Monday, 30 November 2015

NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA

Angau jiwa raga

Pena kayu gelaran penulis ini untuk novel Tersuka Tanpa Sengaja . Ini novel pertama saya baca dari penulis ini. Novel ini memang best , rata - rata peminat novel kata novel ini memang menepati citarasa pembacanya. Novel yang mempunyai 613 muka surat ini cukup asam garam kehidupan sesebuah keluarga. Untuk pengetahuan semua novel ini akan diadaptasi ke drama yang akan menggantikan  Drama Tuan Anas Mikael di saluran Astro Ria . Sebelum kita tengok drama jom ikuti sedikit review novel ini dari saya. 

Farhah Ahamad Alias @ Farhah Dato Ahmad Alias Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan oleh si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila Dato Ahmad Alias ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga  ibu tirinya ( Datin Khalidah ) yang sedang sakit. Suatu hari Farhah dituduh mencalarkan kereta seorang doktor kerana salah faham. pertemuan blind date yang diatur oleh Rin rakan serumah Farhah mengejutkan Farhah kerana Doktor yang ditemui sama dengan lelaki yang menuduhnya mencalarkan keretanya tempoh hari. Sedikit percanggahan bila Syed Arif mendebatkan tentang keangkuhan dan sikap mengada-ngada anak Dato. 

Pertemuan mereka tidak berhenti di blind date saja , malah mereka bertemu di Titiwangsa kerana membantu seorang lelaki terkena serangan jantung. Ketika Syed Arif turut berada disitu. Syed Arif cuba mengenali Farhah lebih dekat lagi. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Syed Arif, Syed Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya selama 3 hari kerana tidak mahu terus digelar gay . Farhah dipaksa berlakon untuk bertemu dengan makcik Norini ( Mak Syed Arif ) . Farhah bersetuju dengan syarat jika Syed Arif berjaya menjual 15 lukisannya. 

Sebelum lakonan mereka bermula Syed Arif mengubah cara pemakaian Farhah dari kemeja geloboh kepada berbaju kurung yang lebih rapi. Kehadiran Farhah memukau hati mak cik Noraini. Farhah terharu bila Farhah dilayan seperti anaknya sendiri. Perasaan bersalah menyelubungi Farhah kerana menipu hati tua itu. Bagi mengikat Farhah untuk terus bersama keluarga Syed Arif mak cik Noraini membeli sebentuk cincin. Ini menambahkan lagi perasaan rasa bersalah. 

Bila pulang dari kampung Syed Arif , Farhah terkejut bila dituduh dan ditahan oleh polis kerana langgar lari. Semua ini adalah angkara Dato Ahmad Alias . Dato Ahamd Alias sengaja melakukan sebegitu rupa untuk Farhah melutut dan kembali ke pangkuan Dato Ahmad Alias. Katrina yang sakait hati , sengaja berjumpa dengan Farhah di balai polis dan menceritakan apa yang berlaku adalah rancangan ayahnya sendiri.

Mak cik Noraini sakit , memaksa Syed Arif mencari Farhah bila Mak cik Norini ingin berjumpa dengan Farhah. Syed Arif terkejut bila Rin memberitahu Farhah di tahan Polis kerana dituduh langgar lari. Dengan bukti Syed Arif, Farhah dibebaskan. Ini membuatkan Dato Ahmad Alias bengang dan marah. Dato Ahmad Alias menyangka Farhah akan melutut dengannya tetapi tidak. 

Dato Ahmad alias kerumah sewa Farhah dan memaksa Farhah untuk bertunang dengan sepupunya yang bernama Hakim. Farhah enggan menerima cadangan Dato Ahmad Alias kerana Farhah tahu Hakim tidak pernah suka padanya. Hakim sukakan Katrina. tetapi dalam diam Hakim lebih mencintai Farhah dari Katrina . Farhah berjumpa dengan Hakim dan menceritakan hal sebenar. 

Syed Arif rasa bersalah bila Mak cik Norini terus memaksanya memperisterikan Farhah. Kesihatan Mak cik Norini semakin pulih dengan kehadiran Farhah yang sentiasa menemaninya. Farhah yang menganggap mak cik Noraini sebagai maknya sendiri memohon maaf kerana pernah menipu mak cik Noraini Farhah adalah kekasih Syed Arif. Farhah terkejut bila Mak cik Noraini tahu Farhah menipunya. sebab itu mak cik norini tidak mahu kehilangan Farhah dia membeli cincin utnuk mengikat Farhah untuk Syed Arif. 

Kerana mahu lari dari ditunangkan dengan Hakim , Farhah lebih rela menjadi isteri Syed Arif walaupun dia tahu Syed Arif tidak mencintainya. Tetapi keluarga Syed Arif dilimpahi kasih sayang yang cukup mewah. Farhah menerima lamaran syed Arif dengan beberapa syarat. Sah menjadi isteri Syed Arif , kehidupan rumah tangga bermula. 

Syed Arif kata perkahwinan itu satu "team work". Walaupun perkahwinan bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh dipupuk. Syed Arif suka mengusik Farhah hingga Farhah tidak rasa kurang kasih sayang. Tetapi dia masih terhati-hati walaupun hatinya sudah tersuka tanpa sengaja dengan suaminya. Tanpa pengetahuan Dato Ahmad Alias , Farhah terpaksa menyorok untuk melawat Datin Khlidah ( Ibu tiri ) yang sedang sakit .  Datin Khalidah gembira melihat Farhah berkahwin dengan pilihan hatinya. Suatu hari Syed Arif dijemput datang kerumah Datin Khalidah. Datin Khalidah tahu yang Syed Arif adalah suami Farhah kerana Farhah pernah menunjukkan gambar suaminya pada Datin Khalidah.

