Saturday 9 July 2016

NOVEL SI KOLOT SUAMIKU

Si kolot itulah yang membuatkan aku nanar dengan cinta!



Si kolot suamiku menjadu pilihan review kali ini. Novel ini bakal diadaptasi disaluran Astro Ria tidak lama lagi. Novel yang mempunyai 693 muka surat ini saya kategerikan sebagai novel romantik komedi. Pada sesiapa yang pernah membaca pasti tak kering gusi . 



Jom ikuti review dari saya untuk novel ini. Novel ini menceritakan kisah Tengku Raden Emranuddin @ lebih selesa dikenali sebagai Kudin oleh penduduk kampung. Kudin mempunyai ladang dan kolam ikan keli. Miskipun mempunyai kelulusan dari luar negara Kudin lebih selesa duduk dikampung. Baginya semua hasil yang diperolehi adalah dari hasil titik peluhnya sendiri. Kudin juga ada memendam rasa terhadap gadis kampung yang bernama Lisa tetapi ditolak mentah-mentah oleh Lisa kerana Kudin seorang yang tidak berharta dan hanya orang biasa.



Tengku Nur Edrina seorang gadis yang moden dan dibesarkan dengan kemewahan. Hidupnya hanya berhibur dan bersuka ria bersama teman. Keengganan Edrina menggalas tanggungjawab di semarak Holding memaksa papanya Tengku Ahmad Ehsan mencari pewaris tunggal Tengku Zarith arwah mak longnya, Tengku Emran. Impian Edrina hanya satu , ingin menjadi suri rumah sepenuh masa walahal calon suami pun tidak pernah ada. 



Tengku Ahmad Ehsan membawa isteri dan Erdina ke satu kampung dimana tempat tinggal tengku Emran @ Kudin . Tengku Ahmad Ehsan cuba menyampaikan Hasrat Nenda agar Kudin dapat menerajui  di Semarak Holding. Dalam masanya sama Kudin juga mempunyai pegangan saham yang ditinggalkan untuknya. Kudin tidak memberi jawapan hingga Kudin kerumah Tengku Ahmad Ehsan dan menolak secara baik kerana dia berat hati untuk meninggalkan kolam ikan kelinya. Kudin juga bercadang untuk membesarkan lagi ladangnya dengan mengusahakan tanah peninggalan neneknya. Di situlah detik permulaan pertemuan Kudin dan Erdina  bermula. 



Sejak itu mereka sering bertelagah dan ada saja yang yang tak kena. Pada Kudin Erdina seorang yang sombong dan menjengkelkan. Mana Kala Erdina menganggap Kudin seorang yang selekeh , kolot dan kekampungan. Oleh kerana Kudin dan Erdina enggan menerima tawaran berkerja di Semarak Holding. Nenda,Tengku Zainab mensyaratkan agar Kudin dan Erdina dikahwinkan. Edrina telah meminta wang hantaran yang tinggi dan dipersetujui oleh ibu Kudin tetapi dengan syarat selepas mereka berkahwin mereka berdua harus menetap dirumah pusaka nenek Kudin dihujung kampung, selepas berkahwin mereka berpindah ke rumah yang disediakan. Alangkah terkejutnya Edrina yang rumah itu usang dan hampir dengan tanah perkuburan serta segalanya serba kurang dalam rumah.

Pertelingkahan mereka umpama anjing dan kucing yang akhirnya menerbitkan bibit cinta Edrina terhadap Kudin yang selama ini dianggap kolot. Bibit cinta itu dirasai bila Erdina dan Kudin berjauhan. Dimana Tengku Ahmad Ehsan terlantar dihospital akibat serangan jantung. Saat cinta mereka mekar muncul semula Lisa merayu dan meraih cinta Kudin yang pernah di hinanya dulu, saat itu timbul rasa cemburu Edrina terhadap Lisa sehingga tercetusnya pertelingkahan.

Lisa baru sedar Kudin yang pernah dihina dulu sebenarnya pemegang saham Semarak Holding. Ini semua terbongkar bila Lisa dan kekasihnya menghadiri majlis perkahwinan Kudin dan Erdina. Lisa menyesal kerana tidak membalas cinta Kudin dulu kerana Lisa terlalu bangga dengan kekasihnya seorang yang kaya dibandar.

