Sunday, 27 October 2013

NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA

Tingkahmu sering membuatku kaku , Bicaramu mampu membuatku kelu 
Namun.... Bisakah aku berikan kau bahagia? Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA...

Kejayaan novel pertamanya Novel Aku Untukmu . Tulip Ungu melangkah dengan hadirnya karya kedua Bukan Isteri Sempurna. Konsep yang sama seperti dulu tetapi olahan yang lebih matang membuatkan saya suka dengan cerita ini. Kini membeli novel dengan penulis dah menjadi kebiasaan pada saya. Novel ini juga tak terkecuali. Novel setebal 584 muka surat membongkar rahsia hidup Nina. Sedikit review dari saya.

Pertemuan selepas lima tahun mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang merobek jiwanya. Nina seorang gadis yang diperkosa oleh Danish Arham, abang kembar Daniel Arman. Kerana berita itu juga Ibu kesayangannya pergi untuk selamanya. Kisah dukanya tidak berakhir disitu kerana orang yang sepatutnya bertanggungjawab lari entah kemana, malah diganti oleh adik kembarnya Daniel Arman. Daniel Arman yang tak pernah redha dengan perkahwinan namun Nina pasrah kerana dia tiada pilihan. Walaupun begitu Daniel Arman tidak pernah melupakan kebajikan Nina. Nina keguguran, dia nekad untuk keluar dari rumah besar kerana kononnya memberi peluang Daniel Arman memilih jalan hidupnya sendiri setelah mereka berpisah . Tetapi bagi Datuk Zainudin , Nina sengaja ingin mempergunakan keluarganya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tanpa rasa belas Nina dihalau oleh datuk Zainudin dan Nina juga tidak diceraikan oleh suaminya danial Arman, itu permintaan Datuk Zainuddin. 

Lima tahun terus berlalu, Nina tidak menyangka akan bertemu suaminya di satu mesyuarat penggabungan syarikat majikannya dengan syarikat Daniel Arman. Pertemuan itu membuat Nina terus berdepan dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas. Malah Nina  tidak dapat  mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Zachary yang dari dulu meraruh hati pada Nina tidak pernah berputus harapan menagih cinta Nina. Namun kerana statusnya masih sebagai isteri orang Nina tak mampu untuk membalas cinta Zachary. Kehadiran Azzura yang sering bersama dengan Daniel Arman membuat Nina sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain.

Ketenangan hidup Nina diganggu apabila Danish Arham kembali setelah sekian lama menghilang. Dia datang menginginkan Nina sebagai haknya. Hubungan Daniel Arman dan Nina diketahui oleh Datuk Zainudin. Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta. Ketelanjuran Daniel Arman mengasari Nina, ini menambahkan rasa benci Nina pada Daniel Arman. Nina tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Selepas dipujuk oleh Datin Rogayah akan kesilapannya Daniel Arman menyesali  akan kesilapannya.  Sekali lagi Nina meninggalkan Daniel Arman . Dengan bantuan Danish Arham , Daniel Arman dapat menjejaki Nina. Nina yang sedar dirinya Bukan Isteri Sempurna tetapi Nila juga pelengkap hidup Daniel Arman. 

Sinopsis Dari Novel 

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.


Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.



Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.



Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”



Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


Petikan-petikan dari novel
Pertemuan
"Nak ke mana?" Tiba-tiba Daniel Arman Bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilk suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
"Lunch. COme and join us," pelawa Zachary dengan mesra.
"I'm Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan." Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu. 
"I'm Zachary. Just cll me , Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina." seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
"Nak lunch? I know a good place which offers good food," kata Daniel Arman.
"Really? Let's go then, tapi kali ni it's going to be your treat." Kata Zachary. Dia memang seorang mudah mesra.
"No problem." Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Kerana pertemuan itu , Nina teringat peristiwa 5 tahun dulu. Danish Arham yang telah meragut kesuciannya. 
"Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab." Lembut kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya.
"Orang tu... anak.. Datuk Zainudin." Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.
"Anak Datuk Zainudin? Siapa? Dan ke El? Betul kamu tak bohong?" Bertalu-talu soalan dilmpar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak manyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri.
"Nina tak bohong mak, Mamang anak Datuk Zainudin." Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang.
"Siapa? Dan ke El?" Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur.
"Bukan El .. Dan, mak." Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah.
"Kamu pasti?" Salamah bertanya lagi untuk kepastian.
"Dan mak. Nina pasti." Jawab Nina.
"Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni." Slamah mengurut-ngurut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit degan berita yang baru sampai ke telinganya.
"Tapi mak, diaorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita." Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak diluar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga. cuma orang gaji yang mencari rezeki dirumah besar Datuk Zainudin.

Kerana peristiwa itu juga Nina kehilangan ibu yang disayanginya. Dan Daniel Arman menjadi pengganti kerana Danish Arham menghilangkan diri.
""Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El." Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurang-kurangnya masalah mereka telah selesai.
"El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diaorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja. Tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan." Daniel Arman bersuara lagi. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Nina keguguran , dia nekad untuk keluar dari rumah besar itu kerana kehadirannya sering disalah ertikan. tetapi perginya gantung tak bertali.
"Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami." Datuk Zainudin bersuaraseraya mengambil tempat disebelah Datin Rogayah. Akbar ditangan dibelek-belek.
"Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang." Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin.
"Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama i, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kesihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu." Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan.
"Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? kenapa sekarang nak minta cerai pulak? kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ria sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ria minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni , tapi untuk El ceraikan kau , perkara tu takkan terjadi!" Datuk Zaunudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru.
"Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri," rayu Datin Rogayah.
"Keputusan aku, keputusan dia!" tegas Datuk Zainudin dalam memberi kepurusan.
"Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni." Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat.

Lima tahun terus berlalu. Kini Nina didepan mata. Pasti Daniel Arman takkan melepaskan peluang ini.
"Apa berita terkini?" soal Danial Arman lagi.
"Masih macam dulu," jawab Nina, pendek.
"Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen," sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak beraksi. 
"Dulu, kenap lari?" Danial Arman meyoal sekali lagi. Dan kali ini , soalannya dipesongkan pila pada peristiwa lalu.
"Datuk yang halau saya." jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.
"Kalau daddy yang halau kenapa lari teus? Kenapa tak tunggu keputusan saya?" balas Daniel Arman.
"Datuk memang tak pernah sukakan saya," jawab Nina dengan sayu.
"Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?" soal Daniel Arman lagi.
"Apa bezanya? keputusan tetap sama," jawab Nina lagi.
"Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri?"
"Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan En Arman," kata Nina penuh emosi.
"Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya?"
"Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yag sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri." Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih tergiang-giang ditelinga. Lelaki itu tidak pernah meminta untk berkahwin dengannya.


Nina keliru , perasaannya pada Daniel Arman, suaminya sendiri . Kehadiran Zachary ditolak cara baik. 
"I want to marry you.. Nina," kata Zachary sambil meraih jari-jemari Nina. Nna yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah daripad mulut Zachary itu, bertindak menarik tangannya daripada genggaman Zachary.
"Apa yang Encik Zach cakap ni?" Soal Nina, berpura-pura tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.
"Nina please, jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya kepada nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah lama suami Nina meninggal dunia. Takkan Nina masih tak boleh boleh let go semua tu? Tolong la Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina, " luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik ke dalam genggamannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya.
"Maafkan saya. Saya tak boleh." Nina cubamenarik tangannya daripada genggaman Zachry.
"Tolong la pertimbangkan. Saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina." rayu Zachary.
"Saya tak boleh. Tolong lepaskan tangan saya." pinta Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedangkan dirinya masih memegang status sebangai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman.

Ketenangan Nina ternganggu bila Danish Arham kembali menagih cinta.
"Saya takut .." kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbanyang lagi saat danish Arham menodainya dahulu.  Air matanya mengalir laju. Hanya satu harapannya ketika itu iaitu supaya Daniel Arman melindunginya daripada kerakusan Danish Arham. Danial Arman terkesima seketika. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.
"I'll protect you" janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.






Episod 1
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin.Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya,Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya,Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya,Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.


Episod 2
Walaupun Nina telah menjadi isterinya yang sah namun Danial Arman bersikap dingin dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana itu adalah perjanjiannya dengan ibunya yang memaksa dia mengahwini Nina demi menjaga maruah keluarga mereka. Ini kerana Arman menyalahkan ibunya, Datin Rogayah yang memaksanya menggantikan adiknya Danis yang melarikan diri ke London setelah menghamilkan Nina. Dalam pada itu Datuk Zainuddin yang tidak dapat menerima Nina sebagai menantunya sering menghina dan berkasar dengan Nina. Malang terus menimpa Nina bila dia keguguran akibat terjatuh dari katil. Kesempatan ini diambil oleh Datuk Zainuddin untuk menghalau Nina keluar dari rumahnya tanpa pengetahuan Arman dengan membiarkan Nina digantung tidak bertali.