Ketika dirumah Datin Khalidah , Syed Arif tidak menyangka dia akan bertemu dengan Katrina @ Ina. Perempuan yang pernah meyakitkan hatinya 6 tahun dulu yang dianggap sudah mati. Katrina memutuskan perhubungan mereka atas desakan Dato Ahmad Alias kerana ketika itu Katrina masih muda dan pelajarannya merosot teruk. Dalam masa yang sama Dato Ahmad Alias juga ingin menjodohkan Katrina dengan Syed Arif kerana Farhah pernah menolak cadangannya dulu hingga Farhah lari dari rumah. Katrina mendesak ayahnya agar dikahwinkan segera tetapi di halang oleh Datin Khalidah kerana Datin Khalidah mengetahui Syed Arif sudah berkahwin. 

Katrina tidak menyangka yang Farhah adalah isteri pada Syed Arif. kartina mengugut dia akan dapatkan Syed Arif walau bagaimana cara sekalipun kerana Syed arif adalah cinta pertamanya. Katrina sanggup lakukan apa saja malah mengupah orang untuk membunuh Farhah. Tetapi rancangan itu tidak berjaya bila perbualan Katrina diketahui oleh  Dato Ahmad Alias.

Tanpa segan silu Dato Ahmad Alias meluahkan perasaan pada Syed Arif ketika Datin Kahlidah sakit di hospittal. Dato Ahmad Alias memberitahu dia mempunyai 2 orang  , Katrina dan Farhah. Syed arif tidak menyangka dia telah berkahwin dengan anak Dato Ahmad Alias. Demi menyatukan hubungan yang retak Syed Arif mengajak Dato Ahamd Alias kerumah. Syed Ahmad Alias menerima pelawaan Syed Arif. Dato Ahmad Alias terkejut bila melihat Farhah adalah isteri Syed Arif. 

Dato Ahmad Alias bersyukur kerana Farhah dapat menerima dirinya sebagai ayah. Semuanya adalah usaha Syed Arif . Keadaan Katrina semakin sukar untuk dikawal. Kerana terlalu kecewa Katrina nekad untuk membunuh diri. Katrina mendapat rawatan dari Doktor Armand( kawan baik Syed Arif ). Dalam masa yang sama Doktor Armand menyimpan hati pada Katrina. Farhah sebagai kakak mengalah untuk memujuk Katrina yang tertekan. Bila melihat keadaan Katrina sudah pulih Katrina memohon maaf kerana dia terlalu cemburu melihat Farhah. Apa yang berlaku pada Farhah adalah disengajakan kena mahu melihat Farhah Sakit hati. Hubungan yang retak kian kembali pulih . Farhah tidak lagi terasa terbuang bila segala yang terbuku diluahkan dengan rasa terbuka. 

Kebahagiaan Farhah terus berkembang bila Farhah disahkan mengandung. Syed Arif orang yang paling gembira kerana hajat untuk menjadi ayah tercapai. Syed tidak mampu hidup tanpa Farhah. Pada Syed Arif , Farhah adalah sebahagian dari hidupnya.







Sinopsis dari kulit novel

Kali pertama mereka bertemu, Farhah dituduh mahu mencalarkan kereta Syed Arif. Tak cukup dengan itu, identitinya dicurigai.



“You pandang apa?” sergah Farhah. Dia juga sudah menutup bahagian dadanya mengunakan tangan.



Syed Arif membeliakkan mata, tidak percaya dengan tindakan perempuan gedoboh tersebut.



“I tak selera pun nak pandang you. I’m just shocked that you are actually a girl dressed up like a boy.”

​Kali kedua bertemu, Farhah berdress meleret dengan high heel bagai. Tapi, encik Doktor tetap kutuk juga.

“You tanpa mekap sangat pucat. I boleh nampak hidung you ni agak kembang. Mata pun agak sepet.” – Doktor Syed Arif.

Sebab itu bila tiba-tiba Syed Arif ajak dia kahwin, Farhah memang tak percaya. Syed Arif tu kacak bukan main, mana nak sepadan dengan dia yang gedoboh itu. Walau di hatinya terbersit rasa indah tapi, dia harus sedar diri. Dia tak cantik dan kisah hidupnya tak seindah mana.

"I lebih suka lelaki yang nak kahwin dengan I sebab dia suka I, bukan sebab yang lain.” - Farhah

"Then.. make me fall in love with you. Seduce me.” – Doktor Syed Arif

Goda Syed Arif? Ingat itu kerja senang ke? Farhah tak pandai nak jadi perempuan gedik apatah lagi nak buat lelaki itu jatuh cinta.

“I tak akan sia-siakan you. Janganlah you fikir I ni macam hero-hero dalam novel. Asal kahwin tanpa rela saja, si isteri disia-siakan.” – Doktor Syed Arif. 

Boleh percaya ke? Lebih-lebih lagi bila kekasih lama Syed Arif muncul kembali. Katrina Datuk Ahmad Alias tu cantiknya luar biasa. Kuat ke iman tuan doktor?

“Sebab dia, you curang, kan? Sebab dia, you lupakan I, kan? Memang dia ni perampas!” – Katrina.

“Farhah bukan perampas. I yang lamar Farhah jadi isteri I”- Doktor Syed Arif.

Mampukah Farhah tepis ‘langau’ tercantik abad ini dalam memenangi hati suami sendiri? Sedang dalam keluarga pun dia kalah dengan Katrina, inikan pula dengan ‘suami tanpa cinta’ itu.







