Saturday 23 February 2013

MINI NOVEL KU INGIN MILIKIMU


Biarpun kudrat tidak ditangaku namun , ku berharap kau menjadi yang terakhir untuk diriku....


Ini novel ke lima dari Rehan Makhtar milik saya. Oleh karana cerita mini novel ini tak terlalu tebal hanya 275 muka surat sahaja ceritanya lebih padat dan tidak meleret. Jalan ceritanya saya suka. Antara memiliki dan mencintai, dimanakah pengakhiran kisah hati Mohd Muklis, Anahara, Jeslina dan Zafran demi permata hati, Si kecil Aryana. Jom kita terokai istimewanya cinta Anahara yang mampu menggetarkan jiwa Mukhlis dan Zafran yang sukar dilupakan. Cerita ini mengisahkan Anahara seorang penulis yang menyembubunyikan identitinya dan meminat tegar yang bernama Mohd Mukhlis . Bermulalah perjalanan hidup mereka. Anahara yang tidak menyangka dirinya terheret di dalam satu episod cinta tidak direstui oleh keluarga . Mukhlis yang sanggup buat apa saja demi cintanya pada Anahara. Namun kehadiran Anahara mengundang konflik pada keluarga Mukhlis. Muklhis yang sudah bertunang dengan sepupunya Jeslina. Mukhlis dan Anahara nekad untuk bernikah dalam diam tanpa pengetahuan keluarga Mukhlis tapi direstui oleh keluarga Anahara. Tiada Majlis besar-besaran, tiada persandingan , tiada kompang mengiringi memeriahkan pernikahan mereka. Tetapi rahsia mereka tak bertahan lama. Mama Mukhlis Memanggil Anahara kerumah dan memarahi Anahara. Mama Mukhlis juga memaksa Anahara menandatangani borang poligami membolehkan Mukhlis berkahwin dengan Jeslina. Mukhlis kecewa dengan tindakan Anahara yang membenarkan Mukhlis berkahwin dengan Jaslina.Tanpa pengetahuan Mukhlis juga, Anahara dilayan seperti orang gaji oleh Mama , adik perempuan Mukhlis dan Jeslina. Tetapi tidak pada Papa Mukhlis . 

Hati Anahara remuk bila Mukhlis menceraikannya tanpa mendengar penjelasan. Dan hari yang sama berita gembira ingin disampaikan oleh Anahara yang dia mengandung. Penjelasan terungkai bila adik Mukhlis Nayli menceritakan keaadaan sebenar. Masa tu dah terlambat. Setelah ditinggalkan Anahara menutup pintu hatinya Kahadiran Zafran mengundang rasa cemburu pada Mukhlis. Cinta Zafran ditolak dengan cara baik . Kehadiran si kecil Aryana pengubat hati dan penyambung cinta Anahara dan Mukhlis.


Sinopsis dari kulit novel
"Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangt mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akanku katakan berkali - kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku jalani bersamamu ku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku akan mencintaimu menjagamu seumur hidupku.." Mohd Mukhlis

"Selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, ku ingin selalu bersamamu.. Selama ku masih bertahan, Selama ku masih bisa bernafas, ku ingin selalu mencintaimu..." Anahara

"Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cintadan hanaya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ku ingin engaku menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi ku akan setia disini menemanimu.." Zafran

Antara memiliki dan mencintai, dimanakah pengakhiran kisah hati Mohd Mukhlis , Anahara , Jeslina dan Zafran demi permata hati , sikecil Aryana.

Cerita ini juga boleh dibaca di blog punulis dan lebih dikenali Blogs hijau;-
http://wrehan.blogspot.com/2012/03/ku-ingin-milikimu-1.html

Petikan-petikan menarik dari mini novel

Sunday 17 February 2013

MINI NOVEL UNTUK DIA & SUBAHANALLAH AKU MENCINTAINYA




Ini novel ke empat karya Rehan Makhtar dalam dakapan saya. Dapat novel ni dah lama tapi baru ada kesempatan nak baca. Nak cerita sikit tentang mini novel ini. pada yang dah dapat mungkin tak terkejut tapi yang belum dapat mesti terkejut. Novel ni sebenarnya ada dua cerita dalam erti kata lainnya 2 dalam 1. Sesiapa yang pernah membaca novel  Kerana sekali cinta akan pernah dengar watak-watak dalam novel ini. Novel boleh beli dari penulis Rehan Maktar sendiri kerana novel ini tak boleh dapat di kedai - kedai buku biasa . Novel ini dicetak persendirian oleh penulis itu sendiri. Enovel juga boleh dibaca di laman blog penulis tapi saya lebih suka memilih dalam bentuk cetakan. 