Episod 3
Arman mempersoalkan Nina, kenapa dia keluar rumah tanpa pengetahuannya. Nina hanya mahukan Arman mendapatkan jawapan daripada ayahnya, Datuk Zainuddin dan dalam masa yang sama Arman mengingatkan Nina yang dia masih isterinya. Dalam pada itu, di pejabat Arman digilai oleh semua staf perempuan terutamanya, anak Datuk Mahzan, Zura, rakan kongsi ayahnya, Datuk Zainuddin. Zura cemburu apabila mendapati Nina bertugas sebagai pembantu peribadi Daniel Arman di pejabat Gemilang Holding.

Episod 4
Abang kembar Arman, Danis yang baru balik dari London terus melakukan gangguan seksual terhadap Nina di pejabat. Danis sempat dihalang oleh Arman, namun dia bertekad akan merampas Nina daripada Arman. Sejak daripada peristiwa ngeri itu, Nina fobia, ketika bertugas lewat malam bersama-sama Arman dan tidak mahu keseorangan. Sementara itu, Azura terlalu cemburu dengan Nina, sehinggakan dia mengarahkan Arman supaya menggantikan pembantu peribadinya itu dengan yang baru.


Episod 5
Arman dan Nina mengimbas kembali detik kecemasan yang membawa kenangan manis ketika berlaku satu insiden di pejabat bersama-sama dengan Nina, walaupun Nina sudah menjadi isterinya, tetapi hanya pada nama sahaja. Danis memujuk ayahnya, supaya berusaha kembalikan Nina kepadanya. Lataran itu Datuk Zainuddin mahukan hal itu dibincang dengan Arman. Dalam pada itu, Nina menolak hasrat rakan sepejabatnya, Zakrie untuk mengambil Nina sebagai isterinya dengan memulangkan kembali cincin ikatan antara mereka.


Episod 6
Arman mempersoalkan pertemuan Nina dengan Zakrie. Nina memberi alasannya bahawa pertemuannya itu sekadar sebagai rakan sepejabat bagi membincangkan mengenai sambutan hari jadi Arman semata-mata, tidak lebih daripada itu. Dalam pada itu Arman rasa menyesal memiliki wajah seiras dengan Danis, justeru dia beranggapan Nina sebagai isteri masih bersikap dingin terhadapnya, kerana berkemungkinan Nina masih fobia terhadap perilaku Danis kerana merogolnya.

Episod 7
Datuk Zainuddin memaksa isterinya, Datin Rogayah supaya menggesa Arman menerima Azura dalam hidupnya. Datin Rogayah menentang kehendak suaminya itu, namun dia syorkan Danis sahaja yang berkahwin dengan Azura. Dalam pada itu Azura mengugut Arman supaya mengahwininya walaupun Arman mengatakan yang dia tidak mencintai Azura. Azura cuba mencederakan Nina, lalu dia mendakwa membawa pesan Datuk Zainuddin supaya Nina berhenti kerja sebelum dipecat oleh bakal mentuanya. Kemudian Arman berkongsi kegembiraan dengan ibunya yang dia bakal akan tinggal serumah dengan isterinya, Nina.


Episod 8
Arman memberitahu Zakrie bahawa Nina adalah isterinya dan dia memulangkan balik cincin yang diberikan Zakrie kepada Nina. Azura mendesak Datuk Zainuddin supaya mempercepatkan perkahwinannya dengan Arman. Dalam pada itu Danis dibelasah oleh Arman apabila dia ternampak abang kembarnya itu cuba menggoda Nina, ketika melaporkan diri di pajabat. Arman memberi amaran kepada Danis supaya tidak lagi mengganggui isterinya, Nina. Datuk Zainuddin tertekan apabila isterinya dan Arman menolak hasratnya untuk mempercepatkan perkahwinan Arman dengan Azura.


Episod 9
Nina mengakui walau apa pun terjadi antara Arman dengannya, tidak tetap dengan pendiriannya tidak akan menerima Danis dalam hidupnya, walaupun Danis merayu untuk menebuskan dosanya terhadap Nina yang lalu. Danis memujuk ayahnya, Datuk Zainuddin supaya meminta Arman menceraikan Nina. Kemudian Datuk Zainuddin memaksa Arman menceraikan Nina dan mahukannya berkahwin dengan Azura. Arman tetap dengan pendiriannya tidak akan berkahwin dengan Azura walau apa pun terjadi.


Episod 10
Azura mengubah pakaiannya demi memikat hati Arman. Arman gembira melihat perubahan Azura. Danish terus mendesak agar Nina menerima dirinya. Ini membuat hidup Nina terus tertekan. Nina sedih bila mendapat tahu Arman berfoya-foya dengan Azura. 


Episod 11
Nina melarikan diri dari rumah, sekaligus meletakkan jawatan, kerana dia tidak tahan dengan sikap suaminya Arman yang terlalu cemburu dan suka berfoya-foya dengan wanita lain. Arman cuba menjejaki Nina ke rumah ibu saudaranya, namun Danish mendahului Arman lalu dia memujuk Nina supaya kembali kepadanya. Nina tetap dengan pendiriannya, menolak hasrat Danish. Dia juga enggan menemui Arman, walaupun Arman meluahkan rasa sesal terhadap sikapnya dan masih sayangkan isterinya itu.



Episod 12
Arman menolak dengan keras pujukan Azura untuk mengahwininya. Dia tetap mencintai dan merindui isterinya Nina, walaupun Arman tidak tahu menahu maklumat tentang di manakah Nina berada. Tidak lama kemudian Arman berjaya menemui Nina, setelah Danish memberi maklumat di mana keberadaan Nina. Arman berjaya memujuk Nina pulang ke pangkuannya.



Episod 13
Arman dan Nina menjalani hidup berumahtangga. Dalam pada itu Datuk Zainuddin memohon maaf kepada seluruh keluarganya kerana kesilapan yang telah dilakukannya selama ini, pada ketika dia terlantar akibat cedera dipukul oleh orang upahan wanita simpanannya, Zara, kerana dia gagal mendapat wang daripada Datuk Zainuddin. Azura pula memperangkap rman untuk membunuh diri, jika enggan mengahwininya, sehingga dia ditangkap kerana didakwa berkhalwat dan dipaksa berkahwin bagi menutup keaiban keluarga. Dengan pertolongan Danish akhirnya Azura mengakui niat jahatnya.


Note: 
Drama ini sudah pun melabuhkan tirainya. Rasa macam tak puas tengok drama ini. Pada mulanya sanya ingat ceritanya ada 26 episod rupa - rupanya 13 episod saja. Tahniah buat penulis asal novel ini Tulip Ungu dan team produksi drama yang menjayakan drama ini.

Saturday, 12 October 2013

NOVEL SI PENCURI HATI

Tak akan kubiarkan kau berlalu pergi setelah hatiku kau curi...

Novel Si Pencuri Hati novel kedua selepas kejayaannya novel pertama beliau Novel Cinta itu milikku . Novel ni santai dan ringan. Novel cinta itu milikku terbitan Kakinovel tetapi novel kedua ini terbitan lovenovel . Bermula dari membaca dilaman blog dari bab 1 hingga 20 menanti agak lama dan akhirnya berjaya di bukukan. Saya memilih untuk membeli dengan Umie Dayana Darwisy. 

Sedikit review saya tentang novel ini. Novel yang yang mempunyai ketebalan 608 ini membongkar kisah cinta Sayang Damia dan Tengku Darwisy Firhad. Pertemuan dan perpisahan membuatkan mereka lebih menghargai kasih sayang. Sayang Damia pulang bercuti , Damia yang lebih selesa tinggal bersama nenek dan ucu dari tinggal dengan mamanya. Mamanya yang lebih mementingkan kerja selepas kematian papa Damia  akibat kemalangan. Selain itu juga mama Damia , Dr. Karina suka mengatur hidup Damia ini membuatkan Damia lepas dengan sikap mamanya. Dr. Karian juga tidak terlepas ingin menjodohkan anak gadisnya dengan anak lelaki kenalannya. Ini membuat Damia memberontak. Dengan bantuan rakan baiknya Jaslina dan Reqza Damia dapat menepis calon-calon dari mamanya. Calon-calonnya semuanya berjawatan besar. Dari General manager hinggalah kerabat diraja. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq antara lelaki yang mementingkan kecantikan, dengan solekan yang dibuat oleh rakannya. Benjamin Asyraf dan Fauzan Taufiq terkejut melihat keadaan Damia dan dengan mudah calon mamanya pergi melarikan diri. Hatinya sedih dengan tindakan mamanya. sebenarnya Tengku Darwisy tidak terkecuali dia juga diantara colon mama Damia. Dia hanya memerhatikan gelagat dari jauh dan tidak berani untuk berdepan dengan Damia ketika itu. Damia membawa diri kerumah pak longnya di mersing untuk mencari ketenangan. 

