lari jauh dari sini. Aku tak mahu terus berada disini. Semua ini bagai memenjarakanku. AAku baru saja nak angkat punggug, tiba- tiba aky terasa pinggangku dipeluk dari belakang. Aku terkaku. Pergerakan mati.
"Awak nak pergi man? 14 tahun kita terpisah. 14 tahun saya mencari awak. 14 tahun saya tuggu aak. Selama 14 tahun saya kenal ramai perempuan tapi mereka tak sama dengan awak. 14 tahun saya simpan rasa rindu saya hanya untuk awak. Dan 14 tahun saya simpan rasa cinta saya hanya kerana saya mahu menunggu bidadari saya. janganlah awak pergi tinggalkan saya. Kalau awak tak nak kesiankan saya, awak kesiankanlah perasaan awak. Sudah lama perasaan awak terdera dengan rasa cinta yang awak mahu buang itu. i love you. I miss you. Please don't go away from me." Pengakuan Aril buat mataku luruh kembali. Malam ini air mataku sangat murah. bagai sudah tiada harga. Hanya tahu mengalir, mengalir dan mengalir.Rayuannya buat aku membisu, terdiaam. Ya Allah! selama ini aku bukan bertepuk sebelah tangan. Selama ini aku  bukan menanti sendirian. Selam 14 tahun kami terpisah. Selama 14 thun kami merindui dalam diam. Selama 14 tahun juga kami mencintai walaupun terpisah dengan jarak yang jauh. Tapi kenapa baru sekarang semua ini terbongkar? 

Saat mereka bahagia Cellicia datang menagih kasih, Hancur hati Syafiza bila cemburu menyelubungi diri.
"Entah, Diya kenal ke perempuan tu?"
"kenal, apa tak knal pula. Dulu dia selali datang ke sini masa sebelum encik Aril kahwin. Hampir-hampir kahwin dia orang tu. Tapi dengar-dengar cerita, mereka tak jadi kahwin sebab Cellici menghilangakan diri. Kecoh jugaklah masa tu. Sebab tu Datin , isteri Dtuk sibuk mencari pengganti untuk menjadi pengganti pengantin perempuan yang dah lari." beritahu Diya satu persatu.
"Wah, boleh tahan kamu ni ya. Kamu kanal ke dengan isteri Encik Aril?" soalku lagi. Dia menggelengkan kepala.
"Tak kenal pun, kak. Sya dengar serita kan, kak, mereka tak bahagia. Yalah , mana nak bahagiannya kalau mereka berkahwin macam tu. Eh, eh. Main drama pulak. Apalah Encik Aril ni. Ingat-ingatlah isteri kat rumah tu walaupun tak sayang." Diya bercakap bagai orang yang punya pengalaman. Serba sedikit hatiku terusik mendengarkan ayat permulaan Diya. Aku memandang ke arah yang sama dengan Diya. Sekali lagi aku terpegun. Mereka sedang berpeluk di dalam bilik. Rasa marah yang tadinya sudah berkurangan sedikit kembali semula. Lantas, tanpa menunggu lama, aku mencapai tangan di dalam laci. Telefon bimbit aku keluarkan dari perut beg tangan dan terus dibawa ke telinga. Memandang Diya masih lagi berdiri di hadapanku, aku berpura-pura sedang menjawab penggilan penting. Selepas beberapa minit, aku buat- buat kelam -kabut mencari sesuatu.
"Diya, akak nak minta tolong sikit boleh ta?"
"Apa dia , kak? " Diya masih belum dapat kesan apa - apa perubahan ke atas diriku.
"Boleh tak diya cakap kat Encik Aril, akak terpaksa ambil EL hari ni. Ada kecemasan kat rumah. Akak nak cakap sendiri tak sedap pulak tengok mereka berdua tu. Boleh ya Diya?" Beg tangan dan beg komputer riba sudah aku sangkutkan pada bahu.


