Monday, 8 December 2014

NOVEL CURI-CURI CINTA

Kasihku ...
Ku amat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup...
Ku akan mencintai...
Sedetik lebih...
Selepas selamanya....


Novel air mata , Saya membeli novel ini dari rakan FB , kerana kecuian saya sendiri novel ini hilang tanpa dibaca walaupun sehelai muka surat. Sedih .. Tapi saya membeli untuk kali kedua baru lah dapat memeluknya. Novel yang setebal 1165 muka kurat bukan penghalang untuk mengabiskan kemuka surat ter akhir. Pada saya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Air mata , dendam , kecewa dan gembira mewarnai keseluruhan novel ini. Walaupun pun dah lama baca baru kesempatan nak buat review . Harap ada yang suka maaf dengan kekurangannya. Jom review novel ini versi saya . 

Intan Raihana dilahirkan dari keluarga yang susuah. Malu menerima keluarga yang susah Intan lebih selesa berlagak menjadi orang kaya. Lebih menyedihkan bila Intan tidak mengaku mempunyai seorang ibu yang buta. Ini semua berpunca apabila Ibunya terlibat dalam kemalangan maut. Mata Ibunya terkena serpihan kaca dan ayahnya pula meninggal dunia. Sejak kejadian itu Intan membenci abangnya Iskandar kerann menjadi punca ayahnya kemalangan. Setahun di luar negara hidupnya lebih pada bergembira dari berlajar. Hidupnya lebih bergantung dengan lelaki kaya bagi mengekalkan keselesaan hidupnya. 

Pulang dari luar negara Intan bertembung dengan Danial Hakim sepupu Peggy Wong . Intan mula merancana agar mendapatkan lelaki yang bernama Danial Hakim. Danial Hakim  seorang lelaki yang kaya dan berkedudukan menjalinkan hubungan dengan Fariza sepupu Intan. Fariza seorang perempuan yang cantik dan tinggi budi perkertinya menambat hati Danial dan ingin mengambil Fariza sebagai calon isterinya. Kerana kesombongan dan keangkuhan Mak longnya Intan nekad untuk merampas Danial dari Fariza. Niat Intan dapat dihidu oleh Peggy. Intan berkerja di syarikat Danial untuk mendekatkan diri dengan Danial. Danial tidak suka dengan Intan yang bersikap lebih - lebih ditambah pula Intan tidak menghormati orang tuanya. 

Pelbagai cara telah dilakukan demi menambat hati Danial namun Hati Danial terlalu kebal untuk Intan. Intan terpaksa mengunakan tektik kotor demi merelisasikan impian berkahwin dengan orang kaya demi kesenangan hidupnya. Intan dan Danial dinikahkan dengan hati Danial yang terluka. Dalam diri Danial menyimpan satu dendam agar hidup Intan lebih derita dari Intan bergelar isteri . Danial membawa Intan kesyurga yang dicipta oleh Danial. Ini bagi menyedarkan Intan di atas pembohongan dan keangkuhan diri. Disebuah pondok buruk mereka berteduh , beralaskan simen dijadikan tilam , berubah sekali kehidupan Intan. Dengan kesempitan hidup Intan berkerja sebagai perkerja am dan pencuci tandas. 

Kehidupan susah Intan diperhatikan oleh jirannya Badrul. Badrul pernah mendesak agar Intan ke pejabat agama untuk memohon cerai. Bagi Badrul Danial bukan lah lelaki yang bertanggungjawab. Pada Intan ini adalah balasan yang perlu dia tanggung kerana derhakanya pada ibu dan abangnya . Peggy tidak menyangka Intan mampu bertahan dengan sikap Danial .

Kesusahan Intan dapat dihidu oleh abang Is. Intan memohon ampun dari keluarganya. Intan ingin menebus balik geran tanah yang telah digadaikan oleh abang Is kepada Daniel. Duit itu digunakan semasa Intan di luar negara dulu. Danial membuat perjanjian berkerja tanpa gaji sehingga dia bersalin sebagai pegawai keselamatan. Dengan cara itu saja cara Danial dapat membalas dendam pada Intan. Intan pernah menipu Danialyang dia mengandung kini dia benar-benar mengandung tetapi Danial tidak mempercayainya lagi. Danial cuba memujuk Fariza dan akan berjanji akan  berkahwin dengan Fariza selepas Intan bersalin. 

Bila Intan sah mengandung , Danial mempunyai alahan yang memaksa dirinya sentiasa ingin bersama Intan.  Perasaan sayang mula berputik diperasaan Danial. Danial terpaksa menyimpan perasaan sayang pada Intan kerana egonya. Hati Intan telah mati untuk Danial. Kematian Abang Is lebih memilukan kerana tak sempat melihatkelahiran bayi Intan. Danial berjanji dengan Iskandar akan menjaga Intan dan anaknya . Sebelum sempat janji itu ditunaikan Intan dan Ibunya sudah meninggalkan Danial. Danial memakan diri dengan sikapnya. Walaupun telah dinasihatkan agar tidak mendera jiwa Intan. 

Kemana pun pergi Intan pergi kalau sudah dinamakan jodoh mereka tetap berjumpa. Danial tidak melepaskan peluang kedua. Memujuk Intan dan mengambil hati Intan dalah lah diutamakan. Danial tidak mahu lagi curi - cuti cinta dengan isteri sendiri. Keegoannya harus dibuang demi isteri dan anaknya. 


Sinopsis dari kulit novel 
“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

No comments:

Post a Comment