Ketenangan yang dicari merubah hidup Damia menjadi mimpi ngeri. Damia yang tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tak sampai 48 jam. Niat Tengku Darwisy Firhad membantu Damia yang pengsan ditepi pantai disalah ertikan. Kerana salah faham pak long Kamal memaksa Darwisy dan Damia . Darwisy terpaksa meninggalkan Damia isteri yang baru dinikahi. Darwisy juga berjanji akan kembali dan membawa Damia bersama. Tetapi janji tinggal janji , Darwisy sepatutnya pulang menemui isteri hanya tinggal janji. Oleh kerana Darwisy tidak kunjung tiba Damia mencari Darwisy di Kuala lumpur. Tetapi apa yang dilihat tak seperti yang disangkakan. Hatinya bagai dihiris dan hancur. Damia pulang ke United Kingdom hingga tidak mahu pulang lagi membawa hati yang lara. Kesakitan yang Darwisy tinggalkan terubat bila Damia disahkan mengandung. 

Setelah dua tahun terpisah mereka diketemukan kembali. Kini Damia mempunyai sepasang anak kembar yang comel Danial Fareez dan Dania Farisya. Kerana satu insiden di KLIA Damia dan Darwisy terkukar beg sandangnya. Disinilah titik permulaan mereka bertemu . Darwisy terkejut mereka mempunyai anak hasil perkahwinan yang disembunyikan dulu. Peristiwa yang membuatkan Damia membawa diri ke UK dulu berulang. Damia melihat Darwisy bermesra dengan wanita lain membuatkan dirinya keliru. Salah faham yang menyelubungi diri terungkai bila Darwisy memperkenalkan Daniel adalah abangnya. Daniel mempunyai iras yang sama dengan Darwisy cuma lesung pipit membezakan mereka. Kehadiran Natilia yang tidak disenangi oleh Daniel dan Darwisy mengundang kekecohan. Natilia yang dikenali seawal zaman persekolahan yang suka pada Darwisy tidak pernah melayannya. Pelbagai cara Natilia mengatur langkah untuk memilki Darwisy tetapi tidak berjaya. Semakin banyak halangan  untuk memisahkan Damia dan Darwisy cinta mereka semakin menebal kerana Damia telah mencuri hati Darwisy sejak diawal pertemuan mereka di station minyak suatu ketika dulu.



Sinopsis dari kulit novel 

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita?
Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka?
Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.

Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri. Pertemuan yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.
Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.

Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.

Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?


Petikan-petikan yang menarik 


Satu insiden tidak dijangka ....

“Hoi... cik kak! Awak... kalau rasa tengah bekerja buat cara macam orang tengah bekerja. Ini tidak... masa bekerja layan facebook. Dahlah tu... berlagak macam bos pulak kat sini,” tempelak lelaki itu sinis. “Itulah padahnya jika bekerja tidak seikhlas hati. Lain yang orang mintak, lain yang awak bagi. Awak ni pekak ke apa? Saya minta Coke bukan rokok. Ada faham...?” sindir lelaki itu.

Damia merenung wajah lelaki itu. Ikutkan hati yang membara dah lama lelaki di hadapannya ini kena sila gayung, silat timba dan silat besen. Sesedap rasa sahaja lelaki itu mengutuknya. Tetapi nak marah balik pun tak boleh juga, sebab dah ternyata memang dia bersalah. Lagi pula pepatah Inggeris ada mengatakan, customer is always right!!! 

“Lah... encik minta Coke rupanya. Saya ingatkan encik minta rokok. Maaflah ya...!!! Saya memang macam ni bila pepagi hari, mamai sikit,” terang Damia menutup kesilapannya. Tanpa berlengah Damia bergegas mengambil beberapa tin Coca Cola lalu diberikan kepada lelaki itu. “Ini ambil balik duit encik, saya sedekah aje Coke ini untuk encik,” ujar Damia sambil tersenyum manis. 

“Minta maaf banyak-banyak sekali lagi ya. Jangan serik datang lagi ke mari,” pesan Damia dengan mesra sambil tersengih nakal. Menyerlahkan giginya yang putih berkilauan itu. Mesti silau mata mamat ni di Subuh hari pabila tertengok gigi aku yang putih melepak, getus Damia.

Perli aku lah tu, getus lelaki itu. Setelah mengambil air Coke tersebut, dia berlalu tanpa mengambil wang yang diberikan oleh Damia.


Perempuan di station minyak menghantui diri Darwisy
Bulat matanya bila terpandang wajah gadis di stesen minyak .

“Adik... boleh abang tahu ini siapa?”

“Itu Kak Sayang.”

“Kenapa panggil dia Sayang?” Apalah kau ni Darwisy. Dah tentulah nama dia Sayang sebab itulah mereka panggil dia Sayang. Tapi manalah tahu sekiranya itu nama manjanya sahaja, Darwisy berkata kepada dirinya sendiri.

“Oh... tu nama sebenar Kak Sayang! Cantikkan dia bang. Saya kalau boleh nak muka macam dia. Umi kata wajah Kak Sayang macam pelakon Bollywood Katrina Kaif tapi babah kata macam muka Kajol. Bila Kak Sayang senyum macam senyuman Kajol kata babah. Tapi saya rasa wajah Kak Sayang lagi lawa daripada mereka.”
Amboi... panjang lebarnya budak ni terangkan tentang gadis bernama Sayang. Mereka sekeluarga mesti peminat fanatik filem Bollywood. Tapi memang cantik pun, puji Darwisy tanpa sedar. Eh... apa kes pulak aku puji dia? Bukannya nak buat bini! “Adik pun cantik! Jika dia macam Katrina Kaif, adik pula macam Karina Kapoor,” ujar Darwisy bersahaja. Dia akhirnya tertawa dengan kata-katanya.
“Ala... abang ni, saja je nak buat saya terperasan! Saya tahulah saya tak secantik mana,” ujar Suwaibatul merendah diri.
“Hisy... jangan kata macam tu. Setiap orang ada keistimewaan dan kecantikan tersendiri. Hanya orang yang tahu menilai sahaja dapat melihat keindahan itu.” Wah... Darwisy hebat kau! Boleh jadi ahli pujangga.
Suwaibatul hanya tersenyum mendengar kata-kata Darwisy. Lelaki di hadapannya ini tidak kurang hebatnya. Memiliki wajah yang tampan, kulit putih bersih dan berbadan tegap. “Abang pun apa kurangnya. Kacak, tampan dan mempunyai personaliti yang menarik. Tentu ramai awek keliling pinggang,” giat Suwaibatul
“Mana ada! Abang hanya manusia biasa sahaja.” Darwisy merendah diri.
“Dia tinggal kat sekitar sini ke?” tanya Darwisy sambil menunjukkan gambar Damia.
“Aah... tapi jauh sikitlah.”
Mustahil gadis stesen minyak tu tinggal di sini. Bukan ke jauh dia nak pergi kerja seandainya tempat tinggal dia di sini? Mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Lagipun gadis di stesen minyak tu lebih cantik daripada dalam gambar ni, gumam Darwisy sambil menggaru-garu dagunya. Laaa... aku ni pun satu hal! Yang aku sibuk fikir pasal dia buat apa? Lantaklah... tempat kerjanya jauh dari rumah ke tidak! Macamlah dia tu bawah tanggungjawab aku. Hisy... kacau-kacau jiwa aku jika asyik fikirkan perempuan ni! Bisik hati Darwisy sambil menggelengkan kepalanya.



Selepas kematian papanya, hubungan Damia dengan mamanya agak renggang kerana mamanya suka memaksa dan mencatur kehidupanya.

“Mama ada hal nak cakap dengan Sayang,” ujar Dr. Karina.

“Hal apa mama?” Hati Damia sudah bergendang hebat. Perkara apakah yang hendak mamanya sampaikan.