Untuk mini novel Untuk Dia ada 200 muka surat. Banyak babak lucu dan mencuit hati dalam ceritanya. Ini episod cinta adik Zafran dan sepupu isteri Zafran , Haqmi a.k.a Haqimah .  Haqmi yang lasak dan berpakaian ala - ala tomboi boleh berubah menjadi perempuan yang sempurna. Walaupun pada mula pertemuan dengan Zafrin seperti anjing dan kucing. Berubah bila hati sudah terpaut . Demi cita-cita mereka menagguhkan hasrat untuk berumahtangga.  ( pada yang suka boleh baca enovel di blogs hijau Rehan Makhtar )
http://wrehan.blogspot.com/2012/07/untuk-dia-1.html

Mana kala Mini novel Subhanallah Aku Mencintainya 162 muka surat. Episod cinta adik Zafran yang bungsu Zafrina dengan seorang doktor seniornya Zayed. Pertemuan yang bertahun dan menaruh hati yang agak lama tapi tiada balasan cinta dari Zayed hinggalah Hadir Ziyad sepupunya. Diri rasa tercabar lalu melamar dan berkahwin. Namun Ziyad tidak pernah kenal putus asa untuk menawan hati Zafrina hingga diambang hari pernikahan Zarfina dan Zayed. Pelbagai dugaan mereka harungi untuk menikmati erti kebahagiaan. 
( pada yang suka boleh baca enovel di blogs hijau Rehan Makhtar )

Novel Untuk Dia

Biar waktu itu berlalu kerana hati ini ternyata untuk dia... selamanya dia 

Sinopsis dari kulit novel 
Memang aku kasar tapi dalam hati tetap ada empat musim. Pertemuan pertama dengan dia membawa debar dalam hati. Biar bermusuh, bertekak dan betegang urat, tapi aku cinta dia. Namun , semakin kami hampir, kami kian menjauh tapi Azfrin mengalah begitu danaku juga haruslah mengalah begini. Tanpa aku sedar jodoh terus membawa kami mendekat hari demi hari biarpun usia kami dimamah waktu, dia tetap menungguku - Haqimah a.k.a Haqmi

"Mana-mana aku lepak, mesti ada kau. Kua buat apa kat sini? Menyakitkan hati aku jelah. Bawak sini nasi aku tu. Aku lapar ni dan aku halal kau makan nasi aku tu.." - Haqmi

"Kalau tak nak masak... aku makan kau ajelah sampai aku kenyang tapi tempatnya bukan disini tapi diatas..." - Zafrin

Bila bersua, ada cinta pandang pertama. Bila menjauh, ada rindu menyapa. Sesekali terkeliru, bila dia bagaikan kaum adam? Apa yang pasti, dia tetap kaum hawa yang sejati bila berubah wajah tapi aku menerima dia seadanya dia bukan kerana berubah tapi kerana hatinya tetap mencintai dan setia padaku buarpun waktu berlalu. Mengheret janji kami dan melestarikan janji itu bila menjadi suri di hati. - Zafrin

"Bukan macam tu , rin... Ku dah ada kau. Segalanya ada pada aku ni untuk kau je. Untuk dia yang aku cinta iaitu Zafrin bin Zaini.." -  Haqmi

"Nope. jangan minta maaf. Seprti mana Mi pernah cakap pada abang, mencari ilmu ni ibadah dan jihad. Tetapkan hati, niat insyaallah setiap langkah Mi diberkati. Begitu juga hubungan kita. Abang mampu bertahan dua tahun lalu, apa salahnya abang bertahan lagi unutk dua tahun akan datang, kan? " -  Zafrin

