Monday, 16 February 2015

NOVEL SUAMI SEBELAH RUMAH

Ku tiada alasan , hanya rasai cintaku dalam hatimu...


Novel Suami sebelah rumah akan menjadi satu lagi drama adaptasi. Memiliki novel ini sudah lama dan sudah lama juga membacanya  hanya tak direviewkan dalam blogs ini . Saya beranggapan ini sebuah novel santai dan komidi. Novel yang setebal 506 muka surat ini memang best. Kalau tak best , takkan novel ini dipilih untuk diadaptasi. 


Jom ikuti review dari saya harap terhibur. Mengisahkan Eryna yang bakal menyambut hari bahagia tiba-tiba menjadi huru hara. Pengantin lelaki tidak muncul. Azlan nama bakal suami Eryna yang didambakan  hanya menghantar SMS disaat akhir membatalkan pernikahannya. Azlan memberi alasan membatalkan pernikahan disaat akhir kerana maknya tidak merestui perhubungan mereka. Jika Azlan terus juga berkahwin dengan Eryna , maka harta satu sen pun tidak akan diberi kepada Azlan. 


Yang paling gembira dengan berita ini sudah tentunya Mak Eryna, Mak Non . Sebenarnya Amar dari awal lagi dah jadi calon menantu Mak Non dan Pak Wan. Tambah lagi ibu dan ayah Amar berkawan baik dengan mak abah Eryna. Tapi Eryna memang tak pernah pandang Amar . Walaupun Amar seorang doktor tapi Eryna tak pernah nak heran. Amar pernah meminang Eryna tetapi ditolak . Kali ini , bagai tiada pilihan Eryna telah melamar Amar untuk berkahwin dengannya bagi menutup malu keluarga. 



Bermula kehidupan selepas berkahwin. Eryna meletakkan beberapa syarat perjanjian . Atas permintaan Eryna perkahwinan mereka perlulah dirahsiakan daripada orang lain. Eryna tidak mahu dituduh perempuan yang kemaruk nak berkahwin.  Mereka tidak akan tinggal sebumbung sehinggalah Eryna menyintai Amar. Hidup berasingan ini akan dijadikan tempoh bagi mereka untuk berkenalan, berkawan, berdating dan bercinta. Eryna mahu Amar tackle dan buat dia fall in love. Maka termeterailah perjanjian antara mereka. Amar mengambil keputusan untuk mencari rumah bersebelah dengan rumah sewa Eryna. Bagi memudahkan Amar memikat dan memantau Eryna . Maka bermulah hidup mereka sebagai suami isteri sebelah rumah . 



Oleh kerana mereka berjiran rakan serumah Eryna , Anis terpikat pada Amar kerana Amar selalu prihatin terhadap jirannya. Anis yang tersalah anggap yang kononnya Amar suka padanya. 


Di tempat kerja , Amar sering di gangguan oleh Doktor Wani yang gedik. Dokor Wani yang menaruh hati pada Amar tidak pernah mendapat perhatian dari Amar. Ini bukanlah satu halangan pada Dr. Wani untuk terus memikat Amar. 


Semuanya menjadi kalang kabut bila kedua orang tua mereka datang secara mengejut. Segala rahsia terbongkar. Banyak soalan yang perlu dijawab oleh Eryna dan Amar . Namun hati tua dapat merasakan ada yang tak kena pada mereka . Eryna membuat keputusan untuk terus bersama Amar walaupun beberapa kali Azlan datang untuk mengharap simpati. Eryna mengaku ketulusan cinta Amar membuat dia sedar. 

Cukuplah kalau dia hanya sukakan aku
Cukuplah kalau dia tidak membenciku
Kerana aku percaya ....
Cinta akan hadir apabila ada rasa suka dalam hatinya untukku nanti
Cinta akan hadir apabila hilang rasa bencinya kepadaku
Cinta akan hadir disaat hati merelakan..


Sinopsis dari kulit novel

Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.



“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”



Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...



“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.

“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.


Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!



Antara barisan pelakon dalam drama ini. 

Episod 1
Eryna dan Amar berjiran sejak mereka kecil lagi tambahan pula ibubapa mereka berkawan baik. Sejak Amar berpindah Eryna selalu terasa sakit hati bila ibunya Mak Non melebihkan Amar dari dirinya. Sikap Mak Non terbawa-bawa hingga mereka membesar , ke universiti dan sehingga kini. Amar memang suka pada Eryna tetapi sebaliknya pada Eryna. Eryna tidak suka pada Amar malah Eryna suka memilih Azlan sebagai teman lelakinya. Walaupun Amar tahu Eryna sengaja menunjuk-nunjuk teman lelakinya tetapi Amar tak pernah putus asa. Selepas habis belajar Amar ditawarkan kerja sebagai doktor . Amar juga mengambil keputusan untuk melamar Eryna untuk dijadikan isteri.

Episod 2
Eryna marah pada Amar bila keluarga Amar datang merisik. Pada Eryna , Amar lelaki yang tak layak menjadi suaminya.Eryna menganggap Azlan lebih layak menjadi suami. Ibu Amar memujuk Amar jangan terlalu kecewa pinangannya di tolak oleh Eryna.  Hubungan Eryna dan Azlan semakin rapat. Azlan mengambil keputusan untuk bertunang dengan Eryna. Mak Non terkejut bila Eryna buat keputusan sendiri tentang pertunangannya.

Episod 3
Eryna kecewa dengan sikap Mak Non yang suka marah - marah. Keputusan untuk berkahwin dengan Azlan dilakukan sendiri. Ibu Amar memberitahu anaknya tentang perkahwinan Eryna . Amar sedih tetapi sebelum Azlan berjabat tangan dengan tok kadi harapannya untuk memiliki Eryna tetapi ada. Amar memberitahu dia tidak akan hadir ke majlis perkahwinan Eryna tetapi ibunya memaksa agar Amar turut serta demi menjaga hati Mak Non.

Episod 4
Ibu Amar tahu hati anaknya sedang bersedih. Pak wan ( ayah Aryna ) datang ke rumah Amar . Dia menyuruh Amar memujuk Mak Non yang merajuk . Dengan Berat hati Amar datang memujuk dan menasihatkan Mak Non agar menerima Azlan sebangai menantu. Mak non sedih kerana Amar tidak menjadi menantunya. Dalam bersiap untuk majlis nikah , Aryna pengsan bila Azlan menghantar SMS mengatakan dia tidak hadir untuk majlis nikah mereka. Eryna ringan mulut melamar Amar untuk menggantikan tepat Azlan. Amar tidak teragak-agak menerima lamaran dari Eryna. Keputusan Amar membuatkan Mak Non gembira kerana impian tercapai Amar sebagai menantunya.

Episod 5
Amar dan Eryna selamat di ijab kabulkan. Kerana Amar tidak mengambil cuti yang panjang . Amar terpaksa meninggalkan Eryna di rumah Mak Non. Ditempat kerja Amar terpaksa berdepan dengan Datuk Wani. Amar memberitahu Doktor Wani yang dia sudah berkahwin tetapi Doktor Wani tidak percaya. Sejak berkahwin dengan Eryna , Amar mengubah ketampilan dirinya. Ramai pekerja hospital terkejut bila Doktor Amar lebih kacak. Perubahan itu mengejutkan Doktor Ziyad rakan setugasnya .

Episod 6
Setelah Eryna cuti 2 minggu. Amar terpaksa pulang dan menjemput Eryna balik ke Kuala Lumpur. Amar terpaksa meninggalkan Motornya dan pulang bersama Eryna. Eryna terkejut bila Amar menyewa rumah disebelah rumah sewanya. Anis (rakan serumah Eryna) gembira dapat jiran baru. Oleh kerana Amar tidak membawa motor , Eryna terpaksa menumpangkan Amar ke tempat kerja. Anis banyak menceritakan hal jiran baru kepada Eryna memandangkan Eryna baru balik dari kampung kerana cuti kahwin. Anis tidak tahu yang Amar adalah suami Eryna.

Episod 7
Azlan datang kerumah dan memaksa Eryna kembali padanya. Eryna bertegas dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Azlan lagi . Ini membuatkan Azlan marah kerana Eryna tidak memperdulikan Azlan lagi. Azlan memberitahu Eryna semua ini adalah rancangan mamanya. Dia tidak mempunyai pilihan. Amar memberi bekal makan malam untuk Eryna . Amar berlajar untuk memikat hati Eryna dengan masak masakan kegemarannya. Amar meminta resepi dari Mak non. Anis gembira bila Amar selalu mengambil berat.

Episod 8
Eryna dan Azlan berlagak seperti pengantin baru di pejabat kerana tak mahu airmukanya jatuh disebabkan tidak jadi kahwin dengan Azlan. Azlan kerap menggangu Eryna yang inginkan menjelaskan perbuatannya pada Eryna. Eryna marah dengan sikap Azlan yang pentingkan diri sendiri. Kerana terlalu marah Eryna menyimbah air teh pada Azlan di kedai mamak. Azlan tidak menyangka Eryna berubah dan marah padanya. Ini semua kerana emak Azlan yang menghalang pernikahannya dengan Eryna. Amar mengajak Eryna pergi makan malam dan terus menawan hari Eryna.

Episod 9
Selepas balik dari makan malam dengan Amar. Azlan datang kerumah Eryna dan bertanyakan tentang Amar. Azlan terkejut bila Amar tinggal bersebelahan rumah Eryna. Amar marah bila Dr. Wanie suka mengganggu dirinya walaupun sudah diberi penjelasan Amar sudah berkahwin . Selain itu Anis juga mencari-cari Amar bila Amar tidak pulang kerumah. Eryna teringat perbualan semasa makan malam yang lalu. Tindakan menyimbah air teh pada Azlan adalah salah. Ini semua berpunca Eryna tidak dapat mengawal diri dari marah kerana terlalu marah Eryna hanya terfikir untuk memalukan Azlan sahaja . Yang lebih menambah kemarahan Eryna Azlan memberi alasan tidak datang ke majlis nikah adalah harta. Amar susah mengelak dari Anis kerana Anis sering mencuri perhatian Amar.

Episod 10



2 comments:

  1. Akak tolonglah sambung lagi cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah Febby Fahrabi... Insyaaalah akakn akan terus menyambungkan episodnya... dan terima kasih sudi singgah ...

      Delete