“Ini gambar-gambar calon bakal suami Sayang. Mama nak Sayang kenal hati budi mereka. Mama juga nak Sayang aturkan pertemuan dengan mereka. Seelok-eloknya esok, memandangkan mereka semuanya bercuti hujung minggu. Ingat... jangan cuba malukan mama.” Usai mengeluarkan arahan, mamanya keluar meninggalkan dia keseorangan.
Memori semalam menerjah kembali lorong ingatan Damia. Ingat lagi dia akan permintaan mamanya supaya pulang ke rumah. Rupa-rupanya mama bukannya rindu akan dirinya tetapi punya agenda tersendiri. Sakit hatinya mengenangkan sikap mamanya itu.
“Kenapa mama buat Sayang begini?” ujar Damia lirih. 
Di zaman serba canggih dan berteknologi tinggi ini masih ada lagi ibu bapa yang mengongkong hidup anak-anak mereka. Kenapa ada lagi segelintir ibu bapa yang sibuk hendak memilih pasangan hidup untuk anak-anak mereka? Bukankah elok jika mereka diberi dipilihan dan kepercayaan untuk memilih pasangan hidup mereka sendiri? Damia benar-benar lelah meniti hari yang mendatang.
Damia meneliti tiga keping gambar yang berada di tangannya. Menurut mama, mereka ini adalah anak kawan-kawannya atau dengan kata lain pesakit yang sering mendapatkan rawatan di hospital mamanya bertugas. Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Dr. Karina Raj Abdullah. Mamanya mendapat pangkat Dato’ pada tahun lepas. Mamanya juga merupakan doktor pakar di salah sebuah hospital swasta bertaraf lima bintang di ibu negara.
Damia meneliti satu persatu nama yang tertulis di setiap keping gambar tersebut. Benjamin Asyraf bin Dato’ Brahim. Emm... berkulit sawo matang. Anak tunggal. General manager di Berjaya Teguh Sdn. Bhd. Hobi melancong. Damia mencebik melihat gambar tersebut. Melancong ke melencong, desis hatinya.
Dia meneliti gambar yang kedua. Fauzan Taufiq bin Dato’ Faizal. Hai... mama... mama...!!! Semua pilihan calon menantunya anak-anak Dato’ belaka. Berkelulusan dari universiti Ohio. Berkulit hitam manis. Hobi suka aktiviti lasak. Oooo.... aktiviti macam mana tu??? Dari gambar kedua, Damia meneliti gambar yang ketiga.
Emm.... yang ni lain sikit kerabat raja! Damia mencampak gambar-gambar tersebut ke sisi. Tiada satu pun yang menarik minatnya. Serabut kepalanya melihat gambar yang ketiga itu. Langsung tiada ciri-ciri lelaki idamannya. Berambut panjang. Pakai seluar koyak-rabak. Baju pula masya-ALLAH... menakutkan!!! Puan-puan faham-faham sendiri ajelah style pakaian anak muda zaman sekarang.

Bingung dengan masalah mamanya Damia pergi mencari ketenangan tidak menyangka dia terpaksa menerima takdirnya yang tidak pernah dalam mimpinya. Niat darwisy ingin membantu tetapi disalah ertikan.
“Sepatutnya awak berterima kasih kepada saya sebab selamatkan awak dan rawat awak malam tadi,” tempelak Darwisy.
“Ada saya suruh encik ambil berat pasal saya? Tak ada kan..?” Damia juga tidak mahu kalah dalam perdebatan itu.
Eh... perempuan ni!!! Aku dah tolong dia pun dah cukup baik. Bukannya nak berterima kasih dengan bantuan yang diberi, berlagak lagi adalah!!! Patutnya semalam aku biarkan sahaja dia mati kesejukan kat luar sana tu, biar padan muka dia!!! gumam Darwisy. Dalam pada itu, bibirnya sempat menguntum senyuman nakal pabila teringatkan peristiwa menukarkan pakaian gadis sombong dan berlagak itu. Menyesal pulak dia menutup mata.
Ini kalau tersenyum-senyum macam orang tiga suku mesti ada benda kotor yang dia teringat dalam kepala, bisik hati Damia. Jangan-jangan dia teringat... Damia menelan air liurnya berulang kali sambil melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Argh....” Damia menjerit sekuat hati.
Darwisy segera menekup mulut Damia. Haru seandainya ada orang yang mendengar nanti. “Yang awak menjerit macam kena sampuk ni kenapa? Awak nak suruh orang datang serbu sini?” marah Darwisy.
Damia menggeleng kepalanya berulang kali tanda tidak mahu. “Tadi tu kenapa encik tersenyum maut macam tu? Encik tentu ada terfikir atau teringat perkara yang bukan-bukan dalam kepala otak encik yang sengal ni kan...???”
Membuntang biji mata Darwisy memandang Damia. Dia tidak percaya yang Damia mampu membaca apa yang tersirat dalam kepala otaknya. “Hisy... awak ni, suka fikir yang bukan-bukan. Tak baik tahu awak menfitnah saya. Dalam dunia ni dah susah dah awak nak jumpa lelaki sebaik dan kuat imannya seperti saya,” ujar Darwisy bersahaja.
Damia mencemikkan mukanya tanda tidak bersetuju. Iyalah tuuu...
Dalam pada Darwisy dan Damia berperang mulut. Terdengar suara orang memberi salam. Darwisy sudah keresahan. Bala apakah yang bakal menimpanya seketika nanti? Damia juga sudah tidak senang duduk. Janganlah orang kampung Pak Longnya datang membuat serbuan. Tentu malu Pak Longnya nanti.
Darwisy membuat isyarat supaya Damia diam. Jam sudah menunjukkan enam lima puluh lima minit pagi. Damia juga masih belum menunaikan solat Subuh. Tak akan dia hendak pulang dengan pakai yang seksi sebegini? Mahu pengsan orang kampung bila terlihat akan dirinya nanti. Tak pasal-pasal dia dikatakan gila.
Darwisy dengan berat hati membuka pintu. Pucat muka Darwisy melihat seorang lelaki berkopiah berdiri tegak di depan pintu chaletnya.
Lelaki yang lengkap berkopiah itu menerpa masuk. Terkejut bukan kepalang pabila melihat muka anak saudaranya yang sembab dan bercucuran air mata serta dalam keadaan mencurigakan. Kamal meneliti raut wajah anak muda yang berada di hadapannya.
Sewaktu dia pulang ke rumah malam tadi sangkanya Damia sedang tidur. Seawal jam lima pagi, isterinya Anisah memberitahu dia bahawa Damia tiada di dalam biliknya. Hatinya bimbang dan rungsing bukan kepalang. Selesai solat Subuh, dia keluar mencari anak saudaranya di sekitar pantai. Kamal bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak saudaranya itu. Setibanya dia di hadapan sebuah chalet, jantungnya bagaikan hendak gugur tatkala melihat selipar dan pakaian anak saudaranya bersidai di berada chalet tersebut.
Kamal merangkul bahu Damia. Kasihan dia melihat riak sedih yang jelas terpancar di wajah anak saudaranya itu. Nasib anak saudaranya bertambah malang selepas adiknya Dasuki Aqtar meninggal dunia. Adik iparnya Karina langsung tidak mengambil berat tentang Damia. Dunianya hanya bekerja dan memperkukuhkan lagi kerjayanya. Anaknya yang seorang ini langsung tidak diambil peduli. Dia perlu bertindak. Sekiranya berlaku sesuatu ke atasnya, sekurang-kurangnya ada orang yang akan menjaga anak saudaranya kelak.
“Pak cik hendak kamu bertanggung jawab ke atas anak saudara pak cik ini,” luah Kamal tegas sambil memandang wajah Darwisy.
Buntang mata Darwisy memandang lelaki yang berada di hadapannya saat ini. Mana mungkin dia sanggup bernikah dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Mahu kena serangan jantung bonda dan ayahnya nanti. “Maaf pak cik, saya tak mampu melaksanakannya. Lagipun saya tidak buat apa-apa ke atas anak saudara pak cik. Saya hanya membantunya semalam. Itupun sebab dia pengsan di hadapan chalet saya,” terang Darwisy sopan. Dia masih mampu mengawal perasaan marahnya.
“Mia juga tak bersetuju dengan cadangan Pak Long. Mia masih muda dan tak kenal dengan lelaki ini,” terang Damia dengan linangan air mata.
“Pak Long tak kira. Kamu berdua mesti bernikah hari ini juga. Keputusan Pak Long adalah muktamad,” tegas Kamal.

“Dan kamu anak muda, jangan cuba hendak melarikan diri!” Kamal menelefon pekerjanya supaya datang ke chalet Kenanga 2. Tujuannya adalah untuk menghalang Darwsiy daripada cubaan melarikan diri.