Ilmu mendidik cinta antara Zafrin dan Haqmi menjadi matang. Ada tangis, ada senyum dan ada gelak tawa. Tak kurang rindu, tak hilang cinta. Janji dipadu bila Zafrin meminang. Keluh bertamu bila Haqmi menolak. Hingga akhirnya , mereka bertemu dalam janaji lama yang utuh dan kian kukuh bila Tuhan smemangnya menciptakan mereka untuk bersama biarpun ilmu menjadi penghalang.


sedikit petikan menarik dalam novel 
Dipertemukan dalam satu kemalangan
"Kau gila ke , hah? Bawa motor berapa lama ni? Lesen kau lesen terbang ke? Motor mahal kau ni tak ada signal ke , bongok!" Dia menghamburkan marah sekuat hatinya. Aku telan liur. Motosikal aku tongkat baik-baik. Tercalar sikit yang membuatkan hati aku turut tercalar. Pakwe saya! jerit hati aku tak puas hati.
"Ala.... maaflah , bro . Aku terlupa. Lagipun kau yang langgar aku. Aku dahlah nak cepat ni. Kira halallah. Motor aku pun calar. Motor kau tu dah buruk sebab tu kau biar trgolek je , kan ?" sinisku di luar sedar. Aduhai... patut minta maaf tapi menyindir orang lagi."Dik... okey ke ni?" tanya salah seorang daripada orang yang amai-ramai ni. Lelaki pula tu dan ada hati nak sentuh bahu aku. Pantas aku mengelak dan mendengus."Tanya dengan mulut, bang. Bukan dengan tangan. Karang.." AKu kpal penumbuk dan lelaki itu terkebelakang. Tahu takut, sinis hatiku. Bila aku pandang mamamt LC tadi , nampak siku dia cedera. Berdarah tapi macam tak ada apa-apa. Macho konon.
"Apahal kau kurang ajar sangat ni? Dahlah tak minta maaf... menyindir aku pulak. Kau salah tau tak ?" bentak dia seraya membuka topi keledarnya dan mendekat padaku. Bila dia kuak rambutnya ke belakang.... aduh! Hati aku terpanah. Ada degup indah. Berdebar-debar dan lidah kelu. sebentar. kacaknya! hanya itu hati aku mampu sebut bersama bibir yang bergetar melihat dia semakin rapat pada aku. Mati!

Mereka bertemu lagi .
"Eh.. ini rumah aku. Ini keluarga aku . Ini mama dan abah aku dan ini adik aku. itu kakak ipar aku. Hah? Kau yang masuk kandang singa kebulur ni kenapa? Nak kena nygap ?" bidas dia pula. Kali ini, aku terlopong sendiri. Aku pandang wajah semua orang. Semuanya menggangguk dan trsenyum . Cepat-cepat aku buat wajah selamba. Mas ni kalau mengalah, haruslah malu saja pada mamat ni.
"Eleh... kau ingat aku nak percaya ke?" Tak dapat tidak, aku tetap nak anggap dia tiada kaitan dengan keluarga ni.
"Errr... Ni Zafrin. Angah kak Rina, Mi" Zafrian menyampuk dan bila Abang Zafran mengguk, mama dan abah juga sama. ...Aku kelu seketika. Mencari akal nak lari dari keluarga ni sekarang.
"Hah? Baru kau nak percaya yang kau tu dah serah diri dalah kandang sunga? Amboi... kau tu minta maaf ikhlas sangat ke? Mult kau tu baik kau jaga baik- baik!" Marah Zafrin lagi. 
"Eleha, mulut aku ikit suka akulah. Kau kenapa kalau aku nak cakap pun ? " Aku mencemik dalam suara yang sudah kendur. Malu pada orang tua di depan matang sedang tersenyum padaku.
"Jangan sampai aku buat kau diamlah, Minah bin mamat!"
"Kau nak buat apa? Selotape? sinisku geram.

