Thursday, 10 September 2015

NOVEL TUAN ANAS MIKAEL

Kenapalah saya tersayang awak ?

Selepas kejayaan filem Suamiku Encik Perfect 10 dan drama Terlanjur mencintaimu  yang telah diadaptasi. Karya Syamnuriezmil muncul kembali dengan drama yang akan disiarkan saluran Astro. Novel ini banyak konfliknya berbanding yang terdahulu. Novel ini menceritakan kisah kekeluargaan yang cukup sempurna rencah kehidupan. Jom ikuti review dari saya untuk Novel Tuan Anas Mikael.

Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.

Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas  meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi. 

Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka . 

Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas . 

Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya. 

Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu. 

Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk  berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .

Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina. 

Dengan Bantuan Tuan Anas  Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang. 


( Hero Arron Aziz & Heroin Zara Zya )


Sinopsis dari kulit novel 

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam. 

Tetapi... Di Krabi... 

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL 

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih... 

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL 

Ayu Maisarah, kecewa! 


“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH 

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh. 

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya? 


“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL




( Bersiaran di Astro Ria 10.00 - 11.00 malam Setiap Isnin hingga Khamis )

Episod 1
Puan Sri Tengku Anansa menyuruh Tuan Anas Mikael berkahwin jika Tuan Anas Mikael tidak bertemu pilihan hati , Puan Sri Tengku Anansa memutuskan Safra Ariana akan menjadi calon pilihan. Tuan Anas enggan memerima cadangan mummynya. Ini membuatkan Tuan Anas terfikir-fikir siapa calon isterinya. Cik Su pencuci rumah Tuan Anas Mikael tidak sihat. Cik Su mempunyai seorang anak yang bernama Ayu Maisara. Ayu Maisara susah hati melihat mak yang berkeras untuk pergi kerja. Kerana Cik Su kurang sihat Ayu Maisra berkeras untuk menggantikan tempat Cik Su. Cik Su memberi peringatan dan tugas -tugas yang perlu dilakukan dirumah Tuan Anas Mikael. Ayu Maisara menganggap Tuan Anas Mikael seorang yang cerecet dan sombong. Sampai dirumah Tuan Anas Mikael Ayu Maisara memulakan kerja seperti yang dipesan oleh Cik Su. Tetapi malang tidak berbau , Tuan Anas Mikael tergelincir ditangga yang licin. Ayu Maisara terkejut melihat Tuan Anas Mikael terjatuh di tangga yang baru di mop oleh Ayu Maisara. Tuan Anas terkejut kehadiran Ayu dan marah pada Ayu yang menipu mengenali diri siapa Tuan Anas . Tuan Anas menawarkan kerja sebagai pembantu rumah pada Ayu tetapi ditolak kerana Ayu terlalu taksub dengan memiliki Ijazah perakaunan dan tidak sanggup menjadi orang gaji. Kerana terlalu marah dengan Tuan Anas , Ayu memutuskan agar Cik Su tidak berkerja dengan Tuan Anas lagi. Ayu yakin dengan pendidikan dia akan mendapat kerja yang lebih baik. Dalam tiada pilihan Ayu menerima tawaran Tuan Anas dan terkejut bila ditawarkan gaji sebanyak RM10,000.



Episod 2
Setelah menandatangi surat tawaran Ayu Maisara dan Cik Su berpindah ke rumah Tuan Anas. Ayu semakin pening bila melihat jadual kerjanya mengalahkan tugas seorang isteri. Seawal pukul 4 pagi harus mengejutkan Tuan Anas , sarapan pagi dan paling mengejutkan Ayu juga disuruh untuk pergi ke tempat kerja Tuan Anas. Kay selaku PA Tuan Anas memainkan peranan untuk menyiapkan Ayu. Ayu juga dibawa untuk mengadiri mesyuarat tentang pelaburan. Ayu disuruh memberikan pendapat dan pendapat Ayu digunakan untuk projek pelaburan yang baru. Cik Su menziarah ke kubur suaminya dan terseremak dengan sebuah kereta yang amat dikenalinya. Cik Su juga berharap dia dapat merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Ayu. Oleh kerana Ayu idak mahu mengikut Tuan Anas keluar bermesyuarat , Tuan Anas meminta Ayu menunggunya di pejabat. Ayu yang risau dan mahu pulang kerumah kerana kerja-kerjanya yang tertangguh terpaksa dilupakan. Dalam menunggu Tuan Anas pulang , Safra datang ingin mengajak Tuan Anas keluar makan. Alangkah terkejutnya Safra bila melihat Ayu yang berada dibilik Tuan Anas.


