Friday 24 June 2016

NOVEL ISTERI TUAN IHSAN

Cinta tak kenal siapa ... 

Novel ini bakal diadaptasi tak lama lagi. Saya membeli novel ini di penerbitnya love novel sendiri. Novel Yang mempunyai 441 muka Surat menarik perhatian says dan mencuit hati. Banyakk part - part yang tak kering gusi. Saya enjoy membaca novel ini dan cerita yang cukup santai. Jom ikuti review dari saya .

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota . Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani . Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal , manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Saroja ). 

Tuan Ihsan Iskandar  kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.



Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja( Imaninah ) adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina , Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 



Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Didalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja.  Tuan Ihsan yang digelar " Pak Cik Hot " pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja. 


Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan , Seroja mewujudkan applikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan , projek dan pelbagai lagi . 


Miskipun  Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? 


Kehadiran Dr. Zaim , membuatkan Tuan Ihsan rasa cemburu dan rasa tercabar. Ditambah pula bila Dr. Zaim memberi amaran pada Tuan Ihsan agar tidak mengongkong Seroja. Tuan Ihsan terus merasa dirinya tercabar bila Seroja rapat dengan Dr. Zaim. Dr. Zaim terlibat sebagai model projek kerja akhir Seroja. Sebenarnya Seroja sengaja rapat dengan Dr. Zaim kerana dia cemburu bila melihat Hanani Jane ( model kaki pensel 2B ) yang bertujuan untuk mengikis duit Tuan Ihsan. 

Tuan Ihsan pergi berjumpa dengan Tan Sri Shamsudin ( Datuk Seroja ) untuk meminta menjadi wali Seroja tetapi keegoan Tan Sri enggan mewalikan Seroja kecuali Tuan Ihsan sanggup membayar 10 juta. Sholeh ( ayah ) mempunyai adik yang masih belajar di Rusia. Dengan ini saja mereka boleh bernikah. 

Perkahwinan yang dirancang menepati citarasa Tuan Ihsan. Kini status aplikasi dalam wassap group bertukar kepada Isteri Tuan Ihsan. walaupun Tuan Ihsan lebih dewasa, gara-gara terlalu biasa bersendiri, kadang terlupa bagaimana menjaga hati wanita bergelar isteri selayaknya. Seroja Irdina pula masih dengan jiwa mudanya, masih dengan keras kepalanya, barannya tetap bersisa, adakalanya dia mahu dilayan bagaikan seorang puteri, dia mahukan suami meletakkannya sebagai 1st prioriti, jangan ada sebarang rahsia, dia mudah berburuk sangka. 

Disangka Tan Sri Shamsudin terus menjulang keegoannya. Masa berganti terlalu pantas. Kehadiran cicit melembutkan hati Tan Sri Shamsudin. Pada mulanya keengganan Seroja memaafkan datuknya sendiri selepas dipujuk oleh suaminya yang kini Tan Sri Shamsudin semakin uzur dimakan usia. Persaudaraan yang terputus terjalin semula . Seroja dan Tuan Ihsan bahagia . Memang benar pepatah melayu berkata Cinta tidak mengenal usia. 


Sinopsis dari kulit novel 

Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!



Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.



Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.



Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya? 


Episod 1
Tuan Ihsan Iskandar pulang ke Malaysia dengan satu tujuan. Memenuhi permintaan Imanina yang sedang sakit tenat. Imanina mempunyai seorang anak yang bernama Saroja Irdina. Demi menghilangkan rasa sedihnya Seroja berseronok di kelab bersama kawan-kawan. Tuan Ihsan geram melihat Seroja berseronok di kelab dalam masa yang sama mamanya sakit tenat dihospital. Oleh kerana Seroja tidak boleh diam menambahkan kemarahan pada Tuan Ihsan. Di Hospital , Imanina dirawat oleh seorang Dr. muda yang bernama Zaim. Zaim cuba mendekati Seroja tetapi gagal kerana sikap Seroja yang mulut lepas. Imanina disahkan meninggal dunia. Sebelum pemergian Imanina , Imanina sempat mengamanahkan Seroja pada Tuan Ihsan agar Seroja dijadikan Isteri. Kata - kata Imanina bermain difikiran Tuan Ehsan. Tan Sri Shamsudin gembira bila mendengar kematian Imanina. Menurut Tan Sri Imanina telah merampas kebahagiaan hidupnya dengan mengahwini anaknya Solleh.  Selepas perkebumian Imanina Seroja di ajak kerumah Tuan Ihsan dengan syarat kawan-kawan Seroja dibenarkan keluar masuk di rumah Tuan Ihsan.