Sesuatu yang berlaku membuatkan Zafrin rasa untuk bertanggungjawab.
"Jangan risau ... aku akan bertanggungjawab atas kau, Mi" pangkas dia.
Aku merengus kaut. "Apa pulak tanggungjawabnya? Kau melalut apa ni?"
"Kot lah sebab aku tercium kau tadi kau suruh aku bertanggungjawab ke ?" sela dia.
"Ter kau cakap? TERCIUM? tanya aku geram. Dia angguk dan sengih.
"Aku tercium. Cikgu aku cakap dulu, kalau ter ni tak sengaja jadi kau tak bolehlah marah," ucap dia loyar buruk. Aku genggam penumbuk tapi agaknya Zafrin perasan, dia terus menutup sebelah wajahnya mengelak dari terkena tumbukan padu aku.
"Kau ni kan..." Huh, tak mampu aku nak sudahkan ayat aku . Boleh bikin hangat dengan mamat ni biarpun terasa dingin setelah hujan reda dan penghawa dingin yang dipasang.

Bila Zafrin meluahkan 
"Jangan pergi, Mi.." suruh dia.
Aku mengggeleng. " Tak boleh. Aku kena pergi jugak!"
"Kau pergi, memang kau Haqimah yang yang aku tengok semalam..." ucapnya dengan nafas yang masih belum teratur.
"...Haqimah yang cantik gila sampaikan aku rasa tak layak untuk aku. Haqimah yang buat aku hampir melelah air liur tapi tetap tak mampu nak jentik rasa di hati aku ni. Haqimah yang gagal buat aku jatuh cinta biarpun bagaikan puteri ya g turundari kayangan," sambung dia bersama nafas yang sudah agak teratur. Kenong aku hampir bertaut. Pelik dengan ayat-ayat yang Zafrin ucapkan. Apa bezanya Haqimah dan Haqmi sedangkan itu adalah aku.
"Kau kenapa ni, Rin ?" Soal aku kepelikan. Dia terus menapak dan terus mendekat pada aku. Nafas dia hela dalam-dalam dan dia  hembuskan perlahan.
"Tapi ... kalau kau tak pergi, kau adalah Haqmi yan senget. Yang kasar, yang tak sopan, yang garang , yang aku panggil singa sarkas yang suka masuk kandang singa lapar. Kalau kau tak pergi, kau adalah Haqmi yang aku kenal. Yang cantik dengan cara kau sendiri. Tang menarik perhatian aku dengan kekalutan dan sikap kau yang keras hati tu. Haqmi yang berjaya buat aku jatuh suka pada dia dari awal pertemuan lagi." akui Zafrin tanpa menjawab soalan aku. Aku kelu . Dah rasa macam dalam drama dah pulak. Bezanya dia berbicara separuh berbisik. Tidak menjerit macam dalam drama Korea ke  Melayu ke . Dia nampak cuba bertenang biarpun wajah dia nampak merah padam sudah. Aku mahu ketawa tapi masih belum sampai masanya.
"Jangan buat lawak , Rin.... aku adalah orang yang sama..."
" Tapi tidak pada aku. Haqmi dan Haqimah orang berbeza. Aku suka Haqmi biarpun hakikatnya Haqimah terlalu cantik buat aku," pangkas dia.

Bila cintanya tidak tertanggung. Zafrin melamar tapi  Haqmi  menolak
"Kita kahwin , Mi..." ajak Zafrin tiba-tiba. Tubuh aku trrangkat sendiri. Terkejut bukan kepalang dengan apa yang Zafrin utarakan.
"Kau .."
"Aku serius," tekan dia .
"Tapi..."
"Itulah yang akan membezakan aku dengan kawan-kawan kau,Mi. Kita kahwin. Macam Kak long tu... okey je dia kahwin muda. Aku harap kau sudi," ulang dia lagi. AKu melopong . Tak mampu berkata apa. Tadi merajuk. Bila dia telefon semula, terus ajak kahwin.
"Kau okey tak ?"
" Tak okey !" jawab dia pantas.
"Kalau tak okey, pergilah klinik," cadangkan agak loyar buruk.
"Ubat aku tak ada kat klinik."
"Habis tu kat mana?"
"Ubt aku adalah kau. Hanya kamu dan kamu. Untuk aku!" suara Zafrin mendatar tapi penuh kesungguhan.
"Err... aku kena bincang dengan keluarga aku dulu, Rin Aku tak sama dengan Resa..." Dia mengeluh mendengar jawapan aku. Aku tahu dia agak kecewa tapi perkara ini bukan perkara main-main. Anaresa tak apalah dia memang tahu segalanya. Tapi aku, bakar roti pun boleh rentung. Macam mana aku nak hudup sebumbung dengan dia.

