Tuesday 4 March 2014

NOVEL MAMA MIA SHAZA

Kenapa harus berkata tidak sedang antara kita masih wujud perkataan cinta ?



Mama Mia Shaza novel terbitan Love Novel Publication lebih kurang setahun yang lalu. Sebenarnya ini antara novel terawal terbitan Lovenovel sendiri. Memandangkan Lovenovel adalah syarikat terbitan baru di malaysia ini. Karya anak kelahiran Sarawak yang lebih dikenali sebagai Emy Roberto kini masih berada di luar negara untuk meneruskan pengajiannya ditahun akhir. Novel mempuyai 512 muka surat ini membongkar kisah cinta Maya Laila dan Syazwan Imad yang penuh dugaan. Novel ini yang ditekankan tentang persahabat yang erat , kekeluargaan , kasih sayang dan cinta . Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang belum mendapatkan novel ini ( Harus dimiliki sebagai koleksi peribadi ) . 

Sedikit review  dari saya , Maya Laila yang berlajar di Sheffield UK , berkahwin atas dasar cinta dengan Syazwan Imad. Syazwan Imad yang hidup terlalu sosial membuatkan keluarga Maya tidak merestui perkahwinan mereka. Di Kota asing mereka melayari bahtera rumahtangga . Ketika Maya disahkan mengandung , Syazwan Imad belum bersedia  memikul tanggungjawab. Syazwan Imad memaksa Maya agar menggugurkan kandungannya dan memberi kata dua sama ada menggugurkan kandungan atau Syazwan akan meninggalkan dirinya. Maya nekad untuk memilih kandungannya. Sejak itu Syazwan Imad dan Maya Laila terpisah tanpa khabar berita. 

Setelah 3 tahun berlalu Maya Laila pulang ke Malaysia bersama si comel Mia Shaza. Maya pulang bersama Nadia sahabat yang banyak membantunya di Sheffield. Dengan rasa gentar Maya pulang ke rumah orang tuanya tetapi disambut dingin. Maya keluar dengan hati yang luruh kerana keluarganya masih belum mampu menerima kerana tindakkannya berkahwin dengan Syazwan Imad. Maya Laila menyewa rumah bersama sahabatnya Nadia bagi keselesaan sikecil Mia . Nasibnya baik kerana baru sahaja pulang dari luar negara Maya sudah diterima berkerja . Disana Maya bertemu dengan Syazwi Imad. Syazwi Imad banyak membantunya dalam masa yang sama Syazwi meminati Maya. Dipejabat Maya lebih suka memperkenalkan dirinya sebagai Mama Mia. 

Satu insiden kecil berlaku bila kereta Maya dilanggar dari belakang oleh Tasya. Tasya adalah kekasih pada Syazwan . Disitulah pertemuan bermula. Syazwan tidak menyangka Maya isteri 3 tahun yang ditinggalkan sudah pulang ke Malaysia. Syazwan kini masih sama , Syazwan yang suka berfoya-foya. Sejak pertemuan itu Hidup Maya menjadi huru hara dengan sikap Syazwan yang ingin mengambil hati dan menginsafi perbuatannya yang lalu. Syazwan ingin memikul tanggungjawab yang pernah diabaikan. 

Lebih memeritkan bila Maya mengambil keputusan untuk bersama Syazwi Imad abang tiri Syazwan Imad. Syazwan menjatuhkan talak dan mengambil Mia sebangai anak jagaannya. Maya melarikan diri ke Sabah kerana Syazwan mula rapat dengan Nadia selepas balik dari mengerjakan Umrah. Semasa ketiadaan Maya , Nadia yang banyak membantu Syazwan menguruskan Mia. Syazwan mengambil keputusan untuk memperisterikan Nadia tetapi Allah lebih sayangkannya, Nadia meninggal dunia akibat kemalangan. 

Selepas perceraian Syazwan berjumpa keluarga Maya Laila . Syazwan menjadi rapat dengan keluarga Maya selepas Syazwan memohon maaf pada keluarga Maya kerana kekhilafannya  yang lalu. Papa dan Mama Maya meminta agar Syazwan dapat membawa Maya pulang ke pangkuan mereka. 