Episod 2
Seroja bengang bila mendengar wasiat yang ditinggalkan oleh ayah dan mamanya. Tuan Ihsan kini adalah penjaga amanah untuknya. Segala keperluan Seroja diserahkan oleh Tuan Ihsan. Pertama kali menjejak kaki dirumah agam Tuan Ihsan Seroja terlalu teruja melihat keadaan bagaikan istana. Kenakalan Seroja membuat rumah Tuan Ihsan menjadi huru-hara. Seroja di larang ke tingkat 3 tetapi kedegilannya seroja tetap terjah juga Hingga Tuan Ihsan tidak mampu melarangnya. Di tingkat 3 Seroja terkejut bila talifon Tuan Ihsan berbunyi. Seroja mengambil kesempatan mengubah ring tone lagu dan mengambil beberapa gambarnya di talifon Tuan Ehsan. Model terkenal Hanani terkejud dengan kewujudan Seroja di rumah Tuan Ihsan. Hanani nekad untuk mengusir Seroja kerana Seroja berlagak seperti isteri Tuan Ihsan. Yusri juga diarahkan untuk menjaga Seroja. Sejak Tuan Ehsan ke Jakarta Seroja terasa sunyi. Tuan Eshan juga berpesan agar Seroja tidak dibenarkan keluar ke kelab. Seroja menghubungi Tuan Ihsan agar balik awal kerana esok adalah hari jadi yang ke 24.

Episod 3
Kawan kawan Seroja merayu pada kak Maznah untuk ke kelab sempena hari jadi Seroja. Akhirnya kak Maznah setuju. Oleh kerana Tuan Ihsan masih ada di jakarta mereka bertiga gembira di kelab. Disana Seroja rasa tak gembira kerana ada orang cuba ambil kesempatan. Seroja menghubungi Yusri dan sampau dirumah Rathna , kak maznah , dan yang lain membuat suprise pada birthday seroja. Lebih gembira bila Tuan Ihsan membuat special kejutan pada Seroja. Tuan Ihsan berkejar balik semata-mata untuk harijadi Seroja. Cerita Seroja tinggal dengan Tuan Ihsan sampai ditelinga Tan Sri Shamsudin. Tan Sri Shamsudin teringat cerita 24 tahun dulu bila Solleh meminta izin untuk berkahwin dengan Imanina. Walaupun Solleh membawa Seroja berjumpa Tan Sri Shamsudin masih belum dapat melembutkan hati Tan Sri Shamsudin . Seroja membuat kejutan pada Tuan Ihsan makan tengah hari . Tapi kehadiran Hanani mengganggu kemesraan mereka. Kerana dihalau oleh Tuan Ihsan, Hanani terlanggar dengan Rathna. kejadian itu diperhatikan oleh Tan Sri Shamsudin. Oleh kerana Tuan Ihsan berjanji untuk makan malam bersama Seroja . Seroja bersiap untuk belajar masak dan menyiapkan hidangan malam. Namun kesibukan Tuan Ihsan membuatkan Tuan Ihsan sudah terlupa. Seroja mengambil keputusan untuk pejabat tetapi sampai dipejabat ada drama yang dilihat Tuan Ihsan dan Hanani. Seroja sakit hati bila nampak Tuan Ihsan dan Hanani. Seroja semakin sakit hati dan merajuk dengan tuan Ihsan.