Akhirnya mereka bersepakat.
"Tak lama dah tu . Tapi , alang-alang Mi sentiasa cemerlang. abang nak mi sambung master terus. Tak lama, dlaam sethun je dah habis tapi jangan extend la," cadang dia.
"Sanggup tunggu ?"
"Alang-alang abang kena tunggu, apa salahnya abang tunggu lagi sikit masa.Tapi boleh tak cakap Mi cinta abang sekali ni je. Dari dulu sampai saat ni, Mi tak penah cakap," rungut dia sedikit. 
Aku ketawa. "Tak sampai masa lagi. Sampai masa jangan kata dengan suara, dengan perbuatan skali Mi lahirkan cinta tu," gurauku. Pandangan kami bersambungdan mata Zafrin membulat. 
"Pandai bergurau kunyit dengan abang sekarang, kan?" usik dia.
"Kunyit sikit je pun. tapi , itulah hakikit. CInta halal itu hebat tapi kita ni tak sampai seru lagi. Kita sama-sama tamatkan pengajian, kerja dulu baru kita rancang semula." Zafrin mengangguk dengan kata-kataku.



Novel Subhanallah Aku Mencintainya

Kan ku lafazkan akad sebelum ku lafazkan cinta

Sinopsis dari kulit novel
Hati Zafrina sejak dulu milik Zayed namun bila Zayed bagaikan tidak mengerti atau buat-buat tidak mengerti, Zafrina mahu menarik diri. Dua yakin Zayed tahu akan rahisa hatinya. Bahasa tubuhnya jelas menggambarkan cinta buat seniornya itu. Namun , Zayed tetap begitu dengan layannya bukan sekadar teman membutkan hati Zafrina resah dan mahu mangalah.

"Sejak bila pandai panggil abang tanpa Anag Zayed? sejak bila pandai panggil Zaeyed je ? - Ahmad Zayed.

"Pangillan abang tu hanya untuk yang halal disisi Rina. Dalam keluarga Rina pun, tak ada abang. Ada Along , anganh dan abah. Abang tu, insyaallah sikit masa lagi kalau Allah hantar jodoh yang baik buat Rina.." - Zafrina

Seperti hati yang biasa yang telah Allah kurniakan, cinta hadir dalam diri Zayed buat Zafrina sudah sekian lama. Tidak pernah berubah malah semakin bercambah. Cuma, undang-undang Tuhan membataskan kerana bagi Zayed. Cinta itu akan diucapkan setelah dia menjawab qabul menjadikan si gadis yang halal disisi.

"Maafkan Zayed, tapi, percayalah... kasih kita ni biarlah kasih Allah mendahuluinya kerana Dia yang menjadikan hubungan kita ini sejak dari azali biarpun hari ini ianya terbukti.."- Zayed

Lalu, akhirnya Zayed mengucapkan cinta dan Zafrina menerima pengakuan itu dengan airmata biarpun muncul Ziyad, penggoda kelas pertama yang magasak jiwa wanita Zafrina.

"I ada Zayed dalam hati.." - Zafrina

"And I ada you dalam hati I " - Ziyad

Zafrian dan Zayed tegar. Mereka setia biarpun kisah hati mereka dimamah masa, lalu mereka ucapkan, Subhanallah AKu Mencintainya.


