Saturday 12 July 2014

NOVEL SESUNGGUHNYA... DIA LELAKI PELINDUNGKU

Tuhan , kuatkanlah hatiku , Temukan aku dengan pelindungku

Ini novel kedua keluaran LNP saya beli semasa di pesta buku yang lepas. Sibuk sangat agaknya pesta buku pun dah sebulan yang baru nak buat review novel ni. Buat pertama kali saya baca novel Wan Rohayu memang menepati citarasa saya. Novel yang setebal 579 muka surat ni membuatkan kita dipenuhi pelbagai rasa. 

Jom kita susuri kisah cinta Zara Dianda dugaan. Zara merupakan anak kenalan mama Qaiser mereka rapat seawal remaja. 
Seawal pagi Zara akan membawa roti croissant dan kopi espresso untuk sarapan pagi Qaiser. Zara akan menyuruh setiausaha Qaiser menyediakan setiap pagi. Rutinnya tidak pernah di ketahui oleh Qaiser. Syarikat Dato Farid ( Papa Zara ) menjalinkan usahasama dengan Syarikat Tan Sri Megat Arman ( Papa Qaiser ) . Ini juga membuat hubungan kekeluargaan antara mereka bertambah baik. Sikap Qaiser yang tak pernah mempedulikan perasaan Zara membuatkan Zara sering memendam rasa. Tetapi kerana cintanya Zara tetap bersabar dengan Qaiser. Sehinggalah Qaiser menngambil keputusan untuk mengumumkan dia bertunang . Hati Zara betul - betul kecewa. bagi Zara pengorbanannya adalah sia-sia. 

Kehadiran Daris mengajar Zara erti cinta , Sikap Daris yang mengambil berat dan prihatin perasaan sayang mula berputik. Walaupun pada mulanya Zara hanya menganggap kehadiran Daris sebagai pengubat hati yang luka. Bila perbuhungan Zara dan Daris semakin mesra Qaiser datang merancana sesuatu. Perasaan cemburu menyular bila Qaiser nampak kemesraan hubungan Zara dan Daris.  Keengganan Zara memutuskan hubungan dengan Daris membuatkan Qaiser bertindak lebih ganas keatas Zara hingga merogolnya. Pada Qaiser biar dialah lelaki pertama mendapatkan diri Zara. 

Kerana tindakan Qaiser , Zara terpaksa menerima Qaiser dalam hidupnya dan meninggalkan Daris walaupun Daris sanggup menerima Zara seadanya. Tak cukup memiliki Zara secara paksa, Qaiser mengambil semua saham syarikat Dato Farid hingga bengkrap. Dato Farid dan isteri meninggal semasa perjalan balik dari mengerjakan Umrah. Zara diceraikan kerana satu fitnah tanpa usul periksa. Ketika itu doktor telah mengesahkan dia mengandung. 

Siapa sangka Zara anak manja dan hidup mewah dibuang hingga menjadi gelendangan. Zara diselamatkan oleh setiausaha Qaiser (Arni). Zara mengalami truma yang sangat teruk akibat tekanan hidup. Arni yang banyak membantu Zara hingga Zara mampu membuka sebuah kafe. Pertemuan Qaiser di Kafe membuatkan Zara tak senang duduk. Lelaki yang pernah membuat hidupnya menjadi gelendangan muncul kembali . Kerana itu juga Zara terlalu terlalu benci pada zuriatnya. Kehadiran Naura didunia tidak pernah dianggap anak. Kemunculan Daris banyak membantu Zara memulihkan keadaan ini kerana Arni banyak menceritakan keadaan sebenar Zara pada Daris. Walaupun Qaiser menyesali perbuatannya dulu membiarkan Zara, hati Zara telah tertutup buat selamanya untuk Qaizer kerana Zara telah berjumpa dengan lelaki yang melindunginya. 


Sinopsis dari kulit novel 

Dia Megat Qaiser Zulkarnain, menjadi kegilaan setiap perempuan. Zara Diandra mengejar lelaki itu seawal remaja lagi namun cintanya tidak pernah berbalas. Zara tidak pernah berputus asa dan terus berusaha memenangi hati lelaki itu biarpun Qaiser terlalu mudah memperkotak-katikkan perasaannya. Bagaimanapun segala-galanya bernoktah setelah Qaiser bertemu dan jatuh cinta dengan gadis lain. Lelah dan mengalah, hati yang galau dibawa pergi.



