Thursday 26 May 2016

NOVEL TAK PERNAH SESAL

Kasihmu ibarat air lautan.
Tak luak dek angin , ribut atau taufan yang melanda ....



Umie Nadzimah tidak mengecewakan peminatnya. Begitu juga karya terbaru Tidak Pernah Sesal. Kata beliau menu skrip yang lama dibiarkan sepi diolah berdasarkan kisah benar yang telah diubahsuai. 


Novel yang mempunyai 621 muka surat ini menyuntik kisah cinta Syed Azeem dan Syarifah Zania ( Lia Hana ). Tidak pernah sesal mengisahkan Syed Azeem yang putus tunang gara-gara bekas tunangnya pergi kahwin di Siam dengan lelaki pilihannya. Sye Azeem sedih bila Zalia ( bekas tunang) bertindak melarikan diri bersama kekasihnya. Pada Zalia, walaupun Syed melayannyanya dengan baik , tetapi Syed Azeem tidak dapat menggetarkan perasaan Zalia bila bersama. Selepas kejadian itu Syed Azeem merawat hati yang lara. Syed Azeem menguruskan kilang perabot ayahnya di Taiping.

Di Taiping , Syed Azeem berjumpa dengan seorang gadis yang bernama Lia Hana yang wajahnya tak tumpah seperti Zalia. Pada waktu itu Syed Azeem yakin gadis itu adalah Zalia. lebih menguatkan lagi bila Syed Azeem menyapa dengan pangilan  'Lia' dan Lia Hana turut menoleh. Walau bagaimana pun Lia Hana menafikan Syed Azeem tersalah orang. Syed Azeem pula tak puas hati terus mengekori Lia Hana. 

Beberapa kali terserempak dan menilik wajah Lia Hana, barulah Syed Azeem yakin itu bukan Zalia, bekas tunangnya. Zalia ada 1 lesung pipit manakala Lia Hana ada 2 lesung pipit. Manis dan cantik. Membuatkan Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Bermacam cara dia lakukan untuk mendekati Lia Hana. Oleh kerana kilang tempat kerja Lia Hana dan Syed Azeem bertentangan. Syed Azeem mengambil kesempatan memerhatikan Lia Hana dari tingkap pejabatnya, agar dia boleh perhatikan Lia Hana dari jauh. 

Layanan yang baik dan perhatian yang Syed Azeem berikan akhirnya berjaya memikat hati Lia Hana. Syed Azeem sanggup merendahkan egonya dan membiasakan diri dengan kehidupan hari-hari Lia Hana.

Namun kisah cinta mereka yang semudah yang disangka. Ayah Syed Azeem tidak mahu menerima menantu yang tidak sama taraf. Ayah Syed Azeem bercita - cita untuk menyatukan semula Zalia dengan Syed Azeem. Zalia yang tidak alasan bila dipujuk dan mendapat lampu hijau dari Ayah Syed Azeem untuk memikat kembali Syed Azeem.

Konflik mereka bermula bila Syed Azeem diperkenal dengan Mak Lia Hana . Mak Lia Hana menetang keras bila mendapat tahu Syed Azeem adalah kerutunan Syed. Demi Ibu Lia Hana menjauhkan diri daripada Syed Azeem walaupun hati memberontak. Ditambah Ibu disahkan mengidap kanser.Tetapi Syed Azeem ni bukan jenis lelaki yang cepat mengalah. Sehingga ke London Syed Azeem mencari Lia Hana dan terus melamar Lia Hana di sana. Lia Hana, sebab dah sayang dan cintakan Syed Azeem, terus bersetuju dan meminta Naim datang untuk menjadi wali buatnya.

Pada saat inilah segala rahsia yang tersimpan terbongkar. Naim bukanlah abang kandung seperti pada sangkaannya. Lia Hana terus balik ke Malaysia untuk mengetahui rahsia yang yang disembunyikan selama ini. Lia Hana adalah anak angkat Jamalia dan mak tiri pada Naim. Sebelum itu Jamlia pernah berkahwin dengan Syed Hanafi ( ayah kandung Lia Hana ). Lia Hana dilahirkan kembar. Oleh kerana ibu kandung Lia Hana terlalu benci pada Lia Hana ( adik ) , Syed Hanafi menyerahkan adik pada Jamalia ( bekas isteri ). Ini berlaku kerana perkahwinan Syed Hanafi dan Jamalia tidak direstui keluarga.