Petikan menarik dalam Novel

Luahan hati seorang anak
"Rina memang sukakan dia, bah." Akui tanpa silu.
Abah angguk dan menepuk bahuku lembut. "Abah tahu RIna sukakan Zayed dan dia pun sukakan Rina. Tapi , bukan cinta. Rina kena faham tu. Abah pun dah faham. Mula-mula dulu ingatkan Zayed adalah teman istimewa Rina tapi sampai sekarang tak ada apa-apa lagi, abah anggap korang berdua tak ada apa-apalah,: ujar abah luhur. Pedihnya hatiku menerima kata kata abah yang ternyata ada benarnya. Sudah bertahun, jika bnar Zayed mahukan aku dan mencintaiku, pastilah dia sudah mengakuinya biarpun untuk sekali. Aku tarik nafas dalam - dalam dan menghelanya perlahan. Airmata aku lap dan aku pandang abah bersama senyuman tipis bagi menutup kepedihan hatiku.
"Abah janagn risau... tadi tu RIna bergurau je . Kalau Zayed tak nak, orang lain kan ada. Rina tak akan berharap pada dia. Lagipun , doktor yang sibuk macam dia tu, masa untuk diri sendiri pun tak ad, bah" selorohku pada abah dalam tawa yang canggung.

Hadir lelaki bernama Ziyad 
"Ini aku kenalkan DDoktor Zafrina, " beritahu Zayed pada lelaki yang dikatakan sepupunya itu .
"Ziyad. Sepupu Zayed yang palaing rapat dengan dia dan sebaya dengan dia juga," sampuk lelaki yang kini kukenali sebagai Ziyad. Memperkenalkan dirinya sendiri padaku. Jenuh. Seorang Zayed, seorang Ziyad. Jika ada seorang lagi sepupu pastilah Zenat barangkali. Sungguh tenat! Aku ukirkan senyuman tipis dan menggangguk tapi sayang bila Ziyad menarik tanganku lalu dia mengucup belakang tangan ini lembut renungan yang menggoda namun padaku agak menjengkelkan. Tak sempat berbuat apa-apa bila Ziyad penuh bergaya melayaniku bagaikan seornag puteri raja. Mata Zayed membulat dan rahangnya aku namap turun naik.
"Wei .... behave sikit" tegur Zayed.

Tanpa diduga Zayed melamarnya.
"So , sudi jadi isteri Zayed?" tanya dia lagi. Kali ini nampak sdikat bersungguh-sungguh. Hangat tiba-tiba wajahku memandangka matahari senag muncul. Zayed pula buat sesi melamar depan rumah. sanagt tak romantik dan tak pernah dibuat orang barangkali.
"Kan Rina cakap janagn bergurau. Jangan sebab Ziyad tu Zayed macam ni, Jangan risau is not listed!" tegasku masih tidak mampu mempercayainya.
"This is not about Ziyat but me, myself. Seperti Zayed ckap, inilah masanya. Tak percaya? sebab tak ada bunga segalanya? tak ada cincin platinum harga ribu-ribu? tak ada candle light dinner?" Aku diam mengemam bibir. Terasa dengan kata-kata Zayed. Bibir Zayed mekar lagi dengan senyuman tapi kali ini senyuman menyenget dan nampak sedikit sinis. Dia lalu membuka jam dari oergelangan tangannya dan menarik lenganku yang diliputi lengan blouse lalu memakaikan aku dengan jam tangan berjenama tag Heuer silver itu. Besar dan longgar. Hampir melurut jatuh tapi aku pegang dengan mata yang merenung dia tak berkelip-kelip.
"Time is running out. TIme is gold. TIme is life . Wal' asr.... Demi masa. Manusia itu selalu dalam kerugian. So, will you marry me?" tanya dia untuk kali ke berapa aku pun dah tak tahu.

