Saturday, 30 March 2013

NOVEL MEH SANDAR PADA AKU


Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?


Novel ni buah tangan masa Pesta buku 1 Malaysia awal bulan 2 yang lepas. dah sebulan lebih novel saya beli baru ada kesempatan nak baca. Teringat masa beli novel cadang nak jumpa penulis tapi dah kena himpit dengan Ady Putra tak jadi jumpa Aifa Batrisya mungkin kita jumpa masa Pesta Buku Antarabangsa nanti. 

Sebelum ini ikut di E-novel tiap-tiap minggu jengah di blog penulis. Meh sandar pada aku hasil kedua. Tahun lepas lahir dengan novel Kahwin Ganti. Lupakan dulu dengan karya Aifa yang pertama tu kerana saya nak bercerita pasal novel kedua beliau Meh sandar pada aku yang setebal 581 muka surat.  Cerita ini ada sedikit kelainan bermula Praktikal dan penyelia bertukar menjadi adik beradik tiri lepas tu menjadi suami isteri.

Novel ini menceritakan Afnan Tasneem yang sentiasa ceria  dan agak bendul yang tak bertempat membuat praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya . Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam . Doktor Syed Nadhan hidupnya tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. 

Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala. Kerana sebelum ini Doktor Syaed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Doktor Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar.   Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Doktor Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Doktor Syed pada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Doktor Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Doktor Syed suka pada Afnan Tasneem. 

Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Doktor Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila mama Afnan Tasneem berkahwin dengan papa Doktor Syed. Papa Doktor syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Doktor Syed , Syed Emir. Tanpa pengetahuan Doktor Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya . 

Aleesya pemburu cinta Doktor Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa dan sebagai abang, Doktor Syed cuba memujuk tetapi seperti tak kena. Berita kematian mama dan papa membuatkan Doktor Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Doktor Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab.

 Doktor Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Doktor Syed juga Doktor Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Sinopsis dari kulit Novel

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Sedikit petikan-petikan yang menarik dalam novel
Kehadirannya
"Assalamualaikum Doktor Syed! student praktikal Doktor Syed datang lapor diri hari ni" Mastura menyapa setelah mengetuk pintu. Dari belakang, Tasneem mencuri pandang wajah lelaki yang sedang tunduk, sibuk meneliti kertas-kertas dihadapannya. Tak berkerdip dia memandang. Sesekali dia menggosok matanya. Ini Doktor Syed? Mudanya! Takkanlah kut!
"Waalaikumussalam. Emmm.. saya tengah sibuk sekarang. Mas, Suruh dia datang jumpa saya," Balas lelaki itu tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya.
"Baik, doktor. Nanti bila kerja doktor dah selesai inform kepada saya, ya?"
"Hmmmmm.."
Perlahan-lahan pintu gelangsar kaca ditarik semula. Tasneem menjuihkan bibirnya. Sombongnya dia ni.Klau sibuk sekalipun , angkatlah muka bila bercakap dengan kak Mas tadi. Ini tidak, tunduk macam bagus, langsung tak pandang muka orang yang sedang bercakap. Macam tu ke gaya pegawai di sini? Teruknya!
"Kak, Doktor Syed tu memang sombong macma tu ya?"
"Sombong?" soal Mastura. Keningnya diangkat tinggi. 
"Yalah. Orang yang sombong dan perasan diri dia bagus aje tak pandang orang lain waktu bercakap. Apa.... dia ingat dia tu pangkat doktor .... ada PHD, boleh layan kita macam tu? please..."
"Syhhhh" Tasneem terdiam bila jari telunjuk Mastura melekap dibibirnya.

Di pertemukan
"Saya engineer. Bukan chemist!"
"But all of chemical engineer should learn about chemistry. Patutnya semua term tu, ada kat hujung jari aje."
"Okay, fine. Nanti saya Google. Amidasi,kan?" soal Tasneem sambil mencatat sesuatu didalam buku nitanya. Pen ditangannya ditekan kuat. Hatinya terasa sakit, dirinya rasa dicabar. Semua dihujung jari ya.... Tak apa, esok dia akan datang membawa kitab lama berkenaan kemia organik tahun satu pengajiannya dulu.
"Lagi?" tanya Tasneem, cuba mmepamerkan senyuman.
"Apa yang lagi?"
"Nama saya. Doktor Syed tak nak tahu nama saya ke ? Macam mana saya nak berkerja dengan Doktor Syed kalau nama saya pun doktor Syed tak tahu."
"Penting ke ?"
Penting ke? Urghhhh.... serius! jenis apa yang berasa didepannya ini?
"Habis, macam mana Doktor Syed nak beri tugasan dan arahan kepada saya kalau nama saya pun Doktor tak tahu?" Akhirnya lelaki itu mengangkat wajahnya dari terus memandang skrein komputer ribanya. Automatik tangan dan tubuhTasneem terasa mengeletar tatkala mata mereka bertembung. Seperti ada satu kuasa sudah mersap masuk ke dalam badannya. Okay Tasneem, bak kata Kak Mastura... ah, terus kepada kesimpulan lagi mudah. Kacaknya dia!
"Itu bukan masalah kau. Aku yang bagi arahan di sini. Jadi terpulangpada aku sama ada nak panggil kau kiahke ... Minak ke . Tugas kau, buat seperti yang diarahkan kalau nak lulus. Faham?" Ekkk... Tasneem menelan air liur. Hilang terus rasa kagumnya terhadap wajah tampan itu dek mulutnya yang sangatlah....hmmmm.

Perkenalan tanpa diduga
"Saya Adam. Adam Naufal. Pelajar Master bawah seliaan Doktor Syed."
"Ooo.." Erkk.. Tasneem, tiu saja yang boleh kau jawab? Ehhh... boleh..ooo? Mana pergi mulut keletah dan..
"Afnan ni.. student mana?" 
"UTM."
"UTM Skudai?" Tasneem manggangguk lagi.
"Saya belajar di UPM. Dekat aje, takjauh dari sini."
"Ooo.." Aduhai Tasneem... ooo lagi? Mesti mamat ni serik nak tegur kau dah lepas ni ! Jafi diri mamat ni serik nak tergur kau dah lepas ni! Jadi diri sendiri, Tasneem! Create rapport .. urgh.. asyik-asyik nasihat Prof. Jay itu juga yang diingatnya . Bosan!
"Adam? Bila awak sampai?" Tiba-tiba terdengar suara seseornag yang muncul dari pintu makmal.
"Ehh.. Doktor Syed! Saya baru sampai dalam 10 minit. Lewat Doktor Syed hari ni? Maaf, sebab datang tak beritahu Doktor Syed dulu. Saya dari kampung, terus datang kesini.
"No problem. Jom masuk dalam bilik. Kita berbincang di dalam."
"Baik, Doktor Syed. Emm.. Afnan, saya masuk dulu ya. Kita jumpa lagi nanti." tegur Adam Naufal dengan senyum masih meniti dibibirnya.

