Thursday 31 January 2013

NOVEL CINTA ITU MILIKKU


Pesona cintamu meranta jiwaku. Lingari hidupku dengan kasih sayangmu..



Novel ini saya beli melalui penulis Biarlah cinta bertaburan. Lebih kurang sebulan yang lalu . Kak Yusnida sendiri hantar ke pejabat saya yang agak dekat dari rumah Kak Yus. Kak Yus kata cerita ni best dan selama ini tak pernah baca e-novel di blogs penulis ini pun. Saya yakin kata seorang penulis kak Yusnida tu kerana penulis lebih arif dengan selera hati pembaca. Sangkaan saya memang tepat . Pada sesiapa yang belum dapat harus dapatkan novel CINTA ITU MILIKKU . Hasil karya Juliana Bt Kechik lebih dikenali Dayana Darwisy sebagai nama penanya. Cinta itu Milikku sentuhan pertama dan setebal 671 muka surat.Dalam novel ini saya suka part-part bila Mikhail suka paksa Athirah dalam terpaksa Athirah tetap akur, dn tak ketinggalan dengan part-part yang lucu.  Novel ini menceritakan kisah Adam Mikhail menutup pintu hatinya pada semua kaum Hawa sejak dia dipaksa menikahi wanita pilihan keluarga. Sehinggalah dia tertemu dengan seorang perempuan yang mampu mengetarkan jiwanya Sharifah Nur Athirah Emelda Binti Syed Zakuan yang lebih dikenali sebagai baby dikalangan ahli keluarganya. Pertemuan di sesi orentasi universiti yang singkat membuatkan mereka seperti tidak boleh dipisahkan. Namun Athirah telah mengatahui tanpa sengaja dari emak bahawa Adam Mikhail itu sebenarnya adalah suami yang meninggalkan dirinya 2 tahun yang lalu. Athirah nekad untuk mengambil hati suaminya dan seandainya Mikhail meninggalkannya suatu hari nanti dia masih mempunyai kenangan manis bersama. Athirah enggan menceritakan hal sebenar kepada Mikhail kerana Athirah takut Mikhail akan meninggalkan dirinya. Athirah sengaja mengoda suaminya hingga mereka merealisasikan hubungan suami isteri.  Athirah yang dimanjakan oleh tiga orang abang susuan membuatkan Mikhail selalu menimbulkan rasa salah faham dan curiga. Athirah menumpang kasih dari keluarga angkatnya kerana Ibu bapa terpaksa menyembunyikan diri faktor keselamatan.  Mikhail yang berserempak Athirah bersama lelaki lain mengundang rasa cemburu. Pada hal itu ialah abang-abang. Tindakan Mikhail tanpa usul periksa cukup mendatangkan rasa kecewa bila Mikhail membuat tindakan begitu. mulut kata benci tapi hati tak mampu menafikan. Betapa deritanya hidup Mikhail tanpa Athirah. Mikhail mengetahuinya juga bahawa Athirah ada lah isteri yang ditinggalkan dua tahun dulu. Dengan rasa syukur Mikhail tak perlu risau Athirah tidak akan pergi dari hidupnya Athirah adalah isteri yang ditinggalkan dua tahun dulu.

Rajuk Athirah pada Mikhail terubat bila Rosman abang Athirah datang membantu Mikhail . Masyitah muncul dalam hubungan mereka kerana cintanya telah ditolak. Dia telah merancang sesuatu yang tak baik pada Mikhail. Tanpa disedari oleh Masyitah rancangannya gagal dan dia sendiri menanggung akibatnya. Athirah disahkan mengandung dan mereka mejalani kehidupan seperti pasangan lain tetapi disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Perhubungan mereka retak disebabkan salah faham. Mikhail dengan niat hanya berlakon menjadi bakal suami sepupunya Ainul Hana tatapi disalah tafsirkan oleh Athirah . Disebabkan itu juga mereka kehilangan anak yang dikandung. Athirah keguguran kerana jatuh tangga akibat bertengkar dengan Mikhail. Selepas kejadian itu Athirah mengganggap Mikhail bukan suaminya lagi. Athirah menuntut cerai namun dibantah oleh Mikhail. Mikhail tetap mengunggu walau berapa lama asalkan Athirah dapat menerimanya semula. Harizs penyarah Athirah, Insan pertama yang menegur Athirah sejak keluarga angkatnya berpindah di Taiping dulu menaruh hati pada Athirah. Mikhail terasa tergugat bila Athirah rapat dengan penyarahnya yang masih bujang. Mikhail mengambil keputusan untuk mengawasi Athirah kerana abi memberitahu Mikhail nyawa Athirah dalam bahaya kerana musuh keluarga Athirah masih memburunya. Ini semua kerana tamak dan dendam yang tidak pernah padam. Setelah pelbagai dugaan datang menghampiri mereka akhirnya mereka mampu tersenyum bahagia. Walau apa dugaan datang melanda jika CINTA ITU MILIKKU ia tetap milikku.


sedikit penghargaan dari penulis 

Sinopsis diambil dari Kaki novel
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.


Petikan-petikan menarik dalam novel
Dirinya di minggu orientasi
"Saya Syarifah Athirah Emelda Syed Zakuan. Dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Terengganu. Anak keempat dari empat orang adik beradik. Makanan kegemaran, Nasi dagang dan minuman Horlick. Minat badminton dan berpidato. Saya sukan semua warna asalkan cantik dan menarik. Single but not available kerana saya milk mutlak Allah dan kelarga saya. Terdengar suara-suara sumbang yang ingin berkenalan dan memita nombor telefon.
"Maaf... nombor telefon adalah milk peribadi dan tidak boleh dikongsi dengan yang bukan berhak. Jika ada yang berminat meraih cinta saya , dia harus berjumpa dengan kedua -dua ibu bapa dn perlu menjadi suami saya terlebih dahulu. Saya hanya mencurahkan sepenuh cinta dan kasih sayang buat suami saya sahaja." 

Pertemuan sentiasa mengundang kemarahan....
"Seandainay awak ni adik saya, dah lama saya cili-cilikan mulut tu dan hantuk kepala awak ke dinding. Tak pun saya ketuk dengan penukul biar berkecai kepala awak yang biul tu!" marah Athirah lagi. Benci sungguh dia dengan Mikhail.
"Saya tak inginnya nak jadi adik awak!" Mikhail berkata dengan geram. Athirah mencebik. Macamlah aku sudi nak jadikan dia adik aku, gerutu Athirah dalam hati. Mukanya dipaling ke lain.
"Andai awak pula yang ditakdirkan jadi adik saya Cik Athirah, Saya jentik-jentik mulut awak yang suka mengomel tu. Tak pun saya ramas-ramas macam perah santan," jelas Mikhail bersahaja. Jadi adik dia? lagilah aku tak sudi! Mesti hari-hari dia buli aku. Diakan kaki buli! Gerutu Athirah dalam hatinya.
"Tapi ... tak syoklah awak jadi adik saya." Mikhail berkata polos.
"Apa kata saya tukar status awak jadi isteri saya pulak," tambah Mikhail mengusik. Terkejut Athirah mendengar kata-kata Mikhail, Aku sekeh jugak kepala mamat ni karang! Suka-suka dia aje nak jadikan aku isteri dia. Tak hingin! Athirah menjeling geram.
"Haaaa... kalau awak isteri saya , dah lama saya cium dan gigit-gigit mulut awak yang macam bertih jagung tu supaya awak diam. Agaknya kalau kita kahwain nanti , mesti hari-hari awak membebel, kana... kalau saya balik lewat?" Mikhail juga tidak mahu kalah dalam menjentik perasaaan Athirah. Dia juga turut tertawa dengan kata-katanya. Romeo sungguh aku ni! Getus Mikhail dalam hati. Eeee... geamnya aku! Nafas Athirah sudah turun naik.
"Hei.. saya tak inginlah nak jadi isteri awak! Kalau saya isteri awak, dah lama saya ceraikan awak, tahu!" balas Athirah kegeraman.
"Sekiranya awak teringin sangat nak ceraikan saya, jomlah kita nikah dulu." Mikhail sudah mengekek-ngekek ketawa.
"Undang-undang negara mana yang awak pakai sayang, seorang isteri diberi mandat untuk menceraikan suaminya?" tanya Mikhail sambil tersenyum sinis.