Lantaran manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan, pengumuman pertunangan antara Qaiser bersama pujaan hati menambahkan luka di jiwa Zara. Lantas Daris Hadif, si kenalan baru menjadi galang ganti dan pengubat kekecewaan. Zara sengaja mempergunakan Daris demi melupakan lelaki yang telah melukai cintanya. Namun mampukah hati terawat sebegitu mudah?



“Demi untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang, ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” ~ Zara Diandra


Daris bukan lelaki biasa. Walaupun hanya lelaki biasa-biasa saja di mata dunia namun kehadirannya membuka dimensi baru dalam hidup Zara. Saat hati mula membuka ruang untuk lelaki lain, Qaiser kembali bagaikan Sang Taufan.


Jadi kepada siapa kaki Zara perlu berlari? Dan siapakah lelaki yang mampu menjadi pelindung dirinya sehingga ke akhir waktu?





Petikan-petikan yang menarik dari novel 

Rutin hariannya 

“Ini you punya pasal! Kerja tak betul, lembap!” Maki Zara Diandra sesuka hatinya. 
“Esok pastikan semuanya disediakan dengan sempurna. Sut Armani dua pasang di dalam bilik tu, ingatkan CEO pilih yang mana satu dia suka untuk dipakai waktu majlis tertutup Armada Group di Hilton. Jangan lupa! Atau, you jangan datang bekerja esok pagi!” Keras amaran Zara Diandra. Arni hanya menunduk, mendengar arahan wanita berpengaruh itu. 
“You faham tak?” Zara Diandra bertanya kasar bimbang setiausaha Qaiser tidak mengerti arahannya. 
“Faham, Miss Zara!” ujar Arni dengan suara terketar-ketar. Masih menunduk hormat.
“Ingat! Atau, jangan datang bekerja lagi esok pagi! Mengerti!!” Zara Diandra menghentak pen yang ada di atas meja dengan kuat sampai terpelanting jatuh ke bawah.
“Fa...faham...Miss Zara!” Takut nak memandang wanita itu.
“Huh!” Zara Diandra berlalu dengan wajah menyinga. Sampai di pintu lif, Zara terus saja masuk tanpa hati-hati, berlaku perlanggaran tidak disengajakan dengan seorang lelaki.
“Mata letak kat lutut, eh?” Zara Diandra yang tengah baran menunjukkan jarinya pada mata, kemudian turun ke lutut. Terpinga-pinga lelaki itu dengan sikap agresif Zara Diandra.
“Er...maaf!” Lelaki itu meminta maaf. Wajah kacak dan redup lelaki itu, tidak mampu menggoyahkan jiwa Zara Diandra. 
“Hmm...lain kali mata tu tengok betul-betul!” Zara Diandra menggumam geram sambil berpeluk tubuh dengan sombongnya. Lelaki itu hanya tersenyum langsung tidak tercuit dengan perangai baran wanita muda di hadapannya. Salahnya juga tidak berhati-hati.



Sikap playboy Qaiser , Cinta zara tak pernah dihargai

“DASAR perempuan murah! Muka tak original! Cucuk sana sini! Ada hati nakkan Qaiser. Cerminlah muka tu sikit!” herdik Zara kuat. Menyirap melihat Sazzy model yang baru nak meningkat naik begitu mesra dengan Qaiser di dalam pejabat. 

“Siapa ni,sayang? Macam mak lampir terjerit-jerit!” Sazzy merengek. Tangan memeluk erat lengan Qaiser. 

“Mak lampir? Hoah..memang cari nahas!” Zara melenting gila bila dipanggil mak lampir. Stiletto Jimmy Choo setinggi 2 inci sebentar lagi mau terpacak kat dahi minah kampung tak sedar diri ni. Bikin panas!

Zara terus meluru ke arah Qaiser kerana Sazzy dengan enaknya memeluk Qaiser dari belakang cuba melindungi dirinya dari serangan Zara. Lagi menyirap melihat Sazzy selamba giler peluk Qaiser sesuka hati. Sah-sah stiletto Jimmy Choo ni terpacak kat dahi kau jap gi!! Zara betul-betul naik hantu.

