Friday 29 April 2016

NOVEL SEINDAH TAKDIR CINTA

" Bagaimana mahu digapai bintang dilangit , 
Jika hati sudah tepahat di bumi."

Novel Kamsiah Abu ini bakal diadaptasi pada bulan Ramadhan ini. Dalam slot akasia di TV3 . Banyak pengajaran dari novel ini yang boleh kita ambil . Novel yang mempunyai ketebalan  643 ini mengupas rasa cinta Shariman dan Mia Karmila.  


Novel ini mengisahkan Mia Karmila mengikut Adrian dalam satu birthday party dirumah kawannya. Sedang mereka menari ikut rentak muzik. Adrian cuba buat perkara tak senonoh kat Mia. Mia marah dan terus keluar dari rumah tu, Adrian terus peluk Mia dan tidak membenarkan Mia pergi. Namun Mia terus teringat artikel Menyelamatkan Diri dari dicabuli. Mia terus menyiku kearah perut Adrian dan Mia terus lari. Pada masa yang sama teksi yang dipandu oleh Shahriman @ Aiman muncul.



Dalam teksi Aiman tanya macam - macam, Kenapa lari dan siapa lelaki itu (Adrian) tapi Mia hanya mendiamkan. Pada masa yang sama Aiman cuba nasihat Mia dan menyuruh Mia sujud syukur kerana Mia berjaya menyelamatkan diri daripada lelaki tu. Sebenarnya Mia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Aiman Sujud Syukur. Yang Mia tahu Sujud ketika solat. 



Sejak kejadian malam tu, Mia terus terbayang - bayang wajah Aiman, sejak tu jugak setiap kali Aiman atau Mia bertentang mata terasa lain dan terasa hati mereka bergetar dan Mia cuba untuk solat. Mia minta driver papanya mencari Ustaz atau Ustazah untuk mengajar gaji Al - Quran dan ibadah solat dengan betul. Akhirnya Mia belaja Agama dengan Ustazah Habibah. Disebabkan Mia tak bawak kereta. Ustazah Habibah suruh anaknya menghantar Mia balik ke rumahnya. Mia tak sangka Aiman anak kepada Ustazah Habibah. Cara pemakaian Mia turut berubah , dari pakaian seksi sebelum ini kepada jubah labuh dan berhijab. Adrian tergamam bila ternampak perubahan pada Mia di shopping mall. Ini juga membuatkan Adrian terfikir yang Mia yang sering mengelak untuk berjumpa ditempat sebelum ini mereka berkunjung.

Mia minta agar Aiman tidak perlu ber'cik' 'cik' jika mereka berkawan. Malah Aiman memanggil Mia dengan nama Humairah seperti rasullullah memanggil isterinya ( Pipi yang merah ) dan Mia panggil Aiman dengan nama Eiman.



Sejak kejadian Adrian nampak Mia bersama lelaki lain (Aiman) dan sorang lagi Perempuan (Ustazah Rodiah) Hati Adrian jadi tak tenang. Adrian memberitahu pada Mummy nya yang Mia sudah berubah. Dan Mummy terus bagitahu yang Mummy dan Dady Adrian nak masuk minang Mia. Adrian terus setuju. Pada masa ini Mia dan Aiman mula sayang menyayangi. Bila Papa dan Mama Mia memberitahu yang Mummy dan Daddy nak masuk minang Mia. Mia jadi tak tenang. Mia terus bagitahu tentang hasrat Mummy dan Daddy Adrian pada pada Aiman. Aiman cuba menasihat Mia agar menerima hasrat Mummy dan Daddy Adrian. 


Mula - mula Mummy, Daddy dan Adrian tak setuju dengan syarat - syarat Mia. Tapi disebabkan Adrian terlampau menyayangi Mia akhirnya Adrian setuju dengan syarat syarat nya dan Daddy Adrian cadangkan bagi masa selama enam bulan untuk Adrian mempersiapkan diri dengan ilmu ilmu yang Mia syaratkan. Keesokkan harinya, Adrian berjumpa sorang kawannyayang kuat agamanya, Rashid. Dan mintak kawannya carikan Ustaz untuk Adrian , mengajarnya membaca Al- Quran dengan baik. Akhirnya Rashid mengajak Adrian pergi Pusat Tahfiz Darul Hana. Bila Adrian dan Rashid masuk di pejabat Penolong Pengetua iaitu Aiman. Adrian agak terkejut Penolong Pengetua itu adalah lelaki yang dia nampak bersama Mia dan Ustazah Rodiah.