Dalam mimpinya tapi kenapa ? Mungkinkah mimpi itu sekadar mainan  tidur !!!
Kelihatan seornag lelaki kacak, berpakaian serba putih meminpin tangannya. Lelaki itu mmembawanya ke kawasan tepi sungai yang dikelilingi bunga-bungaan yang sanagt cantik dan menwangi. Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang wanita yang sangat cantik juga berpakaian serba putih sedang berdampingan dengan seorang jejaka. Mereka kelihatan sedang menuggunya dan llaki berpakaian serba putih itu. Setelah tiba ke detinasi yang ditujunya, lelaki yang berpakaian serba putih itu menngucup dahinya dan tersenyum manais. Tangannya diserahkan kepada wanita berpakaian serba putih yang sedang menunggunya. Wanita itu mendakap erat tubuhnya seraya berbisik....
"Dia akan jadi pelindung dan pendampingmu, wahai anakku. Kamu harus taat dan menghormati dirinya. Sayangi dan cintai dirinya sepenuh jiwa ragamu. Jangan sesekali ingkar akan arahannya kerana syurgamu terletak dibawah telapak kakinya."
Setelah itu tangannya berada dalam genggaman jejaka tersebut. Wajah jejaka itu masih kabur, tetapi senyuman menawan itu seperti pernah dilihatnya. Tetapi siapa dan dimana? Wjah yang kabur itu semakin jelas pada penglihatannya.
"Abang...!" Athirah terus terjaga daripada tidurnya. Dadanya berombak kncnag soelah-olah dia baru sahaja menamatkan larian seratus meter pecut. Tekaknya terasa kering dan kesat, mukanya mula berpeluh.
"Tak mungkin dia suamiku!Apakah maksud yang cuba disampaikan melalui mimpi ini? Adakah mimpi kali ini berkait rapat dengan mimpi yang lalu?" Tanya Athirah kepas dirinya sendiri.

Lelaki yang didepan mata itu suaminya? Adakah Mikhail tahu Athirah isteri yang ditinggalkan ? 
"Sampaikan salam mak pada suam kamu, Si Adam tu..."
Bulat mata Athirah memandang Mikhail. Mulutnya sudah terlopong namun segera ditutup dengan tangannya. Adakah didepan aku ni, Adam suamiku? Adam Mikhail yang selama ini ingin aku berlakon sebagai kekasihnya adalah suamuku? Dia bagaikan tidak percya dengan berita yang baru didengari itu. Ya Allah ... benarkah dia suamiku? Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah ats kurniaanMu ini, bisik Athirah dalam hati. Air mata kesyukuran yang menitis membasahi pipi, disekanya dengan jari. Akan ku pikat dia hingga tersungkur ke dalam pelukanku dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang membara hanya untukku hingga ke akhir nafasnya, tekad Athirah. Mikhail mesti tak tahu lagi yang aku ni isteri di . Sekarang masa untuk aku kenakan dia . Dulu sombong sangat. 'Saya tak kenal dan tak mencintai awak'. Athirah mengulagi kembali kata-kata Mikhail dalam hati. Sekarang kalau tak nampak batang hidung dalam hati. Sekarang kalau tak nampak batang hidung, mulalah macam cacing kepanasan. Itulah.... orang tua-tua dah kata. tak kenal maka tak cinta. 

Setelah apa yang berlaku antara Athirah dan Mikhail, Mikhail mengambil keputusan tanpa usul periksa membuatkan hati Athirah kecewa.
"Aku dah muak dengan perangai kau. Mulai hari ni, aku tak nak ada apa-apahubungan lagi dengan kau. Kau boleh berhambus daripada hidup aku. Perempuan murahan macam kau tak layak untuk aku. Berapa puluh lelaki dah kau layan dan goda dalam hidup kau... hah? Aku benci perempuan hina dan jijik macam kau. Nasib baik aku belum berkahwin dengan kau. Kalau tak ... menyesal seumur hidup aku kerana berkahwin denganperepuan curang dan rendah martabat macam kau. Apa tunggu lagi? Berhambuslah!" Mikhail mengherdik Athirah. Dia seakan lupa dengan apa yang telah mereka lalui semasa di rumah Mak Cik Sara dan di MS Garden. Lupa juga akan janji-janjinya untuk bertanggungjawab terhadap Athirah. Terkejut Athirah dengan tengkingan Mikhail. Pedih hati Athirah mendengar cacian dan hinaan Mikhail. AApasalah dan silapnya tidak diketahui. Belum pernah dia berdmpingan dengan mana-mana lelaki selain Mikhail dan abang-abangnya. Mungkin Mikhail sudah tersalah tafsir kemesraan dia dengan abang-abangnya. Tapi kenapa dia tak bertanya dengan aku sendiri? Desis hati Athirah. Baru dia hendak membuka mulut menerangkan duduk perkara sebenar, Masyitah datang dan menolaknya hingga terjatuh. Mikhail hanya memandang sepi perbuatan Masyitah itu.
"Hei, perempuan!!! Apa kau tunggu lagi? Berhambuslah! Bukan ke kekasih aku suruh kau berhambus tadi tengking Masyitah,
Kekasih? Gumam Athirah dalam hati. Athirah cuba bangun selepas ditolak oleh Masyitah. Kesakitan di pergelangan kakinya membuatkan dia duduk kembali. Athirah nekad, dia tidak mahu simapati daripada sesiapa lagi terutama lelaki seperti Mikhail. Dia gagahi jua untuk berdiri dan menutup kesakitan yang dialaminya. Athirah memandang wajah Mikhail. Fahamlah Athirah kini. Tuduhan Mikhail mengatakan dia bermesr dengan lelaki lain adalah helah semata-mata. Rupanya Mikhail ingin memutuskan hubungan dengannya dan menjalinkan hubungan dengan Masyitah. Biklah sekiranyaitu kemahuan Mikhail. Dia akan pergi selama-lamanya daripada hidup lelaki itu. Buat apa dia merayu dan mnangisi perpisahan ini jika tiada hasilnya. Mulai saat ini dia akan menganggap Mikhail sudah mati. Seandainya ditakdirkan dia mengandung Zuriat Mikhail, dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang kewujudan bayinya sama sekali.

Disekeliling Athirah ramai yang yang menyanyanginya terutama Abang-abangnya Roslan , Rosman dan Rostam. Athirah perlu berbaik dengan Mihkail untuk menolong kawannya Salmi.  Tetapi lain yang dirancang lain pula jadinya. Angkara Masyitah hubungan mereka menjadi lebih mesra.

"Baby buat apa kat sini?" soal Rosman sambil berbisik.
"Temankan Mikhail. Perempuan tu telefon, katanya sakit," bisik Athirah di tepi telinga Rostam. Mikhail ni tak jealous ke ... tengok isterinya dipegang lelaki lain? Omel Borhan dalam hatinya. Ambol... Man! Dapat peluk awek cantik sampai lupa misi kita malam ni. Ini operasi mencegah maksiat atau pegawai sendiri yang buat maksiat? Tengok tu, siap berbiik-bisik lagi. Ini mesti kes mintak nombor lelefon dan berkenalan , desis hati Syarafuddin. Syarafuddin mengambil Rosman. Tangannya menguis habu Rosman.
"Apa?" tanya Rosman kepada Syarat Syarafuddin.
"Kau buat apa tu ? Kitakan tengahbuat operasi sekarang ni. Kalau ya pun nak mengurat, tunggulah lapsa ni," bisik Syarafuddin. Rosman menepuk dahinya. Terlupa dia tentang operasi yang sedang mereka jalankan. Asyik risaukan keadaan adiknya, kerja dia yang terbengkalai.
"Awak pergi tukar pakaian yang lebih sopan," arah Rosman kepada Masyutah. Masyitah menunjukkan muka tidak puas hati, namun dia ter paksa akur. Rosman memandang Asmawi dan habib.
"Asmawi dan Habib, awak berdua ambil keretangan daripada dia nanti," aah Rosman kepada anak buahnya. Asmawi dan Habib angguk kepala. Faham dengan tugas mereka.
"Kamu berdua ikut abang," arah Rosman kepada Mikhail dan Borhan.
"Baby duduk sini," ujar Rosman lagi. "Mari Fuddin ikut saya."
Athirah memandang abangnya menuju ke balkoni bersama Mikhail , borhan  dan rakan setugasnya.
"Fuddin , kenalkan .... ini adik ipar saya, Adam dan ..." Rosman ingin mengetahui siapakah lelaki yang bersama dengan Mikhail itu.
"Nama saya Borhan."
Rosman angguk kepala . Mengerti.
"Fuddin... perempuan yang kamu lihat tadi itu adik saya, isteri Adam," terang Rosman kepada Syarafuddin.
"Sekarang abang nak dengar daripada mulut kamu. Macam mana kamu bertiga boleh berada disini?" soal Rosman.
"Tadi saya dan Athirah pergi makan kat Kampung Baru. Masa nak balik Kolej, Masyitah telefon bagi tahu dia terjatuh dalam bilik air. Masyitah kata kakinya terseliuh dan kepalanya terhantuk. Saya rasa tak sedap hati lalu hubungi Borhan. Nasib baik akal saya panjang. Kalau tidak saya dah masuk perangkap dia malam ni," Jelas Mikhail panjang lebar.
"Kamu dengan Athirah macam mana ? Dah okey ke belum?" tanya Rosman.
"Belum lagi," balas Mikhail ringkas.
"Abang ada rancangan," tambah Rosman. Hendak dijadikan cerita, malam itu bukan Mikhail dan Masyitah yang kena tangkap basah, Tapi Athirah dan Mikhail. Terkejut Athirah mendengar penerangan pegawai yang bernama Syarafuddin itu. Abang Rosmannya hanya diam membisu.