Qaiser yang sedang asyik melayan kemanjaan terlampau Sazzy terkejut betul dengan kedatangan Zara yang muncul dengan tiba-tiba. Qaiser rasa seperti dia baru saja di 'ambush' oleh biniku gangster lagaknya. Qaiser bengang. Zara sudah melampau kerana mencampuri urusan peribadinya. Padahal mereka bukanlah pasangan kekasih pun. 
“Zara! Stop! Zara..” Qaiser menahan Zara dari menghampiri Sazzy. 
“Abang ke tepi! Biar Zara ajar model tak laku ni!” stiletto merah dengan tumit yang begitu runcing ditanggalkan dari kaki. Perempuan murah itu harus diajar. Bukan dia tak tahu Sazzy menempel dengan Qaiser hanya kerana wang semata-mata. Zara percaya Sazzy mungkin anjing suruhan musuh perniagaan Qaiser. Diupah untuk menjatuhkan Qaiser. 
“Enough!” tempik Qaiser kuat. Bulat mata Zara menerima tempikan kuat Qaiser. Terkejut.
“Ab..abang..” tergagap Zara memanggil Qaiser. Tak mengerti. 
“I've had enough of you,Zara Diandra!” Qaiser dengan muka menyinga. 
“Tapi,Zara..just nak tolong abang. Perempuan ni nak perangkap abang. Dia ada agenda,abang!” Zara cuba nak jelaskan. Niat dia baik.
“No need,Zara! Abang tau nak jaga diri. Zara tak perlu sibuk-sibuk nak jaga atau ambil tahu pasal abang. Zara bukan sesiapa pun bagi abang! Bukan sesiapa!” Qaiser bersuara dengan nada agak tinggi dan tegas. Baginya Zara semakin melampau. Harus diajar. 
“Zara..sayangkan abang! Zara buat semua ni kerana abang! Zara..” tak sempat habis Qaiser dah memotong.
“Stop Zara! Sudah! Pergi balik!” halau Qaiser tak mahu mendengar apa-apa lagi. Sazzy tersengih-sengih menang bila Zara dihalau pergi. 


Hatinya hancur bila Qaiser mengumumkan majlis pertunangan , Daris sentiasa hadir sebagai pelindung.
Zara menunduk dan mula melangkah. Dia tidak sepatutnya berada di situ dari awal lagi. Langkah Zara tiba-tiba terhenti. Telinganya dapat menangkap suara Qaiser sedang mengumumkan sesuatu. Zara berpusing lagi.

Terpempan!

Kelihatan Qaiser begitu erat memeluk pinggang bakal tunangannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Itulah pengumuman Qaiser sebentar tadi. Zara hampir tumbang mendengar pengumuman dari Qaiser. Hatinya seakan ditikam berkali-kali sehinggakan dia sukar untuk bernafas. Zara cuba bernafas seperti biasa namun dia terasa semput. Salur pernafasannya terasa sempit dan membuatkan Zara memegang dada dan leher. Ditambah tepukan gemuruh bergema di seluruh ballroom membuatkan Zara memejamkan mata. Dia dapat merasakan badannya ringan dan semakin ringan.
“Zara!”
“Daris..” terus memeluk Daris. Kakinya teramat longlai dan sukar untuk berdiri dengan dayanya sendiri. Dia terpaksa berpaut pada Daris.
“Bertenang Zara..” Daris menyokong Zara dari rebah. Memaut bahu Zara dengan erat. Kemudian, mendorong Zara keluar dari ballroom. Zara perlukan udara segar.
“Okay sikit tak?” tanya Daris sambil menghulur air mineral kepada Zara yang duduk di sofa di ruang lobi.. Daris lihat wajah Zara kelihatan amat pucat walaupun dilitupi mekap.
Zara hanya mengangguk lesu sambil meneguk sedikit air mineral pemberian Daris.
"Zara..saya hantar awak balik.” Daris fikir yang dia patut menghantar Zara pulang. Zara kelihatan terlalu lemah pada pandangan matanya. Dia tahu Zara tidak dapat menerima kenyataan yang CEO mereka akan bertunang dengan perempuan lain. Dia tahu hati Zara amat terluka tetapi dia buntu tidak tahu bagaimana harus memujuk?
Tanpa menunggu Zara bersuara Daris memegang kedua belah bahu Zara dan membangunkan Zara supaya berdiri. Zara hanya menurut dengan lemah. Hatinya lesu.
Zara masih mendiamkan diri di dalam kereta. Daris hanya mampu mengeluh. Dia terlalu kasihankan Zara. Perempuan itu walaupun pada luarannya kelihatan angkuh dan sombong namun bukan begitu dalamannya. Daris melihat Zara dari sudut berlainan. Dia nampak sisi Zara yang bersedih dan terluka. Zara seorang yang amat memerlukan perhatian dan perlindungan. Oleh kerana itu, dia selalu terdorong untuk menjaga dan melindungi perempuan itu. Terjadi begitu saja tanpa alasan..
“Dear..” seru Daris cuba memujuk. Bukan dia sengaja mengada-ngada memanggil Zara begitu. Ia hanya perkataan lembut untuk memujuk. Dia tiada niat lain.
“Daris..hug me!” Zara yang lama berdiam diri tiba-tiba bersuara.
“Hah?” Permintaan Zara amat mengejutkan Daris.
“Buat saya lupakan Qaiser!” suara Zara kedengaran bukan meminta tetapi seperti arahan. Daris blur dengan sikap Zara yang tiba-tiba berubah dari lesu kecewa bertukar menjadi agresif dan menggoda.
“Saya tak faham, Zara?” Daris merenung Zara dari sisi tanpa berkelip. Sedang berfikir apa yang dimaksudkan oleh Zara sebenarnya.
“Saya akan buat awak faham, Daris!” Zara yang hanya memandang ke hadapan nekad melakukan sesuatu yang berani. Dia hanya ingin melupakan lelaki bernama Qaiser. Jika begini jalan yang boleh membuatkan dia melupakan Qaiser sampai bila-bila dia sanggup!