Friday, 14 December 2012

NOVEL SERU SAJA BINTANG ITU



" Bukan mudah hendak berpisah jika takdir sudah mengatakan aku tetap jodoh kau. Bukan mudah hendak melupakan kau jika hati aku masih berkata rindu.... Kalau aku seru nama kau, pastikah kau akan datang?


Syima Syawal nama itu terlalu asing pada saya. Pendatang baru didunia penulisan. Setiap bulan Karya seni melahirkan penulis yang berbakat besar. Saya suka jalan cerita sebab ia banyak menitik beratkan kisah kasih sayang keluarga dan pengorbanan. Novel ini yang membuatkan saya sebak , mungkin terlalu emosi dengan jalan ceritanya. Tak kurang juga diselitkan adegan - adegan lucu dan mencuit hati. Novel Seru saja bintang itu setebal 583 muka surat ini ada keistimewaannya tersendiri. Sedikit sorotan dari saya tentang novel ini. 



Mengisahkan kehidupan Nurina dizaman kanak-kanaknya bertemankan dengan Khairy Andrian a.k.a gemuk. Mereka rapat walaupun jarak usia 2 tahun. Mereka terpisah kerana fitnah yang manusia yang cemburu dan tamak. Apabila Nurina meningkat dewasa dia masih mencari dimana teman sepermainannya gemuk. Selepas balik dari United Kingdom ( UK ) Norina mengusahakan kedai dobi milik keluarga angkatnya. keluarga angkatnya berharap Nurina dapat meneruskan usaha kedai dobi yang telah diusahakan sejak dulu. Walaupun impian Nurina ingin menjaya Arkitek yang berjaya, demi amanah keluarga angkatnya yang banyak membantunya dia menangguhkan hasratnya. Hidupnya menjadi huru hara bila dia bertemu seorang lelaki yang sombong bernama Eddy di KLIA semasa kepulangan dari UK. Dari satu pertemuan hinggalah pertemuan di kedai dobinya bersama teman perempuan Natasya yang sengaja mengenakannya. Sehingga Eddy meminta ganti rugi RM 5,000 atas kerosakan baju yang dihantar di kedai dobi. Natasya seorang yang suka mengambil kesempatan dan menganggap Eddy sebagai lubuk emasnya . Eddy yang memiliki Syarikat pinjaman berlesen  mampu hidup mewah. Saat paling menyedihkan bila ibu Nurina meninggal dunia kerana terkejut tanah yang diduduki selama ini telah dilelong oleh Syarikat pinjaman berlesen milik Eddy. Ini semua angkara bekas suami kakak Nurina, Syana. Nurina memerlukan gemuk menjadi teman yang memahami keadaannya yang sedang bersedih. Taufik kawan sekampung telah memberi tahu Nurina bahawa dia telah bertemu dengan Gemuk dan dia juga menjemput Nurina ke majlis Reunion.

Di perjumpaan Reunion Nurina amat terkejut dan tidak menyangka lelaki yang dicari selama ini adalah lelaki yang sayang selalu membuat hidupnya porak peranda ialah Eddy atau lebih dikenali Adrian zaman kanak - kanaknya dulu. Adrian tidak pernah berputus asa dan perasaan sayang tak pernah padam sejak dulu lagi .  Adrian menghantar Black untuk membantu Nurina dalam urusan kedai dobinya. Perhubungan mereka indah tak lama, pelbagai rintangan perlu dilalui. Paling perit bila Adrian meninggalkan  Nurina sebelum majlis perkahwinan mereka. Sebab Bonda Adrian dibawa lari oleh Mak ngah dan adik sepupu yang melarang keras perkahwinan Adrian dan Nurina . Pengantin lelaki terpaksa ditukar pada saat akhir. Black atau Ridzwan menjadi penganti pengantin lelaki. Nurina tak mahu keluarganya malu. Ditakdirkan Tuhan jodoh Black dan Nurina tak lama. Black meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan. Dikesempatan itu Adrian mengambil peluang untuk memiliki hati Nurina yang terluka.

