Friday 18 December 2015

NOVEL LANGIT CINTA

Cinta , jadilah saksi kebahagian kami berdua


Sebuah novel bedasarkan Adaptasi filem arahan Osman Ali. Filem ini akan ditayangkan pada 7 Januari 2016 ini. Novel ini terbitan Alaf 21. Penulis Damya Hanna diberi peluang untuk menulis semula mengikut olahan novel. Novel yang memiliki 572 muka surat ini sebuah novel cinta. Jom ikuti sebuah review dari saya.

Novel ini mengisahkan Khadeja ( Jah ) menjadi menunggu setia di jeti selepas suaminya berjanji akan pulang selepas 2-3 hari. Tetapi dari hari berganti minggu dan bulan . Bayang suaminya tidak pernah muncul. Setiap hari Khadeja tidak pernah jemu menanti kepulangan Aliff. 

Kisah mereka bermula beberapa bulan yang lalu bila Aliff Zulkarnain datang sebagai pewaris Samudera Holdings ke pulau Perindu. Kedatangan Aliff untuk meninjau pembelian tanah orang kampung untuk membangunkan sebuh resort. Khadeja yang bersuara lantang enggan menjual tanah pusaka membuat Aliff ingin mendekati dan mengenali diri Khadeja. Khadeja yang mengusahakan sebuah gerai dipulau itu , Khadeja juga turut dipertanggungjawapkan menjaga Mak piah yang hilang penglihatan selepas kematian ayah dan kehilangan abangnya di laut. Tanah pusaka yang dimikili tidak akan dijual begitu mudah. SSelain itu Budiman ( dua pupu ) turut membantu Khadeja. 

Aliff jatuh cinta pada Khadeja baru beberapa minggu di tinggal di pulau itu , Dirinya seakan dekat dengan Khadeja. Keputusan untuk berkahwin dan membatalkan projek di pulau perindu membangkitkan kemarahan pada Dato Affendi. Dato Affendi yang telah merancang pertunangan dengan Suzana seorag doktor anak pada sahabanya. Kedegilan Aliff untuk berkahwin dangan Khadeja dipnjangkan bila Dato Affendi membuang Aliff dari keluarganya.

Keputusan Khadeja berkahwin dengan Aliff melukakan hati Budiman yang menyimpan perasaan pada Khadeja. Kebahagiaan itulah yang dicari selama ini . Aliff bertatih menjadi orang kampung , belajar menangkap ikan dan membat kerja-kerja kampung itulah kehidupan baru selepas berkahwin dengan Khadeja.

Aliff membawa Khadeja ke Kuala Lumpur untuk bertemu keluarganya tetapi dihalau oleh Dato Affendi. Sejak itu Aliff tidak pernh mnjejak kakinya ke Banglo Dato Affendi lagi. Suatu hari Alif mendapat panggilan dari Leroy ( adik Aliff ) mengatakan Dato Affendi mendapat serangan jantung. Aliff berusaha unuk melihat keadaan ayahnya. Disinilah bermula perpisahan Khadeja dan Aliff. Aliff berjanji akan pulang semula dan mendengar satu berita gembira dari mulut isterinya . Sebenarnya berita gembir yang ingin disampaikan oleh Khadeja adalah kandungannya. 

Aliff terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke kuala lumpur. Ini membuatkan Aliff hilang separuh dari ingatannya. Aliff dihantar ke London untuk menerima rawatan. Suzana sebagai Doktor peribadi Aliff menjaganya dengan sebaik mungkin. Tetapi hati Aliff seperti kekosongan. Aliff juga selalu mimpi laut dan mendengar suara wanita. Semakin hari semakin buntu. Suzana tidak pernah menceritakan kisah Aliff yang lampau. Suzana juga mengambil peluang untuk menawan hati Aliff tetapi gagal. 

Khadeja yang tidak sabar menunggu kepulangan suaminya bertindak untuk ke pejabat suaminya di Kuala Lumpur. Kandungan Khadeja semakin membesar. Sampai disana Khadeja tidak menemui suaminya malah dimarahi oleh Dato Affendi. Walaupun ditegah oleh Datin Soraya. Dato Affendi tetap berkeras dan menghalau menantunya.

Oleh kerana keletihan Khadeja pengsan dan diselamatkan oleh bapa ayam ( Jali ). Jali berpura-pura ingin membantu Khadeja walahal dia mahu jadikan Khadeja sebagai pelacur. Hati setia kawan Budiman ,  tidak tenteram bila di tidak dapat menghubungi Khadeja. Budiman nekad untuk mencari Khadeja di Kuala Lumpur. Khadeja hampir dirogol tetapi Budiman sempat menyelamatkan Khadeja dari rakusan syaitan bertopengkan manusia. 

Sejak kejadian itu , Khadeja menjalani kehidupan sepaerti dulu hingga dia melahirkan anak. Kehidupan Khadeja lebih sedih bila mak Piah meninggal dunia. Tiba- tiba penantian yang ditunggu mengejutkan Khadeja , Bukan Aliff yang datang tetapi surat cerai Aliff yang dihantar oleh Dato Affendi. 

Aliff kembali ke Malaysia , dia masih mencari identiti sebenar bila mimpi-mimpinya semakin kerap berulang. Bunyi ombak dan suara perempuan menjadi tanda tanya. Kerana belas melihat Aliff Datin Soraya menceritakan perkara sebenar sebelum kemalangan. Aliff terkejut bila mengetahui dia sudah beristeri dan mempunyai anak. 

Saat Aliff menjejak kaki di Pulau Perindu ditemani oleh Adiknya terkejut bila Budiman  sudah bersiap sedia untuk menikahi Khadeja. Khadeja tidak menduga Aliff hadir ke majlis pernikahannya. 

Dato Affendi memohon maaf pada Khadeja kerana bersikap kejam dan menghantar surat cerai tanpa pengetahuan Aliff. Datin Sorayalah orang yang paling gembira bila hubungan kekeluargaan mereka semakin erat. Aliff hidup sempurna bersama Khadeja dan cahaya matanya. Suzana menerima kenyataan Aliff bukanlah jodohnya dan mula rapat dengan Budiman. Mereka berkenalan ketika Suzana mengikut Aliff mencari Khadeja dulu. 


Sinopsis dari kulit novel
Kedatangan Aliff Zulkarnain, pewaris Samudera Holdings ke pulau itu telah mengubah hidup Khadeja. Pertama kali bertentang mata, dia merasakan suatu perasaan yang meresap ke sanubarinya. 

Keikhlasan dan kesungguhan Aliff berjaya melembutkan jiwa kental Khadeja. Dia diperisterikan walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarga lelaki itu. Namun, ada hati yang terluka. Cinta luhur Budiman untuk Khadeja serta kasih Dr. Suzana untuk Aliff, terus menjadi rahsia.

Tidak disangka, kebahagiaan Aliff dan Khadeja sekejap cuma. Khadeja diduga apabila Aliff tidak kembali selepas pulang ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Pemergian Aliff menjadi tanda tanya.




No comments:

Post a Comment