Monday 15 June 2015

DRAMA ADAPTASI BULAN JUN

Kita memang dah biasa dengar drama adaptasi dari novel. Bulan Jun ini banyak drama dari adaptasi novel . Dari saluran TV berbayar hinggalah saluran TV percuma berlumba-lumba menyiarkan drama yang akan menjadi bualan hangat peminat drama macam saya dan peminat tegar novel. Biasana mereka suka membanding-bandingkan diantara novel dan drama. Kekadang mereka mengharapkan lebih dari drama. Sebenarnya adaptasi drma ni hanya diambil 75 - 80 peratus dari cerita asal. 

1. Drama Dia ... isteri luar biasa menjadi ikutan di slot Akasia TV3. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Dia ... Isteri luar biasa.




2. Drama Eksperimen Cinta akan disiarkan menerusi saluran TV3 setiap sabtu dan ahad bermula Jam 7.00 petang . Bermula 13 Jun 2015. 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama Eksperimen Cinta





3. Drama M.A.I.D akan ditayangkan saluran ASTRO menggantikan drama sebelum ini Isteri separuh masa . Yang menariknya drama ini kerana M.A.I.D dan Isteri separuh masa adalah penulis yang sama.
Inginkan maklumat lanjut klik Disini Sinopsis Drama M.A.I.D




4. Drama Cik Bunga dan Encik Sombong ditayangkan di saluran Astro dalam slot baru. Drama ini bermula 15 Jun 2015 ( 9.00 malam ) . 
Inginkan maklumat lanjut klik Disini sinopsis Drama Cik Bunga dan Encik Sombong




5. Drama Fajar Di Bukhara akan ditayangkan disaluran TVi pada 15 un 2015 ini. Ada sedikit kelainan drama ini. Drama ini ditayangkan khas sempena bulan Ramadhan ini. Boleh menyaksikan drama ini dari Jam 9.00 - 10.00 malam. ( bersiaran selama 1 jam ) setiap hari isnin hingga jumaat.
 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Fajar Di Bukhara




5. Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan ditayangkan semula setiap hari Isnin hingga Khamis 5.30 petang. pada yang tertinggal dari menonton drama ini boleh menontonnya kembali. Pada saya ini adalah drama yang terbaik adaptasi novel. 

 Ingin maklumat lanjut klik  Disini Sinopsis Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Hari ini akan ada 5 buah drama .... buat pilihan mana satu nak tengok . Dari saluran berbayar hinggalah saluran percuma. Macam teruja pulak tak tahu mana satu nak tengok. Semuanya Best. Jom sama-sama kita saksikan . 



Saturday 13 June 2015

NOVEL FAJAR DI BUKHARA

Kepingan-kepingan hati yang tercalar , 
Hati terseksa dipasung rindu

Fajar di Bukhara sebuah drama yang akan muncul di kaca TV1 sempena bulan Ramadhan ini.  Novel  ini adalah adaptasi daripada sebuah drama bersiri. Novel yang memiliki 765 muka surat ini banyak menceritakan kehidupan seorang anak muda bernama Fahim . Saya dapat sinopsis drama dari sebuah satu blogs Blogs EDtv yang sentiasa mengikuti perkembangn semasa drama TV  . Sedikit review yang telah disediakan.


Fahim (24 tahun) dibesarkan di sebuah perkampungan. Baru sahaja lulus peringkat sarjana muda dengan cemerlang, Fahim ditawarkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya ke Uzbekistan oleh sebuah syarikat minyak antarabangsa untuk membuat kajian peringkat sarjana di sana. Fahim bersetuju menerima tawaran tersebut kerana dia merasakan peluang tersebut sangat besar untuk dilepaskan. Sahabat Fahim, Citra (24 tahun) turut merasa gembira akan tawaran tersebut. 