Berita yang diberitahu oleh mamanya amat mengejutkan.
"Adam.. saya tak nak kongsi mama dengan orang lain," Luah Tasneem dalam nada suara perlahan. Wajahnya ditundukkan. Hampir seminggu lebihdia menahan rasa sendirian. Mama dah nak kahwin! Rupa-rupanya dalam diam mama masih berhubung dengan bekas kekasih lamanya dan sekarang mereka hendak mengikat semula kasih sayang yang terhenti beberapa puluh tahun dahulu. Entah kenapa selama ini dia tak dapat menghidu semua itu biarpun di antara dia dengan kak long, dia lebih rapat dengan mama.
Hurmmmm.... bagaimanalah agaknya gerangan bakal bapa tirinya itu ya? Biasanya, bapa tiri ni garang, perengus!. Itu belum lagi diambil kira dengan sikap bakal adik-beradik tirinya! Argh.. Memikirkan semua itu hatinya rasa nak meletup. Rasa hati itu perlu segera diluahknny. Tapi tidak tahu kepada siapa dia hendak meluahkan rasa hatinya itu. Kepada Mastura? Tak mungkin! Mastura kan sekutu utama mama, malahan bakal pengapit pula tu.Salwa? Dia pun sama! sekutu kedua mama! awal-awal lagi dah tersenaraisebagai flower girl.
"Hidup kita ni Afnan, mana-mana pun perlu berkongsi. Contohnya kalau kita pergi shopping complex, tandas awam kat situ kita kena kongsi dengan orang lain juga,kan?.
"Itu soal tandas awam, Adam . Saya bercakap pasal mama saya! Lepas ni, saya terpaksa kongsi mama dengan bakal suami dia dan juga bakal anak-anak tiri dia" Tasneem menrik muk. Adam pun tak faham apa yang dirasakannya pada saat itu.
"Saya faham , Afnan. Saya faham apa yang awak rasa. Tapi awak pun harus faham perasaan mama awak. Dah perpuluh-puluh tahun dia korbankan segalanya untuk membesarkan awak seorang diri. Tak salahkan kalau kali ni awak pula berkorban untuk dia? Kalau awak rasa awak perlukan dia dalam hidup awak, dia pun perlukan seseorang waktu awak tak ada disisi dia." Tasneem terdiam. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata itu.

Tasneem betul-betul tidak menyangka dia akan bertemu Doktor Syed dirumah bapa tirinya.
"Doktor Syed...Doktor Syed... kita sekarang kat rumah, bukan oips!" tegas Syed Nadhan. Wajahnya tegang, pandangannya tajam
Habis, saya nak panggil apa? Abang syed? Hesy... tolonglah" Abang Seyd? Syed Nadzhan tergamam. Hilang kata.
"Apa tolong, tolong? Aku bukannya lelaki mulut manis macam Emir yang yang nak panggil-panggil abang."
"Sya tahu tu! Mulut Doktor Syd tu memang tak anis, tapi tajam. cakap ikut suka aje. Habis tu , Doktor Syed nak suruh saya panggil apa? Hesy... Panggil pn nak jadi isu" Tasneem terus-terusan membebel. Sudahlah badan kepenatan, keletihan ... kena bebel pula tu.
"Benda ni takkan jadi isu kalau kau tak beria-ia nak buat praktikal dengan aku!"
'Pula dah? Saya apply aje, manalah saya nak tahu yang Doktor Syed ni bakal jadi...."
"Tak tahu ke , atau saja pura-pura tak tahu? Ha? Aku paling pantang orang yang suka berbohong ni. kau tahu tak? palaing pantang orang yang suka berbohong ni, kau tahu tak?" Syed Nadhan pantas memotong cakap Tasneem dengan wajah yang serius.
Tasneem sedikit terkebelakang apabila Syed Nadhan mula mendekatkan diri dengannya. Melihatkan renungan mata lelaki itu, badannya jadi seram sejuk semula. rasa nak melompat keluar jantung apabila ada lelaki kacak terlalu rapat dengannya. Seram weh!!
"Errr... apa ni Doktor Syed? Janganlah datang dekat- dekat.." Syed Nadhan memcebikkan bibirnya. Langkah kakinya terus merapati Tasneem hingga tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik. Tasneem memejamkan mata. Akalnya dah tak mampu berfikir lagi. Doanya cuma satu, moga-moga ada seseorang yang sedar kewujudan mereka berdua didalam bilik itu.
"Nadhan! Apa kamu berdua buat dalam bilik ni?" Matanya lantas dibuka lalu dia berpaling. Mama, Papa Syed, Abang Emir! tolong Anim
"Jangan beritahu sesiapa yang kau kenal aku sebelum ni. Faham?" Sempat juga perasan diberikan sebelum dia keluar dari bilik tanpa menjawab soalan papanya.

Niat papanya dibangkang keras.....
"Sorang lagi mangsa kahwin paksa, kan? kesian. Pa, apa yang papa cuba buat ni sebenarnya? Mula-mula papa suruh Nadz kahwin dengan AAleesya, kemudian Anim kahwin dengan Emir? Macam tu?" Papa mengangguk laju. Mama yang sebelum ni setia disebelah papa sudah mula bangn lalu menuju ke setia disebelah papa sudah mula bangun lalu menuju ke dapur dengan alasan hendak membasuh pinggan. Tapi Tasneem tahu itu cuma helah mama. Alasan mam untuk tidak terus masuk campur agenda kahwin paksa yang cuba direncanakan oleh papa.
"Kenapa? salah ke kalau mereka berdu berkahwin? Emir ikhlas sayangkan Anim, papa boleh nampak tu. Uncle Arman dan Auntie Lina pun memang berkanan sangant dengan Anim."
"Itu di mata papa, tapi ada papa tanya pada budak ni, dia setuju atau tidak?" balas Syed Nadzhan tegas.
"Anim anak yang baik dan Emir ialah jodoh yang terbaik untuk dia. kan sayang?" tasneem kehilangan kata apabiladiajukan soalancepumas seperti itu. Dia berkira-kira sama ada hendak mengangguk atau tudak. Mengangguk bererti dia setuju seratus peratus dengan rancangan di luar pengetahuannya itu tapi kalau menggeleng, dia bimbang pula papa akan naik marh dan terasa hati dengannya.
"Aaaa...errrr.."
"I'm done here, Papa nak suruh budak lurus bendul ini kahwin, fine. Pergi kahwin. But me, I'm not doing it. Biar sejuta kali pun papa tanya soalan yang sama. jawapan Nadz masih sama. Nadz tak akan kahwin dengan Aleesya selagi Nadz masih hidup.Titik," tegas Syed Nadzhan sebelum berlalu dan melangkah menaiki tangga ke tinggat atas.