Sinopsis dari kulit novel
Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.
“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”
“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”
KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.
“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian
Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?
“Pergilah balik, menyibuk aje.”
“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?
“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina
“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian 
Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.
Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…


Petikan-petikan menarik dalam novel
Kenangannya bersama
"Gemuk... jom kita makan," pelawa Nurina, sambil tangan kecilnya mengangkat mangkuk besar yang tidak ubah seperti loyang itu. Khairy Adrian menyandarkan tubuhnya dengan beralaskan bantal. Nurina mula menyuap bubur ke mulut Khairy Adrian. Mak oii... besarnya dia membuka mulut! Anak gadis sunti itu tergelak halus. Kelakar bila melihat budak lelaki itu makan macam orang kebulur matanya terus merenung ke arah Nurina. Anak gadis sunti itu mengangkat wajah, memandang terus ke wajah Khairy Adrian. Keningnya pula diangkat. Khairy Adrin tersenyum.
"Cakap ajelah," gesa Nurina. Tangannya masih lagi menguis-nguis bubur yang masih g=hangat itu.
"Kalau ya pun suaplah aku dulu," pinta Khairy Adrian. Nurina mencebik. Mengada-ada pula... Tanpa berlengah lagi , Nurin membawa sudu yang sudh berisi bubur itu ke mulut Khairy Adrian yang sudah siap sedia menganga sebesar mungkin. dan.. sudu itu mendarat pula ke mulut Nurina. Nurin menyuap sesudu lagi bubur ke mulutny. Khairy Adrian terkebil-kebi melihat Nurina memakan bubur tersebut, sedangkan dia masih lagi menganga mulutnya. Bila menyedari pandangan mata Khairy Adrian tajam, pantas dia menyuakan sudu yang berisi bubur ke mulut Khairy Adrian. Tersengih-sengih Nurina melihat wajah kelat itu.
"Kau kata tadi nak minta tolong dari aku. Apa dia?" soal Nurina. Dia menyuap bubur ke mulut Khairy Adrian lagi.
"Hmmmm...Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk? Aku nak kau panggil aku Adrian. Semua orang panggil aku dengan nama itu. Kalau tak pun , kau panggil aku Rian ke ? kan sedap telinga aku mendengarnya..." Hampir tersembur bubur nasi yang berada di dalam mulut Nurina. Sepanjang dia mengenali Khairy Adrian. Nma gemuk itulah yang sering dipanggil mlah lidahnya seakan- akan tergeliat bila hendak memanggil gemuk dengn namanya yang sebenar. Dia tersengih lagi.
"Alah... Aku dh biasa panggil macam itu, kan ?? kenapa mesti nak tukar pula?" Tanpa rasa bersalah, Nurina menyoal pula. Khairy Adrian trdiam. Mulutnya mula terkumt kamit, seakan - akan mahu bicara sesuatu tapi terus mendiamkan dirinya. Nurina berasa pelik dengan perangai Khairy Adrian. Macam terlebih mengada-ngada. Mentang mentanglah aku layan dia macam anak raja, omel Nurina.