Cemburu Erdina semakin menebal, pada Erdina mengajak Kudin berkerja di semarak Holding adalah yang terbaik untuk menjauhkan diri dari Lisa yang sering mendempel suaminya. Memandangkan keadaan Tengku Ahmad Ehsan yang tidak sihat tiada orang yang ingin menerajui syarikat. Kudin masih dengan egonya dan enggan menerima tawaran itu . Kudin akan memberi alasan yang sama sayang untuk meninggalkan ladang dan ikan keli.


Keadaan lebih keruh bila Erdina kehilangan anak dalam kandungan akibat dari pergaduhan dengan lisa. Erdina membenci Kudin kerana menganggap Kudin menipu hubungannya dengan Lisa. Walaupun sudah diperjelaskan. Lisa rasa gembira bila perkahwinan Kudin dan Erdina seperti telur dihujung tanduk. Lisa mengambil peluang untuk menawan hati Kudin. Hati Erdina hancur melihat Lisa terus mendekati Kudin saat Erdina baru kehilangan anak dalam kandungan tanda cintanya pada suami. 



Erdina mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur dan meninggalkan Kudin sendiri dikampung. Hari berganti minggu hingga berganti bulan. Erdina mengharapkan Kudin menghubunginya tetapi hampa . Tiada sebarang berita dari Kudin. Erdina menganggap Kudin sudah melupakan janji yang pernah diucapkan oleh suaminya. Erdina bangkit dan membantu papanya menerajui di Semarak Holding. Kudin semakin tertekan bila Lisa dan ayahnya semakin mengasak hidupnya. Atas nasihat ibunya Kudin bangkit semula. Kudin menyerahkan apa yang di mahukan oleh ayah Lisa dan dan Kudin tidak mahu kehilangan cinta Erdina. Lisa hanya mahukan hartanya bukan cinta dari Kudin.


Selepas enam bulan Erdina terkejut bila melihat suaminya dilantik sebagai GM  (General manager) di Semarak Holding. Erdina terpaksa menjadi orang bawahan Tengku Emran. Tengku Emran tidak mahu lagi menggunakan nama Kudin lagi kerana dengan nama Kudin , Kudin telah banyak melukakan hati orang yang dia cintai . Bermulalah episod pujuk memujuk isteri yang merajuk panjang. 



Emran juga menggunakan kuasa ibu untuk memujuk isterinya. Isterinya sangat mendengar kata ibu mertuanya.Lama kelamaan hatinya mula untuk menerima Emran. Rindu yang menebal pada suaminya akhirnya terlerai bila sisuami tidak putus-putus menyirami Kasih sayang yang tidak pernah padam.



Sinopsis dari kulit novel

“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?




Episod 1
Tengku Raden Emranuddin @ Tengku Emran baru dilantik menjadi CEO baru di Semarak Holding. Tengku Edrina terkejut dengan kehadiran Tengku Emrann. Tengku Edrina sengaja menjauhkan diri dengan Tengku Emran. Tetapi tidak pada Tengku Emran sengaja membawa dirinya dekat pada Tengku Edrina. Hingga Tengku Emran sanggup perpakat dengan driver Tengku Edrina. Tengku Emran terus memujuk hati isterinya yang sudah lama ditinggalkan. Terlalu banyak kenangan bersama yang sukar dilupakan.Tengku Edrina kecewa dengan apa yang terjadi. Kesal mengapa semua ini perlu dia lalui seorang diri. Semuanya bermula dari kisah pertemuan Tengku Emran @ Kudin. Kudin seorang budak kampung mengusahakan perusahaan ikan keli , mana kala Tengku Edrina hidup dilimpahi kemewahan tanpa batasan. 