Setelah Lia Hana diserahkan pada Jamalia , Jamalia menukar nama Sharifah Zania kepada Lia Hana agar kehidupan Lia Hana lebih selamat. Ibu kandung Lia Hana sengaja membenci anak itu kena ingin membalas dendam dan menyakiti hati suaminya.

Kerana Itulah Mak Lia Hana sangat menentang kerat bila Lia Hana ingin berkahwin dengan keturunan Syed. Mak cik Jamalia tidak mahu nasib Lia Hana jadi sepertinya. Berkahwin tanpa restu keluarga. Pada mata mak cik Jamalia Naim lah lelaki yang boleh menjaganya ketika mak cik Jamalia tiada didunia kelak.

Zalia tidak menyangka dia akan bertemu dengan kembarnya Lia Hana. Zalia baru sedar mengapa Syed Azeem mencintai Lia Hana kerana wajah mereka iras sama. Dengan bantuan Naim Syed Hanafi mengetahui keadaan Lia Hana. Penyatuan keluarga yang lama terpisah amat dihargai Lia Hana walaupun pada mula Lia Hana sukar untuk mempercayai apa yang berlaku.

Cinta banyak laut kata Syed Azeem pada Lia Hana disatukan bila keluarga merestui perhubungan mereka. Dendam yang bertahun dileraikan dengan kemaafan.


Sinopsis dari kulit novel 
Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diri untuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem.


“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan.

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.

“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes'. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…”

Adakah rancangan mereka untuk nikah jauh itu berjaya? Sedangkan kedua-duanya adalah anak yang baik dan sangat taat kepada orang tua masing-masing. Dalam masa yang sama, Sharifah Zalia muncul kembali untuk menagih kasih.

Bagaimanakah kesudahannya ‘cinta banyak laut Syed Azeem terhadap Lia Hana?'

Ikuti kisah mereka dalam TIDAK PERNAH SESAL..

Thursday 5 May 2016

PESTA BUKU MAEPS SERDANG 2016

Pesta buku biasanya akan diadakan di PWTC tetapi tahun ini diadakan di MAEPS Serdang. Perjalanan kami semakin jauh ,perjalanan kami bermula ;-


Mermula pukul 2 petang saya dan anak - anak ke komuter Batu caves . Tambang menaiki komuter untuk ke Serdang RM 4.60 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 2.30 sahaja. Sampai di komuter Serdang saya terpinga - pinga untuk pergi MAEPS. Tetapi oleh kerana ramai orang yang ingin  perkunjung pesta buku, Saya dan anak - anak mendapat petunjuk sebuah bas rapid KL tulis MAEPS. Saya yakin itulah bas yang perlu di naiki. Pada awalnya saya diberitahu ada perkhidmatan bas percuma untuk ke MAEPS tetapi jangkaan itu meleset.  

Meneruskan perjalan dengan membayar RM 2.00 untuk perjalanan ke MAEPS menggunakan perkhidmatan bas. Lebih kurang 20 - 30 minit juga. Rasa macam lama didalam bas tu. Sampai di MAEPS kami terpaksa melangkah anak tangga yang banyak. Tak cukup anak tangga kami terpaksa menggunakan askelator pulak ( nampak tak jauh baru nak sampai ). 

Kami disambut mesra oleh seorang gadis yang menjaga bihabagian hadapan. Dia menerangkan bagaimana untuk mengunjugi pesta buku yang dimaksudkan. Di blok A dan C sahaja digunakan dan dibahagian kanan kami pameran IPTA juga diadakan. 

Kami terus melangkah ke blok A dimana terdapat Pesta buku yang menjual buku rujukan sekolah , terbitan-terbitan novel masa kini . Mungin saya tak biasa di tempat itu, saya rasa susah nak cari tempat yang nak dituju. Saya jalan-jalan dengar orang lelong buku cerita untuk kanak-kanak dengan harga seringgit. 

Buku cerita untuk anak-anak 

Novel terbaru keluaran Karyaseni 

Masa pergi Karyaseni ada jumpa artis dari drama Tundukan Playboy itu. Tapi saya tak bergambar pun. Sebab ramai kot. Saya ingin mencari beberapa novel lagi tapi pusing - pusing tak jumpa. Mungkin salah pusing agaknya. Kalau di PWTC saya akan ke Karyaseni , Kakinovel , Lovenovel (LNP) dan beberapa lagi. Saya hanya jumpa Karyaseni je. Macam tak puas hati . Sebenarnya kaki dah penat. Dalam pusing-pusing terlihat satu boorth yang sangat kecoh. Saya cuba dekat dan bertanya kenapa ye?? 