Diawal pertemuan ..
Siapa yang langgar aku ? soal hatinya.
Barulah dia perasan perkara itu. Itu bukan satu kemalangan, tapi seolah-olah sengaja dilakukan oleh seseorang. Masakan orang itu sudah buta?
"Kelo, cik kak! Tak habis berangan lagi?" sergah satu suara. Terkejut Nurina. Dia membuka matanya, dan...
"Allahukbar!" Dia menjerit kecil. Hampir luruh jantungnya kerana asyik terkejut. Wajah lelaki itu betul-betul hampir dangan wajahny. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang duduk disebelahny ketika dia dalam peawat tadi. Nurin mengurut dadanya. Lelaki itu pula terus ketawa. Gelaklah kau kuat-kuat. Gelaklah... ada juga yang makan sepatu aku ni karang. Marhnya dalam hati. Matnya tidak berkelip memandng wajah lelakiitu.Wajahnya pula sudah asam kecut. di sudah bersiap sedia hendak mencekik leher lelaki itu.
"Awak ni kenap suka sangat mengusahkan saya?" marh Nurina separuh menengking. Tawa lelaki itu mati. Dia memandang wajah garang Nurina. Tiada sedikit senyuman pun  yang terukir disitu. Lelaki itu bergegas mengambil begnya, lntas bersip sedia untuk berllu pergi dari situ. Jika di mengunggu lebih lama. sudh pasti dia juga yang akan mendapat malu. Sudahlah orng ramai yang lalu lalang disitu. 
Nurina yang masih tidak berpuas hati ingin menghalang perjalanan lelaki itu. Dia ingin menyelesaikan perkar tadi dengan segera. Tapi belum sempat dia menghalng , lelaki itu sudah hilang dari pandangan.

Kerana amanah Nurina merelakan
"Baba dah tak ada sesipa lagi. Hanya Rin saja yang baba harapkan." Nurina termenung panjang. Dia duduk di birai katil. Angin sepoi-sepoi bahasa dari arah sawah menghembus halus, menyapa wajah mulusnya. Jendela yang terbuka itu dibiarkan. Walaupun waktu itu sudah menginjak ke angka dua belas tengah malam!
" Baba tau, tentu Rin dah ada perancangan sendiri. Pasti Rin dah berangan nak jadi arkitek terkenal suatu hari nanti. Tapi Rin.. Besar harapan baba kalau Rin boleh terima tawaran baba ni." Mata baba penuh mengharap. Wajah mama pula, penuh simpati. Wajah ibu... ah.. Nurina bingung. Sesungguhnya, Nurina sedar. Selama ini baba dan mama la yang banyak membantu dia dan keluarga. Mama dan baba tidak pernah menrungut. Tapi bagaimana dengan cita-citanya sendiri?
...............................................................
"Rin berjanji dengan baba. Jangan sesekali jual kedai ini. Kami sayangkan kedai ni. Ini saja harta yang baba ada," tambah baba lagi. Kata-kata baba itu mencantas lamunan Nurina. Dia mengangguk-angguk, tanda faham. Jika itulah harapan mereka, mengapa tidak dia mengusahakannya? Mengapa tidak dia berjuang untuk memenuhi harapan baba?
"Baiklah baba, mama... Rin berjanji , Rin akan cuba usahakan kedai ini. Insya-Allah, Rin akan pegang kata-kata baba dan mama tu." Akhirnya Nurina bersetuju juga. Argh... terlalu besar pengorbanan kedua-dua ibu bapa angkatnya itu kepada keluarganya....

Pertemuan demi pertemuan membuatkan Nurina sakit hati dengan lelaki bernama Eddy.
"Aku geram dengan bos si black tu. Ada ke patut dia cakap aku ni future wife dia? Dia ingat aku kemaruk sangat nak berlakikan dia? Tolong sikit..." Terhambur juga kemarahan Nurina. Terkebil - kebil mata Yanti bila mendengar cerita Nurina. Otaknyaseperti tidak boleh menerima dan mencerna ayat-ayat itu, tetapi hatinya tidak boleh menerimanya dengan perasaan yang lega. Eh, lega ke ? Macamlah dia yang mengalaminya.
"Bos dia tu dah gila!" marah Nurina lagi. Matanya yang berair itu sudah bertukar merah.
"Hesy.. tak baik cakap orang macam tu. Kut dia betul nak jadikan Nur isteri dia? Hai, bertuahnya badan... Yanti cuba menyakat Nurina. Tanpa berlengah lagi satu cubitan hunggap dilengan Yanti. Yanti menjerit kesakitan.
"Banyaklah kau punya bertuah! kau ingat aku dah terdesak sangat ke ?" Semakin panas telinga Nurina dibuatnya. Yanti pula tersengih-sengih, seperti sengaja ingin membakar perasaan Nurina yang sudah tidak menentu itu.
"Kenapa Nur marah sangat kat dia? Dia gurau aje tu. Bukan luak pun dia cakap macam tu," pujuk Yanti yang melihat wajah masam Nurina. Nurina menjeling tajam ke arah pembantunya. Geram rasanay dengan kata-kata selamba Yanti itu. Sudahlah dia begang dengan lelaki itu tadi. Kini , bila balik ke kedai ingatkan hendak meluahkan perasaan, tapi sudahnya dia pula ingatkan yang dipersendakan.
"Alahai... merajuk ke ? Akak bergurau ajelah tadi." Yanti memujuk Nurina yang sudah mula mengunci mulut.