Episod 3
Safra bengang dengan kedegilan Ayu Maisara bila dipaksa untuk keluar dari bilik Tuan Anas. Safra yang tidak mampu menahan kemarahanya lalu menampar Ayu hingga pengsan. kebetulan Tuan Anas dan Kay pulang dari mesyuarat terkejut kejadian itu. Tuan Anas tidak puas hati dengan sikap Safra yang suka tertindak melulu. Tuan Anas mohon maaf dengan apa yang berlaku kerana dia tidak dapat menjaga Ayu dengan baik. Tuan Anas pernah cakap pada Ayu , Dia akan jaga Ayu baik - baik jika Ayu akan jaga Tuan Anas baik-baik. Itu password mereka. Safra yang tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas lalu menghubungi Mummy Tuan Anas , Puan Sri Tengku Anansa untuk mengadu. Puan Sri Tengku Anansa menghubungi Tuan Anas agar membuat perjumpaan dengan keluarga Safra. Ayu yang terdengar Tuan Anas menyebut mana Dato Azhar Tun Akhiruddin terkejut dan nama itu seperti pernah didengari. Ayu yang cuba mengorek cerita dari Cik Su tentang keluarga ayahnya tetapi gagal. Tuan Anas menyuruh Kay mendaftarkan Ayu ke kelas memandu dan menyuruh seorang Chef datang ke rumah mengajar Ayu memasak. Cik Su gembira bila melihat kesungguhan anaknya belajar memasak. Ayu yang masih ingin tahu tentang keluarga Tun Akhiruddin dan mencarinya di google internet. Dalam masa yang sama Ayu cuba memberanikan diri bertanya dengan Kay tenang keluarga Dato Azhar Tun Akhiruddin.

Episod 4
Kay memberitahu pada Ayu sebenarnya dia sendiri tidak banyak tahu tentang keluarga Tun Akhiruddin. Jika Ayu ingin tahu Tuan Anas lebih mengenali keluarga Tun Akhiruddin kerana sejak kematian Papa Tuan Anas Tun Akhiruddin banyak menolong Tuan Anas. Ayu sibuk dengan kelas memasak dan kelas memandunya.Jika ada kelapangan dia tetap mencari maklumat tentang keluarga Tun Akhiruddin. Tak banyak membantu. Tuan Anas membentangkan kertas kerja tentang projek di Krabi. Tun Akhiruddin berpuas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan. Tun Akhiruddin juga mengajak Tuan Anas makan malam bersama. Tuan Anas tidak dapat mengelak kali ini walaupun Tuan Anas menolak beberapa kali. Safra orang yang paling gembira bila Dato Azhar ingin mempercepatkan tarikh pertunangan. Tun Amina membawa maklumat tentang Yayasan Aiman Akhiruddin kepada Tuan Anas. Tun Amina mengharapkan Tuan Anas dapat menyimpan rahsia tentang penubuhan Yayasan Aiman terutama dari pengetahaan Tun Akhiruddin dan Dato Azhar. Tetapi Dato Azhar rasa tak sedap hati bila bondanya berjumpa Tuan Anas. Dato Azhar dapat merasakan Tun Amina merahsiakan sesuatu darinya. Safra dan Dato Azhar sebenarnya ada niat jahat terhadap Tuan Anas. 


Episod 5
Ayu menunggu kepulangan Tuan Anas , Sebelum tu Tuan Anas meminta izin dari Cik Su untuk membawa Ayu keluar kerana sebagai denda. Ayu membiarkan Cik su membuat kerja rumah. Ayu juga disuruh membawa kereta . Tuan Anas ingin melihat Ayu apa yang Ayu telah belajar. Ayu marah bila apa yang dilakukan salah dimata Tuan Anas. Mengapa Ayu perlu melakukan semua untuk sempurna di mata Tuan Anas. Tuan Anas terus membantu Ayu belajar memandu kereta dengan betul bagi mempermudahkan rancangannya. Safra gembira kerana kehendaknya dilayan sempurna dari Sam. Pak Hamid memberitahu Cik Su agar jangan risau kerana Tuan Anas akan menjaga Ayu dengan baik. Ayu terkejut bila Tuan Anas memberi satu senyuman kerana selama ini Tuan Anas susah untuk senyum. Kesihatan Tun Akhiruddin semakin merosot ini membuatkan Tun Amina risau. Sejak kebelakangan ini Tun Akhiruddin banyak menyebunyikan sesuatu. Perkara ini dapat dikesan oleh anaknya Dato Azhar. Cik Su bertanya pada Ayu adakah Tuan Anas yang Ayu maksudkan. Cik Su memberitahu agar Ayu tidak mengajar hatinya untuk suka pada Tuan Anas kerana jika apa- apa terjadi Cik su tidak mahu Ayu menyesal  sepertinya. Kay menyiasat keluarga Tun Akhiruddin dengan PA Tun Akhiruddin adakah Tun mempuyai anak bernama Aiman tetapi tiada meleset. Kay tertanya - tanya mengapa Tun Amina perlu mewujudkan yayasan Aiman Akhiruddin. Tuan Anas resah bila Ayu menduduki ujian memandu. Walaupun Ayu telah berjanji dia akan lakukan yang berbaik seperti password mereka. 