Setelah menunggu tak kunjung tiba Damia nekad untuk mencari suaminya tetapi hatinya remuk bila apa yang dilihat.

“Sayang masuk dulu cari Darwisy, Ucu nak parking kereta.”

Dalam keadaan debaran yang mengganas hebat, Damia mengatur langkahnya. Matanya melilau mencari wajah suaminya. Mujurlah hari ini dia berbaju kurung. Maklumlah hendak bertandang ke rumah keluarga mentua. Atas nasihat neneknya dan inginkan perubahan setelah bergelar isteri, Damia mula memakai tudung. Menurut neneknya, kecantikan dan aurat seorang isteri hanyalah sesuai untuk tontonan suaminya sahaja.
“Jemput duduk cik,” arah satu suara.
Damia menoleh melihat siapakah gerangan yang menyapanya. Mungkin petugas untuk majlis ini bisiknya.
“Emmm.... boleh saya tahu ini majlis perkahwinan siapa?” Tanya Damia ramah.
“Oh... ini majlis perkahwinan anak lelaki Tengku Dzulkarnain dan Tengku Faridah! Kalau cik nak bertemu dengan mempelai, cik kena tunggu sekejap sebab mereka tengah makan beradab.” Tunjuk gadis itu bersama senyuman manis.
Mata Damia mencari arah yang ditunjukkan oleh petugas itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berjalan menghampiri meja pasangan pengantin tersebut. Hancur luluh hatinya melihat senyuman manis yang terbit daripada bibir pasangan pengantin itu.
Patutlah Darwisy tidak muncul-muncul. Rupa-rupanya sedang membuat persiapan majlis perkahwinannya. Apa tujuan kata-kata Darwisy dalam suratnya tempoh hari? Adakah sekadar ingin menyedapkan hatinya dan menutup temberang lelaki itu? Atau ingin menunjukkan kononnya dialah lelaki yang paling budiman tetapi apa yang terzahir adalah sebaliknya?
Dengan hati berlagu pilu, Damia meninggalkan majlis itu. Sekeping harapan yang telah Darwisy persembahkan kepadanya hancur berkecai. Janji-janji Darwisy adalah palsu semata-mata. Tidak jauh dari pintu pagar kelihatan Ucunya. Tanpa tertangguh dia terus memaut lengan Ucunya dan mengarahkan agar mereka segera beredar.
Kesakitan yang Darwisy tinggalkan sedikit terubat apabila dia disahkan hamil. Mujurlah dia tidak mengalami sebarang masalah dan alahan sewaktu hamil. Pasti dia terpaksa menangguhkan pelajarannya sekiranya perkara itu terjadi. Nasib baik juga ada Reqza yang sudi membantu dan mengambil berat akan dirinya. Reqza juga sanggup membatalkan hasratnya untuk terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian memandangkan dia masih enggan pulang.



Wednesday, 9 October 2013

IMPIAN DIREALISASIKAN

Gembira ... apa lagi yang perlu diungkapkan .... Terima kasih ucapan untuk Ein Lynn yang sudi memberikan kad ucapan ini untuk saya ... 


Kad Limited Edition  ( saya dan Evelyn Rose je yang ada )

Perkenalan dilaman Blogs Duniaku Einsprasiku bermula bila Ein terpilih sebagai pemenang tempat pertama untuk contest menyambung bab 28 untuk  Novel 13 JAM A380. Perkenalan itu dilanjutkan menjadi rakan Facebook. Sebenarnya saya juga pernah mencuba untuk menghantar contest itu tetapi separuh jalan. ( otak tak berkembang ) hehehheh

Impian saya tercapai bila menerima sekeping kad daripada Ein. Ein telah membaca perjalanan mendapatkan novel ini bertandatangan penulis diiringi kepayahan dan dugaan . Usaha gigih Ein mendapatkan tandatangan penulis novel ini untuk diberikan khas untuk saya. Tak terucap rasanya.... Saya sangat menghargai ... 

Sedikit coretan dari Evelyn Rose 

Kata - kata dari Ein yang ada bersama kad 13 jam A380.

NOVEL LOVE YOU MR. ARROGANT

Aku memang gila sebab cintakan kau yang berlagak gila! 
Tapi apa lagi nak dikata, kalau hati dah cinta...


Lepas tengok drama untuk pertama kali saya jatuh cinta dengan cerita ni . Entah kenapa mungkin pelakonnya menghayati watak dalam cerita ni. saya memang tak pernah baca novel ni rasa nak tahu sangat cerita ni saya terus membelinya secara online di karya seni. Bila dah dapat , perkara pertama yang saya tengok adalah cetakan ke berapa?? kalau banyak kali cetak bermakna cerita itu best. Masa saya beli novel sudah pun dicetak untuk kali yang kesepuluh.

Sedikit review dari saya tentang novel ini. Novel yang setebal 462 muka surat menceritakan perjalanan cerita cinta Zaara Amirah yang bertemu melalui sebuah insiden yang tidak disengajakan. Kerana satu kemalangan kecil Ilham yang meminta ganti rugi sebanyak 5 ribu dalam masa sebulan. Kerana terlalu panik Zaara bersetuju tanpa memikirkan apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Ini membuat hidup Zaara menjadi huru hara. Zaara yang asyik memikirkan dimana hendak mencari duit sebanyak itu. Zaara tidak menyangka tindakan memberi talifon kepada Ilham sebagai cagaran memburukkan keadaan. Zaara marah dengan Ilham dengan tindakan Ilham mempergunakannya. Dengan kelembutan yang dimiliki oleh Zaara menarik perhatian Tan Sri Zahir. Tan Sri Zahir menyuruh Ilham kahwin dengan Zaara Jika tidak Ilham Holding akan jatuh ditangan Hardy sepupunya. Tan Sri Zahir yakin Ilham akan memilih Zaara sebagai calon isteri kerana dia tahu sifat anaknya tidak akan memilih Sherry . Sherry hidup yang lebih moden dan bergaya , Sherry juga calon menantu pilihan Puan sri Maryam mama Ilham. Demi melepaskan diri dari Sherry, Ilham  memaksa Zaara menerima lamarannya. Sikap Ilham yang Arrogant membuat Zaara akur dlaam terpaksa.

Keputusan Ilham membuatkan Puan sri Maryam marah kerana Ilham tidak memilih Sherry malah menerima budak kampung yang tidak dikenali sebagai calon isteri. Perkahwinan yang tidak ada secalit cinta dan bermulalah lakonan didepan orang tua mereka bahawa mereka adalah pasangan bahagia. Kehadiran Hadry sepupu Ilham mendatangkan rasa cemburu pada Ilham. Hadry yang meminati Zaara dipandang sepi oleh Zaara. Faizal rakan kerja Zaara yang meminati Zaara sejak dulu lagi kecawa bila mengetahui Zaara memilih orang lain sebagai suaminya. Satu pertelingkahan kecil Faizal dan Zaara membuatkan Zaara jatuh. Zaara terharu bila kesungguhan Ilham mengambil berat tentang dirinya. Puan sri Maryam tak pernah putus asa memujuk Ilham untuk berkahwin dengan Sherry. Kerana tak tahan dengan layanan mertuanya Zaara mengajak Ilham pindah. Dan dikesempatan itu juga Ilham dapat menjauhkan diri dari Sherry yang tak pernah putus asa walaupun Sherry tahu yang Ilham sudah berkahwin. Tanpa disedari Zaara mula jatuh cinta pada suaminya Ilham dan Zaara juga mengharapkan Ilham akan membalas cintanya.

Puan sri Maryam berpura-pura sakit dan memaksa Ilham terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Sherry. Dengan keizinan Zaara majlis yang gilang gemilang di majlis pernikahan Sherry dan Ilham. Dengan Bantuan Tan Sri Zahir , Ilham melarikan diri sebelum majlis bermula. Kerana terlalu marah, bila Ilham melarikan diri Sherry menolak Puan Sri Maryam hingga terjatuh dan Puan Sri Maryam strok sebelah badan. Zaara menjaga mak mertuanya hingga sembuh . tetapi layanan Puan sri Maryan terhadap Zaara tetap dingin. Zaara berjanji pada mak mertuanya agar cepat sembuh dan Zaara akan pergi dari keluarga mertuanya dan meninggalkan Ilham. Semasa ulang tahun pertamanya, saat Ilham yakin tentang hatinya yang telah jatuh cinta pada isterinya. Zaara telah pergi meninggalkan dirinya. Ilham yang gagal mencari isterinya, bingung dan dirinya turut tidak terurus. Hadry yakin Ilham telah jatuh cinta pada Zaara kerana sikap Ilham kian berubah. Ilham kini sudah menjadi Ilham yang dulu. Ilham berubah menjadi Arrogant kerana ditinggalkan oleh teman wanitanya semasa menuntut di universiti. Kehilangan Safiya yang sudah beralih kasih membuat Ilham menjadi seorang lelaki yang tiada berperasaan , berlagak dan mudah melenting. 