Kerana cemburu melihat kebahagiaan Zara bersama Daris , Sifat memiliki dan menguasai menyelubungi diri Qaiser.
“Stop shouting, Zara! Or..I’ll stand here kissing you all night!” ugut Qaiser. Tiada perasaan bersalah langsung memperlakukan Zara sesuka hati.
“Abang teruk gila! Such a jerk!” jerit Zara dah tak tertahan lagi. Qaiser langsung tidak menghormati dirinya.
Air mata yang mengalir di pipi Zara tidak dapat memancing simpati di hati batu Qaiser.
“Ini sikit je, Zara! Malam ni Zara taulah untung nasib Zara. Kalau Zara dengar cakap abang dari tadi. Kita takkan berakhir begini.”
Mendengar saja kata-kata Qaiser yang amat mencurigakan Zara bertindak lebih agresif untuk melepaskan dirinya. Sekali dia diheret masuk ke dalam kamar utama villa itu Zara takkan tahu apa untung nasibnya nanti? Zara meronta-ronta sekuat-kuat hatinya.
Qaiser dah malas nak melayan rontaan Zara terus mengangkat Zara dan membawa Zara masuk ke dalam kamar utama. Zara tidak dapat melepaskan dirinya lagi.
KEPALA Zara sakit sangat ketika dia bangun dari tidur. Badannya sakit, lemah dan lesu. Zara meraba pipinya yang masih melekat dengan air mata yang telah kering. Semalaman dia mengongoi kesedihan. Segalanya telah berakhir. Qaiser boleh bertepuk tangan sekarang dengan kemenangannya sebagai seorang lelaki durjana.
Walaupun kepalanya masih sakit kerana terlalu lama menangis namun digagahi juga untuk bangun. Pakaian yang bertaburan di atas lantai ingin dikutip dan dipakai kembali menutupi badannya. Zara tahu walaupun dia lengkap berpakaian dirinya masih seorang yang kotor dan tercemar. Zara terlalu bersedih bila mengenangnya. Air mata mengalir lagi.
Zara menarik rapat comforter dan ingin turun dari katil. Belum sempat kakinya jejak ke lantai lengannya ditarik. Zara menoleh.
“Kenapa menangis?” tanya Qaiser dengan wajah mendatar tanpa riak bersalah langsung.
Soalan apa tu? Zara betul-betul menyirap. Sebelum dia bertambah-tambah sakit hati baik dia keluar dari villa jahanam ni secepat mungkin. Tanpa mempedulikan Qaiser Zara cuba turun lagi dari katil.
“Nanti dulu!” kejap pegangan tangan Qaiser di pergelangan tangan Zara. Menyakitkan!
Zara cuba melepaskan tangannya.
“Nak menangis bagai ni, apa hal! Zara yang minta semua ni terjadi.” Mudahnya berkata-kata. Tangan Zara dilepaskan begitu saja seperti membuang sampah lagaknya.
Pang!! Tamparan ketiga dari Zara singgah kuat di pipi Qaiser. Dia juga punya maruah.
“How dare you?!” Zara cukup melenting.
“Dare? Abang dah dapat Zara..ingat budak tu nak Zara ke selepas ini?” tersenyum sinis sambil merasa pipinya selepas ditampar oleh Zara. Kebas tapi berpuas hati sangat!
“Melampau!” Zara cuba menampar lagi tetapi dengan cepat Qaiser menangkap pergelangan tangan Zara.
“Whatever, Zara! Last night..I’m your first one. I’m sorry..that I don’t feel impressed with it that much. Zara kaku sangat! Tak ada feel!” sengaja menambah tahap sakit hati Zara ke skala ritcher gunung berapi meletup.