Sunday 19 January 2014

NOVEL YES, BOSS!

Bos memang macam tukan? 
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "Yes , boss!"

Novel ni dah baca sebenarnya ,  masa tu pinjam novel orang. Nak buat review pun tak sempat. Sekarang beli sendiri baru puas hati. Sebab beli , sekali lagi novel menjadi perhatian untuk diadaptasi. Novel dari penulis Areila Sahimi semua orang tahu novel yang simple dan santai. Novel ditangan saya ini, kini sudah pun dicetak sebanyak 12 kali.  Naskah ini yang setebal 457 muka surat menyingkap rahsia cinta Aryana dan Ilham atau pun setiausaha dan En.Boss. 

Sedikit review dari saya, Mengisahkan Aryana mendapat kerja sebagai setiausaha atas pertolongan mak ngah Samsiah. Jawatan setiausaha bukanlah jawatan pilihan. Demi kerana ingin membantu adiknya yang masih berlajar di universiti Aryana nekad untuk menerima perkerjaan sebagai setiausaha. Kerenah bos yang berlagak tahap agung memeningkan kepala Aryana. Ayat YES BOSS harus meniti dibibir Aryana setiap kali menerima tugasan. Kehadiran Abang Harun selaku driver banyak membantu Aryna melayan kerenah bossnya. Walau pada Awal agak kekok , lama kelamaan Boss , Driver dan setiausaha menjadi sahabat. 

Semuanya bermula bila Bosnya ditumbuk di kelab malam kerana bersama isteri orang. Ilham yang pantang nampak perempuan cantik semuanya akan menjadi teman wanitanya.Selain tugas setiausaha Aryana juga yang menyusun temu janji teman wanita Ilham. Perkara ini dihidu oleh Datin Rokiah, Datin Rokiah dan Aryna berkomplot untuk mencari calon isteri yang sesuai untuk Ilham. Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Ilham. Ilham berjanji dengan Aryana jika dlam masa 2 tahun Ilham dan Aryana masih belum bertemu jodoh mereka bersetuju untuk berkahwin bagi mengelakkan gelaran ANDARTU ( anak dara tua @ anak teruna tua )

Selepas 2 tahun mereka menjadi teman rapat . Tetapi selepas pertemuan Mellina mengubah segalanya. Lebih menyedihkan Ilham mengambil keputusan untuk bertunang dengan Mellina yang baru kenal beberapa bulan. Hati Aryana hancur walaupun dia menafikan pada semua orang yang dia sudah lama menaruh hati dengan Ilham "Bossnya sendiri". Mellina sebenarnya kekasih hati Jeffry . Semuanya adalah rancangan Jeffry untuk menjauhkan syarikat Ilham. Mempergunakan Mellina untuk mendapatkan maklumat berkaitan tender besar. Aryana pernah terserempak perangai buruk Mellina dan cuba memberitahu Ilham siapa sebenarnya Mellina. Tetapi apa yang Aryana dapat hanyalah maki hamun dari Ilham. Ilham menganggap Aryana sengaja mereka cerita. Ayrana pulang kekampung setelah berhenti menjadi setiausaha Ilham.

Ilham merasa tak karuan bila Aryana hilang. Dengan pertolongan Abang Harun, Ilham mencari Aryana dikampung. Aryana yang membantu Udin tauke kolam ikan keli dan bengkel. Perasaan cemburu hadir bila Aryana bermesra dengan Udin di kolam ikan. Ego  Ilham yang dihatap gunung kinabalu , tak mahu mengaku yang dia juga suka pada Aryana.  Marah dan cemburu bila melihat Aryana bersama tauke ikan keli Ilham kembali di perangai lama. Datin Rokiah menyalahkan Aryana bila Ilham kembali di perangai lama. Saat Aryana cuba memujuk Ilham agar tidak balik di perangai lama tiba-tiba Jeffry datang menyerang Ilham dan Aryana. Dalam pergelutan Ilham dan Jeffry , Aryana dilanggar semasa menyelamatkan diri. Sejak kejadian itu , Ilham menghilangkan diri. Atas permintaan Ilham yang tak mahu berjumpa Aryana. Ilham sedar dia perlukan Aryana lebih dari setiausaha. Ilham melamar Aryana agar menjadi suri dihatinya agar Aryana tidak akan pergi jauh dari Ilham.


