Wednesday, 7 December 2016

NOVEL 1 PENGAKUAN 9 LUAHAN

....dan luahan yang tak terungkap



Azura Rasiddin ada novel baru. 1 pengakuan 9 luahan itulah tajuk baru novel baru beliau. Saya dapatkan novel ini semasa pergi di pesta buku MAEPS yang lepas. Novel kali ini lebih santai tak berat macam novel sebelum ini. Pendekatan kekeluargaan yang menjadi keutamaan tema novel ini. Novel setebal 844 muka surat ini banyak memberi pengajaran pada yang membaca. Bak kata orang yang baik dijadikan teladan dan yang tak baik tu dijadikan sempadan.

Jom ikuti review dari saya, Kerana tindakan 6 tahun yang lalu Dhira dibuang keluarga. Dhira menerima balasan dari perbuatannya hingga dibantu oleh 1 keluarga cina di singapura. Sejak itu Dhira bangkit semula. Keluarga cina ( auntie Lin ) mengganggap Dhira sebahagian dari keluarganya. 

Selepas 6 tahun Dhira memberanikan diri menjejak kaki di tanah Malaysia. Dengan sedikit kekuatan namun dia tidak menyangka akan bertemu lelaki yang bernama Zafran Ali di hari pertama Dhira menjejak kaki di Malaysia. Pada Dhira mungkin Zafran tidak mengenalinya perubahan pada dirinya kerana Dhira telah berhijab. 

Lain pula pada Zafran setelah 6 tahun baru dia memberanikan diri untuk mencari bekas isterinya. Tanpa diduga , Zafran terkejut dan terkasima melihat wanita yang dirindui menjelma didepan mata. 

Sebulan kepulangan Dhira mereka ditemukan dalam satu projek pengubahsuai rumah kakak Zafran. Dhira yang berkerja sebagai interior designer terpaksa akur dengan tugasan itu. Pertemuan yang agak kaku pada mulanya bertukar perlahan-lahan menjadi lebih selesa. Setiap pertemuan menjadi tanda tanya pada Dhira adakah Zafran masih marah pada dirinya kerana sikapnya 6 tahun dulu.

Selepas projek pengubahsuai rumah selesai Zafran dan Dhira membuat haluan masing-masing hinggalah Dhira berkunjung dirumah Anas. Dhira baru sedar Ali yang sering disebut oleh mak angatnya Ali adalah Zafran. Sejak Itu Hubungan mereka menjadi rapat Seperti tiada apa yang pernah terjadi. 

Zafran masih menyalahkan dirinya kerana dia, Dhira telah dibuang keluarga. Jika Zafran tidak mendesak untuk berkahwin dengan Dhira yang ketika itu sudah mempunyai kekasih yang bernama Anas. Zafran Nekad untuk menyatukan keluarga Dhira semula terutama abang Dhira , Haris. 

Suatu hari ibu Dhira dimasukkan ke hospital. Kerinduan seorang ibu terubat bila anak yang dirindui mengunjunginya. Ini semua rancangan Zafran dan Faizal. Semuanya berjalan lancar hingga Dhira mengumpul kekuatan untuk pulang ke kampung dan memohon maaf dengan ayahnya. Tetapi tidak pada Haris yang masih marah dan benci pada Dhira. 

Hari demi hari Dhira dan Zafran semakin selesa untuk bersama walaupun pada mulanya Kakak Zafran , Zalila memberi amaran agar jangan ganggu hidup Zafran. Selain itu Jannah gadis yang menaruh hati dengan pada Zafran turut tergugat dengan kehadiran Dhira disisi Zafran. 

Tanpa rasa malu Dhira mengajak Zafran berkahwin semula ini kerana Dhira merasakan dirinya sudah mula suka pada Zafran tetapi ditolak oleh Zafran. Tetapi Dhira terkejut bila Zafran menghantar rombongan pinangan di kampung. Ramai yang terkejut bila Zafran membuat keputusan dan menerima Dhira kembali termasuklah Haris. Pernikahan diadakan dalam satu majlis kecil . Selepas nikah Zafran membawa Dhira ke satu tempat yang tanpa diduga.  

Hari kedua menjadi isteri zafran , Dhira sudah ditinggalkan . Perkahwinan mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya. Fei - Fei banyak membantu Dhira agar untuk kuat. Dhira memberi masa untuk Zafran menerima seadalah dirinya. Walau bagaimana pun setiap luahan terlalu banyak halangan yang perlu dilaluinya. Dhira terus bersabar. Dhira ditinggalkan lagi kerana Zafran mengikut kakak dan keluarganya ke Perth Australia bercuti. 


Suatu hari Zafran kemalangan dalam masa yang sama Ken ditahan polis kerana disyaki membunuh kekasihnya Jenny. Auntie Lin meninggal kerana serangan jantung dan terjekut mendengar Ken ditahan polis. Terlalu sukar bagi Dhira untuk melalui perkara itu dalam masa yang sama. Haris terbaca satu laporan dibilik Zafran. Laporan mengenai Dhira yang dibuat oleh Wafi. Haris rasa menyesal kerana semasa Dhira dibuang keluarga hidupnya menderita. Dulu Harislah yang paling rapat dengan Dhira. 


Dhira terharu bila semua 1 penyakuan  9 luahan berjaya dilaksanakan semasa honeymoon mereka di Cappadocia. Kini tiada apa yang dipendam atau dirahsiakan. Mengikis kenangan pahit mereka dan disulami kasih sayang Zafran yang tidak pernah pudar. Malah kini lebih diwarnai.


Sinopsis dari kulit novel
Lelaki itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini? Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!”– Dhira

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali kerterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” – Dhira

“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” – Zafran

Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.

“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” – Zafran

Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.

Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?

No comments:

Post a Comment