Thursday, 22 May 2014

NOVEL JAUH DARI CINTA


Semakin jauh aku berlari , semakin cinta itu menjauh pergi .
Lantas tidak lagi ku mengejar , kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti ...

Adaptasi merupakan satu trend masa kini.. Novel terbitan karya seni sekali lagi terpilih dalam drama adaptasi. Novel yang mempunyai 636 muka surat ini menggamit pelbagai rasa. Saya membeli novel ini di PBAKL baru-baru ini. Terpanggil membeli kerana novel ini bakal di adaptasi drama. Ini kerana Drama dan diriku adalah satu .... heehheheh aku memang hantu drama. Jom selusuri kisah Nysa Sakinah dan Darish Aqil. Jalan cerita yang baik diterapkan isu-isu pengorbanan dan kasih sayang. 



Cinta Nysa Sakinah pernah ditolak oleh Farish Aqil semasa mereka di universiti. Pada Farish, walaupun saat itu dia merasakan tenang dan bahagia disamping Nysa tetapi dia cuba menidakkan kebenaran itu. Semuanya kerana Sara Lilyana lebih dahulu berada di dalam hatinya. Setelah mereka meninggalkan dunia pengajian, mereka dipertemukan kembali atas ikatan yang ditentukan oleh orang tua mereka.



Pada mulanya berat hati Nysa untuk menerima Farish. Sekali cintanya ditolak, dia tidak mahu lagi berdepan dengan rasa sakit itu. Namun kerana sikap Farish yang tidak berputus asa dan rasa cinta yang masih ada, Nysa akhirnya terikat sebagai tunangan Farish. Kesibukkan Farish dan keputusan menundakan tarikh perkahwinan mereka pada mulanya Nysa terima kerana merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Bila keadaan menjadi semakin rumit dengan campur tangan dari ayahnya, Nysa membuat keputusan nekad meminta Farish memutuskan pertunangan mereka. Tidak sanggup lagi rasanya bila Nysa merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk ikatan itu sedangkan Farish sering mengelak. Tiada apa yang mampu diubah bila Farish sendiri menyerahkan kad perkahwinan yang jelas tertera namanya dan Farish.



Masih tidak mahu mengalah, menjelang perkahwinan mereka, Nysa merayu pada Farish supaya tidak hadir pada majlis itu nanti. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kebahagiaan Farish bila Nysa sedar yang cinta dan sayang Farish masih lagi pada Lily. Walaupun rayuannya tidak dilayan oleh Farish, tetapi dia masih mahu meneruskan misinya untuk mencari kembali Lily. Untuk mengembalikan Lily dalam hidup suaminya. Kebahagiaan Farish lagi bermakna dari rasa hatinya sendiri. Apalah guna ikatan perkahwinan itu jika Farish menganggapnya hanya sebagai adik dan bukan seorang isteri. 



Berpura-pura gembira bila berhadapan dengan Farish bukanlah senang. Tetapi itu yang perlu dilakukan untuk Farish selesa berada di sampingnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan di mana Lily dan usaha itu berhasil bila Lily sendiri muncul untuk kembali semula pada Farish. Tahu yang rancangannya telah selesai, Nysa pergi membawa diri bersama cinta pada Farish yang tidak pernah padam dalam hatinya. Tetapi Lily sedar walaupun dia mampu memiliki Farish , Lily tak mampu memiliki cinta Farish lagi. Kerana Cinta Nysa tidak sekuat cintanya. Nysa sanggup korbankan cintanya demi kebahagian insan tersayang. 





Pada peminat E-novel boleh baca di blogs penulis Adah Hamidah Jauh dari cinta



Sinopsis dari kulit novel

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.



"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"



"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."



"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"



Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.



FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.



"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."



"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."



Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!



Petikan-petikan menarik dalam novel 

Luruh hati seorang anak , permintaan dari dari seorang ayah 
“Tak tidur lagi ?”
“Belum mengantuk bu.” Aku menutup rapat pintu bilik setelah ibu melangkah masuk.
“Nysa jangan banyak fikir. Kalau Nysa tak setuju, bagi tahu aje pada ayah. Ibu takkan paksa Nysa. Ingat! Nysa yang kena tentukan hidup Nysa sendiri.”
“Tak apalah bu, betul juga apa yang ayah buat tu. Ayah dah banyak kali runsing sebab Nysa. Nysa tak nak susahkan ayah lagi. Kali ni biarlah Nysa dengar cakap ayah pula.” Aku lemparkan senyuman kosong ke arah ibu. Apa yang aku perkatakan pada ibu itu tidak sedikit pun lahir dari hatiku yang ikhlas. Semuanya aku reka bagi menyedapkan hati orang tuaku. Aku juga berharap agar ibu menyampaikannya pada ayah, mudah-mudahan ayah akan berlembut hati dan merubah fikirannya untuk menerima lamaran itu apabila mendengarnya nanti.
“Terpulanglah pada Nysa. Ibu cuma nak yang terbaik dalam hidup Nysa, kalau itu dah keputusan Nysa, ibu takkan bantah,” Ibu sempat memegang tanganku sebelum melangkah keluar dari kamar.
Aku melihat jam di atas meja sisi katil, sudah pukul 10.33 minit malam. Biasanya waktu-waktu begini, mataku sudah mula mengantuk tetapi tidak hari ini. Malam ini dan malam-malam seterusya pasti tidurku tidak selena selalu. Aku pasti.
selesai sahaja menunaikan solat subuh pagi itu aku segera turun ke dapur membantu ibu menyediakan sarapan pagi. Kulihat ayah sudah pun berada di ruang tamu membaca akhbar Kosmo. Sedikit pun ayah tidak menoleh ke arahku sewaktu aku turun melalui tangga. Mungkin ibu sudah menceritakan perihalku semalam dan seterusnya membuatkan ayah marah padaku. Namun aku tidak kisah semua itu asalkan aku terselamat dari perkahwinan yang tidak aku harapkan. Aku sudah biasa melaluinya, ini bukan kali pertama aku menolak lamaran yang datang padaku, sudah kali ketiga. Aku tersenyum sendiri, nampaknya masalahku sudah selesai.
Hidangan nasi goreng kampung pada pagi itu benar-benar membuka seleraku. Hampir tiga minggu tidak merasa masakan ibu gara-gara sibuk dengan urusan kerjaku di universiti. Peperiksaan akhir semester yang bakal diduduki oleh pelajar-pelajarku membuatkan aku tiada masa untuk pulang ke rumah orang tua ku. Pelbagai urusan harus aku lakukan. Menyediakan kertas soalan sudah menjadi tanggungjawabku, itu belum lagi termasuk kerja-kerja menandaassignment yang menimbun-nimbun memenuhi kotak di mejaku. Tanggungjawab sebagai seorang pensyarah bukan satu tugasan yang mudah, namun itu sudah menjadi minatku sejak kecil lagi. Oleh yang demikian kewajipan sebagai pendidik itu harus aku penuhi dengan penuh dedikasi.
“Bila Nysa boleh cuti?” Ayah menuang air kopi panas itu ke dalam cawannya.
“Cuti?” Aku tersenyum lagi. Ayahku bersuara juga akhirnya.
“Ye lah… Cuti! Kamu tu kalau dah kerja mana ingat nak cuti lagi.”
“Lepas budak-budak habis Examlah ayah. Kenapa? Nak pergi bercuti ke?” Aku teruja bertanya pada ayah.
“Isyh… kamu ni Nysa, bercuti apa bendanya pula. Ayah nak tetapkan tarikh pertunangan kamulah. Ibu kamu cakap semalam, kamu dah setuju.”
Aku terkesima seketika. Tidak tertelan rasanya nasi yang baru sahaja mahu melepasi tekakku. Aku memandang ibu yang mula sibuk mengemaskan pinggan-pinggan yang sudah digunakan dan segera meninggalkan meja makan. Aku tahu, pasti ibu sengaja mahu aku berbicara berdua sahaja dengan ayah.
“Ha! Kenapa diam pula ni? Jangan cakap dengan ayah yang kamu dah ubah fikiran.” Tajam ayah memandang ke arahku. Aku menarik nafas panjang, mencari kekuatan. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan saat itu. Menolak lamaran itu? Ternyata aku cari nahas.
“Terpulanglah pada ayah, Nysa ikut aje.” Aku merenung nasi goreng yang masih berbaki di dalam pingganku. Tertutup seleraku untuk meneruskan suapan.
“Kalau macam tu, ayah nak Nysa jumpa dulu dengan anak kawan ayah tu.” Ayah meneruskan rancangannya. Aku pula hanya mampu mengikuti agenda yang pastinya telah diatur untukku. Tiada lagi alasan untuk melepaskan diri.
“Bila?”
“Minggu depan, boleh?”
“Ikut suka ayahlah.” Aku bangun lantas membawa pingganku ke dapur. Ayah tersenyum, terpamer kegembiraan di wajahnya. Tapi tahukah dia hatiku kini sedang menangis?