Kehilangan Ibu amat dirasainya, perasaan benci dan marah tak dapat dikawal pada Eddy.
"Maafkan kami, Cik Nur. Pihak kami tidak boleh berbuat apa-apa. Kami bertindak mengikut perjanjian malah kami tidak pernah memras ugut peminjam mahupun ahli keluarganya. Kami megikut saluran yang betul."
"Jadi... memang tak boleh dibuat rayuanlah ya?" Encik Salleh mengangguk.
"Kau orang memang kejam! Kau orang tahu ke tak, disebabkan semua ini, Ibu aku meninggal! Kau orang memang tak berhati perut!" Tiba-tiba saja Nurina menjerit. Bagaikan orang dirasuk, dia mengamuk.
"Kenapa ni?" soal tetamu Encik Salleh tadi. Encik Salleh mengjongket bahu.
"Saya tak tahu, bos. Dia kata tanah milik keluarganya telah tergadai. Saya... saya pun tak faham, bos," jelas Encik Salleh. Nurina terus mengalihkan pandangan matanya ke arah lelaki yang dipanggil oleh Encik Salleh sebagai bos itu. Sungguh! Bumi Allah itu tersangatlah kecil. Matanya membulat memandang wajah lelaki itu.
"Apa masaalahnya? Pihak kami menjalankan kerja yang betul. Cik Nur tak boleh salahkan kami dalam hal ini. Kami ada surat perjanjian. Kalau dibawa ke mahkamah sekalipun , Cik Nur takkan menang," celah bos kepada Encik Salleh. Siapa lagi kalau bukan Eddy.
"Sepatutnya pihak kau orang kena siasat itu tanah siapa. Bukan main terima saja. Klaau ikut syarat bank sekalipun , pihak tanah perlu memberi kebenaran untuk tanah itu digadai. Kau orang memang sengaja nak mesnahkan hidup orang-orang seperti kami. Kau orang memang lintah darat. Sesuka hati merampas tanah orang.... Kau orang memang tak berguna!"
"Bertenang Cik Nur," pujuk Encik Salleh.
"Cakap jangan sembarangan, Cik Nur. Kami juag menjalankan syarat yang sama. Kami takkan menerima mana-mana geran yang bukan milik peminjam. Kami perlukan surat ditandatangani oleh pemilik geran yang sah, barulah kami luluskan. Cik Nur, itu masalah keluarga Cik Nur. Kami tak boleh bak tolong," jawab Eddy dengan tenang. Walaupun dalam hati, dia sudah mula baran dengan kata-kata yang didengarnya dari mulut Nurina itu.
""Kau orang memang tak berhati perut! Disebabkan kau orang .. ibu aku meninggal dunia. Aku takkan maafkan kau orang. Aku akan ingat sampai bila-bila!" marah Nurina lagi. Dia separuh menjerit ketika berkata begitu. Eddy terpaku ketika melihat perubahan sikap Nurina yang berlainan dari sebelum ini. Gadis itu betul - betul nampak tertekan.