Episod 6
Ayu didenda untuk memasak sepanjang hari kerana menipu Tuan Anas. Kay memberitahu Ayu Tuan Anas tidak suka ditipu. Ayu menipu Tuan Anas bahawa dia tidak lulus ujian memandu semuanya terkantoi bila Kay mendengar perbualan Cik Su dan Ayu. Dalam seronok Ayu membalas Wassap Tuan Anas tiba handphone Ayu terjatuh dikolam renang. Tuan Anas memberi sebuah handphone baru pada Ayu. Cik Su memberi peringatan agar tidak tersuka pada Tuan Anas. Hari yang dinanti untuk ujian memasak tiba. Tuan Anas membawa beberapa orang pegawai pejabat untuk merasai masakan yang dimasak oleh Ayu. Dengan tunjuk ajar Chef Wan semua tugasan dilakukan dengan baik. Tuan Anas berpuas hati dengan tugasan Ayu. Chef Wan juga memuji Ayu yang cepat belajar. Dato Azhar mempergunakan Safra agar mengoda Tuan Anas bersungguh untuk mendapatkan projek besar. Mereka mempunyai rancangan tersendiri. Oleh kerana semua ujian telah lulus Ayu diberi cuti 1 hari oleh Tuan Anas. Ayu sangat gembira bila dia diberi cuti.

Episod 7
Oleh kerana Ayu cuti 1 hari , Ayu mengambil peluang untuk menziarahi pusara arwah ayahnya. Tiba- tiba motor Ayu buat hal , Tuan Anas dengan rela hati membawa Ayu menziarahi pusara arwah Ayman. Sampai di pusara Ayu terkejut melihat banyak kelopak bunga ros diatas pusara arwah ayahnya. Ini membuatkan Ayu tertanya- tanya siapa dayang datang sedangkan Ayu jarang menziarah pusara ayahnya sejak dia berkerja dengan Tuan Anas. Selepas Itu Tuan Anas dan Ayu bertembung dengan Tun Amina. Ayu di perkenalkan sebagai kawan yang sempurna dimatanya. Tun Amina faham maksud Tuan Anas dan Tun Amina suka dengan pilihan Tuan Anas. Ayu merasa pelik bila Tun Amina membuka kereta terbau bunga ros. Tun Amina menyatakan dia baru balik menziarahi pusara anaknya. Tun Akhiruddin berjumpa dengan Kay dan memberi amaran agar tidak bertanyakan lagi tentang Ayman Ikhiruddin dengan PAnya. Puan Sri Anansa ternampak Safra dengan lelaki lain dan terus menghubungi Safra untuk kepastian tetapi dinafikan oleh Safra. Tuan Anas minta agar Ayu memanggilnya Daddy dan Mummy untuk Ayu jika mereka diluar waktu kerja. Sehari keluar bersama Tuan Anas , Ayu tetap gembira walaupun terpaksa melayan kerenah Tuan Anas. Ayu bertanya pada Cik su adalah cik su pergi ke pusara Arwah Ayman kerana dipusara itu ada bunga. Dalam hati Tuan Anas memuji kecantikan Ayu kena Ayu sudah mula berhijab. Sejak peristiwa menziarah pusara tempoh hari Tuan Anas suka melihat Ayu memakai tudung. 

Episod 8
Puan Sri Anansa datang kerumah Tuan Anas ketika Tuan Anas keluar berjoging dengan Ayu. Tuan Anas dan Puan Sri Anansa pergi sarapan diluar , Tuan Anas terkejut bila Safra turut menyertai mereka. Tuan Anas merajuk bila Ayu tidak mahu menghadiri kelas gromming dan Ayu menuduh Tuan Anas pura - pura menyempurnakan hidupnya. Setelah 3 hari Ayu baru perasan Tuan Anas merajuk. Ayu memujuk menggunakan panggilan Daddy dan mummy. Ada kejutan pada Ayu dibuat oleh Tuan Anas. Ayu mengakui Tuan Anas seorang yang romantik pada Kay. Perbualan mereka diperhatikan oleh Tuan Anas tanpa sedar. Dato Azhar sering memerhatikan Tun Amina . Dato Azhar tidak suka bila Tun Amina masih menginagti Ayman yang sudah lama meninggal. Pak Hamid suka menyakat Ayu mengatakan bahawa Pak Hamid akan berkahwin dengan Cik Su. Puan Sri Anansa terserempak dengan Safra dan bersikap kasar dengannya. Puan Sri Anansa tidak menyangka Safra boleh berkasar dengannya. Tambah mengejutkan bila Sam kekasih Safra menyapa Safra dengan panganggilan sayang. Ayu secara rasmi dilantik sebagai pengurus projek di krabi. Ayu ditugaskan ke krabi bersama Kay. Cik Su bising dengan Ayu, rantai  pemberian arwah rosak cangkuknya kerana tidak dijaga dengan baik. Cik Su gembira dibenarkan balik kerumah sewa lama. Tun Akhiruddin menghormati keputusan Tuan Mikail dengan tidak melantik Sarfa Ariana sebagai Pengurus Projek tetapi Tun Akhiruddin harap perkhawinan Tuan Anas dan Safra tetap diteruskan. Ini membuatkan Tuan Anas semakin buntu kerana Tuan Anas semakin suka dengan Ayu.

