Monday 12 October 2015

NOVEL CINTA PALING AGUNG

Semakin aku menjauh , semakin gigih kamu mendekati , 
Akukah yang terlupa , akan janji-janji pertama kita ?


Cinta Paling Agung sebuah telefilem yang telah berada Astro First Eksklusif mulai 17 Julai 2015 di saluran 480. Penulis Umie Nadzimah sekali lagi diberi kepercayaan untuk menulis novel berdasarkan cerita telefilem ini. Pada kebiasaannya adaptasi dari novel ke drama atau filem kini Telefilem ke novel. ( Satu tugasan yang mencabar. Saya beli novel ini dari penulis selepas raya yang lepas .Sebelum tu tonton telefilem dulu masa raya . Hati pun berkobar-kobar tak sabar nak dapatkan senaskah novel walaupun saya tahu jalan ceritanya. Pada saya jalan ceritanya sangat menarik. Kisah rumah tangga yang hampir hilang serinya dan berubah bila melihat sesuatu yang lebih baik. 


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi dan Amyza yang telah berkahwin sembilan tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Hanna. Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Ulang tahun perkahwinan Amyza dikejutkan apabila Khairi menyuarakan hasrat untuk berkahwin lain. Menurut Khairi dia sudah bertemu dengan bidadari suci yang bernama Dewi . 


Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu lalu membuat keputusan untuk bersetuju. Amyza mempunyai 30 hari dan menyelamatkan rumah tangganya. Dengan bantuan sahabatnya Muna , Amyza meletakkan beberapa Syarat sebelum bercerai .  Diantara syarat mereka , Kahiri perlu mendukungnya setiap hari seperti malam pertama mereka.

Pada mulanya Khairi berat hati untuk bersetuju dengan permintaan isterinya dan menganggap semua itu adalah mengarut. Pada Amyza dia lakukan semua itu untuk Hanna . Amyza tidak mahu Hanna tahu mereka akan bercerai. Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya . 

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah. Dalam masa yang sama keluarga Dewi suka pada seorang lelaki yang bernama Reza . Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya. Semasa pertemuan Khairi dan keluarga Dewi , ada sedikit percanggahan pendapat antara Khairi bapa ayah Dewi. Akhirnya Khairi tersedar bahawa dia sendiri tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua keluarga untuk memimpin keluarganya ke jalan Allah. 


Amyza masih sayang dengan rumahtangganya yang berlandaskan cinta pada awalnya. Amyza tidak mengalah untuk menyelamatkan rumahtangganya disaat genting. Amyza berjumpa dengan Dewi agar jangan mengganggu suaminya lagi. Setelah berjumpa Dewi , Sangkaan Amyza terhadap Dewi adalah meleset . Amyza sendiri mengakui Dewi memang bidadari suci seperti Khairi katakan. Amyza melihat dirinya dan dia tidak seperti dewi yang sopan , cantik malah menjaga maruahnya. 

Dewi belajar untuk melumpuhkan cintanya pada Khairi dan melupakan kerana cintanya lebih berlandarkan nafsu yang menguasai dirinya. Amyza ingin menjadi bidadari suci seperti Dewi . Dewi tidak keberatan untuk membantu Amyza menjadi bidadari suci seperti Khairi impikan. Dengan bimbingan Dewi , Amyza belajar sembahyang , mengaji dan banyak lagi dengan kesungguhan hatinya.  



Khairi terkejut dan gembira bila melihat perubahan pada isterinya. Amyza mula memakai tudung dan sembahyang . Khairi sedar dia berdosa pada Amyza kerana tidak membimbing Amyza ke jalan yang sepatutnya hingga Amyza sendiri mencari Nur Islam dengan sendiri. Akhirnya Amyza berjaya kembalikan kata cinta yang lahir dari hati suaminya. 




Sinopsis dari kulit novel.
AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. 

“Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA 
“Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI 

Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? 

“Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza.
“Whatever…” balas Khairi selamba. 

Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...

Lakonan mantap A'aron Aziz dan Siti Saleha

Trealer dari Telefilem

Jom tonton telefilem di link yang disediakan : Telefilem Cinta Paling Agung

No comments:

Post a Comment