Sehangat Athirah menyelami kasih bersama Mikhail. Mereka terus diuji ... Niat Mikhail ingin membantu Ainul Hana sepupu Mikhail tetapi kerana salah faham ia meruhtuhkan kepercayan Athirah kerana terlalu kecewa Athirah mengambil keputusan untuk menuntut cerai.
"Baby ingin memberitahusesuatu kepada mama dan papa , emak dan ayah umidan abi. Sebelum itu, Baby minta maaf sekiranya apa yang akan Baby sampaikan ini melukakan hati banyak pihak. Baby ingin mohon reatu dengan apa yang ingin Baby lakukan ini." Athirah memandang wajah-wajah yang beradadihadapannya ketika ini. Dia sudah nekad dengan keputusannya. Mikhail yang berdiri di belakang Athirah hanya mendiamkan diri. Dia ingin mendengar apa yang ingin Athirah suarakan.
"Beritahulah sayang. Mama dan papa akan merestui keputusan Baby selagi tak membelakangkan suami." Khadijah mewakili pihak suaminya.
"Baby... Baby ingin berpisah dengan Mikhail." Semua yang mendengar sudah tidak mampu kerkata apa. Hnaya pandangan sahaja yang mampu dilemparkan ke arah Mikhail yang sudah berdiri kaku di belakang Athirah. Raut muka Mikhail sudah merah manahan amarahnya. Hatinya benar-benar merusuh. Tergamak Athirah meluahkan hasrat ingin berpisah dengannya. digenggam kemas tanganya mengawal rasa marah, kecewa dan sebak.
"Apa salah abang?" tanya Mikhail sendu. Athirah terkejut mendengar suara Mikhail. Sangkanya Mikhail sedang tidur. Tanpa menoleh, dia membalas kata-kata Mikhail.
"Awak tahu apa salah awak. Awak curang dan awak juga penyebab anak saya mati!" pekik Athirah. Dia tidak hiraukan lagi kehadiran ibu bapa dan mentuanya. Terkejut Mak salamah dan Pak Kassim. Belum pernah mereka melihat Athirah sebegini marah.

Kehadiran Hariz pengubat luka. Namun hatinya tak mungkin akan berubah pada yang lain atau mencari pengganti .
"Riz sentiasa ada untuk Mel. Andai ajak kahwin pun Riz setuju," ujar Hariz bersama senyuman. Terkejut Athirah mendangar ayat Hariz. Perasaan sedih terhadap perbuatan Mikhail sudah mampu ditepisnya.
"Kalau ya pun nak mengusik, janganlah lebih-lebih," ujar Athirah sambil mengesat air matanya yang masih berbaki.
"Macam mana sekarang? Dah rasa okey?" Anggukan Athirah membuatkan hatinya lega. 
"Kenapa Mel tak nak kahwin dengan Riz?"
"Riz boleh dapatkan yang lebih baik daripada Mel. Buat apa berkhawin dengan janda, sekiranya Riz mampu pikat anak dara!"
"Janda atau dara itu bukan alasanya. Yang penting hati. Lagipun anak dara belum tentu sahih daranya!" jelas Hariz dengan maksud yang tersirat.
"Sudahlah! Kita tukar topik lain pulak. Buat masa sekarang , Mel belum terfikir untuk cari pengganti. Mel ingin menumpukna sepenuk perhatian terhadap pelajaran. Tentang jodoh, Mel serahkan pada takdir," luah Athirah. Dia tidak mahu memikirkan soal cinta lagi. Dia sudah serik.

 Namun Takdir menyatukan mereka kembali.
"Abang.. ampunkan dosa-dosa sayang. Selama ni sayang nusyuz terhadap abang." ujar Athirah sendu. Air mata yangmenabiri kelopak atanya cukup mempamerkan kekesalan yang membelenggu ruang hatinya. Mikhail menggangguk mendengar kata-kata Athirah. Sememangnya dia sentiasa mengampunkkan dosa-dosaAthirah dan memaafkan perbuatan Athirah. Dia juga senantiasa memberi keredaan kepada isterinya itu. Mikhailmemanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih dipanjangkan umur. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini. Jika tidak, belum tentu dia dapat menikmati kasih sayang Athirah dan berbaik seperti dahulu. Terharu Athirah dengan kebaikan Mikhail. Walaupun dia bersikap kurang ajar dan biadab, suaminyatetap sudi memaafkan dirinya. Athirah mengucup dahi dan pipi Mikhail serta melontarkan senyuman manis buat suaminya.
"Sayang sangat-sangat cinta dan sayankan abang. Sayang tak boleh hidup tanpa aban. Sayang benar-benar rindukan abang." ucap Athirah tanpa rasa malu. Sudah lama dia tidak melafazkan ayat-ayat cinta, sayang dan rindu untuk Mikhail. Mikhail tersenyum memnadang isterinya. Dalam kepayahan doa menggagahkan diri menyrka air mata isterinya itu. Perlahan-lahan dia merebahkan kepala Athirah kedada kanannya. Mikhail menarik corng alat bantuan pernafasan, Dahi isterinya itu dikucup dengan pernuh kasih.
"Abang juga cinta dan rindukan sayang. Sayanglah ratu dihati abang dunia dan akhirat. Ujar Mikhail walaupun masih dalam keadaan lemah. 

Thursday 24 January 2013

NOVEL SEHANGAT ASMARA



Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara

Selama saya berjinak ke dunia novel , saya tak pernah lagi  memiliki karya Aisya Sofea. Novel yang saya miliki banyak pada penulis - penulis baru . Kini disana - sini orang menceritakan tentang novel ini yang diadaptasi drama dan dibarisi pelakon otai Ady Putra dan Rita Rudaini .Drama ini akan di siarkan dalam slot Astro Mustika saluran 134 bermula 21 Januari 2013 jam 10.00 malam menggantikan drama Adam dan Hawa . Novel setebal 548 ini dijadikan 33 episod.  Jom kita review tentang novel ini .

Kamilia dari keluarga yang berpengaruh  memiliki segalanya . Hidup berpelesaran dikelab malam menjadi junjungan setiap malam. Hidupnya seperti hilang arah. Hingga dia bertemu dengan Zainal Arief yang selalu memerhatinya dari jarak jauh . Zainal memberanikan diri mendekati Kamilia niat membantu supaya tidak jauh dari landasan gadis melayu . Kerana itu  perasaan cinta dan kasih bertunas dan berkembang. Mereka mengambil keputusan untuk menghalalkan perhubungan mereka. Tetapi keluarga Kamilia tidak merestui perkahwinan mereka disababkan perbezaan darjat.  konflik bermula bila Zainal pulang ke Malaysia dan berjanji akan kembali ke London semula. Dalam tempuh itu Kamilia disahkan mengandung . Kamilia menunggu Zainal kembali ke London untuk memberitahu berita gembira tetapi zainal tidak muncul pada waktunya. Kamilia terus menunggu tetapi kerana alahan yang teruk akibat mengandung Kamilia dibawa balik ke Malaysia oleh keluarganya. Sejak itu perhubungan mereka terputus. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia disampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggalkan Zainal .

