Saturday 29 August 2015

NOVEL AKU MAHU KAMU

Kembalilah.... Kerana kau adalah sebahagian dari diriku.


Novel Aku Mahu Kamu terbitan Alaf 21 dicetak pada tahun 2010 yang lalu. Saya pernah baca di laman sosial novel ini akan diadaptasi tidak lama lagi. Saya menyusuri cerita sedih yang Qisya Khalesa mencari cinta sejati. Novel yang mempuanyai 498 muka surat ini menceritakan kasih sayang dan kekeluargaan . 

Kisah bermula apabila Qisya Khalesa (Qisya) bertemu dengan Ziyad Falah (Ziyad) bila Ziyad datang ke tempat kerja Qisya bagi memohon lesen perniagaan. Uniknya hubungan mereka berkembang hanya disebabkan sebatang pen oren. Sebenarnya Ziyad suka mengusik Qisya dan mencetuskan perbalahan sebab dia nampak Qisya tu sedang menanggung kesedihan. Mana kan tidak, buah hati yang dipuja bertahun-tahun berkahwin dengan orang lain. Lepas 2 tahun sibuk-sibuk pula nak cari Qisya semula. Qisya meminta bantuan Ziyad untuk berlakon menjadi kekasihnya bagi menghindarkan diri dari Syakir . Masa nilah Ziyad jadi hero. Selepas insiden tu Ziyad melamar Qisya dengan bermodalkan pen oren dan sebulan lepas tu mereka bernikah.



Bahagia yang dikecapi bertambah-tambah lagi dengan kehadiran Faiq Fallah, cahaya mata mereka berdua. Keletah Faiq yang pelbagai menambahkan lagi keserian dalam keluarga mereka. Namun, selepas ulangtahun keduanya, Faiq mula menunjukkan sikap pelik. Rupa-rupanya itu petanda Faiq akan meninggalkan kedua ibu bapanya. Faiq ditemui terapung di kolam renang rumahnya. Ziyad yang sangat kecewa dengan pemergian Faiq, menyalahkan Qisya atas kecuaiannya. Akibat kedinginan sikap Ziyad itu, Qisya meminta izin untuk pulang ke kampung. Kononnya untuk mengubati hatinya dan juga memberi ruang persendirian untuk Ziyad. Memang nampak Ziyad sangat selfish waktu ni. Selama berapa lama Qisya menghilangkan diri tu memang dia tak peduli langsung tentang keberadaan isterinya tu sampailah Qisya selamat melahirkan anak kedua mereka, Firyal.

Atas rasa kecewa dan rasa bertanggungjawab untuk mengembalikan kegembiraan kepada Ziyad, Qisya nekad tinggalkan Firyal di depan pagar rumah Ziyad. Ziyad yang merindui isteri dan anaknya mengambil Firyal sebagai anak angkat disebabkan anak kecil itu ada iras rupa Qisya dan Faiq.

Selepas 4 tahun, Qisya kembali semula dan pertemuan secara tidak sengaja antara Ziyad-Qisya-Firyal di taska milik Qisya membuatkan Ziyad nekad untuk memburu Qisya semula. Ziyad terkejut bila mengetahui Firyal adalah anak kandungnya . Melalui cerita Justin ( sepupu Ziyad ) yang ternampak Qisya meletakkan baby di luar pagar dan menekan loceng rumah lalu bersembunyi di pokok besar. Menurut Justin Qisya menangis seperti tidak merelakan perpisahan itu. Justin juga sempan mengambil gambar Qisya sebelum dia menerima panggilan kecemasan. Bagi mendapatkan kepastian Ziyad kekampung mertuanya. Mak dan ayah mertuakan memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini dari Ziyad demi Qisya yang terlalu kecewa dengan suaminya. 

Ziyad cuba menawan hati Qisya untuk tinggal bersama menjadi satu keluarga yang sempurna. Saat hati menerima Ziyad , Fazlen datang mengharap kasih dari Ziyad . Pada Ziyad Qisya adalah isteri yang sempurna tiada perempuan lain yang mampu menggantikan tempat Qisya. Kerana salah faham Qisya terus menjauhkan diri dari Ziyad . Syakir datang mencari peluang untuk bersama dengan Qisya. Mampukah Ziyad memujuk Qisya ? Haruskah Qisya menerima Syakir? Ikuti cerita mereka dalam Novel Saya Mahu Kamu.


Sinopsis dari kulit novel
EMPAT tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi me rawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih meng harapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satu nya permata hati? Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. 



Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. 

Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

No comments:

Post a Comment