Episod 2
Tengku Edrina suka menghabiskan duit dengan bershopping dan melancong. Tengku Edrina tidak pernah mengambil tahu hal syarikat. Ini yang memeningkan kepala Tengku Ehsan , anak gadisnya enggan mengambil alih hal syarikat. Atas desakan Tengku Zainab , Tengku Ehsan terpaksa mencari Tengku Emran. Tengku Zainab memegang amanah arwah suaminya agar menjodohkan Erdina dengan Tengku Emran. Yang merunsingkan mampukah Tengku Emran menerima Erdina yang dilayan bagai puteri. Kudin gembira dengan hidupanya sekarang disamping mak kunah ( mak angkat ). Mak kunah tidak pernah dilayan seperti orang lain. Pada Kudin Mak kunah adalah segalanya. Di kampung Kudin , Kudin selalu bimbang pada sikap Wak sukiman yang selalu manganggap kolam ikan seperti miliknya. Hasil kolam diambil sesuka . Lisa seorang gadis yang cantik selalu memandang rendah pada Kudin. Lisa juga merupakan anak kepada Wak sukiman. Tengku Ehsan mengambil keputusan untuk kekampung Tengku Emran untuk berbincang mengenai syarikat dan amanat arwah ayahandanya. Edrina dipaksa ikut bersama. Dikampung bermulalah pertemuan mereka. 

Episod 3
Dalam mencari udara luar , edrina terkejut dengan kehadiran Kudin lalu jatuh ke dalam takungan kumbahan. Ini meriuhkan keadaan bila Edrina menjerit tidak puas hati. Lisa membawa teman lelaki merangkap bos ditempat kerja. Wak sukiman gembira bila Lisa pandai memikat lelaki kaya. Wak sukiman membawa Gibriel ke kawan kolam ikan dan menyatakan kolam ikan itu miliknya. Kudin hanya sekadar mendengar. Lisa sangat berbangga memilih Gibriel sebangai kekasihnya. Lisa juga sengaja menunjuk-nunjuk yang dia mempunyai kekasih yang kaya tidak seperti Kudin. Kehadiran Keluarga Tengku Ehsan memeranjatkan Kudin. Pada Kudin kehidupannya adalah dikampung. Tengku Ehsan menyampaikan hasrat mengapa dia bertemu Kudin tetapi dipandang sepi. Kudin tidak memberi jawapan apa-apa. Mak Kunah mengajak Kudin ke Kuala Lumpur untuk menziarahi nenda ( Tengku Zainab ). Kedatangan Kudin mengejutkan Edrina. 

Episod 4
Di Kuala Lumpur , Tengku Ehsan memunjukan Semarak Holding pada Kudin , Walaupun Kudin berat hati untuk memberi keputusan untuk menerima cadangan Tengku Ehsan. Disini nenda memainkan peranan untuk menyuruh Kudin menerima tawaran untuk berkerja di Semarak Holding tetapi jawapan tetap sama. Kudin dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran berkerja di semarak Holding. Kudin lebih senang mengusahakan perniagaan sendiri. Oleh kerana Edrina dan Kudin enggan berkerja di semarak Holding Nenda memaksa mereka berkahwin untuk mendapatkan generasi baru yang akan mewarisi Semarak Holding. Jika Edrina enggan semua alaun akan dihentikan. Edrina terpaksa akur dengan syarat Kudin pun bersetuju untuk berkahwin dengannya. Mak kunah memainkan agar Kudin bersetuju untuk berkahwin dengan Edrina. Edrina terkejut dan tidak menyangka Kudin bersetuju untuk berkahwin dengannya. 

Episod 5
Rombongan datang merisik dari keluarga kudin bertukar menjadi majlis bertunang. Edrian mengenakan hantaran yang tinggi. Mak Kunah terima tetapi bersyarat. Selepas berkahwin Edrina terpaksa duduk dirumah peninggalan nenek Kudin di kampung. Segala persiapan dilakukan oleh keluarga Edrina. Lisa terkejut bila mendengar Kudin akan berkahwin. Lisa tidak menyangka lelaki seperti Kudin ada perempuan suka. Gibrael mengajak Lisa ke majlis perkahwinan kawannya. Lisa yang terkejut pengantin lelaki itu adalah Kudin. Semua ahli keluarga gembira bila semua majlis perkahwinan Edrina dan Kudin selesai. 