Kenapa Dia kembali setelah cintanya ditolak
Katanya dia telah memiliki cinta dan cintanya tidak akan pernah berubah pada perempuan lain dengan sekelip mata. Betapa beruntungnya wanita yang menjadi pilihan Aqil, beruntung kerana memiliki lelaki yang penuh dengan ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Namun begitu aku sekali-kali tidak pernah berdendam pada Aqil walaupun kasihku tidak berbalas. Padaku semua itu telah menjadi takdirku dan aku sudah belajar untuk melupakan semua itu.
“Kalau abang jadi tunang Nysa, Nysa rasa ok tak?” Kata-kata Aqil membuatkan aku tidak senang duduk.
“Abang Aqil merepek apa ni?” aku enggan menjawab pertanyaan yang tidak masuk akal itu.
“Abang serius ni, abang akan jadi tunang Nysa.”
Aku bertambah keliru dengan kata-katanya, mungkinkah dia lelaki yang diperkatakan oleh ayah. “Abang Aqil…” ayat yang ingin aku katakan tidak dapat aku habiskan, semuanya kini mula bercelaru. Tidak tahu apa yang harus aku perbuat diketika ini.
“Ayah abang dah berbincang dengan ayah Nysa, rasanya tak ada masalahkan. Jadi Nysa rasa bila tarikh yang sesuai untuk majlis pertunangan kita.” Aqil kelihatan beria-ia benar.
Aku masih keliru, betulkah apa yang diperkatakannya. Aku segera bangun meninggalkan Aqil, semua ini masih memeningkan. Mungkin ini satu gurauan, atau kebenaran. Terdengar suara Aqil memanggilku dari belakang, langkah aku percepatkan agar Aqil tidak dapat mengejarku. Aku harus mendapatkan kebenaran dari ayah, semua persoalan harus terjawab hari ini juga.
Setiba di luar pintu rumah aku dapat lihat ayah dan ibu sedang bersembang dengan sepasang suami isteri yang kukira kawan kedua orang tuaku. Sebaik sahaja selesai memberi salam, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kedua tangan ibubapa aku salam hormat diikuti tetamu wanita yang berada di ruang tamu itu.
“Nysa, kenalkan ini mak dan ayah Aqil. Nysa dah jumpa dengan Aqil kan?”
Belum sempat aku bertanya ayah telah menjawab kesemua persoalan yang bermain di mindaku sebentar tadi. Nampaknya apa yang diperkatakan Aqil adalah kenyataan. Tapi entah kenapa aku tidak rasa gembira dengan apa yang sedang aku lalui kini. Sepatutnya akulah insan yang paling gembira dengan berita itu memandangkan Aqil merupakan satu-satunya lelaki yang berjaya membuka hatiku. Perasaanku kini begitu aneh, rasa gembira jauh sekali, apa yang ada hanya rasa tidak tenteram di atas kenyataan itu. Aku sendiri tidak tahu kenapa, yang pastinya aku telah berniat untuk menolak perkahwinan ini.
Selesai sahaja menunaikan solat isyak, aku kembali pulang ke rumah sewaku. Niatku untuk menolak perkahwinan itu masih belum aku nyatakan pada kedua orang tuaku. Aku memerlukan waktu yang sesuai untuk itu. Hatiku sudah tidak tenang lagi, tidur malamku juga kian terganggu. Berkali-kali Aqil menghubungiku, namun sekalipun tidak aku hiraukan pangilannya itu. Aku benar-benar tidak faham dengan Aqil, apa yang menyebabkan dirinya berkeputusan untuk menjadikan aku suri hidupnya sedangkan satu ketika dulu cintaku padanya hanya dipandang sepi. Itu yang menghantuiku dan menjadikan aku tidak rela dengan ikatan yang ingin dibina olehnya.

SEJAMBAK bunga mawar merah kulihat berada di atas mejaku sebaik sahaja aku pulang dari makan tengahari. Entah ya atau tidak aku pemiliknya, aku sendiri tidak tahu.
“ Wah! Siap dapat bunga lagi, dari kekasih hati ke?” Kartina, pemilik meja bersebelahan denganku tersenyum penuh makna.
Aku pula hanya mampu membalas senyumannya. Aku memegang jambangan bunga itu, sekeping kad yang diselitkan pada celahan kuntuman bunga aku tarik keluar.
‘Nysa diciptakan untuk abang dan abang ditakdirkan untuk Nysa… Harap Nysa boleh pertimbangkannya.’ ~ Abang Aqil~



Permintaan Nysa dibantah oleh Ayah....
Ibu, kalau Nysa nak putuskan pertunangan Nysa dengan Aqil, ibu setuju tak? Nysa dah tak sanggup nak tunggu. Nysa dah penat.” Terus-terang aku bersuara. Biarlah, alang-alang perihal aku dan Aqil dibincangkan jadi lebih baik aku menyuarakan keputusanku. Sememangnya itu menjadi tujuan utama aku pulang ke rumah orang tuaku hari ini. Wajah ibu berkerut seribu aku perhatikan, mungkin terkejut dengan apa yang baru aku luahkan.

“Ayah tak setuju! Kalau Nysa putuskan hubungan dengan Aqil, samalah macam Nysa putuskan hubungan dengan ayah!”

Aku tersentak mendengar suara itu. Ayah yang berdiri di muka pintu memandangku tajam umpama singa kelaparan. Entah bila ayah tiba di muka pintu? Yang pastinya kini dia telah mendengar apa yang baru aku suarakan pada ibu sebentar tadi.

“Ayah tak faham keadaan Nysa!” Bentakku.

“Nysa yang tak faham Aqil! Dia ada alasan dia sendiri kenapa dia tangguhkan majlis perkahwinan dengan Nysa. Takkan itupun Nysa tak boleh tunggu!” Kini ayah bergerak menghampiriku dan aku tahu ayah benar-benar marah.

“Alasan apa ayah? Alasan yang tak masuk akal!” Aku cuba memprotes.

Sememangnya itu kenyataanya. Aqil menangguhkan majlis perkahwinan kami semata-mata menunggu kepulangan Lily supaya Lily merasa sakit hati bila melihat persandingan kami. Itulah kata-kata yang aku baca kiriman balas Aqil pada Lily gara-gara keenggan Lily pulang ke tanah air seperti yang dijanjikan. Melihat catatan Aqil pada email itu, ternyata Aqil benar-benar marah apabila Lily enggan pulang. Aqil juga mengugut akan menikahi wanita lain sekiranya Lily tetap tidak pulang seperti mana yang dijanjikan. Dan Aqil juga ada menyatakan bahawa dia akan menunggu saat dimana Lily pulang barulah dia akan melangsungkan perkahwinannya, itupun di hadapan Lily. Adakah itu alasan yang patut aku terima sehingga ayah rasakan wajar bagiku untuk terus-menerus menunggu Aqil? Menunggu perkahwinan yang entah bila akan berlangsung?

“Perkahwinan bukan perkara main-main Nysa. Kena betul-betul bersedia baru kita boleh hadapi. Bagilah masa pada Aqil untuk dia betul-betul bersedia. Ayah yakin masanya dah hampir.” Nada suara ayah kian rendah. Mungkin tidak mahu menimbulkan ketegangan antara kami. Aku tidak mahu berkata apa-apa lagi, kerana aku tahu apa pun yang aku cuba terangkan pasti ayah akan memenangkan Aqil juga akhirnya.

Aku terus mengorak langkah menuju ke bilik sekaligus berhenti berbahas tentang perkahwinanku, tentang Aqil dan tentang semuanya. Kepalaku masih sakit dan kini bertambah sakit. Bila agaknya aku mampu menghentikan semua perkara sia-sia ini? Hatiku benar-benar terluka dan kecewa dengan apa yag berlaku. Tapi aku tetap bertahan demi janjiku yang satu itu.



Nysa kecewa bila Aqil tetap ingin meneruskan apa yang dirancang  .

“Nysa kata ada hal penting nak cakap dengan abang. Apa dia?” Soalan pertama Aqil dengan senyuman yang masih lagi bergayut dibibirnya.