Episod 1

Syed sedih bila mengenangkan nasibnya tetapi diberi semangat oleh kak long untuk bangkit semula. Sejak kejadian 5 tahun dulu Syed Arif lebih selesa menyendiri. Kini Dr Syed Arif lebih tertekan bila mak dan rakan-rakannya mengatakan dia adalah lelaki Gay. Dr. Armand merupakan rakan serumah dan rakan sekerja ingin membantu Dr. Syed untuk mencari girlfriend untuk Dr. Syed. Rin jururawat hospital merancang untuk membawa rakan serumahnya untuk diperkenalkan dengan Dr. Syed. Farhah didatangi oleh seorang lelaki dan menuduhnya mencalarkan keretanya. Sedangkan Farhah hanya ingin mengambil kucing dibawah kereta. Bila sampai dirumah Rin meyajak Farhah makan malam bersama kawan dan doktor dihospital. Mak Dr. Syed sedih bila mendengar fitnah dari orang kampung mengatakan ananknya seorang Gay walaupun dinafikan oleh Dr. Syed sendiri. Farhah menolak tetapi demi kawan Farhah akur. Farhah yang biasa dengan berbaju kemeja besar disolek cantik oleh Rin. Armand dan Syed pergi ke tempat seperti dijanjikan. Farhah yang tidak selesa memberi banyak alasan ini menyebabkan kelewatan. Dr. Syed pula dapat merasakan Armand merancang sesuatu untuknya. Farhah terkejut bila dia terpaksa duduk disebelah lelaki yang menuduhnya mencalarkan kereta. Lelaki itu bernama Dr. Syed . Farhah berharap Dr. Syed tidak mengenalinya dengan make-up tebal yang disolek oleh Rin. Dalam berbual mereka berdebat dengan kerenah anak Dato. Bagi mengelakkan perbalahan berterusan Farhah terus meminta diri. Tetapi dalam diam Dr. Syed mengikut Farhah dari belakang. Bila keluar dari toilet Farhah terkejut bila Dr. Syed masih menunggunya. 


Episod 2
Kerana terlalu lama Farhah di toilet , Farhah ditinggalkan dan Dr. Syed dengan rela menunggu Farhah. Dr. Syed sempat meneliti wajah Farhah. Katrina pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan ayahnya Dato Ahmad Alias. Katrina masih teringat ugutan ayahnya agar memutuskan perhubungannya dengan lelaki yang dicintai. Kartina balik ke Malaysia untuk mencari kembali cinta hatinya ( Syed ) tetapi gagal. Katrina juga sudah malas untuk meneruskan pelajarannya lagi. Farhah yang berjoging ditepi tasik ternampak seorang lelaki tua sedang siserang ashma . Farhah cuba meminta bantuan dan ternampak Dr. Syed yang tidak jauh disitu. Dengan Bantuan Dr. Syed pakcik itu dapat diselamatkan dan dihantar kehospital. Dr. Syed mengajak Farhah sarapan bersama. Dr. Syed suka melihat Farahah yang mengelabah dan kalang kabut. Dr. Syed menyuarakan agar Farhah menjadi girlfriend tiba-tiba Farhah tersembur air ke arah Dr. Syed kerana terkejut. Farhah rasa bersalah dan sanggup membayar ganti rugi. Dr. Syed hanya meminta ganti rugi untuk menjadi girlfriendnya sahaja. Tetapi Farhah berat hati untuk bersetuju cadangan Dr. Syed. Dato Alias mencari Farhah untuk memenuhi undangan  Muklis rakan niaga makan malam bersama keluarganya. Mereka meminta agar membawa Farhah untuk diperkenalkan dengan anaknya.Dato Alias marah bila Katrina pulang ke Malaysia dengan tidak menghabiskan belajarnya. Katrina memberi alasan dia tidak berminat untuk belajar. Katrina meminta izin untuk berkerja di syarikat ayahnya. Armand mengajak Syed berkaraoke dan mengajak Reen. Memandangkan Farhah susah untk ke tempat itu Reen menggunakan tektik mengatakan Armand dan Syed kemalangan. Ini membuatkan hati Farhah tak senang duduk ingin mengetahui keadaan Syed.

Episod 3

Syarat Dato Alias pada Katrina kahwin dengan pilihan ayahnya. Katrina tidak ada pilihan ini membuatkan Katrina menjadi lebih marah. Katrina dipaksa berkahwin dengan doktor yang merawat ibunya di hospital ini lebih mengejutkan Katrina. Farhah bengang dengan Reen yang menipunya. Sebenarnya Reen mengajak Farhah berkaraoke dengan doktor Armand dan Dr. Syed. Sampai ditempat karaoke Syed tergamam melihat Farhah. Farhah cuba lari ditahan oleh Dr. Syed. Dr. Syed bertanyakan hal menjadi girlfriend sementara . Farhah bersetuju tetapi dengan syarat Dr. Syed menjual 15 lukisannya. Sekiranya berjaya perjanjian mereka dikira selesai. Persetujuan mereka bermula. Dr. Syed menghubungi kak long dikampung , dia bercadang untuk membawa kawan wanita balik ke kampung hujung minggu nanti. Dr. Syed meminta tolong Armand untuk mendapat alamat rumah Farhah. Dr Syed datang kerumah Farhah dan mengajak Farhah untuk membeli baju. Dr. Syed tidak mahu Farhah memakai baju kemeja geloboh bila berdepan dengan maknya. Katrina dipaksa berkerja di pejabat dato Alias. Katrina kecewa bila ayahnya meletakkan Katrina exekutif disyarikat sahaja. bukan Jawatan yang lebih tinggi. Saat Katrina berjalan-jalan diluar , Armand yang memuja Katrina mengajak Katrina ke caffee. Walaupun Katrina tidak suka tapi dalam hati dia juga suka dengan tred Armand yang cuba memikatnya. Ada saja perbalahan bila part untuk memilih baju. Farhah tidak mahu terhutang baju dia tidak mempunyai duit dan dia mahu berjimat. Dr. Syed tetap dengan pendiriannya untuk membeli baju baru. Pulang dari membeli baju Farhah teringat-teringat bila Dr. Syed yang sangat prihatin pada Farhah. Katrina mengupah menyiasat peribadi untuk menjejaki Syed. Seperti yang dijanjikan Dr. Syed dan Farhah ke kampung untuk menjengok orang tua Dr. Syed. Kak long dan makcik Noraini menyambut gembira kedatangan Farhah dan Dr. Syed. Tetapi tidak pula pada Farhah kerana ada angsa mengejarnya ketika Farhah turun dari kereta. 