Namun demikian, Ibu Fahim, Mak Siti meletakan syarat jika mahu ke Uzbekistan, Fahim harus bertunang dahulu dengan Citra. Keluarga Citra menerima Fahim dengan hati terbuka. Malah bapa Citra bersetuju untuk membantu perbelanjaan Fahim sepanjang belajar di Uzbekistan. Mereka bersepakat mengikat tali pertunangan sebelum Fahim berangkat untuk belajar di Uzbekistan dan mereka merancang untuk melansungkan perkahwinan setelah Fahim selesai mendapat sarjana. Maka Fahim terbang ke Uzbekistan dengan janji Citra yang akan setia menanti kepulangannya. Ketika kali pertama Fahim jejakan kaki di bumi Uzbekistan, secara tidak sengaja dia bertembung dengan Humairah (44 tahun) yang pada masa itu ada urusan kerja luar. Namun pertemuan itu hanya sekadar pelanggaran kecil antara mereka sahaja.

Fahim mudah menyesuaikan diri di Uzbekistan. Sudah biasa hidup serba kekurangan sejak kecil, Fahim mudah berdikari dan hidup sendiri di perantauan. Fahim telah bertemu sekali lagi dengan Humairah di sebuah café. Fahim mula teringat akan wanita yang dia terlanggar ketika di lapangan terbang. Fahim memberanikan diri menegur Humairah.


Oleh kerana banyak masa terluang, Fahim mencari kerja sambilan. Tatkala beliau berada di Uzbekistan, Fahim amat kagum dengan khazanah ilmuan Islam, senibina Islam dan seumpamanya yang terdapat di situ. Barulah dia sedar bahawa Uzbekistan yang dahulunya dikenali sebagai Persia banyak melahirkan ilmuan Islam tersohor antaranya Imam Al Bukhary, Al Khwarizmi (ilmuan matematik), Ibnu Sina dan ramai lagi.

Kebetulan di universitinya, dia berkenalan dengan Husna (22 tahun). Husna seorang rakyat Malaysia yang sudah lama menetap di Uzbekistan sejak kecil. Dia di ambil sebagai anak angkat oleh Hakim dan dibawa ke Uzbekistan. Bapanya menjalankan perusahaan tekstil di sana. Setelah Hakim meninggal dunia, Husna tinggal bersama kakak angkatnya Humairah yang mengambil alih perniagaan bapa mereka. Tetapi hubungan mereka bedua rengang semenjak Hakim meninggal dunia.

Apabila Husna memperkenalkan Fahim kepada Humairah, alangkah terkejut mereka berdua.Fahim meminta bantuannya untuk bekerja sambilan di kilangnya. Humairah mula jatuh cinta pada Fahim. Namun, menyedari Fahim 20 tahun lebih muda darinya, perasaan cintanya dipendam. Dia tidak teragak-agak membantu Fahim dan serta merta Fahim menjadi pekerja kesayangannya walaupun Fahim sekadar bekerja sambilan di situ. Tanpa pengetahuan Fahim, dia dibayar gaji lebih dari yang sepatutnya. Humairah sering membawa Fahim bersiar di beberapa bandar besar di Uzbekistan. Malah Humairah sering menggunakan potongan-potongan hadith yang diriwayatkan oleh Al Bukhary sekadar berkongsi pengetahuan dengan Fahim dalam hal berkaitan ibadah dalam Islam.

Oleh kerana merasakan sudah mampu menanggung dirinya sendiri, Fahim meminta Citra memberitahu bapanya untuk berhenti menghantar duit kepadanya. Duit tersebut padanya lebih baik diberikan kepada ibu bapanya dikampung yang masih perlu bekerja untuk menyara dua orang adiknya yang masih belajar. Citra turut memberikan wang kepada keluarga Fahim setiap bulan dan ibu bapa Fahim berasa sangat terhutang budi.

2 tahun berlalu 

Fahim berada di tahun akhir. Suatu hari rakan baik Humairah, Jasmin telah terbaca jurnal catatan Humairah. Dalam jurnal itu Humairah meluahkan perasaanya terhadap Fahim. Dengan niat ingin membantu, Jasmin ceritakan segala isi kandungan jurnal itu pada Husna. Niat ingin membantu merapatkan lagi hubungan Fahim dan Humairah jadi sebaliknya. Husna mereka-reka cerita pada Fahim. Husna juga katakan pada Humairah jangan perasan untuk memiliki lelaki muda. 

Fahim cuba menjarakan dirinya dari Humairah apabila mengetahui niat Humairah. Dia berterus-terang pada Humairah mana mungkin mereka bersama dan dia sendiri sudah mempunya tunang. Fahim mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan alasan ingin menumpukan pengajian di tahun akhir. 