Mataku berat memandangnya, seberat mulutku meluahkan segalanya. Melihat senyumannya menjadikan aku lemah dan rasa seperti tidak ingin melepaskan cintaku padanya. Rasa ingin terus terperangkap dengan cintanya, rasa ingin terus mencintainya biarpun aku tahu balasannya tiada.

“Nysa okey tak ni?”

Aku tersentak. Hatiku mula beristigfar, tidak mahu terpesong niat. Aku kembali pada tujuan yang telah menyeret aku untuk menemuinya. “Boleh abang Aqil tolong Nysa satu perkara?” Kini aku memberanikan diri memandang lirikan matanya. Hilang senyumannya mendengar kataku.

“Nysa nak abang tolong apa?” Balas Aqil serius.

“Nysa nak abang jumpa ibu dan ayah Nysa, putuskan pertunangan kita.” Bila sahaja kata itu aku lafaskan, hatiku menjerit menahan kesakitan. Luka yang dulunya sembuh dengan kehadiran semula cinta Aqil dalam hidupku umpama kembali berdarah dan semakin parah pada tika ini.

“Apa yang Nysa merepek ni?” Tenang sahaja suara Aqil tika ini.

Melihat reaksinya yang tenang dengan permintaanku, aku mula yakin semuanya akan berakhir seperti mana yang aku harapkan.

“Nysa dah buat macam-macam tapi ayah tetap tak izinkan Nysa putuskan pertunangan dengan abang Aqil. Malah ayah ugut Nysa untuk putuskan hubungan kami anak beranak kalau Nysa bertindak batalkan pertunangan kita. Sebab itu Nysa hanya boleh harapkan bantuan daripada abang Aqil.” Aku menjelaskan semuanya, tidak satu pun perkara yang aku sembunyikan.

“Kenapa Nysa nak buat semua ni? Nysa buat ni semua sebab marahkan abangkan? Marah sebab abang selalu tangguhkan perkahwinan kita?” Riak wajah Aqil tetap tenang, tidak seperti hatiku yang kini bergolak hebat mengalahkan ombak tsunami.

“Tak! Bukan sebab tu. Kalau abang Aqil tak bersedia untuk perkahwinan kita, itu bukan salah abang Aqil. Mungkin kita memang tak ada jodoh. Nysa boleh terima hakikat tu.” Balasku menafikan semua bicara Aqil. Sememangnya bukan itu punca utama aku tekad membatalkan semua yang sudah dirancang. Malah aku sanggup menunggunya untuk sepanjang hayatku. Namun itu hanya akan aku lakukan bila di hatinya ada ruang untuk diriku. Sebaliknya hanya Lily tersemat di ruangan itu, bukan aku! Jadi untuk apa aku terus menantinya, terus berada di sisinya.

“Jadi, apa masalahnya?”

“Nysa cuma nak yang terbaik untuk abang Aqil.” Hanya itu jawapan yang boleh aku berikan padanya.

“Maaf! Abang tak boleh lakukan.” Kata Aqil tegas.

“Tapi kenapa?” Giliran aku pula yang bertanya. Namun Aqil enggan menjawabnya. Aqil sebaliknya mencampakkan sebuah sampul surat berwarna kuning dihadapanku, kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

Aku membiarkan Aqil berlalu pergi, tidak mahu aku mengejarnya. Mataku kini tertumpu pada sampul surat yang Aqil campakkan tadi. Perlahan sampul itu aku pegang dan dadaku mula bergetar. Sampul itu aku buka perlahan, aku terlonggo melihat isinya. Sebuah kad undangan perkahwinan! Terukir namaku dan nama Aqil di atasnya. Apa yang lebih memeranjatkanku, undangan itu adalah untuk majlis yang akan berlangsung kurang dari sebulan.

“Ya’ Allah.” Saat itu aku terasa ingin rebah. Dugaan apa pula ini? Dapatkah aku mengharunginya?



Harapannya satu membahagiakan suaminya. Kembalikan cinta suami bersama kekasihnya.

Kisah itu membawa aku hanyut untuk terus meletakkan diriku sebagai orang yang bertanggungjawab membawa Aqil pulang ke gerbang bahagia, sekaligus melenyapkan jalan derita yang selama ini ditanggung hebat dalam jiwanya. Apapun yang terjadi, Aqil akan tetap aku kembalikan pada Lily, kerana tiada insan lain yang layak bertakhta di sanubari Aqil melainkan Lily yang amat-amat dicintainya. Tentang perkahwinanku, sudah aku letakkannya pada tangga pasrah, semoga ia perlahan-lahan menuju terus ke pintu redha.
“Mak betul-betul terkejut bila Aqil kata pada mak, dia nak bawa Nysa pindah ke Decasa Bayu. Kalau Nysa nak tahu, penthouse tu sebenarnya Aqil nak hadiahkan pada Lily, sempena perkahwinan mereka. Berbulan-bulan lamanya Aqil ambil masa, deko sendiri setiap ruang dalam rumah tu semata-mata untuk Lily. Tapi tak sangka pula mak, dia orang berpisah. Sejak Aqil berpisah dengan Lily, Aqil dah tak pedulikan langsung rumah tu lagi. Bila mak tanya kenapa dia tak jual aje penthouse tu? Dia jawab, dia dah kehilangan Lily, jadi dia tak nak hilang pula kenangan yang dia cipta untuk Lily. Itu aje kenangan yang dia ada dengan Lily.”
Keterangan panjang lebar yang emak berikan menghentak kuat dadaku. Sungguh dalam kasih dan sayang Aqil buat Lily. Ini bermakna aku akan menumpang hidup di dalam kenangan Lily.
“Tapi Nysa tak payah risau. Itu semua kisah lama Aqil. Mak yakin Lily tak akan balik lagi ke Malaysia. Apa yang penting sekarang ni, Nysa isteri Aqil yang sah. Jangan susah hati lagi.” emak cuba menenangkanku, mungkin dia terlihat garis duka pada wajahku.
“Mak tahu kat mana Lily sekarang? Kan bagus kalau kita dapat cari Lily.” Aku nyatakan niat sebenar hatiku.
“Nysa!” emak terkejut.
“Nysa cuma nak abang Aqil bahagia.” balasku mengharap pengertian emak sepenuhnya.






Episod 1
Nysa berat hati menolak permintaan orang tuanya. Namun dalam terpaksa Nysa menerima juga permintaan orang tuanya. Dalam kerunsingan Nysa menerima panggilan talifon dari abang angkatnya dari universiti. Lagi mengejutkan Nysa pertemuan yang diaturkan oleh keluarganya bersama bakal tunangnya adalah Farish Aqil. Selepas pertemuan itu Aqil terus memburu dan memujuk Nysa agar meneruskan pertunangannya. 
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 1

Episod 2
Setelah dipujuk oleh Aqil, Nysa bersetuju untuk meneruskan bertunangannya. Setelah setahun berlalu, Aqil semakin sibuk dengan mementingkan kerjanya hingga Nysa terasa disisihkan. Hadif kawan sekerja Nysa sentiasa menemani Nysa. Aqil terserempak Nysa di sebuah majlis kahwin . Nysa terkejut bila Aqil ditemani oleh seorang perempuan cantik Syafiza. Nysa menerima housemate baru selepas hosemate dulu telah berpindah ke Perlis.
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 2

Episod 3
Semasa melawat ayah Aqil di hospital , Nysa ternampak Aqil dan Syafiza rapat. Tanpa membuang masa Nysa beredar dan mencari alasan ada temujanji. Nysa sedih kerana Aqil tidak memperdulikannya. Hadif yang selalu menemani Nysa memberitahu yang dia akan bertunang. Orang tua Aqil rasa malu kerana Aqil sering kali melengahkan dan menangguhkan majlis pernikahan disebabkan sibuk berkerja. Semasa Nysa kerumah keluarga Aqil untuk majlis doa selamat, Nysa terjumpa sesuatu dibilik Aqil kini Nysa tahu punca sikap Aqil tidak memperdulikannya kerana Aqil tidak dapat melupakan cinta hatinya.
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 3

Episod 4
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 4


Episod 5
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 5


Episod 6
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 6


Episod 7
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 7

Episod 8
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 8

Episod 9
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 9

Episod 10
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 10

Episod 11
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 11

Episod 12
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 12

Episod 13
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 13

Episod 14
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 14

Episod 15
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 15

Episod 16
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 16

Episod 17
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 17

Episod 18
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 18


Episod 19
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 19

Episod 20
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 20

Episod 21
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 21

Episod 22
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 22

Episod 23
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 23

Episod 24
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 24

Episod 25
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 25

Episod 26
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 26

Episod 27
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 27

Episod 28
Jom tonton link ini : Jauh dari cinta episod 28



Friday, 16 May 2014

NOVEL TERLANJUR MENCINTAIMU

Cinta itu mudah datang kepada sesiapa yang bersedia menerima cinta


Novel TERLANJUR MENCINTAIMU karya SHAMNURIEZMIL terbitan Karyaseni. Ini baby pertama beliau dalam edisi cetakan. Cerita yang menarik dan santai.Novel tak tebal sangat 441 muka surat sahaja. Novel ini akan dijadikan drama di saluran mana RTM. Berita terkini ia mempunyai 26 episod. Novel bertemakan kekeluargaan ini diterima baik dikalangan peminat novel . Cerita yang santai dan bersahaja mengundang saya membuat sedikit Review tentang novel ini.  