Episod 4
Satu bangunan kecoh bila mendengar loceng kecemasan. Tuan Ihsan tersenyum bila dia tahu apa punca loceng kecemasan itu berbunyi. Tuan Ihsan cuba memujuk walaupun memujuk bukan kepakarannya. Seroja kecewa bila Tuan Ihsan tidak bersungguh memujuknya. Kak maznah rasa pelik bila Tuan Ihsan menyediakan sarapan untuk Seroja. Tuan Ihsan mengajak Seroja sarapan bersama. Sebelum tu Tuan Ihsan memberi kejutan pada Seroja dengan memberi Teddy bear berwarna pink bernama cik joyah. Semua staff Tuan Ihsan tersenyum bila melihat teddy bear pink. Niat untuk mengusik Seroja tiba-tiba serlaku insiden kecil yang di perhatikan oleh kak Maznah dan the geng. Fatin memberi cadangan untuk membuka wasaap group untuk memikat Tuan Ihsan. Group BAKAL ISTERI TUAN IHSAN dihantar pada kak maznah , yusri , Hazif , V  , fatin , Ratna . Mereka mampu tersenyum dengan tindakan Seroja. Tuan Ihsan marah pada Yusri kerana Yusri membiarkan Seroja ke kelab malam tambahan pula seroja berjumpa dengan lelaki. Ini semua kerana Dr. Zaim berjumpa Tuan Ihsan untuk memulangkan Jaket Seroja.

Episod 5
Tuan Ihsan mengarahkan kak maznah membuang jaket Seroja tetapi sebelum buang biarlah keadaan lebih teruk. Kak maznah rasa serba salah untuk merosakkan jeket tersebut. Seroja terkejut jaket kesayangannya rosak dan dia tahu ini semua angkara Tuan Ihsan. Seroja merajuk. Tuan Ehsan cuba pujuk Seroja dengan mengajak pergi shopping dan keluar makan. Bila mendengar perkataan Shopping hati Seroja menjadi ceria ditambah pula mendengar nama - nama yang bergenama. Hazif terharu bila kak masnah , Yusri dan Abg Mad memberi sumbangan untuk perbelanjaan penyakit adiknya. Dalam perjalanan pulang kekampung V menghubungi Hazif kerana keretanya rosak. Hazif yang dalam keadaan serba salah terpaksa memenuhi permintaan V. V sengaja mengajak Hazif keluar makan alasan untuk ucapkan terima kasih. Ratna yang keluar shopping terserempak dengan Hazif yang sedang mesra disebuah restoran. Sedangkan Hazif memberi alasan pada Ratna tidak boleh keluar bersama untuk balik kekampung. Ratna rasa tertipu . sampai dikampung Hazif terkejut Tan Sri Shamsudin datang kerumahnya. Baru Hazif sedar Isteri Tan Sri Shamsudin pernah menolong arwah ayahnya dahulu. Tan Sri Shamsudin memberi kata dua pada Hazif berhenti kerja dengan Tuan Ihsan atau membayar hutang arwah ayahnya sebanyak 50K. Hazif menjadi buntu. Seroja bingong bila Tuan Ihsan tidak membenarkan Seroja membuat modelling untuk project Fatin.

Episod 6


Episod 7


Episod 8


13 comments:

  1. best review nih. nanti nak cari novel ni dekat kedai. thank you! :)

    ReplyDelete
  2. Kat mana nak bli buku ni kalu online ye?

    ReplyDelete
  3. Best cite ni..pelakon pun mnghidup jln cite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon akak suka tapi jalan cerita dah diubah itu yg akak tak berapa suka.

      Delete
  4. hye...
    Saya beli buku ni lepas baca review positve dekat sini dan beberapa blog lagi. Dan bila dengar yg bahawa novel ni akan diadaptasikan. Drama yang dibuat dah sampai ke penghujung episod kalau saya tak salah.
    Storyline menarik dan idea pun menarik tanpa banyak konflik-konflik antara main couple.
    It's a good novel for light quick reading. Funny and all. But there's not much message yang nak disampaikan oleh author. Cara penulisan yang agak santai memudahkan pembacaan. But at the end of the novel I ask myself, is this all? Hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai MissZ
      terima kasih sudi singgah di blogs review saya
      Cerita ini memang santai je tak ada konflik besar pun. Sejujurnya saya tidak suka bila ia diadaptasi. Cerita dan olahan dah berubah dari novel . kalau novel endingnya penyatuan keluarga tapi tetapi dalam drama lebih pada dendam dan pembalasan. apapun terima kasih sekali lagi sudi singgah dan berkongsi komen.

      Delete
  5. Best ah novel nie...nak try test beli satu lah��

    ReplyDelete