Monday 1 July 2013

MUFFIN OREN

Asalammualaikum sahabat semua....

Nak cerita sikit dalam seronok - seronok membaca novel , makanlah Muffin oren buatan dari air tangan sendiri. Bermula dari resepi seorang sahabat di laman FB. Saya membuatnya sebagai percubaan. Bila buat semua anak - anak suka saya pun gembira . Ialah setiap kali buat mesti habis. Boleh dikatakan setiap minggu saya akan buat untuk mereka. Kadang - kadang bagi kat jiran-jiran sekeliling rumah ... maklumlah saya ni berkerja ..... Jiran- jiran lak suri rumah ... mereka kalau masak selalu memberi tapi saya ni nak beri apa..!!! 
Inilah caranya .. heheheh 


Bermula episod Muffin oren dalam hidup saya . Komen dan penambah baikkan dari kawan - kawan pejabat , saya mengorak langkah untuk maju satu tapak lagi . Dari muffin oren ini saya komersial kan . Membuat jual secara kecil - kecilan . Mula - mula jual untuk dari pejabat , lepas tu kawan - kawan kilang. Taget pelanggan saya bermula dengan kanak - kanak dan pelajar sekolah. Saya menjual dengan harga yang berpatutan murah dari harga pasaran luar.

Bulan Mei Jualan bermula 50 biji 
Jun Jualan dah mencecah  350  biji

Alhamdullillah tempahan semakin banyak ... Tempahan untuk majlis perkahwinan dah bermula lepas raya dan bulan disember ni saya pun dah terima . Semua ni rezeki anak - anak . Sesiapa yang berminat untuk majlis hari jadi , bertunang dan majlis kesyukuran boleh menghubungi saya sendiri di talian 017-336 4128 ( hapisah ) untuk sekitar selayang dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.    

Macam nilah rupa bentuk yang dah siap .

Sebahagian dari tempahan pelanggan.

Untuk Perisa akan datang saya akan buat Muffin coklat chip & Muffin coklat biasa. ( masih dalam perancangan )

No comments:

Post a Comment