Episod 9
Cik Su tidak menyangka dia akan bertemu dengan Tun Amina di pusara suaminya. Tun Amina memohon maaf dan ingin berjumpa selalu dengan menantunya tetapi dibantah dengan baik kerana Tun Akhiruddin masih belum menerima Cik Su sebagai menantu. Cik Su tidak mahu Tun Amina mengorek rahsia dengan lebih banyak darinya. Dato Azhar dan Safra terus merancang sesuatu kerana Tuan Anas tidak melantik Safra sebagai pengurus projek. Tuan Anas sudah berani meluahkan rasa rindu pada Ayu. Segala keadaan Ayu harus melaporkan pada Tuan Anas. Puan Sri Anansa bertembung lagi dengan Safra dan Sam tetapi dengan keadaan terkejut Safra memperkenalkan Sam adalah sepupunya. Hari - hari talifon belum cukup untuk melepaskan rindu. Tuan Anas terbang ke krabi. Sebelum terbang ke krabi Tuan Anas berjumpa Cik Su dan Cik Su menyerahkan rantai peninggalan Arwah ayahnya. Kay diminta merahsiakan kedatangan Tuan Anas ke krabi dari pengetahuan Ayu. Tuan Anas gembira dapat berjumpa Ayu. Sepanjang hari Ayu dan Tuan Anas keluar bersama. Safra mendapat tahu yang Tuan Anas ke krabi. Dengan rasa tidak puas hati Safra terus mengubungi Dato Azhar . Dato Azhar terpaksa mengubah rancangan buruknya. Dato Azhar membeli tiket kapal terbang dan menyuruh Safra dan Tun Amina turut ke Krabi. Tuan Anas memberi rantai yang dikirimkan oleh Cik Su. Apabila melihat keadaan rantai telah dibaiki dan Tuan anas melihat loket rantai itu dan memberitahu loket itu pasti ada sebahagiannya lagi. 

Episod 10
Kay dikejutkan dengan kehadiran Safra dan Tun Amina di krabi. Kay terus menghubungi Tuan Anas dengan kehadiran Safra dan Tuan Amina. Kay semakin rapat dengan Mika pengurus Hotel. Mika cuba memikat Kay. Tuan Anas dan Ayu menghabiskan masa bercuti di Krabi melihat pulau-pulau kecil dan tempat-tempat yang menarik. Ditambah pula mereka bebas menggunakan kata ganti Daddy dan mummy tanpa Kay. Cik Su terkejut bila Tun Akhiruddin dipusara suaminya. Dengan keegoan Tun membuatkan Cik Su kurang selesa. Dalam perjalan balik Dato Azhar ternampak Cik su keluar dari caffee hotel. Dato Azhar mengesyaki sesuatu. Safra dan Tuan Anas keluar makan malam tetapi Safra marah bila Tuan Anas tidak ambil perhatian padanya. Lebih menaikkan kemarahan Safra bila terjumpa Ayu yang dianggap nyamuk. Perang mulut menambahkan kekalutan di depan pintu hotel. Safra dibawa oleh Tun Amina dan Tuan Anas membawa Ayu ke satu tempat untuk menghilangkan stress. Tun Amina meminta Tuan Anas mencari rantai Safra yang hilang. Bila ditemui Tuan Anas terkejut melihat rantai Safra sama dengan Ayu. Puan Sri Anansa datang ke Krabi untuk melihat calon isteri Tuan Anas. Tetapi Tuan Anas memperkenalkan Raisya Puteri sebagai penguam syarikat dan Kekasih Tuan Anas. Ini mengejutkan Ayu kerana Tuan Anas berjanji akan memperkenalkan dirinya bukan Raisya Puteri sebangai kekasihnya. Kay yang memahimi  keadaan itu mengajak Ayu pulang ke Malaysia. Pulang dari Krabi , Tun Amina dikejutkan dengan berita Tun Akhiruddin dimasukkan ke hospital. Sejak Cik Su bertemu dengan Tun Akhiruddin, Jejak Cik Su selalu di ekori. Ini membuatkan Cik Su  merasa takut. 