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilai bertanya sebab dan alasan Zainal meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal . Dalam rela dengan tidak , Kamilia menemukan juga Misya dengan papanya , Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal sungguh mengharukan jiwanya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami papanya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal melamarnya buat kali kedua. Buntu dan bingung menyelubungi dirinya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi keahagiaan Kamilia. Dia yakin Kamilia hanya untuk Zainal. Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamila masih ada syak wasangka terhadap Zainal yang kini suaminya kembali. Puas ditanya alasan Zainal meninggalkannya dulu, namun Zainal hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulaninya perbuatannya dulu. Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia dihatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya .

Akhirnya, segala yang tersembunyi telerai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya mengunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal. Zainal terpaksa munurut segala kemahun ayah Kamilia jika mahukan aik-adiknya meneruskan pelajaran mereka. Kamila begitu kecewa denan perbuatanayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatanya. dan mahukan Zainal dan Kamila bersatu semula. Demi menebus kesalahan dia juga merancang membuat pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal akan terbaca mengenainya dan mencari Misya. Zainal begitu marah bila Kamilia memarahi ayahnya. Pada Zainal biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia , dia sebagai anak tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri.  Kerana terlalu kecewa dan terasa hati dengan kata-kata Zainal Kamilia trus melarikan diri ke kampung mertuanya. 

Tanpa disedari dirinya hamil lagi.Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Diberitahu Zainal akan perkembangan itu dan Zainal datang untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamila yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus menerangi kehidupan mereka.


Sinopsis dari kulit Novel 
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Zainal Arief & Kamilia Najwa
Petikan - petikan menarik dalam novel
Hidupnya bebas
The bar Oz The Old Fire Station, sebuah pub yang dipilih oleh Diana, kenalan kami yang juga dari Malaysia.Kami tidak mengenalinya ketika sampai disini. Namun, aktiviti kami pada hampir setiap malam itu, menjadikan kami kawan baik. Aku dan Mimie diperkenalkan dengan kawan-kawan Diana yang semuanya lelaki. Pub ini bukanlah seperti yang kamifikirkan. Disini peraturannya lain. Para pengunjung cuma dibenarkan duduk bersantai, minum sambil mendengar muzik dan terus pulang. Ia bukanlah tempat tari menari seperti yang aku dan Mimie fikirkan seperti di Po Na Na, iaitu tempat kami ssering kerkumpul sebelum ini.
Ada beberapa orang pelajar dari tempat kami juga berada disitu. Pengunjung yang lain adalah dari masyarakat setempat. Pada dasarnya, aku lebih gemar ke suatu tempat yang kami boleh yang kami boleh menari dengan muzik yang hingr-bingar serta pancaran cahaya laser yang mengikut rentak lagu. Namun tidak sampai satu jam, aku dan mimie minta diri untuk pulang. Tempat ini bukan seperti yang kami inginkan.
"Aku tahulah kau tak suka tempat ni,: pujuk Diana.
"Kalau kau ajak aku ke sini lagi. memang aku tak mengaku kau kawan lagi Dee,"" jawab Mimie, separuh bergurau. Tapi bagiku, maksudnya begitu tegas sekali. Aku tahu, dia bengang sejak melangkah masuk ke tempat ini. Pub ini langsung tidak menepati citarasa aku lebih- lebih lagi pada Mimie.

Gerak gerinya diperhatikan hatinya rasa berdebar.
Ketika dia berjalan menghampiri diriku, aku memberanikan diri keluar dari tempat 'persembunyuanku', dan berdiri betul-betul dihadapannya. Sebaik sahaja terpandangkan diriku, langkah kakinya tiba-tiba berhenti. Hanya beberapa meter sahaja diantara kami kini. Kami berpandangan. Tidak seorang pun berganjak dari tempat masing-masing. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya Dia hanya memandangku tanpa reaksi. Aku merenung tajam. Tidak mahu kalah dalam 'pertempuran' empat mata ketika ini. Dan perlahan-lahan, senyuman terukir dibibirnya. Dia kelihatan sedikit malu, kemudian mengalihkan pandangannya dariku.
"Hai Kay," sapanya perlahan. Lembut intonasinya. Tapi suaranya agak garau dan sedikit serak. Terasa dia cuba menghulurkan kemesraannya kepadaku. Lidahku jadi kelu tiba-tuba. Tidak terdaya untuk bersuara. Malah, aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan persoalan yang kini timbul satu persatu dalam kepala.
"You tunggu I ?" soalnya dengan berani. Aku terus memandangnya. Lidahku masih kelu. Hanya seperaka yang semakin anyata untukku.Dia lebih kacak bila dekat denganku.
"Marahlah kalau tak puas hati dengan I, Tanya apa you nak tanya dari I. I tahu you tak suka." Dia terus memandangku dalam-dalam tanpa segan silu.
"Kenapa?" Itulah perkataan pertama yang aku lafazkan untuknya. Walaupun kedengaran agak sedikit pelik, namun aku cukup yakin dia mengetahui maksud kata-kata itu.
"Kenapa you selalu ikut I? Kenapa berjalan di belakang I ? Tak berani? " sindirku. Keningnya terangkat sedikit seolah hairan dengan soalanku itu. Aku memandangnya tajam. Tidak perlu aku menekannya lagi kerana aku yakin dia memahami maksud pertanyaaan itu. Dia menarik nafas panjang. Memandang disekitar kami dan kami menatap majahku.
"Sebab Itak tahu sama ada you dah bersedia." Aku tidak mengeti. Bersedia? Dia masih memandangku.
"Sama ada you bersedia berjalan sama dengan I," jawabnya seperti tidak yakin.
"I nak berkenalan dengan you." Ketika itu juga aku ketawa. Jawapannya sungguh lucu.
"Kenapa ?? I'm not your taste for a guy?" Aku ketawa lagi. Dia menantikan aku memberikan jawapan. Tawaku tiba-tiba terhenti.
"Cakap terus terang aje. Kan lebih baik?" soalku dengan senyum sinis.

Hati menjadi rindu bila tidak bersua, mengambil keputusan untuk berkahwin tapi restu orang tua terhalang.
"Ayah dan mak you tak izinkan kita kahwin?" duganya. Tak sukar untuk menduga ketika ini. Apatah lagi melihat reaksiku yang agak berlainan. Tidakkah salah satu sebabnya adalah keengganan mereka melepaskan aku berkahwin?
"Biasalah," katanya lagi. "Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anak ikut apa kata mereka."
"Tapi walau macam mana marah sekalipun, jangan meninggi suara dengan mereka . Tak baik. CUba cakap dengan mereka baik-baik. Kalau mereka tak suka , cuba berlembut sikit." Aku kurang setuju dengan kata - kata Zainal. Apa yang Zainal tahu tentang ayah dan emak? Ayah sering memnuatkan jiwaku memberontak, seperti Abang Firdaus juga. Selain dari belajar, satu sebab aku datang ke sini ialah kerana aku mahu laru jauh dari bayangan orang tuaku.
"You bolehlah kata macam tu. Tapiyang kena ,I ."
"Jangan macam tu. Kalau you kena, I terasa sakitnya juga," kata Zainal memujuk.  Aku mula rasa tidak senang hati membicarakan tentang ayah dan emak dengan Zainal.
" I cakap dengan ayah yang I akan call dia lagi dalam masa dua tiga hari ni. Tengoklah macam mana nanti." Dia meramas-ramas jari jemariku. Kemuadian mengeluh perlahan.
"Susah sangat kita nak kahwin ni,ya? Ramai ornag yang tak setuju."
Aku tersentak. "Siapa lagi yang tak setuju?" Dia diam
"Nal I harap kita akan sama-sama hadapi masalah ni ." AKu mengingatkannya tentang janji setia kami untuk menghadapi perkahwinan ini nanti.
"Masalahnya sekarang , your parents."
"My parents? tanyaku sedikit tidak puas hati. "Macmamana pula dengan prang tua you?" soalku pula. Dia diam seketika. "Parents I taklah membantah, cuma sebagai orang tua, mereka selalu ada rancangan untuk masa hadapan anak-anak mereka." Aku seakan tidak mahu menyoal dengan persoalan yang sedang bermain dalam fikiran, Tapi, entah kenapa, keinginankuu supaya mendiamkan diri, tidak dapat dibendung.
"Mereka ada pilihan lain untuk you?"
"Pilihan apa ?"
"Gadis lain!"
Dia memandangku dan mengeluh lagi.
"Mereka mempunyai alasan mereka Kay. Macam parents you juga. Cuma parents you belum ada pilihan mereka sendiri."
"You tak mahu kahwin dengan I?" nadaku berubah.
Dia lantas menoleh ke arahku. "Kay, kenapa ni? I sayangkan you. Tak ada perempuan lain yang boleh ambil tempat you disini," katanya sambil menunjukan ke arah dadanya.