Praktikal Tasneem bukan lagi dengan Doktor Syed . Kini Tasneem mendapat jawapannya kenapa dia ditukarkan.
"Adam, Salwa... apa semua ni? Kak Mas, apa ni Anim tak faham," soal Tasneem separuh menjerit. Hatinya sudah mula kurang sabar tatkala melihat pertelingkaha yang baginya memang berpunca daripada dirinya sendiri.
Mastura dan Salwa saling berbals pandangan. Adam pula hanya tegak sambil memandang tepat ke arah Tasneem yang sedang memusing-musingkan gelas kertas dihadapannya.
"Baiklah. Sya mengaku, saya yang adukan hal ii kepada Doktor Wahid."
"Apa?" Salwa dan Mastura serentak menyoal. hanya Tasneem yang melopong. Matanya membulat merenung Adam dihadapannya seakan-akan tidak percayaakan apa yang  baru saja diluahkan oleh adam sebentar tadi.
"Ya, memang saya yang adukan hal Doktor Syed dan Afnan,"luah Adam lagi.
Ta... tapi kenapa , Adam? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak?" kali ini Tasneem pula menyoal dengan nada yang sayu. Matanya berkac-kaca memandang wajah sugul Adam yang hanya tunduk ke lantai.
"Akak tak sangka perangai kamu macam ni , Adam. Akak ingat kamu ni.."
"Saya bukan sengaja. Saya terpaksa!" Luah Adam perlahan. Belakang telinnya digosok perlahan. Matanya hanya mencrun, mmandang meja.
"Terpaksalh sangat, ka? Eh Adam, awak ni , kan... Luaran saja nampak baik, tapi sebenarnya ... jahat sangat!" luah salwa. Gram. Banyaklah dia punya terpaksa.
"Saya terpaksa, sebab... saya sukakan Afnan. Dengan cara itu saja, say boleh elakkan Doktor Syed daripada terus rapat dengan Afnan!" Mata Tasnem mmebulat. Dia sudah kehilangan suara untuk terus berkata-kata. Wajah Salwa dan Mastura dipandang bersilih ganti sebelum pandangannya terhenti ke wajah Adam Naufal yang nampak beria-ia.


Afnan Tasneem perlu terima kenyataan yang dirinya dipermainkan. Adam Naufal sudah bertunang.
"Afnan! Awak baut apa dekat sini?" soal Adam. Matanya bersilih ganti memandang ke arah gadis itu dan juga ahi keluarganya yang turut ada bersama.
"Kami saja jalan-jalan dekat pesta konvokesyen, teringat pula sesi kami hari ni. Itu yang kami datang sini," balas Mastura aebaik sahaja di belakang Tasneem . Sempat juga dia curi-curi memandang gadis manis yang berjubah hitam pekat bercorak bunga-bunga berwarna kelabu yang berdiri elok disisi Tasneem.
"Oooo...errr..macam tu," balas Adam sedikit teragak-agak seperti ada yang tak kena.
"Eh, Adam. Kamu tak nak kenalkan kami pada mak dengan ayah kamu ke ? " soal Mastura.
"Aaa... oh ya, tak ya juga, kan. Abah , ummi. Ini Kak Mastura , Salwa dan juga Tasneem. Mereka bertiga ni kerja dekat tempat yang sama dengan penyelia luar Adam. Doktor Syed. Kak Mas, ini abah dan ummi saya. Budak lelaki dua orang ni , adik saya dan yang ini...."
""Saya Husna. Tunang Abang Adam," balas gadis itu sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Tasneem yang berdiri paling hampir dengannya. Gadis itu tersenyum manis.
Tunang?
Tasneem terpaku. Wajah putih suci Husna yang bertahi lalat manis di hujung bibir dipandang tanpa berkerdip. Jadi, gadis manis dihadapannya ini rupa-rupanya tunang Adam. Jadi dia....

Berita kematian mama dan papa yang mengejutkan Tasneem, membuatkan dirinya tiada tempat untuk bermanja lagi tapi keputusan Doktor Syed mengejutkan diri Tasneem dan Aleesya.
"Pa? No! papa pun bersetongkol dengan Syed juga? Pa... Papa tahukan Aleesya sayangkan Syed? Papa tak boleh buat macam ni. Papa tahukan Aleesya tak boleh hidup tanpa Syed?!" marah Aleesya. Esakannya semakin menjadi-jadi. dia sudah jadi hilang arah apabila papa turut bersetuju. Mama pun sama!"
"Sudahlah sayang, mengucap banyak-banyak. Kita kena hormat keputusan Nadz. Soal hati ni, tak boleh dipaksa-paksa," Pujuk Auntie Juhara tapi tangannya lantas ditepis oleh anak tunggalnya itu.
"Syed , tolong I Syed, You jangan buat I macam ni. I betul-betul sayangkan yaou. Kahwin dengan I, Syed. I janji, I akan ikut semua cakap you.I janji, Syed... I Janji," ucap Aleesya bersungguh-sungguh sambil melutut dihadapan Syed Nadzhan. Syed Nadzhan mengeluh perlahan sebelum kepalnya digelengkan. Biarpun hatinya sedikit terusik dengan kesungguhan Aleesya, tapi keputusannya masih tak berubah. Tetap sama.
"I minta maaf, Aleesya. I tetap dengan keputusan I untuk berkahwin dengan Tasneem sebab...I sayangkan dia." 


Saturday, 23 March 2013

NOVEL LELAKI EKSKLUSIF


Semua yang aku lakukan ini, eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup bersamaku.


Novel Lelaki Eksklusif keluaran bulan Mac 2013 terbitan Karyaseni. Novel yang santai dan bersahaja menarik minat untuk saya baca tika saya sibuk dan agak stress ketika ini. Terbayang bab jenaka dan tak kering gusi watak Nora yang ceria dalam novel ini. Tak kurang juga konflik keluarga yang terselindung yang sukar dirungkaikan. Karya pertama Wan Awliya Rayqal setebal 413 muka surat ini cukup menghiburkan.  sedikit review versi saya untuk tatapan kawan- kawan yang belum mendapatkan novel ini.

Ia mengisahkan perpecahan keluarga bila dendam dan cemburu menguasai diri .Wan Mukriz disisih keluarga kerana dia dilahirkan diatas perkahwinan bukan pilihan. Sejak ibunya meninggal dia merantau keluar negara kini pulang dan kepulangannya tidak disenangi oleh nenek , mak tirinya dan abang sebapa berlaian ibu, Wan Ariff. Wan ariff yang sentiasa cemburukan Wan Mukriz sehingga apa sahaja yang dimiliki oleh Wan Mukriz pasti Wan Ariff akan rampas termasuklah kekasih Wan Mukriz, Sharina . Kehadiran Nora Danisya yang bersahaja mencuit hati Wan Mukriz. Nora gadis 19 tahun menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz lebih memahami dan mendengar luahan hati Nora membuatkan Nora lebih selesa dengan Wan Mukriz berbanding Wan Ariff yang suka memaksa dan menggunakan kuasa vetonya pada Nora. Ugutan Ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz . Mereka disatukan dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Pelbagai cara Wan Ariff cuba memisahkan mereka tetapi tidak berjaya. Perkahwinan yang dirahsiakan di ketahui juga oleh Wan Ariff. Dan Wan Ariff sedar kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . Kerana dendam dan iri hati memakan diri sendiri. 