Sinopsis dari kulit novel
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?




                             



Episod 1
Aryana yang kalang kabut membuatkan dia sukar mendapat kerja. Pada kerja itu penting bagi membantu adiknya yang masih belajar. Aryana tak mahu mengharapkan Makngah dan opah membiyayai kehidupannya selepas kedua orang tuanya meninggal dunia. Dengan bantuan Makngah , Aryana mendapat kerja. Aryana memikirkan bagaimana kerja baru dan boss barunya. Sampai di pejabat Aryana diperkenalkan dengan boss barunya Ilham. Kehidupan Ilham yang playboy sering betukar-tukar perempuan. Kadang kala mereka datang hingga ke pejabat.
Jom tonton link ini : Yes boss episod 1


Episod 2
Ilham tak suka dengan setiausaha pilihan kak Midah ( setiausaha Dato ). Ilham perlukan setiausaha yang bergaya dan seksi bukan seperti Aryana gadis kampung. Makngah Aryana sering mendahulukan anak buahnya hingga dia lupa dengan masa depannya sendiri. Ilham menulis semua tugasan yang perlu dibuat untuk Aryana agar Aryana akan berhenti dengan bebanan tugas yang banyak. Atas nasihat kak midah agar Aryana lebih cekal untuk menghadapi tugas yang diberikan oleh Ilham.
Jom tonton link ini : Yes boss episod 2


Episod 3
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 4


Episod 5
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 5

Episod 6
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 6


Episod 7
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 7


Episod 8
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 8


Episod 9
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 16

Episid 17

Jom tonton link ini : Yes Boss episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 18

Episod 19
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Yes Boss episod 24



Tuesday 7 January 2014

NOVEL TIRAI DOSA KELMARIN

Bukan hukuman , bukan balasan , namun hanya ketentuan.


Memilik novel Tirai Dosa Kelmarin terbitan Lovenovel , keluaran Desember 2013 tertarik pada tajuknya. Selain itu, seorang sahabat dari FB memberitahu cerita ni penuh kesedihan dan ada part-part yang mencuit hati. Sentuhan pertama Arsha Wee setebal 874 muka surat membongkar rahsia hidup Nur Imanina dan Iman Faliq ingin mencari sinar bahagia demi melupakan sejarah hitam yang menyelubungi diri.

Jom sedikit review pertama untuk tahun 2014. Lapan tahun yang lalu Nur Imanina dirogol oleh lelaki durjana. Imanina juga kehilangan ibu dan ayah tercinta pada hari yang sama dia dirogol. Nur imanina juga terpaksa menerima cemuhan dari orang kampung kerana mengandungkan hasil peristiwa hitam itu. Sehingga abang kandungnya malu untuk berjumpanya dikampung. Bermulalah perhubungan antara adik dan abang renggang hingga terputus hubungan. Anak yang dikandung enggan melihat dunia , meninggal dunia ketika Nur Imanina kemalangan dijalan raya. Sejak itu hatinya mati dengan lelaki yang bernama lelaki. 

Lapan tahun berkerja di pusat taska milik Datin Farah, menghiburkan hatinya yang lara. Ditambah pula kehadiran Zarif Aimin cucu Dati Farah. Oleh kerana mereka rapat Zaril memanggil Nur Imanina dengan panggilan mama Iman. Keletah Zarif Aimin yang mencuit hati Nur Imanina membuatkan Nur Imanina dapat melupakan kesedihan hatinya. Kerana Zarif Aimin menemukan papa Imannya kepada Nur Imanina. Papa Iman adalah anak lelaki Datin Farah bernama Iman Faliq. 