Kebahagian hanya sementara... Kehilangan Zainal mengundang segala derita buat dirinya. 
"Letak balik semua tu disitu. Mak, barang-banrang ni semua Abang Nal punya. Tak seorang pun yang berhak bawa barang-barang ni keluar dari bilik ni!" tempikku. Emak memandangku dengan bengis.
"Tapi ini rumah mak. Mak tak akan terima barnag-barang suami kau ada dalam rimah ini, faham?"
"Amir, Is, bawa keluar semua ni. Mak Ngah tak boleh tengok barang-barang ni lagi. Selagi barang-barang ni ada dalam bilik ini, selagi itulah anak aku jadi tak betul!"
"Mak! Barang-barang ni semua penting. Barang Kay pun ada sekali dalam kotak ni," teriakku sambil merampas kembali kotak yang dipegang oleh Amir.
"Mak nak buat apa dengan semua ni? Tolonglah emak. Ini aje barang-barang Abang Nal yang Kay ada. Tolonglah mak . Jangan buang...." tangisku. Emak menarik tubuhku dengan kasar dan jauh dari Amir. "Jangan peduli dengan Kay. Cepat angkat barang-barang tu keluar." Aku pantas memboloskan diri dari pegangan emak dan segera cuba menutup pintu bilik pula.
"Semua ni barang-barang Kay. Letak balik semuanya."
"Kay nak buat apa?" cabar emak.
"Apa gunanya Kay simpan barang-barang Zainal? Sampai bila Kay nak simpan? Sampai bila Kay nak tunggu dia balik? Dah lima bulan, takkan dia masih lupa? Takkan dia tak sdar Kay isteri dia? Mana dia sekarang ni? Tu.. perut tu dah membuncit. Nak lari dari tanggungjawablah tu. Mana dia? Mana?" tengking emak. Aku menangis.
"Biar sepuluh tahun pun , kay tetap tunggu dia balik," tegasku.

Setelah 9 tahun menghilang , Zainal muncul dan dia datang untuk cari kepastian.
"Kenpa you sembunyikanMisya dari I, Kay? Kenapa? Aku ketawa kecil melihat telatahnya. 
"Kenapa? Kenapa I sembunyikan Misya?" Aku tenung dirinya denga rasa marah.
"You tak layak bertanya! You yang menghilangkan diri, you nak marahkan I pula kerana menbunyikan Misya? Siapa yang sembuyidulu selama ni? You atau I? Kenapa baru sekarang baru you nak berlagak sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab? Kenapa baru sekarang nak terfikir itu semua?" tempelakku bertalu-talu. Dia mengeluh.
"I bukan datang ke sini nak bertelagah dengann you, Kay."
"Ipun tak jemput you k mari!" balasku.
"Tapi I nak tahu tentang Misya!" Suaranya meniggi.
"Sudahlah Nal! Tak payah nak jadi baik!" bentakku.
"Sudahlah apa , Kay? you fikir you boleh rampas Misya macam tu aje?"
"Selama ni apa yang you buat untuk kami berdua?" tempikku lagi. 
"Ingat lagi apa yang you dah buat atau sengaja you lupakan apa yang you pernah buat pada I?" Dia diam. Aku mengeluh panjang.
" Sembilan tahun Nal. You tak pernah fikir sembilan tahun itu adalah jangka masa yang terlalu lama untuk you kembali semual dalam hidup Misya dan mengaku you bapa dia? Mana akal you ?" cabarku. Memang saat ini, marahku meluap-luap. Dia bukan lagi kekasih yang pernah aku puja dizaman mudaku. Dia bukan lelaki yang aku hormati dan sayangi sepenuh perasaanku. Kerana dia, luka yang aku bawa ini masih berparut. Kenapalah aku terlalu buta untuk tidak mempercayai kata-kata emak dan ayah dahulu. Hidupku semakin kucar kacir dibuat oleh Zainal. Sehinggalah ke saat ini.
"I nak jumpa anak I,Kay!" Aku mendengus marah padanya. "Amboi! senangnya cakap. You fikir Misya nakkan you dalam sekelip mata? Youingat Misya boleh hidup dengan you macam tu aje?"

Dengan pelbagai perasaan ,Kamilia membawa Misya bertemu papanya buat kali pertama.
"Terima kasih Kay. I tak sangka you datang bawa Misya jumpa I," ucap Zainal kepadaku. Aku memandangnya tenang." I dah janji."
Dia tersenyum. "Dah besar Misya," komennya.
"I ketinggalan sembilan tahun untuk melihat Misya membesar." tambah Zainal lagi, seolah menyesali apa yang telah berlaku. Aku diam sahaja. Dan sembilan tahun yang sia-sia kerana kehilangannu, suara hatiku kedengaran. Dia menarik nafas panjang. Lega kerana semuanya yang berjalan lancar.
"Dia nampak gembira jumpa I." Suaranya jadi riang pula. Bangga pun, mungkin ada.
"I ingatkan, bila you datang lambat, mungkin dia dah tukar fikiran." Amu mematungkan diri sahaja. Dia mengekori pandangan mataku. " I nak selalu jumpa dia." Aku memandang kearahnya. Kenapa aku tidak terkejut dengan kata-katanya itu?

Walau seribu tahun pun Hati Kamilia bukan untuk Azman. Azman sedar itu, lalu dia mengundur diri untuk kebahagian Kamila.
"You masih perlukan Zainal , Kay?" Azman bersuara lagi. Aku terdiam. Perasaanku bercampur aduk. Aku cuba bersuara dalam kepayahan.
"Bukan senang nak terima Zainal semula macam tu aje. Kenangan lama tetap ada. I tak boleh pejamkan mata, dan lupakan segala-galanya. Tak semudah itu."
"I tahu. Tapi , you tetap perlukan Zainal. Untuk kepentingan Misya, you patut fikirkan tentang hubungan kita. I tak mahu kita berkahwin kerana kita dah lama berkawan dan sebab I yang banyak membantu you selama ini. I nakkan isteri I ada perasaan sepertimana you dengan Zainal. When you look at me, pandangan itu biasa sahaja. Bila you pandang Zainal, there is always something there. Perasaan you pada dia masih kuat, kay." Aku mengeluh panjang. Keliru dengan sikap Azman malam ini yang mudah mengalah.
"Kay, I buat ni , untuk kebaikan semua orang. I nak you faham tentang keadaan kita sekarang. Sebelum perkara ni semakin sukar, elok kita perbetulkan. Lagipun , mak you dah mula sibuk menyiapkan perkahwinan kita. Something has to be done to stop this." Perlahan -lahan, aku menerima kata-katanya. Biarpun sedikit rasa ralat, tapi aku akui kata-katanya.
"Maafkan I, Man. Maaf kalau I dah banayak menyusahkan you selama ni." Azman tersenyum senang. "Tak mengapa. You tak bersalah. Ini, sebenarnya lumrah hidup. antara lelaki dengan perempuan, ada perasaan. Dengan Zainal, perasaan 'itu' yang pertama untuk you. Walaupun I lebih lama dari dia, tapi I bukan pertama. Dia mampu brikan segalanya pada you, dari semanis-manis kebahagiaan sampailah sepahit-pahit kehidupan. Kalau tidak, dia bukanlah lelaki pertama untuk you."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Versi Drama 

Bersiaran di Astro HD 134 jam 10.00 - 10.30 malam setiap hari Isnin hingga Rabu.