Sinopsis dari kulit novel 
NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?


Petikan - Petikan yang menarik dalam novel ini
Kepulangannya tidak disenangi 
"Dah puas hidup merantau??" Haji Wan Mohsin mula mengajukan soalan sebaik sahaja mereka mula makan malam. Makan malam yang dianggap istimewa sempena menyambut kepulangan Wan Mukriz. Itu hanya tanggapan Wan Mukriz, tidak pada yang lain. Lelaki yang sudah nampak benar berusia dan bertubuh lebih kurus berbanding sebelum Wan Mukriz merantau itu menunjukkan rasa gembira menyambut kepulangannya. Hnya orang tua itu sahaja yang dilihat benar-benar menghargai kepulangannya selain ayah kesayangannya sendiri. Ah, jangan terlalu emosi, Mukriz.... pesannya pada hati sendiri.
"Hujan emas dinegeri orang tok, tak sama dengan hujan batu di negeri sendiri," jawab Wan Mukriz tenang dan bersahaja. Cuba disembunyikan segala rasa yang terpendam sejak sekian lama. Ah, dendam tidak perlu ditanam dalam diri. Nanti boleh jadi racun yang memakan diri sendiri.Dia mahu menikmati hidup dengan rasa kasih sayang dan bahagia, jadi dia perlu buang semua perasaan negatif. Dia akan jalani kehidupannya dengan biasa-biasa sahaja.
"Baguslah, Riz. Lagipun kerja-kerja di syarikat makin hari makin bertambah. Riz dah balik ni, bolehlah bantu apa yang patut," tokok si ayah, Encik Wan Amran. Senang hatinya menerima kepulangan Wan Mukriz.
""Apa yang banyaknya? selama ni syarikat tu ada masalah ke?" Hajah Zakiah menyampuk. Wanita bertubuh gempal dan berkulit putih kuning itu kurang senangbila mendapat tahu Wan Mukriz akan diterima semula berkerja. Bencinya terhadap Wan Mukriz kian meluap-luap. Sedikit pun tidak berkurang walau sudah lapan tahun dia tidak melihat wajah cucu yang tidak pernah diiktirafnya itu.
"Awak apa tahu," bidas Haji Wan Mohsin kasar. dari dulu dia memang tahu isterinya itu langsung tidak sukakan Wan Mokriz. Apa sahaja tentang Wan Mukri, pasti akan mendapat tentangan.

"Kalau tak tahu jangan nak menyibuk," marah Haji Wan Mohsin lagi. Wan Mukriz memandang datuknya. Makin tua makin tegas.




Pertemuan yang mencuit hati 

"Kak nyonya mana?" jerit Nora sebaik sahaja sampai. Nurul cuba menyorokkan mukanya dengan kelenda meja. Takut campur nak gelak. Takut sebab sah kena marah,nak gelak sebab gaya Nora yang ala-ala tomboy itu.
"Dah, jangan nak menyorok bgai!" kata Nora bila nampak Nurul cuba sorok muka dengan kelendar meja. Wan Mukriz tahan gelak. Lawak rupanya. Ingatkan tadi garang sangat!
" Tak guna betul! Akak ni sekolah ke tidak?" serang Nora. Langkah rancak menghala ke meja Nurul. Farah cuit bahu Wan Mukriz dan berbisik perlahan.

"Bos, lebih baik kita beredar. Kalau tidak, dengan kita-kita sekali jadi magsa." Wan Mukriz tidak berganjak. Dia mahu lihat sendiri suasana itu. Agak meriah. Terhibur juga hatinya yang sejak tadi dikelilingi oleh suasana yang serius.
"Duduk dalam air con pun boleh salah tulis? Bukan duduk bawah pokok. Yang Nora ni berhujan berpanas naik motor. Nora duduk berhampiran meja Nurul dan menyilangkan kaki diatas meja. Gaya ala-ala samseng. Sampulsurat yang dikatakan tersalah tulis alamat itu dicampakkan ke atas meja Nurul.
"Akak salin balik alamat tu betul-betul. Lepas tu akak hantar surat tu sendiri. Surat tu top urgent. Bos kat atas tu nak surat jemputan tu sampai hari ni jugak." Nora memberi arahan pula. Kemudian dengan perlahan Nora membuka topi keledarnya. Hmmmm... seraut wajah itu Wan Mukriz tatap. Subhanallah, comelnya dia! Mata bulat. PPipinya gebu. Bibirnya seperti warna merah jambu dan kebasahan , cuma sayangnya rambut pendek serupa lelaki.
"Elah, salah satu huruf aje. Itu pun nak bising. Akak salah tulis jalan je. Bukan jauh jugak pun. Bunga Matahari. Akak tertulis Bunga Matahati. Itu aje. Yang Nora angin sangat ni kenapa?" Nurul berani-berani ayam menjawab.
"Akak tanya lagi Nora angin kenapa?? cuba akak bawak motor sekali. Tak payah jauh . Dari ini sampai Bangsar. Nora nak tengok akak boleh pergi ke tidak. Entah-entah tak sampai Bangsar akak dah ada bawah lori." Suara Nora hampir kedengaran diseluruh pejabat. Lantang dan kuat.
"Hmmm.. mulut perempuan ni memamng tak ada insurans langsung," bebel Farah perlahan. Wan Mukriz tergelak kecil. Merih sungguh suasana pejabat bahagaian penghantaran. Rasanya hanya merek bertiga sahaja perempuan dibahagian ini tetapi kecoh macam pasar pagi.


Bila cemburu mengawal diri
"aku tak suka kau bercakap dengan budak tak tahu diuntung tu. Sekali lagi aku nampak kau bercakap dengan dia, kau tahulah apa aku nak buat?" marah Wan Ariff. Rasa marahnya membuak bila melihat Sharina berbual dengan WWan Mukriz.
"Sha tanya khabar dia saja sebab Sha tak tahu pun dia dah balik Malaysia. Cemburu juga rupanya. Ingatkan tidak cemburu tadi. Cemburu tandanya sayang. Suka Sharina kalau betul Wan Ariff cemburu.
"Memang salah, dan aku tak suka. Kau faham ke tidak? Aku tak suka kau bercakap dengan dia. apatah lagi rapat. Kau faham ke tidak?" tengking Wan Ariff pula sambil memandang Sharina dengan pandangan yang tajam. Marah yang terbawa-bawa dari bilik mesyuarat lagi sudah dilampiaskan kepada Sharina.Sharina tidak terkata. Perasaannya tersentap bila dimarahi begitu. Sangkanya sekadar cemburu, rupanya benar-benar marah. Tahu benar akan sikap panas baran Wan Ariff. Pantang silap sikit, pasti ada sahaja yang tidak kena. Salah dia juga, sudah tahu Wan Ariff itu begitu, masih mahu menyapa Wan Mukriz. Menyesal sungguh Sharina kerana telah membangkitkan kemarahan Wan Ariff.
"Kau kena pilih, Sharina. Klaau kau pilih aku , kau dengar cakap aku dan jangan sesekali buat perkara yang aku tak suka. Tapi kalau kau pilih budak tak guna tu, kau boleh pergi. Aku tak kisah," ugut Wan Ariff.