Penantian selama ini dinanti tetapi bukan ini yang harapkan
"Bukan ke perempuan ni..."
"Nur?" Black dan Tawfiq berkata serentak. Erry pantas memalingkan wajahnya ke arah Tawfiq. Keningnya dikerut.
"Siapa dia Fiq?" soal Khairy Adrian. Wajah Tawfiq diamati. Tawfiq pula sudah tersengih-sengih.
"Kau tak kenal ke, Adrian?" Soalan dijawab dengan Soalan juga. Khairy Adrian pantas mengeleng.
"Inilah dia buah hati pengarang jantung kau. Nurina Binti Abdul Naim," jawab Tawfiq. Mata Khairy AAdrian beralih pula pada Black. Mereka berpandangan. Hanya mereka sahaja yang mengerti. Perasaan Khairy Adrian mula berkecamuk. Wajahnya diraup bebarapa kali.
"Ya Allah, habislah aku. Nampaknya sekarang peluang aku nak dekati dia memang tipis," Keluh Khairy Adrian. Tubuhnya terhenyak didada sofa. Matanya menyoroti wajah manis Nurina yang sedang tersenyum di layar skrin itu.
"Apa maksud kau?" soal Tawfiq. Curiga pula bila mendengar keluhan lelaki itu.
"Fiq, kau boleh tolong aku?" Tawfiq mengerutkan keningnya. Dia tidak faham apa masalah yang sedang menimpa rakannya ketika ini.
"Cuba cerita pada aku, apa masalah kau. Aku tengok macma masalah besar sangat." Khairy Adrian menceritakan masalah yang sedang melanda dirinya dengan Nurina. Tidak sedikit pun tertinggal. Dari detik pertemuan sehinggalah masalah tergadainya tanah milik keluarga Nurina. Wajahnya nampak kusut. Dia benar-benar rasa tersentap apatah lagi untuk memikitkan usaha yang terbaik untuk dia berbaik - baik semula dengan Nurina. Dialangsung tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan masalah itu. Tawfiq yang mendengar terdiam. Dia tutur berasa sedih apabila mengetahui cerita yang sebenar. Fikiranya turut menjadi buntu.

Kehadiran bonda Adrian melembutkan hati Nurina, memberi ruang memaafi kesalahan lalu.
"Bonda gembira?" soal Nurina kepada bonda yang terbaring itu. Seboleh-bolehnya, dia inginmelupakan kisah silam. Bonda mengerdipkan matanya, tnda dia gembira.
"Kalau arwah ibu ada, ibu tentu gembira kalau dapat jumpa dengan bonda. Berkali-kali ibu cakap, peristiwa dulu tu bukan salah bonda. Sedikit pun dia tak salahkan bonda. Yalah, waktu tu bonda rasa curiga apatah lagi ada orang yang tak bertanggungjawab ambil gambar dan berikan pada bonda." Sebak dada Nurina bila teringatkan arwah ibunya. Ibunya memang seorang wanita yang tabah. Sungguhpun difitnah, dia langsung tidak menyimpan dendam. Perlahan air mata bonda mengalir di pipi.Mula-mula esak tangisannya perlahan. Lama kelamaan dia tersedu sedu lagi. Nurina jadi gelabah. Bukan niatnya hendak menyakitkan hati bonda malah dia juga tidak mahu mengingkit kisah lama. Tapi dia perlu jga memberitahu bonda tentang kata-kata ibunya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
"Maafkan saya, bonda. Bukan niat saya nak sakitkan hati bonda. Bonda janagn menangis lagi ya.?" pujuk Nurina . Air mata bonda dikesat dengan jari jemari runcingnya. Kemudian dia memeluk pula tubuh kurus itu. Bonda melepaskan perasaannya dalam pelukan Nurina.