Satu hari ketika baru pulang dari perpustakaan, Fahim terkejut kerana seorang wanita warga asing meminta tolong berlindung di rumahnya. Rupa-rupanya wanita tersebut, Nargiza, lari daripada sindiket pemerdagangan manusia. Simpati dengan nasib Nargiza, Fahim membantunya dengan ikhlas. Satu hari Fahim diduga sekali lagi apabila dia ditangkap dan difitnah menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan Nargiza. Bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan pengajiannya di universiti, Fahim dalam keterpaksaan menawarkan dirinya untuk memperisterikan Nargiza. 

Humairah yang tidak tahu menahu akan perkara tersebut patah hati lalu menjauhkan diri daripada Fahim kerana dia percaya yang Fahim telah mengahwini gadis impiannya. Tamat belajar, Fahim pulang ke Malaysia bersama Nargiza. Alangkah terperanjat keluarganya apabila mengetahui yang Fahim sudah berkahwin. Ibu bapanya berasa sangat malu kepada Citra dan keluarganya dan menganggap Fahim tidak mengenang budi. Fahim berusaha menerangkan segalanya namun masih ada keraguan dalam fikiran ibu bapanya. Namun Citra yang memahami Fahim percaya dengan segala yang telah Fahim jelaskan. Tambahan pula Nargiza sendiri mengaku tentang perkara tersebut. Dia turut rasa bersalah kerana sedikit sebanyak dia menjadi penyebab goyah hubungan Fahim dan keluarga.

Tidak lama kemudian, perkahwinan antara Fahim dan Citra tetap dilangsungkan. Fahim sudah mula bekerja dan kini mampu menyara keluarganya. Keperibadian Fahim yang baik hati, jujur dan ikhlas membuatkan segalanya menjadi mudah untuknya. Nargiza diberi peluang untuk berkerja. Ketika itu, Nargiza berkenalan dengan seorang jejaka bernama Rustam. Nargiza selesa berbual dengan Rustam. Lama-kelamaan terbit perasaan cinta antara mereka. Apabila Nargiza menceritakan tentang Rustam kepada Fahim, Fahim menawarkan untuk melepaskan Nargiza agar Nargiza boleh bersama Rustam. Lagipun ikatan perkahwinan antara Fahim dan Nargiza bukannya dibina atas lafaz cinta. Maka mereka akhirnya bercerai dan Nargiza berkahwin dengan Rustam. 

Kini hidup Fahim bahagia bersama Citra. Dia adalah cinta pertamanya, kemudian menjadi isteri muda dan akhirnya kini menjadi satu-satunya isteri Fahim dan wanita yang paling dia cintai. Mereka melayari kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri. Atas kurniaan rezeki Ilahi, Citra disahkan hamil. Disangkakan dugaan cinta mereka sudah berakhir, namun takdir hidup yang telah ditulis sejak azali adalah ketentuan yang Maha Esa.


Satu hari Fahim menerima emial daripada Husna. Dalam emial ada catatan jurnal Humairah yang merungkai isi hatinya terhadap Fahim. Husna juga memberitahu yang Humairah mengidap kanser payudara dan kini sudah berada pada peringkat terakhir. Husna mengharapkan Fahim dapat datang ke Uzbekistan untuk memujuk Humairah melakukan rawatan. 

Simpati dan rasa terhutang budi pada Humairah, Fahim mengambil keputusan drastik meninggalkan Citra dan Malaysia dengan tergesa-gesa. Citra menjadi bingung dengan tindakan Fahim yang tidak menceritakan apa-apa kepadanya. Menurutnya dia ingin pulang ke Uzbekistan kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan.

Setibanya Fahim di Uzbekistan, dia terperanjat melihat keadaan Humairah yang kelihatan sangat tenat. Citra yang masih keliru dengan tindakan Fahim cuba mencari jawapan. Dia terjumpa alamat pejabat Humairah di dalam diari lama milik Fahim. Dia bertekad untuk pergi ke Uzbekistan selepas melahirkan anak. Dia ingin melihat sendiri apakah kelebihan Humairah hingga Fahim sanggup meninggalkannya yang sedang hamil.