Ost Sehangat Asmara


Minggu Pertama ( Episod 1 - 3 )


Episod 1
Zainal Arief sebagai peguam yang berjaya dan disegani . Adik Zainal memunjukkan gambar di majalah KELUARGA pada Zainal, agar Zainal tahu dia mempunyai anak bersama Kamilia Najwa isteri yang ditinggalkan 8 tahun dulu. Dia mahu Zainal mencari kebahagiaan untuk dirinya. Zainal mencari Kamilia di offis dan bertanyakan mengapa Kamilia menyembunyikan Misya Binti Zainal Arief darinya. 
Jom tonton link ini :- sehangat-asmara-episode-1

Episod 2
Kamilia , Sejak bertemu dengan Zainal hatinya resah. Kamilia inginkan kepastian dari Zainal kenapa Zainal meninggalkan dia dulu tetapi tiada jawapan dari zainal. Zainal ingin berjumpa Misya tapi dibantah oleh Kamilia. Azman menanyakan siapa yang Kamilia jumpa dan dia terkejut bila Kamilia menjawab dia berjumpa dangan papa Misya. Kamilia hanya memberitahu Misya yang papanya belajar di luar negara dan sibuk hingga tak dapat pulang berjumpa dengan Misya.Kerana terlalu rindu Misya berdoa agar dia juga akan bertemu dengan papanya walaupun sekali.
Jom tonton link ini :-Sehangat-asmara-episode-2

Episod 3
Mengingatkan detik pertemuan Kamilia dan Zainal di Australia. Hidup Kamilia yang suka berpeleseran di kelab malam tapi tanpa diduga dirinya diperhatikan dari jauh. Zainal menyelamatkan Kamilia yang hayal dari kelab malam hampir dilanggar kereta angkara sahabatnya memasukkan dadah dalam minuman. Zainal menghantar Kamilia kerumah, Zainal meninggalkan jaketnya beri pada Kamilia dan sebagai tukar ganti Zainal mengambil kunci rumah. Kamilia tertanya-tanya siapa yang menolongnya dan memberi jaket padanya. Kenapa Tuan empunya Jaket tidak memperkenalkan diri padanya.
Jom Tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-3


Minggu kedua ( Episod 4 - 6 )
Episod 4
Keluarga Kamilia bercadang untuk menjodohkan Kamilia dengan Azman .Kerana kesopanan dan mendengar kata orangnya, Mak Kay memilih Azman sebagai bakal menantunya. Azman yang dari dulunya memang ada hati dengan Kamilia menyambut gembira dengan cadangan Orang tua Kay dan papanya. Kay terus mencari gerangan yang memberi nota. Siapa kah lelaki itu dia tidak pasti. Hati berlagu rindu bila dia tidak berjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali. yang pasti dimana ada Kamilia pasti lelaki itu ada. 
Jom tonton Link ini :-Sehangat-asmara-episode-4

Episod 5
Kamilia tidak menyangka lelaki yang selalu mengikorinya itu adalah lelaki yang sama memberi nota-nata kecil dan menolongnya tempoh hari. Kamilia juga terkejut bila lelaki itu mengenalinya dan ingin berkenalan dengannya. Zainal terasa begitu gembira dapat bersua dengan Kamilia walaupun Kamilia marah dan bengang dengan sikap Zainal suka mengkritik cara Kamilia berpakaian. Zainal mahukan Kamilia berpakaian sopan terutamanya memakai baju kurung. 
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-5

Episod 6
Zainal terus mempersoalkan cara pemakaian Kamilia setiap kali pertemuan. Oleh kerana selalu dimarahi oleh Kamilia kerana menegurnya . Zainal mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Dalam masa yang sama Kamilia tercari-cari Zainal kerana menyepi. Papa Azman bersetuju dengan cadangan ayah Kamilia dengan menjodohkan Kamilia dengan Azman bila Kamilia habis belajar di luar negara. Tetapi Azman berpendapat lebih bartanyakan pada Kamilia sama ada bersetuju dikahwinkan dengan atau tidak .
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-6


Minggu ke tiga ( Episod 7 - 9 )

Episod 7
Azman memberitahu Kamilia  ingin membeli cincin dan melamarnya. Kamilia terkejut bila Mimie rakan serumah membawa lelaki masuk kerumah. Kamilia tidak menyangka Mimie sanggup berbuat demikian. Dalam masa yang sama Zainal menyaksikan pertengkaran antara Kamilia dan Mimie. Zainal mengekori Kamilia dari jarak jauh. Kamilia meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya dengan sikap Mimie pada Zainal. Sebagai pendengar yang baik Zainal memberi pendapatnya sendiri. 
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-7

Episod 8 
Mimie menyesal dengan apa yang berlaku . Mimie cuba bersemuka dan memohon maaf pada Kay tapi disambut dingin oleh Kay. Mak Kay terasa rindu pada anak-anaknya Kamilia dan Firdaus . Firdaus terus menghilangkan diri setelah berkahwin dengan pilihannya sendiri.  ini berpunca dia tidak bersetuju dengan pilihan keluarganya. Kata- kata zainal terngiang-ngiang.  Kamilia perlu menjadi diri sendiri tak perlu berpura-pura menjadi orang lain. Kini dengan rasminya dia menjadi diri sendiri dan Kamilia yang sebenar.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-8

Episod 9
Zainal gembira dengan perubahan Kamilia yang menjadi dirinya sendiri. Tetapi kawan kamilia , Mimie rasa pelik akan perubahan yang berlaku pada sahabatnya. Mimie sanggup mengintip siapa lelaki yang berjaya merubah Kamilia. Zainal memberi ruang dan peluang untuk Kamilia mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi. Kini Kamilia tahu mengapa Zainal selalu menasihatkan dirinya menjadi dirinya sendiri dan tak perlu menjadi orang lain dan Kamilia juga bersyukur kerana bertemu dengan Zainal.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-9


Minggu ke Empat ( Episod 10 - 12 )
Episod 10
Emak Kamilia risau keadaan Kay di Australia ini semua kerana pengaruh mak-mak datin yang anak mereka bila belajar di luar neh\garan mencari pasangan hidup disana. Emak Kamilia menyuruh Azman pergi kesana untuk menjenguk keadaan Kamilia disana. Hubungan Kamilia semakin mesra. Zainal terpaksa meninggalkan Kamilia seminggu, dalam masa yang itulah mereka memendam rasa rindu hingga tidak terkira. Bila bertemu mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Jom tonton link ini :-Sehangat-asmara-episode-10

Episod 11
Kamilia menalifon ayah dan mak di Malaysia untuk meminta restu untuk berkahwin dengan Zainal. Tetapi dibantah keras oleh ayah dan mak Kamilia dengan alasan Kamilia masih muda dan dimana ayah dan mak Kamilia nak letak air muka pada keluarga Azman kerana mak dan ayah Kamilia sudah berjanji ingin mengahwinkan Kamilia  dan Azman bila Kamilia pulang ke Malaysia nanti. Kamilia nekat untuk berkahwin dengan Zainal walaupun ayahnya tidak merestui perkahwinan mereka. Dalam masa yang sama Azman merancang untuk menghantar rombongan merisik. Namun rancangannya terpaksa dibatalkan bila mengetahui Kamilia sudah ada pilihan lain dan merancang untuk berkahwin dengan pilihannya. Mimie menghasut mak Kamilia dan membuatkan Mak Kamilia terus membenci Kamilia, tindakan berkahwin dengan Zainal Arief.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-11

Episod 12
kerana Kamilia nekad untuk berkahwin dengan Zainal , ayah Kamilia telah meyekat kemewahan yang diberikan pada Kamilia dengan harapan Kamilia akan membatalkan pernikahannya dengan Zainal. Tetapi itu semua tidak mampu menghalang cinta Kamilia pada Zainal. Mereka sah menjadi suami isteri . Dalam diam Azman kecewa bila Kamilia memberitahu dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya dan mendoakan kebahagiaan Kamilia . Kehidupan mereka sibuk sebagai pelajar tapi tidak pernah menghalang mereka menyesuaikan diri sebagai suami isteri. Sepanjang menjadi isteri Zainal Kamilia tidak pernah memasak. Kamilia ada rasa keinginan untuk memasak kari ayam untuk Zainal.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-12

OST Sehangat Asmara

Minggu ke lima ( Episod 13 - 15 )
Episod 13
Kehidupan suami isteri cukup membahagiakan pada Kamilia. Dengan rela hati Kamilia merealisasikan memasak kari ayam untuk suaminya. Kamilia merajuk bila Zainal memandang  mudah pada hal Kamilia terteruja untuk masak buat kali pertama untuk suami. Ayah Kamilia  telah tahu latar belakang Zainal. Kamilia terkejut bila Zainal memberitahunya ingin pulang ke Malaysia kerana ada Emergency. Zainal berjanji akan balik semula berjumpa dengan Kamilia setelah tugasnya selesai di Malaysia. Kamilia merasakan ada sesuatu yang tak baik bila Zainal pulang ke Malaysia .  Zainal pulang ke Malaysia , Kamilia merasakan hidupnya sunyi tanpa Zainal . Setelah 14 hari yang dijanjikan Zainal sepatutnya pulang tapi Zainal tidak muncul pada waktunya. Kamilia semakin resah.
jom tonton link ini;- Sehangat-asmara-episode-13