Cerita ini mengisahkan persahabatan Syaifullah dan tengku Hasanuluddin ( Tok Din ) lebih 30 tahun dulu . Kerana satu insiden Syaifullah kembali dikampung. Kehidupan mereka penuh dengan kesederhanaan meninggalkan kemewahan yang ada. Sejak kematian Tok Din, Hidup Johan Iskandar cucu pada Syaifullah menjadi huru hara bila dia menerima satu wasiat yang ditinggal kan oleh Tok Din kepadanya. Johan Iskandar bingung dengan wasiat dan cinta hatinya yang mana lebih diutamakan. Intan Kekasih Hati Johan tidak boleh menerima alasan Johan bila Johan menerima Wasiat dari Tok Din. Intan memilih mengundur diri. Johan menerima wasiat dari Tok Din juga bersebab. Dulu Arwah Izhar ( ayah Johan pernah bercerita apa yang Tok Din miliki sekarang adalah haknya juga ) Ini menguatkan Johan ingin tahu adalah betul ke apa yang diceritakan itu benar selain ingin membantu keluarga Tengku Hanis Zulaikha dari merempat. 

Tengku Hanis Zulaikha menganggap berkahwin dengan Johan adalah tidak adil buatnya. Jika Tengku Anis menolak perkahwinan ini keturunan Tok Din tidak boleh mengambil satu sen dari kekayaan STH selain itu Johan dan Hanis perlu mempunyai zuriat dalam masa dua tahun. Kerana tak mahu keluarganya merempat dia akur berkahwin dengan Johan Iskandar yang dianggap budak kampung. Pertemuan pertama Tengku Hanis dengan Johan Iskandar , mengharapkan Johan akan menolak perkahwinan itu tetapi tanggapannya meleset sekali. Johan pula mula jatuh cinta pada Tengku Hanis bila mereka bertemu di Kuala Lumpur untuk menguruskan Majlis perkahwinan dan urusan - urusan lain . Tengku Hanis banyak meluahkan perasaan pada sahabatnya Maisarah. 

Perasaan cinta datang entah bila , tanpa sedar Tengku Hanis juga merasai perasaan yang sama apa yang Johan rasa tetapi kerana egonya dan terlanjur kata yang dia tidak akan mencintai Johan memakan diri. Johan meneruskan misinya untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian 30 tahun dulu tetapi gagal. Selepas satu mesyuarat Johan tidak menyangka dia mendengar satu perbualan Dato Zainal dan sahabatnya menceritakan perkara yang selama ini dicari. Johan malu kerana apa yang dicari telah diketahui . Kerana tamak ayahnya sanggup menyalahkan wang syrikat hingga STH mengalami kerugian besar. Atuknya menjual semua harta dan membayar ganti rugi dan tinggal di kampung. Tetapi Atuk syaifullah tidak menjual syernya di STH. Kini Johan sudah tahu apa yang diceritakan oleh arwah ayahnya tidak benar. Johan yang terlalu mencintai isterinya. Degan rasa rendah diri Johan menceritakan kebenaran dan sebab selain dia ingin menolong keluarga Tengku Hanis dia juga ada muslihat lain . 

Johan Iskandar bersyukur Tengku Hanis menerimanya seadanya. Kehadiran Eryna mengundang rasa cemburu pada Tengku Hanis. Eryna anak Datuk Zainal dan juga kawan kolej Johan. Segalanya jelas bila Eryna menceritakan bahawa dia dan Johan tidak ada apa-apa hubungan. Suami eryna juga adalah sahabat Johan. Saat Tengku Hanis dikhabarkan mengandung semua orang gembira tetapi kandungan Tengku Hanis gugur bila Tengku Hanis dilanggar oleh Makcik Halijah ( Mak pada Intan ) ini kerana dendamnya pada mak Johan ( Lutfiyah) membongkar satu rahsia yang memalukan. 

Sejak kejadian itu Tengku Hanis dingin terhadap Johan . Kejadian bertembung dengan Asyraf bekas kekasih semasa di London membuatkan Tengku Hanis sedar agar menghargai cintanya dibiar sepi. Tengku Hanis dan Johan pasrah bila tarikh luput perjanjian untuk mendapatkan zuriat dalam sama dua tahun tidak berjaya. Tengku Hanis dijangkakan anak melahirkan anak 2 hari selepas tarikh luput perjanjian. Dalam kekalutan di pejabat guaman Tengku Hanis sakit ingin melahirkan. Kelahiran kembar tak seiras membuatkan Tengku Hanis terus bahagia dan kerana wasiat Tok Din menyatukan cinta mereka.




Sinopsis dari kulit novel 

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?



Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"



Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?



Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"



Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?



Petikan-petikan menarik dalam Novel ini :
"Tok Din cakap dalam wasiat dia, sekiranya abang tak boleh terima Hanis sebagai isteri , harta Tok Din akan diberikan kepada rumah anak-anak yatim dan keluarga Hanis tidak bolah terima satu sen pun. Hanis ingat Tok din tu tak bijak ke ? Habis Hanis terima abang ke tidak ? Atau abang ubah keputusan abang ..." Secara kebetulan wasiat yang diberikan kepadanya mengikat Johan dan Tengku Hanis! ' nak buat macam mana .... terima saja!'
" Awak nak pergi mana?"
"Abang nak ubah keputusan."
"Jangan ! Saya terima awak seadanaya awak dengan syarat!"
Johan tersengeh.' syarat jugak minah ni'
"Nombor satu , kita tak boleh duduk rumah mummy. Nombor dua , saya nak duduk bilik asing-asing. Yang terahkir dan paling penting , awak tak boleh sentuh saya!" Ujar Tengku Hanis.
"Okey... abang setuju. Tapi syarat yang terakhir tu abang rasa abang tak boleh nak berkompromi"
"Hah ? kenapa pulak ?"
"Dalam wasiat Tok Din , dalam masa dua tahun , kita kena dapatkan zuriat. kalau Hanis tak mahu , mana Hanis nak dapat, kan ?"


" Okey sekiranya abang panggil ika dengan nama Hanis, dendanya ialah ikut suka Ika , Ika bolah buat apa saja ke atas abang. Nak cubit ke , nak pukul ke , nak berdiri tengah panas ke. Tapi kalu Ika panggil abang dengan panggilan 'Awak' , dendanya ialah kena cium dekat mulut.Limit tersilap atau tersalah atau tersasul panggil hanyalah tiga kali je, tau. Siapa salah panggil lebih tiga kali , dia kena denda". johan menunjukan bibirnya memberi isyarat denda Tengku Hanis.
" Hah? Cium dekat mulut? "
" Kena cium. Muktamad! Tak boleh denda lain. Tadi Ika dah janji dengan abang , kan ... satu syarat je. Orang yang mungkir janji, orang munafik" Ujar Johan.
"okeylah, panggil sajakan... Tak ada masalah! Sekarang boleh tidur?" Tanya Tengku Hanis.
"Boleh, sayang.... selamat malam, sayang! Mimpi-mimpikan abang, ya." 
" Selamat malam , awa.." Belum sempat Tengku Hanis hendak menghabiskan ayatnya.
" Satu " jerit Johan.
"Eh Tak aci la. Tak sebut habis lagi! Orang baru nak testing..."
"Okey , fine ! kali ini lepas , next time kira ar!"