Episod 6

Ayahanda dan bonda Edrina mohan agar Edrina berubah. Selepas pergi ke majlis resepsi Edrina , Lisa rasa menyesal kerana tidakcuba mendapatkan Kudin. Lisa baru tahu Kudin dari keluarga orang kaya dan kerabat. Nama Tengku bukan pada nama tapi Tengku dari keturunan. Hubungan Lisa dan Gibrael semakin dingin. Badrul kesal pada papanya yang tidak pernah untuk bersetuju untuk meminang Edrina untuknya. Ini kerana papa Badrul tidak mahu menerima malu dengan sikap Badrul yang tak elok. Papa Edrina dan papa Badrul berkawan lama.  Majlis sambut menantu diadakan dikampung Kudin . Lisa sengaja mengambil kesempatan untuk bermesra dengan Kudin. Kehadiran Liasa diperhatikan oleh bonda Edrina tetapi Mak kunah cuba menjernihkan keadaan mengatakan lisa kawan Kudin dari kecil. Edrina susah untuk menerima keadaan untuk hidup dikampung. Perlahan lahan Kudin cuba memujuk isterinya. Seperti yang dijanjikan Kudin dan Edrina kerumah baru mereka iaitu rumah pusaka nenek Kudin di hujung kampung. 

Episod 7
Alangkah terkejutnya Edrina melihat rumah yang bakal tinggal bersama en. suami. Edrina membayangkan dia akan tinggal seperti rumah nendanya di kuala Lumpur. Rumah peninggalan nenek Kudin banyak kekurangannya. Bilik air di luar rumah , mandi air perigi semua perkara yang sukar untuk diterima oleh Edrina. Kudin yang suka mengusik isterinya ini membuat rumah mereka akan menjadi riuh rendah. Rumah itu juga tidak mempunyai TV. Ini menambahkan kesunyian pada diri Edrina. Kerana kesunyian itu juga , Edrina berlajar membuat kerja - kerja rumah yang selama ini dilakukan oleh orang gaji. Kudin tahu kekurangan isterinya. Dia akan balik dan membawa makanan untuk Edrina. Hinggalah satu hari Kudin meninggalkan Edrina dirumah tanpa membawa makanan. Edrina merajuk panjang. 

Episod 8
Puas Kudin cuba memujuk Edrina tetapi gagal. Jalan terakhir Kudin memaksa Mak Kunah untuk memujuk Edrina yang merajuk. Kehadiran Mak Kunah dirumah Kudin membuat Edrina sengaja mengadu yang Kudin selalu membulinya. Bila melihat keadaan rumah Kudin , Mak Kunah mula bising membiarkan Edrina hidup dalam serba kekurangan. Kerana tak sanggup melihat Mak kunah membebel , Edrina dan mak Kunah keluar membeli barang keperluan. Edrina seronok bila segala hajatnya tercapai.  Mak Kunah gembira bila melihat kebahagiaan Kudin dan isterinya. Lisa tiba - tiba balik kekampung , kepulangannya diragui oleh ibunya. Ibunya tahu Lisa mempunyai muslihat tersembunyi.  

Episod 9

Selepas kepulangan Mak Kunah , Kudin sudah terbiasa tidur sebilik dengan Edrina. Edrina seperti merelakan keadaan itu berlaku. Setiap pagi Edrina akan mengikut Kudin kerumah Mak Kunah untuk belajar masak. Edrina sangat teruja belajar masak , makanan suaminya. Tetapi malangnya kerana Edrina tidak kenal antara daun pandan dan bunga kantan . Masakkan yang dimasak tidak boleh dimakan. Mak kunah tak marah kerana dia tahu menantunya orang baru dalam dunia dapur. Lisa sengaja mencari Kudin di kolam ikan . Alangkah terkejut bila Mokhtar memberi tahu Kudin kini sibuk menguruskan kolam barunya.  Kudin pula tidak selesa dengan kehadiran Lisa. Berita belajar memasak disambut gembira oleh Tengku Ehsan dan Isteri. Mereka rasa bersyukur mendengar perubahan Edrina. Edrina kadang kala singgah di kolam ikan tetapi hatinya sakit bila Lisa turut berada di kolam ikan sedang mengunggu Kudin. Perasaan cemburu datang bila Lisa menyatakan Kudin sayang pada dirinya. Kerana terlalu marah Edrina menolak Lisa kedalam kolam ikan. 