Mia sekeluarga dijemput oleh keluarga Adrian untuk Solat Maghrib dan Tahlil. Dan pada malam itu, yang hadir cuma keluarga Mia dan Ustaz Aiman. Mia cuba mentafsirkan sendiri bahawa Ustaz Aiman yang akan mengimamkan solat mereka nanti. Rupanya Adrian yang mengimamkan solat mereka Dan akhirnya Adrian berjaya memenuhi syarat syarat yang Mia minta . Hujung bulan mereka bakal akan dinikahkan.

Sehari sebelum Adrian dan Mia dinikahkan. Adrian telah pegi ke Hospital untuk mengetahui apa punca sakit perut yang berlarutan. Doktor memberitahu bahawa Adrian kemungkinan menghidap penyakit Gastritis ulcer. Doctor cadangkan Adrian masok wad. Tapi disebabkan esoknya Adrian bakal bernikah. Ditunda dan dimasukkan wad hari lusa. Keesokan harinya , dengan sekali lafaz, Mia Kamila sah menjadi isteri kepada Adrian. Pada petang itu , Adrian memberitahu  Mia dan menyuruh membawa Adrian ke Hospital. Penyakit Adrian menyerang lagi dan Adrian terus pengsan. Selepas 2,3 hari Adrian masuk wad, barulah doctor dapat mengesan Adrian menghidap penyakit Kanser Pankreas tahap 4. Selepas seminggu Adrian masuk Wad. Adrian berhasrat untuk mengerjakan umrah bersama keluarga.  

Akhirnya keluarga Mia, keluarga Adrian dan Ustaz Aiman selamat sampai di Mekah. Selepas 3 hari mereka berada di Mekah. Adrian mintak Ustaz Aiman temankan semasa Adrian beriktikaf, berqiam dan bermunajat di hadapan Kaabah dalam pukul 2 Pagi. Walaupon Mia sentiasa ada disisinya. Bila waktunya yang dijanjikan pon tiba Adrian telah solat dihadapan Kaabah. Hampir 20 min Adrian solat, Mia jadi tak tenang sebab Adrian bersujud terlalu lama . Lalu Mia panggil Ustaz Aiman untuk melihat keadaan Adrian. Ustaz Aiman cuba membongkok seolah olah bersujud, tapi Ustaz Aiman tak dengar apa apa bunyi. Perlahan lahan Ustaz Aiman menyentuh badan Adrian dan membaringkan Adrian. Ustaz Aiman terus melafazkan "Innalillahi wainna lillahirajiun"

Selepas Enam bulan Adrian meninggal dunia. Mia bekerja sebagai Pengarah Kewangan di Suria Gemilang Holding. Ini atas permintaan Daddy Arwah Adrian, disebabkan amanat Arwah Adrian. Manakala, Ustaz Aiman berjawat Pengarah Urusan menggantikan tempat Arwah Adrian. Disebabkan Mia dan Ustaz Aiman satu syarikat dan selalu berjumpa. Ustaz Aiman cuba memujuk Mia untuk menerima insan yang menyayangi Mia. Tetapi Mia menolaknya. Bila Daddy dan Mummy Arwah Adrian mula bersuara dan menyuruh Mia menerima Ustaz Aiman. Mia menjadi serba salah. Dan Mia menyatakan hasrat ingin ke Mekah kepada Ustaz Aiman. Dan selepas pergi Mekah, Mia berharap takkan bersalah dengan Arwah Adrian. Akhirnya Mia, Ustaz Aiman, Daddy dan Mummy Arwah Adrian sampai ke Mekah lagi. Di tengah malam selepas Mia solat di hadapan Kaabah. Mia tersentak terlihat bayangan Arwah Adrian . Pada bayangan itu Arwah Adrian menyuruh Mia menerima lamaran Ustaz Aiman. 




Sinopsis dari kulit novel

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka. 



Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.



Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya? 

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?