Hatinya berbisik...
"Tak nak tanya saya apa-apa ke?" soal Wan Mukriz perlahan seperti berbisik. Sengaja mahu mencuri perhaian Nora ketika pekerja lain seakan tidak menghiraukan mereka berdua.
"Nak tanya apa?" soal Nora, juga seakan berbisik. Dia memandang wajah Wan Mukriz yang nampak ceria malam itu. Penampilannya sederhana, tidak nampak gaya sorang bos langsung.
"Tanyalah, sya dah kahwin ke belum." Nora tergalak perlahan. 'Lawak betul!' Boleh lagi suruh orang tanya dia dah kahwin ke belum. Suruhlah tanya soalan lain?'
"Kenapa gelak pulak?" soal Wan Mukriz. dia tumpang sama tersenyum melihat ketawa nora. 'Hmmm, boleh pun ketawa. Ingat nak diam sampai balik!'
"Bos dah kahwin ke belum?" Nora tanya soalan tak berapa cerdik itu.
"Belum, borang permohonan calon sedang diedarkan. Tak nak cuba-cuba isi?" seloroh Wan Mukriz. Suka hati dapat berbual begitu dengan Nora.
"Nora tak layak. Rasanya peringat saringan pun dah kena tendang."
"Tak cuba tak tahu," Makin galak Wan Mukriz berseloroh.
"Tak apalah, Nora tak sanggup nak ambil risiko."
"Sebenarnya tak ada siapa yang sudi isi borang."
"oh ya ? kesiannya." Nora pandang lagi wajah Wan Mukriz.

"Kan? Kesian sangat!" Wn Mukriz buat muka sedih pula. Nora sidah tidak tahu untuk berkata apa, sudahnya dia senyum sahaja.


Kerana peristiwa itu ..
"saya pengurus besar syarikat ni!" Nora pandang ke arah Wan Mukriz, Farah dan Nurul.Ketiga-tiganya menngangguk serentak kemudiannya. 
"Saya peduli apa encik pengurus besar ke pengurus kecil." Jawapan daripada Wan Ariff sebentar tadi sedikit pun tidak menggusarkan Nora. Peduli apa dia!
"Awak jangan degil boleh tak ? Awak pekerja saya. Saya bertanggungjawab ke atas segala kebajikan perkerja saya," Kata Wan Ariff lagi.
"Eh! Sjak bila pula encik bertanggungjawab ke atas kebajikan pekrja? Saya rasa sejak saya berkerja dengan syarikat ini, dah sepuluh kali saya jatuh motor. Tak ada pun yang nak ambil tahu? kalau nak ambil tahu bukannya sekarang , tapi sejak dulu lagi." Nora masih tidak putus asa memijarkan hati Wan Ariff yang mendengar. Wan Ariff tepat wajah Nora sambil menahan perasaan.
"Suka hati awaklah!" Dia ters beredar dengan peresaan membara. Tidak kuasa untuk memujuk lagi. Nora duduk semula. Wan Mukriz pula melangkah untuk mengambil peti ubat.





Dendam tak pernah padam 
"Aku nak cakap sikit dengan kau" kata wan Ariff wajah Wan Mukriz ditatap lama. 
"Aku nak kau jauhkan diri daripada Nora. Aku tak nak kau terlalu rapat dengan dia," kata Wan Ariff lagi. Kali ini Wan Ariff sudah tidak peduli. Dia perlu memberi amaran agar Wan Mukriz tidak terus-terusan mendekati Nora. Dia tidak mahu Wan Mukriz rapat dengan Nora. Wan Mukriz angkat muka. 

"Kenapa pulak aku tak boleh rapat dengan Nora? Apa masalahnya? Wan Mukriz menyoal bersama rasa kurang senang yang mula memagari hati.
"Aku suka Nora. AKu mahu Nora jadi isteri aku."
"Apa?" Bukan sedikit rasa terkejut Wan Mukriz. Dia benar-benar terkejut dengan pengakuan Wan Ariff.
"Ya. Aku sudah jatuh hati dengan Nora." Tanpa tergak agak, Wan Ariff meluahkan perasaannya. dia mahu Wan Mukriz jelas dengan segalanya.
"Habis janji kau dengan Sharina macam mana? Kau nak tinggalkan dia macam tu saja?"
"Kau ambillah dia semula. Aku tahu kau masih sayankan dia, bukan? Jadi apa salahnya kau ambil dia." Wan Mukriz senyum sinis.
"Aku tak sangka kau ni menag jenis manusia yang tak mempunyai perasaan, Ariff. Semudah itu kau campak Sharina?" Geram sungguh Wan Mukriz melihatkan sikap Wan Ariff. Kali ini lelaki itu memang sudah benar-benar melampau.

Sesungguhnya Jodoh memihak pada mereka tanpa diduga.
"Bos , jangan kesiankan Nora. apa yang bos lakukan pada Nora selama ini dah lebih daripada mencukupi. Janagn sampai bos lakukan perkara yang bakal membuat bos menyesal nanti."
"Tak Nora, Saya buat semua ni bukan disebabkan apa-apa. Saya betul-betul sayangkan Nor. Saya dah mula jatuh cinta sejak kita bertemu kali pertama dulu." Nora menangis. Dia amat terharu. Sesungguhnya dia tidak pernah impikan begitu. Baginya perhatian yang diberikan sudah cukup buatnya.
"Berikan saya peluang untuk menyayangi Nora dan menjaga Nora."
"Tapi Nora tak layak buat Bos."
"Jangan cakap macam tu. Tapi kita kenarahsiakan pernikahan kita daripada pengetahuan semua oang terutama daripada abang saya, sebab dia juga ada hati dengan Nora...." Wan Mukriz menjeling Nora. Kalaulah Wan Ariff tahu tentang hal ini , mahu hari ini juga diaajak Nora nikah. Bahkan bukan setakat sepuluhribu, seratus ribu pun dia sanggup. Jadi Wan Ariff tidak boelh tahu akan perkra ini kalau Wan Mukriz tidak mah berputih mata.
"Takkanlah sampai begitu sekali." Nora sapu air matanya.
"Betul, saya tak tipu. Kalau dia tahu, memang saya tak ada harapan nak jadi suami Nora. Terpaksalah Nora Kahwin dengan Wan Arif."
"Tak nak !"
"Hah, tahu pun. Kalau tak nak , kita ken simpan rahsia ni. Biar kita saya yang tahu sampailah kita selamat nikah nanti."