Episod 11
Ayu menceritakan hal sebenar apa yang berlaku di Krabi. Cik Su bersyukur kerana bukan Ayu pilihan Tuan Anas. Cik Su juga memberitahu kini ada orang mengekorinya seperti arwah suaminya sebelum meninggal dulu. Cik Su menasihatkan agar Ayu lebih berhati-hati. Tun Amina kesal bila tidak dimaklumkan yang suaminya Tun Akhiruddin dimasukkan ke hospital. Tun Amina terkejut bila Dato Azhar memaklumkan Tun Akhiruddin terkena serangan jantung. Dato Azhar tidak puas hati dengan Tun Amina kerana lebihkan Tuan Anas.Tun Amina menghubungi Tuan Anas agar datang ke hospital untuk berjumpa. Ayu masih berkecil hati dengan Tuan Anas. Tuan Anas lakukan semua itu kerana untuk kebaikan Ayu. Tun Amina kuat mengatakan Tun Akhiruddin sakit disebabkan Dato Azhar. Tun Amina juga menguruh Tuan Anas menyiasat Cik Su sama ada Cik Su mempunyai anak ke tidak. Cik Su diserang oleh orang suruhan Dato Azhar. Dalam Masa yang sama Sam kekasih Safra mengugut Dato Azhar untuk menyebarkan bukti satu pembunuhan. Dato Azhar menjadi cemas .Safra kecewa bila Sam sanggup menodainya ketika dia dalam tidak sedar. Safra tidak sangka Sam sanggup mempergunakan dirinya demi kepentingan Dato Azhar. Walaupun Ayu masih merajuk tapi dia masih sempat menyiapkan sarapan untuk Tuan Anas . Ayu lebih bersemangat bila projek diKrabi berjalan lancar. 

Episod 12
Tuan Anas menyuruh Ayu dan Cik Su pindah ke Krabi dengan alasan bagi memudahkan menguruskan projek disana. Ayu membantah mengapa dia perlu ke Krabi memandangkan dia mampu untuk menguruskan kerja-kerja itu tanpa pindah ke Krabi. Dato Azhar ingin memerangkap Sam supaya Dato Azhar tidak perlu takut lagi. Dato Azhar dan kuncu-kuncunya berjaya menghapuskan Sam dengan mudah. Dato Azhar gembira bial segala yang dirancang telah berjaya. Kini Dato Azhar yakin harta milik Tun Akhiruddin akan menjadi miliknya. Tun Amina bertembung dengan Cik su dan memberitahu bahawa Tun Akhiruddin terlantar sakit. Dato Azhar marah bila nampak Cik Su melawat Tun Akhiruddin. Sebelum pulang Cik Su pulang Cik Su berbisik di telinga Tun Akhiruddin bahawa Cik Su akan membawa cucu. Ayu menunggu kepulangan Cik Su. Sampai dirumah Cik Su memberitahu Ayu Tok ayah sakit tenat . Jika ada kelapangan Cik Su menyuruh Ayu melawat Tun Akhiruddin. Cik Su juga menceritakan hal keluarga Arwah Ayman yang selama ini disimpan rapi. Cik Su juga berpesan agar Ayu lebih berhati- hati dengan Dato Azhar kerana Dato Azhar boleh lakukan apa saja demi tamakkan harta. Tun Akhiruddin meninggal dunia ini menambahkan lagi kasedihan pada Tun Amina. Dato Azhar gembira berjaya melenyapkan Tun Akhiruddin demi harta.  Safra semakin berani melawan Tun Amina. Ayu nekad untuk berhenti kerja kerana tak mahu pergi ke Krabi. Tuan Anas terkejut bila mendengar berita kematian Tun Akhiruddin . Tuan Anas risau keselamatan Ayu dan tidak membenarkan Ayu keluar rumah. Ayu merasa pelik dengan sikap Tuan Anas seperti main tarik tali.


Episod 13
Dato Azhar membuka kotak rahsia yang selalu Tun Akhiruddin buka di bilik bacaan. Kini Dato Azhar tahu yang Tun masih mengingati Ayman ( arwah anaknya ). Selama ini Dato Azhar tertanya-tanya apa yang terlalu rahsia. Dato Azhar nampak Tuan Anas duduk berbincang dengan Tun Amina terus memberitahu agar mempercepatkan pertunangannya dengan Safra. Dato Azhar juga melantik dirinya sendiri sebagai CEO dan Safra sebagai COO. Ayu terkejut bila Kay memberitahu Tun Akhiruddin meninggal dunia. Ayu menghantar surat letak jawatan dan diterima oleh Tuan Anas. Ayu agak kecewa bila Tuan Anas tidak memujuknya untuk berkerja kembali malah Tuan Anas hanya cakap dia lakukan semua ini adalah untuk kebaikan Ayu dan dirinya. Safra mengadu pada Dato Azhar yang Tuan Anas suka pada perempuan Ayu Maisara. Dato Azhar hanya kata Safra tidak perlu bimbang kerana Dato Azhar ada rancangan . Tuan Anas mendapat info yang Dato Azhar adalah punca utama kematian Tun Akhiruddin. Tuan Anas menyuruh penyiasat mencari info yang lebih kuat untuk mengheret Dato Azhar ke pengadilan. Cik Su dapat merasakan Ayu sudah suka pada Tuan Anas tetapi dinafikan oleh Ayu. Dato Azhar mengugut Tuan Anas jika Tuan Anas tidak mahu berkahwin dengan Safra. Cik Su mengizinkan hubungan dengan Tuan Anas jika itu jodoh Ayu. Tuan Anas perlu menyerahkan Mizan Holding atau dia akan buat sesuatu pada Ayu Maisara. Ini membuatkan Tuan Anas buntu. Tun Amina terkejut bila melihat Ayu di kawasan perkuburan. Dalam mencari kerja , Kay menghubungi Ayu mengatakan Dato Azhar berjumpa Tuan Anas. Ayu menyuruh Kay menyiasat apa yang berlaku. 