" Ada benda Johan nak tanya atuk. Pasal keluarga pasal keturunan kita juga." Johan berwajah serius.
Syaifullah mengeluarkan rokok daunnya yang sudah digulung-gulung, lantas Syaifullah mengambil mancis dan diapikan rokoknya. Bau tembakau itu menusuk hidung Johan.
" Apa, Johan?"
" Sewaktu atuk dalam STH, arwah ayah pun kerja dengan STH. Apa yang atuk marah sangat pada ayah hungga seminggu lepas tu atuk pindah kesini:" Tanya Johan.
Syaifullah terdiam, Menyedut rokok daunnya dalam-dalam. Dia sudah mengagak ini akan menjadi topik perbualan malam ini.Sudah lam dia mahu bercerita dengan Johan. Dia juga tahu Johan akan mencari apa apa cerita tentang itu dan dia yakin Johan sudah tahu sebabnya.
"Ayah ambil duit syarikat? betulkah? Disebabkan tindakan ayah itu, STH mengahdapi masalah kewangan, masalah pelanggan dan pembekal?" Tanya Johan bertubi tubi.

Cincin yang bertatahkan berlian berkilau dihadapan Tengku Hanis, Memukau pandangannya. Tengku Hanis ingin mengambilnya, namun segera pula Johan menutup kotak itu. Jari Tengku Hanis terkepit. Tengku Hanis Mengaduh. "Jawapanya dulu" "Mestilah Setuju. With all my heart! But we already married, bang. Ini cincin khawin juga,nak campak mana? Ini pun mahal juga" "Jadi Ika ada dua. Orang nak bagi pun jual mahal juga!" Johan mengelengkan kepalanya. " Terima kasih , abang" " Ika suka?" Tanya Johan. "Hanis suka!" Sengaja Tengku Hanis menekankan ganti nama diri 'Hanis'.
"Apa Ika cakap arrr.."
"Hanis Suka "
" Ika tahu tak , Ika dah kena denda ni. Kuata Ika dah habis... " Ujar Johan.
Tengku hanis tergelak. Dia menggangguk." Dendalah kalau berani!"




Didramakan 



Episod 1
Berita kematian Tengku Hasanuluddin ( Tok Din ) mengejutkan Syaifullah. Tengku Hanis tidak menerima kematian Nendanya. Murung dan menangis yang mampu di lakukan. Johan yang kuat berkerja mendapat perhatian Tok Din satu ketika dulu . Tok Din berbangga melihat anak muda yang begitu rajin. Semuanya berubah bila En. Aidil peguam Tok Din mengumumkan sesuatu yang tidak dijangka terutama Tengku Hanis. Tengku Hanis terkejut bila dalam wasiatnya menyuruh Cucu kesayangan Tok Din berkahwin dengan pilihan Tok Din. Johan Buntu sama ada dia perlu terima atau tidak. Ini kerana Johan sudah memilih Intan sebagai kekasih hatinya. Johan nekad untuk memberitahu Intan tentang wasiat Tok Din . Intan tak boleh terima kenyataan yang Johan akan menjadi milik orang lain. Selepas pertemuan itu Intan menjauhkan diri dan cuba tidak bertemu dengan Johan.
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 1

Episod 2
Intan tak mahu bersedih lagi , Intan menghantar surat permohonan untuk sambung belajar. Intan tak mahu duduk dikampung lagi. Johan hairan kenapa Intan tak mahu menerima panggilan darinya lagi. Syaifullah tahu hati cucunya serba salah untuk menerima wasit dari Tok Din. Syaifullah juga tidak mahu mendesak Johan agar menerima cadangan didalam wasit itu. Dia hanya menyuruh Johan berdoa agar diberi petunjuk dan dipermudahkan untuk membuat keputusan . Semasa perjalan kerumah Johan Intan terserempak dengan keluarga Tengku Hanis. Keluarga Tengku Hanis kerumah Johan untuk membincangkan pasal wasiat. semasa Johan balik dari laut keluarga Tengku Hanis sudah ada dirumah. Tengku Hanis terkejut bila melihat Johan yang comet dan selekeh. 
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 2

Episod 3
Tengku Hanis berbincang agar Johan menolak permintaan wasiat Tok Din. Pada pendapat Johon dia perlu berkahwin dengan Tengku Hanis demi menjamin semua harta Tok Din akan dimiliki oleh Tengku Hanis. Tengku Hanis terpaksa bersetuju tetapi bersyarat.  Syaifullah mencari buku simpanan yang dirahsiakan selama ini sebagai hadiah perkahwinan Johan dan Tengku Hanis. Johan terkejut bila melihat sejumlah wang yang tidak pernah diketahuinya. Intan terus menyembunyikan dan mengelakkan dari berjumpa Johan. Johan mengamanahkan ladang kambing pada Mail ( rakan kongsi ) sepanjang Johan tiada. Persiapan perkahwinan Johan dan Tengku Hanis bermula. Johan akan berkahwin dalam masa 3 bulan .  
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 3

Episod 4
Akhirnya Johan dapat berjumpa dengan Intan. Johan berterus terang dia berkahwin dengan Tengku Hanis hanya kerana wasiat . Johan mengharap Intan boleh menunggunya dalam masa 2 tahun. Tetapi Intan buat keputusan tidak mahu meneruskan perhubungan mereka. Intan akan menyambung pelajaran dalam bidang Kejururawatan. Johan datang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan hal-hal persiapan perkahwinan dan urusan syarikat. Papa Tengku Hanis memaklumkan ada mesyuarat untuk memperkenalkan bakal menantu kepada lembaga pengarah. Johan tidak membawa baju yang sesuai untuk mesyuarat tersebut. Tengku Hanis membawa Johan untuk pergi membeli baju dan kelengkapan lain . Dalam perjalanan pulang Tengku Hanis terserempak dengan Ashraf ( kekasih ketika di universiti ). Tengku Hanis tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan Ashfar. Kenangan bersama masih segar dalam ingatan walaupun pun mereka telah lama terpisah.  
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 4

Episod 5
Dirumah Johan dilayan baik oleh seluruh keluarga Tengku Hanis. Tengku Hanis banyak bercerita tentang Johan dengan kawan baiknya Sarah. Sarah menganggap Tengku Hanis dan Johan adalah jodoh. Tengku Hanis patut terima . Johan diperkenalkan dengan lembaga pengarah syarikat. Johan akan menggantikan tempat papa Tengku Hanis selepas kereka berkahwin kelak seperti wasiat Tok Din. Selepas itu mereka pergi membuat persiapan perkahwinan yang telah diaturkan oleh mama Tengku Hanis. Selain itu Johan juga mencari rumah dan kereta seperti yang dirancang. Selepas segala persiapan telah ditetapkan Johan balik kekampung semula. Saifullah gembira bila Johan dapat menerima dan meneruskan wasiat sababatnya dengan baik.   
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 5


Episod 6
Sejak pulang dari Kuala Lumpur Johan mula jatuh cinta pada Tengku Hanis. Johan mula menerima Tengku Hanis sebagai tunangnya. Tengku Hanis masih malu tetapi dalam masa yang sama Tengku Hanis rindu pada Johan. Johan menghantar kad jemputan pada Mak cik Halijah tetapi kemarahan makcik halijah tak dapat dibendung bila tahu Johan akan berkahwin dengan orang lain. Makcik Halijah juga menganggap Johan punca Intan meninggalkan kampung kerana kecewa. Sarah suka bila sahabatnya menceritakan tentang diri Johan. Sarah berharap Tengku Hanis dapat menerima jodohnya. Mail sahabat Johan menasihatkan agar Johan jangan terlalu memikirkan tentang makcik halijah. Tengku Hanis menguruskan semua persiapan yang Johan telah berikan. Johan pergi ke Kuala lumpur seminggu lebih awal bagi membuat persiapan terakhir sebelum majlis. 
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 6


Episod 7
Johan berpuas hari dengan hiasan dan rumah yang Tengku Hanis buat. Tengku hanis menerima jambangan bunga dari dari Ashraf. Tengku Hanis tak suka melibatkan diri dengan Ashraf lagi. Tengku Hanis mengajak Johan keluar membeli sedikit barang bagi persiapan terakhir. Johan terkejut bila Tengku Hanis memeluk lelaki tanpa segan silu. Tengku memperkenalkan lelaki itu adalah sepupunya. Johan menegur cara baik tak elok perbuatan Tengku hanis begitu. Perkahwinan Johan semakin hampir, Intan sedih. Setiap hari Intan memencilkan diri dari kawan-kawannya di kolej. Makcik halijah sakit hati bila orang kampung memuji-muji bakal isteri Johan. 
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 7


Episod 8
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 8


Episod 9
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 9


Episod 10
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 10


Episod 11
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 11


Episod 12
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 12


Episod 13
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 13


Episod 14
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 14


Episod 15
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 15


Episod 16
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 16


Episod 17
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 17


Episod 18
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 18


Episod 19
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 19


Episod 20
Jom tonton link ini : Terlanjur mensintaimu episod 20


Episod 21
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 21


Episod 22
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 22


Episod 23
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 23


Episod 24
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 24


Episod 25
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 25


Episod 26
Jom tonton link ini : Terlanjur mencintaimu episod 26



Sunday, 11 May 2014

NOVEL OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA

Aku benci Mr. Windower itu tapi apakan daya kerana 
aku tercipta daripada tulang rusuknya...