Saturday, 9 March 2013

NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA....


"Titik - titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."


Kini novel ini telah diheret ke adaptasi drama. Sejak kebelakangan ini beberapa novel keluaran Karyaseni telah direbut oleh penggiat seni untuk diadaptasikan. Ramai yang suka dan pula sebaliknya. Itu biasalah ragam manusia. Penulis  Zura Asyfar menulis sebagai suka- suaka penghujung 2010 dan mula serius pertengahan 2011 kini telah lahir sebuah novel yang setebal 897 muka surat . Cerita cinta dan pengorbanan yang diterapkan dalam novel ini. 

Jom kita review sedikit novel ini sebelum kita tangok adaptasi drama di penghujung bulan ni di slot Zehra di TV3. Menceritakan Syafa Aqira berubah nasibnya kerana satu kejadian yang tidak dijangka dalam hidupnya. Dia terpaksa berkahwin dengan adik kekasihnya Firash. Farish yang terlalu kecewa terlibat dalam satu kemalangan maut. Syaf terpaksa menyembunyikan perkahwinannya dengan Firash atas kemahuan Firash. Namun Syaf akur dan redha dengan kehendaknya. Mereka cuba belajar untuk memahami dan memperbaiki perhubungan tanpa cinta. Saat cinta hadir ada saja dugaan yang mengundang. Kehadiran Haqimy abang sepupu  dan Raimy abang tirinya Firash mengundang rasa cemburu pada Firash. Raina yang tidak putus-putus mengharap cinta Firash mengusutkan keadaan. Dengan bantuan papa Firash hubungan mereka menjadi baik setelah Syaf membawa diri meninggalkan Firash. Hubungan Firash dengan papanya juga semakin baik.  Sebelum ini hubungan Firash renggang akibat Firash tidak bersetuju papanya berkahwin dengan mama Raimy dan Riana dan mengabaikan Mamanya. Puan Aida berkahwin dengan papanya semata-mata kerana harta.

Boleh pergi blog penulis untuk membaca E-novel :-
http://mydarwisyashome.blogspot.com/

Sinopsis dari kulit novel
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?



Sedikit petikan-petikan dari novel 
Kerana kejadian itu
"YA ALLAH, Firash! Syaf!!!"
Firash menelikkan sedikit kelopak matanya apabila telinganya menangkap bunyi suara yang seakan-akan menjerit. Dia merengus perlahan dan cuba menutup mata kembali kerana merasakan kepalanya yang sedikit pening. Namun suara yang memanggil namanya sedikit kuat daripada tadi itu terus sahaja menyegarkan matanya. Perkara pertama yang menyapa pandangan matanya ialah seraut wajah yang amat dia kenali . Syaf? Macam mana Syaf boleh ada dengan aku ni? Mindanya cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia bingkas bangun dan cuba duduk bersila dikatil. Selimut yang menutup tubuhnya yang tidak berbaju itu melorot jatuh.
"Tak guna punya adik, kekasih aku sendiri pun kau rembat!" Teriakan seseorang serta tumbukan kuat terasa dipipinya. Berdengung rasa telinganya akibat tumbukan itu. Serta-merta dia memalingkkan wajah ke arah seseorang yan menumbukknya dengan pandangan tajam.
"Farish? Kau kenapa?" soalan geram. Terasa cecair hangat mengalir dicelah bibirnya. Farish merenungnya dengan tajam. Masing-masing berlawan pandangan.
"Kau boleh tanya aku kenapa? cuba kau tengok apa yang dah kau buat??" Farish menuding jari ke arah Syaf yang masih lena tidak berkutik disebalah Firash. Firash panar. Air liurnya ditelan kesat. Macam mana boleh jadi macam ni?
""Err.. aku.. aku tak tahu." Tergagap-gagap Firash bersuara apabila menyedari apa yang sudah terjadi. Dia mengerling kearah tubuhnya yang tidak berpakaian.
"Aku tak sangka perangai kau seteruk ni.." sambung Farish lagi dengan nada sedikit mengendur. Hancur luluh hatinya bila melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku. Tubuh Syaf yang sudah mula bergerak-gerak sedikit itu dipandangnya dengan sayu. Ya Allah, sakitnya hati aku tengok dia orang berdua ni!
'"da apa ni?" Syaf menggosok-gosok mata dengan suara sedikit serak. Terganggu tidurnya dengan suara berbalas jeritan. Matanya menangkap kelibat Farish yang merenung tajam.
"Jangan buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku." Sindiran Farish pada Syaf. Syaf yang mul menyedari sesuatu itu memandang Firash yang sedang terkocoh-kocoh memakai pakaian. Serentak itu dia memandang ke arah tubuhnya yang dibaluti dengan selimut. Apa yang telah terjadi?
"Sumpah rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!" Syaf ula enangis. Gaun labuh yang tersingkap ke atas tubuhnya itu dibtulkan.. Seketika matanya tertancap padacadar berwarna lembut itu. Hampir terbeliak matanya melihat beberapa tompokkan cecair berwarna disitu. Ya Allah. betulkah semua ini realiti? Farish mendekati Syaf. Matanya juga menghala ke arah pandangan Syaf.
"Tak tahu apa yang dah berlaku? Kalau tak ni apa ? Farishnmenuding jari ke arah cadar itu.

Hati si ibu hancur, semuanya sudah terlambat. Bila si ibu membuat keputusan ada hati yang terluka
"Mama nak Firash kahwin dengan syaf secepat mungkin. Kita takkan tahu apa yang berlaku. Mungkin Syaf akan mengandungjika perkara malam tadi betul-betul berlaku." Datin Farizah mahu anak bungsunya itu bertanggungjawab diats kejadian pada malam tadi. Siapa pun yang bersalah, perkara itu telah pun berlaku. Farish memandang Syaf tidak berkelip. Seperti tidak percaya akan keputusab mamanya itu.
"Farish, mama harap Farish menerima keputusan mama ni. Ini kebaikan mereka berdua jugak," pujuk Datin Farizah memandang ke arah Farish yang hanya berdiam diri. Terpamer raut kecewa diwajah anak sulungnya tu.
"Okey. Aku harap kau kahwin dengan dia. Aku pun tak nak kahwin dengan perempuan yang tak suci lagi!" balas Farish lalu mendaki tangga ke tingkat atas. Air mata mula mengalir dipipi abu Syaf. Rish , sampai hati Rish cakap macam tu..!
"Farish! Apa ni cakap macam tu kat Syaf?" Lelah Datin Farizah mahu menangani perangai kedua-dua anak lelakinya. Masing-masing keras kepala. Sesak rasa dadanya ketika ini.
"Ma, Firash takkan kahwin dengan dia." Firash cuba untuk membantah cadangan mamanya. Ada ke patut aku kahwin dengan perempuan tua empat tahun daripada aku? So ridiculous! Ingat aku ni tak ada perasaan ke sampai suruh kahwin dengan perempuan ni?
"Denar sini , Firash! Nak atau tidak, Firash kena kahwin jugak dengan Syaf. Mama tak nak anak lelaki mama lari daripada tanggungjawab. Mama tak pernah ajar anak mama macam tu." Tegas Datin Farizah menuturkan kata-kata. Firash mengeluh perlahan. Macam mana aku nak elak daripada kahwin dengan perempuan ni?