Episod 14
Ayu bertembung dengan Dato Azhar di packing lot , lebih mengejutkan lagi bila Safra memperkenalkan Ayu pada Dato Azhar sebangai girlfrend Tuan Anas. Dato Azhar memberi amaran agar Ayu menjauhkan diri dari Tuan Anas. Tuan Anas bertemu dengan Tun Amina menceritakan hal Dato Azhar dan terpaksa melepaskan Mizan Holding demi Ayu. Tuan Anas tidak mahu Dato Azhar mengapa-apakan Ayu. Tuan Anas datang kerumah Ayu untuk meminta Ayu membuat biskut untuk untuknya. Ayu bertanya betulkah ayahnya meninggal kerana dibunuh. Cik Su menceritakan semuanya adalah angkara Dato Azhar. Cik Su juga cakap Arwah ayahnya terlalu sayang pada Azhar tetapi dia tidak menyangka Azhar sanggup lakukan semua tu pada Ayman. Kay terkejut bila Tuan Anas membuat keputusan untuk berkahwin dengan Safra dan pelantikan Dato Azhar menjadi CEO Mizan Holding. Puan Sri Anansa tidak setuju bila Mizan Holding diserahkan pada Dato Azhar. Kini Dato Azhar tahu mengenai Yayasan Ayman. Demi melindungi Ayu , Tuan Anas tiada pilihan dari menurut sahaja kata Dato Azhar. Ayu menghantar biskut kerumah Tuan Anas dan Tuan Anas gembira bila Ayu masih sanggup membuat biskut untuknya. Berita tentang perkahwinan safra dan Tuan Anas begitu juga pengumumam pelantikan Dato Azhar menjadi CEO Mizan Holding mengejutkan Tun Amina. 

Episod 15
Dato Azhar lakukan semua ini untuk menuntut hak yang sepatutnya dia miliki. Yayasan Ayman Dato Azhar akan mikili selepas Safra berkahwin dengan Tuan Anas. Ayu sedih bila membaca berita pengumuman perkahwinan Tuan Anas dan Safra tak lama lagi. Ayu terus menghubungi Kay apa sebenarnya berlaku. Kay menceritakan Tuan Anas sedang menyiasat Dato Azhar yang menjalankan aktiviti haram dan semua yang berlaku adalah rancangan Tuan Anas. Ayu menghubungi Raisya ( peguam hotel ) bertanyakan hubungan dengan Tuan Anas. Raisya memberitahu semua itu adalah lakonan. Tuan Anas sengaja buat begitu kerana ingin melihat Ayu cemburu. Akhirnya Ayu kalah dan berterus terang dengan Tuan Anas , Ayu sayang pada Tuan Anas. Tuan Anas berpesan pada Ayu agar menjaga barang yang dimiliki oleh AYu. Ayu tidak faham apa yang disampaikan oleh Tuan Anas bila difikirkan balik baru Ayu faham , Tuan Anas sebenarnya sudah tahu Ayu adalah cucu Tun Akhiruddin. Ayu memberitahu Kay , Tuan Anas dalam bahaya. Ayu minta tolong Kay agar Kay dapat buat satu pertemuan dengan Tun Amina . Secara kebetulan Tuan Anas jumpa Tun Amina .Dalam pertemuan Tuan Anas dan Tun Amina , Tuan Anas memberitahu Cik su mempunyai bernama Ayu. Tiba - tiba Ayu dan Cik Su muncul didepan mata. Tun Amina gembira bila mendapat tahu Ayu adalah cucunya. Tuan Anas menyuruh Ayu elakkan diri dari Dato Azhar tetapi dibantah oleh Ayu kerana Ayu tak mahu Tuan Anas terus masuk perangkap Dato Azhar. Ayu berkecil hati bila Tuan Anaz tidak mahu berundur diri. 