Sinopsis dari kulit novel 


Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.



"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham



Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 



"Apa? Atas lantai ni?"



"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."



"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!" 



Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 



Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri. 



"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah 



Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...





                               


Para Pelakon : Zara Zya (Zaara Amirah), Azlee Khairi (Zafriel Irham) ,Hanez Suraya (Sherry), Keith Foo (Hadry), Anzalna Nasir, Norish Karman (Puan Sri Maryam), Mustapar Kamal (Tan Sri Zahir), Fadillah Mansor, Alex Yanz, dan Aisyah Illias



Lagu Tema : Tetap Menantimu - Nomad




Episod 1
Zaara yang lambat ketempat kerja dikejutkan bila tiba-tiba seekor kucing melintas. Kerana itu dia terpaksa menekan brake kereta tanpa melihat kereta dibelakang. Kereta Zafreil Ilham terlanggar sedikit kereta Zaara yang berhenti secara tiba. Zafriel yang marah dengan tindakan Zaara meminta ganti rugi RM5000.00 pada Zaara. Zaara yang panik dengan insiden itu dan tidak memikir panjang bersetuju dengan permintaan Zaara. Zaara diberi masa satu bulan untuk membayar duit itu. Sebagai cagaran Zaara memberi handphone kepada Zafriel. Zaara pening kerana duit yang disimpan masih belum mencukup. Tempuh untuk membawar duit ganti rugi semakin dekat. Zafreil menghantar SMS pada emak Zaara mengatakan Zaara mengandung anaknya sebagai ugutan. Zaara yang marah dan tidak berpuas hati pergi ke pejabat Zafreil menanyakan mengapa Zafriel berbuat demikian. Zafriel juga mengugut jika Zaara tidak membayar duit dalam tempoh yang ditetapkan keadaan akan lebih teruk. Dengan rasa kecewa Zaara meninggalakn pejabat Zafriel. Papa Zafriel Dato Zahir memaksa Zafriel berkahwin dengan segera jika Zafriel inginkan Ilham Holding .
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 1

Episod 2
Zafriel memikirkan cadangan Dato Zahir. Zafriel diberi pilihan berkahwin dengan Sherry gadis yang dikenali 4 tahun lalu tetapi hidup mewah yang suka meminta itu ini. Atau Zaara yang terlalu naif tentang kehidupan.Zaara masih tak dapat membayar duit ganti rugi dalam masa yang sama Zafriel dia mengambil kesempatan untuk meneruskan rancangan papanya untuk mengambil Zaara sebagai calon isterinya. Zaara merayu agar Zafriel tidak melamarnya tetapi tidak dipedulikan.Segala persiapan perkahwinan dibuat oleh Zafriel. Zaara hanya mengikut saja. Sibuk Zafreil membuat persiapan perkahwinannya , Zafriel terkejut dengan kehadiran Sherry . 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 2

Episod 3
Selepas selesai membuat persiapan pengantin Zafriel memulangkan handphone Zaara kerana Zaara bersetuju kahwin dengannya. Faizal rakan sekerja Zaara yang meminati Zaara sejak dulu, kecewa kerana Zaara tidak memilihnya sebagai calon suami. Faizal juga memaksa Zaara memutuskan pertunangan dengan Ilham. Majlis pernikahan Zaara semakin hampir. Zaara semakin keliru , Zaara juga sedih memikirkan hidupnya yang akan bersama Mr. Arrogant. Majlis gilang-gemilang diadakan dikedua-dua belah pihak. Baru sehari hidup bersama Ilham pelbagai gudaan terpaksa diterima.Di rumah besar Ilham, Zaara memulakan hidup sebagai isteri. Dengan sikap diingin Ilham Zaara banyak mengalah dengan kerenah suaminya. Keadaan menjadi lebih teruk lagi bila Datin Maryam (mak mertuanya) membencinya. Ini kerana Zaara bukan menantu pilihannya.  
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 3

Eposod 4
Tinggal dirumah besar keluarga Irham membuatkan Zaara merasa janggal. Ditambah pula bila kakak Irham berkunjung kerumah itu. Dirinya terasa terasing. Zaara juga dapat merasakan kakak Irham tidak suka kehadirannya dirumah itu. Kakak Irham , Zafira suka membanding-bandingkan Sherry dan juga dirinya. Irham berterus terang dengan Zaara mengapa dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Zaara. Semuanya hanyalah kerana Syarikat Irham Holding kerana itu impiannya dari dulu untuk menerajui syarikat. Hadry terkejut bila Irham memperkenalkan Zaara adalah isterinya. Dia dapat merasakan sesuatu yang tak kena perkahwinan sepupunya itu. Dihati kecil Hadry dia suka pada Zaara yang lembut dan rendah diri.  Sherry terkejut bila mendapat tahu Irham telah berkahwin. Kerana terlalu kecewa Sherry pergi kerumah Keluarga Irham ingin melihat siapa gadis yang berjaya menambat hati Irham.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 4 

Episod 5
Datin Maryam memarahi Zaara kerana menampar Sherry. Zafriel memarahi Sherry kerana tindakkanya. Sherry juga mengadu dengan kakak Zafriel yang apa yang berlaku. Zafrina seperti ingin membuat sesuatu rancangan yang tak baik pada Zaara. Kehadiran Zaara yang yang memang tidak disenangi oleh mak mertuanya dari awal lagi , membuatkan Zaara rasa terpinggir. Zaara yang memulakan kerja setelah cuti lama meminta tolong agar Zafreil menghantarnya kepejabat tetapi Zafreil meninggalkannya begitu sahaja. Terpaksalah Zaara menunggu teksi untuk ke pejabat. Nasib Zaara baik bila Handry sudi menumpangkannya ke pejabat. Walaupun berat hati Zaara menerima pelawaannya. Dalam Masa yang sama Zafriel memerhati gerak geri Zaara dan Handy . Zafriel mencari Zaara hingga kerumah sewa Zaara . Zaara pergi kerumah sewa lama kerana mengambil kereta agar dia tidak menyusahkan suaminya untuk menghantarnya ke pejabat. Dalam perjalanan pulang Zaara singgah ke pasar malam untuk membeli "chicken wing" makanan kegemarannya. Zafriel turut serta walaupun tempat itu bukan pilihannya.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 5

Episod 6
Zafriel Ilham menemani Zara pergi ke pasar malam. Tempat yang Zafriel tak pernah pergi ini semua kerana menurut kata Zaara yang ingin membeli "chicken wing". sampai dirumah Datin maryam (mak mertua)nya marah kerana membawa Zafriel ketempat kotor. Zara yang sedih dengan kata-kata kesat mertuanya. Zafriel yang nampak lalu memujuk Zaara yang sedih. Dalam diam Dato ... memerhati gelagat dan kemesraan anaknya dihalaman rumah. Datin Maryam rasa tak puas hati dan dia nekad untuk menjodohkan Zafriel dangan Sherry. Zaara dikejutkan dengan kehadiran Hendry sebagai project Manager di Syarikatnya berkerja. Sebagai tanda terima kasih kerana membantu Hendry, Zaara dan Hendry keluar makan bersama. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 6


Episod 7
Hadry cuba meluahkan isi hatinya pada Zaara tetapi Zaara tak dapat menangkapnya. Faizal yang tidak mengetahui keadaan sebenar menyifatkan Zaara berlaku curang pada suaminya. Faizal marah kerana Zaara sering mengelak setiap kali di ajak keluar. Tetapi dengan Projek Manager ( Hadry ) baru Zaara mudah untuk keluar bersama. Ketika perjalanan pulang semasa Zaara menuruni tangga, Zaara terserempak dengan Faizal. Faizal marah dan sedikit pertelingkahan berlaku. Dalam keadaan tolak menolak Zaara tergelincir dan jatuh. Dalam keadaan panik Faizal terus lari meninggalkan Zaara di keadaan pengsan. Irham risau kerana Zaara masih belum pulang. Tiba-tiba Irham mendapat panggilan dari Zaara mengatakan dia jatuh tangga dan mengharapkan Irham mengambilnya. Kaki Zaara terseliuh, membataskan pergerakannya. Irham mencari punca bagai mana Zaara boleh terseliuh dia pergi ke pejabat Zaara untuk mencari kepastian. Tetapi apa yang di lihat Hadry yang berada di situ mengundang rasa cemburu. 
Jom tonton link ini :Love you Mr. Arrogant episod 7