Episod 1
Shariman seorang anak muda yang baru balik dari Mesir dikagumi oleh keluarganya.  Sikap Shariman yang baik dan rendah diri disenangi oleh semua orang. Sementara tidak berkerja Shariman juga membuat kerja-kerja kebajikan . Selain itu dia juga mambantu ayahnya membawa teksi jika ada kelapangan. Mia Karmila yang baru balik dari fesyen show di Paris terpaksa berdepan dengan tugasan dikuliah yang banyak. Perhubungan Mia dan Adrian telah lama terjalin. Oleh itu Papa Adrian ingin menyatukan Mia dan Adrian dengan memancing projek besar pada Papa Mia. Mia yang menganggap Adrian sebagai kawan menolak cadangan untuk mereka disatukan. Pada Mia , Adrian seorang lelaki buaya bukan calon suami untuk bersamanya disyurga.  Walaupun Adrian bertukar ganti perempuan dia tetap sayang pada Mia. Mama Mia marah dan bertidak puas hati dengan Mia kerana Mia menolak tuah. Pada Mama Mia , Adrian adalah calon terbaik untuk masa depan Mia. Ini menyebabkan papa Mia mendapat serangan jantung. 

Episod 2
Dato Kamal dimasukkan ke hospital. Keadaan Dato Kamal masih dalam keadaan Koma. Mia sedih kerana dia tidak mampu membaca ayat-ayat suci untuk mendoakan papanya cepat sembut. Mia semakin stress bila mamanya asyik ingin membincangkannya tentang Adrian. Ardian risau dengan Mia kerana setiap dia menghubungi Mia pasti Mia tidak akan menjawab panggilan darinya. Shariman mengambil alih tugas memaba teksi milik ayahnya sementasa dia tidak berkerja lagi. Selain itu dia juga membantu ayahnya kerja di madrasah milik ayahnya. Adrian cuba mengambil hati Mia dengan melawat Dato Kamal di hospital tetapi Mia masih mengelak untuk bertemu dengan Adrian. 


Sedutan episod 3-7

Episod 3


Episod 4


Episod 5

Episod 6


Episod 7



Sedutan episod 7-10


Thursday 21 April 2016

MILI PIKAT HATI DIA



Novel ini saya beli akhir bualn januari yang lepas. Pre order lagi. Penulis baru yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Cerita yang agak simple dan santai , Novel ini mempunyai 298 muka surat je. 

Ikuti review dari saya tentang novel ini. cerita mereka bermula , Suatu hari Emily Husna mengintip kecurangan Izhar yang dianggap kekasih. Walaupun sudah 3 tahun perkenalan mereka masih mempunyai rasa ragu-ragu dalam perhubungan mereka.

Keadaan yang mencurigakan Mili , Mili didatangi seorang pegawai polis yang bernama Rifqal. Ketegasan Rifqal membuatkan Mili akur bila Rifqal mengambil Kad pengenalan dan Handphone. Mili hanya diberi pilihan untuk mengambil kad pengenalan dan Handphone di IPD pada keesokan hari. Perasan sebal dalam diri hanya diluahkan pada rakan serumah. 

Fifqal seorang pegawai polis yang garang dan tegas dan dia juga tokoh korporat yang komited. Dalam masa yang sama mummy Rifqal sibuk mencari calon isteri untuknya. Kerja yang digalas sekarang membataskan dirinya untuk mencari teman wanita @ calon isteri. Sikap memaksa dari mummynya memeningkan kepala Rifqal. 

Fifqal mencari alasan agar dia tidak terjerumus dengan rancangan mummynya untuk berkahwin dengan salah seorang anak kawan-kawan mummynya. Dengan 15 hari Rifqal cuba untuk memikat hati Mili. Rifqal sengaja tidak mahu memulangkan Kad pengenalan Mili . Pelbagai alasan yang diberikan hingga skuter Mili juga ditahan di IPD. Pada Rifqal jika dia memulangkannya cepat pasti Mili akan pergi terus dari hidupnya.

Tindakan pertama Rifqal mengajak Mili keluar makan malam bersama. Tanpa sedar Izhar menyaksikan Mili bersama lelaki lain. Rifqal semakin selesa dengan Mili walaupun caranya agak memaksa untuk keluar dengannya. 


Mili tidak menyangka sikap berani Rifqal ke kampung Mili di kedah mengejutkan semua ahli keluarganya. Kehadiran Rifqal disambut baik oleh keluarga Mili ini kerana Rifqal pandai mengambil hati orang tua Mili walaupun terkejut dengan kehadirannya. Izhar mula menghubungi Mili. Izhar merasakan Rifqal adalah pesaing untuk memenangi hati Mili.  Mili selesa untuk keluar atau bercerita dengan Izhar kerana perhubungan mereka yang agak lama. Tetapi Rifqal lebih mendahului Izhar dalam apa jua tindakan. 