Oops! Suami aku bukan duda tajuk baru untuk review kali ini . Dengar tajuk memang best ada kelainan rasanya. Uji Norizqi , mengenali penulis baru bukanlah asing dalam dunia novel ni. Tak sangka bermula dari menulis cerpen hinggalah mampu menulis sebuah novel yang kini telah dicetak. Sebagai penulis baru pastinya banyak halangan perlu ditempuh. Dari keseluruhan novel ini saya  kategerikan novel ini sebagai bacaan ringan. Kasih sayang keluarga diterapkan dalam novel ini. Novel yang setebal 570 muka surat ini membongkar rahsia cinta Luqman Hakimi dan Qistina Airisa.

Qistina Airisa yang lepasan SPM berkerja menjadi guru sementara tadika di Kuala Lumpur sementara dia akan mendaftar masuk ke UITM. Ini berikutan mencari duit poket untuk masuk ke Universiti nanti. Kerana Qistina tidak mahu membebankan Umi yang sekadar membuka warong di kampung. Perkenalan sicilik bernama Danish ditadika memaksa Qistina turut berkenalan dengan papa Danish. Papa Danish , Luqman Hakimi lelaki yang memikili segalanya termasuklah Danish yang menjadi keutamaan yang paling teratas. Danish yang selesa dan mesra dengan cikgu Qistina membuatkan Luqman Hakimi ingin mendekati gadis muda itu. Tambahan pula bila sicilik meminta agar cikgu Qistina menjadi mamanya. Pada Luqman Hakimi, kebahagian Danish adalah kebahagiaan dirinya juga. Qistina Airisa seperti jinak-jinak merpati membuatkan Luqman Hakimi tak senang duduk. Bagi Qistina Airisa lelaki duda atau Mr. Widower bukan pilihan hatinya tambahan pula Luqman Hakimi jauh lebih tua dari umurnya. 

Qistina mengambil keputusan untuk berhenti sebagai guru tadika dan pergi jauh dari Luqman Hakimi. Tetapi Luqman Hakimi terus mencarinya demi kebahagiaan Daniel. Luqman Hakimi menggunakan jasa baik dan memujuk Umi ( ibu Qistina ) untuk meneruskan hasratnya. Keputusan Umi disambut dingin oleh Qistina . Kerana kesihatan umi Qistina bersetuju untuk bertunang , walaupun hatinya memberontak kerana tiada rasa cinta dihati Qistina pada Luqman Hakimi. Semua yang dilakukan kerana Umi dan kasihnya pada sicilik , Danish . Luqman sentiasa bersabar dengan kerenah Qistina yang dingin terhadap dirinya. Pertunangan Qistina dirahsiakan oleh kawan-kaan kolej mahupun Intan teman rapatnya di kolej. 

Di Kolej , Qistina berjumpa seorang lelaki bernama Feroz . Qistina memberi harapan dalam perhubungan mereka dengan harapan dia akan melupakan Luqman Hakimi. Perhubungan mereka berterusan sehingga Qistina menjalani praktikal di syarikat Luqman . Luqman Hakimi menerima Qistina sebagai staff praktikal di syarikatnya. Tetapi Qistina pula memberi syarat agar Luqman tidak memberitahu tentang hubungannya sebagai tunang. Kehadiran Qistina tidak di senangi oleh Rozi. Apa saja yang dilakukan oleh Qistina pasti ada saja yang tidak kena dimata Rozi. Rozi "andartu" seksi yang sentiasa memikat hati Luqman Hakimi di pejabat. Tetapi Luqman tak pernah melayan kerenah Rozi.

Pemergian Umi mengejutkan Qistina . Dalam amanat Umi yang terakhir, Qistina harus berkhawin dengan Luqman pemergiannya dengan segera. Ini membuatkan Qistina bertambah benci dengan Luqman kerana impian Luqman untuk mempercepatkan pernikahannya berjaya. Tetapi Qistina terpaksa berdepan dengan Feroz yang sentiasa mengharap cintanya. Balik dari dari cuti semesta Qistina berterus terang dengan Feroz tentang pernikahannya. Tetapi dinafikan oleh Feroz dan mengatakan Qistina sengaja mereka cerita. Feroz terlalu kecewa dengan sikap Qistina yang ingin memutuskan perhubungannya.  

Luqman berang bila mendapat tahu Qistina ada hubungan dengan lelaki lain di kolej. Qistina menafikan dia dan Feroz tidak ada hubungan istimewa. Luqman tidak menyangka bahawa Qistina tidak tahu Danish adalah anak saudaranya. Anak kakak Luqman yang terlibat dalam satu kemalangan maut. Kini Luqman sedar mengapa Qistina terlalu membenci dirinya kerana Qistina beranggapan Luqman Hakimi tu seorang duda dan digelar Mr. Widower. Dalam hidup Luqman dia hanya mencari mama untuk Danish kerana kebahagiaan Danish adalah kebahagiaan dirinya. Jom baca novel ini dan selusuri bagaimana Luqman Hakimi memenangi hati Qistina Airisa.  




Sinopsis dari kulit novel

Qistina Airisa…..Seorang gadis muda yang tahu berdikari. Dia memiliki rupa paras yang menawan namun dia adalah si jinak merpati. Sepadan dengan usia dia belum matang dalam meniti kehidupan. Kadang-kadang dia mudah emosi, memberontak dan degil. Namun siapa sangka dia akan disukai oleh lelaki yang berbeza usia berbelas tahun dengannya.



Loyanya tekak aku dengan abang dan sayang itu. Gila meroyan gamaknya. Kalau dia depan aku mahu je aku cekik duda gatal ni. Belum apa-apa nak beromantika dengan aku. Apa dia ingat aku akan lentoq dengan ayat romeo dia tu? No way!

Luqman Hakimi…..Tidak pernah terdetik di hatinya untuk mencintai gadis belasan tahun apatah lagi mahu menjadikan gadis itu ibu kepada anaknya Danish. Tetapi rasa yang hadir membuat dia berani mengikat gadis itu dengan ikatan pertunangan.

“Saya tak kisah andai saya jadi pilihan terakhir. Sekurang-kurangnya dengan pilihan terakhir itu kita masih bersama.”

Terketar hati aku dengan kata-kata mr widower itu. Menggunung sekali harapannya meskipun dia pilihan terakhir. Sedalam laut china selatankah cintanya terhadap aku atau lebih dalam daripada itu?

Setinggi Gunung Everest kah kasihnya pada aku atau lebih tinggi dari itu? Apakah sayangnya pada aku sekuat akar tunjang yang mencengkam bumi?

Tidakkah kau sedar Luqman Hakimi yang kau menabur benih di tanah yang gersang? Sekalipun kau tak putus asa membaja, benihnya tetap tidak akan tumbuh jua.

Berjayakah Luqman menempatkan dirinya dalam hati Qistina Airisa? Bagaimana pula dengan Feroz yang salah meletak harapan cinta pada gadis itu? Bahagiakah Qistina Airisa di dalam mahligai Luqman Hakimi sedangkan lelaki itu telah dicop duda olehnya?


Sedikit sedutan dari perikan Novel.
Kehadirannya disenangi

Sejak aku tiba ke taska itu Danish lebih rapat dengan aku. Dia tidak mahu dipujuk oleh pengasuh lain kecuali aku. Mungkin kerana aku sering melayannya bermain. Aku juga gembira kerana Danish gemar belajar dan bermain bersama aku.



Bapa Danish pernah mengucapkan terima kasih pada aku. Katanya aku pandai menjaga anaknya. Anaknya kerap kali memberitahu keseronokannya di bawah jagaan aku.

Bercakap pasal bapa Danish ni boleh buat aku angau satu macam. Orangnya tinggi lampai, berkaca mata dan berkumis nipis. Kulitnya sawo matang dan sedap mata memandang. Setiap kali dia senyum terkesima aku dibuatnya. Namun aku cepat-cepat istighfar. Yalah tak baik macam tu. Hensem-hensem dia pun laki orang, bapak orang.