Segalanya dipermudahkan tetapi hati yang luka terus pergi buat selamanya. Farish meninggal dunia akibat kemalangan.
"Helo," sapanya dengan nada tidak sabar.
"Helo. Aku ni. Datang cepat ke hospital. Farish dah tak ada. " Lututnya terasa menggigil apabila mendengar ayat terakhir daripada Firash itu. Air mata terasa mula memenihi tubir matanya.
"Helo,kau dengar tak ni?" sedikit suara Firash ditalian. Syaf tersentak. Dia menarik nafas perlahan, cuba untuk bertenang.
"Ye , aku dengar. Nanti aku datan." balas Syaf berlahan. Lalu sahaja dia meletak gagang telefon itu sambil tangannya memegang sofa. Innalillahiwainnailahirrojiun, sambungnya didalam hati. Tubuh Datin Farizah yang masih tebaring itu dipandang seketika sebelu ir direnjiskan je wajah ibu mertuanya itu. 
"Ma ,bangunlah ma. Fa.. Farish dah tak ada..." ngongoinya dalam esakan. Tidak sanggup lagi menanggung kesedihan yang tidak putus-putus datang melanda.

Memenuhi permintaan Firash  perkahwinan mereka dirahsiakan. Tapi sampai bila..!!!!
"Tunggu kejap!" Arahan daripada Firash mengganggu ketenanagan yang baru sahaja dikecapinya. Dia berpaling dan mendapati lelaki itu edang menghampirinya.
"Ingat kata-kata aku dulu. Jangan bagi tok wan tahu pasal ni."
"Yelah," balas Syaf malas. Dia sudah bosan mendengar ayat itu. Asyik disebut berulang kali sahaja ditelinganya. Entah apalah yang hendak ditakutkan. Takut jatuh sahamlah tu sebab kena kahwin muda! Syaf mencebik.
"Okay, bye my wife." Firash menyimpul senyum sambil memuat isyarat selamat tinggal. Syaf berkerut dahi memandang kelibat itu yang sudah hampir menghilang ke suatu tempat. Ah! Ikut suka dialah nak pergi mana-mana pun! Dia kembali memaku pandang pada sekeliling rumah. Kelibat Datin Farizah yang sedang berjalan dengan seorang wanita tua yang berusia akhir enam puluhan itu mengapa matanya. Kelihatan wanita tua itu sedang memegang sebilah parang panjang. Hanya berkain batik serta berbaju kurung Kedah sahaja. Syaf mengukir senyum dan berjalan perlahan menuju ke arah mereka berdua.
"Ha SSyaf... inilah tok wan, emak mama." Datin Farizah memperkenalkan wanita tua itu. Syaf menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mata tua tidak pernah menipu.... 
"Kalau tak silap pandanagan mata tua mak ni, mak rasa yang dia tu bukan anak dara lagi,kan? Tersentak Datin Farizah mendengar kata-kata ibunya itu, Baju yang hendak dilipat akhirnya diletakkan kembali di riba. Dia mengeluh perlahan dan merapatkan sedikit kedudukan dengan ibunya.
"Sebenarnya dia dah kahwin." Dan kala itu ibunya pula terkejut. Matanya tajam memerhatikan Datin Farizah.
"Dah Kahwin? Siapa suami dia ? kau bawak isteri orang balik tanpa pengetahuan suaminya ke ? Bardoasa tu Zah." Laju sahaja ibu Datin Farizah membebel. Datin Farizah tersenyum melihat gelagat ibunya itu.
"Tak berdosanya, Mak. Suami dia ada je kat sini," balas Datin Farizah tenang. Mungkin sudah tiba masanya untuk menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Sekurang-kurangnya ibunya itu tidak terlalu terkejut jika dapat tahu hl ini daripada orang lain.
"Apa maksud kamu ni, Zah? Mak kurang faham," sambung ibu Datin Farizah. Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata anaknya itu. Makin berlapis-lapis jadinya memikirkan kata-kata Datin Farizah.
"Firash dan Syaf. Dia orang sebenarnya dah kahwin pun."
"Ha? Fi ... Firash tu dah kahwin dengan budak Qira tu? Masya-Allah! patutlah mak tengok Si QIra tu pernah masuk bilik Firash. Tapi bila masa dia orang kahwin? Ada apa yang mak tak tahu ke  ni?" soalnya lagi.
"Sebenarnya dah dua bulan lebih dia orang berdua berkahwin. Sebelum arwah Farish meninggal lagi," Datin Farizah tenang menjawab.

Riana terus mengejar Firash, malah dia sanggup lakukan apa saja asalkan Firash jadi miliknya.
"So, kau orang dah call orang pejabat agama?" tanya Raina dengan tidak sabar. Bimbang juga jika Firash sedar sebelum orang-orang pejabat agama datang. Musnahlah rancangannya nanti.
"Dah bos. Kejap lagi sampailah tu," ujar si pemuda yag berkulit gelap sedikit. Dia memandang ke arah rakannya sebelum mengangguk.
"So upaj kami orang?" tanyanya dengan sengihan. Riana mengeluh kecil sebelum pergi mendapatkan tas tangan yang berada di sofa. Satusampul berwarna coklat dihulurkan kepada mereka. Laju sahaja tangan si rambut ikal menyambut dengan senyuman lebar.
"Okeylah bos. Next time kalau ada job, boleh cari kamil lagi "
"Eyelah. Janji lepas  ni kau kalau kita terjumpa , masing-masing tak kenal."
"Don't worry, bos. Kami profesional. Okeylah, kami pergi dulu," balas si ranbut ikal sebelum mereka berdua nenapak ke pintu. Raina mengekoro mereka berdua sebelum mengunci pintu. Seketika kemudian Raina memasuki bilik yang menemparkan Firash itu. Raut wajah kacak yang sudah lama diidamkannya itu direnung penuh makna. Dia menapak menuju ke satu kabinet sederhana besar itu untuk menghidupkan alat perakam video.
Selepas itu. Dia kembali kekatil. Akhirnya kau jadi milik aku juga, Firash Arshad! Raina ketawa kecil sebelum memanjat katil. Dia berbaring di sebelah Firash sambil merenung setiap inci wajah Firash yang lena tidak berkutik.