Episod 14

Kamilia resah Zainal tak pulang pada waktunya. Kamilia pergi mencari kenalan rapat Zainal dan mereka tak tahu Zainal berada. Hidup Kamilia tidak terurus sejak kehilangan Zainal. Kamilia disahkan mengandung. Kawan Kamilia menghubungi keluarga Kamilia dan Kamilia dibawa balik ke Malaysia. Bila di Malaysia , Kamilia meratapi kehilangan Zainal hingga dia nekad untuk kembali ke Australia kononnya dia mahu menunggu Zainal pulang tapi dipujuk oleh Mak Leha ( orang gaji ) Zainal pasti akan datang mencari Kamilia. Hanya sebagai kenangan, Jam Zainal dibuat pengubat rindu Kamilia.  
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-14 

Episod 15
Kamilia lalu waktu mengandungnya tanpa Zainal disisi. Tambah memeritkan Mak Kamilia membuang semua barang- barang Zainal supaya Kamilia melupakan Zainal. Kamilia melahirkan anak perempuan yang comel. Kamilia juga meyambung pengajiannya di Malaysia. Selepas 8 tahun Zainal menuntut untuk hak untuk berjumpa anaknya Misya. Zainal terus mendesak, Kamilia buntu dengan keadaan tu. Setelah kehadiran Zainal , Azman mula resah, Azman takut hati Kamilia akan berubah pada Zainal.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-15


Minggu ke Enam ( Episod 16 - 18 )
Episod 16
Zainal tidak pernah berputus asa memujuk Kamilia agar Zainal dapat berjumpa dengan Misya. Sikap degil Kamilia membuatkan Zainal terpaksa menghantar surat tututan berjumpa Misya dilakukan. Kamilia tak boleh terima dengan tindakan Zainal. Kamilia takut kehilangan Misya. Kamilia meminta pendapat ayahnya tentang masaalahnya tetapi di sambut baik oleh bapanya. Kamilia hairan dengan tindakan bapanya yang tidak marah bila menyebut nama Zainal atau pun bercerita tentang Zainal. Mak Kamilia memujuk Azman agar Azman dapat mempercepatkan perkahwinannya dengan Kamilia.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-16

Episod 17
Setelah berfikir dan menerima pandang ayahnya . Kamilia merubah fikiran agar Zainal boleh berjumpa dengan Misya. Zainal terkejut bila diberi tahu dia boleh berjumpa Misya. Rasa gembira dan tak sabar untuk berjumpa anaknya dikhabarkan hingga kekampung. Tetapi berita itu disanbut dingin oleh adik bongsu Zainal. Kamilia memberitahu Misya yang papanya ingin berjumpa dengannya. Misya yang tak sabar dan dia ingin kelihatan cantik di mata papanya bingung dan tak tahu memilih pakaian yang sesuai untuk berjumpa papanya.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-17

Episod 18
Pertemuan Misya dan Zainal berjalan seperti yang dijanjikan. Hati Kamilia terasa sayu bila menyaksikan pertemuan dua hati antara anak dan papanya yang terpisah 8 tahun. Setelah satu pertemuan Zainal meminta pertemuan kedua. Misya yang terlalu rindukan papanya akur dan menerima pelawaan Zainal. Mak Kamilia terus memaksa Kamilia mempercapatkan perkahwinan Kamilia dengan Azman tetapi ditegah oleh ayah Kamilia. Azman mula mengintip pergerakan Kamilia kemana saja Kamilia pergi. Dalam keadaan sekarang ini ayah Kamilia mula teringat dan menesal apa yang dia sudah lakukan pada Kamilia dan Zainal 8 tahun dulu .
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-18




Minggu ke Enam ( Episod 19 - 21 )
Episod 19
Misya semakin hari semakin rapat dengan Zainal sehingga setiap apa yang dilakukan mesti ada Zainal. Mak Kamilia sibuk dengan persiapan perkahwinan Kamilia dan Azman. Mak Kamilia juga membantah bila Misya rapat dengan Zainal tetapi dibantah oleh Ayah Kamilia. Ayah Kamilia kata hubungan anak dan ayahnya biarkan terjalin ini kerana telah terpisah 8 tahun. Azman terus cemburu dan cuba bertanya perasaan Kamilia padanya. Kamilia tiada jawapan. Kamilia merasa bersalah pada semua orang kerana tindakannya. Kamilia juga bingung dengan perangai Misya yang kini tidak menghormati Azman lagi dan semua hal perlu dirujuk pada Zainal .
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-19

Episod 20
Misya terus bertanya kenapa mama dan papanya tidak tinggal serumah sepertinya keluarga kawan-kawannya. Tiada jawapan dari Kamilia dan Zainal. Kamilia dan Zainal terus terusan untuk bergaduh dan mempertahan diri. Zainal cuba memberitahu keadaan sebenar pada Misya tetapi dibantah oleh Kamilia. Mak Kamilia terkejut bila mendapat tahu Misya sering bertemu dengan Zainal.Dia menjadi marah tapi ayah Kamilia menerangkan apa yang Kamilia buat semuanya kerana Misya. 
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-20

Episod 21
Kamilia terus tertekan dengan tindakan maknya. Kamilia berbincang dengan ayahnya supaya tidak terus memaksanya untuk berkahwin dengan Azman. Ayah Kamilia terus diam membisu. Kehadiran Zainal terus menjadi tanda tanya ? Zainal terus mendiamkan diri dan menganggap itu cerita lama dan tak perlu diungkit lagi. Azman lebih pada memerhatikan Kamilia dari memaksa. Azman sedar cinta Kamilia masih pada Zainal bukan padanya.  
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-episode-21



Minggu ke Tujuh ( Episod 22 - 24 )
Episod 22
Keengganan Misya tidak mahu bertemu dengan Azman mengundang kemarahan pada Kamilia. Kamilia memohon maaf pada Azman dengan sikap dingin Misya dapa Azman selepas Misya bertemu dengan papanya. Azman berterus terang dengan Kamilia untuk kebaikan Misya , Kamilia perlu bersama Zainal. Azman terima dengan hati yang berat. Misya cuba memujuk Kamilia dan memohon maaf. Mimie kawan baik Kamilia di Australia ternampak Kamilia dan Misya berjumpa Zainal dan memberitahu Mak Kamilia . Mak Kamilia marah pada Kamilia kerana membiarkan Misya terlalu rapat dengan Zainal.
Jom tonton link ini :- Sehangat-asmara-22

Episod 23
Azman terlanggar seorang perempuan yang bernama Raihana di restoran. Ayah Kamilia terus berdiam diri walaupun pelbagai soalan tak puas hati dari mak Kamilia. Mimie cuba mempengaruhi Azman kononnya untuk cara memiliki hati Kamilia tetapi di tolak oleh Azman. Pada Azman dia perlu menghormati Keputusan Kamilia tanpa orang ke 3. Azman membawa Raihana dan di perkenalkan pada mak dan ayah Kamilia. Azman tak mahu Mak Kamilia terus mendesak dirinya untuk meneruskan rancangan pernikahan dengan Kamilia . Kehadiran Raihana mengejudkan semua orang terutama mak Kamilia.
Jom tonton link ini :- asmara-episode-23

Episod 24

Raihana bersetuju membantu Azman untuk terus berlakon. Setelah Azman dan Raihana pulang , Kamilia menjadi mangsa kemarahan Maknya. Mak Kamilia tak percaya yang Azman sudah ada kawan perempuan. Kamilia mengurungkan diri dan dipujuk oleh Zainal. Kamilia meluahkan apa yang terbuku dihati tentang dirinya. Papa Azman menasihatkan Azman agar berterus terang dengan Kamilia. Bapak Kamilia mengakui semua yang berlaku adalah berpunca dari kesilapannya sendiri. 
Jom tonton link ini:-Sehangat-asmara-ep24