Bapa Danish tu nampak macam golongan berada. Setahu aku dia tu ahli perniagaan. Datang ambil dan hantar Danish ke taska dengan BMW. Umur dalam 33 tahun lebih kurang. Seorang yang kemas dalam berpakaian. Nampak tegas tapi kalau dengan aku dia murah dengan senyuman. Hai nasib baiklah kau suami orang.

Hesy! Tapi kalau dia bukan laki orang pun tak mungkin aku masuk jarum. Aku yang masih belasan tahun ni tak mungkinlah nak bersuamikan lelaki yang tua tu. Tua pada akulah. Mana aku tak cakap tua beza umur kami lima belas tahun. Bukankah tua itu namanya? Apa-apa sajalah cik Qistina oi.

“Cikgu bacakan Danish buku ni,” pinta Danish seraya menghulurkan sebuah buku. Agaknya dia sudah bosan bermain dengan robot.

Aku menyambut buku berkulit biru itu. “Oh! Bacakan buku Aladdin.”

Danish merapatkan tubuhnya pada aku. Bersedia untuk mendengar pembacaanku.

Aku dengan senang menarik Danish ke dalam ribaan. Aku mula membelek buku itu. Halaman pertama kubaca. “Aladdin seorang budak yang cerdik tetapi pemalas. Pada suatu hari ibunya memarahi dan menyuruhnya pergi ke pasar untuk mendapatkan kerja. Di pasar Aladdin bertemu seorang tukang sihir. Si tukang sihir berjanji akan memberikan wang emas dan permata jika Aladdin menurut perintahnya. Aladdin berasa amat gembira lalu mengikut si tukang sihir.”

Belum pun habis buku nipis itu Danish terlena di dalam ribaan aku. Kanak-kanak memang mudah terlelap apabila dibacakan buku cerita. Bahkan lagi enak berada di dalam ribaan.


Hati Luqman ingin mengenali gadis istimewa dihati Danish
Apabila soalannya tidak aku jawab dia mencapai beg Danish untuk diberi kepada aku. “Cikgu, ni beg Danish.”

Aku menyambutnya. “Ok.”

“Cikgu nak tanya sikit boleh?” Si penyoal meminta izin untuk bertanya. Dah nak tanya, tanya jelah bapak Danish oi.

“Nak tanya apa erk?” Balas aku berbasa-basi sahaja.

“Cikgu ni nama apa?” Kelasnya soalan. Soalan macam budak main pondok-pondok.

“Cikgu Kistina Airisa papa,” si kecilnya tolong menjawab. Jimat air liur aku. Walaupun Danish pelat utuk menyebut ‘Q’tapi tetap bunyi Qistina kan.

“Ooo…...” kendur bunyi suara Luqman Hakimi. Mungkin kerana soalan yang dia tuju pada aku tetapi telah dijawab anaknya sendiri. Tulah macam tak ada soalan lain nak tanya. Setakat hendak tahu nama aku baik kau tanya Danish di rumah. Semestinya dia tahu nama cikgu kesayangannya ini. bukannya Danish tu bayi empat bulan sampai tak reti nak sebut nama aku.

Eh….jap….kenapa pulak bapak Danish ni sibuk hendak tahu nama aku. Penting ke untuk dia tahu nama aku? Penting kut…..penting apa seorang bapa tahu nama pengasuh. Nanti senang dia nak cakap kalau ada yang bertanya. Tapi masalahnya aku pengasuh di nursery bukannya pengasuh di rumah yang jaga anak dia seorang. Alahai apasal dengan aku ni? Soalan yang tidak seberat mana tu habis berat aku fikir.

“Ermm……cikgu umur berapa ya?” Luqman Hakimi teragak-agak untuk bertanya. Mukanya nampak confius seolah-olah berfikir sendiri samada betul atau tidak soalan yang dilontar pada aku.

Apa kes pulak dia ni nak tahu umur aku bagai? Aku mula terasa pelik bila bapa kepada budak jagaan aku pagi ini banyak mulut dan masa untuk menanyakan aku macam-macam soalan. Macam-macam ke Qistina? Bukankah baru dua soalan itu pun soalan pertama telah dijawab oleh anaknya.

“Perlu ke seorang bapa kepada penghuni taska ini tahu umur pekerja nurseryni?” Tanpa menjawab soalan darinya aku tanpa meminta izin menyoalnya begitu.

Air muka Luqman Hakimi kelihatan berubah. Dia mati kata. Diserbu darah panas ke muka buat dia malu sendiri.

“Saja hendak tahu. Maklumlah cikgu kan orang baru. Lagipun sebelum ni memang saya selalu bertanya umur pekerja nursery ni.” Luqman Hakimi berlagakcontrol hensem.

Aku tertawa kecil. Terasa asing kata-katanya itu. Kalau koranglah kan logik ke begitu? Entah apa-apalah bapak Danish ni. Buang tabiat ke apa? Sebelum dia sibuk-sibuk nak tahu umur aku lebih baik dia balik tanya bini dia hendak makan apa pagi ni. Bolehlah breakfast suami isteri.


Permintaan sicilik mengejutkan Luqman Hakimi
“Papa boleh Danish nak……..cikgu Qistina jadi mama Danish?” Si kecil mula membuat permintaan.

Luqman Hakimi terperanjat. Dia bagai tidak percaya dengan kata-kata anaknya. Danish bukannya sudah bersekolah rendah ingin bertutur begitu. Danish pun masih pelat selari dengan usianya.

“Boleh tak papa?” Tanya Danish sekali lagi sambil menggoyang-goyangkan tangan papanya.

“Tak boleh Danish,” hanya itu yang mampu dijawab Luqman Hakimi. Bagaimana dia ingin mengiyakan sedangkan dia dan Qistina belum mempunyai apa-apa hubungan lagi. Sementelah lagi hatiya belum berdetik begitu. Dia sendiri sedang berusaha untuk mengenali gadis itu.

Lagipun sikap dingin yang ditunjukkan Qistina menjelaskan yang dirinya tidak disukai gadis itu. Dia sedar dia sudah berumur. Bahkan lagi mempunyai anak. Tidak mungkin gadis muda seperti Qistina akan memandangnya.

“Kenapa tak boleh?” Jerit Danish. Dia sudah hendak buat perangai kerana dia merasakan yang kehendaknya itu tidak akan dipenuhi papanya.

“Danish sayang. Cikgu Qistina tu cuma mengasuh Danish. Dia bukan nak jadi mama Danish,” Luqman memujuk anaknya dengan lembut.

“Danish nak cikgu Qistina jugak!” Danish membentak.

“A’aa yalah,” Luqman mengalah. “Dah sayang, minum air ni,” kata Luqman seraya mengambil jus oren untuk diberi kepada anaknya.

Mendengarkan papanya berkata begitu Danish minum jus oren itu dengan gembira. Bibirnya sudah menguntum senyum. Budak-budak macam tulah. Bahkan lagi Luqman Hakimi sentiasa memanjakan putera tunggalnya itu.


Luqman terus mendekati gadis itu tetapi disambut dingin

“Qistina, saya belanja awak minum petang. Lepas tu saya hantar awak balik,” cepat sahaja dia menawarkan pelawaannya.


Letihnya aku dengan dia ni. Pagi tadi dia tanya alamat rumah aku. Bila aku tak bagitahu….Nah! Sekarang hendak belanja minum. Siap nak hantar aku balik. See that. Tujuan utamanya adalah hendak tahu di mana aku tinggal. Inilah jenis manusia yang tidak reti untuk berputus asa. Nasiblah badan.

“Maaf. Saya tak mahu,” aku menolak tanpa ragu-ragu.

Dia berjeda seketika. Ada riak hampa di balik kumis nipisnya. “Tempoh hari tu kakak awak ke?”

Tanya pasal kakak aku pulak. Mr widower ni amat merimaskan aku. “Ya, kakak saya. Kenapa?”

“Biar saya telefon dia minta izin untuk belanja awak minum,” bicaranya dengan lembut namun itu sama sekali tidak akan menjadikan aku bersifat alkali. Dia takkan boleh meneutralkan aku yang berasid ni. Ingat sudah redha apabila pelawaannya aku tolak mentah-mentah.

Lemasnya aku. Pelbagai taktik rupanya encik duda ni. Banyak pengalamanmengorat perempuan apa dia ni? Biasalah orang pernah berkahwinlah katakan. “Saya tidak perlu izin dia kerana saya sendiri boleh memutuskan. Saya memang tak sudi dengan pelawaan itu.”