Semuanya kerana cemburu...
"Aku tak suka orang tipu aku sedangkan sudah terang-terang lagi aku nampak kau berpeluk dengan dia!" Sebafas Firash menuturkan dengan nada sedikit keras. Dia melangkah menuju kerah isterinya.
"Aku tak berpeluk dengan dialah! Aku nak jatuh tadi. Tapi dia sempat sambut aku." Syaf memberi alasan. Mamang pun dia hendak jatuh tadi sebab berlanggar dengan Raimy tu. Mungkin masa itulah agaknya Firash nampak dia berpeluk sedangkan hal yang berlaku bukannya begitu.
"Mata aku tak buta lagilah! Aku sendiri nampak kau berpeluk tadi. Kau tu isteri aku... Mana boleh peluk lelaki lain!" bentak Firash mencerlung marah. Sakit hatinya mendengar alasan yang diberikan oleh isterinya itu.
"Ya Allah kau ni! Aku dah kata yang aku tak sengaja,kan? Tadi aku nak jatuh, sebab tu kami terpeluk." Syaf cuba mengaskan kata-katanya walau hatinyagerun melihat wajah Firash yang sudah menyinga.
"Masalahnya kau dah berpeluk dengan dia! Sejahat-jahat aku, aku tak pernah pun peluk perempuan lain!!" sambung Firash lagi.

............................................................................................
Versi Drama


BERSIARAN DIDALAM SLOT ZEHRA TV3 SETIAP JUMAAT JAM 9.00 - 10.00 MALAM BERMULA 29/03/2013.




Episod 1

Syafa Aqira menghadiri majlis harijadi Rania dan Raimy. Raimy adalah kawan kolej Syaf dulu masih menaruh hati  pada Syaf walaupun dia tahu Syaf sudah pun bertunang dengan Farish. Farish masih dipejabat memaksa Syaf pergi dulu ke majlis harijadi itu. Disana Syaf bertemu dengan Firash adik Farish. Rania dan Raimy ada agenda sendiri , Rania sudah memasukan pil hayal kedalam minuman Firash. Begitu juga Raimy telah memberi air minuman kepada Syaf. Farish terkejut apa yang dilihat. Dengan perasaan yang kurang sabar lalu menumbuk Firash . Raimy dan Rania tidak menyangka rancangan mereka gagal. Farish menyangka Firash sengaja berbuat begitu. Syaf berjumpa Farish cuba untuk menjelaskan apa yang berlaku tetapi gagal. Syaf kecewa kerana Farish langsung tak mahu mendengar apa - apa penjelasan. 
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod-1

Episod 2
Farish merayu pada Syaf setelah mama memutuskan agar Syaf dan Firash dikahwinkan segera. Farish tak boleh terima hakikat bahawa Firash akan berkahwin dengan tunangnya. Syaf yang terpaksa terima permintaan mama demi maruahkeluarga dan dia tetap akur. Firash memikirkan masalah terpaksa berkahwin dengan tunang abangnya Farish 4 hatun lebih tua darinya. Dalam masa yang sama Firash suka dengan gadis yang bernama Zara dikolejnya. Rania yang tak pernah putus asa untuk mendampingi Firash hingga Firash merasa rimas. Dihari pernikahan Syaf dan Firash , mereka menerima berita kemalangan Farish. Keadaan Farish tenat .
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod -2


Episod 3
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 3

Episod 4
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 4

Episod 5
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 5

Episod 6
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 6

Episod 7
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 7

Episod 8
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 8

Episod 9
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 9

Episod 10
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 10




Episod 11
Firash mengajak Shaf bercuti , Shaf terkejut satu kejutan dan satu kejutan yang diterima. Firash meluahkan rasa cintanya yang sekian lama terbuku . Shaf gembira kerana mereka akhirnya bersama. Saat mereka melakar cinta kasih mereka terduga . Shaf menerima gambar Rania dan Shaf bersama ini semua rancangan Rania untuk mendapatkan Firash kembali. Shaf sedih dan menyangka Firash menduakan dirinya saat cinta mereka baru berputik. Semasa hari keluarga syarikat Firash hanya memerhatikan Shaf dari jarak jauh dia tak berani mendekati Shaf Dan Shaf sengaja membuatkan Firash rasa cemburu kerana rapat dengan Hakimi. 
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod -11

Episod 12
Selepas Firash dan Shaf bertengkar kerana cemburu. Shaf mengambil keputusan untuk larikan diri. Shaf menghantar surat berhenti 24 jam. Raimy terdengar bunyi perempuan menangis alangkah terkejutnya bila Raimy melihat perempuan yang menangis itu adalah Shaf. Shaf menceritakan semuanya apa yang berlaku dan Raimy terkejut kerana peristiwa majlis harijadi itu Shaf terpaksa berkahwin dengan Firash. Raimy marah dengan Firash yang tidak pernah menghargai cinta Shaf. Firash terkejut bila Raimy memarahinya kerana tidak menghargai cinta Shaf selama ini. Mama Firash menghubungi suaminya mengatakan Firash dibelasah hingga tak sedarkan diri. Sekali lagi Shaf bertembung dengan Raimy.... Raimy mengajak Shaf berkerja dengannya . Rania cuba menjejaki Firash tetapi gagal. Setelah kejadian dibelasah Firash membuat praktikal di syarikat papanya. Mama Firash rasa pelik bila Firash berselera makan dan dapat merasakan menantunya mengandung. 
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 12

Episod 13
Firash menerima papanya dengan hati terbuka selepas kejadian itu. Shaf terkejut bila Raimy memberi tahu Dato ingin bertemu dengannya. Dunia terlalu kecil bila Shaf terkejut berjumpa Firash direstoran . Di kesempatan itu Firash memohon maaf dengan Shaf . Firash menyesal dengan apa yang telah terjadi. Shaf seperti sukar untuk menerima Firash kerana takut dirinya dipermainkan. Setelah dipujuk oleh kak Zu ( kakak angkat Shaf ) Shaf menerima Firash. Dengan rasa gembira Firash mengajak Shaf ke butik pengantin dengan alasan ada majlis kahwin perlu dihadiri wajib berpakaian begitu. Firash juga mengajak Shaf datang kesebuah rumah dan alangkah terkejut Dato yang pernah berjumpanya itu adalah papa Firash. Rania seperti hilang kawalan bila disahkan mengandung. Mama Rania dan Rania merancang sesuatu untuk mendapatkan Firash menjadi pak sanggup. Firash membuat kejutan untuk majlis sanding kerana dulu mereka hanya menikah sahaja tanpa majlis. Dalam sama yang sama Shaf memberitahu yang dia telah disahkan mengandung. Rania cuba merosakkan majlis Shaf dan Firash tetapi polis datang membawa waran tangkap kerana tidak menghadirkan diri di mahkamah dalam kes khalwatnya.   
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 13

Drama ni memang best walaupun seminggu sekali , masih menunggu waktu tayangannya. Tahniah buat penulis dan krew produksi drama yang telah berjaya membuatkan drama ini menarik sekali.