Hatinya menjerit tak tergambar bila Adrian menangguhkan perkahwinan disaat akhir.
"Rin... maafkan Rian, maafkan Rian.... katanya, tersekat-sekat. Semakin hiba Nurina mendengarnya. Tangisannya semakin galak. Dia cuba melepaskan segala perasaannya.
"Rian tahu tak, Rin perlukan kerjasama Rian pada saat-saat akhir macam ni. Kalau Rian tak call tadi, apa yang Rin perlu buat?" Nurina melepaskan perasaan geramnya. Kedengaran nafas kasar yang dihembus. Suara, nada dan segala-galanya dirasakan lain belaka. Lelaki itu sudah tidk seperti sebelum ini. Hatinya Nurina dapatmerasakan ada sesuatuyang telah terjadi pada tunangnya itu.
"Rin... kita tangguhkan dulu majlis pernikahan ini. Rian kena cari bonda. Rian takkan bernikah selagi bonda tiada disisi Rian. Mereka dah bawa lari bonda. Tolong faham keadaan Rian sekarng, rin." Walaupun berat, Khairy Adrian terpaksa menyatkan juga. Tatkala mengedanrnya, Nirina merasakan sepertiada sebongkah batu menghempap dikepalanya. Dia hilang kawalan. Tangisan yang baru hendak reda semakin kuat pula. Dia menekup mulutnya dengan sebiji bantal. Tidak tertanggung rasanya tatkal mendengar kata- kata lelaki itu.
"Rian... Jangan macam ni, Kita nikah dulu, kemudian kita cari bonda sama-sama. Tolonglah jangan hampakan perasaan mak anjang. Rian tak boleh buat Rin macam ni. Tolonglah Rian... Rin merayu... TOlong jangan buat Rin macam ni..."
"Tak, Rin. Selagi Rian tak jumpa bonda, selagi itu Rian takkan pulang. Tolong faham. Hanya kefahaman dan sedikit pengorbanan rin yang Rian pinta." Khairy Adrian telah pun sampai ke KLIA. Dia menunggu pengumuman masa untuk berangkat. Walaupun dia sedar, semuanya takkan dapat membantu menyelesaikan kesemua masalahnya. namun sekurang-kurangnya dia cuba mendapatkan kerjasama daripada Nurina.
" Sampai hati Rian buat Rin macam ni. Apa salah Rin pada Rian? Apa doa Rin? Rian terlalu pentingkan diri. Habis, hai Rin macam mana? Apa yang Rin nak cakap pada mak anjang? Apa yang Rin nak bagi tau pada semua tetamu? Hah! nak kata pengantin lelaki lari cari bondanya. Begitu? Rin tak sanggup, Rian. Rian tak boleh lukakan hati mak anjang." Tersedu-sedu Nurina ketika itu. Dia cuba merayu, dengan harapan dia dapat memujuk lelaki itu. Tetapi...
"Rin... kanapa Rin tak faham-faham situasi Rian? Kenapa Rin masih nak desak Rian? Rian bukan batalkan, Rin cuma minta tangguhkan aje. Takkan itu pun susah sangat nak buat?" kali ini suara Khairy Adrian agak kuat, keras dan penug kemarahan. Beberapa mata yang berada di KLIa itu menoleh kerahnya. Dia tidak peduli. Nurina terkaku. Tangisan yang tadinya begitu syahdu dan menghibakan terus hilang. Dia masih lagi menggenggam erat telefon bimbitnya. Hatinya terasa kosong. Tiada apa yang mampu dikatakannya lagi. dia tahu lelaki itu akan pergi juga. Tubuhnya semakin lemah. dan dia tahu..... maruahnya takkan boleh diselamatkan lagi....
"Pergilah.... pergilah Rian... selangkah kaki kau atur bermakna antara kita dah tak ada apa apa lagi. pergilah..." Khairy Adrian tetap melangkah. Kata-kata itu walaupun sayup-sayup kedengaran, namun melumatkan segala impiannya.