Hubungan Syazwan dan abang tirinya juga menjadi baik hingga Syazwi sanggup meminta tips dari Syazwan untuk memenangi hati Maya. Ternyata hati Maya bukan untuk Syazwi. Syazwi dapat melihat Maya mencintai Syazwan diatas beberapa sebab Maya menangis semasa diceraikan , membenarkan Syazwan menjaga Mia kerana Maya yakin Syazwan tidak akan mensia-siakan Mia , Menangis teresak-esak semasa Syazwan membawa Mia pergi umrah dan Maya melarikan diri ke Sabah bila Syazwan rapat dengan Nadia. Syazwi mengundurkan diri dan memberi ruang untuk Syazwan membuka lembaran baru hidup bersama Maya demi Mia Shaza. Atas nasihat keluarga Maya, Maya menerima kembali Syazwan untuk kali kedua. 



Sinopsis dari kulit novel :-

Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. 



Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan buat saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.



“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan

“Okay, fine. What if I choose baby.”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Imad yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Imad dan tidak memilih Mia Shaza, permata hati mereka dan sekaligus menolak dirinya? 


Petikan-petikan menarik dari novel 

Dulu ( 3 tahun yang lalu ) perpisahan bermula
"Awak akan datang sini swmula kan , Sh?" soal Maya dalam esak tangis. Senyuman Syazwan semakin lebar. Wajah Maya dipandang dalam.
"Maybe," ucap Syazwan sepatah.
"Janji?"
"Terpulang kepada awak nak anggap sebagai janji atau tidak." Mudah saja Syawan menjawab. Tak ubah macam orang yang tak ada perasaan langsung.
"Take care , sweetheart. Be strong." Buat kali terakhir dua tubuh itu berpelukan lama sebelum Syazwan melangkah masuk ke dalam balai berlepas.
"Please turn your back, Shaz," Maya masih menaruh harapan . Kara orang, dia akan berpaling untuk kali kedia jika benar dia cinta.
Namun harapannya sia-sia. Syazwan pergi tanpa menoleh. Lelaki itu pergi meninggalkan dia dibumi asing tanpa janji.


Kepulangannya Meraih kasih yang hilang tetapi sia-sia.
"Kenapa datang sini? Duit yang papa bagi dulu tu dah habis ke ? tanya Arshad kasar. Maya tunduk. semua kekuatannya dikumpl sebanyak mungkin. Serasa tidak untuk menjawab soalan papanya.
"Maya nak bawak Mia jumpa datuk dan nenek dia." jawab Maya lenbut.
"Siapa datuk dan nenek anak haram ni? Bukan mama dana papa! Anak haram ni tak layak nak jadi cucu kami!" Arshad bersuara lantang. Tubuh Mia disebelah mengecil dan menarik-narik baju mamanya. Nampak benar wajahnya beriak ketakutan. Maya tarik nafas dalam. Dia bangun berdiri. Wajah bengis papanya ditenung tajam. Tidak mengapa kalau papanya ingin menghina dia tetapi jangan sesekali melibatkan Mia.
Jangan hina Mia , papa. Mia anak Maya!" Pandai menjawab nampak. Menggelegak marah Arshad. Maya sekarang dah layak untuk masuk kategori anak yang kurang ajar.
Pang!
Ringan saja tangannya menamparpipi Maya. Semua yang berada disitu terdiam. Maya sendiri jadi terkedu. Pedih ipi disaat ini tidak dapat dibandingkan dengan pedih di hati bila ditampar papa sendiri. Nampak sangat papa sudah benci kepadanya. Nampak sangat papa tidak mahu dia kembali semula.
"Jangan nak jejakkan kaki ke rumah ni lagi. Maya. Kami tak perlukan anak macma kamu. Anak yang hanya tahu memalukan keluarga." Kata - kata itu membuat Maya sedar di mana dia dimata papanya. Saat itu juga, tubuh Mia icempung Maya dan berlalu keluar ari rumah besar tersebut. Untuk apa ditunggu lagi jika dia sudah dihalau keluar.


2 comments:

  1. Assalamualaikum... Sis nak pinjam novel ni boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam .. Dik
      Maaf akak tak pernah bagi orang pinjam koleksi novel akak....

      Delete