Episod 4


Episod 5

Syed Arif melamar Farhah agar menjadi isterinya. Walaupun Farhah baru menjadi kekasihnya untuk 3 hari tapi Farhah dapat mencuri hati mak cik Noraini. Lamaran Syed Arif dipandang sepi. Reen mencurahkan perasaannya pada Farhah kerana Dr. Armand tidak pernah membalas cintanya. Tiba - tiba Farhah dikejutkan dengan kedatangan polis kerumah. Farhah dibawa ke balai polis untuk disiasat kerana dituduh langgar lari. Katrina menggunakan Armand untuk mendekatkan diri dengan Syed Arif. Mak Cik Noraini dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung. Mak cik Noraini berharap Syed membawa Farhah untuk berjumpa. Syed Arif datang kerumah Farhah dan ingin membawa Farhah bertemu Mak cik Noraini. Tetapi dikejutan bila Reen memberitahu Farhah ditahan oleh polis. Dato Alias datang melawat Farhah dan mengugut agar mengikut sahaja permintaannya. Keengganan Farhah membuatkan Dato Alias semakin marah. Dengan bantuan Syed Arif , Farhah dibebaskan dengan jaminan polis. Syed Arif menjadi pemerhati kesedihan Farhah. Farhah mencari kekuatan untuk bercerita dangan Syed Arif. Dato Alias marah bila mendapat tahu Farhah dibebaskan. Apa lagi yang menggembirakan mak cik Noraini bila melihat kedatang Farhah. Syed Arif rasa lebih lega bila melihat mak cik Noraini tersenyum. Syed Arif bertanyakan tentang lamarannya pada Farhah dipandang sepi. Farhah mahu lelaki yang mengahwini dirinya terima seadanya diri Farhah. Dia tidak mahu Syed mengahwini dirinya kerana simpati atau kerana mak cik noraini. Farhah berjumpa dengan Hakim dan berterus terang dia tidak layak untuk ditunangkan. Farhah harap Hakim boleh dapatkan perempuan lebih baik macam Katrina. 


Episod 6


Episod 7


Episod 8
Katrina memaksa ayahnya mengahwinkan dirinya dengan Dr. Syed. Dato Alias tidak boleh berbuat apa-apa kerana Dr. Syed telah berkahwin. Katrina menceritakan Dr. Syed adalah cinta pertama dan Dato Alias adalah punca mereka putus. Katrina mengintip dimana rumah Dr. Syed. Katrina gembira bila mendapat tahu dimana rumah Dr. Syed. Syed mencurahkan perasaan pada Farhah yang sedang lena. Syed berharap pintu hatinya akan terbuka untuk isterinya. Reen mendapatkan info dengan Armand siapa perempuan canti yang selalu mengganggu Dr. Syed di hospital.  Reen terkujut bila Dr. Armand mengatakan perempuan itu tidak akan mengganggu Dr. Syed kerana Perempuan itu bakal isterinya. Katrina terus mengejar Dr. Syed tetapi dipandang sepi oleh Dr. Syed. Farhah demam dengan layanan kelas pertama Dr. Syed berikan pada Farhah. Memandangkan layanan Syed baik padanya,  Farhah bertanya pada Syed adakah Syed suka padanya. Kebenaran dari kata-kata Syed membuatkan Farhah sedih kerana Syed takut untuk bercinta lagi. Armand mengubungi Syed mengatakan ada urusan penting tetapi sampai ditempat dijanjikan Kartina turut ada sama. Syed memberi amaran pada Kartina agar jangan menganggunya lagi kerana perhubungan meraka sudah berakhir. 

Episod 9


Episod 10

Dr. Syed menerima panggilan mengatakan pesakitnya Datin Khalidah pengsan dirumah. Kartina berpura-pura sedih bila melihat ibunya pengsan saat Dr. Syed datang kerumah. Katrina mengambil kesempatan tetapi dimarahi oleh Dr. Syed kerana sikap keterlaluan Katrina. Kartina cuba memberi penjelasan dia masih cinta pada syed dan dia tidak pernah curang. Lelaki bersamanya dulu hanya ingin menyakiti hati Syed kerana ayahnya mahu perhubungan mereka putus. Katrina memberi amaran pada Syed tiada perempuan yang boleh berkahwin dengan Syed selain dia. Hakim gembira dapat jumpa Farhah di pasaraya. Hakim sengaja menceritakan kisah lama antara dia dan Syed. Dato Alias bergegas balik ingin melihat keadaan isterinya. Saat Datin Khalidah ingin memberitahu hal sebanar Katrina tiba-tiba masuk dan pura - pura cuma membawa cerita yang lain. Farhah masih merajuk hanya kepingan-kepingan nota menjadi perantaraan. Armand terlalu percaya pada kata-kata Kartina. Armand sering memberi kata sinis pada Syed. Syed memberi amaran pada Armand jangan memberi info pada Katrina jika tidak mereka putus kawan. Syed gembira bila Farhah tidak marah lagi. Syed rasa bahagia. Katrina semakin geram bila Syed langsung tidak memandang dirinya. Katrina kerumah Syed dan terkejut bila Farhah membuka pintu. Kartina menyangka Farhah sebagai orang gaji Syed. Katrina memberitahu Farhah , Katrina adalah cinta pertama Syed. Katrina mengamuk bila Farhah menegakkan dirinya tetap isteri Syed. Pertengkaran berlaku antara mereka. Puas hari Farhah bila dapat menghalau Kartina keluar dari rumahnya. 