Episod 16
Kay mengajak Ayu agar bertenang dan fikir cara lain untuk mencari jalan yang terbaik menyelesaikan masalah. Tuan Anas tahu Ayu merajuk dan mencari Ayu dirumah. Ayu berjanji akan lebih berhati-hati dalam apapun keadaan. Ayu kerumah Tun Amina. Kedatangan Ayu disambut gembira oleh Tun Amina tetapi tidak pada Dato Azhar dan Safra . Ayu memberitahu Kay , rancangannya untuk bersemuka dengan Dato Azhar dan mengaku Ayu adalah anak Ayman. Dato Azhar mengupah orang untuk memusnahkan waris Ayman. Tuan Anas semakin risau akan keselamatan Ayu dia mengarahkan orang untuk mengikut gerak geri Ayu kerana Ayu dalam keadaan bahaya. Ayu dan Cik Su dicolek. Dalam masa yang sama Dato Azhar mencolek Tun Amina . Dato Azhar ingin membunuh ketiga-tiga mereka tetapi tindakkan pantas polis. Dato Azhar dan pengikutnya ditangkap polis. Dato Azhar dan Safra menjalani hujuman penjara kerana disabit kesalahan. Ayu dilantik sebagai CEO . Sejak peristiwa pencolikan itu Tuan Anas terus menghilangkan diri. Ayu semakin sibuk bagi menguruskan Syarikat. Tun Amina dan Cik Su berpakat untuk menyatukan Tuan Anas dan Ayu. Tun Amina mengupah bodyguard untuk menjaga Ayu. Ayu dikejutkan dengan kehadiran Tuan Anas sebagai bodyguard yang sekian lama menghilang. Tuan Anas gembira bila dapat melamar Ayu dan perhubungan mereka direstui.     

Nota : 
Drama ini sudah habis. Tetapi ada satu misteri iaitu pemakai cincin besar. Rupa-rupanya pemakai cincin besar tu sebagai pemerhati sahaja. Pemerhati melihat kehidupan Tuan Anas Mikael. Kehidupan kita sebenarnya seperti satu drama juga. Apapun terima kasih kepada semua mengunjung setia blogs ini dan tak kurang juga yang memberi komen-komen untuk drama ini. Tahniah buat penulis dan krew - krew drama yang telah menjayakan drama ini dengan hebat. ( lebih 4 juta penonton yang menyaksikan di episod akhir ) 

51 comments:

  1. Keep on writing, sis. Tq sbb update setiap episod...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks juga sebab singgah di blogs review ini.

      Delete
  2. update lagi sis .. seronok nak baca .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan di update setiap episod dan terima kasih singgah blogs review ini ....

      Delete
  3. Replies
    1. welcome .... Terima kasih juga sebab singgah ...

      Delete
  4. Jrang tgk cerita melayu... bole terjebak lak tgk cerita TAM ni... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah sesekali tengok terus tersuka pulak ye.... saya suka tengok drama ni sebab pelakonnya Zara zya ..

      Delete
  5. Eizzara, saya pun suka lakonan Zara Zya berlakon. Isteriku Bukan Tukang Masak dan Mr Arrogant juga antara yang terbaik. Terimakasih kerana update drama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya peminat Zara Zya ... lakonannya tak kaku...
      Terima kasih juga sudi singgah di blogs ni maaf kadang kala terlambat update gak.

      Delete
  6. Tq sis sbb update..sis xde bt review novel kau,aku kita???? Lakonan syarul ridzwan n jannanick..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama mira ,
      Saya ada buat review novel kau aku kita tu cuba tengok bulan november tu. mula - mula tak nak buat tapi bila tengok drama rasa mcm jatuh cinta laka dengan cerita tu . cepat-cepat beli novel dan kongsi bersama kawan di blogs ini.
      apapuan terima kasih singgah dan sudi berkongsi pandangan..

      Delete
  7. Tq sis.. best bc.. teruja nak beli novel jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama , tak rugi beli novel dari penulis ini.
      Dan Terima kasih singgah di blogs ini ...

      Delete
  8. thanks update kat sini, tunggu episod 9 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suhailey singgah di blogs ini
      Episod 9 lambat sikit ... tapi akan ada.

      Delete
  9. Tangan pakai cincin besaq tu tangan sapa? Gila misteri... ex-gf dato azhar ka mcm mana? Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azrina singgah di blogs ini.
      Saya rasa yang pakai cincin besaq tu " Ninda" sebab hanya dia saja yang suka memerhatikan Tuan Anas. Ex-girlfrinde Dato Azhar adalah mak Tuan Anas ( Puan Sri Anansa )

      Delete
    2. sape yg pakai cincin besar tu?audio..ikut ke mana jer cik su pegi...

      Delete
    3. saya sendiri tak ada jawapan .... mungkin org upahan Tuan Anas atau pun org upahan Dato Azhar

      Delete
  10. Tq for review...tp si cincin besar tu mmg tetap jd misteri kan..sapa la agaknya dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Wan dan terima kasih singgah di blogs review ini
      Tu laaa ingatkan Nenda tu tapi rupanya bukan..... kita tunggu sama-sama nanti siapa yang memakai cincin basar tu .

      Delete
  11. Nk bli novel skali ade sain boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenanlan Akira
      Akak minta maaf sangat-sangat , akak bukan penulis ye dan tak jual nove; pun. 25-29 Nov ni expo buku 1 malaysia boleh beli di booth karya seni dapat diskaun lagi.

