Saturday 26 September 2015

NOVEL 30 HARI SAHAJA

Mencintai itu , bukan memilh kesempurnaan. Tetapi, memilh untuk melengkapi ,
 bahagian pada diri yang tidak sempurna.


Mini novel terbitan October ini sekali lagi memberi penghormatan untuk penulis Syamnuriezmil untuk berkarya lagi. Kini yang bertajuk 30 hari sahaja. Senaskah yang comel ini saya beli melalui online di halaman sosial.  Kali ini novel romantik komedi tapi bukan komedi yang memaksa pembaca ketawa berdekah - dekah. Yang paling saya suka sudah semestinya ini bukan kisah kahwin paksa. Jom ikuti review saya untuk novel ini.


Kisah Maya Elina dan tiga jejaka Rizal Asyraf , Tuan Malique dan Soleh Usyair dibulan Ramadhan. Maya yang berazam di bulan Ramadhan ini akan cuba mengawal emosi dan tidak akan membiarkan Rizal Asyraf membuat dirinya berasap. Rizal Asyraf anak tok imam depan rumah yang duduk di Manchester akan pulang ke Malaysia setiap bulan Ramadhan. Itulah lah rutinnya sejak 3 tahun yang lalu . Rizal Asyraf menyimpan hati pada Maya tetapi setiap kali bertembung mereka seperti anjing dan kucing . Ada sahaja yang tak kena di hati Maya. Tetapi tidak pada Tisha rakan serumah Maya yang suka pada Rizal Asyraf. Rizal Asyraf hanya memandang pada Maya , Maya terkejut bila Rizal Asyraf melamar dirinya untuk dijadikan isteri. Rizal Asyraf juga menyatakan jika Maya menerima dirinya Rizal Asyraf tidak akan kembali ke manchester lagi. Pelbagai cara Tisha guna untuk meraih cinta Rizal tetapi tidak berjaya . Tisha tahu Rizal Asyraf tidak pernah membalas cintanya. Maya juga pernah berjanji dia tidak akan suka pada lelaki yang sama kerana 24 jam dia bersama Tisya. Demi Tisha , Maya tidak sanggup melihat sahabatnya kecewa.

Tuan Malique boss kepada Maya. Maya adalah pekerja yang disayangi oleh Tuan Malique. Demi Maya ,permohonan cuti selama seminggu diluluskan ini kerana ibunya memaksa Maya untuk pulang ke kampung. Tuan Malique juga senang untuk berkongsi masalah dengan Maya kerana kehadiran Maya amat disenangi. Suatu hari Maya dan Tuan Malique pergi ke pasar ramadhan lalu bertembung dengan Rizal Asyraf. Ini mengundang rasa cemburu pada Rizal Asyraf . Apabila mengetahui Tuan Malique adalah boss kepada Maya , Rizal Asyraf tidak segan silu mengaku dirinya adalah teman lelaki Maya manakala maya tidak mahu mengaku. 

Kepulangan Maya ke kampung memeningkan kepalanya. Soleh Usyair menagih cintanya kembali. Tanpa menunggu jawapan dari Maya Soleh Usyair menghantar pinangan dikampung. Tanpa disangka Maya , Tuan Malique turut menghantar rombongn meminang. Dua pinangan datang serentak , Tuan Malique dan Soleh Usyair . Ditambah pula Rizal Asyraf yang sering memngganggu fikirannya. 

Maya membuat keputusan diantara mereka bertiga , sesiapa yang memakai warna tema yang sama di hari raya itulah yang menjadi pilihan hatinya. Saat Maya buat keputusan mak menceritakan mengapa menyuruh Maya pulang kekampung.Rupa-rupanya Mak Rizal Asyraf memberitahu yang Rizal Asyraf melamarnya dan memberi tempuh 30 hari untk Maya membuat keputusan. Jika tidak Rizal asyraf akan menetap di Manchester untuk selamanya. 

Maya tidak membuat keputusan hingga di pagi raya. Sedikit kecewa bila mendapat tahu Rizal Asyraf sudah pulang ke Manchaster sebelum 30 hari. Terkejut bila melihat Rizal Asyraf memakai warna dondon di pagi raya. Maya rasa bersyukur kerana dia berjumpa dengan lelaki yang memilihnya untuk melengkapi , bahagian pada dirinya yang tidak sempurna.


Sinopsis dari kulit novel
Sebulan, bersamaan 30 hari. 30 hari bersamaan dengan Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, Maya Elina telah berjanji akan berusaha untuk mendidik nafsu. Dia mahu merubahkan Ramadannya yang sebelum ini, dengan pengisian Ramadan yang lebih baik pada tahun ini. Termasuklah mengawal dirinya daripada mencari gaduh dengan Rizal Asyraf.

“Fine...”
“Fine apa?”
“Untuk 30 hari ini saja, aku akan cuba kawal emosi. Aku tak akan biarkan Rizal Asyraf buat aku berasap. Aku akan buat dia sebagai dinding.”

Rizal Asyraf merupakan anak tok imam, anak jiran yang duduk berdepan dengan rumahnya. Setiap kali Ramadan, Rizal Asyraf akan balik dari Manchester dan berpuasa di Malaysia. Tanpa Maya Elina tahu, Rizal Asyraf sudah mula jatuh hati sejak pertama kali dia berjumpa dengan Maya Elina pada bulan Ramadan. Dia memberikan Maya Elina, masa selama 30 hari untuk buat keputusan tentang hati.

“Kalau nak suruh saya appreciate perasaan Tisha pada saya, awak kena appreciate perasaan saya pada awak dulu. Barulah betul, yayang. Bagi peluang, bagi muka... give us a try! 30 hari saja, tak lebih!” Rizal mengangkat keningnya.

Masalahnya Tisha, kawan baik Maya Elina juga suka pada Rizal Asyraf.

“Tisha kawan baik saya. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya. FYI, dia tu, ada hati dekat awak. FYR, dia tu, dah suka awak, dah dekat tiga tahun, masuk tahun ni. So, saya tak nak, jadi pagar yang menghalang awak dan Tisha. So, FYA, it’s your job to appreciate apa saja perasaan dia pada awak, bukan mengurat kawan baik dia. Faham?”

Pelbagai cara Tisha buat, Rizal Asyraf tidak pernah jatuh suka kepada Tisha. Sehinggalah Maya Elina balik ke kampung, bercuti selama seminggu untuk beri peluang antara Tisha dan Rizal Asyraf. Tetapi, lain pula jadinya. Maya Elina menerima dua pinangan. Satu daripada Soleh Usyair, teman lelaki lamanya dan satu lagi daripada bosnya sendiri, Tuan Malique. Oleh sebab Maya Elina tak tahu bagaimana hendak memilih, dia membuat satu ilham...

Pukul sembilan malam ini, WhatsApp warna baju raya masing-masing. Orang yang memilih baju raya warna yang sama degan saya, dia miliki hati saya! – Maya

Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Maya Elina? Sempat ke Maya Elina memberi jawapan selepas 30 hari itu? Atau... dia sudah terlewat?

Mencintai itu, bukan memilih kesempurnaan. Tetapi, memilih untuk melengkapi, bahagian pada diri yang tidak sempurna.




No comments:

Post a Comment