Mili terkejut bila Izhar memberitahu yang Izhar akan ke Labenon selama setahun. Mili sedih dan menganggap Izhar tidak serius dalam perhubungan mereka. Keadaan menjadi panik bila Mili dilamar oleh dua lelaki itu. Segala keputusan ditangan Mili siapa lelaki yang akan dipilih. lelaki 15 hari dikenali atau lelaki yang lebih 3 tahun mengenalinya. 




Sinopsis dari kulit novel 

“Jomlah... Kita kahwin... Nak tak?”

“Tengoklah...”

Emily Husna tertanya-tanya, kenapa lelaki itu asyik mengejarnya. Katanya, dia akan pikat hati Mili sampai nak, hanya dalam masa 15 hari! Sudah berkali-kali Mili katakan yang dia sudah ada teman istimewa bernama Izhar. Ya, Izhar. Walaupun dia masih rasa ragu-ragu dengan perasaan sebenar lelaki bernama Izhar itu.

Bila Izhar tahu yang Mili sedang diburu oleh seorang pegawai polis kacak, barulah Izhar terhegeh-hegeh hendak menambat hatinya. Malah lelaki yang kononnya hendak mengelakkan dirinya dan Mili daripada terlajak arah apabila duduk berdua, kini tiba-tiba saja rajin bertanya khabar. Pelik! Ini memang sangat pelik…

Lagi pening bila ma menjerit dalam telefon…

“Emily Husna!”

“Apa nak jadi dengan hang ni? Hang nak suruh kami buat lagu mana? Cuba hang habaq kat kami sat... Hang tau dak, tu hari Rifqal dah tanya pasai hang. La ni, mai lagi seorang tanya pasai hang. Cuba hang habaq kat ma, yang mana satu sebernaqnya ni...”

Alamak! Apa yang perlu Mili lakukan? Apa keputusan yang dia perlu buat dalam masa yang diberi sangat suntuk???!

“Keputusan di tangan awak, Mili. Selama dua minggu lebih ini, saya dah buka diri saya pada awak. Awak dah nampak diri saya yang sebenarnya. Jadi, sekarang ini terpulang pada awak untuk menilainya.”

Namun tak mungkin mudah untuk melepaskan jejaka yang telah lama bertakhta dalam hati. Izhar yang selalu sabar dan memahami.

“Terima kasih untuk tiga tahun yang indah dan membahagiakan. Mili, siapa pun pilihan Mili nanti... Izhar doakan semoga kebahagian dan kegembiraan menjadi milik Mili sepanjang hayat.”

Wednesday 13 April 2016

BASIKAL TUA



Lebih kurang 4.30 petang 18 Mac 2016 yang lalu , aku menerima panggilan dari kak Nor menyatakan Abang Din telah pergi buat selamanya. Aku seperti kuat bila menerima berita itu walahal hati aku merintih. Perjalanan pengurusannya amat mudah dan dipermudahkan. Jam 7.00 petang segalanya telah selesai.

Kini tiada lagi abang yang menanti kepulanganku. 
Kini tiada lagi abang yang mencium dan memelukku setiap pulangku kekampung.
Kini tiada lagi bebelan abang bila aku tidak pulang kekampung. 
Kini tiada lagi dengar abang yang memanggil aku ADIK.
Kini tiada lagi abang yang mendengar keletah.
Kini tiada lagi senda gurau dari abang .
Dan kini yang tinggal basikal tua tanpa tuan.

Dulu abang din lah yang akan membawa aku dengan basikal tuanya bersiar-siar sekeliling kampung. Siapa yang tidak kenal dengan Din dan basikal. Mungkin kini basikal tua dianggap lama. Tapi pada abang din basikal tuanya penuh kenangan. Dia juga membawa arwah mak kemana saja. Abang din menghabis masa dan usianya berbakti dengan arwah mak. Dialah anak dan dia juga umpama ketua keluarga bila arwah ayah meninggal ketika kami adik beradik masih kecil. Abang din sanggup berkorban kasih demi arwah mak dan adik-adik. 

Setiap kali abang din masuk ke hospital , Abang din pasti akan bagi tahu keadaan dirinya. Mungkin dia tidak mahu adik risau. Tapi kali ini tiada panggilan dari abang din lagi. Abang Din bersemadilah dengan tenang . Abang din sentiasa dihati adik. Adik akan simpan semua kenangan - kenangan bersama Abang din dan tak akan pernah lupa. Al-fatihah untuk Mohd Nordin Bin Asmuni. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.