Episod 11



Episod 12





Sunday, 15 November 2015

NOVEL KAU, AKU, KITA


" Tak pernah berlaku macam ni. Pengantin lelaki dengan pengantin permpuan , 
dua - dua nama sama. Iman Firdaus."


Sejak cerita ini mula ditayangkan di slot Listary di TV3 , Saya terjatuh cinta dengan cerita ini. Mula-mula nak biarkan je tak payah beli novel , nak tonton drama je . Tetapi saya ni jenis tak sabar nak tu episod seterusnya. Drama ini memang sesuai untuk totntonan umum dan ceritanya santai je. Apa pun tahniah untuk penulis Orkid Edyliyne kerana novel beliau berjaya mennambat hati penonton. Kita lupakan tentang drama dan berbalik pada novel. Saya berjaya juga milik novel ini beli secara online minggu lepas. Dapat tandatangan penulis. Novel setebal 374 muka surat ni memang patut dibeli. Sedikit review dari saya .

Iman Firdaus ( Iman ) terpaksa mencari kerja diluar bagi menyara adik - adiknya yang masih bersekolah. Selepas kematian ibu dan bapanya akibat kemalangan. Merata Iman mencari kerja tetapi gagal. Iman semakin tertekan bila lintah darat ( along ) mengganggunya kerana hutang yang tertunggak tidak dijelaskan. Ini membuatkan hudup Iman menjadi huru hara dikejar oleh geng lintah darat. Hinggalah satu hari Iman dikejar oleh lintah darat tiba-tiba ada seorang lelaki turut berlari bersamanya.

Iman Firdaus ( Im Aus ) seorang pelakon terkenal yang menyangka dikejar oleh peminatnya tetapi kerana nama mereka adalah sama. Sebagai pelakon terkenal Aus tidak lagi dari gosip sana sini . Terutama herion baru Ku Wafa. Aus tidak suka ditambahkan lagi daddynya Dato Ashari perlu menjaga nama baik demi perniagaannya. Sejak peristiwa itu Aus dan Iman sering bertembung. Aus cuba mendekati Iman dan berkenalan dengan adik-adiknya. Aus yang simpati melihat keluarga Iman yang serba kekurangan. Kini Aus faham mengapa Iman tidak mengenalinya dirinya sebagai pelakon kerana dirumah Iman tidak ada TV. Aus gembira bila melihat adik adik Iman suka dengan kehadirannya.

Dato Ashari marah bila gosip liar semakin berani terpampang di muka akhbar. Ini membuatkan Dato Azhari memberi kata dua berkahwin atau berhenti dari berlakon. Aus memutuskan untuk berkahwin. Berita ini menggembirakan Datin Raisya ( mummy ). Setelah diteliti Aus membuat keputusan mengajak Iman untuk berkahwin. Ini mengejutkan Iman. Aus sanggup menerima adik - adik Iman dan sekali gus melangsaikan hutang along . Dan bermulalah kehidupan mereka menjadi suami isteri.

Kerana tidak sabar untuk mendapatkan cucu Dato Azhari dan Datin Raisya , Aus dan Iman dihantar untuk berbulan madu . Di cameron Highland , Vila kepunyaan Dato Azhari pelbagai perkara berlaku diantara mereka. Adik - adik Iman dijaga sepenuhnya oleh Datin Raisya dan Dato Azhari. Segala keperluan dijaga dengan baik.

Kelakuan Iman yang agak kasar membuatkan Aus suka menyakat dan kepakaran Aus berlakon untuk mengenakan Iman kadang kala mencuit hati dan mampu melihat Iman merajuk. Keterujaan Mummy dan Daddy mendapat cucu membuatkan Aus rasa semakin stress. Setelah beberapa bulan berkahwin Iman didatangi oleh Syeen anak kepada Jonny ketua mafia lintah darat. Jonny memaksa Iman membayar hutang sebanyak 10 ribu kerana  orang tua Iman berhutang dengannya 2 ribu sebelum kemalangan dulu kerana membiayai persekolahan adik-adiknya. Ini membuatkan Iman buntu. Iman tidak berani untuk memberitahu Aus tentang perkara ini.

Reen sering menghubungi Aus. Reen juga merupakan cinta hati Aus yang pernah ditolak oleh Reen. Aus kecewa dengan Reen kerana Reen menggunakan alasan sebagai berlainan agama. selepas ketiadaan suaminya, Reen masih menagih kasih dan ingin kembali pada Aus. Iman yang menyimpan rasa cemburu bila Aus melanyan Reen dengan baik. dalam kesempatan itu Reen menceritakan pada Iman yang Reen masih cintakan Aus. Tanpa teragak agak dan percaya kata - kata Reen . Iman tidak mahu menjadi penghalang cinta Reen dan Aus. Iman mohon Aus menceraikannya.

Iman membuat keputusan untuk tinggal balik dirumah sewa lamanya. Tanpa sedar Iman terharu bila melihat Aus terlalu ambil berat terhadap dirinya. Syeen bertemu dengan Iman, menceritakan bahawa ibu bapa Iman tidak meninggal dunia lagi. Iman terkejut dengan berita yang dikhabarkan .. Syeen memberitahu semua ini angkara bapanya untuk mempergunakan Iman bila hutang tidak dapat dibayar kelak.

Iman gembira dapat berjumpa dengan kedua orang tuanya yang terlantar dihospital. Reen mohon maaf pada Aus kerana dia Aus hampir kehilangan isterinya. Reen rasa cemburu bila melihat Aus dan Iman bahagia. Dalam masa yang sama , ada perkara Reen rahsiakan. Sebenarnya Iman telah mengandung 5 minggu semasa berjumpa Reen di klinik. Iman sendiri tidak sedar bila dia sendiri tidak tahu dia mengandung. Iman hanya sedar perut buncitnya semakin membesar.

Syeen berpakat dengan Aus untuk membuat kejutan pada harijadi Iman. Iman tidak menyangka kejutan itu dari suaminya. Iman yakin Aus cintanya dan tidak akan berani untuk berpisah lagi.




Sinopsis dari kulit novel

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?" 


Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri. 

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama? 




Episod 11
Aus menyuruh Iman bersiap tetapi Aus tidak memberitahu akan pergi kemana. Iman terkejut bila dia dibawa ke klinik Reen. Aus menyuruh Iman membuat rawatan dan memeriksa sama ada Iman mengandung ke tak. Iman marah marah bila Aus tidak berbincang dengannya terlebih dulu. Cerita Aus membawa Iman ke klinik tersebar meluas. 

Episod 12
Syeen berharap agar Iman dapat mengikutnya ke satu tempat. Iman mula marah bila Syeen tidak memberitahu kemana mereka mahu pergi. Iman terkejut bila melihat mak dan ayahnya terlantar dihospital. Menurut Syeen dia telah memberitahu Aus supaya memberitahu Iman. Iman kecewa bila Aus tidak memberithu dirinya sedangkan yang sakit dihospital tu adalah ibubapa Iman. Pergerakan Syeen dikawal oleh orang- orang ayahnya. Ini menambah burukkan keadaan Iman dan Aus. Aus buntu bila Iman bersikap dingin. Reen Iman tak mahu Aus itu adalah suaminya. Iman gembira mak semakin pulih. Reen terus mengharapkan Aus memaafkan dirinya. Reen akan sanggup buat apa saja untuk menebus kesilapannya. Tetapi Aus memandang sepi perkara ini. Pergaduhan Iman dan Aus dapat dihidu oleh mummy dan daddynya. Perubahan adik-adik Iman juga turut dipertikaikan oleh mummy. Aus berjanji akan menyelesaikan masalahnya dengan Iman. Dato Azhari memberitahu dia pergi outstation selama 5 hari. Ini peluang Iman meminta untuk keluar dari rumah. Walaupun berat permintaan Iman , Aus terpaksa ikutkan permintaan Iman.


Episod 13
Aus menghantar Iman ke Kondo Aus. Aus memberitahu segala keperluan telah disediakan. Kad bank , keperluan lain juga turut disediakan. Iman menangis kerana terharu bila semua keperluan Iman , Aus buat untuknya.  Dato Ashari marah bila mengetahui Iman keluar dari rumah. Aus berterus terang yang dia dan Iman mempunyai sedikit perselisihan faham dan dia menghantar Iman ke kondo. Aus juga memberitahu ibu bapa Iman sebenarnya masih hidup. Iman membawa adik - adiknya berjumpa mak di hospital. Adik - adik gembira dapat bersama. Mak Iman memberitahu dia menunggu kedatangan seseorang. Bila Aus datang , Mak menceritakan mengapa nama Iman Firdaus diberi. sebelum Iman lahir seorang budak lelaki menjaga bayi yang dikandungkan oleh mak dan menamakan bayi itu kepada Iman Firdaus. Mak tidak meyangka Aus adalah budak lelaki itu. Mak dibenarkan pulang kerumah. Iman membawa mak ke kondo Aus. Iman terpaksa berterus terang yang Iman dan Aus sudah berkahwin.  Aus ketempat kerja Iman. Alangkah terkejutnya Ain sebenarnya Aus adalah suami Iman. Mak pergi kerumah Dato Ashari sekeluarga menceritakan semua perkara yang terjadi. Aus mohon pada Reen agar dapat menjernihkan keadaan. Hanya Reen saja yang boleh memujuk Iman. Reen berjumpa dengan Iman untuk memperbetulkan keadaan. Sebenarnya Reen rasa cemburu bila Aus dan Iman bahagia. Kerana kegagalan rumahtangganya dia cuba untuk mengeruhkan hubungan Aus dan Iman. Reen memberi tiket perlancongan moga Iman boleh tenangkan fikiran. Iman terasa sunyi dan berjalan mencari ketenangan tiba-tiba Iman ternampak kasut lamanya yang koyak dulu telah dibaiki. Tiba - tiba Aus datang menghampiri Iman. Iman gembira kerana Uas datang memujuknya. Iman sedih kerana Aus susah untuk berterus terang yang Aus cinta padanya. Iman geram yang Aus suka memperbodoh-bodohkannya. Kenapa Aus selalu sakitkan hatinya. Bila Aus melafaskan kata cinta buat kali pertama hati Iman terasa bahagia. 

Nota :
Drama ini sudah dipenghujungnya, Secara peribadi saya suka drama ini. Mungkin para pelakon berjaya menghayati cerita ini hingga cerita ini menjadi bualan ramai. Terima kasih juga kepada yang singgah dan komen di blogs ini. 

Monday, 9 November 2015

PERCUTIAN KAMI DI A FAMOSA MELAKA

Kebetulan anak - anak habis peperiksaan , saya membawa anak 3 E ke satu destinasi percutian. A Famosa Melaka. Ini pun sebab hari keluarga yang dianjurkan ditempat kerja. Dah lama sangat tak buat Hari keluarga kompani ni . Mungkin sibuk dengan kerja dengan tender jadi semua bos -  bos sebulat suara membawa kakitanganya bercuti dan mengeratkan lagi silaturahim . Terima kasih pada bos - boss semua. Kali ini saya hanya membawa anak - anak saya sahaja . En suami tak dapat ikut kerana sebab - sebab tertentu. Yang paling penting dia izinkan kami pergi anak beranak. 

Lebih kurang 60 orang kakitangan yang pergi . Mereka dibenarkan membawa suami / isteri dan anak - anak . kalau anak tu ada 7  orang jadinya 7 oranglah pergi sekali . Bestkan.... Saja nak cerita tentang percutian kali ini .

 Pertama kami dapat kad jemputan dan agenda kami disana. Wahhhh!!! nampak seronokkan. 




 Kemas - kemas baju pun sudah ... Jom kita pergi bercuti. Hari pertama je dah buat perangai ... Orang janji pergi sarapan pukul 9.00 . Saya dan anak anak pukul 9.30 baru gerak dari rumah. Urusetia sibuklah call . Akak kenapa tak sampai lagi?? hihiihih .... Kami gerak pukul 10.00 pagi menaiki bas. Semua nampak gembira macam tak sabar untuk bercuti . Sampai sisana lebih kurang pukul 12.30 tengahari seperti jangkaan. 

Menikmati makan tengahhari dan ambil kunci bilik masing-masing. Penat dan kenyang jawapannya minta rehat. Lepas tu buat aktiviti sendiri. Jom tengok bilik . 







Anak - anak pun selesa dengan apa yang kami dapat. Rehat hilangkan penah dulu sebab petang ada aktiviti sendiri-sendirikan. 




Tunggu kawan-kawan untuk minum petang 


Ambil minum petang dan mencari aktiviti sendiri




Ada yang membuat permainan muzik chair dan berenang


Malam pertama tu kami dibawa ke Old West. Disana kelihatan muka dilukis seperti hantu termasuk kostium yang mereka pakai. Holowein kata mereka. Kami di jemput makan malam disana. Makanan memang sedap dan saya pun bakal menggemukkan badan ini... hihihih. 






Tuuu..  dia dekorasinya memang cantik rasa sayang nak makan. Kalau dah ambil kena makan . Selalu pesan pada anak-anak . Boleh makan berkali-kali ... membazir jangan sekali. 

Lepas tu kami dijamu dengan persembahan. macam - macam ada . Ada yang nak ambil gambar dengan reptilia ular sawar pun ada . Persembahan lebih kurang 15 minit. 




 Ada pertunjukan bunga api lepas persembahan.

Ada dianatara kawan-kawan melayan kerenah anak-anak untuk main permainan yang sediakan. Kami ada boss yang baik hati, sudi memberi percuma token untuk anak-anak. 


Ini yang kami dapat setelah mengumpul 4000 point.

Makan sudah , tengok persembahan pun sudah dan main kat luar-luar tu pun sudah kami pulang ke bilik masing- masing. Esok ada acara lagi . 

Hari kedua. Pagi kami pergi ke water Theme Park. Sarapan , mandi manda dan petang tu ada game untuk kanak - kanak dan dewasa. Jom ikuti gambar yang disediakan.  


                                       Sempat bergambar dihadapan Water Theme Park 

Hari kedua memang memenatkan . Bermandi manda dan aktiviti sukan yang disediakan oleh pihak A'famosa sendiri.



Sukaneka kanak-kanak . Saya menghantar 2 wakil... hihiihhi nampak tamak disituuuu.. 








Penat main air , makan pun sudah kaita balik bilik sebab malam nanti yang ditunggu - tunggu Annual Dinner Item ke 27 tahun. Tema Oren ye . Kita tengok siapa yang akan dapat hadiah utama untuk cabutan bertuah. 



Macam perhimpunan bersih pulak ... himpunan oren 

 Saya dapat Vacuum Cleaner Brand Panasonic 

Inilah saya dan anak- anak bawa pulang. Tetap gembira walaupun tak dapat hadiah utama. Alhamdulillah

 Inilah dia orang yang hadiah utama . Beliau membawa TV 50 inci ( TV idaman saya tu ) 


Hari terakhir kami berkunjung ke Safari Wonderland. Ini pastinya tempat kanak-kanak paling suka. Ini kerana mereka dapat melihat pelbagai haiwan dan beberapa pertunjukan seperti gajah , burung dan mamalia yang lain. 





Sempat bergambar 




Pertunjukan gajah


Selesai di safari woderland kami menikmati makan tengahari dan selepas itu kami berkemas  untuk pulang. Ahhh... memang penat , tapi berbaloi dan seronok dengan aktiviti yang telah disediakan. Tahun depan insyaallah kami akan ke Pulau Langkawi bagi merasmikan resort baru. 


Thursday, 5 November 2015

NOVEL BUKAN AKU TAPI DIA



Sebuah lagi novel dari terbitan october saya paparkan. Novel ini dari penulis baru . Rasanya bulan oktober ni saya membuat review untuk novel keluaran October. Novel yang mempunyai 633 muka surat . Kalau ditanya kenapa saya memilih membaca novel ini , saya akan cakap novel ini ada kelainan dari cerita cinta yang biasa.

Naskah novel ini menceritakan kisah Imza Niffira . Imza seorang gadis istimewa , Imza yang mempunyai 12 jari sering menjadi bahan ejak rakan-rakan .Disebabkan itu Imza tidak mempunyai kawan. Melukis adalah temannya. Bila di kolej dia selalu di perlekehkan oleh lelaki yang bernama Mirza Arman. Mirza Arman sangat membencinya kerana beranggapan Imza budak miskin dan tidak layak belajar di kolej mahal sepertinya.

Dalam rasa simpati Philip kawan baik Mirza Arman mencari keistimewaan Imza.  Philip kagum melihat kegigihan Imza yang pandai melukis dan tidak menggunakan kecacatan sebagai alasan. Lukisan Imza dijual dengan harga yang tinggi. Philip sengaja cuba mendekati dan ingin berkawan dengan Imza tetapi Imza enggan . Menurut Imza dia tidak sudi berkawan dengan Philip kerana Philip adalah kawan baik pada Mirza Arman yang selalu sakitkan hatinya. 

Suatu hari Imza terlanggar Mirza Arman hingga menjatuhkan koleksi puisi - puisi Niffira. Atas rasa bersalah , Imza menggantikan salinan yang yang baru termasuk sebuah CD. Mirza Arman tidak percaya bila Philip mengatakan Niffira dan Imza adalah orang yang sama. Hati kecilnya tetap mengatakan bukan Niffira bukan Imza.

Philip seorang berpegang kuat dengan agamanya kristian. Philip pelik bila dia kerap didatangi mimpi aneh dan seakan mendekatkan dirinya dengan Islam. Philip dan keluarganya . Setiap  Philip adalah pengunjung gereja yang tegar hujung minggu. Philip pernah bertanya akan maksud mimpi-mimpinya pada seorang paderi di gereja tetapi tiada jawapan yang kuat . Dengan Bantuan Amar , Keresahan Philip memakin telerai. Amar seorang lelaki yang banyak menyimpan rahsia kadang kala misteri. 

Amar pelukis jalanan seperti Imza mempunyai sejarah silap yang memilukan. Kerana terlalu kesal mengejar harta dunia dirinya terhukum dengan menerima kehilangan isteri dan anak. Amar hanya mampu menatap sekeping lukisan yang menjadi teman dan pengubat rindu. Walaupun Amar tahu masa tidak akan berputar kembali.

Selepas Philip yakin dengan pendiriannya dia memilih Islam sebagai agamanya. Amar banyak membantu Philip ( Firdaus ) sebagai orang baru. Philip mengambil keputusan untuk tinggal bersama Amar. Rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar bila Mirza Arman datang kerumah Philip lalu ternampak gambar lukisan mamanya ( Datin Riena ) . Amar sedar Mirza Arman adalah anak yang ditinggalkan dulu . Kerana Amar juga Bekas isterinya ( Datin Riena ) terpaksa dirawat hospital kerana meratapi kesedihan , kesal mengapa suaminya sanggup meninggalkan dirinya tanpa alasan.  

Mirza Arman tidak pernah berputus asa untuk mencari Niffira . Dengan hanya sajak dan puisi Mirza Arman mampu mencintai Niffira . Ketulusan cinta yang tidak pernah pudar , akhirnya Imza membongkarkan cerita sebenar siapa Niffira. Niffira adalah Miza Niffira kakak angkatnya. Imza meminjamkan suaranya untuk mendeklamasikan puisi Miza Niffira kerana Miza Niffira tidak boleh bersuara. Miza Niffira dilahirkan normal tetapi oleh kerana menangis terlalu lama kotak suaranya pecah. Walaupun pernah melakukan pembedahan tetapi tidak berjaya. Mirza Arman percaya dan redha menerima kekurangan Miza Niffira dan sekali gus diangkat sebagai isterinya. Imza terkilan bila mendapat tahu Amar akan berkahwin semula dan bekas isterinya Datin Riena. Walaupun Imza pernah menaruh hati  dan menunggu Amar menerima dirinya. 

Ketika orang lain bahagia hati Imza terasa sunyi , Imza mencari Philip tetapi Philip menghilangkan diri kerana menyangka Imza berkahwin dengan sahabatnya Mirza Arman. Imza baru sedar dia memerlukan teman dalam hidupnya. 




Sinopsis dari kulit novel
“Di mata saya awak seorang gadis yang menarik, Imza. Senyuman awak manis sekali. Saya ni ikhlas nak kawan dengan awak.”

“Saya pun ikhlas tak nak kawan dengan awak. Janganlah nak buai perasaan saya. Saya ni bukan jenis perempuan yang cepat perasan.”

Sukarnya nak memenangi dan memujuk hati gadis bernama Imza. Mengapa susah sangat gadis misteri itu nak balas cinta aku? Seperti dalam hatinya sudah wujud tembok dan sudah diisi oleh insan lain. Adakah aku kenal gerangan lelaki istimewa dalam hatinya itu? Sungguh... aku tak dapat meneka. – Philip

“Sebab malamlah saya telefon awak. Tak boleh tidur ni, asyik teringat kat awak. Serius!”

“Peduli apa saya walau lima puluh juta kali awak cakap serius.”

“Wah, Imza! Awak ni betullah tak ada perasaan. Masakan awak langsung tak tergugat dengan kekacakan saya? Dahlah tu, saya ni macho, tough, pendek kata segala macam kelebihan ada pada saya.”

“Pendek mana yang kata? Hah, pergilah kepada pendek yang kata tu. Saya tak kata apa-apa.”

Aduh! Kenapalah lelaki ni tak faham bahasa?! Dia ingat aku tak tahu. Dia dekati aku dengan niat yang lain! Jangan fikir aku boleh tertipu la. Kalau kau syok kat aku pun, kau dah salah perempuan. Hati aku ni dah dimiliki orang lain. Hanya si dia yang aku pandang setiap hari. Tapi… kenapa si dia buat macam tak tahu? Padahal riak wajah dan pandangan mata aku sudah menjelaskan segala-galanya. – Imza.

Dalam perjalanan untuk mendekati Imza, dia menemukan pelbagai kejadian yang pelik. Sehingga keinginannya kuat untuk mengetahui maksud di sebalik kejadian-kejadian itu. Dan akhinya dia membuat keputusan untuk memilih cinta yang ‘abadi’, daripada terus berharap pada cinta ‘Imza’ yang belum tentu akan menjadi miliknya.

Benarkah sampai ke akhirnya Imza takkan pernah menyedari kehadiran Philip manakala Imza terus berharap kepada ‘si dia’ yang takkan dapat menerimanya? Dan akhirnya kebenaran tentang ‘si dia’ menghancurkan perasaan Imza. Namun selagi Imza tidak mengetahui akan hakikat yang sebenarnya, selagi itulah Imza takkan sedar yang cinta sejatinya itu masih setia menanti.

Dan Imza mengharapkan Niffira, insan kesayangannya juga menerima kebahagiaannya sendiri sekiranya kebahagiaan itu datang dengan seikhlas hati.