Dia mengerutkan dahi sebagai tanda tidak berpuas hati dengan jawapan aku. “Kenapa Qistina tidak boleh bertolak-ansur dengan saya?”

“Kenapa saya mesti bertolak ansur dengan Encik Luqman? Waktu kerja saya untuk menjaga anak encik sudah pun tamat. Sekarang ini adalah masa peribadi saya. Jadi saya berhak untuk membuat keputusan sendiri mengenai masa peribadi saya itu,” dengan lantang aku memberitahunya. 


Level keberapa tahap kegeraman aku saat ini pun aku tak dapat sukat. Yang penting aku mesti menjelaskan prinsip aku. Dia jangan ingat gadis belasan tahun seperti aku ini mudah digoda. Aku bukan dalam kategori itu.

“Saya tidak faham kenapa Qistina tidak mahu berkawan dengan saya,” lirih suaranya seolah-olah ada sedikit kekesalan di situ.

“Encik Luqman tidak perlu berteka-teki sendiri. Encik Luqman kena ukur baju di badan sendiri. Saya hanya bekerja di sini untuk sementara waktu. Selepas ini saya akan masuk universiti. Selari dengan usia saya yang masih muda bermakna perjalanan hidup saya masih jauh. Saya langsung tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana lelaki especially mr widower macam Encik Luqman,” tegas dan berani aku menuturkannya. Tak kisahlah kalau dia rasa aku sudah menjatuhkan air mukanya. 

Keputusan berhenti kerja kerana tak mahu terus diganggu oleh Mr. Widower.
"Qis rimas dengan seseoranglah kak.”

“Siapa? Mengapa Qis rimas dengan dia?”

Aku menelan liur. Hendak tak hendak aku perlu beritahu Kak Ina. Dia kan kakak aku. Selama ni pun aku selalu berkongsi masalah dengan dia. “Bapa Danish. Sikap dia tu macam nak usha Qis.”

Terbuntang juga mata Kak Ina. Tak sampai lima saat dia bantai gelak pula. Apalah Kak Ina ni…..

Aku mengerutkan kening.

“Ada juga orang nak mengorat adik akak. Ingat singa macam Qis ni payah nak laku,” dalam ketawa yang masih bersisa Kak Ina tergamak berkata begitu.

Uhuk! Uhuk! Singakah aku? Kalau kakak aku sendiri kata aku ni macam singa agaknya mr widower tu kata aku macam naga. Hari-hari dia kena fire dari api buatan yang keluar di mulut aku. Api buatan tu kata-kata pedas bercili lagi panaslah. Cuba letak kertas agak-agaknya terbakar tak?

“Kak Ina. I’m not lion.”

“Hahaha…… memanglah awak bukan singa dalam erti kata sebenar tapi Qis tu garang macam singa. Akak ingat lagi masa kat warung Qis baling selipar pada Fuad yang cuba usha Qis. Tak pasal-pasal dia dapat sebiji telur atas dahi.”

“Siapa suruh gatal. Tak padan dengan tak hensem nak mengorat budak sekolah,” aku mendengus tatkala kenangan semasa di tingkatan empat itu menjelma.

“Ok berbalik pasal bapa Danish tu. Kenapa dia hendak mengorat adik akak……..bukan dia telah beristeri?” Tanya Kak Ina yang belum mengetahui tentang status Luqman Hakimi yang sebenarnya.

“Sebab dia tak ada isterilah Kak Ina yang dia nak usha Qis.”

“Wow! Duda rupanya. Hebat adik akak ni sampai lelaki berumur pun tangkap cintan,” sindir Kak Ina sambil bertepuk tangan. Suka benar dia sampai bertepuk tangan bagai.

“Kak Ina!” Jerit aku. Bukan nak bagi buah fikiran tapi disindirnya aku. Tahulah adik dia nan seorang ini cute.

“Habis tu apa masalah Qis? Dia bukan suami orang pun,” balas Kak Ina. Kak Ina ni kan small matter je pada dia. Apakah dia menganggap dingorat duda itu itu bukan satu masalah?

“Kak Ina. The man is not my choice,” tegas aku menyatakannya.


“Sebab dia dah berumur dan ada anak?” Tanya Kak Ina apabila aku sudah mengatakan yang lelaki seperti Luqman Hakimi itu bukanlah lelaki pilihan aku.



“Yup! Sure sebab tu,” ujar aku dengan yakin. “Meskipun dia pakai BMW sebelah mata pun Qis tidak akan pandang.”

“Orang kaya rupanya,” kata Kak Ina seraya menganggukkan kepalanya. Anggukan kerana baru mengetahui yang Luqman Hakimi itu adalah orang berada. “Ermm… yang akak tengok hari tu?” Kak Ina menyoal untuk memastikan samada Luqman Hakimi adalah lelaki yang bersembang dengan aku tempoh hari. Dia tidak silap kerana lelaki itu memang memiliki BMW.

Kehilangan Qistina memeningkan Luqman bila Danish sentiasa meragam 
“Danish, makanlah. Kalau Danish tak mahu makan nanti saya susah,” pujuk Sari pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Villa milik Datin Rohani.

“Tak mau!” Danish membentak. Nasi putih bersama lauk ayam kegemarannya langsung tidak dipandang.

“Jangan macam tu Danish sayang. Nanti bapak marah sama bibik.”

Danish mencerlung matanya kepada pekerja Indonesia itu. Dengan perasaan geram dia menolak pinggan nasi itu sehingga nasi jatuh bertaburan di atas lantai.

“Astagfirullah, astagfirullahalazim…” Sari mengurut-ngurut dadanya akan tingkah tuan kecil itu. Dia membongkokkan badan untuk mengutip pinggan dan nasi yang sudah bertaburan.

Danish merengus kasar dan berlari ke ruang tamu.



Usaha Luqman mencari Qistina tidak sia-sia , demi sicilik dia sanggup lakukan apa saja.

Luqman Hakimi menghampiri anaknya yang begitu leka mengira bintang kasih sayang. Bintang kasih sayang yang dibuat Qistina menjadi peneman setia Danish kini. “Danish, nak jumpa cikgu Qistina tak?”


“Nak! Nak!” Danish melonjak kegirangan. Gembira benar dia mendengarkan nama Qistina Airisa.

“Nanti kita pergi Pahang jumpa dia,” kata Luqman sambil mendakap Danish.

“Yeay!” Sorak Danish. Balang bintang kesayangannya dicium. Mungkin baginya balang itu umpama cikgu Qistina.

“Suka ye nak jumpa dia?”

Danish mengangguk beberapa kali. Bintang-bintang kesayangannya dikutip lalu dimasukkan semuanya ke dalam balang. Penat agaknya asyik mengira bintang-bintang itu.

“Danish suka……papa lagi suka sayang,” kata-kata itu hanya bergema di dalam hati Luqman sahaja.

“Kalau Danish suka nak jumpa dia, Danish jangan buat perangai lagi. Kena makan dan jangan selalu menangis,” pesan Luqman pada anak kesayangannya.

“Baik papa,” balas Danish sambil mencium pipi Luqman.

Luqman tersenyum lebar. Anaknya memang pandai mencuit hatinya. Meskipun kadang-kadang ragam Danish membuatkan dia hilang sabar namun kasih sayangnya tidak pernah pudar buat Danish. Apalah yang kanak-kanak sekecil Danish tahu. Dia tidak mengerti apa-apa. Bahkan lagi Danish tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

Sebab itu dia memberikan Danish dengan kasih sayang yang melimpah-ruah. Dia enggan Danish kehausan kasih sayang. Dia mahu Danish merasa sepenuhnya kasih sayang, biarpun hanya kasih sayang dari dia dan Datin Rohani. Dia mahu Danish berasa lengkap. Permintaan Danish tidak pernah dia tidak tunaikan. Pintalah apa saja kerana dia memang mampu dari segi wang.

Kini Danish meminta Qistina Airisa menjadi mamanya. Danish umpama baru merasa kasih seorang ibu dengan kehadiran Qistina. Hairan kan gadis semuda Qistina mampu menambat hati Danish. Gadis yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang anak-anak.

Istimewanya seorang Qistina Airisa pada Danish. Dia bersyukur walaupun seketika sahaja Qistina mencurahkan kasih sayang buat Danish. Kerana itu kasih sayang yang tidak dibuat-buat. Kasih sayang yang ikhlas dari dalam diri gadis itu. Luqman Hakimi amat yakin tentang itu.