Iman Faliq hidupnya diselubungi rasa bersalah kerana lapan tahun dulu dia pernah merogol seorang gadis bersama rakannya Fahmi kerana satu pertaruhan.Selepas kejadian itu hidupnya tidak tenteram lalu Iman bertetus terang pada kedua orang tuannya. Lebih mengejutkan papanya meninggal dunia selepas terkejut mendengar penjelasan sianak yang mengaku bersalah. Lapan tahun Iman mencari gadis itu tetapi nasib masih belum menyebelahinya.  Tanpa sedar Iman Faliq, hatinya mula tertarik dengan Nur Imanina. Keayuan dan kelembutannya, tambahan pula pandai melayan kerenah Zarif Aimin membuatkan Iman Faliq ingin mengenali lebih dekat. 


Pertemuan dirumah Aiman Iqbal, abang yang sudah lama terputus hubungan. Disitu juga rahsia lapan tahun lalu terbongkar. Iman Faliq terkejut dengan pengakuan Aiman Iqbal, abang Nur Imanina gadis yang dicari. Selepas pertemuan itu Nur Imanina melarikan diri. Dia seperti tidak percaya lelaki yang pernah merosakkan masa depannya dulu didepan mata. Iman Faliq mengambil keputusan untuk memperisterikan Nur Imanina. Iman Faliq ingin menebus segala kesalahannya yang lalu. Selain itu Fahmi rakan Iman Fahmi juga melamar Nur Imanina. Kerana tak sabar Fahmi sekali lagi ingin memperkosa  Nur Imanina . Tetapi dapat diselamatkan oleh Iman Faliq . Kerana itu Nur Imanina rasa terhutang budi. Dengan sokongan abang , kakak iparnya yang mahukan Nur Imanina bahagia seperti orang lain. Nur Imanina bersetuju untuk berkahwin dengan Iman Faliq. 

Selepas pernikahan mereka Iman Faliq membenarkan Nur Imanina tinggal bersama dengan abang Aiman Iqbal selama 3 bulan bagi Nur Imanina bersedia menerima Iman Faliq. Keikhlasan Iman Faliq yang ditunjukkan , memujuk hati Nur Imanina untuk menerima lelaki yang kini sudah bergelar suami. Memaafkan kisah lalu agar tidak dibelenggu dengan Dosa Tirai Kelmarin.



Sinopsis dari kulit novel 

Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.

Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna.

Iman Faliq – Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya.

Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki.

“Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?” – Nur Imanina

“Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!” – Iman Faliq

Namun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya.

Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka? 

Friday 3 January 2014

AKU DAN BLOGS 2013




Menaip bukanlah hobi saya , tetapi kini sudah menjadi sebahagian dari hidup saya . Selepas kewujudan blogs ini . Sungguh tak pernah dijangkau oleh akal saya blog ini dikenali lebih cepat dari apa yang dijangka. Tak pernah terfikir sebenarnya. Sasaran awal untuk tahun 2013 pengunjung hanyalah 120,000 sahaja kini blog ini sudah ada lebih 1 juta pengunjung sekitar tahun 2013. Bukan niat untuk riak atau pun berbangga diri. 

Untuk berada ditahap sekarang ni banyak yang perlu dilalui. Dengan setiap komen yang ditinggalkan pasti ada yang menyentuh hati. Dari yang memuji tak kurang juga yang mengkritik. Ada kala kritikan itu mampu membina menjadi lebih baik dan ada kalanya tidak mampu untuk diterima. Kita tak mampu buat semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. 

Review didalam blogs ini kebanyakan dari terbitan karya seni dan penulisan2u. Tahun 2013 novel terbitan Karyaseni banyak terlibat dengan drama adaptasi. Sehingga kini drama adaptasi menjadi siulan masyarakat kini.

Sasaran Januari hingga Dis 2013
120 orang rakan pengikut (follower site )
120,000 kunjungan rakan

Untuk tahun 2014 saya tak mahu meletakkan apa-apa sasaran. Bagi saya berkongsi cerita dengan kawan-kawan sudah mencukupi. Kepada yang pernah singgah dan lepak-lepak di blogs ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian. Saya juga memohon maaf Jika ada salah dan silap sepanjang review saya pada tahun 2013. Yang buruk datangnya dari saya dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT.