Tuesday 26 May 2015

NOVEL TERBAIK BAGIMU

Kau selalu ada disetiap sedih dan senangku
laksana bintang menerangi kelam hidupku

BesQ @ Besqpublication sebuah nama baru didunia penerbitan novel. Saya memiliki novel dari penerbitan ini baru ada dua. Tetapi saya nak cerita tentang novel yang saya miliki ini. Terbaik bagimu sebuah novel karya Dayana Darwisy. Ini adalah novel ke 4 beliau. Novel kali ini berkisahkan kasih sayang yang kuat dan diselitkan dengan rencah-rencah kehidupan. Masa saya baca novel ni ada sentuhan hati pada saya. Sesiapa yang membacanya pasti tahu. Novel yang mempunyai 561 muka surat ni membawa kita pada satu kisah pengorbanan.  

Jom ikuti sedikit kehidupan Wardina @ Dina dan Darwin. Wardina yang tinggal bersama abangnya Zulhakimi. Zulhakimi satu-satunya abang dan saudara yang Dina ada di dunia ini selepas kematian Ibu dan Ayahnya . Kehilangan Ibu dan Ayah dalam masa yang sama membuatkan Dina Trauma dalam masa yang lama. Zulhakimilah yang menjaga Dini seperti manatang minyak yang penuh.

Bermulalah kisah , kehadiran Darwin dan sahabatnya Kamal kerumah Dina . Darwin datang kerumah untuk berjumpa Zulhakimi. Zulhakimi pernah menyelamatkan Darmin dari jatuh gaung. Darwin datang ingin memberi sedikit sumbangan ikhlas kerana menyelamatkannyanya dulu tetapi ditolak dengan cara baik. Walaupun sumbangan itu ditolak Zulhakimi tidak menolak untuk datang kerumah Dato sri Suffian & Datin Sri Atifah dan mengganggap keluarga itu sebagai keluarganya sendiri. Dina dan abangnya ke Kuala Lumpur memenuhi undangan kularga Darwin. Sebelum Zulhakimi pergi kursus di Johor. Dina yang baru lepas mengambil peperiksaan STPM turut serta kerana tidak mahu Dina rasa sunnyi. Lagi pun Dian tidak pernah berpisah dengan abangnya sejak kematian ibu dan ayahnya. 

Darwin tidak pernah menyimpan rasa mana - mana perempuan . Hinggalah dia bertemu dengan Wardina. Tiada perempuan yang mampu memberi degupan jantung berdegup kencang. Tetapi bila melihat Wardina semua kerja tak mampu dilakukan dengan sempurna. Tambahan pula kehadiran Dina kerumahnya . Darwin mengambil kesempatan untuk mambawa Dina jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur di mana Zulhakimi meninggalkan Dina dibawah jagaan Datin Sri Atifah selama Zulhakimi pergi berkursus.

Selepas balik dari Kuala Lumpur , Zulhakimi dapat melihat perubahan pada adiknya. Suatu hari Dina mendapat panggilan talifon dari seseorang mengatakan Zulhakimi kemalangan. Dina yang terkejut hingga tidak dapat mengawal dirinya lalu pengsan. Sejak abangnga kemalangan Dian mengabaikan makan minumnya. Doktor mengesahkan Abang zulhakimi meniggal dunia kerana kesederaan parah dibahagian kepala. Dina umpama mayat hidup. Dina tidak dapat menerima hakikat yang Zulhakimi tiada lagi.  Walaupun ada jiran yang selalu mengunjungi rumah Dina tetapi Dina tidak mahu makan dan minum. Baginya biarlah dia juga turut pergi bersama Abangnya. 

Hati Darmin dapat merasakan sesuatu yang tak kena. Lebih meragukan bila Darwin tidak dapat menghubugi Dina. Darwin mengambil keputusan untuk pergi kerumah Darwin dan Zulhakimi. Darwin terjekut mila melihat keadaan Dina . Dina dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan. Menurut Doktor Dina kurang makan dan minum. Keadaan Dina beransur pulih. Darwin terkujut bila mendapat tahu Zulhakimi telah pergi buat selamanya. Darwin mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Dina . 

Dina dibawa ke Kuala Lumpur atas jagaan Darwin. Walaupun keadaan Dina masih tidak boleh menerima kematian abang Zulhakimi. Dengan kepandaian Darwin dapat memulihkan semangat Dina. Pernikahan Dina dan Darwin tidak diketahui oleh Datin Sri Atifah. Mereka terpaksa bersembunyi untuk berjumpa. Dalam keadaan Dina yang tidak sihat membuatkan mamanya tidak mengesyaki apa-apa . 

Suatu pagi Datin Sri Atifah terkejut bila Dina minta untuk pindah rumah. Ini semua idea Darwin bagi mengelak dari terkantoi oleh mamanya. Tetapi Datin Sri tidak membenarkan Dina keluar dari rumah tambahan pula Dina memberi alasan ingin berkerja sebagai MAID. Datin Sri Aifah memberi cadangan agar Dina dan Darwin bernikah bagi mengelakkan Dina keluar dari rumah . Ini peluang pada Darwin untuk berterus terang pada mamanya tertang pernikahan mereka. Datin Sri Atifah bersyukur kerana apa yang diharapkan menjadi kenyataan dengan mudah.