      Delete
  12. i truly luv watching this drama again n again .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni saya terbaca dalam satu artikal mengatakan ramai orang google diinternet cerita ini. Best dan santai . Ditonton oleh semua golongan
      Terima kasih singgah di blogs ini ..

      Delete
  13. siapa pepempuan misteri yh tunjik tangan dan ada cincin bunga tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun tak tahu ... siapa sebab dalam novel tak de ... biasalah nak tambah rencah agar cerita tu nampak lebih menarik ... kita tunggu kesudahan carita ni pasti ada jawapannya....
      Apa pun terima kasih byk2 kerana sudi singgah ke blogs ini

      Delete
  14. Mana wife dato azhar...rasa yg pkai cincin besar tu exwife dato azhar kot dia tau semua rahsia dato azhar....sebab tu dia memerhatikan setiap gerak ahli keluarga....mesti pjg episod TAM ni...Ape pun cerita memang menarik sbb kelakar ade,rromantik,suspen, penuh drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya laaa saya pun tak terfikir mungkin juga ex wife dato Azhar.
      Drama ini ada 16 episod je ... rasa macm tak puaskan... minggu depan dah minggu akhir boleh rindu dengan "Daddy &mummy"

      Delete
  15. Sama lah, sy oun bfikir ex wife dato azhar... Hmmm nantikaan ... ๐Ÿ˜Ž

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tunggu sama-sama siapa kah perempuan yg pakai cincin besar tu... betul tak tekaan kita ex wife Dato Azhar...
      saya rasa seronok sebenarnay kita bersembang tentang drama yang kita suka... betul tak.. apa pun terima kasih singgah di blogs ni.

      Delete
  16. Duk google misteri perempuan pakai cincin besar di cerita TAM ni.jumpa blog ni pulak..xsangka ramai yang tertanya2.hihi..pendapat saya pun sama ex wife dato azhar..sebab dia xcerita langsung tentang ex wife die.meninggal ke hidup ke..xtaw..kalau nak cakap nenda tak mugkin,sebab ada babak yang nenda di perhatikan..xsabar nya tunggu minggu depan..thans for update dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ramai yang perhatikan siapa yg pakai cincin besar tu ...
      kita tunggu sama-sama siapa yg pakai cincin besar.

      Delete
  17. xpun..PA tuan anas mikael..miss k..sebab tgk tangan die cm sama je..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi mungin juga sebab tangan orang muda...

      Delete
  18. Drama ni dah hbis ke blm eh? smpai episod brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini minggu akhir sebab ada 16 episod je ...

      Delete
  19. Seronok tgk TAM....sy pn xsabar nak tahu siapa pakai cincin besar tu...sy pn rs x wife dato azhar...benci pulak tengok safra tu... dah terlanjur dengan Sam...tu xsabar cepatkan perkahwinan dia...nak cover line lah tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama pun dah nak habis ni semakin berdebar...
      Geram dgn Dato Azhar yang tamak tu ... semua harta dia nak.
      Apa pun terima kasih singgah di blogs ini dan berkongsi komen tentang cerita ini .

      Delete
  20. Review yg meรฑarik. Walau dah tgk tv tp nak baca jugak. Besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah di blogs review ni ... harap suka dan retima seadanya ...

      Delete
  21. Ramai rupanya cari pasal perempuan cincin bunga ni..hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah memang ramai tanya pasal cincin besar ... siapa??? akak pun tak ada jawapan . hihihih tapi akak rasa Kay ... PA Tuan Anas bila diperhatikan pada jari cincin besar tu ada persamaan .

      Delete
  22. Citer drama mcmnie org nk tengok..bab ada kelakar..sedih...lg2 misteri....fuhh tak jemu tengok berulang lg...bgus pd penulisnya sbab create jln citer yg best kn...lg2 plak yg melakon kn watak dlm TAM semua pelakon yg bgus2 ..jatuh cinta mummy&daddy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ramailah pasangan yg bercinta akan gunakan mummy & daddy sebagai panggilan . kekadang benda ni menjadi ikutan . Akan pun suka cerita ni .. byk yg kelakar ... misteri tu si cincin besar lah kan ...

      Delete
  23. ingatkan sampai episod abis blog ni ahahaha.. btw saya tertanya-tanya siapa perempuan yang dok spy depa.. kalau besok tak muncul juga pompan misteri hampeh betul laa๐Ÿ˜”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah di blogs ni ..
      kemunculan pemilik cincin besar menjadi pertanyaan dan telah terjawab juga ...

      Delete
  24. Cari pemilik cincin besaq, sampai ke blog ni ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

    Ramai jgk yg mencari~ hoho `(*∩_∩*)′

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi ... sekarang dah tahukan .... pemilik cincin besar tu ... rupa-rupanya kak engku. Dia sebagai pemerhati kehidupan Ayu dan Tuan anas je ... tetapi cincin besar tu memang misteri.
      Terima kasih singgah di blogs ni dan berkongsi cerita tentang drama ni.

      Delete