Friday 30 September 2016

NOVEL AWAK SANGAT NAKAL

Kalau tak boleh .... paksa sampai boleh!

Awak sangat nakal menjadi review pilihan saya kali ini. Novel yang bakal diadaptasi karya Syamnuriezmil pastinya kan ditunggu pada yang meminati drama seperti saya. Cerita ini cukup santai , banyak part- part yang menarik dan tak kering gusi keletah Erine dan Johan. Novel ini juga banyak penggunaan pantun 2 kerat sebagai hiburan dan jenaka. Novel yang mempunyai ketebalan 517 muka surat ini cukup menghiburkan. 

Jom ikuti review dari saya tentang novel ini. Erine Johanna , Gadis 23 tahun mengikut Mak munah pulang kekampung ketika mama dan papanya mengerjakan umrah sebulan. Dalam tempuh itu Mak Munahlah yang bertanggungjawab menjaga Erine. Sikap Erine yang kuat mengusik mak munah tidak pernah rasa sunyi. Di kampung Erine berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Johan Rizqin. Johan seorang guru bahasa di sekolah rendah kampung itu. 

Selain menjadi cikgu Johan juga bilal di masjid kampung itu. Ini membuatkan Erine bersemagat untuk mengikut mak munah kemasjid setiap waktu subuh . Oleh kerana Johan sering membantu mak munah menyiapkan segala keperluan ini menyebabkan Erine sering berjumpa. Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine.

Johan gembira bila Eirine menjadi guru ganti sekolah tempatnya mengajar . Tetapi hari pertama Erine sudah mendapat kata amaran dari Ain. Ini membuatkan Erine menjauhkan diri dari Johan. Walaupun Erine tidak pernah bercerita apa yang terjadi Johan tahu Erine sengaja menjarakkan diri darinya.  


Erine cuba mencari sebab mengapa Johan dan Ain tidak berkahwin lagi sedangkan mereka sudah bertunang lebih dari setahun. Jawapan yang dicari akhirnya membuahkan hasil . Ain sebenarnya mencintai lelaki lain semasa di maktab perguruan dulu. Tetapi cintanya putus bila lelaki yang dicintai bertunang dengan orang lain. Ain masih menunggu lelaki itu yang tak tahu dimana. Oleh kerana Ain sering menangguhkan perkahwinan, Johan sudah bosan dengan alasan Ain kini memberi alasan kerana menjaga ibunya yang sedang sakit. 

Kehadiran Johan Arif mengingatkan satu cerita lama . 2 tahun dulu ketika Erine ingin belajar di Australia dia dipaksa untuk berkahwin dengan anak kenalan papanya tetapi  Erine enggan.  Mereka hanya bersetuju untuk bertunang dan putus bila mereka berada disana. Ini kerana Johan Arif sudah ada kekasih hati. Janji nak ke Australia bersama tetapi Hohan Arif tidak muncul tiba sudahnya Mak munah turut terbang di Australia. Erine nekad untuk menyuruh mamanya memulangkan cincin pertunangan dan putus tanpa mengenal siapa Johan Arif. Yang tinggal hanya nama . 

Tetapi cikgu ganti yang bernama Johan Arif itu adakah bekas tunangnya dulu. Kehebatan Erine untuk mencari kebenaran tidak dapat disangkal. Selain itu juga Erine dapat tahu juga sebenarnya Johan Arif itulah kekasih Ain . Erine juga menghubungi uncle Jazimin yang terlalu rindukan Johan Ariff. Uncle Jazimin juga bersetuju untuk menyatukan Johan Ariff dan Ain Humaira. 

Hari terakhir Erine di sekolah semasa sambutan hari Kokurikulum sekolah. Ada kejutan yang tidak diduga oleh Erine. Sambutan hari jadi erine tutut diraikan walaupun hari jadi yang betul minggu hadapan. Erine tidak lama disekolah tetapi anak muridnya menghargai kehadirannya. Mak munah turut gembira bila melihat Erine membesar didepan matanya 23 tahun . tetapi ada yang dibimbangkan oleh Mak munah pada tarikh lahir Erine. 


Hafsham sering mendesak Erine agar berkahwin dengannya. Menurut Hasyam , Erine perlu berkahwin dengannya kerana amanah dari arwah ayah Erine. Erine menjadi bingong bila menyatakan Erina adalah anak mak munah . Sebenarnya Johan adalah amanah untuk berkahwin dengan anak mak munah yang bernama Jonana. Tuan Syed sobri ( peguam arwah suami mak munah ) menasihatkan agar tidak memberitahu Erine dahulu . Ini kerana akan membahayakan diri Erine. Oleh kerana desakan Erine mak munah terpaksa cerita lah sebenar. Erine adalah anak kandung mak munah disebabkan harta nya Erine dalam bahaya. Segala harta yang ditinggalkan oleh suami mak munah akan jatuh pada Erine tepat diusia 23 tahun. 

Kerana dendam dan kemarahan 46 tahun dulu Mak tok ( mak tiri arwah suami mak munah ) sanggup membunuh. Johan dan Erine bersetuju untuk nikah sebelum tarikh hari jadi secara sembunyi bagi menggagalkan rancangan Mak tok. Jika diketahui oleh mak Tok kemungkinan Johan turut dibunuh. Tetapi sehari sebelum pernikahan, Erine dicolek. 

Dengan bantuan Hasnah adik mak tok , mereka terselemat. Hasnah membelot kerana terlalu banyak dosa yang dia telah lakukan. Semua ini kerana tamakkan harga yang ditinggalakan oleh suaminya sedangakan arwah suaminya tidak memberi sedikitpun harga peninggalan itu pada mak tok. 

Erine dan Johan dinikahkan akhirnya. Mak munah gembira bila segala yang diamanahkan berjaya digalas. Mak tok mendapat balasnya dan Hafsyam bertemu jodoh juga walaupun bukan dengan Erine. Kenakalan Erine Kebahagian Johan .


Sinopsis dalam novel
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya. 

“Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.”
“Jo..”
“Jo apa? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?”

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran. 

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu. 

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. 

Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

“Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can’ts into cans, and her dreams into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang.”

Kalau tak boleh... paksa sampai boleh! 



Tuesday 13 September 2016

MENANG NOVEL FREE

Yehhhh....
Rasa nak melompat - lompat bila nama saya di sebut sebagai pemenang review novel Terbaik bagimu karya Dayana Darwisy. Ini bukan kali pertama ... Biasanya saya memenangi pertandingan review dari penulis tetapi kali ini dari Penerbit novel sendiri. Sangat Hargai dengan apa yang saya dapat . 



Oleh kerana memenangi 1 novel percuma . Saya meminta hadiah novel terbitan bulan september "SELAMANYA DISISIKU . Saya sendiri tak pasti siapa penulisnya. Yang pasti saya akan buat review yang terbaik untuk novel ini. Terima kasih Penerbitan Bes Q kerana memberi sebuah novel baru. Saya akan tunggu kehadiran novel itu. Muuuuaaaahhhhh..!!!