Episod 10
Edrina merajuk , Kudin cuba jelaskan pada Edrina yang dia tiada apa-apa hubungan dengan Lisa. Edrina cuba mengambil kesempatan untuk balik ke Kuala Lumpur berjumpa ayahanda dan bonda . Kudin cuba membantah tetapi demi Edrina , akhirnya Kudin menurut sahaja kehendak Edrina untuk balik Ke Kuala Lumpur. Walaupun dia berat hati untuk berpisah dengan isterinya. Edrina gembira bila berjumpa dengan keluarganya dan teruja untuk bercerita yang kini Edrina sudah pandai buat kerja rumah dan memasak. tetapi tidak pada Kudin yang terpaksa berpisah dengan Edrina. Sebelum pulang kekampung Edrina menyurakan agar Kudin tinggal di Kuala Lumpur untuk menerajui Semarak Holding. Kudin tetap tengan pendiriannya untuk terus menetap di kampung dengan kolam ikannya. Sehari dua masih tidak terasa tetapi hari keempat Edrina sudah tidak senag duduk rindukan Kudin. Akhirnya Edrina mengambil keputusan untuk balik kekampung. Kudin teruja melihat isterinya sudah balik. 

Episod 11

Mak Kunah meminta tolong Lisa untuk menghantarnya ke rumah Kudin. Lisa juga mengambil kesempatan melihat keadaan rumah Kudin dan Isteri. Kehadiran Lisa mengundang rasa tak puas hati pada Edrina. Lisa yang tidak faham bahasa dengan sindiran Erdina terus duduk dirumah Kudin hingga lewat malam. Balik saja dari rumah Kudin , Lisa sengaja mengapi-apikan Wak sukiman dengan mengatakan Edrina menghabiskan duit semuanya untuk Edrina . Wak Sukiman menghasut Lisa agar Lisa boleh menjadi isteri kedua Kudin. Lisa merasa seronok bila Wak Sukiman memihak padanya. Wak Sukiman datang untuk menuntut keuntungan projek baru Kudin. Kudin enggan memberi kerana projek baru tidak ada kena mengena dengan Wak sukiman. Wak sukiman terus mendesak walaupun dia tahu projek baru Kudin tidak ada kena mengena-gena dengan dirinya. Kesihan tengku ehsan semakin merosot. Tengku Ehsan risau tiada orang untuk menguruskan Semarak Holding. Edrina disahkan mengandung. Kudin adalah orang yang paling gembira. Berita gembira itu diberitahu kepada Tengku Ehsan. Kudin terus marah pada Lisa kerana sering menggangunya dikolam. Kudin tidak mahu menyakitkan hati Edrina yang kini berbadan dua.   

Episod 12
Sejak Edrina disahkan mengandung. Keinginannya tahap super mewah. Hingga Kudin pening untuk memenuhi permintaannya. Permintaan gelang emas , rantai emas , setiap hari. Semakin hari Edrina semakin malas dan suka tidur. Edrina juga mahukan Kudin sentiasa disisinya. Lisa semakin marah bila Kudin tidak memperdulikan dirinya. Apa saja yang Lisa lakukan dibiarkan bagai angin lalu. Tengku Ehsan menawarkan Badrul menjadi CEO Seramak Holding tetapi cadangan itu tidak dipersetujui oleh ayah Badrul. Kesihatan Tengku Ehsan semakin uzur. Tetapi disembunyikan kerana tidak mahu isteri dan bondanya risau. Sakit yang disembunyikan terbongkar juga bila Tengku Ehsan mendapat serangan jantung dirumah. Tengku Zainab dan menantunya panik bila melihat keadaan anaknya. Tengku Ehsan dimasukkan ke hospital. Kudin terkejut bila mendapat panggilan talifon dan dia membawa Edrina balik ke Kuala Lumpur. Sampai di hospital keadaan Tengku ehsan masih lemah. Edrina terlalu sedih hingga Edrian mengabaikan kesihatannya. Kudin cuma memujuk Edrina agar kuat dan memberi sokongan pada ayahanda. 