"Akak ada satu minit untuk mendapatkan buku Impian Jutawan Budak Setinggan dengan harga RM 15.00" - masa tu rasa nak melompat- lompat . Saya ambil satu lepas bayar adik manis tu kata lagi. "Akak boleh minta tandatangan dengan Rosyam Nor kat tepi sana"  rasa seronok sangat. Rosyam Nor siap cakap dengan anak Cantik rambut boleh pinjam. Hahahaha. Rosyam Nor tu memang seoarang yang ramah . Buku dah sign mestilah kena ambil gambar. 




Dah penat pusing - pusing kami ambil keputusan untuk balik sekitar pukul 6.30 petang. Berehat kejap makan - makan kat situ . kat situ disediakan foods truck juga ada. Kalau nak makan tak perlu risau sebab banyak pilihan. 

Lepas tu makan dan minum sambil jeling - jeling Rosyam Nor makan kat sebelah meja kami . Dia bawak isteri dan anak ket meja tu . Perut pun dah kenyang kami pergi ke tempat bas yang disediakan. 

Tuesday 3 May 2016

ROSYAM NOR IMPIAN JUTAWAN ANAK SETINGGAN

" Kebetulan belum cukup untuk menjadi kenderaan menuju kejayaan". aku ada rahsianya


 Siapa yang tidak kenal dengan pelakon terkenal dan pengarah drama dan Filem tanah air. Saya terpanggil untuk memiliki senaskah buku kisah hidup beliau sebelum kejayaan yang dimiliki sekarang ini. Semuanya bermula selepas menonton Inspirasi Hlive disaluran Astro minggu lalu.  Mungkin ramai orang tidak sedar Rosyam nor yang tidak membabitkan diri didunia lakonan beliau menceburi bidang pertanian dan ternakkan. 

Saya cukup kagum melihat beliau gigih untuk berjaya walaupun beberapa kali gagal. Kegagalan semalam membuat dia bangkit hingga ke hari ini. Saya menjadikan Rosyam nor sebagai idola saya untuk berjaya. Saya tidak menyangka saya akan berjumpa dengan Rosyam Nor sangat mudah. Itulah orang kata kalau nawaitu itu baik segala urusan dipermudahkan. 

Buku mengisahkan kehidupan Rosyam nor dijual senaskah RM 24.90 sahaja . Tetapi saya antara pembeli yang mendapat harga durian runtuh RM 15.00 dan mendapat tandatangan dari beliau sendiri. Buku yang mempunyai ketebalan 200 muka surat penuh dengan kisah kehidupan dan kejayaannya. Setiap kejayaan tidak datang bergolek . Jom ikuti kisah benar Rosyam nor didalam buku Impian Jutawan anak setinggan. 

Sedikit sinopsis 
Berapa ramaikah antara kita yang terpaksa berkongsi berus gigi satu keluarga? Atau pernahkah ibu kita terpaksa mengambil upah membasuh pakaian jiran demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya yang disayangi? 

Ikhlasnya, cerita sedih ini bukan rekaan tetapi satu realiti dalam kehidupan aktor Rosyam Nor satu ketika dahulu. Bermula sebagai budak setinggan, dia kini menjadi seorang jutawan apabila berjaya dalam bidang lakonan serta menerbitkan pelbagai drama bermutu. 

Malah Rosyam juga tidak percaya bangunan RTM yang satu ketika dahulu pernah dimasuki secara curi-curi untuk menonton Hiburan Minggu Ini, telah berjaya dimasukinya secara sah sebagai artis dan pengacara. 

Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon muda dan pembaca lain dalam bidang kerjaya, gaya hidup berdisiplin dan cara menghadapi cabaran untuk berjaya.

Mengakui telah melalui pelbagai rintangan sepanjang hidupnya, pelakon berusia 49 tahun ini telah berkongsi segalanya dalam autobiografi yang bertajuk, Impian Jutawan Budak Setinggan.

Menerusi buku ini, Rosyam Nor mencerita segala yang dihadapi olehnya sehingga berjaya dan dia berharap agar perkongsiannya ini akan menjadi pengajaran kepada pembaca.

“Pembaca akan mengetahui kisah hidup saya, yang pada dasarnya adalah perjalanan yang membawa saya ke sini. Saya bangga untuk berkongsi perjalanan ini dengan peminat kerana siapa tahu, mungkin terdapat beberapa pengajaran yang berguna bagi mereka.



 Sedikit kenangan bersama Rosyam Nor semasa di MAEPS Serdang 1/5/2016 yang lalu.