Tiba di Uzbekistan, Citra pergi ke alamat seperti di dalam diari. Setibanya dihadapan rumah, melalui jendela Citra terlihat Fahim sedang menjaga Humairah yang kelihatan sangat penat. Airmatanya mengalir kerana menyesali rasa hatinya yang meragui kesetiaan Fahim. Sepatutnya dia sedar dari awal yang Fahim mempunyai hati yang terlalu baik sehinggakan dia sanggup membantu siapa sahaja. 

Citra pulang semula ke Malaysia setelah mengetahui keadaan Fahim. Fahim pulang kemudian kerana ingin menunggu sehingga Humairah sihat sepenuhnya. 

Apabila Fahim sudah berada di Malaysia, dia melihat keadaan Fahim tidak bahagia. Setiap hari termenung dan tidak banyak cakap. Citra cuba menghubungi Humairah, namun demikian Humairah telah menukar nombor telefon. Husna dan Jasmin juga tidak dapat berikan nombor telefon baru Humairah atas permintaan Humairah. 

Citra membuat keputusan drastik dengan pergi semula ke Uzbekistan dengan niat untuk melamar Humairah buat Fahim. Adakah Humairah menerima lamaran itu?


Kami juga dapat cenderahati dari penulis dan penerbit.

Ini kenangan kami semasa di PWTC 



Sinopsis dari kulit novel
“Humairah, saya tak nak awak salah sangka. Maaf cakap, awak tak sepatutnya percaya kemesraan kita petanda saya sukakan awak. Awak pun tak patut sukakan saya. Saya mintak tolong jangan jatuh hati dengan saya.”

Malu. Humairah rasa malu bila tak semena-mena Fahim meminta dia sebegitu. Humairah sedar siapa dirinya, meskipun kaya dan berharta, dia tidak layak berdampingan dengan lelaki muda seperti Fahim. Seharusnya Humairah sedar akan hal itu sebelum memulakan perkenalan. Kalau tak disebabkan Husna dan Jasmine yang mendedahkan rahsia hatinya itu, pasti Fahim takkan menghina sekaligus pergi daripada hidupnya. Mungkin ini takdir Humairah buat selama-lamanya, iaitu hidup sendirian tanpa kasih sayang daripada lelaki bernama suami.

“Saya tak akan berganjak. Saya akan sentiasa berada di sini dan menghantui hidup awak.”

“Saya tidak mampu merampas hak orang.”

Fahim sedar yang dia tak boleh hidup tanpa wanita itu. Meskipun dia memilih untuk menetapi syarat yang ditetapkan oleh emaknya, namun hatinya masih berada di sana. Masih ada sesuatu yang tertinggal di Bukhara. Mengingatkan dia, bak mengingatkan detik-detik bersama ketika melihat fajar menyingsing, memetik gitar sambil menyanyi dan kafe kegemaran yang menjadi saksi pertemuan. Masih ada peluangkah untuk Fahim kembali ke sana, menyedari tentang perasaan sebenarnya?

“Citra sedih. Citra tunggu sangat saat abang cakap abang cintakan Citra. Tapi Citra tak dapat cinta abang. Padahal Citra dah lama sayangkan abang... cintakan abang.”

“Abang minta maaf dengan Citra. Kalaulah abang boleh cakap benda yang sama. Tapi abang tak mampu.”

Akhirnya Citra tahu kebenaran yang selama ini sangat takut untuk diketahuinya. Mampukah Citra melepaskan suami yang dicintainya setelah mengetahui hakikat itu? Walaupun Citra yakin ada insan lain yang bertakhta dalam hati lelaki itu, namun Citra nekad untuk mempertahankan cintanya. Biarlah apa pun keputusan lelaki itu, Citra yakin suatu hari nanti pasti hati akan terbuka setelah melihat keikhlasannya. Namun… mampukah Citra meredakan permintaan suaminya yang satu itu?

“Impian saya hanya satu aje. Saya ingin menjadi isteri dan ibu. Sabda Rasulullah, isteri mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya reda kepadanya nescaya dia akan masuk syurga. Bantulah saya. Lengkapi hidup saya sebagai wanita. Saya impikan menjadi ibu dan mentaati awak sebagai suami.”




Drama bermuala 15-Jun-2015 di TV1 Jam 9.00 malam