Episod 13
Keadaan Tengku Ehsan semakin baik selepas menjalani pembedahan. Selepas beberapa hari Kudin pulang kekampung dan Edrina dibiarkan tinggal bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Perasaan rindu datang mengundang bila duduk berjauhan. Edrina mengambil keputusan untuk balik kekampung bila Edrian merasakan Lisa semakin seronok mengoda Kudin bila dirinya tidak bersama Kudin. Kudin gembira bila Edrina balik. Lisa semakin berani datang ke rumah Kudin untuk mengganggu Edrina. Edrina tidak puas hati bila Kudin ambil tidak peduli masalah Lisa. Ini membuatkan Edrina terus mendesak agar Kudin duduk di Kuala Lumpur untuk menolong ayahandanya yang tidak berapa sihat. Edrina juga bertanya pada mak kunah tentang perhubungan Kudin dan Lisa. Mak kunah faham dengan sifat cemburu menantu kesayangannya. Mak kunah juga tidak mahu Edrina terus memikirkan perkara yang remeh hingga mengganggu kandungannya. Kebetulan Edrina ada di kolam ikan, Kudin marah bila Lisa terus mengganggunya. Tiba-tiba lisa bertindak untuk menolak Edrina kerana menghalangnya untuk bertemu dengan Kudin. Edrina jatuh dan menerang kesakitan. 

Episod 14
Kudin tidak boleh terima kenyataan bila doktor mengesahkan Edrina keguguran. Edrina terlalu kecewa bila mendapat tahu anak dalam kandungannya telah tiada. Edrina dijaga oleh bonda dan dibawa ke Kuala Lumpur kerana emosi Edrina terganggu. sebelum balik ke kuala lumpur Edrina ternampak Lisa dan Kudin di kolam ikan. Edrina kecewa kerana Kudin tidak serik apa yang sudah berlaku. Lisa merasa bersalah tetapi wak sukiman terus mendesak agar Lisa terus merebut hati Kudin yang kini kesunyian ditinggalkan isteri. Kudin meratapi ketiadaan Edrina. Mak Kunah menasihatkan agar Kudin memujuk Edrina. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri dan Kudin juga mempunyai tanggungjawab di Kuala Lumpur. Adrina terus termenung merindukan kehadiran Kudin tetapi malangnya Kudin tidak bertindak apa-apa. Tangisan Edrina terus mengalir menyesali apa yang berlaku.  

Episod 15
Orang kampung percaya dengan fitnah yang ditaburkan oleh wak sukiman mengatakan Kudin tidak mengenang budi. Selepas Edrina tinggalkan Kudin sendiri di kampung. Kudin seperti orang putus harapan. Edrina mengambil keputusan untuk berkerja di semarak holding. Pencapaian Edrina sangat membanggangkan. Badrul terus berusaha untuk merapatkan dirinya dengan Edrina. Edrina terus menolak kerana Edrina masih menunggu Kudin. Tengku Zainab susah hati melihat keadaan Edrina. Tengku Zainab mengambil keputusan untuk ke rumah Kudin dan memberi kata dua sama ada kudin lepaskan Edrina ataupun duduk di kuala lumpur. Kudin mengambil keputusan untuk ke kuala lumpur. kudin dilantik sebagai CEO. Kudin gembira dapat berjumpa isterinya yang dirindui. Edrina masih merajuk walaupun dipujuk oleh Kudin. 
Episod 16
Badrul memberi amaran agar Kudin tidak terus mendekati Edrina. Segala pujuk memujuk menemui jalan buntu. Kudin membawa mak Kunah untuk memujuk Edrina. Kehadiran mak kunah menceriakan Erdina , dalam masa yang sama mak kunah menasihatkan Erdina agar menerima Kudin seadanya. Erdina sedar selama ini dia terlalu mementingkan diri. Edrina mencari kepastian adakah Kudin mencintainya. Bila telah yakin Edrina menerima Kudin semula. Itu pun setelah Lisa datang memberi penjelasan yang dia sebenarnya mencintai Kudin adalah semata-mata kerana wang ringgit Kudin. Lisa melakukan semua itu kerana ingin membuatkan Edrina akan meninggalkan Kudin. Lisa tahu sebenarnya Kudin tidak pernah mencintai dirinya. Cinta Kudin hanya untuk Erdina. Tengku Ehsan dan Tengku Zainab bersyukur bila melihat Edrina dan Kudin berbaik semula. Selepas 5 tahun Keharmonian rumah tangga Kudin dan Edrina lebih bercahaya dengan kurniaan anak yang bernama Bella. Anak yang comel yang sentiasa menghiburkan hati Kudin dan Edrina. Mokhtar berkahwin dengan pasangannya dan turut dikurnikan cahaya mata. 