Kehadiran Ziyad mengundang rasa cemburu pada Zayed.
"Racun?"
Zayed angguk . "Racun cinta. sebab tu dia sabggup datang sini dan mencari penawarnya. dan penawarnya itu adalah Zafrina," ujar Zayed membuatkan aku terlopong.
"Maknanya dia tak bergurau?" tembakku ingin tahu. Sungguh, aku ingatkan dia saja mahu test market dengan ku.
"Nope.." Zayed menggeleng.
"Kalau sampai tahap ni, dia tidak bergurau. Setakat perempuan cantik, seksi, dia bolah dapat tiap kali berlabuh kat mana-mana tapi bila sampai accident dan bila mak long dan pak long sudah menyebut nama RIna pada Zayed, he must be demned serious about you and i'm afraid that I can't hold this any longer."
Rahangku tersa jatuh dengan kata-kata Zayed. Padanlah dia tiba je depan aku tadi ditanya aku okey atau tidak.
"What was that supposed to mean?"
"Zayed tak mampu sabar. Takut penumbuk sulug singgah ke muka dia. Sebelum dia terus meroyan, better kita kahwin cepat-cepat," ajak Zayed.

Hari bahagia tiba tapi kenapa Ziyad 
"Apa semua ni? Aku mula sesak nafas bunga yang ada ditangan terlepas dan aku terus pejamkan mata bila Ziyad menghampiri.
"Kan I dah cakap pada you, I wajib ada hari kahwin you nanti. Kalau tak, you tak boleh kahwin." bisik Ziyad dekat pada telingaku. Air mata yang menitis aku biarkan saja. Bila kak long mahu memujuk, aku menepis. Bila kak ngah mahu memeluk, aku mengelak. Tangisanku mula kedenganran. Teresak-esak sudah. Bila mama mahu mendekat, aku tahan. Aku pandang mama dan abah tajam. Sampai hati buat aku macam ni.
"Rina... " seru mama dan aku pejamkan mata lagi. Tak sanggup nak lihat mata mama dan abah. Suasana bilik hening. Macam tak percaya dengan apa yang terjadi. Mana Zayed? Apa jadi pada dia? Aku terduduk dan tak lama setalah itu. Aku rasa tanganku disapa orang. Aku yakin itu genggaman Ziyad yang sudah bersedia mahu menyarungkan cincin pada jari manisku. hendakku elak apa guna bila kata-kata Ziyad ternyata makbul.
Saataku rasakan nafas hangat menyapawajahku, aku yakin Ziyad sedang mahu menucup dahiku. Semakin kejap aku pejamkan mata. Tak mampu nak terima hakikat ini dan saat bibirnya sejuk singgah tepat di dahuku lama, air mata aku menitis lai dan kili ini tidak tersika.
"Assalamualaikum, sayang," bisik dia dan aku pantas membuka mata. Lidahku kelu. Liur ku telan berkali-kali. umpama mimpi aku lihat sema orang ketawa halus. Termasuk ziyad yang tersengih-sengih rapat dubucu dinding.
" Za..."
"Abang... Abang," cantas dia.

Saturday 2 February 2013

PESTA BUKU 1 MALAYSIA

Sana sini orang memperkatakan mengenai Pesta buku 1 Malaysia bermula dari 30hb Januari 2013 hingga 3hb Febuari 2013. Pesta Buku 1 Malaysia yag berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Saya dan anak-anak pun tidak ketinggalan turut mengunjungi Pesta Buku 1 Malaysia pada 2hb Fabuari 2013 hari sabtu. Kali ini untuk pergi PWTC saya dan anak-anak menggunakan perkhidmatan awam. Dari rumah kami menaiki sebuah teksi untuk pergi ke station Komuter Batu Caves. Ini kali pertama menjejaki di Station Komuter itu. 


Jom kita menggembara perjalanan ke Pesta buku 1 Malaysia.
Tambang komuter Dewasa RM 2.00 untuk & Kanak - kanak RM 1.00 untuk 1 hala perjalanan ke station Putra





Sempat bergambar dan dijadikan kenangan 








Apa yang saya dapat di pesta buku 1 Malaysia
Terlalu ramai ambil gambar dari jauh jeeeee
Papa Ehsan Dan penulis novel Teduhan kasih
Ini sentuhan Ori dari Ady Putra
Ini diantara buah tangan dari pesta buku 

Saya beli buku cerita kisah nabi dengan harga RM 1.oo senaskah 




Sempat mengalas perut bila penat berjalan-jalan 



Bergambar sebelum perjalan balik

Inilah perjalanan dan pengembaraan kami dipesta buku 1 malaysia.