Episod 8

Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 8

Episod 9
Ilham terkejut bila kak siti memberitahu Datin Maryam tidak membenarkan memberi makanan pada Zaara. Zaara ternampak kesan merah ditangan Ilham. Ilham engan menjawab bila Zaara bertanya. Ilham membawa Zaara balik kekampung untuk mengurut kaki. Ilham terpesona dengan keindahan kampung Zaara. Ibu Zaara terkejut melihat keadaan Zaara. Dalam masa yang sama Ibu memarahi Ilham kerana tidak menjaga Zaara dengan baik. Zaara terharu bila Ilham mengambil berat terhadap dirinya. Buat pertama kalinya Ilham bermalam dirumah mertuanya hatinya tenang dari kesibukan kota. Datin Maryam marah kerana Ilham tak memberitahunya yang Ilham pulang kekampung Zaara.  
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 9

Episod 10
Ilham meninggalkan Zaara dikampung kerana proses mengurut belum selesai. Perasaan rindu menyelubungi diri Ilham dan Zaara. Datin Maryam gembira bila Ilham baru pulang dari kampung tanpa Zaara. Datin Maryam terus menalifon Sherry ini masa yang sesuai untuk menawan hati Ilham. Ilham terasa sunyi dengan celoteh Zaara hingga tak boleh melelapkan mata. Ilham terkejut bila Sherry datang kerumahnya di awal pagi. Ilham rimas dengan kehadiran Sherry yang terus merengek dan menyendeng dengan dirinya. Sherry terus berdendam dan dia nekad untuk mendapatkan Ilham. Hardy cuba mengorek cerita dari kawan Zaara Fariza agar menceritakan apa yang terjadi pada Zara tapi Fariza keberatan untuk menceritakan. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 10


Episod 11
Sherry tak pernah putus asa untuk mendapatkan hari Ilham. Ilham mencari kepastian adakah Hadry ada hati pada Zaara. Hadry terpaksa berterus terang apa yang berbuku dihatinya. Ilham perpuas hati dengan penjelasan Hadry. Dato Zahir menasihatkan Ilham agar menjadi suami yang baik. Ilham menghubungi isterinya bila , dia gembira bila Zaara mengatakan dia sudah sihat. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 11

Episod 12
Ilham mengambil Zaara dikampung. Sherry bengang bila Ilham tidak pernah melayannya walaupun Zaara tiada dirumah. Datin Maryam merangcang sesuatu agar Zaara meninggalkan Ilham. Bimbang kaki Zaara terseliuh lagi Ilham mengambil keputusan untuk menghantar dan mengambil Zaara ditempat kerja. Oleh kerana kesibukan Ilham menerajui Ilham Holding , Ilham terlupa . Zaara menanti tak junjung tiba. Hadry kesian pada Zaara yang menunggu lama lalu menghantar Zaara pulang kerumah. Sebaik sahaja tiba dirumah Datin Maryam menghina Zara hingga Zaara sedih hati. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 12


Episod 13
Zaara menyampaikan hasratnya untuk mengajak Ilham pindah dari rumah. Zaara tak mahu mak mertuanya dan kakak iparnya terus menghina dirinya. Zaara tidak mahu memberi tahu hal sebenar pada Ilham kerana Zaara tak mahu Ilham menjadi anak derhaka. Sejak kejadian yang terjadi pada Zaara, Faizal tidak lagi berkerja di syarikat itu . Tetapi dalam diam Faizal masih memerhatikan Zaara dan Ilham kerana dendamnya. Kemunculan Safiya mengejutkan Ilham. Safiya yang kesempitan duit kerana suami pilihannya tidak lagi berkerja. Safiya tidak menyangka akan bertemu Ilham di sesi temuduga. Datin Maryam masih lagi ingin menyatukan Sherry dan Ilham. kerana ketelanjuran Zaara membenar Ilham keluar dengan Sherry.  Ilham marah pada  Zaara kerana tak pandai melawan.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 13

Episod 14
Datin Maryam masih tak berpuas hati dengan tindakkan Ilham. Zafira mencari bomoh untuk memisahkan Zaara dan Ilham. Zaara suka dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Ilham padanya. Kerana rimas dengan kehadiran Sherry Ilham berusaha mencari rumah lain. Ilham mengajak Zaara pergi tengok rumah baru. Impian Zaara untuk duduk asing tercapai. Datin Maryam terkejut bila Zaara dan Ilham untuk berpindah. Impiannya musnah untuk memisahkan Ilham dan Zaara.  
Jom tonton link ini :  Love you Mr. Arrogant episod 14




Promo minggu ke 5 


Episod 15
Ilham dan Zaara meminta izin untuk pindah ke rumah baru dan ingin berdikari. Tetapi Datin Maryam tidak bersetuju. Datin Maryam juga terkejut bila Dato' Zahir mengizinkan Ilham dan Zaara berpindah. Zafira berpakat dengan Datin Maryam dan Sherry untuk memulakan rancangan baru setelah rancangan yang lepas semuanya gagal. Hadry membantu Ilham dan Zaara pindah. Ada bibit-bibit kemesraan antara Hadry dan Zaara ini membuatkan Ilham rasa cemburu. Kehidupan Safiya semakin teruk dengan suaminya yang tidak berkerja. Dia terkejut bila rumahnya didatangi dua lelaki cina mencari suaminya.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant Episod 15

Episod 16

Zaara dan Ilham tak boleh tidur dirumah baru mereka. Mereka suka menghabiskan masa dengan menonton TV. Dalam masa yang sama mereka selesa dengan aktiviti itu. Dato Zahir terkejut bila melihat Datin Maryam pengsan. Ilham dan Zaara bergegas kerumah Dato Zahir melihat keadaan Datin Maryam. Tekanan darah Datin Maryam agak tinggi dan doktor menasihatkan Datin Maryam berehat dirumah. Dalam keadaan Datin Maryam sakit , Datin Maryam meminta agar Ilham berkahwin dengan Sherry. Ilham terkejut dengan permintaan mamanya. Zaara cuba bertanya mengapa Ilham terlalu marah dan mengajak Zaara pulang dalam keadaan Datin Maryam sedang sakit. Zaara tidak menyangka Datin Maryam memaksa Ilham berkahwin dengan Sherry. Zaara sedih dengan yang Datin Maryam membencinya hingga sanggup memaksa Ilham berkahwin dengan Sherry. Zaara cuba rela jika itu yang terbaik untuk Ilham dan mak mertuanya. 
Jom tonton link ini :Love you Mr. Arrogant Episod 16

Episod 17

Zaara memujuk Ilham agar bersetuju dengan cadangan Datin Maryam untuk berkahwin dengan Sherry. Dalam diam Zaara sedih dia terpaksa bermadu. Berita gembira yang dinantikan oleh Datin Maryam diberitahu oleh Ilham sendiri. Ilham sedih kerana Zaara tak pernah memahami perasaannya. Dalam masa yang sama Datin Maryam tak tahu yang Sherry ada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Keadaan kalang kabut bila Ibu Zaara datang dari kampung. Tetapi Hati seorang ibu dapat merasakan yang perkahwinan anaknya ada yang tak kena. Pertunangan Ilham dan Sherry diumumkan semasa majlis ulang tahun Dato Zahir dan Datin Maryam. Hatinya tak kuat untuk melihat apa yang berlaku didepan mata. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant Episod 17


Episod 18
Naluri seorang ibu kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku pada hubungan Zaara dan Ilham.Di majlis pertunangan Ilham dan Sherry, Zaara mengasingkan diri dari tetamu yang lain. Ilham cuba memujuk Zaara agar tidak berkecil hati. Sherry yang nampak kemesraan yang terjalin antara Ilham dan Zaara mendatangkan rasa cemburu. Zaara yang cuba untuk berlembut dan berbaik dengan Sherry.  Tapi tak pada Sherry . Sherry yang sengaja menolak Zaara ke kolam renang hingga lemas. Zaara enggan ke hospital memaksa Ilham pulang kerumah terus. Ilham merasa curiga bagaimana Zaara boleh terjatuh. Demam Zaara bertambah teruk, dengan rasa sayang yang mula berputik Ilham menemani Zaara ketika sakit.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 18