Minggu ke Tujuh ( Episod 25 - 27 )
Episod 25
Mak Kamilia masih tak puas hati dengan keputusan Kamilia . Puan Sri berpakat dengan Mimie untuk menghalang Kamilia berbaik semula Zainal. Sekali lagi Zainal melamar Kamilia dan ingin menebus kembali segala kesilapan yang lalu. Kamilia bersetuju dengan syarat Zainal tidak akan meninggalkannya dan tidak akan berahsia apa dengannya lagi. Setelah apa yang berlaku Azman mengambil keputusan untuk melamar Raihana dengan itu Azman boleh melupakan Kamilia. Zainal berjumpa ayah Kamilia, Zainal juma menyuarakan ketidakpuasan  hati Kamilia yang selalau mengunggkit kisah lama. Ayah Kamilia membenarkan Zainal menceritakan segalanya untuk kebahagiaan Kamilia. Mimie cuba mempengaruhi Kamilia dan Zainal dengan cerita rekaannya untuk menggagalkan perkahwinan sahabatnya itu. 
Jom tonton link ini :Sehangat Asmara Episod 25


Episod 26
Puan Sri mempengengaruhi Misya dengan memberitahu jika mama dan papanya berkahwin , Misya akan tinggal bersama nenek dan atoknya. Berita gembira untuk menikahi Kamilia disambut gembira oleh mak Zainal tapi tidak pada adik Zainal, Yani. Yani cuba mengingatkan apa yang keluarga Kamilia dah buat pada keluarga mereka. Mak Kamilia terus berusaha untuk memisahkan Kamilia dan Zainal. Mimie terus cuba mengorek rahsia perhubungan Kamilia dan Zainal. Misya merajuk dan termakan hasutan neneknya. Kamilia menerima berita Azman dan Raihana akan melangsungkan perkahwinan mereka. 
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 26

Episod 27 
Zainal terkejut bila ternampak nama Firdaus sebagai klien barunya. Rakan sekerja Zainal memberitahu inilah masanya untuk menyatukan keluarga Kamilia. Kamilia mencurahkan perasaan pada papa Azman tentang maknya yang melarang keras tentang perhubungannya dengan Zainal. Kamilia meminta restu untuk berkahwin dengan Zainal dan direstui . Kamilia terkejut dan gembira dengan berita itu . Kamilia menerangkan pada Misya yang Zainal akan tinggal bersama.
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episode 27




Minggu ke Lapan ( Episod 28 - 30 )
Episod 28
Semakin hampir hari pernikahan, Kamilia semakin resah dan takut peristiwa lama berulang. Menikahi Zainal semula adalah jalan yang terbaik untuk Misya. Zainal dan Kamilia selalu bertengkar setiap kali berjumpa mencari keserasian. Sebelum nikah Zainal memberi peluang pada Kamilia adakah pernikahan mereka perlu diteruskan. Dengan rasa Syukur Kamilia dan Zainal sah menjadi suami isteri. Selepas mereka nikah Kamilia bergegas pulang ke pejabat. Dalam perjalanan sebuah Van telah menghimpit kereta dan Kamilia kemalangan. Mimie Gembira kerana rancangannya berjaya. tetapi Mimie tak tahu sebenarnya dalam kereta itu bukan Zainal tetapi Kamilia. 
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episode 28


Episod 29
Papa Kamilia mendapat panggilan telefon bahawa Kamilia kemalangan. Mimie terkejut bila Kamilia kemalangan, sepatutnya Zainal yang kemalangan. Mimie diburu oleh orang upahan yng melanggar Kamilia kerana Puan Sri tak mahu membayar duit upah kena tersalah langkah. Zainal dan Misya bersama-sama menjaga Kamilia di hospital. Ayah Kamilia merasa lega kerana Kamilia tidak apa-apa. Ayah Kamilia dapat rasakan isterinya terlibat dengan kemalangan Kamilia tetapi di nafikan oleh isterinya. 
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 29

Episod 30
Kamilia dibenarkan pulang ke rumah. Zainal semakin sibuk melayan kerenah Misya dan Kamilia. Kamilia rasa kesal walaupun dia sudah mempunyai keluarga yang bahagia tapi ayah dan mak masih tak menjengoknya dan menerima Zainal sebagai menantu.  Semua itu persoalan dijelaskan oleh papa Azman datang melawat Kamilia dirumah. Ayah Kamilia datang  ke hospital tetapi Kamilia tidur dan ayahnya sentiasa sayang pada Kamilia. Dan Ayah Kamilia sedar bahawa Zainal lebih baik menjaga diri Kamilia. Selepas kemalangan Kamilia sering rasa lemah dan cepat letih. Kamilia membuat pemeriksaan doktor dan doktor kata mungkin ini adalah kesan dari kemalangan yang lepas.
Jom tonton link ini :Sehangat Asmara Episod 30


Minggu Ke Sembilan ( Episod 31 - 33 )
Episod 31
Tan Sri semakin menyesal dan menyalahkan dirinya apa yang dia telah lakukan pada rumahtangga anaknya Kamilia. Kamilia pula takut Zainal akan tinggalkan dirinya buat kali kedua. Kamilia dapat merasa keadaan begini bila dia mengandungkan Misya 8 tahun yang lalu. Misya dan Kamilia balik kampung Zainal. Mereka disambut baik oleh Umi tapi tidak pada yani adik bungsu Zainal.
Jom tonton link ini :Sehangat Asmara Episod 31

Episod 32
Semasa dikampung Kamilia cuba mencungkil rahsia apa yang terjadi 8 tahun lalu dengan umi tapi umi hanya menasihat Kamia jangan dikenang perkara lama kalau ia akan menyakitkan hati. Kamilia sah mengandung tetapi Kamilia masih sembunyikan kandungannya dari Zainal. Mimie terus mengugut Mak Kamilia untuk mendapatkan duit. Kebencian mak Kamilia masih belum berakhir pada Zainal. Puas Bapa Kamilia menasihati tapi semua itu sia-sia. Yani menghubungi Kamilia untuk bermalam dirumah kerana Yani ada interview kerja. 
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 32

Episod 33
Rahsia yang tersimpan 8 tahun yang lalu terbongkar juga. Yani mencerita apa yang terjadi 8 tahun lepas pada Kamilia. Kamilia terkejut dengan apa yang dia dengar. Kamilia terlalu sedih apa yang terjadi semuanya angkara ayahnya. Selama ini Kamilia mencari punca rupa-rupanya ayah sendiri yang merancang perpisahan Zainal dan dirinya. Kamilia pergi kerumah ayahnya untuk mencari kepastian. Mimie terus mengugut Puan sri dan menuntut sejumlah wang yang dijanjikan.
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 33

Minggu Akhir ( Episod 34 - 35 )
Episod 34
Mak Kamilia terkejut bila Kamilia dirumahnya. Mimie datang dan menceritakan apa yang berlaku semuanya rancangan maknya. Kamilia kecewa mengetahui hal sebenar. Sampai dirumah Kamilia dimarahi oleh Zainal kerana memarahi orang tuanya. Kamilia tak boleh terima bila Zainal menyebelahi orang tuanya yang telah memisahkan mereka. Kamilia keluar rumah dengan hati yang marah. Kamilia membawa diri ke rumah mertuanya dikampung. Umi memberitahu Zainal agar memujuk Kamilia dan berita yang paling mengejutkan, umi juga memberitahu Kamilia mengandung. Mimie meninggal dunia akibat kemalangan  kerana kecuaiannya sendiri. 
Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 34   

Episod 35
Yani memohon maaf atas ketelanjurannya pada Kamilia. Zainal datang memujuk Kamilia dan berjanji akan menjaga Kamilia sampai bila. Zainal pergi berjumpa mak mertuanya dan memohon agar mak mertua memaafkan dirinya dan juga Kamilia. Kamilia melahirkan akan lelaki. Dengan perasaan bersalah mak Kamilia juga memohon maaf pada Zainal Dan juga Kamilia. Abang Kamilia Firdaus pulang sempena hari jadi Misya. Dengan perasaan yang tidak terkata ayah dan mak Kamilia menerima kepulangan Firdaus dengan hati yan terbuka. Keluarga Tan sri Sharifuddin kini menjadi besar apa bila segala sengketa terungkai dan melupakan segala kenangan lalu.  Jom tonton link ini : Sehangat Asmara Episod 35  


Ringkasan perjalanan cerita cinta Kamilia dan Zainal Arif 

Jom tonton link ini :-

Sehangat Asmara 1

Sehangat Asmara 2

Sehangat Asmara 3

Sehangat Asmara sudah melabuhkan tirainya. Ceritanya penuh dengan cinta dan kasih sayang tak lari dengan dendam dan hasad dengki manusia. Cerita ini memang menarik saya suka dengan pelakon-pelakon yang menghidupkan watak dalam cerita ini . Dan tahniah buat semua pelakon - pelakon yang melakonkan drama ini dengan jayanya.