Kebahagiaan yang dikecapi oleh Darwin dan Dina sampai ke puncak tetapi kehadiran Tisya sepupu Darwin mengubah suasana. Walaupun hubungan Darwin dan Tisya tidak begitu baik . Dina menyuruh Darwin beranggapan baik pada sepupunya itu. Tak sampau sebilan puluh jam Tisya berada dirumah hari Dina sudah gelisah kerana Tisya tidak pernah berubah dan kini mula melangkah untuk merebut Darwin dari Dina. Pelbagai SMS dan gambar dari Tisya untuk menyakiti hati Dina . Lebih menyedihkan bila Darwin menunjukkan baran dan mengasari Dina.

Dina terlalu sedih , Dina menghubungi Ayu dan pulang ke kampung sebelum mendaftar diri ke universiti yang sama. Darwin keluar dengan Tisya , Ini memudahkan Dina keluar dari rumah . Darwin meninggalkan Tisya di shopping komplex dan Darwin tersedar kesilapan mengadari isterinya tetapi Dina sudah tiada dirumah. Puas dia menghubungi isterinya tetapi tiada jawapan. Darwin ternampak segala pemberian Darwin pada isterinya ditinggalkan diatas meja. Darwin ternampak SMS dan gambar yang dihantar oleh Tisya pada isterinya. Darwin baru sedar akan kesilapannya hingga melukakan hati isterinya. Darwin mengamuk dan menyuruh Tisya keluar dari rumah. 

Darwin terkejut bila bila Datin Sri Atifah balik dari luar negara , hati Darwin diselubungi rasa resah. Kepulangan Datin Sri Atifah tidak berseorangan , Datin Sri Atifah ditemani dengan kak longnya ( mummy Tisya ) . Mummy Tisya datang menuntut janji adiknya dulu ingin menyatukan Darwin dengan Tisya. Tetapi kini Darwin sudah berkahwin dengan Dina. 

Datin Sri Atifah tersepit , Dia tidak mahu kehilangan satu - satu kakaknya jika janji yang dituntut tidak ditunaikan. Darwin buntu mencari Dina . Darwin pulang ke kampung tetapi Dina sudah balik ke Kuala Lumpur. Darwin tidak menyangka dia berjumpa Dina dikedai buku. Darwin membawa Dina kerumah . Sebelum tu Darwin minta maaf pada Dina kerana mengasari isterinya . Bersyukur kerana jodoh mereka masih kuat dan sampai dirumah Dina dipanggil oleh mommynya dan mak long. Dina di sogok dengan tuntutan janji Mak long dan ingin menjodohkan Darwin dan Tisya. 

Sekali lagi Dina rasa sedih , Darwin tegas dengan jawapannya . Dia tidak akan melukakan hati isterinya lagi dan tidak akan menerima Tisya. Kesungguhan Darwin mempertahankan perkahwinannya membuatkan Dina rasa bangga. Akhirnya Tisya dikahwinkan lelaki yang mengugutnya dengan video asmara mereka. Fuad anak rakan niaga Darwin. Mummy Tisya terpaksa akur dengan takdir anaknya yang bersosial dan berubah bahagia dengan pasangannya. 


Sinopsis dari kulit novel

Rindu Darwin terhadap Wardina makin hari makin membara. Setiap hari dia terbayang dan terkenang wajah adik kenalannya itu. Gadis manis dan ayu yang bernama Wardina itu sering membuatkan tidur malamnya tak lena. Ada sesuatu yang menarik pada gadis itu.

“Bukan tunggu STPA ke kalau tak berjaya masuk U?” - Darwin
“Ada ke STPA? Tak pernah dengar pun. Apa tu?” - Wardina
“Sijil tunggu pinangan abang.” - Darwin

Kebahagiaan Wardina yang diragut sekelip mata membawa takdir kepada Darwin untuk menjadi satu-satunya lelaki yang terbaik bagi gadis itu. Ijab dilafaz bersama rasa syukur di hati, kerana gadis yang dia cinta sudah pun bergelar suri hidupnya.

Saat cinta mereka berada di puncak, bahtera perkahwinan mereka teruji. Kedatangan Tisya walaupun tidak sampai sembilan puluh jam, sudah menggegarkan suasana. Sudah berjaya membuatkan Wardina gelisah memikirkan hari-hari mendatang. Hubungan Wardina dan Darwin tambah meruncing apabila mummy Tisya datang menuntut satu janji dengan mama Darwin.

Janji yang dimeterai antara dua wanita tersebut membuatkan Wardina tersepit ditengah-tengah. Antara cintanya terhadap Darwin, dan antara kasih sayang seorang ibu, dia tidak tahu yang mana satu harus didahulukan. Andai hatinya memilih Darwin, pasti Datin Seri Atifah akan tertekan dengan desakan dan asakan
kakaknya. Andai dia memilih mengikut tuntutan satu janji itu, bagaimana dengan hatinya yang terlalu mencintai Darwin?

Terbaik Bagimu... Di manakah titik kesudahan cinta Wardina? Dan bilakah rindu Darwin bakal berakhir?



No comments:

Post a Comment