Promo minggu ke-6

Episod 19
Demam Zaara semakin baik. Ilham cuba mengambil hati dan melayan kerenah Zaara. Zaara rasa gembira bila dilayan begitu tetapi Bila Ilham menyebut nama Sherry hatinya merasa sedih. Zaara tak dapat membayangkan bila mereka hidup bermadu. Saat Hadry tiba dirumah Zaara, Hadry perasan ada seorang lelaki yang yang mencurigakan berada dihadapan rumah Zaara dan Ilham . Tujuan Hadry datang kerumah, cuba memujuk Zaara agar Zaara dapat membatalkan perkahwinan Ilham dan Sherry . Hadry juga memberitahu yang Ilham tak akan bahagia bila berkahwin dengan Sherry. Rasa cemburu hadir bila Ilham nampak Hadry dirumahnya. Zaara terkejut bila Ilham yang baru balik dari membuat persiapan untuk perkahwinan dengan Sherry sudah bersikap dingin. Zaara cuba menjelaskan apa yang berlaku tetapi dimarahi oleh Ilham. Zaara berterus terang sebenarnya dia telah jatuh cinta pada Ilham. Dalam tak sedar Ilham menyambutnya dengan senyuman. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 19

Episod 20
Hardy mendengar keloh rasa dari Zaara. Dia mendapat rasakan cinta Zaara pada Irham terlalu mendalam. Hadry menumbuk Irham dengan sepenuh hati kerana terlalu geram melihat Irham yang tidak pernah menghargai Zaara yang begitu baik padanya. Zaara menalifon ibu dikampung agar mendoakan dia berjaya. Naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang akan berlaku pada Zaara tetapi di tolak jauh-jauh perasaan itu. Hari yang dinanti kini tiba Majlis meriah dirumah besar Sherry. Oleh kerana tok kadi lambat sampai Dato Zahir memanggil Irham. Dato Zahir tahu isi hati hati anaknya yang enggan untuk bernikah dengan Sherry. Dato Zahir juga mencadangkan agar Ilham lari dari majlis pernikahan dan membawa Zaara.   Jom tonton link ini : Love you Mr. arrogant episod 20





Episod 21
Ilham tidak sedar pemanduannya hingga ke Pulau mutiara. Dengan sehelai sepingang mereka di Penang. Mereka membeli keperluan dan berjalan-jalan sekitar Penang tanpa gangguan. Tanpa pengetahuan Irham dan Zaara , Datin Maryam jatuh sakit hingga mengakibatkan strok separuh badan. Zaara masih merasa bersalah kerana meninggalkan Majlis pernikahan Irham. Dalam mereka berjalan - jalan di Penang seorang budak perempuan datang memeluk Zaara. Zaara terkejut dengan kehadiran budak perempuan yang bernama Sofiya. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 21


Episod 22
Zaara berkenalan dengan ibu kepada budak perempuan yang memeluknya tadi. Saat Zaara ingin memperkenalkan Irham pada Safiya, Irham sudah tiada. Bila sampai di hotel Zaara mendengar Irham menangis. Irham sebenarnya terkejut dia akan berjumpa saat dia sedang berbahagia dengan isterinya. Kehadiran Safiya membuatkan Irham teringatkan kenangan lama . Kisah luka Safina pernah menolak cintanya kerana Safiya memilih lelaki yang lebih hebat darinya. Pertemuan demi pertemuan Safiya dan Zaara membuatkan Zaara merasakan ada sesuatu yang tak kena pada Irham dan Safiya. Hadry risau Irham dan Zaara tidak dapat dihubungi hingga Hadry menalifon Ibu Zaara dikampung. Hari terakhir mereka di Penang Zaara takut bila dia pulang nanti, apa yang akan berlaku dan bagaimana hendak bersemuka dengan mak mertuanya.  
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 22




Sorotan minggu Akhir


Episod 23
Bila sampai dirumah Irham dikejutkan dengan berita Datin Maryam terlantar sakit dihospital. Irham menyalahkan dirinya jika dia tidak lagi dari majlis itu mamanya pasti tidak jadi begini. Zaara memujuk Irham agar tidak menyalahkan dirinya keran semua ini telah ditakdirkan dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Sherry menyesal kerana menolak Datin Maryam . Sherry pergi ke hospital untuk minta maaf dengan Datin Maryam tetapi Datin Maryam telah keluar dari hospital .  Zaara menjaga mertuanya walaupun disambut dingin oleh mak mertuanya. Zaara jumpa Safiya dan Safiya menceritakan bahawa mereka pernah bercinta dulu. Kerana Safina telah berjumpa lelaki yang baik dari Irham jadi Safiya meninggalkan Irham. Kini Safiya menyesal kerana meninggalkan Irham dulu. 
Jom tonton link ini :Love you Mr. Arrogant episod 23

Episod 24
Kerana terlalu penat menjaga mertuanya yang sakit. Zaara kelihatan letih dan tidak bermaya sehingga hilang selera makan. Walau bagaimanapun dia gembira bila Hadry memberi tahu Irham kini banyak berubah selepas kehadiran Zaara dalam hidupnya. Zaara Juga gembira bila melihat perubahan mertuanya yang semakin hari semakin sihat. Saat Zaara ingin memberitahu berita gembira (mengandung) pada suaminya dia dimarahi oleh suaminya kerana meninggalkan mamanya. Kerana terlalu memikirkan masalah Irham kerja Zaara turut terganggu. Sherry datang berjumpa Datin Maryam untuk memohon maaf diterima baik oleh Datin Maryam. Zaara membantu mertuanya tetapi enggan menerima bantuannya. Zaara berjanji jika Datin Maryam sihat seperti dulu dia akan keluar dari rumah dan meninggalkan Irham. Zaara tidak menyangka Datin Maryam pulih dengan cepat dan janjinya untuk meninggalkan Irham dituntut oleh Datin Maryam.  
Jom tonton link ini :Love you Mr. Arrogant episod 24

Episod 25
Zaara memutuskan untuk keluar dari rumah dan meninggalkan Irham. Menghantar SMS pada Irham untuk berjumpa di restoren biasa. Dengan rasa gembira Irham menerima. Irham ingin mengambil peluang untuk meluahkan perasaan pada isterinya. Saat yang dinanti ditunggu dengan penuh debaran. Irham terkejut sepatutnya Zaara yang datang tetapi Safiya yang datang. Irham membaca surat yang ditinggalkan. Kecewa dan marah. Zaara pulang kekampung membawa diri. Berita kehilangan Zaara disambut gembira oleh Datin Maryam dan Sheery. Datin tidak menyangka sebenarnya Sherry hanya berpura-pura baik dihadapannya. Datin Maryam menyesal bila Sherry memperlalukan dirinya sebegitu. Irham mencari Zaara hilang diserata tempat tetapi masih tak jumpa. Kini Datin Maryam sedar akan kesalahannya pada Zaara. Kerana terlalu rindu pada Zaara Datin Maryam jatuh sakit. Atas nasihat ibunya Zaara kembali ke kuala lumpur untuk berjumpa suaminya. Semasa perjalanan pulang Zaara terkejut tiba-tiba ada kereta memintas keretanya dan membawa Zaara ke dalam sebuah van.
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 25

Episod 26
Bila Zaara sedar Faizal telah mencoleknya. Kehilangan Zaara membuatkan Irham tidak boleh menumpukan pada kerja. Hardy memberitahu Zaara pulang tetapi setibanya dirumah Zaara masih tiada. Irham menerima SMS dari Zaara dan meminta cerai. Irham tidak menyangka Faizal yang merancang pencolekan Zaara dan memaksa Zaara meminta cerai. Faizal ditembak oleh polis dan dibawa ke balai atas pertolongan Hadry. Irham meluahkan perasaannya yang akan menjaga Zaara seumur hidupnya. Irham tak mahu kehilangan Zaara lagi. Sherry ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menyimpan dadah . Ini semua angkara kekasih gelapnya kerana niat dendam yang menyifatkan Sherry terlalu sombong. Zafira memohon maaf pada Zaara dan keluarganya kerana sikap biadabnya. Hadry juga telah bertemu cinta hatinya dan berkahwin dengan Fariza kawan baik Zaara. 
Jom tonton link ini : Love you Mr. Arrogant episod 26




Jom tonton : Love you Mr. Arrogant raya 


Episod drama ini melabuhkan tirai , Drama ini memang mengikut jalan cerita novel. Pengakhiran cerita pun tidak terlalu terburu. Terima kasih pada pengunjung blog ini yang sudi singgah dan berkongsi tentang cerita ini.