RAMADHAN AKU 2016

Alhamdulillah.... Ramdhan yang ditunggu tiba dan disambut dengan kesyukuran.Sebagai seorang umie, saya mengimpikan menyediakan Juadah berbuka puasa dan bersahur dengàn air tangàn sendiri.

Bulan puasa saya rasa lebih bersyukur , Allah menyempurnakan impian saya . Di bulan ramadhan ni kami berkumpul sekeluarga. Makan sama-sama, berkongsi makanan walaupun sedikit itu dah cukup membahagiakan. Saja nak berkongsi 30 hari ramadhan menu juadah kami. Sepuluh hari pertama dengan penuh semangat.

Ramadhan pertama
Masak lemak ayam lemak cili padi.

Ramadhan kedua
Masak paru bercili

Ramadhan ketiga
Masak ketam maak merah


Ramadhan keempat
Masak daging kari

Ramadhan kelima
Masak bawal masak pedas

Ramadhan Keenam
Masak kicap ikan cencaru

Ramadhan ketujuh
Masak ayam kari

Ramadhan kelapan
Masak udang sambal petai

Ramadhan kesembilan
Masak ikan kembung lemak cili padi

Ramadhan kesepuluh
Masak ayam sambal

Memang bestlah bila sepuluh hari pertama saya mampu masak untuk juadah berbuka puasa untuk anak - anak dan suami. Bila hari ke sebelas aku mula membeli kerana kesihatan yang kuràng membantu. Doktor kata aku diserang over stress BP 180/110. Mungkin kerja yang terlalu banyak dan tekanan yang tidak dapat dielakkan. Sejak itu saya jarang memasak. Doktor juga menasihatkan agar terus mengambil ubat secara berterusan. 

Nak cerita sikit ramadhan ke 17 saya mengambil keputusan untuk berbuka puasa iluar. Penat bershopping raya kami singgah di sebuah restoran pappa rich selayang mall. Anak - anak teruja dengan memesan makanan mereka. Berbuka dengan penuh semangat tetapi aku makanan yang dipesan tak kunjung tiba. Saya mengambil keputusan untuk membatalkan pesanan dan membayar makanan yang kami terima.  Saya faham mungkin ramai orang hingga makanan saya pesan tertingal. Oleh kerana kesilapan pihak restoran says diberi diskaun tanda pihak restoran memohon maaf. 


Saya masih ingat lagi muka pelayang restoran ketika itu. Muka rasa bersalah kerana kelalaiàn mereka. Mungkin kerana tàkut saya mengadu ke pihak pengurusàn mereka atas kelalaian mereka.

Nak cerita pasal persiapan raya. Kami hanya buat persiapan yang sederhana. Baju raya kami tak beli baru. Malah memakai semula baju lama. Bak Kata anak lelaki saya " kita pakai baju tahun dulu semalam ( dua tàhun lepas). Itu untuk anak lelaki dan suami manakala anak perempuan dan saya memakai baju tema dimajlis perkahwinan anak buah yang lepas. Jimatkan.... Yang penting warna masih sedondon.

Kueh raya ini part paling suka. Setiap tahun saya akan mengambil cuti tahundengan alasan buat kueh raya tapi habuk pun tak ada. Tahun saya mencuba satu resepi di internet. memang menjadi. Crunchy Caramel namanya. Bahan yang mudah dan cepat.


Dapat 3 balang juga, 1 balang akan saya bawa ke rumah mak mertua bagai buah tangan. Tahun ni kami beraya di Temerloh Pahang. Tempat kelahiran En. Suami. Sejak arwah mak dah tak ada kami sebulat suara untuk beraya dipahang setia tahun. Lepas tu kami akan ke Perak menziarah kubur arwah ayah , mak , kak ana dan Abang din. 

Itulah cerita bulan ramadhan saya sekeluarga. Jumpa dan ikuti kisah saya dan keluarga meraikan bulan kemenangan  dibulan Syawal .